Sabtu, 29 Disember 2012

Ancaman bagi mereka yang berpaling dari ayat-ayat Allah dan Sunnah rasul shallallahu 'alaihi wassalam


Nasaruddin Daud - Umno Tolak Hudud Tapi Umno Hanya Mahu Nama Negara Islam

Allah berfirman:

 وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكاً وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى 

"Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta" (Thahaa 20:124)

Firman Allah swt: (maksudnya) "Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku", Ibnu Kathir menafsirkan dengan mengatakan:

 خالف أمري، وما أنزلته على رسولي، أعرض عنه وتناساه وأخذ من غيره هداه 

maksudnya: "Menentang perintah-Ku dan apa yang Aku turunkan kepada RasulKu, berpaling darinya, melupakannya dan mengambil petunjuk dari selain itu"

Firman Allah swt: (maksudnya) "maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit", Ibnu Kathir menafsirkan dengan mengatakan maksudnya

في الدنيا، فلا طمأنينة له، ولا انشراح لصدره، بل صدره [ضيق] حَرَج لضلاله، وإن  
تَنَعَّم ظاهره، ولبس ما شاء وأكل ما شاء، وسكن حيث شاء، فإن قلبه, ما لم يخلص إلى اليقين والهدى، فهو في قلق وحيرة وشك، فلا يزال في ريبة يتردد. فهذا من ضنك المعيشة

maksudnya: "Kesempitan didunia, sehingga tidak ada ketenangan dan kelapangan dada baginya. Ini adalah kerana, dada nya sempit lantaran kesesatannya. Meskipun pada lahirnya dia merasakan kenikmatan, mampu memakai pakaian yang disukai, mampu makan makanan yang diinginkan, dan tinggal ditempat yang dikehendakinya, tetapi selagi tidak memiliki kemurniaan dalam keyakinan dan petunjuk, maka hatinya sentiasa dalam kegelisahan, kebimbangan dan keraguan. Dia selalu dilanda kebimbangan dan keraguan. Ini lah yang dikatakan termasuk sebagai kesempitan hidup"

Firman Allah swt: (maksudnya) "dan Kami akan menghimpunkannya pd hari kiamat dlm keadaan buta", Ibnu Kathir berkata:

قال مجاهد، وأبو صالح، والسدي: لا حجة له.
وقال عكرمة: عُمِّي عليه كل شيء إلا جهنم

(maksudnya): "Berkata Mujahid, Abu Shalih dan As-Suddi mengatakan, maksud ayat tersebut yakni tidak ada hujah(pembelaan) baginya.(Ath-Thabari XVIII/394,395). dan berkata Ikrimah: (maksud ayat tersebut adalah) dia dibutakan terhadap segala sesuatu kecuali Jahannam.

Sebagaimana Firman Allah swt:

 وَنَحْشُرُهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى وُجُوهِهِمْ عُمْيًا وَبُكْمًا وَصُمًّا مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ 

"Dan Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat (diseret) atas muka mereka dalam keadaan buta, bisu dan pekak. Tempat kediaman mereka adalah neraka jahannam. Tiap-tiap kali nyala api Jahannam itu akan padam, Kami tambah lagi bagi mereka nyalanya" (Al-Isra' 17:97)

(Ibnu Kathir, Tafsir al-Quranul 'Azhim, 5/787, Cetakan Pertama, Pustaka Ibnu Kathir, oleh Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfuri)




Khamis, 27 Disember 2012

Sidang media TGNA | 26 Dec 2012



Rakaman sidang media oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Gual Tinggi Rantau Panjang, Kelantan. 12 Safar 1434H/ 26 December 2012M

Selasa, 25 Disember 2012

PAS DI PERINGKAT ANTARABANGSA



Antara yang perlu diketahui ..
1) Pejuang revolusi Islam mahukan PAS dan kepimpinan ulamak menerajui pemerintahan negara.

2) PAS diterima dengan baik dalam majlis HAMAS .

3) Krisis Arab Saudi dan Yaman telah diselesaikan dengan izin Allah SWT dengan adanya usaha daripada mursyidul Am PAS TG Nik Abdul Aziz dan Presiden PAS TG Haji Abd Hadi Awang.

4) TG presiden juga telah berusaha mengislahkan ajaran Syiah dalam majlis di Iran dengan memberi penjelasan tentang kepentingan ilmu sanad dan yang berkaitan dengannya.

Banyak lagi yang lain yang tak dinyatakan di sini, antaranya cawangan PAS yang pertama di luar negara adalah di Makkah yang di asaskan oleh as Sheikh al Mandili ... :)

Isnin, 24 Disember 2012

ULAMA MENURUT NERACA AL QURAN DAN HADIS



Secara mudah, ulama adalah jama’ (plural) kepada perkataan ‘alim. ‘Alim pula yang berilmu. Bila disebutkan ‘alim dalam kefahaman kita, ia adalah yang berilmu agama. Kriteria seorang ulama yang hakiki terlalu banyak untuk disenaraikan. Antaranya :

[1] Bertaqwa. Hal ini disentuh berdasarkan firman Allah Taala :

“Hanya yang takutkan Allah di kalangan hamba-hamba-Nya adalah ULAMA“ [ Surah Al Fatir:28 ]

Saidina Anas R.A menambah,”Sesiapa yang tidak takutkan Allah bukanlah orang ‘alim”.

Oleh kerana itu, kriteria utamanya mestilah takutkan Allah. Kalau berani lawan hukum-hukum Allah, bersekongkol dengan golongan sekular, mendiamkan kemungkaran kerana takut dibayangi hukuman kerajaan, ilmuwan seperti ini walau ada Ph.D bertimbun pun tidak diiktiraf sebagai ulama.

Begitu juga kepada mana-mana ilmuwan yang memiliki berlembar-lembar ijazah, tetapi tidak beradab dengan para ulama, maka bukanlah juga dia orang yang ‘alim.

Salah satu tanda seseorang itu takut kepada Allah adalah dia mencintai para kekasih Allah dan tentu sekali menjaga lidahnya dari perkataan buruk, menghina atau mencela kepada mereka. Adakah wajar seorang yang berilmu mengheret nama-nama tokoh besar seperti Imam Al Ghazali, Imam An Nawawi, Sheikh Abdul Qadir Jailani dengan kata-kata nista? Adakah selayaknya seorang yang berpengetahuan Islam itu mencaci ulama yang berbeza pendapat (khilaf) dengan cacian ‘ulama kepala lutut? Jika beginilah sikap ilmuwan, maka bukanlah dia seorang yang berhak dijadikan rujukan umat mahupun digelar seorang ‘alim.

[2] Berguru. Dalam sebuah hadis yang sahih :

“Ilmu itu diperoleh dengan cara ta’allum (dipelajari dari guru), kefahaman itu dengan cara tafaqquh (bertemu dengan guru menagih kefahaman darinya) dan sesiapa yang Allah mahu baginya kebaikan, maka Allah akan memberikan kepadanya kefaqihan (kefahaman) dalam hal ehwal agama”. [ Tarikh Dimashq Ibn Asakir ]

Syarat utama mahu menjadi ‘alim mesti belajar. Tempohnya?  Tentu sekali panjang kerana ilmu kurniaan Allah itu tiada batasan.

Ilmu bukan hanya membaca buku sendiri. Bukan juga dengan cara google atau melihat sesawang blog sahaja. Ia juga bukan dengan hanya pandai menyusun bicara atau rajin mengarang tetapi mestilah dengan dipelajari secara disiplin dengan tertib dan adabnya dari guru yang belajar pula dengan gurunya sehinggalah kepada penghulu kepada semua guru-guru iaitu, Baginda Rasulullah S.A.W.

Hari ini ramai yang mampu berpidato dan menulis ilmu tentang agama. Kepesatannya diibaratkan Malaysia sudah ada 10 juta orang mufti kerana masing-masing hendak mengeluarkan fatwa. Malangnya, tidak pernah pula belajar dari sumbernya. Malah ada juga yang tidak menghormati golongan ulama yang sebenar.

Mereka yang merasakan diri sudah ‘alim hanya semata-mata dengan pembacaan di sana sini juga tidak sepatutnya dilabel ulama.



[3] Mewarisi hikmah kenabian (ilmu dakwah). Berdasarkan hadis sahih yang lain pula :

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi” [ Sunan Ibn Majah, Tirmizi dan Musnad Imam Ahmad ]

Apa yang ulama warisi? Tentu sekali ilmu. Apa yang patut ada pada mereka? Menyambung perjuangan, dakwah dan kepimpinan Para Nabi. Mereka yang berpeluk tubuh sahaja menunggu kemenangan bukanlah ulama.

Pewaris Nabi yang sebenar tentulah menyedari tanggungjawab ilmu yang mereka perolehi memikul tanggungjawab dakwah yang sangat berat.

Inilah yang disebutkan dalam hadis yang lain bahawa ilmu itu dihilangkan oleh Allah dengan cara mematikan para ulama. Ketika itu manusia akan mengangkat orang yang jahil sebagai pemimpin, sesat lagi menyesatkan. Hal ini bermakna, selagi ulama itu hidup kumpulan elit di sisi Allah ini perlu memimpin masyarakat, menyelamatkan mereka dari kesesatan yang selayaknya menjadi tugas sebagai waris Para Nabi.

Malangnya hari ini ada yang mengatakan ulama sepatutnya jauh dari politik dan permasalahan negara. Ulama perlu berceramah dari masjid ke masjid sahaja. Ulama hanya perlu menulis kitab atau memilki blog peribadi. Ulama duduklah di atas sajadah mendoakan kebahagian ummah. Urusan kepimpinan serahkan sahaja kepada yang lain. Pewaris Nabi jangan ganggu urusan pewaris Qaisar. Begitu?

Pemikiran begini sangat berbahaya. Nantikanlah kiamat bila semua manusia berfikiran begini, kerana waktu itu sama ada “mati”-nya jasad ulama ataupun hak dan peranan mereka cuba di-matikan.

Lupakah kita, kalah atau menangnya ulama rabbani itu mereka semua dipimpin atas petunjuk Allah.
“Jika apa yang engkau serukan kepada mereka sesuatu yang terbentang luas dan mudah diperolehi, destinasinya tidak begitu jauh, tidak sukar menuju matlamatnya. Nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu. Tetapi tempat yang hendak dituju (bagi redha Allah) itu jauh bagi mereka (sehingga ada yang terkandas)...” [ Surah At Taubah:42 ]

Ada disebut dalam hadis qudsi perihal kekasih Allah bahawa penglihatan, pedengaran dan pergerakan mereka semua itu dipandu oleh Allah. Itu semua adalah hasil berkat amalan mereka yang jujur ingin menggapai redha Allah.

Mana yang lebih baik, pergerakan yang dipandu oleh Allah atau mereka yang dijenterai politikus rakus dan pemikir genius?

Catatan Hujung :

1) Pendakwah tidak semestinya ‘alim. Ibarat penjual sesuatu produk tidak semestinya arif segala perkara yang dijualnya. Pendakwah ibarat yang mempromosikan produk Islam. Tetapi yang mengerti produk itu sendiri adalah seorang ‘alim. Ada juga yang mengerti produk, tetapi tidak tahu mempromosikannya. Maka ulama yang hebat lazimnya memiliki kedua-dua kemahiran ini.

2) Gulungan ijazah bukan isyarat seorang itu ‘alim atau tidak. Tetapi syarat nak jadi ‘alim mesti belajar. Zaman kita biasanya bila belajar di sebuah institusi, dapatlah gulungan ijazah. Begitupun tidak semua yang dapat gulungan ijazah itu benar-benar belajar. Fahamilah.

3) Ulama ada pelbagai peringkat. Dari sehebat seorang Mujtahid Mutlaq sehinggalah seorang mufti, sampai kepada seorang ‘alim biasa.

4) Sebuah hadis yang sahih menjelaskan kelebihan orang yang ‘alim itu akan didoakan keampunan baginya oleh seluruh makhluk yang berada di langit dan di bumi. Untung bukan? Siapalah kita.




Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre

Ahad, 23 Disember 2012

MENGAPA UMNO CENDERUNG TERHADAP PERBUATAN ZALIM


Kezaliman terbagi dua, yaitu menzalimi diri sendiri, dan menzalimi orang lain. Menzalimi diri sendiri ada dua bentuk yaitu syirik dan perbuatan dosa atau maksiat. Menzalimi orang lain adalah menyakiti perasaan orang lain/ aniaya, mensia-siakan atau tidak menunaikan hak orang lain yang wajib ditunaikan.  Zalim  secara istilah mengandung pengertian “berbuat aniaya/celaka terhadap diri sendiri atau orang lain dengan cara-cara bathil yang keluar dari jalur syariat Agama Islam”.



Diantara perbuatan-perbuatan zalim yang  mengotori hati yaitu, sombong, dengki (tidak suka terhadap kebahagian orang lain), ghibah (membicarakan keburukan orang lain), fitnah (menuduh tanpa bukti yang kuat), adu domba (bermuka dua), dusta (bohong), ujub (bangga diri dengan merendahkan orang lain), dan lain sebagainya.  Dalam pergaulan dan interaksi kita dengan orang lain, sebaiknya benar-benar menjaga perkataan dan sikap kita agar tidak menyinggung dan menyakiti persaan orang lain, apalagi sampai berbuat zalim. Kalau kita tidak sengaja melakukan kesalahan kepada orang lain saja, kita harus segera minta maaf, terlebih lagi bila kita dengan sengaja melakukannya.

Allah SWT telah mengingatkan dalam Al Qur’an bahwa setiap perbuatan yang kita lakukan akan mendapat balasan dari-Nya, sebagaimana firman-Nya dalam QS. Al Zaljalah : 7-8  “Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan sebesar  zarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya juga“.

Yang lebih berbahaya lagi, apabila kita menyakiti seseorang dan orang tersebut tidak ikhlas, serta berdoa memohon kepada Allah, mengadukan kezaliman yang menimpanya dan memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah. Serta dalam doanya, ia menyatakan bahwa ia tidak ikhlas atas perbuatan zalim yang dilakukan seseorang, maka tunggu saja, keadilan dari Allah, pasti akan mendatangi orang yang telah menzaliminya, entah itu didunia ini atau diakhirat kelak. (lihat hadits No. 4 di bawah, tentang perbuatan zalim yang tidak dibiarkan oleh Allah SWT, yaitu kezaliman yang dilakukan seorang terhadap orang lain).


Allah SWT tidak suka terhadap perbuatan zalim, perhatikan firman-Nya berikut ini : “Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang saleh, maka Allah akan memberikan kepada mereka dengan sempurna pahala amalan-amalan mereka; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim”. (QS Ali Imran [3] : 57).

Dan perhatikan juga firman-Nya yang lain: “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim”. (QS. Asy Syuura [42] ; 40)
Berikut beberapa ayat-ayat Al Quran tentang larangan dan akibat dari perbuatan zalim
  1.  “Mereka mempunyai tikar tidur dari api neraka dan di atas mereka ada selimut (api neraka) . Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang zalim,” (QS. Al A’raaf  [7]: 41)
  2.  “Dan penghuni-penghuni surga berseru kepada Penghuni-penghuni neraka (dengan mengatakan): “Sesungguhnya kami dengan sebenarnya telah memperoleh apa yang Tuhan kami menjanjikannya kepada kami. Maka apakah kamu telah memperoleh dengan sebenarnya apa (azab) yang Tuhan kamu menjanjikannya (kepadamu)?” Mereka (penduduk neraka) menjawab: “Betul.” Kemudian seorang penyeru (malaikat) mengumumkan di antara kedua golongan itu: “Kutukan Allah ditimpakan kepada orang-orang yang zalim” (QS : Al A’raaf [7 ] : 44)
  3. Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibukota itu seorang rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.” (QS Al Qashash  [28]:59)
  4. Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat sebelum kamu, ketika mereka berbuat kezaliman…….” (QS. Yunus [10]:13)
  5. Maka itulah rumah-rumah mereka dalam keadaan runtuh disebabkan kezaliman mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu pelajaran bagi kaum yang mengetahui.” (QS. An Naml [27]:52)
  6.  Zalim merupakan perbuatan yang di larang oleh Allah SWT dan termasuk dari salah satu dosa-dosa besar. Manusia yang berbuat zalim akan mendapatkan balasan di dunia dan siksa yang pedih di akhirat kelak. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Al Qur’an Surah Asy-Syura : 42   “Sesungguhnya dosa besar itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih“.
  7. Allah SWT melarang perbuatan zalim, sebagaimana tertulis dalam firman-Nya di Surah Ibrahim ayat 42-45 :  “Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak, mereka datang bergegas-gegas memenuhi panggilan dengan mangangkat kepalanya, sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong. Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) datang azab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang zalim: “Ya Tuhan kami, beri tangguhlah kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul.” (Kepada mereka dikatakan): “Bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia) bahwa sekali-kali kamu tidak akan binasa? dan kamu telah berdiam di tempat-tempat kediaman orang-orang yang menganiaya diri mereka sendiri, dan telah nyata bagimu bagaimana Kami telah berbuat terhadap mereka dan telah Kami berikan kepadamu beberapa perumpamaan.”.
Berikut beberapa hadits Rasulullah SAW tentang larangan berbuat zalim :
  1. Dari Abu Dzar Al-Ghifari ra dari Nabi SAW bersabda meriwayatkan firman Allah ‘azza wa jalla, berfirman, Wahai hamba-hambaku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku mengharamkannya pula atas kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi. Wahai hamba-hambaKu, kalian semua tersesat, kecuali orang yang Aku beri hidayah, maka mintalah hidayah itu kepada-Ku, niscaya kuberikan hidayah itu kepadamu. Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian lapar, kecuali orang-orang yang aku beri makan, maka mintalah makan kepada-Ku, niscaya Aku berikan makanan itu kepadamu. Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian adalah orang-orang tidak berpakaian, kecuali orang-orang yang telah Kuberi pakaian, maka mintalah pakaian kepada-Ku, niscaya Aku berikan pakaian itu kepadamu. Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian senantiasa berbuat dosa di malam dan siang hari sedangkan Aku akan mengampuni semua dosa, maka mintalah ampun kepada-Ku, niscaya Aku ampuni kalian semua. Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian tidak dapat mendatangkan kemanfaatan bagi-Ku sehingga tidak sedikit pun kalian bermanfaat bagi-Ku. Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian semua tidak akan dapat mendatangkan bahaya bagi-Ku sehingga tidak sedikit pun kalian dapat membahayakan-Ku. Wahai hamba-hambaKu, andaikan kalian semua dari yang awal sampai yang terakhir, baik dari bangsa manusia maupun jin, semuanya bertakwa dengan ketakwaan orang yang paling takwa di antara kalian, hal itu tidak menambah sedikit pun dalam Kerajaan-Ku. Wahai hamba-hambaKu, andaikan kalian semua dari yang awal sampai yang terakhir, baik dari bangsa manusia maupun bangsa jin, berdiri di atas satu dataran lalu meminta apa pun kepada-Ku, lalu aku penuhi semua permintaan mereka, hal itu sedikit pun tidak mengurangi kekayaan yang Aku miliki, hanya seperti berkurangnya air samudra ketika dimasuki sebatang jarum jahit (kemudian diangkat). Wahai hamba-hambaKu, semua itu perbuatan kalian yang Aku hitungkan untuk kalian, kemudian Aku membalasnya kepada kalian. Maka barang siapa mendapatkan kebaikan, hendaklah ia memuji Allah, dan barang siapa mendapatkan selain itu, hendaklah ia tidak mencela kecuali dirinya sendirinya.” (HR. Muslim)
  2. Dari Anas r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Hendaklah kamu menolong saudaramu yang menganiaya dan yang teraniaya“, sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, (benar) aku akan  menolong apabila ia dianiaya, maka bagaimana cara menolongnya apabila  ia menganiaya?” . Beliau menjawab: “Engkau cegah dia dari (perbuatan)  penganiayaan, maka yang demikian itulah berarti menolongnya” (HR. Bukhari)
  3. Dari Abi Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda: “Tahukah kamu siapa yang  bangkrut itu?“, mereka (sahabat) berkata: “Ya Rasulullah, orang yang  bangkrut menurut kami ialah orang yang tidak punya kesenangan dan uang“  (kemudian) Rasulullah menjawab: “Sesungguhnya orang yang bangkrut dari  umatku ialah orang yang datang (pada hari kiamat) membawa pahala  sholat, zakat, puasa dan haji. Sedang (ia) pun datang (dengan membawa  dosa) karena memaki-maki orang, memukul orang, dan mengambil harta  benda orang (hak–hak orang), maka kebaikan-kebaikan orang (yang  menzalimi) itu diambil untuk diberikan kepada orang-orang yang  terzalimi. Maka tatkala kebaikan orang (yang menzalimi) itu habis,  sedang hutang (kezalimannya) belum terbayarkan, maka diambilkan kajahatan-kejahatan dari mereka (yang terzalimi) untuk di berikan  kepadanya (yang menzalimi), kemudian ia (yang menzalimi) dilemparkankedalam neraka (HR. Muslim)
  4. Rasulullah SAW bersabda, “Kezaliman itu ada 3 macam: Kezaliman yang tidak diampunkan Allah, Kezaliman yang dapat diampunkan Allah, dan kezaliman yang tidak dibiarkan oleh Allah. Adapun kezaliman yang tidak diampunkan Allah adalah syirik, firman Allah SWT: “Sesunggahnya syirik itu kezaliman yang amat besar!”, adapun kezaliman yang dapat diampunkan Allah adalah kezaliman seseorang hamba terhadap dirinya sendiri di dalam hubungan dia terhadap Allah, TuhannyaDAN KEZALIMAN YANG TIDAK DIBIARKAN ALLAH ADALAH KEZALIMAN HAMBA-HAMBA-NYA DI ANTARA SESAMA MEREKA, KARENA PASTI DITUNTUT KELAK OLEH MEREKA YANG DIZALIMI.”  (HR. al-Bazaar & ath-Thayaalisy)
  5. Apabila kita berbuat salah terhadap orang lain, kita harus segera minta maaf,  selagi kita masih hidup dan untuk memperingan siksa di akhirat nanti. Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi SAW bersabda:Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, baik berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) nya sekarang juga, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika ia punya amal shalih, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanat (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya untuk ditanggungkan kepadanya.” (HR. Bukhori, Muslim)
Setelah kita mengetahui bahayanya perbuatan zalim yang dapat membuat kita menjadi seorang hamba yang bangkrut di akhirat kelak, marilah kita selalu menjaga diri kita,  agar tidak berbuat zalim terhadap sesama.
http://dewiyana.cybermq.com

Sabtu, 22 Disember 2012

10 Sebab Turunnya Rahmat Allah Ta'ala


Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Pemberi rahmat (kasih sayang). Bahkan sayangNya terhadap hamba-hambaNya lebih dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya. Dengan kasih sayangNya, Dia menciptakan kita. Dengan rahmatNya, Dia memberikan rizki kepada kita. Dengan rahmatNya, Dia memberikan kesehatan kepada kita. Dengan rahmatNya, Dia memberikan makan dan minum, pakaian serta tempat tinggal kepada kita. Dengan rahmatNya, Dia menunjukkan kita kepada Islam dan Iman serta amal shalih. Dengan rahmatNya, Dia mengajarkan kepada kita apa yang tidak kita ketahui. Dengan rahmatNya, Dia memalingkan kejahatan musuh-musuh dari diri kita. Allah Ta'ala berfirman, artinya,  "Sesungguhnya Allah Ta'ala membela orang-orang yang telah beriman." (QS. al-Hajj: 38).

