Isnin, 31 Disember 2018

HANYA ZAMAN PERDANA MENTERI KE-4 DAN KE-7 BERLAKU TANGKAP DAN TAHAN KETUA-KETUA NGO DAN PEJUANG.

ASSALAMUALAIKUM WBT

Berita sahabat AMBO Dato Azwanddin Hamzah Presiden JMM dan Pengerusi Gagasan 3 ditahan semalam tidak mengejutkan AMBO yang berada dalam 2 program berasingan.

Soal siasat puluhan kali dengan pelbagai dakwaan.Tangkap dan tahan merupakan kebiasaan kepada rakan-rakan seperti kami terutama Dato Azwanddin.Sebelum kami melakukan apa-apa gerakan sudah pasti kami mengkaji apa kesan dan keberangkalian apa yang bakal kami berdepan sehingga ke tahap ugutan bunuh atau ugutan memenggalkan kepala sekali pun.Kami bukan semberono.

Berbalik kepada tajuk dan kes tangkapan Dato Azwanddin.Walau AMBO tidak bersama dalam program tersebut kerana berada dalam program berasingan tapi AMBO yakin “Serang Balai Polis” bukan keseluruhan maksud dan ucapan Dato Azwanddin.

Jika pada awal ayat ucapan beliau itu merupakan satu penjelasan. "Jika penjenayah dan pembunuh Adib tidak ditangkap ...kita akan beramai-ramai serang balai polis untuk kita tuntut pihak polis tidak melakukan pendakwaan terpilih dan kita harap pihak polis tidak tunduk dengan tekanan pihak-pihak tertentu untuk menyembunyikan fakta sebenar kes”

"Jika" kita berada ditempat itu sekali pun kita tidak menganggap itu satu ayat hanya untuk menyerang balai polis atau mengajak hadirin berperang dengan polis.Ditambah lagi dengan perkataan “Jika” yang digunakan itu bukanlah satu provokasi untuk menyerang atau berperang dengan polis.

Isunya hanya disebabkan pemerintah hari ini semakin tertekan dengan pelbagai isu dan formula yang sama zaman kebangkitan reformasi 1998 kembali digunakan yaitu ”Tangkap dan Tahan”

Terutama Bangsa DAP yang semakin hari merasakan mereka sedang berdepan kemarahan Bangsa Melayu Islam. Cubaan mereka untuk meranapkan ekonomi dan politik Islam Melayu bila mereka berkuasa dihidu awal kerana kerakusan dan sikap tidak sabar mereka yang menggunakan kuasa sehingga tembelang mereka boleh dilihat oleh setiap mata dan didengari oleh setiap telinga Umat Islam Bangsa Melayu. Bangsa DAP sedang menuntut kerusi Timbalan Perdana Menteri dari Mahathir seperti perjanjian sebelum pru 14.

Bangsa DAP sedang tertekan apabila boneka mereka seperti P.Wathya Morrty telah gagal dalam perencanaan politik Bangsa DAP apabila Isu ICERD membangkitkan kemarahan Orang Melayu Islam dan Isu Kuil yang menjerut leher mereka apabila terpaksa menggunakan Polis dan memberikan tekanan dalam siasatan agar membuka ruang penjenayah dan pembunuh boleh dibawa lari sebelum ditangkap kembali.Sudah pasti jika pelaku dan pembunuh Adib  dapat diberkas maka akan banyak lagi cerita yang bakal keluar dan terdedah dan akhirnya bakal merungkai satu konspirasi yang selama ini mereka rancang untuk menyerang Melayu dan Islam. Kenapa seorang peguam India mengupah kumpulan melayu dalam isu Kuil India?

AMBO cukup yakin dan percaya skrip dan cerita yang sama rakyat akan dengar selepas ini. Apabila kecoh dan bangkitnya kumpulan pendesak untuk menuntut keadilan keatas Adib dan mendesak agar siasatan dijalankan dengan adil maka akan ada india yang bakal dijadikan kambing hitam yang akan ditangkap dan kes dianggap selesai. Percayalah wahai rakyat.Tunggu dan lihat. Penjenayah dan pembunuh sebenar telah lari dan tidak berada di Malaysia dan _kambing hitam_ akan ditangkap dan didakwa nanti.

