Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.
Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun.
Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu.
Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik.
Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!
Dari hasil uji kajinya dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.
Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya.
Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Bunyi amat memberi kesan kepada air yang kita minum. Jika anda membaca Al-Quran di atas air, ciri-ciri air akan berubah dan ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.
Kesimpulan hasil uji kaji tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.
Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an. Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman.
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.
Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.
Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.
Gambar sebenar sel darah yang telah didedahkan kepada bunyi dan mula berubah medan elektromagnet di sekitarnya, bunyi bacaan Al Quran mengubah maklumat sel ini dan menjadikan ia lebih mampu melawan virus dan kecacatan Akibat daripada penyakit malignan.
Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.
Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.
Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, simaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).
Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).
Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, semaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).
*Sumber dari khalifahalhidayah.blogspot.com
awba/=
Selasa, 28 Oktober 2014
Isnin, 20 Oktober 2014
Maksiat DiSisih Kesejahteraan Dunia Akhirat DiRaih
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ
لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ
بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ
! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ
مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian
agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah
dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang
ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 41-44 surah Qaf :
وَاسْتَمِعْ يَوْمَ يُنَادِ الْمُنَادِ مِن مَّكَانٍ قَرِيبٍ ﴿٤١﴾ يَوْمَ يَسْمَعُونَ الصَّيْحَةَ بِالْحَقِّ ۚ ذَٰلِكَ يَوْمُ الْخُرُوجِ ﴿٤٢﴾ إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي وَنُمِيتُ وَإِلَيْنَا الْمَصِيرُ ﴿٤٣﴾ يَوْمَ تَشَقَّقُ الْأَرْضُ عَنْهُمْ سِرَاعًا ۚ ذَٰلِكَ حَشْرٌ عَلَيْنَا يَسِيرٌ ﴿٤٤﴾
Maksudnya : Dan dengarlah (apa yang diterangkan kepadamu sekarang ini
mengenai hari kiamat), hari (malaikat yang menjadi) penyeru, menyeru
(makhluk-makhluk yang telah mati) dari tempat yang dekat yang dapat
didengar oleh semuanya), Iaitu hari mereka mendengar pekikan seruan
yang menyatakan perkara yang benar; hari seruan itu ialah hari
masing-masing keluar dari kubur. Sesungguhnya Kami menghidupkan dan
mematikan, dan kepada Kamilah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).
Pada hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar (daripadanya).
Perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar
itu, mudah bagi Kami melaksanakannya.
Alhamdulillah minggu ini 3 kali kita dihimpunkan untuk menunaikan
solat kemudian mendengar khutbah dimulai pada pagi Ahad lepas kita
sama-sama berkumpul bagi menunaikan solat sunat hari raya korban diikuti
dengan khutbah raya. 2 malam yang lepas pula kita berkumpul untuk
sama-sama menunaikan solat sunat Gerhana bulan diikuti dengan khutbah
gerhana. Pada hari ini kita berkumpul untuk himpunan mingguan bagi
sama-sama mendengar khutbah seterusnya menunaikan solat Jumaat. Antara
hikmat daripada berkumpulnya kita untuk menunaikan ibadat khusus
seterusnya mendengar nasihat dan peringatan daripada khutbah yang
disampaikan bagi mengukuhkan tali persaudaraan Islam, menyubur kasih
sayang, berkongsi ilmu, menyelesaikan masalah secara bersama dan
pelbagai lagi kebaikan dunia akhirat. Malangnya bila peluang untuk
berkumpul ini tidak digunakan sebaiknya sehingga ada yang sengaja datang
lewat untuk solat Jumaat sehingga tertinggal khutbah, ada yang berbual
dan bermain sms ketika khutbah dan pelbagai lagi gelagat yang kurang
baik. Apabila amal ibadat dan nasihat dibuat sambil lewa menyebabkan
kesan dalam menghidupkan hati yang mati, menyuburkan jasmani dan rohani
gagal diraih. Hikmat berkumpulnya kita juga bagi mengingatkan tentang
suatu himpunan yang lebih besar dan dahsyat iaitu di padang Mahsyar
nanti bagi membalas segala amalan kita di dunia dengan 2 tempat
pembalasan yang utama iaitu Syurga dengan segala nikmatnya atau Neraka
dengan segala azabnya. Sebelum kita kita dikumpul di padang Mahsyar maka
bersungguhlah kita untuk berkumpul di masjid atau surau untuk solat
berjemaah dan duduk dalam majlis ilmu kerana di sini kita masih
berpeluang untuk memperbetulkan kesilapan, memperbanyakkan amalan
sedangkan di akhirat nanti hanya untuk terima balasan tiada lagi peluang
untuk membuat apa-apa amalan di mana tiada guna lagi sebarang
penyesalan.