Dengan rahmatNya, Dia menurunkan hujan dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan,. Dengan rahmatNya, Dia memasukkan hamba-hambaNya yang beriman dan yang beramal shalih ke dalam surga. Dengan rahmatNya, Dia menyelamatkan mereka dari neraka.Segala sesuatu semuanya adalah berkat rahmat Allah Ta'ala. Oleh karenanya seorang muslim perlu mengetahui faktor penyebab, Allah Ta'ala memberikan rahmat kepada makhlukNya, yaitu:

1. Berbuat Ihsan dalam beribadah kepada Allah Ta'ala dengan menyempurnakan ibadah kepadaNya dan merasa dimonitor (diawasi) oleh Allah Ta'ala, bahwasanya kamu beribadah kepada Allah Ta'ala, seolah-olah kamu melihatNya, maka jika kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu, dan berbuat baik kepada manusia semaksimal mungkin, baik dengan ucapan, perbuatan, harta, dan kedudukan. Allah Ta'ala berfirman, artinya, "Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik." (QS. al-A'raf: 56)

2. Dan di antara sebab-sebab yang paling utama untuk mendapatkan rahmat Allah Ta'ala adalah bertakwa kepadaNya dan menaatiNya dengan melaksanakan perintah-perintahNya dan menjauhi larangan-laranganNya, seperti mengeluarkan zakat kepada orang-orang yang berhak menerimanya (Mustahiq), beriman dengan ayat-ayat Allah swt, dan mengikuti RasulNya. Allah Ta'ala berfirman, artinya, "Dan rahmatKu meliputi segala  sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmatKu untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami. (Yaitu) orang-orang yang mengikuti Rasul, Nabi yang ummi." (QS. al-A'raf: 156, 157)

3. Kasih sayang kepada makhluk-makhlukNya baik manusia maupun binatang. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,  "Orang-orang yang penyayang, maka Allah Ta'ala akan menyayangi mereka (memberikan rahmat kepada mereka), sayangilah/ kasilah penduduk bumi, niscaya penduduk langit akan menyayangi kalian." (HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Dan hal itu lebih ditekankan lagi kepada orang-orang fakir dan miskin yang sangat membutuhkan. Sedangkan balasan (ganjarannya) sesuai dengan perbuatan, sebagaimana kita berbuat baik, maka kita akan mendapatkan balasan dari kebaikan tersebut.

4. Beriman, berhijrah, dan berjihad di jalan Allah Ta'ala.
Allah Ta'ala berfirman, artinya, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. al-Baqarah: 218).

Maka orang-orang yang beriman selalu mengharapkan rahmat Allah Ta'ala setelah mereka melaksanakan sebab-sebab mendapatkan rahmat yaitu iman, hijrah, dan berjihad di jalan Allah Ta'ala. Adapun hijrah meliputi berpindah dari negri syirik ke negri Islam dan meninggalkan apa yang dilarang Allah Ta'ala dan RasulNya shallallahu 'alaihi wasallam, sebagaimana Rasululullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah Ta'ala." (Muttafaq 'alaih).

Sedangkan jihad mencakup jihad melawan hawa nafsu dalam menaati Allah Ta'ala, sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, "Orang yang berjihad adalah orang yang memerangi hawa nafsunya dalam menaati Allah Ta'ala." (HR. al-Baihaqi).

 Sebagaimana jihad meliputi pula jihad melawan setan dengan menyelisihinya dan bersungguh-sungguh untuk mendurhakainya dan jihad dalam memerangi orang-orang kafir dan jihad terhadap orang-orang munafik dan pelaku-pelaku maksiat baik dengan tangan, kemudian (jika tidak mampu) dengan lisan, kemudian (jika tidak mampu juga), maka dengan hati.

5. Mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan menaati Rasulullah Ta'ala, sebagaimana Allah Ta'ala berfirman, artinya, "Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat, dan ta'atlah kepada Rasul, supaya kamu diberi rahmat." (QS. an-Nur: 56).

6. Berdo'a kepada Allah Ta'ala untuk mendapatkannya dengan bertawasul dengan nama-namaNya yang Maha Pengasih (ar-Rahman) lagi Maha Penyayang (ar-Rahim) atau yang lainnya dari nama-namaNya yang Agung/ Indah, seperti kamu mengatakan, "Ya Rahman Wahai Yang Maha Penyayang), sayangilah aku (rahmatilah aku), ya Allah  sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan rahmatMu yang luas yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampuni dosaku dan menyayangiku. Sesungguhnya
Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Allah Ta'ala berfirman, artinya, "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)." (QS. al-Kahfi: 10).

Dan Allah Ta'ala juga berfirman, artinya, "Hanya milik Allah asma`u al-Husna, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asma`u al-Husna itu." (QS. al-A'raf: 180).

Maka hendaklah seseorang memohon setiap permintaannya dengan nama yang sesuai dengan permintaannya itu untuk mendapatkannya. Allah Ta'ala berfirman, artinya, "Dan Tuhanmu berfirman, 'Berdo'alah kepadaKu, niscaya akan Kuperkenankan bagimu'." (QS. al-Mu'min: 60).

Dan firman Allah Ta'ala lainnya, artinya, "Dan katakanlah, 'Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik." (QS. al-Mu'minun: 118).

 Sungguh Allah Ta'ala telah menyuruh (kita) berdo'a dan menjamin ijabah (mengabulkan do'a tersebut) dan Dia Maha Suci yang tidak pernah mengingkari janji.

7. Mengikuti al-Qur`an al-Karim dan mengamalkannya. Allah Ta'ala berfirman, artinya, "Dan Al-Qur`an itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat." (QS. al-An'am: 155).

8. Menaati Allah Ta'ala dan RasulNya shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang  telah dijelaskan sebelumnya. Allah Ta'ala berfirman, artinya, "Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat." (QS. Ali 'Imran: 132).

9. Mendengarkan dan memperhatikan dengan tenang ketika dibacakan al-Qur`an al-Karim. Allah Ta'ala berfirman, artinya, "Dan apabila dibacakan Al-Qur`an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat." (QS. al-A'raf: 204).

10. Istighfar, memohon ampunan dari Allah Ta'ala. Allah Ta'ala
berfirman, artinya, "Hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, agar
kamu mendapat rahmat." (QS. an-Naml: 46).


Wallahu a'lam.

Sumber: Diterjemahkan dari Kitab "An-Nuqath al-'Asyarah
adz-Dzahabiyah", Syaikh Abdur Rahman ad-Dusari.
Sumber: Daarut tauhid : daarut-tauhiid@yahoogroups.com

Ustaz Sharir Long (Oct. 2012) -
" Keikhlasan  Dan  Kesungguhan  &
" Mentaati  Perintah  Allah"



Khamis, 20 Disember 2012

Perjuangan Islam wajib disokong - Ust Nassuruddin




Melayu : Sokonglah Perjuangan Islam

Yb. Datuk Seri Tuan Guru Presiden yang mewajibkan orang-orang Melayu memberi sokongan dan mengukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat jika selama ini mereka diselubungi rasa bimbang kedudukan dan masa depan orang Melayu hasil momokan UMNO dan BN. 

1. Secara umumnya , Melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam . Islam pula adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh ummatnya bersatu padu dan jangan berpecah belah . Antaranya apa yang difirmankan oleh Allah swt di dalam surah Aali Imran ayat 103 - 105 .
"dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah [ Islam ] dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah swt kepada kamu ketika kamu bermusuh - musuhan lalu Allah menyatukan diantara hati kamu [ sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam ] , maka jadilah kamu dengan nikmat Allah swt itu bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat - ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjukNya .

dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan , menegakkan yang makruf [ syariat ] dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan .

dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan - keterangan yang jelas nyata. mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar .

2. Mengambil iktibar dari ayat di atas , kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berjuang, berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah [ Islam ] yang kukuh dan utuh . Tanpanya ummat akan binasa . Justeru itu saya tidak nampak sebab kenapa orang melayu yang rata - ratanya beragama Islam tidak boleh berjuang dan bersatu di atas nama Islam dan memberi sokongan padu kepada perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

3. Orang melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya . Tinggallah faham nasionalis [ perkauman ] dan berhijrahlah jasad , pemikiran dan aqidah [ keyakinan ] kepada Islam agama yang dianuti bersama . Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat . Tanpa Islam maka apalah ertinya melayu . Aslim Taslam [ Islamlah nescaya kamu selamat ]

4. Perjuangan yang dibina diatas premis material , perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perjuangan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah swt tuhan yang mencipta kita . Ambillah premis Islam sebagai asas perjuangan yang dicari agar kita kukuh , hebat dan berdaulat serta Allah swt meredhai kita . Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam . Lihat bagaimana penegasan Allah swt di dalam firmanNya [ surah al Anfaal. Ayat 64 ] :

dan dialah yang menyatupadukan diantara hati - hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi , nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan diantara hati mereka . akan tetapi Allah swt telah menyatukan padukan diantara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha bijaksana .

5. Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita malah Nabi saw juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya , namun apa yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi platform perjuangannya .

6. Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau parti [ PAS ] yang berjuang untuk menegakkan Islam dan mendaulatkannya . Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan , kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan . Tanpa saya menafikan kebaikan orang lain , saya turut menyeru kepada seluruh ummat melayu dalam negara ini , marilah kita bersama dan bersatu dengan perjuangan Islam [ Tali Allah ] ini sebagai platform yang kukuh dan diredhai oleh Allah swt . Ingatlah Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah Ayat 258 :

Tiada paksaan untuk menganut agama Islam , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan . Oleh itu , sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan] thaghut dan ia beriman pula kepada Allah swt , maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus . dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .

7. Perjuangan ummat melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar . Melanggar perintah Allah swt lalu terperangkap dalam penyelewengan , penyalahgunaan kuasa serta penindasan ke atas golongan yang lemah . Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala, mereka senantiasa dijurang kemurkaan Allah swt. Tanpa segan silu dan rasa bersalah, mereka melakukan rasuah , berjudi , minum arak , mendedahkan aurat , bergaul bebas , berzina , menggelapkan wang , peras ugut dan 1001 kefasadan .

8. Persoalannya kenapa susah sangat kita orang melayu untuk kembali kepada Islam ? apakah kerena kita meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi dari wahyu Allah swt ? lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut ? Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik untuk ummat melayu , agar melayu menjadi hebat , mulia dan terpandang maka satu - satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam.

9. Hari ini , ada orang pertikaikan kemana hilangnya kuasa politik orang melayu ? bagaimana nasib orang melayu yang kian terpinggir di kampung - kampung dan desa ? kenapa melayu mesti bercakaran sesama sendiri ? apakah selamanya mereka tidak boleh bersatu ? . Menjawab kepada semua persoalan itu , saya gesa kepada seluruh pemimpin - pemimpin melayu khasnya supaya kembali kepada ajaran dan amalan Islam , agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang mempunyai Tuhan yang satu , Kitab yang satu , Nabi yang satu , Kiblat yang satu .

10. Apabila ummat melayu bersatu dan berjuang diatas premis yang kukuh ini iaitu Islam , maka perpaduan dan perjangan  itu menjadikan mereka kuat dan utuh . Mereka akan miliki kuasa politik . Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan takaaful yang disyariatkan oleh Islam . Mereka akan menjadi mulia dengan kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka . Mereka akan bersatu dan berdamai dengan plan ukhuwwah serta toleransi yang disyariatkan oleh Islam . Ertinya Islam menjadikan melayu hebat dan mulia .

Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Ahad, 16 Disember 2012

Perbandingan PAS dan UMNO



Undang-undang dan Negara

PAS: Menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya dan menerima secara syumul.

Umno: Tidak menjadikan Islam dasar perjuangan. Mereka lebih mendukung dasar nasionalis Melayu (Asabiyyah Melayu). Mereka hanya menerima sebahagian ajaran Islam dan menolak sebahagiannya.

PAS: Menjadikan al-Quran, Sunnah, al-Ijma' dan al-Qiyas sebagai hukum yang tertinggi. Dasar ini bukan sahaja dilaksanakan di peringkat parti tetapi di peringkat negara sekiranya ia berkuasa.

Di mana al-Quran, al-Sunnah, Ijma' dan Qiyas akan dijadikan undang-undang tertinggi negara, mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan sumber di atas maka ia dengan sendirinya terbatal setakat mana yang ia bercanggah.

Umno: Tidak menjadikan al-Quran, Sunnah, Ijma' dan qiyas sebagai sumber perundangan negara.

