Selasa, 30 April 2013

PEMBOROSAN DAN PERSOALAN - PERLU DIJAWAB OLEH NAJIB

Gambar: PATUTLAH NAJIB BERIA-IA SAKAN NAK MENANG .....

RM58 BILION TU UNTUK KEMPEN SEMATA JE .........HABIS LAGI DUIT RAKYAT !!!

PEMBOROSAN - PATUTLAH NAJIB BERIA-IA SAKAN NAK MENANG RM58 BILION TU UNTUK KEMPEN SEMATA . HABIS LAGI DUIT RAKYAT !!!

PERSOALAN

Ini dia bukti..Maklumat pergerakan masuk pesawat dari Sabah ke Kuala Lumpur di daftarkan atas nama Tentera Diraja Malaysia.. kami bongkarkan dengan bukti..Adakah SPR dan MINDEF berani menjawap sekarang!!!

AYUH MALAYSIA!! Share Beramai Ramai.. KIta Nak Pilihanraya Yang BErSIH!!!

INI KALILAH!

SALAHGUNA WANG ZAKAT

Apa yang lebih menyedihkan,urusan zakat difahamkan diuruskan terus oleh MUIP dan Pusat Kutipan Zakat hanya sekadar menjadi "pengutip wang zakat" semata-mata, sedangkan mereka tidak mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mengagihkan wang tersebut kepada pihak yang memerlukan.

Jika benar dakwaan ini, maka ia merupakan satu episod malang dalam sejarah zakat di Pahang.

Apakah cerita lembu Fidlot yang melibatkan Shahrizat Jalil akan berlaku pula di negeri ini. Tindakan guna wang ke jalan yang tidak sepatutnya amatlah mengecewakan umat Islam.

Amatlah malang sekali, dikala begitu ramai asnaf (mereka yang layak) menerima wang zakat masih memerlukannya tiba-tiba wang tersebut digunakan bagi tujuan perniagaan (komersial)

Selasa, 23 April 2013

Kesesatan Rasul Dahri...... SEBARKAN

Rasul Dahri dilahirkan di Singapura pada 27 Mei 1953, merupakan warganegara 
Singapura, orang sebegini jadi idola dan sumber ulama freemason muda umno? 
patutlah pun. kami sudah faham sekarang, tidak mengapalah, memperjualkan
islam lebih di hormati di dunia dari memperjuangkan islam.

Mohon SEBARAN semua pihak DAN TINDAKAN dari Pihak berkuasa. Siapa yang jemput Rasul Dahri masuk stesen TV Malaysia. Siapa yang beri dia TAULIAH? Mohon SEBARAN DAN TINDAKAN dari Ustaz Ustaz yang punya "Authority".

Kesesatan rasul dahri.. apa kata Ustaz Azhar Idrus..
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=QVYapT2zo0Q

rasul dahri dilabelkan sesat oleh JAKIM, cuba check
http://www.erapasca.com/2012/12/pecah-berita-idola-ulama-muda-umno-di.html

EDIT: Majlis Fatwa MENGHARAMKAN buku Encik Rasul Dahri
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/pengharaman-buku-buku-tulisan-saudara-rasul-dahri-yang-telah-diperakui-haram-0

Mohon KESEPAKATAN SEMUA PIHAK DALAM ISU INI. Bagaimana orang yang terkenal mendustakan ulama, di ban di Masjid Masjid seluruh Negara BOLEH MASUK TV AL HIJRAH dengan mudah. MOHON KESEPAKATAN!

Isnin, 22 April 2013

1MDB pindah RM7 bilion wang rakyat ke akaun sulit

Berikut merupakan kenyataan rasmi KEADILAN mengenai hal ini:

1MDB pindah RM7 bilion wang rakyat ke akaun sulit

KEADILAN memandang serius maklumat bahawa 1MDB, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island.

Maklumat ini terkandung di dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.

Akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana pusat kewangan pesisir pantai mempunyai undang-undang yang melindungi urusniaga sebegini walaupun berunsur jenayah atau rasuah.

