Rabu, 24 Julai 2013

Aleppo – Mujahidin Syira mendakwa telah merebut seratus peratus wilayah barat seluruh Aleppo




MUJAHIDIN DI SYRIA KUASAI SELURUH WILAYAH ALEPPO.

Aleppo – Mujahidin Syira mendakwa telah merebut seratus peratus wilayah barat seluruh Aleppo, sebuah wilayah utara yang juga merupakan medan pertempuran keras antara pasukan rejim Bashar al-Assad vs mujahidin Sunni selama berbulan-bulan.

“Kami berjaya membebaskan zon barat ke Aleppo. Kami mendapatkan kemenangan ini dengan melawan pasukan rejim Nusyairia dan Garda Revolusi Iran, dan pasukan Hizbullah, “kata mujahidin dalam sebuah video bersama di Internet pada hari Selasa (23/7).

“Pada zon, kita dapat mengatakan bahawa Khan al-Assal telah dibebaskan seluruhnya dan dalam kuasa kendalian kita, yg bermakna seluruh perkampungan di zon ini kendalian kita.”

Khan al-Assal adalah benteng terakhir rejim Nusyairiah di bahagian barat wilayah Aleppo, yang terletak di perbatasan Turki, kata Observatorium SYria untuk Hak Asasi Manusia dan LSM penganalisa pemantauan HAM yang berpengkalan di London untuk Syria melalui intelijen aktivis di negeri ini.

Mujahidin juga berhasil merebut dan menguasai desa Obeida dan Hajireh, tenggara kota Aleppo pada hari Isnin, kata kumpulan mujahidin itu seperti dilampir siar oleh aljazeera..

Pada hari Selasa, Robert Serry, utusan PBB dalam proses perdamaian Timur Tengah, mengatakan bahawa organisasinya telah diberitahu telah terjadi 13 serangan senjata kimia di Syria.

Tuduhan itu datang saat ketua penyelidikan PBB untuk penggunaan senjata kimia di Syria, Ake Sellstrom, dan ketua pelucutan senjata PBB, Angela Kane, tiba di Beirut.

Kedua pegawai itu di arah untuk pergi ke Damaskus pada hari Rabu untuk memulakan rundingan dengan pemerintah Assad untuk mengamankan akses di Syria di mana senjata kimia disebut-sebut telah digunakan.

Sementara itu, 80 anggota pejuang revolusi Syria telah dibebaskan dari penjara pusat Aleppo di bawah kesepakatan bernama “Makanan Untuk kebebasan” oleh Bulan Sabit Merah Suriah yang menjadi orang tengah nya.

Berdasarkan perjanjian tersebut, gerakan Ahrar al-Sham yang mengepung bahagian dari kota yang dikendalikan rejim akan mengurangi blokade mereka agar pasukan misi bantuan makanan dapat masuk dan memungkinkan pasukan mendapatkan persediaan makanan yang sangat diperlukan.
Konflik di Syria, yang meletus lebih dari dua tahun yang lalu, telah membawa angka hampir 100,000 orang tewas, menurut perhitungan PBB.
— dengan Arief Ph.


MUJAHIDIN - SERANGAN PENJARA ABU GHRAIB DAN TAJI LANTAS MEMBEBAS KAN 500 TAHANAN.
BAGHDAD – Mujahidin Daulah Islam Iraq pada Selasa (23/7/2013) mengaku bertanggung jawab atas serangan besar di dua penjara Iraq yang menyebab kan lebih dari 500 tahanan telah dibebaskan termasuk para komandan senior mujahidin.

Mujahidin Daulah Islam Iraq mengaku dengan mengatakan pihaknya telah melakukan serangan terhadap penjara thagut Iraq, Abu Ghraib dan Taji setelah melakukan persiapan selama berbulan-bulan.

“Para Mujahid setelah berbulan-bulan persiapan, menyasarkan dua penjara terbesar milik pemerinta Safawi,” ujar pernyataan Mujahidin seperti yang di lampir siar kenyataan nya oleh Al Arabiya.Pernyataan yang dikeluarkan secara online dan disebar di forum-forum Jihad, datang saat pasukan rezim Iraq melancarkan perburuan besar-besaran.

Serangan ke atas penjara Abu ghraib dan Taji adalah pada Ahad (21/7) malam.Seorang pegawai militer yang tidak mahu identiti nya di dedahkan mengatakan kepada AFP bahawa para tahanan yang melarikan diri termasuk anggota Al Qaeda berpangkat tinggi.

“Hari-hari ‘gelap’ sedang menunggu Iraq. Beberapa dari mereka yang melarikan diri adalah pemimpin senior Al Qaeda,” ujar pegawai tersebut

Isnin, 15 Julai 2013

Panas!! Rahsia 4 Pemimpin Umno Besut Terbongkar!!!...