Firman Allah dalam ayat 18-20 surah as-Sajadah :
أَفَمَن كَانَ مُؤْمِنًا كَمَن كَانَ فَاسِقًا ۚ لَّا يَسْتَوُونَ ﴿١٨﴾ أَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ جَنَّاتُ الْمَأْوَىٰ نُزُلًا بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١٩﴾ وَأَمَّا
الَّذِينَ فَسَقُوا فَمَأْوَاهُمُ النَّارُ ۖ كُلَّمَا أَرَادُوا أَن
يَخْرُجُوا مِنْهَا أُعِيدُوا فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا عَذَابَ
النَّارِ الَّذِي كُنتُم بِهِ تُكَذِّبُونَ ﴿٢٠﴾
Maksudnya : (Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman
sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima
balasan). Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka
mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan
bagi apa yang mereka telah kerjakan. Dan sebaliknya orang-orang yang
fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka
hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta
dikatakan kepada mereka: “Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa
mendustakannya di dunia dahulu”.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 120 surah al-An’am :
وَذَرُوا ظَاهِرَ الْإِثْمِ وَبَاطِنَهُ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَكْسِبُونَ الْإِثْمَ سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانُوا يَقْتَرِفُونَ ﴿١٢٠﴾
Maksudnya : Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang
tersembunyi. Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan
dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan.
Al-Quran dan hadis nabi banyak mengingatkan kita tentang bahaya dosa
di mana kita jangan sekali-kali cuba berbuat dosa walau pun kecil apatah
lagi besar. Dosa adalah suatu yang ketagih di mana sekali sahaja kita
buat akan membawa kepada untuk mengulanginya pula untuk kali seterusnya.
Oleh itu jauhi dosa maksiat dan bila terlibat maka segeralah bertaubat
agar ia tidak mendatangkan ketagihan. Bila kita sebut berkenaan ketagih
maka ia sesuatu yang sukar diubati seperti ketagihan dadah, pil kuda
yang ada hingga membawa maut. Malah isu masalah penagihan gam yang
semakin serius dalam kalangan remaja dan pelajar agak serius sehingga
kerajaan sedang merangka undang-undang untuk menyekat penjualan bahan
mengkhayalkan itu dengan sewenang-wenangnya. Begitu juga isu pesta arak
Oktoberfest yang sedang berlangsung 24 September sehingga 12 Oktober
ini yang dianjurkan oleh Carlsberg Malaysia sejak tahun 2011 di mana
perlu kepada usaha bersungguh daripada semua pihak agar ketagihan arak
dapat ditangani bukan di promosi secara terbuka. Kita tidak mahu akibat
masih bergantung kepada cukai dan hasil arak menyebabkan ketagihan arak
yang pernah mencatatkan Malaysia sebagai pengguna ke-10 tertinggi di
dunia tidak dapat diubati. Kita tidak mahu bala Allah yang lebih besar
akan turun bila masalah serius ini tidak dihiraukan apatah lagi ia
dibuat secara terbuka dan besar-besaran. Kita juga wajib pastikan umat
Islam tidak terlibat dengan industri arak kerana ia merupakan suatu dosa
yang besar. Ingatlah amaran nabi s.a.w melalui suatu hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Daud :
قال الرسول:لَعَنَ اللَّهُ الْخَمْرَ وَشَارِبَهَا وَسَاقِيَهَا
وَبَائِعَهَا وَمُبْتَاعَهَا وَعَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَحَامِلَهَا
وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ
Maksudnya : Allah melaknati arak. (Allah juga melaknati) yang
meminumnya, yang menuangnya, yang menjualnya, yang memerah anggur (untuk
dijadikan arak), yang membantu memerah anggur itu, pembawanya dan
mereka yang menerimanya
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Pada hari kita bercakap berkenaan ketagihan internet samada melalui
komputer atau telefon pintar. Ia timbul apabila digunakan berlebihan
sehingga tidak tidur malam, tidak menumpukan kepada pekerjaan dan
perkara lain sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam,
isteri, suami, anak dan kepada majikan. Malah ia boleh diibaratkan
seperti orang ketagihan dadah di mana jika tidak mengambilnya akan
menjadi tidak keruan dan semakin lama, keinginan menjadi semakin
bertambah. Apa yang lebih malang apabila mereka berkongsi suatu yang
tidak baik samada kata-kata atau gambar di mana banyak berlaku perasaan
bangga atas dosa yang dilakukan dikongsi di laman sosial facebook,
twitter dan lainnya. Mereka lupa bagaimana bahayanya bila dosa walau pun
kecil tapi dibanggakan
أَبُو هُرَيْرَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم
يَقُولُ : كُلُّ أَمَّتِى مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ ، وَإِنَّ مِنَ
الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً ، ثُمَّ
يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ
الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا ، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ
يَكْشِفُ سِتْرَ اللهِ عَنْهُ” .- رواه البخاري ومسلم.