Sebelum ini ada barua dan blogger Melayu yang menyatakan kepada AMBO seawal perlantikan Peguam Negara yang bukan Melayu Islam kononnya tiada kesan kepada Islam Melayu atas lantikan Peguam Negara dari kalangan bukan Islam dan Melayu maka hari ini dakwaan barua dan blogger ini jelas meleset.Ini bahananya apabila Peguam Negara dari kalangan bangsa lain selain melayu islam.Kenapa sehingga hari ini tidak ada arahan dari peguam negara untuk mendakwa pembunuh Adib yang sebelum ini didakwa dibawah Seksyen 307 Cubaan Bunuh dan dibebaskan tetapi apabila ADIB meninggal maka mereka yang diberikan Jaminan Polis sebelum ini tidak ditangkap semula untuk dituduh dengan Seksyen 302 kerana membunuh?

Sehingga hari ini kita tidak nampak dan baca kenyataan dari Peguam Negara India Kristian ini.

Kepada pihak Polis AMBO mengharapkan anda semua bersedia berdepan dengan tekanan rejim zalim yang pernah digelar MahaFiraun satu ketika dulu.Jangan ada pendakwaan terpilih.Jangan ada tangkapan terpilih.

Apakah besar kesalahan Dato Azwanddin hanya berucap jika mahu dibandingkan dengan pelaku dan pendemo yang mencederakan seorang anggota polis dan menerbalikkan kenderaan polis dihadapan Sogo ketika BERSIH satu ketika dulu.Peliknya AMBO tidak terbaca atau tahu pun apa tindakan pihak berkuasa terhadap pelaku yang mencederakan anggota polis dan menerbalikkan kereta polis tersebut.Apakah ucapan Dato Azwanddin jauh lebih bahaya dari beberapa siri penghinaan pengguna facebook terhadap YDP Agong dengan pelbagai cacian oleh Bangsa DAP.

Sekali lagi AMBO berharap Pihak Polis menjalankan tugas mereka yang profesional dengan integriti yang tinggi tanpa boleh ditekan oleh pihak-pihak yang mahu menggunakan polis sebagai benteng mereka untuk terus menentang *Orang Melayu* di Malaysia ini.Jangan ada pendakwaan terpilih dan tangkapan terpilih.

Rakyat Memerhati

AMBO
19 RabiulAkhir 1440H

Khamis, 27 Disember 2018

PAS TIDAK REBAH DENGAN FITNAH.

Buat pembenci PAS sila baca dan hadam

Perjuangan Islam pasti diiringi fitnah, itu adalah sifat wajibnya yang telah dijelaskan oleh Allah swt dan Rasulullah saw. Habuan ruji ini telah mengenyangkan ahli PAS dengan cabaran perjuangan sejak mula ia ditubuhkan.

PAS telah mentarbiyyah ahlinya untuk menyedari hakikat ini, ahli PAS sedar betapa besarnya ujian bila menelusuri perjuangan yang sarat dengan carut marut musuh yang membencinya sehingga keakhir hayat.

Ahli PAS dan pemimpin sentiasa bersama, rasanya tiada parti yang paling kerap menganjurkan program kecuali PAS. Bukan setakat berceramah, didalam majlis ilmu juga program dalaman seperti usrah, Liqa Fikri, Ijtima Tarbawi dan macam-macam lagi.

Ahli sentiasa diTarbiyyah oleh pimpinan, pimpinan pula sentiasa diberikan sokongan oleh ahlinya. Ikat mengikat antara keduanya, menjadikan simpulan ukhuwwah kukuh untuk mengharungi fitnah perjuangan.

Madrasah Tarbiyyah PAS menjadi kilang pengeluar produk amilin yang tegar untuk pertahankan prinsip perjuangan PAS. Ia beroperasi diseluruh negara. Fitnah yang datang akan ditepis bersama, amilin PAS menjadi benteng kukuh pertahankan prinsip dan pimpinan.

Amilin telah diTarbiyyah supaya tidak menelan terus pil fitnah musuh, pimpinan sentiasa bersama, boleh bertanya, Harakah sebagai portal resmi sentiasa ditatap, Al Qur'an yang merupakan dasar PAS menjadi penawar paling mujarab untuk berhadapan dengan penyakit fitnah.

UMNO dah lama siram PAS dengan macam-macam racun fitnah, namum gagal, sebaliknya UMNO yang tertelan fitnah mereka sendiri, kini UMNO bagaikan pokok tersiram racun, makin layu dan condong.