Sebelum ini pun, laporan antarabangsa telah mempersoalkan tokoh-tokoh yang rapat dengan Barisan Nasional seperti Mirzan Mahathir, Raja Nong Chik dan Michael Chia yang mempunyai akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai kerana ia disyaki bersabit dengan urusniaga yang tidak betul.

1MDB mendapat modal melalui terbitan bon sebanyak RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan. Dari modal ini, ia melabur di dalam beberapa pelaburan di luar negara terutamanya di dalam PetroSaudi International (PSI) yang diragui kewujudan dan aktivitinya.

Dari urusniaga dengan PSI yang penuh kerahsiaan inilah, sejumlah RM7 bilion dilaporkan dipindahkan ke akaun rahsia di Cayman Island, sebuah pusat kewangan pesisir pantai. Pemindahan wang RM7 bilion oleh 1MDB ini perlu dijawab segera oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB.

Pemindahan wang ke sebuah akaun rahsia pesisir pantai seperti Cayman Island bertentangan prinsip ketelusan dan tata kelola baik yang sepatutnya diamalkan oleh sebuah badan pelaburan kerajaan seperti 1MDB.

Saya khuatir sekiranya Barisan Nasional kalah dalam PRU13, wang RM7 bilion ini tidak dapat dijejaki dan hilang begitu sahaja, bermakna kerajaan menanggung kerugian besar ke atas hutang RM5 bilion yang diambil sebagai modal 1MDB.

Saya memberi amaran keras kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa beliau akan bertanggungjawab ke atas setiap satu sen kerugian yang ditanggung 1MDB. Pemindahan wang RM7 bilion ke akaun rahsia di Cayman Island adalah satu tindakan yang berunsurkan jenayah yang perlu disiasat segera.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan satu siasatan dimulakan serta merta sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa dalam 2 minggu akan datang, saya akan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada hari Rabu dan Khamis minggu ini supaya wang RM7 bilion ini dibawa balik ke Malaysia secepat mungkin dan mereka yang bertanggungjawab memindahkan wang ke akaun rahsia di Cayman Island dihadapkan ke muka pengadilan. 

RAFIZI RAMLI 
Pengarah Strategi KEADILAN

Fitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa membunuh (manusia yang tak bersalah)

Gambar: Cubaan memfitnah husam musa calon pas putrajaya tapi pengundi sana lebih bijak hanya melihat baca pun idok. Kahkahkah...  Kbt

“FITNAH”, yaitu menyiarkan sesuatu berita tanpa dasar kebenaran, dengan tujuan untuk mencemarkan nama baik seseorang, dan bagi pemfitnah tersebut pula mudah untuknya mencapai segala cita-citanya. Perbuatan yang tercela seperti ini dilarang oleh Allah S.W.T. dan orang yang membuat fitnah itu akan ditimpa azab yang amat pedih.

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10)

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah dari kebanyakan sangkaan, karena sesungguhnya sebahgian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu jijik  kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.” (Q.S. al-Hujurat: 12)

Untuk menghadapi mereka yang memerangi umat Islam, Allah S.W.T. berfirman: “Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan agama itu hanya untuk Allah. Jika mereka berhenti (memusuhi kamu), maka tidak ada lagi permusuhan, kecuali terhadap orang-orang yang zalim. (Q.S. al-Baqarah: 193)

Fitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa membunuh (manusia yang tak bersalah), Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. (Q.S. al-Baqarah: 217)

 Sebab dan akibat dari fitnah akan mengakibatkan korban yang sungguh dahsyat, bukan saja nama orang yang difitnah itu mendapat aib, tetapi boleh mengakibatkan lenyapnya satu-satu bangsa, ataupun jatuhnya sesebuah negara, akibat korban fitnah.