'4 pemimpin BN miliki seorang sehektar tanah'


Ketika rakyat biasa diberikan alasan tiada tanah ketika memohonnya, empat pemimpin Umno Besut didakwa masing-masing memiliki satu hektar tanah di Kuala Besut.

Ahli jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa, empat pemimpin tersebut: Datuk Abdullah Mohd Zin (PT6964), Nawi Mohamad (PT 6904), Mohamad Pehimi Yusof (PT6903) dan Datuk Seri Idris Jusoh (PT6902).

Pada ketika itu, kata Dr Dzulkefly, Abdullah menjadi ahli Parlimen Besut, Nawi (ADUN Hulu Besut), Mohamad Pehimi (ADUN Kota Putera) dan Idris sebagai ADUN Jertih.

Ia bukan dimiliki pada penggal ini, tambah Dr Dzulkefly lagi.

"Inilah dia, tradisi mendahulukan penguasa politik. Kami cabar supaya terangkan apakah ini sebenar-benarnya hakikat," katanya di Markaz Besar Pilihan Raya PAS Besut di Kampung Baharu, Kuala Besut hari ini.

"(Sedangkan) dalam kempen pilihan raya, mari dengan beri kambing, lembu. Kononnya projek membangunkan Kuala Besut yang paling terpinggir dalam empat DUN dalam Besut," katanya dalam sidang media pagi ini.

Dzulkefly: Dokumen akan didedah
Dalam sidang media itu, Dr Dzulkefly yang juga bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut menunjukkan peta dan lokasi lot tanah itu dalam kawasan Bukit Dendong, mukim Tembila, daerah Besut.

Ditanya sama beliau mempunyai dokumen untuk menyokong dakwaannya, Dr Dzulkefly berkata:

"Itu akan didedahkan... Kita tahu... Jangan bimbang. Kami mahu mereka mencabar kami (balik).

"Kita semak. Setakat hari ini tidak ada siapa berani menyahut lontaran kami semalam," katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi keempat-empat pihak yang dinamakan di atas. Setakat ini hanya Nawi yang memberikan responnya dengan mengakui perkara itu.

Malaysiakini


Sabtu, 13 Julai 2013

Washington secara rasminya menuntut pembebasan Dr Mursi



Washington meminta Presiden Dr Mursi dibebaskan selepas tekanan yang kuat diberikan rakyat Mesir di mana kebanyakan penyokong beliau mula berhimpun di dua tempat iaitu medan Rabiatul Adawiah dan Medan An Nahdhah berhadapan Universiti Kaherah, berikut merupakan berita seperti dikhabarkan oleh siaran langsung al-Jazeera :

1. Washington secara rasminya menuntut pembebasan Dr Mursi

2. Saluran TV " Arabiah" mengelirukan , di samping banyak percanggahan dalam berita yang disiarkan.

3. Beberapa orang kepimpinan utama Kem Dalam Negeri zaman Mubarak mula melarikan diri kerana mereka mula merasakan natijah yang bakal berlaku; iaitu kembalinya Mursi dan jatuhnya sistem kepolisan mereka dan akan bermulanya nanti penangkapan ke atas mereka.

4. Kebimbangan dan ketakutan untuk menyertai kabinet bagi kerajaan baru yang merampas kuasa ini.

5. Tersebar berita- berita yang tidak dapat disahkan tentang kemungkinan berlakunya pengisytiharan rampasan kuasa baru yang dilakukan oleh beberapa orang pegawai tentera untuk mengembalikan kuasa Mursi.

5. Sebahagian pemimpin rejim Mubarak yang sebelum ini telah terbang ke UAE tidak kembali semula ke Mesir kerana bimbang dengan kemungkinan kegagalan rampasan kuasa yang telah berlaku.

6. Senarai hitam nama mereka yang dilarang keluar negara telah disediakan terhadap semua yang terlibat dalam rampasan kuasa. Arahan tangkap juga telah disiapkan.

7. Masyarakat Dunia khususnya barat mula mengalihkan perhatian terhadap perhimpunan besar-besaran rakyat Mesir, khususnya terhadap kehadiran seorang wanita Kristian semalam yang telah muncul di atas pentas menyatakan pendirian beliau dan juga pendirian sebahagian besar rakyat Mesir bersama legitimasi dan tuntutan mengembalikan Presiden Dr Mursi

Kenyataan ini telah diumumkan secara langsung dari pentas dan siaran langsung Al Jazeera

Sumber : Al Jazeera


TERKINI : Berjuta Rakyat MESIR Berhimpun Menyokong Penuh Kepimpinan Muhammad Mursi Disebalik "Ugutan" Pembangkang Mesir Yang Mahu Menghimpunkan Penyokongnya 30 Jun Ini...