Fitnah keatas pimpinan PAS juga gagal, serangan demi serangan keatas sosok tubuh TGHH, DTITM dan lain-lain, termasuk pimpinan yang sebelum ini gagal, sebab ahli sangat mengenali pimpinannya, ahli boleh menilai sendiri siapa pimpinannya. Tak perlu orang lain, cukup dengan mata telinga ahlinya sahaja.

Ahli PAS tak makan fitnah, pimpinan yang bermasaalah akan dihukum sendiri oleh ahlinya, medan mesyuarat agung dan muktamar adalah gelanggang penyingkiran pimpinan yang bermasaalah melalui kuasa undi yang dimiliki oleh perwakilan.

Kalau nak perebah PAS, bukan dengan fitnah, sebab ahli kenal pemimpinnya, tak perlu orang lain yang singkirkan pemimpin yang bermasaalah, ahli PAS sendiri yang akan singkirkannya, Islam tak pernah ajar kasihkan manusia melebihi kasihkan Allah, Rasul dan perjuangan Islam, ini menjadi pegangan ahli PAS.

Fitnah itu keji, tak mungkin kekejian boleh bercampur dengan kesucian. Yang keji pasti membusuk yang suci pasti mewangi. Al Qur'an adalah AlFurqan iaitu pembeda antara yang haq dan batil, yang keji dan yang mulia, inilah yang menjadi dasar perjuangan PAS, ahli PAS ditarbiyyah dengannya, maka pastinya deria ahli PAS akan dapat menghidunya.

Ustaz Rosli Abdul Jabbar
Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang
ADUN Tanjung Lumpur

Sabtu, 22 Disember 2018

PILIHAN RAYA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Minda Presiden PAS

Sistem Kerajaan Tempatan ini asalnya meniru apa sahaja yang telah dilaksanakan  di Britain. Setelah Malaysia mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, amalan ini masih diteruskan. Kemudiannya dibatalkan selepas mengalami gejala sosial yang negatif dan peristiwa hitam yang mencetuskan permusuhan kerana isu perkauman, dikatakan juga berlakunya jurang yang tidak saksama khususnya dalam aspek ekonomi di antara bandar dan luar bandar yang melibatkan kaum yang berbeza.

Kedengaran pula baru-baru ini, suara dan tulisan supaya diadakan semula Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan pelbagai hujah atau dalil. Ada daripada kalangan yang mahu menghidupkannya semula, alasannya untuk menghidupkan demokrasi, memperbaiki pengurusan lebih bersih dan bijak. Paling penting bagi mereka adalah untuk menjana ekonomi, kerana itu ia dijadikan akidah dan kiblat seperti agama. 

Keseluruhan ideologi ciptaan manusia yang berpayungkan politik dan pentadbirannya tanpa menyentuh soal roh dan akhlak, serta tidak mempedulikan hubungan antara kaum, maka persoalan akhlak berpisah daripada agama, jauh sekali mengambil kira soal dosa dan pahala.

Kebanyakan mereka lebih bertuhankan akal semata-mata, tanpa melihat kepada segala aspek yang ada kaitan dengan kejadian manusia, khususnya aspek negatif yang boleh mengundang dengan mudah beberapa bencana, akhirnya kepayahan dihadapi dan sukar untuk  menyelesaikan masalah yang bertalu-talu datang selepasnya.

Ramai di kalangan umat Islam terlupa bahawa Rasulullah S.A.W. telah menunjukkan kebijaksanaannya dalam pembangunan bandar apabila menegakkan negara Kota Suci Madinah dengan berlakunya Hijrah. Perkataan 'bandar' dalam Bahasa Arab disebut Madinah, menggantikan nama sebelumnya, Yathrib atau Taibah. 

Islam mentadbir penduduknya yang didiami masyarakat majmuk yang terdiri daripada kumpulan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj yang menganut Islam dan menerima saudara seagama yang datang berhijrah dinamakan Muhajirin. Wujud pula kaum bukan Islam bangsa Yahudi (ahli Kitab) daripada pelbagai kabilah (Bani An-Nadir, Qainuqa’, Quraizoh dan lain-lain) dan diizinkan juga dari kalangan musyrikin dan munafik.