Sejarah Islam telah menjadi bukti yang nyata iaitu dimana tiga orang Khalifah Islam menjadi korban fitnah, seperti terbunuhnya Khalifah Umar ibnu Khattab R.A., terbunuhnya Khalifah Othman bin Affan R.A., terbunuhnya Khalifah Ali bin Abi Thalib R.A., dan juga antara lainnya iaitu zuriat Nabi S.A.W. sendiri, yang dibunuh dengan kejamnya oleh manusia-manusia yang gila akan kuasa.

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. al-Hujurat: 6)

Sepatutnya umat Islam perlu melihat contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi S.A.W. dan para Sahabat Baginda dalam menghadapi musuh Islam dan sesama sendiri. 
Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Muhammad Rasulallah dan orang yang bersama dengannya, bersifat keras dan tegas terhadap orang kafir yang (memusuhi Islam), dan bersifat kasih sayang dan belas kasihan sesama sendiri (ummat Islam).” (Q.S. al-Fath: 29).

Allah S.W.T. mengingatkan ummat Islam dalam firmannya yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman! Janganlah kaum lelaki menghinakan kaum lelaki yang lain, karena boleh jadi yang dihinakan itu lebih baik daripada orang yang menghina. Dan janganlah kaum wanita menghina wanita yang lain, boleh jadi yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina. Janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik setelah beriman. Sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim.” (Q.S. al-Hujurat: 11)

Allah S.W.T. mengingatkan kita, sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu beroleh rahmat.” (Q.S. al-Hujurat: 10)

Dari Abi Ayyub ia berkata, Rasulallah S.A.W. berfsabda: “Wahai Abi Ayyub, mahukah kamu kuberitahukan sesuatu sedekah yang amat disenangi oleh Allah dan RasulNya? Abi  Ayyub menjawab, mahu ya Rasulallah. Lalu Rasulallah S.A.W. bersabda lagi: “Mendamaikan manusia yang saling bermusuhan dan saling memarahi.” (H.R.al-Tabrani)

Allah S.W.T. telah mengingatkan kita umat Islam, sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Janganlah kamu serupa dengan orang yang telah berpecah belah dan berselisih paham, sesudah datang kepada mereka bukti yang nyata dan mereka akan memperoleh azab yang besar.” (Q.S. Ali-‘Imran: 105)

Allah berfirman yang bermaksud:”Sesungguhnya orang yang berpecah belah sehingga menjadikan mereka golongan-golongan yang berpisah-pisah, maka engkau bukanlah dari golongangan mereka sedikit juapun.” (Q.S. al-An’am: 159)

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Bepegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan,  maka Allah menjinakkan antara hatimu (sehingga kamu bersatu padu) maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripada jurang neraka itu. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, supaya kamu mendapat petunjuk.” (Q.S. Ali-‘Imran: 103)

Berpandukan kepada wahyu Ilahi, junjungan kita Nabi S.A.W., telah berjaya menyatukan seluruh Umat Islam dari berbagai bangsa dan suku puak, berkat perpaduan ini Umat Islam telah menjadi sebaik-baik umat disemua lapangan, dan menjadi contoh teladan bagi seluruh umat manusia. Demikian pula para sahabat berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W., mereka telah berjaya menyebarkan luas ajaran Islam keseluruh pelosok dunia.

 Jika kita kembali kepada sejarah kebangkitan Islam dan Umatnya dibawah pimpinan Nabi S.A.W. dan para sahabat, dan mahu mendalami ajaran Islam yang sebenarnya, maka tahulah kita bahwa Islam mengajak umat manusia kearah perpaduan, ini jelas dalam amal ibadah kita hanya menyembah Tuhan yang Maha Esa, yaitu Allah S.W.T.. Dalam ibadah menyembah Allah S.W.T. hanya mempunyai arah yang satu yaitu Ka’bah di Makkah. Kitab panduan yang sama  al-Quranul Karim dan Sunnah Nabi S.A.W.. Umat manusia diingatkan bahwa mereka berasal dari ayah yang satu yaitu Nabi Adam A.S., kita disuruh saling berkenalan satu dengan lainnya, dan kita dilarang menghina keyakinan agama lain, dan banyak lagi petunuk Allah S.W.T. untuk menyatupadukan umat manusia, khasnya umat Islam, supaya mereka hidup aman damai dan dalam suasana kasih sayang (hal ini telah saya jelaskan dalam uraian berkenaan “Membina Kerukunan Ummat.”