Maksudnya : Setiap umatku akan mendapat ampunan,
kecuali mujahirin (orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa). Dan
yang termasuk terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang berbuat
(dosa) pada malam hari, kemudian pada pagi hari dia menceritakannya,
padahal Allah telah menutupi perbuatannya tersebut, di mana dia berkata,
‘Hai Fulan, malam tadi aku telah berbuat begini dan begitu.’ Sebenarnya
pada malam, Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi pada pagi
harinya dia menyingkap perbuatannya sendiri yang telah Allah tutupinya.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Petang ini ramai bakal menumpukan perhatian kepada Belanjawan 2015 di
mana harapan pelbagai pihak mampu memberikan kebaikan untuk setiap
lapisan masyarakat. Kita tidak mahu setelah rakyat dikorbankan sebelum
hari raya korban yang baru lalu dengan kenaikan harga minyak yang
sepastinya mendatangkan kesan kepada kos barangan keperluan bakal
dikorbankan lagi dengan pelbagai tekanan melalui belanjawan yang baru.
Lebih menghairankan, dalam pada minyak dunia jatuh menjunam di pasaran
antarabangsa, minyak di negara ini dinaikkan atas nama rasionalisasi
subsidi. Sepatutnya cara belanjawan Negara yang boros dan membazir serta
banyak berlakunya kebocoran dan ketirisan yang wajib ditangani bukannya
dengan cara menarik subsidi. Kita tidak mahu keperitan rakyat bakal
bertambah dengan pelaksanaan cukai GST tahun depan. Begitu juga dengan
ugutan peminjam PTPTN bakal berdepan dengan cara bayaran balik pinjaman
yang lebih menyulit dan membebankan sedangkan hutang kroni ratusan juta
banyak dilupuskan begitu sahaja. Kita juga berharap agar belanjawan ini
mampu merapatkan jurang antara golongan papa dan kaya. Tumpuan kepada
pendidikan dan kesedaran agama mesti diambil berat. Al-Quran dan hadis
nabi banyak memberi garisan berguna bagi mewujudkan belanjawan berimbang
yang bukan sahaja mencapai kesejahteraan hidup di dunia malah yang
lebih utama di akhirat nanti
Kita tidak mahu belanjawan nanti tidak menyelami perit pedih rakyat
yang menanggung bebanan ketika pemimpin terus hidup penuh kemewahan.