Mereka mendukung Perlembagaan ciptaan manusia yang jelas meletakkan sumber tersebut di bawah perlembagaan, bahkan kiranya hukum al-Quran atau Sunnah bercanggah dengan Perlembagaan maka hukum al-Quran dan Sunnah dikira batal setakat yang ia bercanggah (Perlembagaan Perkara 4(1).

Sebagai contoh merotan 100 rotan orang berzina seperti yang ditetapkan oleh al-Quran tidak dibenarkan oleh Perlembagaan kerana Perlembagaan hanya menentukan hukum yang berbeza, iaitu denda, penjara atau disebat enam rotan.

PAS: Berjuang untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum Islam di dalamnya. Perjuangan ini telah berterusan sejak lebih 50 tahun lalu.

Umno: a) Umno tidak memperjuangkan penubuhan negara Islam. Sungguhpun di dalam Perlembagaan memperuntukkan "Islam sebagai agama Persekutuan" ia bukan bererti Malaysia sebagai negara Islam. Ia tetap sebagai negara sekular.

Perkara ini telah ditegaskan oleh pemimpin Umno pada masa negara mula mencapai kemerdekaan di dalam menghuraikan maksud perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia.

b)Umno berusaha menggagalkan setiap kerja untuk mewujudkan kerajaan Islam. Apa yang dilakukannya ke atas kerajaan Kelantan sudah cukup sebagai bukti.

PAS: Berusaha melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan rakyat Islam umumnya menerima rancangan ini.

Umno: Berusaha menggagalkan rancangan ini dengan pelbagai alasan termasuk alasan Perlembagaan tidak membolehkan perlaksanaannya. Di samping menuduh ia hudud PAS, dan tidak sempurna. Bila diajak muzakarah mereka menolak.

PAS: Menerima hukum Islam secara keseluruhan sama ada ibadat muamalat, jenayah, kehakiman dan kenegaraan.

Umno: Menerima hukum Islam pada sudut-sudut tertentu sahaja seperti ibadat khusus dan sebahagian hukum muamalat yang lebih mendapat keuntungan pulangan ekonomi. Dan penerimaan mereka juga bermusim dengan berpandukan kepada reaksi dan sikap umat Islam.

Umno dan PAS dalam menangani perkara halal-haram

PAS: Mendukung tuntutan al-Quran berhubung dengan dasar Amar Makruf dan Nahi Mungkar. Sikap PAS ini adalah berpunca dari dasarnya yang menjadikan al-Quran, Sunnah, Ijma dan qiyas sebahagai sumber undang-undang.

Sumber-sumber di atas begitu jelas memberi hukum qati tentang larangan ke atas perkara mungkar. Larangan ke atas arak, judi, berzina dan berbagai jenis kemungkaran telah dinyatakan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Ayat-ayat al-Quran berhubung dengan Amar Makruf dan Nahi Mungkar begitu banyak di antaranya Al Imran: 104, 110, 114, al-Maidah, 79, Al-Araf: 157, Al-Taubah: 67, 71, 112, An-Nahl 90.

Ayat yang berhubung dengan zina, An-Nur: 2 menuduh zina:4. Ayat yang berhubung dengan rompakan Al-Maidah: 33. Ayat yang berhubung dengan pengharaman arak dan judi, Al-Maidah: 90. Kesemua ayat-ayat di atas secara qati' (tanpa dipertikaikan) menegaskan bahawa perlaksananya adalah wajib.

Selain dari itu terdapat hadith yang mutawatir tentang larangan dan hukuman ke atas peminum arak dan murtad juga beberapa hadith yang melarang amalan mungkar yang hukumnya dijalankan melalui ta'zir.

Sebahagian dari undang-undang yang berkaitan telahpun dilaksanakan di Kelantan dan sebahagian lagi belum boleh dilaksanakan kerana halangan dari kerajaan BN Pusat.

Umno: Hanya melaksanakan dasar amar makruf tidak nahi mungkar. Kalau ada pun mereka telah mengubah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.

Mereka tidak berminat untuk mengubah hukum buatan manusia kepada hukum Allah bagi perbuatan mungkar diatasnya. Yang anehnya undang-undang lain lebih-lebih lagi untuk tujuan membolot kuasa dan kekayaan yang lebih banyak mereka tidak jemu-jemu memindanya.

Umno menghalalkan judi dan tempat perjudian dengan syarat mendapat lesen dari kerajaan. Judi hanya haram kalau dikendalikan tanpa lesen. Malaysia hari ini dikenali dunia sebagai tempat judi yang ketiga terbesar di dunia.

Umno membenarkan pembinaan kilang arak dan membiarkan jualannya tanpa sekatan. Bilangan rakyat yang menjadi penagih arak kian meningkat di negara ini.

Umno menolak hukum hudud terutama bagi kesalahan mencuri dan berzina. Oleh itu kita dapati jenayah mencuri kian meningkat dan perbuatan zina serta membuang anak luar nikah jauh kian menjadi-jadi. Apa yang lebih mendukacitakan kebanyakan mereka yang terlibat adalah dari kalangan umat Islam.

UMNO membenar dan memberi laluan yang luas kepada pengusaha tempat-tempat hiburan. Tempat-tempat hiburan telah tumbuh seperti cendawan di seluruh negara termasuk bandar-bandar kecil.

Dasar ini telah mewujudkan suasana yang tidak sihat di dalam masyarakat yang sekali gus berlakunya keruntuhan moral di kalangan rakyat terutama di kalangan remaja.

UMNO mendukung dasar amalan riba. Sungguh pun Bank Islam dan kaunter muamalat Islam diperkenalkan dikebanyakan bank, ia tidak bererti mengharamkan riba kerana dasar kewangan negara masih menjunjung dasar riba. Kalau mereka ikhlas mereka sepatutnya menjadikan semua Bank Islam sebagai tempat simpanan wang kerajaan Pusat, negeri dan semua agensi kerajaan. Tetapi apa yang berlaku adalah jauh api dari panggang. Kerajaan PAS Kelantan sungguhpun tidak menubuhkan Bank Islam telah membuat dasar supaya semua wang kerajaan di simpan di Bank Islam.

Pengagihan kekayaan negara adalah mengikut ajaran Islam.

PAS: Memperjuangkan arahan al-Quran supaya kekayaan negara diagihkan secara adil di kalangan rakyat. Firman Allah: "Janganlah harta beralih tangan hanya di antara orang kaya di kalangan kamu." (maksud ayat al-Hashr:7)

Umno: Tidak beramal dengan dasar ini di mana sudah menjadi pengetahuan umum bahawa para pemimpin Umno dan golongan kapitalis yang bersekongkol dengan mereka telah merebut peluang untuk menguasai kekayaan negara dengan pelbagai cara sama ada halal mahupun haram. Amalan ini adalah berpunca dari fahaman mereka bahawa Islam mahu orang Islam maju dalam ekonomi barulah dihormati. Anggapan ini adalah salah kerana hanya mencari rezeki secara halal yang dibenarkan oleh Islam.
PAS: Memperjuangkan supaya harta orang kaya diberi kepada orang miskin sama ada secara wajib (zakat) atau sunat (hadiah atau anugerah). Rasulullah bersabda: "Ambillah harta orang kaya di kalangan mereka untuk diberikan kepada orang miskin di kalangan mereka."

Umno: Mengamalkan dasar sebaliknya terutama ditahun-tahun kebelakangan ini di mana harta orang miskin telah diambil untuk diberikan kepada golongan kaya, atas alasan pembangunan ekonomi. Tindakan Umno ini dapat dilihat bagaimana tanah rakyat diambil untuk diberi kepada usahawan dari dalam dan luar negeri. Apa yang pasti rakyat miskin kehilangan hak dan pengusaha mendapat keuntungan. Kesemuanya ini berpunca dari pindaan Kanun Tanah Negara. Sekarang apakah dasar yang didukung oleh Umno menepati dengan ajaran Islam seperti yang pernah diamalkan oleh nabi dan para khalifah yang mendukung ajaran Allah.

Syiar Islam

PAS: Menghormati hukum Islam termasuk juga syiarnya. Oleh itu PAS terus memperjuangkan hukum Islam dan keutuhan syiarnya. Dalam hubungan ini PAS terus menentang apa saja perbuatan yang menggugat dan mencemari syiar Islam. PAS tidak dapat bertolak ansur atas apa alasan sekalipun setiap perbuatan yang boleh mencemarkan syiar Islam.

Sabtu, 15 Disember 2012

APA ITU ROH AMAL? Setiap kerja dan setiap tindakan kita itu mestilah ada roh. Yakni hati sentiasa ada contact dengan Allah.


Di antara tugas terpenting ilmu tasawuf itu ialah untuk menghidupkan hati. Bila hati hidup, ia dapat memancarkan cahaya rohaniahnya kepada akal dan kepada seluruh anggota. Sehingga manusia mampu untuk menyuluh tindak-tanduk lahir dan batin mereka. Kemudian setiap kerja, setiap amalan, setiap tindakan yang dibuat itu akan dihubungkan dengan Allah. Dia sentiasa ada contact dengan Allah.

Setiap manusia sesudah mempunyai hati sebegini, dalam dia bertindak, beramal, berbuat dan bekerja, dia dapat kekalkan terus rasa kehambaan pada Allah. Tidak pernah terputus. Rasa kehambaan itu tetap subur dan menebal di alam rasanya (zauq). Di waktu itu bila dia berperanan di bumi, hatinya dapat berhubung dengan Allah. Waktu dia mentadbir bumi, kakinya saja di bumi tetapi hatinya di Akhirat. Hatinya penuh rindu atau tenggelam dalam cinta Allah. Atau hati terbakar, gementar kerana takutkan azab Allah. Dia rasa dirinya hamba kepada Allah. Dia juga rasa dirinya khalifah-Nya. Di waktu itu barulah manusia dapat berperanan seperti yang Allah kehendaki.

Untuk dapat hati begini, maka setiap amal, setiap kerja dan setiap tindakan kita itu mestilah ada roh. Yakni hati sentiasa ada contact dengan Allah.

APA ITU ROH AMAL?
Islam itu ada lahir, ada batin. Ada jasad, ada roh. Ada rangka, ada nyawa. Islam itu ada kulit, ada isi. Batin Islam atau roh Islam atau nyawa Islam atau intipati (lubbun) Islam itulah yang dikatakan ruhul amal. Yakni roh dalam kita bekerja, roh dalam kita bertindak, roh dalam kita melaksanakan sesuatu, roh dalam kita berjuang dan berjihad, roh dalam sebarang usaha ikhtiar kita, walau dalam apa bidang sekalipun seperti bidang ibadah, bidang dakwah, ekonomi, politik, pembangunan, pertanian, kesihatan dan lain-lain.

Roh amal inilah yang hendak dijaga sungguh-sungguh ke-rana ia merupakan nyawa dan penentu amal lahir. Syariat lahir yakni kerja, usaha dan tindakan yang dapat dilihat dengan mata lahir. Roh amal itulah tempat pandangan Allah kerana ia merupakan intipati amal Islam (lubbun) atau intipati ibadah. Roh amal inilah yang Allah nilai. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasul dalam sabdanya: “Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat At Tabrani)

Ertinya, amalan lahir yang kita buat seperti rukuk, sujud, berdiri dan bacaan-bacaan dalam sembahyang, semuanya Allah tidak pandang kalau rohnya tidak ada. Begitu juga percakapan kita yang didengar oleh manusia, perjuangan kita dengan menggunakan tangan dan kaki, pergi ke sana dan ke mari, bermacam-macam bentuk pembangunan yang kita hasilkan dalam bidang ekonomi, pertanian dan sebagainya, itu semua tidak ada nilaian di sisi Allah kalau rohnya tidak ada.

Jadi Allah tidak melihat dan memandang gambaran lahir tetapi Allah melihat hati kita. Roh usaha kita itu yang Allah pandang, di samping usaha itu perlu dibuat. Roh amal itu yang dipandang oleh Allah, di samping amal itu perlu dibuat. Roh jihad itulah yang Allah nilai, di samping jihad itu perlu dilaksanakan. Roh puasa itulah yang Allah beri markah, di samping puasa itu perlu dibuat. Begitulah seterusnya. Jadi dalam kita beramal, kedua-duanya yakni lahir dan batin mesti kita buat, tetapi penilaian Allah pada yang batin.