Jika kita mahu menyelesaikan segala perbalahan yang timbul dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W., InsyaAllah akan terciptakan kembali kedamaian dan keamanan dikalangan Umat manusia, khasnya umat Islam.

Jauhkanlah diri kita dari sifat suka memfitnah, mengumpat, mengadu domba, mengikutkan hawa nafsu jahat, berpuak-puak, dan berbagai perangai yang tidak baik. Dekatkanlah diri kita kepada Allah S.W.T. dengan melakukan segala perintah dan menjaukan diri kita dari segala apa yang dilarangNya. 

Sebagai manusia biasa sudah tentu kita mempunyai banyak kelemahan dan kesalahan, oleh itu lebih baik kita memperbaiki diri kita masing-masing, sambil mohon ampun atas segala kesalahan dan kelemahan kita. Belum lagi terlambat jika kita sudi melakukan perubahan terutama pada diri kita masing-masing sambil memohon petujuk dan panduan dari Allah S.W.T. Tinggalkan sifat suka sangat mencari-cari kesalahan orang lain dan melupakan kesalahan sendiri, seperti kata peribahasa: “Semut diseberang lautan kelihatan, gajah dipelupuk mata, tak nampak.”
Tidak ada yang sempurna di dunia yang fana ini, kita disuruh kepada yang baik dan menjauhkan diri dari yang mungkar. Ajaklah manusia kejalan Allah S.W.T. secara hikmah dan pengajaran yang baik. Kalaupun nak bantah, bantahlah dengan cara yang lebih baik, hentikan segala fitnah memfitnah. Bekerjasama dalam hal-hal yang menyangkut kepentingan bersama, jauhkan diri dari amal perbuatan yang boleh menimbulkan haru biru, yang hanya menguntungkan orang lain dan akan merugikan diri sendiri, malah akan membawa akibat hingga ke anak cucu dimasa akan datang. “Menang sorak kampong tergadai.”

Sejarah telah mengajar kita akibat bersengketa sesama kita, orang lain akan menangguk diair keruh. Nabi S.A.W. telah berjaya membawa umat kearah persaudaraan dan perpaduan, sehingga umat Islam ketika itu menjadi umat yang terbilang. Jumlah umat Islam yang sedikit dapat mengalahkan musuh yang jauh lebih banyak, sehingga mereka menjadi sebaik-baik ummat. Kita yakin dan percaya, zaman kegemilangan umat Islam akan menjadi kenyataan kembali, asalkan kita sanggup kembali berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W..

Buang yang keruh dan ambillah yang jernih, demi kebahagian dan keselamatan kita dan anak cucu kita dikemudian hari. 

Allah S.W.T. mengingatkkan kita yang maksudnya: “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal  salih dan saling nasihat menasihati kebenaran dan saling nasihat menasihati kepada kesabaran.” (Q.S. al-Asr 1-3)

Semoga Allah S.W.T. memberi Hidayah dan TaufiqNya kepada kita semua, Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

 Oleh Al-Ustaz Syed Hasan Alatas

Ahad, 21 April 2013

Politik Suku Agama Suku

Salah faham orang Islam bila mengatakan tiada agama dalam politik..

“..dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. (Surah Al-Maidah 5:2)

“Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu turut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” (Surah Al-Baqarah 2:208].

“...Apakah kamu beriman dengan sebahagian dari Al-Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan orang yang melakukan demikian itu di antara kamu, kecuali kehinaan dalam kehidupan dunia dan pada hari Kiamat mereka akan dikembalikan kepada azab yang amat berat”       (Al-Baqarah 2:85)

Islam itu agama nasihat dan ianya adalah cara hidup yang sempurna.
"Sesungguhnya agama disisi Allah(yang diredhai Allah) adalah Islam". (Surah Ali Imran 3:19)

Mudah2an kita dapat ambil manfaat dan berusaha untuk lebih mengenali agama kita sendiri. wallahu'alam.
 
 bersama Mat Esa Deraman di Surau Al-Husna.