Kaum Yahudi pula paling menguasai ekonomi. Adapun kaum lain lebih menumpukan ternakan dan pertanian. Ada juga daripada kalangan para sahabat R.A. yang berniaga, seperti Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin ‘Auf, Saad bin Abi Waqqas, Zubair bin Awwam, Asma’ binti Abu Bakar R.A. dan lain-lain. 

Langkah pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. adalah memilih tapak masjid dan membinanya untuk menjadi pusat ibadat, ilmu dan pentadbiran, sehingga rumah Rasulullah S.A.W. bersambung dengan masjid. Seterusnya menempatkan Pasar Madinah yang menjadi pusat perniagaan mengumpulkan hasil pertanian, ternakan dan barangan lain yang dibawa oleh para musafir.

Rasulullah S.A.W. telah menyatukan masyarakat  majmuk, dimulakan umat Islam daripada kalangan 'Aus dan Khazraj yang dahulunya sentiasa berperang, digabungkan dengan kalangan Muhajirin yang datang dengan semangat persaudaraan Islam.

Penduduk bukan Islam diajak hidup bermasyarakat atas sifat persaudaraan kemanusiaan sehinggalah dimeteraikan Sahifah Madinah (Piagam) yang melibatkan semua kaum yang menerima Islam untuk menjadi pihak yang berkuasa. Mereka menerima Islam untuk memerintah tanpa dipaksa menganutnya. Sebelum kedatangan Islam, berlaku perpecahan dan peperangan dalam kalangan kaum dan agama yang berbeza dan juga dalam kalangan satu kaum dan satu agama. Islam berjaya mewujudkan perdamaian dan keharmonian.

Ibnu Khaldun (784-808H / 1332-1406) yang diberi gelaran peneroka ilmu kemasyarakatan moden oleh semua ilmuwan Islam dan bukan Islam, kerana hasil karangannya yang bernama Al-Muqaddimah, dianggap kalangan ulama Islam paling hebat dan tersohor yang mendahului pemikiran pada zamannya.

Beliau menulis secara khusus berkenaan perancangan dan pembangunan bandar. Turut disentuh segala aspek kemasyarakatan yang menyeluruh, merangkumi peranan  agama, politik, ekonomi, sosial, pendidikan, keamanan, pertahanan dan lain-lain, bukan hanya sekadar mengurus penduduk, bangunan, perjalanan dan pasarnya sahaja, bahkan merangkumi segala aspek hubungan persaudaraan kemanusiaan.

Ini menunjukkan perlunya pembangunan bandar yang disusun kehidupan bermasyarakat, sekali gus akan mewujudkan keharmonian sesama manusia supaya  bermasyarakat madani. Ini adalah perkara terpenting bagi menjamin kehidupan yang selesa bersama keamanan dan persaudaraan khususnya dalam masyarakat majmuk. Bukan sekadar mengurus bangunan rumah kediaman, sekolah,  pasar raya, hotel, jalan raya, parit dan longkang dan pusat hiburan sahaja. Inilah barangkali yang difikirkan oleh kalangan yang bernafsu mahukan Pilihan Raya PBT diadakan bagi melangsungkan pusaka Barat tanpa menilai atau muhasabah dalam segala aspek.

Penjajah yang menakluk kita dahulu bukan hanya sekadar mendirikan bangunan kediaman, perniagaan, dan lain-lain di bandar-bandar yang dibangunkan oleh mereka. Dalam masa sama, mereka turut meletakkan acuan masyarakat yang akan bertembung dan bermasalah. Masyarakat luar bandar di kalangan orang India menjadi pekerja ladang yang dibawa daripada tanah jajahan, kalangan Cina menguasai kawasan perlombongan dan mengekalkan kampung-kampung Melayu serta kaum bumiputera lain yang dipencilkan di kawasan pedalaman.  

Mereka juga menyusun pembangunan insan mengikut acuan mereka sendiri. Keadaan yang berbeza agama, bangsa dan budaya ini, ditambah pula perbezaan kedudukan, pendidikan, ekonomi, politik dan sosial, yang juga telah diatur mengikut acuan kepentingan mereka dalam jangka masa yang pendek dan panjang. Semuanya demi kepentingan mereka, bukannya kepentingan kita, sehingga kita menjadi masyarakat yang cacamarba.