Islam ada rangka, ada nyawa. Kedua-duanya perlu tetapi nyawa itulah yang dinilai oleh Allah. Jadi kalau usaha kita, ibadah kita, pembangunan kita, jihad kita atau apa sahaja yang kita cetuskan, rohnya tidak ada, ia samalah seperti manusia yang sudah tidak ada nyawa. Ertinya sudah dianggap bangkai. Manusia, walau bagaimana cantik sekalipun, kalau sudah tiada nyawa maka dia akan ditanam, tidak perlu disimpan lagi. Orang hormat kepada ratu cantik kerana rohnya atau kerana nyawanya masih ada. Bila tidak ada roh, tidak ada siapa pun minat.

Justeru itu, kita beribadah mesti berserta roh. Kita berdakwah mesti berserta roh. Kita berjihad mesti berserta roh. Begitu juga kita bermusafir, bergaul, berilmu, berpadu, berdoa, berzikir, berekonomi, membangunkan pertanian, membangunkan kesihatan, berkumpul dan sebagainya semuanya mesti berserta roh. Hinggakan diam kita pun mesti ada roh. Jadi roh amal perlu kita jaga kerana ia merupakan nilaian Allah SWT, di samping soalsoal lahir wajib juga dilaksanakan dan ia tidak boleh diabaikan. Apa yang dimaksudkan dengan roh amal atau nyawa pada amal, pada usaha
kita, pada perbuatan kita atau pada ibadah kita itu? Sebagai contoh, berikut adalah beberapa amalan yang boleh kita nilai sama ada wujud atau tidak rohnya.

ROH SEMBAHYANG
Kalau kita bersembahyang, roh sembahyang itu antaranya ialah:
. Khusyuk
. Faham apa yang kita baca
. Hati merasa hina dan kerdil di hadapan Allah serta merasakan kebesaran dan kehebatanAllah SWT.

Bila ada roh yang begitu rupa dalam sembahyang, baru boleh dikatakan kita bersembahyang. Barulah amal sembahyang itu Allah terima. Kalau tidak ada, maka sujud kita, berdiri kita dan kefasihan lidah kita membaca ayat-ayat tiada erti apa- apa. Duduk berdiri kita dalam sembahyang sudah tiada erti apa-apa kalau roh sembahyang atau nyawa sembahyang kita sudah tidak ada. Sembahyang yang sudah tidak ada roh adalah ‘sembahyang bangkai’.

ROH BERDAKWAH
Berdakwah adalah kita bercakap, menyampaikan risalah, buku, majalah dan sebagainya. Bagaimanakah yang dikatakan dakwah yang ada roh atau dakwah yang ada nyawa itu? Antaranya ialah:

– Bilamana setiap pendakwah itu merasa apa yang dia buat itu satu tanggungjawab daripada Allah SWT, bukan daripada dirinya dan bukan tanggungjawab daripada jemaah; jemaah itu cuma sebagai landasan untuk dia berjuang, dia seolah-olah mewakili Allah. Ibarat kita mewakili raja atau perdana menteri atau menteri, bolehkah kita bersenang-senang? Oleh itu dalam berdakwah kita patut merasa kita mewakili Allah di dunia ini untuk menyampaikan ajaran-Nya kepada umat manusia. Inilah yang dikatakan mesti ada rasa tanggungjawab dalam soal dakwah kerana kita diperintahkan oleh Allah SWT supaya berdakwah.

– Kita berdakwah membawa hati yang takut kepada Allah. Takut-takut tersilap menyampaikan atau tersilap menilai hukum. Sebab kadang-kadang apa yang kita sampaikan dan hukum yang kita beri dalam berdakwah itu didengar oleh ribuan orang. Mereka akan berkeyakinan atau berpegang mengikut sebagaimana yang kita ucapkan atau sampaikan.
Kalau kita tersilap, bukan senang kita hendak berjumpa setiap orang untuk membetulkan kesilapan kita itu. Kalau apa yang kita sampaikan itu tidak tepat sebagaimana yang Allah dan Rasul perintahkan, bukan sahaja kita terpaksa bertanggungjawab di dunia tetapi juga di Akhirat kelak. Inilah yang dimaksudkan sewaktu kita berdakwah itu mesti ada rasa takut dalam hati. Takut-takut dalam kita berdakwah itu kita tersalah dan tersilap.

– Takut itu dalam hati, bukan pada telinga, bukan pada lisan. Sebab itulah kalau kita berdakwah, kita kena bawa hati sama. Jangan hanya membawa lisan atau membawa cakap sahaja tanpa membawa hati. Agar kita terjauh daripada sifat ujub, riyak, sombong, rasa marah dan lain-lain sifat mazmumah lagi.

– Dalam berdakwah itu, kalaulah misalnya dakwah kita orang ramai terima hingga mendorong mereka membuat perubahan, kita rasa syukur kepada Allah SWT. Itu adalah kuasa dan nikmat dari-Nya. Rasa syukur itu dirasai oleh hati, bukan mulut, bukan telinga. Jadi kita mesti rasa Tuhan yang membantu bila dakwah kita diterima orang. Itulah di antara roh dalam kita berdakwah.

– Kita berdakwah itu bukan kerana hobi. Bukan macam kita memancing ikan atau kita memikat burung ataupun main catur ataupun jogging. Itu semua adalah hobi. Jangan kita rasa berdakwah itu sebagai satu hobi tetapi hendaklah kita rasakan ia satu tanggungjawab atau kewajipan yang Allah pikulkan kepada kita.

Kalau roh dakwah ini sudah tidak dijaga walau bagaimana pandai dan fasih kita berdakwah dan orang senang dengan apa yang kita sampaikan, tetapi Allah tidak senang. Orang ramai redha tetapi Allah tidak redha kerana roh dakwah sudah tidak ada di situ. Kita hanya membawa rangkanya semata-mata sedangkan rohnya sudah tiada. Ertinya kita membawa ‘dakwah bangkai’.

ROH JIHAD
Jihad ialah gerak diri kita, gerak kaki kita, gerak tangan kita, pergi ke sana sini memerah otak dan tenaga fizikal untuk memikirkan bagaimana hendak menegakkan hukum-hakam Allah dalam kehidupan kita. Memerah tenaga lahir dan batin kita untuk mendaulatkan Islam yakni agar hukum-hakam Allah itu mendapat tempat di tengah masyarakat. Ini semua jasad lahir atau rangka pada jihad itu. Bagaimanakah roh atau batinnya?

Di antara roh jihad ialah:

- Hati mesti dibawa sama dalam berjihad. Hati mesti merasa jihad ini satu tanggungjawab atau satu kewajipan yang telah Allah pikulkan kepada kita. Ertinya kita berjihad bagi pihak Allah, bukan bagi pihak diri kita dan bukan bagi pihak jemaah kita. Jemaah itu hanya sebagai landasan untuk memudahkan kita berjuang dan berjihad di tengah masyarakat.

- Niat itu kerja hati atau peranan batin. Niat jihad itu ialah untuk meninggikan kalimah Allah yakni hukum Allah yang lima itu. Yang wajib dan yang sunat hendak kita tegakkan kerananya Allah tidak tolong. Tidak boleh salahkan itu dan ini. Salahkan diri sendiri. Ia tentu berlaku lantaran dosa kita hingga kita terhijab dari bantuan Allah. Oleh itu, setiap kali kita menemui kegagalan dalam berjuang, hendaklah cepat-cepat ingat kembali dosa-dosa kita dan minta ampun kepada Allah. Dosa itulah yang menghijab bantuan daripada-Nya.

ROH BERMUSAFIR
Bagaimana pula roh amal dalam bersafar, bermusafir, berekspedisi atau mengembara? Di antara rohnya ialah:

- Sentiasa peka dengan apa yang kita lihat dan apa yang kita dengar. Apa saja yang kita lihat dan yang kita dengar mestilah diambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Yang baik kita jadikan teladan dan yang jahat kita jadikan sempadan.

- Terasa kebesaran Allah bilamana melihat alam atau melihat pemandangan. Dalam safa (pemusafiran) itu, hati terasa dilihat oleh Allah SWT. Kalau dalam safar hati tidak terasa dilihat oleh Allah, itulah kadang-kadang mata kita jadi mata keranjang. Macam-macam benda yang bukan-bukan yang kita lihat nanti. Oleh itu di dalam safar kita mesti bawa hati sama iaitu terasa dilihat oleh Allah SWT. Firman Allah: “Dan Dia (Allah) sentiasa bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Al Hadid: 4) Maksudnya di mana saja kita berada, Allah Maha Melihat, bukan saja yang lahir malah sampai ke lubuk batin kita.

– Apabila kita melihat orang buat maksiat, hendaklah masukkan ke dalam hati kita rasa insaf dan syukur yang mana Allah telah selamatkan diri kita daripada melakukannya. Di samping mengharapkan Allah sentiasa memberi petunjuk kepada mereka agar mereka bertaubat.
– Jika kita lihat kebajikan dan kebaikan, hati hendaklah terasa ingin untuk berbuat dan menirunya. Kalaupun belum berkesempatan, hati setidak-tidaknya hendaklah bercita-cita atau pasang niat untuk berbuat yang sama. Hendaklah kita sensitif dengan perbuatan itu dan terbitkan keinginan di dalam hati untuk menirunya pula.

– Apabila kita melihat orang yang dalam kesusahan atau mendapat kemalangan, hati rasa simpati dan rasa sedih walaupun tidak dapat memberi bantuan. Jangan rasa gembira dengan kesusahan orang lain.

– Dalam kita bergaul sesama manusia, kita merendah diri walaupun kita ini orang pandai dan pintaratau mempunyai kedudukan yang tinggi.
 
ROH PERGAULAN
- Dalam kita bergaul, kita tidak dapat mengelak daripada melihat maksiat. Maka hendaklah kita mengambil pengajaran daripadanya. Hati mesti rasa takut dengan maksiat yang dibuat oleh orang lain itu dan hati rasa bimbang kalau-kalau kita turut sama terlibat dengannya.

- Di antara roh dalam pergaulan lagi, hati rasa lapang dada berhadapan dengan bermacam-macam perangai manusia. Maklumlah kita sedang bergaul di tengah-tengah masyarakat. Kadang-kadang waktu kita hendak rehat, di masa itulah orang hendak berjumpa kita. Di waktu itu hendaklah lapangkan dada walaupun hati rasa tidak senang. Yang sebenarnya Allah hendak beri kita pahala waktu itu. Inilah yang dikatakan tasamuh (toleransi) yakni berlapang dada ketika bergaul dan berhadapan dengan berbagai-bagai ragam manusia.

- Di antara roh dalam pergaulan lagi, belajar membaiki diri daripada orang. Sebab tidak kurang juga kita melihat orang-orang yang baik dalam pergaulan kita. Itulah pengajaran lisanul hal untuk kita tiru. Itulah tarbiah untuk diri kita. Kalaulah sikap diri yang kita gambarkan di atas tidak ada dalam pergaulan kita, ertinya kita bergaul tanpa roh. Nyawa pergaulan itu tidak ada.

ROH BERILMU
Kita belajar hingga dapat ilmu. Maka ilmu yang kita miliki itu dikira ada roh apabila:

– Ia sentiasa mengingatkan kita bahawa kita mempunyai banyak tanggungjawab kepada Allah yang mesti kita laksanakan. Jadi kalau kita memiliki ilmu yang begitu banyak tetapi ia tidak mengingatkan kita bahawa kita ada tanggungjawab kepada Allah, ini bermakna roh atau nyawa ilmu itu tidak ada. Yang berlaku hanya mental exercise sahaja. Oleh kerana roh ilmu mengingatkan kita akan bertang-gungjawab kepada Allah, maka bila kita ada ilmu, kita akan merasakan tanggungjawab yang makin berat. Makin banyak kita tahu, makin banyak pulalah tanggungjawab. Mengingatkan tanggungjawab adalah peranan hati. Bila kita memiliki ilmu, ia mengingatkan kita akan perintahperintah Allah sama ada yang wajib mahupun yang sunat yang hendak kita tegakkan.Yang haram dan makruh hendak kita tinggalkan.