Khamis, 18 April 2013

Jumaat, 12 April 2013

AAM 2013; Peringatan Kepada Golongan Pencaci Dan Pembuat Fitnah Kepada Orang - Jangan Jadi Muflis.

SEBAGAI manusia, selagi hidup kita akan berinteraksi dengan orang lain. Setiap hari kita berkomunikasi dengan orang di sekeliling dan dari situ kita dapat memproses maklumat serta membina hubungan dalam bermasyarakat.

Orang yang enggan berinteraksi sebenarnya adalah orang yang tidak berada dalam realiti kehidupan yang hakiki dan dia sebenarnya tidak menunaikan tuntutan sebagai manusia.

Orang yang suka bersendirian akan lebih terdedah kepada hasutan syaitan sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW: “Sesungguhnya syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu daripada berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jemaah, orang ramai dan masjid.” (riwayat Ahmad)

Namun, dalam kehidupan bermasyarakat, kita perlu menjaga akhlak dalam percakapan dengan orang lain. Ketika berkomunikasi, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah kebenaran fakta yang disampaikan kepada kita dan sejauh mana ketepatan maklumat yang kita sampaikan kepada orang lain.

Bak kata pepatah “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.
Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:
  • Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan. (al-Baqarah: 191)
  • Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29).
Oleh itu, kita perlu menjaga dua perkara dalam berinteraksi iaitu input dan output. Di kebanyakan waktu dan ketika, kita perlu mempunyai usaha dalam menapis maklumat yang diterima.
Justeru, Allah SWT memerintahkan kita untuk tabayyun iaitu menganalisis dan mengkaji terlebih dahulu maklumat yang kita perolehi. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6)

Sikap tabayyun ini sangat perlu kerana berkemungkinan maklumat yang sampai kepada kita adalah tidak benar ataupun merupakan fitnah yang sengaja diciptakan untuk memburukkan seseorang.
Dalam hal ini pendekatan yang betul sangat penting agar kita tidak terperangkap. Justeru, apabila menerima satu-satu maklumat jangan mudah menerimanya tanpa terlebih dahulu dipastikan kebenarannya atau difahami maklumat berkenaan.

Sebagai contoh, seorang hakim tidak boleh membuat keputusan tanpa bersikap adil dalam memperolehi maklumat. Justeru, hakim perlu memanggil kedua-dua pihak sama ada tertuduh atau yang menuduh.

Kita tidak boleh menghukum seseorang dengan sentimen. Islam mengajar kita menghukum berdasarkan maklumat yang tepat.

Ia seperti yang disebut dalam satu kaedah, “Menjatuhkan satu-satu hukuman dalam sesuatu perkara hendaklah berdasarkan tasawur yang jelas tentang perkara tersebut”.

Dalam sejarah umat Islam, kita menyaksikan betapa fitnah membawa bencana dan malapetaka dalam masyarakat. Fitnah inilah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman r.a yang dituduh menjalankan dasar kronisme dan nepotisme dalam pentadbirannya.

Fitnah juga menyebabkan berlaku pertembungan di antara para sahabat besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Muawiyah bin Abi Sufyan r.a.

Munir al-Ghadban menyebut dalam kitabnya berkenaan Muawiyah bin Abi Sufyan: “Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah umat Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiah dengan tangan Rasulullah SAW dan mereka yang hidup dengan wahyu langit, lalu diperburukkan, dibohongi mengenainya dan didustakan kepadanya seperti yang terkena pada Muawiyah bin Abi Sufyan r.a…”

ANTARA SEBAB KENAPA PAS BERKAWAN DENGAN DAP & TOLAK UMNO

INFO: ANTARA SEBAB KENAPA PAS BERKAWAN DENGAN DAP & TOLAK UMNO

Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.

7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa.?

8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?

9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS.

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat .......

16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia.