Kita takut belanjawan ini masih hilang rasa belas kasihan kepada rakyat
yang tidak mampu untuk membeli makanan seharian bahkan hidup mengemis
demi dibawa pulang rezeki kepada anak-anak yang setia menunggu. Kita
bimbang belanjawan ini bukan sahaja menerus malah menambah pelbagai
derita dan duka rakyat sehingga yang papa semakin papa, yang susah
semakin derita
Beringat-ingatlah terhadap doa Nabi Muhammad SAW yang berbunyi :
اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ
عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا
فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ
Maksudnya : Ya Allah, bagi siapa yang menjadi penguasa umatku, lalu
dia menyulitkan mereka, maka timpakanlah kesulitan kepadanya. Dan barang
siapa yang menjadi penguasa umatku, lalu dia menyayangi mereka, maka
sayangilah dia. [riwayat Muslim]
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي
وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ
وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ
العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ
فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ
Sumber dari : http://ekhutbah.wordpress.com/
Ahad, 19 Oktober 2014
Rabu, 15 Oktober 2014
Khamis, 9 Oktober 2014
Syeikh Ammar kelahiran Amerika Syarikat sejak lahir sudah dlm keadaan cacat
Syeikh Ammar kelahiran Amerika Syarikat sejak lahir sudah dlm keadaan cacat. Tidak ada anggota tubuh yg boleh digerakkan kecuali mulut dan mata. Doktor memberitahu ketika kelahirannya beliau boleh hidup sehingga usia 8 tahun sahaja.
Namun itu atas pertimbangan manusia, tapi Allah yg Maha Berkuasa. Syeikh Ammar masih hidup sehingga sekarang. Cacat tidak menghalangi beliau utk menuntut ilmu sehingga menjadi seorang Professor.
Sejak usia 11 tahun, beliau sudah mula belajar menghafal Quran dan ketika berusia 13 tahun dia sudah menghafal Quran 30 Juz. Ketika di Universiti beliau adalah antara pelajar yg cemerlang dlm jurusan penyiaran dan komunikasi.
Beliau kini bergelar sebagai seorang pensyarah di Universiti di Dubai dan Amerika Syarikat. Tapi yg lebih menarik dari itu Syeikh Ammar juga dikurniakan seorang anak... Subhanallah! Sungguh mulia wanita yg mahu dan redha bersuamikan beliau.
Syeikh Ammar memberitahu pelajarnya, yg sebenar benarnya cacat ialah cacat berpikir (malas berfikir), cacat kemahuan (tiada cita-cita dan kemahuan) dan cacat perjuangan (tiada jiwa perjuangan)...
Sebagai seorang Muslim, cubaan yg dihadapinya, dia lalui penuh kesabaran dan ikhlas kpd Allah. Sebab dia percaya, di balik kekurangannya, Allah pasti memberikan kelebihan yg tidak dimiliki org lain.
Saat beliau menceritakan kesabaran ibunya dlm menguruskannya dari kecil, para mahasiswa yg hadir menangis tersedu-sedu, bahkan ada beberapa pensyarah lain menangis seperti anak2 kecil.
Beliaupun menyarankan kpd Mahasiswa agar giat menghafal Al Quran dan jgn mudah putus asa. “Hafalkan Al Quran, lakukan dgn ayat2 yg pendek terlebih dahulu, saya pun dulu melakukannya demikian, sampai waktunya saya mampu menghafal satu juz dlm sehari,”ujarnya. Subhanallah, alhamdulillah , Allahu Akbar ..
#CP
Selasa, 7 Oktober 2014
Rakaman kuliah Jumaat oleh YB Senator al Sheikh Dato' Dr Johari Mat, Ahli Dewan Negara.
Jumaat, 3 Oktober 2014
Wukuf di Arafah
Wukuf di Arafah. Pastinya para jemaah haji di sana menanti penuh debaran masuknya waktu yang sangat istimewa ini.
Bagi kita yang tidak mengerjakan haji, melakukan ibadah tertentu seperti berpuasa, berzikir dan berdoa amat dituntut pada waktu ini.
Berdoa pada hari Arafah, terutama selepas masuknya waktu Wukuf hingga menjelang masuk Maghrib, adalah antara amalan yang sangat baik kerana ia antara waktu terbaik dan mustajab untuk memohon keampunan daripada Allah SWT.
Sayidina Usamah bin Zaid meriwayatkan, ketika beliau menunggang bersama Rasulullah SAW pada hari Arafah, beliau melihat baginda mengangkat kedua-dua belah tangannya berdoa kepada Allah SWT, sehinggakan apabila unta Baginda duduk dan terjatuh talinya, Baginda terus mencapainya dengan sebelah tangan, manakala tangan yang sebelah lagi masih tetap diangkat (terus berdoa)."
Nota: Waktu Wukuf di Arafah pada hari ini adalah kira-kira pukul 11.45 pagi (4.45 petang waktu Malaysia).
Langgan:
Catatan (Atom)