– Di antara roh ilmu lagi, bila kita memilikinya ilmu itu akan mendorong hati kita cintakan Akhirat dan cintakan Allah. Ia mendorong hati kita benci dengan dunia (yang tidak memberi manfaat untuk Akhirat). Walaupun kita berjuang di dunia, menegakkan hukum Allah di dunia, mengatur masyarakat di dunia, mengambil kekayaan-kekayaan yang Allah halalkan di dunia, semuanya itu diperintahkan oleh Allah, namun hati tetap benci dengan dunia yang sentiasa saja hendak menipu kita.

Tegasnya, roh dalam berilmu itu, ia sentiasa menyedarkan hati kita bahawa dunia ini penipu, jahat dan hendak merosakkan kita. Kalau kita rasa begitu terhadap dunia melalui ilmu kita, maka sudah tentu dunia tidak akan dapat tipu kita. Ambillah dunia yang halal, tetapi ingat kadang-kadang ia boleh merosakkan kita. Carilah harta kekayaan tapi ingat, kadang-kadang ia menjahanamkan kita. Berniagalah sebesar mana pun tidak salah asalkan halal, tapi ingat, jangan sampai ia merosakkan hati kita, merosakkan perpaduan antara kita. Jadi kalau roh-roh dalam berilmu ini tidak kita miliki, ertinya kita baru dapat rangka ilmu atau jasad lahirnya saja. Yakni ilmu tanpa roh, atau dalam kata yang lain, “ilmu-ilmu bangkai”. Kalau ilmu-ilmu bangkai yang kita dapat, ia tidak boleh menyelamatkan kita daripada rasa sombong, megah, riyak dan lain-lain mazmumah lagi.

ROH PERPADUAN
Bagaimana pula yang dikatakan roh amal dalam perpaduan? Allah suruh kita bersatu padu maka kenalah kita bersatu padu. Perpaduan dan persatuan yang Allah suruh mesti ada rohnya. Apakah roh perpaduan itu? Di antaranya ialah:

– Kita bersatu padu itu mesti disertakan rasa ukhwah (rasa persaudaraan) dan ingin mengutamakan orang lain. Ertinya jangan hanya fizikal kita saja yang bersentuh tapi hati tidak bertaut.

– Seterusnya perpaduan juga dikira ada roh bilamana ia di-sertakan rasa kasih sayang. Kalau kita berpadu dan berkumpul tapi tiada rasa kasih sayang, maka amat berat rasanya kita hendak bertemu selalu. Kalau ada tersalah tersilap, lagi benci hendak bertemu. Tapi kalau bertemu dengan hati, adarasa kasih sayang antara satu dengan yang lain hingga rindu-merindui. Seminggu tidak berjumpa sudah bertanya-tanya, polan itu mana. Itulah roh perpaduan dan persatuan. Bila ada kasih sayang, krisis dapat dihindarkan. Kalau ada krisis pun, cepat padam, tidak berpanjangan kerana masih ada lagi
pertautan hati.

– Termasuk dalam roh perpaduan juga ialah doa-mendoakan. Doa itu tidak semestinya dengan angkat tangan atau bercakap tapi juga doa dalam hati. Bila kita nampak kawan buat baik, hati rasa senang dan mendoakan, biarlah dia terus dalam kebaikan. Bila kita tahu kawan ada melakukan kesilapan, hati merasakan mudah-mudahan jangan dia buat lagi. Hati kita berdoa kepada Allah, mudah-mudahan Allah berikan kawan kita pimpinan, taufik dan hidayah. Kawan itu tidak dibenci, sebaliknya kalau boleh diberi nasihat.

– Di antara roh-roh perpaduan lagi ialah ingin bertolong bantu dan simpati atas kesusahan atau ujian yang menimpa kawan.

Jadi kita berpadu bukan kerana pangkat atau kerana inginkan bantuan atau kerana takutkan musuh. Juga bukan kerana ekonomi dan bukan kerana itu dan ini. Tetapi kerana ia tuntutan daripada Allah SWT. Kalau kita berpadu kerana Allah maka indah sekali perpaduan itu. Perpaduan itu akan sentiasa kukuh.

Kalau tidak, bermacam-macam krisis akan timbul. Manusia di seluruh dunia hari ini cuba mewujudkan perpaduan. Mereka melaungkan: “Mari bersatu, mari bersatu!”, tapi tukang cakap itulah yang membawa pecah-belah. Dia ajak orang ramai bersatu padu tapi di sudut yang lain dialah pemecah belah umat. Oleh itu roh perpaduan mesti dijaga, kalau tidak nanti hanya berlaku pertautan fizikal tetapi tiada pertautan hati. Pertemuan itu biarlah dengan tautan hati, bukan dengan tautan fizikal semata-mata yang tiada erti apa-apa.

Orang mukmin itu menurut Rasulullah ialah mereka yang jiwa (roh) mereka antara satu dengan yang lain sentiasa ikat- mengikat (berangkai-rangkai, tiada putus-putus).

ROH BERDOA
Bagaimanakah pula roh amal dalam berdoa? Doa itu dalam bahasa Melayu maksudnya ‘meminta’. Maka antara rohnya:

- Mesti faham apa yang kita minta kepada Allah SWT. Kalau kita meminta tetapi tidak faham apa yang kita minta, maka itu satu hal yang pelik. Katalah kita minta sesuatu daripada kerajaan, apabila ditanya, “Apa yang kamu minta?” Kita jawab, “Tidak tahu.” Bukankah aneh dan pelik?

- Waktu berdoa itu mesti rasa merendah diri dengan Tuhan. Ibarat kita hendak minta sesuatu daripada menteri, janganlah bercekak-cekak pinggang di hadapannya, sebaliknya mesti dengan bahasa yang lembut dan merendah diri. Jadi waktu kita berdoa itu mesti rasa merendah diri dan meng-harap kepada Tuhan.

- Termasuk juga roh berdoa, waktu berdoa itu kita yakin Allah terima doa kita. Jangan pula sewaktu berdoa hati kecil kita berkata, “Entahlah, akan Allah kabulkan atau tidak…” Ertinya dalam meminta itu kita sudah jahat sangka dengan Allah. Jadi, dalam apa saja yang kita buat, roh amal itu mestilah kita kekalkan. Hinggakan diam pun mesti ada roh. Roh diam itu ialah sewaktu diam itu, kita berfikir. Berfikir tentang kebesaran Allah, tentang diri sendiri sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya, tentang dosa, tentang mati, tentang perjuangan dan tentang Akhirat. Juga berfikir tentang perjuangan, tentang apa lagi pengorbanan yang kita hendak buat dan tentang tanggungjawab yang belum kita laksanakan. Sebab itulah diam orang mukmin yang bertaqwa itu diang-gap ibadah dan diberi pahala, kerana diamnya itu ada roh. Ia kadang-kadang lebih baik daripada orang yang tidak bertaqwa yang nampaknya aktif di tengah gelanggang kehidupan ini. Jadi amal ibadah kita, perjuangan kita, usaha kita dan lain-lain lagi itu mesti mempunyai roh. Kalau tidak, semua amal kita itu hanya rangka-rangka atau jasad lahir semata-mata. Ia seperti bangkai sahaja. Amal tanpa roh adalah sia-sia kerana yang Allah nilai adalah rohnya, walaupun kita wajib beramal. Oleh itu roh setiap amal hendaklah kita jaga agar ia ada nilai di sisi Allah SWT.
 

KENAPA AMALAN TIDAK ADA ROH

Kenapa ibadah, perjuangan, jihad dan segala amal tidak ada roh? Apa puncanya? Ia adalah kerana:

1. Cinta dunia, iaitu gilakan perempuan, gila pangkat, cinta nama, cinta kedudukan, cinta kemasyhuran dan lain-lain.

2. Dosa-dosa yang kita buat.

3. Tidak ada kefahaman. Walaupun kita beramal ibadah, tetapi kerana tidak faham (jahil), maka amal ibadah kita itu tidak
ada roh.

Apabila amalan kita tidak ada roh, ertinya kita beramal dalam keadaan lalai. Jika kita berdakwah tapi rohnya tidak ada, ertinya kita berdakwah dalam keadaan lalai. Kalau kita berekonomi walaupun berjaya dan dapat menegakkan yang halal tapi rohnya sudah tidak ada maka kita berekonomi dalam keadaan lalai. Betapalah kalau terlibat dengan yang haram. Kalau kita bermusafir tanpa rohnya, ertinya bermusafir dalam keadaan lalai. Kalau kita mengajar walaupun mengajar ilmu Tuhan (ilmu tauhid, feqah dan tafsir) sekalipun tapi rohnya sudah tidak ada, ertinya mengajar dalam keadaan lalai.

Begitu juga kalau kita belajar, berjemaah, bertemu dan berjihad tanpa roh, ertinya semuanya itu dalam keadaan lalai. Sifat lalai ini dimurkai Allah. Lalai itu termasuk “dunia”. Sebab yang dikatakan “Akhirat” itu ialah sesuatu yang ada hubungan ingat kepada Allah. Kalau tiada hubungan ingat kepada Allah, itu amal dunia namanya. Sedangkan dalam Al Quran ada menyatakan: “Jangan kamu menjadi orang yang lalai.” (Al A’raf: 205)

Tegasnya setiap usaha dan ikhtiar kita mesti disertakan rohnya. Sebab rohnya itulah tempat nilaian Allah. Inilah yang dimaksudkan oleh Hadis: “Hendaklah kamu takut kepada Allah di mana saja kamu berada, dan hendaklah kamu ikuti kejahatan itu dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskannya. Dan hendaklah kamu berakhlak dengan sesama manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Tirmizi)

Ertinya dalam masa kita berjihad, kita mesti ada rasa takut kepada Allah. Begitu juga dalam masa kita bersembahyang, beramal ibadah, bermusafir, bergaul, bertemu dan berjemaah, mesti ada rasa takut kepada Allah. Jadi adanya rasa takut dalam apa saja tindakan yang kita buat itulah sifat-sifat taqwa. Itulah roh-roh amal yang telah digambarkan tadi. Oleh kerana itulah dalam kitab ada dinyatakan, “Cukuplah dua rakaat sembahyang sunat tetapi dikerjakan dalam keadaan takut kepada Allah SWT daripada beribu-ribu rakaat yang tidak disertakan rasa takut kepada Allah (roh amal itu tidak ada atau rasa taqwa tidak ada).

Jadi kita perlu membangunkan roh dalam setiap amal yang kita buat kerana di situlah nilaian Allah. Kalau kita boleh jaga roh amal dalam setiap apa yang kita buat, insya-Allah, Allah akan sentiasa bantu kita ke jalan-Nya yang lurus. Susah sekali hendak kita jaga roh amal ini. Inilah yang dikatakan ilmu tasawuf yang orang tolak hari ini. Pada roh amal inilah letaknya kejayaan umat Islam.
 
Waullahu 'Alam.

Ahad, 9 Disember 2012

ISLAM ADALAH AGAMA DAN POLITIK


ustaz azhar idrus - agama dan politik

Pandangan yang mengatakan agama tidak boleh dicampurkan dengan politik adalah golongan sekular, suatu fahaman yang memisahkan politik dengan agama.

Pandangan ini tidak terpakai dalam Islam. Ia mungkin tepat bagi agama-agama lain yang mengira bahawa agama adalah urusan spiritual, mengenai peribadatan antara makhluk dengan Tuhan yang menciptanya saja.

Fikiran itu menyimpang dari maksud Islam sebagai agama dan peradaban yang sempurna. Tidak lengkap Islam sebagai sebuah agama jika tidak ada sistem pentadbiran dan cara hidupnya.
Dan politik itu sendiri akan hanyut jika ia tidak dikawal dan dipandu oleh ajaran agama.
Pandangan yang memisahkan politik dan agama dalam Islam ini bukan sekadar menguasai fikiran dan kepercayaan orang politik yang rata-rata mendapat pendidikan barat, tetapi ia juga mengongkong fikiran setengah badan dakwah dalam dan luar negeri.