Yang sebenarnya masih banyak lagi antara sebab-sebab tetapi 16 nurkilan kami di atas adalah penyebab utamanya. Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada para sahabat semua.

Jumaat, 5 April 2013

Inilah Anak Pemimpin UMNO Paling "Ketakutan" Kalau Anuar Jadi PM...

Jumaat, 5 April 2013
Inilah Anak Pemimpin UMNO Paling "Ketakutan" Kalau Anuar Jadi PM...

Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji semalam untuk menarik balik kontrak Petronas bernilai jutaan ringgit yang dianugerahkan kepada anak Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah ia adalah salah satu langkah awal Pakatan Rakyat (PR) menghentikan kronisma sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya 2013.

Dalam satu ceramah di Taman Semarak, Ketua Pembangkang (gambar) itu mengkritik hebat musuh ketatnya kerana menguruskan syarikat minyak negara terkaya seperti syarikat keluarga, terutamanya Mokhzani.

“Pertama, dalam masa 24 jam Pakatan bersumpah akan menurunkan harga minyak di seluruh negara,” katanya kepada ribuan orang ramai hadir daripada kawasan sekitar di Hulu Perak.
“Nombor dua, adalah kontrak minyak ini. Adakah anda berfikir di bawah Najib ia akan ditarik balik? No. Tetapi jika kita mengambil alih, saya ingin memberitahu Dr Mahathir — Saya Anwar, bukan seperti Najib.

“Najib takut kepada kamu tetapi saya tidak. Saya tidak mempunyai niat untuk menjadi kejam kepada kamu atau membalas dendam, tetapi kontrak berbilion ringgit yang diberikan kepada anak anda, saya hentikannya, saya mahu memberinya kembali kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negara, “ katanya.

Mokhzani adalah sebahagian pemilik dan naib presiden Sapura Kencana Petroleum Bhd, memiliki kepakaran dalam minyak dan gas (O & G) yang telah dianugerahkan kontrak pengeluaran berisiko yang bernilai RM836 juta daripada syarikat minyak negara Petronas Bhd.

Dengan aset RM11.85 bilion, Sapura Kencana adalah salah satu syarikat yang memiliki perkhidmatan (O & G) terbaik di dunia berasaskan dengan aset. Mereka juga telah mula menjalinkan usaha sama dengan syarikat pengeluar minyak lain seperti Kazakhstan.

Dr Mahathir, perdana menteri yang paling lama berkhidmat, dilihat semakin lantang menjelang pilihan raya terutamanya apabila pengundi Umno yang berkubu di Johor untuk menamatkan karier politik pemimpin PR, khususnya penasihat DAP Lim Kit Siang yang akan bertanding disana.

Kit Siang menggepalai serangan Pakatan di Johor pada pilihan raya umum yang akan diumum tidak lama lagi daripada sekarang.

Walaubagaimanapun, pemimpin PR cepat bertindak balas dengan memusatkan serangan mereka kepada ahli keluarga pemimpin berpengaruh Umno.

“Penasihat Petronas ialah Dr Mahathir, anak Dr Mahathir, Mokhzani Mahathir, adalah antara orang terkaya di Malaysia. Adakah dia fikir anaknya seorang sahaja Melayu?” kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dihadapan kira-kira 2,000 orang ramai pada sebuah ceramah di Johor awal minggu ini.

“Mengapa Dr Mahathir benci Anwar, Lim Kit Siang dan Abdul Hadi? ... kerana mereka adalah harapan baru.

“Mengapa Mahathir marah? Ini bukan masanya lagi, kerana dia tahu jika kita boleh berubah, bukan sahaja Mahathir tetapi juga anak-anaknya juga akan tamat,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada ceramah yang sama.

“Anak Dr Mahathir adalah orang yang ke-13 terkaya di Malaysia,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga anak lelaki Kit Siang.

Ustaz Fazlul Rahimi Maarof (Mac. 2013)

" 15 Sebab Turun Bala Dari Allah Taala "
Surau Hayatul Islam, Bukit Sentosa