Setengah kalangan pendakwah tidak menggunakan bahasa jangan dicampur adukkan Islam dengan politik atau politik mesti dipisahkan dari agama, tetapi mereka menggunakan bahasa, mana ada politik dalam Islam.

Politik itu adalah sains bagi mengatur kehidupan dan bernegara. Dunia dan negara itu diwujudkan adalah untuk kegunaan manusia dan untuk ditadbirkan oleh manusia.

Telah wujud jin sebelum manusia yang menduduki bumi tetapi ia tidak ditugaskan untuk mentadbir alam. Ia wujud untuk mengabdikan diri kepada Allah saja. Demikian juga kewujudan malaikat untuk beribadat dan menjalankan perintah Allah semata-mata.

Tetapi penciptaan manusia bermula dengan Adam adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan menjadi khalifah Allah di alam bumi. Kerja khalifah itu adalah kerja politik.
Keseluruhan para anbia menjalankan dua fungsi itu. Ada nabi memimpin umat tanpa menjadi pemerintah tetapi ada nabi menjadi raja dan pemerintah seperti Nabi Daud a.s, Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf dan Nabi Ayub. Manakala nabi terakhir Rasulullah saw adalah imam dalam semua bidang baik dalam peribadatan dan urusan kenegaraan.

Al-Quran yang diturunkan bagi menjadi panduan manusia dan jin itu mengandungi urusan peribadatan dan urusan pimpinan serta pentadbiran. Ayat 2 surah al Baqarah bermaksud: Inilah kitab – Al-Quran – tidak ragu lagi adalah panduan bagi orang yang bertaqwa.

Sesiapa yang tidak berpandu kepada al-Quran bukan orang yang taqwa.
Ikrar dalam doa Iftitah di awal solat iaitu ‘solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah seru sekalian alam’. Dari ikrar ini disebutkan ibadat dan kehidupan itu disekalikan. Apakah yang terpenting dalam hidup selain dari politik yang menjadi alat kepada pentadbiran?

Mengeluarkan politik (hidup) dari ikrar ini menjadikan agama Islam itu tidak lengkap. Itulah fahaman sekular.

Sekarang sudah tidak ramai yang bercakap mengasingkan politik dari Islam. Hatta para pemimpin Umno sudah menerima, agama tidak boleh dipisahkan dari politik. Cuma yang kurang ialah tidak bercakap tentang dosa dan pahala dalam urusan dan perbincangan politik.

Golongan dakwah Pakistan yang berpegang tidak ada politik dalam Islam, gempar apabila Benazir Bhutto menjadi Perdana Menteri. Pada mereka ada yang tidak kena dari segi Islam. Mengapa Benazir jadi Perdana Menteri? Sebabnya kira-kira tiga juta yang layak mengundi tidak mengundi atau tidak pedulikan politik yang dianjurkan oleh Islam.

Tanpa disedari golongan dakwah yang mengatakan mana ada politik dalam Islam, telah terperangkap dalam sarang politik sekular sama seperti fahaman politik orang-orang barat yang jelas menentang Islam.

Agama dan politik saling melengkapi Islam yang dibawa Rasulullah saw. Islam itu adalah agama ibadat dan ia juga agama politik. Tidak lengkap Islam tanpa politik dan tidak lengkap ia tanpa ibadat.




USTAZ SYED AHMAD FAIZ - HUKUM MEMISAHKAN POLITIK DENGAN ISLAM.


Rabu, 5 Disember 2012

Buangkan EGO dalam berjamaah , sabar & istiqomah berusaha dalam berdakwah


Nasruddin Tantawi:Perjuangan Islam


Meniti perjalanan perjuangan memerlukan ketekunan, kesabaran dan segala macam sifat2 positif yang lain. Begitu juga dalam perjuangan meniti arus pemerintah dan rakyat masa kini cabaran semakin kuat.
Dugaan demi dugaan semakin memerlukan kematangan insan untuk terus matang dalam perjuangan
Organisasi Islam juga perlu mantap dalam menghadapi pemikiran masyarakat kini. Kematangan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sangat penting kerana sesungguhnya kepimpinan yang adil, telus , wibawa dan ikhlas bekerja inilah yang sangat2 dinantikan dan diperhatikan bagi mendapatkan sokongan.
Tidak semudah yang disangkakan. Maka dengan itu, bilamana seseorang ahli memberikan pandangan dan teguran seharusnya kita bersyukur kerana dengannya kita dapat menginsafi dan mengkoreksi diri bahawa sesungguhnya kejayaan jemaah itu diutamakan bukan hanya mementingkan diri sendiri. Semua insan tersedia EGO masing-masing, namun sejauhmana sifat -ve ini dapat dijana dengan sebaik mungkin dalam membina kekuatan berjemaah.
1. Niat kerana Allah SWT. Firman Allah SWT:
قل إن صلاتى ونسكى ومحياى ومماتى لله رب العالمين
Maksudnya: Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.( Al-An’aam 162 )
2. Sanggup berkorban.Samada harta, nyawa, masa dan tenaga. Firman Allah SWT:
تؤمنون بالله ورسوله وتجهدون فى سبيل الله بأموالكم وأنفسكم
Maksudnya: Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulnya serta kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan diri kamu.(As-Saff 11)

3. Meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan peribadi. Sabda Nabi SAW :
عن أبى هريرة رضى الله عنه أن رسول الله (ص) قال: والذي نفسى بيده,
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.anhu bahawa RasuluLlah SAW bersabda: “Demi diriku yang berada di dalam genggamannya, tidaK sempurna iman seseorang kamu sehingga aku dikasihinya melebihi dari ibu bapanya dan anaknya.( H.R Bukhari)
4. Sentiasa beriltizam dan istiqamah dalam perjuangan. Firman Allah SWT:
فاستقم كما أمرت
Maksudnya:Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepada kamu.(Hud 112)
5. Mempunyai personaliti diri sesuai dengan tuntutan islam. Sabda Nabi SAW:
عن أبى هريرة رضى الله عنه قال رسول الله (ص): المؤمن القوي خير
وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.anhu, RasuluLlah SAW bersabda: “ Mukmin yang kuat lebih baik dan disukai daripada mukmin yang lemah”. (H.R Muslim).
6. Mematuhi arahan. Mentaati arahan ketua untuk menjamin kekuatan dan kejayaan dalam setiap perjuangan. Firman Allah SWT:
أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم
Maksudnya: Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan kepada pemimpin dikalangan kamu. ( An-Nisaa’ 59 )
7. Mempunyai semangat berpasukan. Firman Allah SWT:
إن الله يحب الذين يقاتلون فى سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص
Maksudnya:Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh. (As-Saff 4)
8. Bersabar dan berdisiplin dalam perjuangan. Firman Allah SWT:
واصبر على ما أصابك إن ذلك من عزم الأمور
Maksudnya: “Dan bersabarlah di atas bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.(Luqman 17).
(petikan pena : Blog Ust Fadli Ibrahim)
Hakikat kesalahan kita perlu diterima dan tekanan buat insan lain seharusnya dengan ertikata berkerjasama. Sokongan dan kemenangan akan hadir bilamana jemaah bersatu berorganisasi menjalankan tugas. Jika idea kita diterima dan ditolak maka seharusnya kita terus bersama berjuang, bukan bermuka masam.
Alhamdulillah jemaah Islam negara kita semakin matang untuk berusaha kearah kemenangan. Demi bermatlamatkan kemenangan wadah Islam menerusi tahalus siasi. Jom ke masjid… tuntut Ilmu dan berjemaah saban hari.

Ahad, 2 Disember 2012

Wawancara Dengan Mujahidin Syam: “Kami Menginginkan Hukum Allah”




Wawancara Dengan Mujahidin Syam: “Kami Menginginkan Hukum Allah”


Rasulullah dalam sebuah kesempatan pernah bersabda kepada para sahabatnya: “urusan dunia ini akan dikuasa tentara yang rapi pasukannya,mereka itu adalah pasukan yang ada Syam, pasukan yang ada di Irak dan pasukan yang ada di Yaman(HR. Abu Daud dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albaniy).

Sekarang eksistensi pasukan Syam semakin kentara dan terang. Merekalah-InsyAllah- yang dimaksud Rasulullah sebagai pasukan Syam yang akan membela Allah dan Rasul-Nya, merekalah yang diakhir zaman yang akan mengangkat Royatul-Islam dan menancapkannya di sekitaran Baitul-Maqdis sebagai bentuk kemenangan islam melawan pasukan dajjal yang didukung yahudi dan orang-orang asfahan(baca, Iran hari ini negeri islam yang dikuasai aliran sesat syiah rafidhoh).

Berikut adalah petikan wawancara aktivis kemanusiaan Hilal Ahmar Indonesia dengan mujahidin Syam yang berperang dijalan Allah demi menegakkan syriat Allah, agar kalimat Allah menjadi yang tertinggi dan kalimat selainnya, apakah sosialis, kapitalis, demokrasi menjadi rendah dan terhinakan.


“Kami Menginginkan Hukum Allah”

Sore hari, saat kami stand-by di klinik datang dua orang pemuda. Seorang diantaranya memakai baju tentara. dia mengantarkan temannya yang menderita demam. Dari informasi petugas klinik lainnya, kami tahu bahwa orang berbaju tentara itu adalah mantan tentara Bashar Asad yang kini membelot bergabung bersama gerilyawan(baca, mujahidin) Sembari menunggu jadwal pemeriksaan temannya, kami mengajaknya bincang-bincang sejenak.

Bisa Anda perkenalkan diri?

Nama saya Muhammad. Usia 21 tahun. Saya dulu tentara pemerintah Bashar Asad dengan pangkat baru bintara, bertugas di Aleppo. Saya Sunni.

Mengapa Anda waktu itu bergabung dengan tentara Asad yang dikuasai kaum Alawiyin/Nushairiyah?

Ya, waktu itu saya ingin menjadi tentara saja.Tidak ada tendensi apa-apa selain menjalani kehidupan manusia normal sebagai tentara. Itu saja.

Sejak kapan Anda membelot?

Lima bulan lalu.

Sebabnya?
Saya tidak tahan dengan kedzaliman yang saya saksikan di depan mata kepala saya sendiri. Saya dilarang shalat, dilarang shaum. Kami, para tentara diperintah untuk membunuh warga sendiri. Kalau tidak mau membunuh, kami dihukum.

Anda pernah membunuh kaum Muslim?
Alhamdulillah tidak. Saya kebetulan bertugas menjaga markas.

Bagaimana cara Anda melarikan diri dari kesatuan?
Waktu itu bersama dengan 21 teman saya lainnya mengajukan cuti. Habis itu tidak kembali, dan kami bergabung dengan Jaisyul Hurr (Tentara Pembebasan).

Bagaimana nasib keluarga Anda ketika diketahui Anda membelot? Bukankah Asad dikenal menghabisi keluarga musuh-musuhnya?

Untuk beberapa bulan ini pemerintah tidak mungkin bisa memeriksa satu per satu tentara yang membelot untuk kemudian menemukan keluarganya. Jumlah pasukan yang membelot sangat banyak. Sementara mereka kekurangan orang yang bertugas mencari-cari data keluarga pembelot.

Tentara Bashar Asad begitu kejam membunuhi rakyatnya. Apa spirit yang dipompakan kepada mereka sehingga bisa berlaku sekejam itu?

Kami selalu ditekankan bahwa yang kami lawan adalah teroris.

Meski fakta di lapangan yang dibunuh adalah wanita dan anak-anak?

Ya, benar. Prinsip yang selalu ditekankan kepada kami adalah: habisi mereka dahulu sebelum engkau dihabisi mereka.,

Kabarnya Bashar Asad disupport tenaga tempur dari Iran dan Rusia?
Ya, benar.Orang-orang Iran dan Rusia memegang peran strategis dalam perang ini, seperti menerbangkan pesawat tempur dan menembakkan roket. Selain itu, juga disupport tenaga tempur dari Hizbullah(baca, Hizbulatta lebanon) dan Jaisy Al-Mahdi. Catatan: kawan Muhammad menambahkan kaum Alawiyin dari Turki juga bergabung dengan tentara Bashar Asad.

Apa motivasi mereka membantu Bashar Asad?

Kalau orang-orang Iran, mereka menganggap ini sebagai jihad. Kalau mereka mati, mereka yakin mati syahid.

Diantara pasukan Bashar ada yang mengaku sebagai orang Islam. Bahkan tentara Iran meniatkan perang sebagai jihad. Apakah saat berperang juga kalian bertakbir sebagai mana para gerilyawan?

Tidak ada takbir sama sekali. Yang ada hanya rasa takut yang mencekam.

Menurut pengamatan Anda, berapa lama Bashar Asad akan sanggup bertahan?
Hmm… paling sekitar 3 bulan.

Alasannya?
Anda bisa lihat sendiri banyak daerah sudah dikuasai Jaisul Khurr. Tentara pemerintah sekarang dalam kondisi terkepung, seperti di Idlib dan Aleppo.

Pertanyaan terakhir. Apa tujuan Anda ikut memerangi Bashar Asad, apakah untuk kebebasan, demokrasi, atau… ?
Tidak. Kami memerangi Bashar Asad karena ingin menegakkan hukum Allah

(hilalahmarsociety.org/almustaqbal.net)

Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: "Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang ber
iman.
(Al-Baqarah 2:88)

Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.
(Al-Baqarah 2:89)

Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahyu) kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad s.a.w). Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu, dan orang-orang yang kafir itu akan beroleh azab sengsara yang menghinakan.
(Al-Baqarah 2:90)

Sabtu, 1 Disember 2012

Syarat-syarat pemimpin menurut islam

PENDAHULUAN

Dalam islam kepimpinan amat perlu dalam membina dan membangunkan sesebuah organisasi atau persatuan. Gagal atau berjayanya sesebuah organisasi itu banyak ditentukan oleh ciri-ciri dan gaya pemimpin organisasi berkenaan. Firman Allah swt :

يدَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَـكَ خَلِيفَةً فِى الاٌّرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلاَ تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدُ بِمَا نَسُواْ يَوْمَ الْحِسَابِ
Bermaksud, “Hai Daud!Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan”. (Surah Shaad ayat 26.)

Kepimpinan dalam Islam merupakan amanah yang mesti dilaksanakan untuk memastikan kesinambungan risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Perkara ini pernah ditegaskan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat RA ketika Abu Zar Al Ghaffari meminta jawatan, baginda SAW menjawab: " Wahai Abu Zar..sesungguhnya ini amanah, engkau amat lemah, apabila engkau tidak menunaikan haknya ia akan memberikan penghinaan kepadamu di akhirat nanti.." (maksud Hadis).

Tindakan Saidina Abu Bakar apabila mendepani kewafatan Rasulullah SAW, tindakan utama yang dilakukan oleh beliau sebelum menguruskan jenazah baginda SAW ialah bermesyuarat untuk memilih Khalifah sebagai pengganti Rasulullah SAW.

    PENGERTIAN KEPIMPINAN

Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia,pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya kearah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan. Hakikatnya kepimpinan dalam islam adalah merealisasikan khilafah di muka bumi, demi mewujudkan kebaikan dan prosses pembersihan sesebuah organisasi. Sebagaimana firman Allah swt :

فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِى أَنفُسِهِمْ حَرَجاً مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيماً
Bermaksud, “maka demi tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima sepenuhnya.”( Surah an-Nisaa’ ayat 65.)

Nabi s.a.w. memerintahkan kepimpinan walau di dalam kumpulan yang sedikit jumlahnya. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w.

عَنْ ‏أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏قَالَ‏إِذَا خَرَجَ ثَلَاثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُم
Maksudnya, “ jika tiga orang keluar dalam satu perjalanan, maka hendaklah mereka memilih salah satu diantaranya sebagai pemimpin. (HR.Abu Daud).
GELARAN PEMIMPIN 
1.      Al-Khalifah
2.      Waliyul’amr
3.      Al Imam
4.      Al Sultan
5.      Al Malik
6.      Amirul Mukminin

   
SYARAT-SYARAT KEPIMPINAN DALAM ISLAM
 Pemimpin yang berkesan dalam sesebuah organisasi adalah pemimpin yang bersifat terbuka, menerima pandangan orang bawahan, sentiasa mendapatkan maklumat yang benar dan tepat bagi melaksanakan sesuatu tindakan, berkemahiran, bertanggungjawab dan sntiasa mewujudkan suasana yang selesa dalam organisasi.
Islam telah meletakkan syarat-syarat kepimpinan untuk menjamin Kejayaan sesebuah negara dan kerajaan sekaligus mempermodelkan Islam dalam kepimpinan dan pemerintahan, antaranya ialah,

Pertama: Muslim (Islam), ‘akil baligh dan lelaki
Firman Allah SWT:
          يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَـرَى أَوْلِيَآءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِى الْقَوْمَ الظَّـلِمِينَ - فَتَرَى الَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ يُسَـرِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَن تُصِيبَنَا دَآئِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَن يَأْتِىَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِّنْ عِندِهِ فَيُصْبِحُواْ عَلَى مَآ أَسَرُّواْ فِى أَنفُسِهِمْ نَـدِمِينَ
Yang bermaksud :” Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka”. Surah al-maaidah ayat 51dan52.(1)
Ayat di atas menjelaskan kerjasama dalam gerakan islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis ketaatan  (wala’) kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’ kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah Islam.

Kedua: Adil 

Seorang pemimpin mestilah tidak fasik seperti tidak meninggalkan solat, beramal dengan segala amalan yang di ketahui selagi mana amalan tersebut tidak menyalahi kata-kata dan perbuatan serta tidak menyalahi landasan islam.
Firman Allah swt,
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإْحْسَانِ وَإِيتَآءِ ذِى الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْى يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Bermaksud, “sesungguhnya Allah memerintahkan kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, member kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberimu pengajaran agar kamu dapat mengambil pelajaran”.( Surah an-Nahl ayat 90.)

Ketiga:
Berilmu.

Seorang pemimpin mestilah mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang ma’aruf dan yang mungkar serta mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan pimpinan. Al- Imam Al Ghazali berkata : "sesungguhnya Islam yg diperjuangkan atas landasan kejahilan akan lebih memudharatkan berbanding serangan musuh Islam. Malangnya kebanyakan pendukung Islam adalah dari kalangan orang-orang jahil.”

Keempat: Mempunyai kuasa dan kemampuan

Bermaksud boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan atau masalah yang berlaku samada melalui tenaga, perkataan,tulisan atau fikiran dalam segala aspek.

Kelima: Beradab mengikut akhlak islam

Seseorang pemimpin mestilah mampu memberi contoh tauladan mengikut akhlak islam kepada diri dan orang di bawah pimpinanya. Selain itu, di dalam dirinya mestilah mengandungi sifat ikhlas, jujur, tidak angkuh, ria dan sebagainya malah seorang pimpinan haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji dan jauh dari sifat-sifat yang terkeji.
Firman Allah swt :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآَخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Bermaksud, “Sesungguhnya telah adaa pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik begaimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (Surah Al-Ahzab: Ayat 21)
Keenam: Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan
Firman Allah swt.
لَّيْسَ عَلَى الضُّعَفَآءِ وَلاَ عَلَى الْمَرْضَى وَلاَ عَلَى الَّذِينَ لاَ يَجِدُونَ مَا يُنفِقُونَ حَرَجٌ إِذَا نَصَحُواْ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ
Maksudnya, "tiada dosa(lantaran tidak pergi berjihad)atas orang2 yang lemah, sakit dan orang2 yang tidak memperolehi apa yang akan mereka nafkahka, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasulnya" (surah al-Maidah ayat 91.)
    AKHLAK DAN SIFAT YANG PERLU ADA PADA DIRI PIMPINAN
Model kepimpinan melalui teladan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda SAW dengan meletakkan dunia ditangan mereka dan meletakkan akhirat di hati mereka adalah asas penolakan pengaruh materialis, sekularis, liberalis, paragmatis dan semua unsur luar yang mencemarkan kesucian Aqidah dan pegangan Umat Islam. Maka islam telah menggariskan akhlak dan sifat-sifat yang perlu ada dalam diri setiap pimpinan. 
Antaranya :
1.      Seorang pimpinan mestilah sentiasa mengharapkan akhirat dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Mempunyai hati yang bersih, jauh dari segala penyakit jiwa yang akan meruntuhkan amal dan usahanya seperti riya’, gila kuasa, cinta pangkat kebesaran dan pengaruh atau terpedaya dirinya dan lain-lain penyakit jiwa yang merosakkan pimpinan.
2.      Mempunyai akal yang kuat, hikmah, cerdik cendiakawan dan arif bijaksana, berpengalaman, mempunyai pandangan yang tajam, pembacaan yang luas, mampu mengetahui pelbagai perkara dari berbagai sudut.
3.      Mestilah berakhlak dengan sifat “Al-Hilm” (tidak mudah marah), penyantun,pengasih dan lemah lembut.
4.      Berani, bermaruah, tidak penakut dan tidak membabi buta.
5.      Mempunyai sifat “As-Siddiq” (benar di dalam segala kata-kata, sikap dan perbuatan).
6.      Tawadhu’ (merendah diri), tidak membanggakan diri kepada menusia.
7.      Mempunyai sifat pemaaf, menahan kemarahan dan ihsan kepada oerang bawahan yang berbuat jahat terhadapnya.
8.      Menepati janji dan memenuhi sumpah setia.
9.      Mempunyai sifat sabar yang tinggi
10.  Bersifat “Al-‘Iffah”(suci hati,jiwa dan amal) dan “Al-Kiram” (bersifat pemurah dan tidak bakhil).
11.  Warak dan zuhud
12.  Jauh dari sifat “Al-Mannu” (mengungkit) dan memperkatakan kebaikkan diri sendiri.
13.  Memelihara perkara-perkara yang dimuliakan Allah (Hurumatillah).
14.  Kesejahteraan hati, tidak melayani orang yang mengumpat dan mengadu domba antara sesame manusia.
15.  Keazaman, tawakal dan tidak ragu.
16.  Bersederhana di dalam segala perkara
17.  Menjauhi sikap putus asa
Kesemua akhlak dan sifat-sifat yang di sebutkan tadi perlu dimiliki oleh setiap pimpinan samada pimpinan persatuan, politik, Negara dan sebagainya. Mereka berkewajipan untuk menghiasi dirinya dengan sifat-sifat tersebut serta memeliharanya, disamping memelihara akhlak islam secara keseluruhannya yang wajib ke atas setiap muslim.
                       PENUTUP
Apabila kriteria kepimpinan Islam dijadikan syarat utama dalam memilih pemimpin, maka Keizzahan Islam itu akan terserlah dalam Pemerintahan Negara secara praktikal.
Saidina Umar RA berkata: "Kita adalah kaum yang diberi kemuliaan dengan Islam, maka sesiapa yang mencari selain daripada Islam, Allah akan memberi kehinaan kepadanya."
Mauqaqis Gabenor Mesir mengakui kehebatan kepimpinan Islam apabila melihat keperibadian tentera Amru bin Al Ash yang diutus kepadanya : " Demi Tuhan, kalau demikian sikap mereka, walaupun gunung menghalang cita-cita, namun mereka tetap dapat meruntuhkannya juga. Sesungguhnya tidak ada sesiapapun yang sanggup berhadapan dengan kaum yang sedemikian."
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Pemimpin yang paling baik ialah mereka yang datang menemui para Ulama` dan Ulama` yang paling jahat ialah mereka yang datang menemui para Pemimpin (ulama`pengampu pimpinan)." (maksud hadis)

Di sediakan oleh:
FELO MANHAL PMRAM 2011
      1. Dayang Siti Nuraini binti Awang Damit Yahya
      2. Hanisah bt. Hj. Muslim