Sejarah hitam peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia masih dikenang oleh generasi yang kini bertaraf warga tua. Mungkin yang masih muda lagi bebal atau yang tua bersikap pekak badak tidak mengambil kisah.

Peristiwa Ahok di Jakarta juga menjadi iktibar, walaupun majoriti besar penduduknya adalah umat Islam, tetapi kepentingan ekonomi dijadikan alat dan kiblat sehingga ada di kalangan umat Islam terperangkap dengan agenda subsidi umrah yang berwalikan Ahok. Mereka yang hidupnya laksana katak di bawah tempurung, termasuk di kalangan para ulama yang alim kitab kuningnya sahaja, walaupun berpengajian tinggi di atas kertas, tetapi fikirannya dikongkong pada zaman kitab itu ditulis atau berkisar di biliknya sahaja. Mereka tidak memandang ke sana dengan bijaksana untuk mengambil iktibar.

DAP yang mendukung kuat Pilihan Raya PBT hanya mengambil kira kaum Cina yang mengundinya sahaja, tanpa mengambil kira kaum dan pihak lain yang menjadi nadi dan urat saraf dalam menghidupkan bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang wajib dijaga segala hubungan dan sensitivitinya.

Adapun PKR dan PAN pula tidak berbangsa dan ada yang punya kebangsaannya, tetapi tanpa jiwa atau tidak berjantungkan agama. Kaumnya tidak berjiwa bangsa dan agama. Bangsa dan agamanya laksana jenama yang ditampal pada botol majun penguat nafsu yang menjadi syarat rukun hidup masyarakat Melayu dahulu kala dan Melayu kini yang dikatakan mudah lupa. Petandanya menjadi leka dalam usia yang terlalu muda, belum sampai setahun jagung. Sudahlah UMNO pula mengalami kelumpuhannya yang berusia tua dan berpenyakit kerana panjang usia memerintah.

Berfikirlah dengan matang dan sejahtera bersama Islam, tanpa paksaan menganut agama dan menukar bangsanya, demi keselamatan semua dan masa depan generasi akan datang.

Jangan sekadar mentadbir bandar dengan bangunannya tanpa pembangunan manusia yang bersopan dan bersaudara. Jangan sekadar membangun bandar yang banyak duit daripada sumber apa sahaja, termasuk duit haram, seperti cukai rumah urut, pelacuran dan bayaran untuk gengster dan kongsi gelap. Semuanya akan menempah kehidupan yang cerah untuk sementara waktu dan selepasnya bergelap sepanjang waktu.

Alasannya juga kerana terdapat sebanyak 101 daripada 192 buah negara di dunia yang mengadakan Pilihan Raya PBT. Oleh kerana Malaysia berada dalam dunia, maka wajiblah mengikut alam dunia itu sehinggalah berlakunya Kiamat Kubra.

Jika diluluskan, Pilihan Raya PBT hendaklah diadakan di seluruh Malaysia, sama ada secara serentak atau berperingkat. Beberapa pindaan akta diperlukan. Dikatakan juga,  mungkin lebih meriah berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) sedia ada, tetapi dalam kemeriahan itu banyak berlaku perkara sebaliknya.

Mengikut perhitungan kasarnya, kaum Melayu atau Bumiputera sekadar menguasai bandar seperti Baling di Kedah, Gua Musang di Kelantan, Kuala Berang di Terengganu, Tembeling di Pahang, Lubuk Antu di Sarawak dan sebagainya. Keputusannya sekadar untung seguni ubi, ruginya pula berhutang dengan bank yang tidak mampu dibayar dengan nilai seguni ubi dan boleh berundur daripada tapak rumah dan tapak ubinya sehingga melarikan diri ke hutan rimba dan sebagainya.

Adapun DAP dan PKR serta yang sewaktu dengannya akan menguasai Bandar Raya Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban, Kota Melaka, Johor Bahru, Pulau Pinang dan sebagainya. PKR boleh menumpang sementara waktu dan PAN dapat menumpang semangkuk dan akan hilang waktunya.

Apabila adanya berita bahawa Perdana Menteri menolak diadakan Pilihan Raya PBT, ia menjadikan ada yang terkejut meracau, namun keadaannya:

Parti Bersatu terbuka hati,
UMNO dan BN berkecil hati,
DAP sakit hati,
PKR luka hati,
PAN pula buta hati,
Adapun PAS sentiasa berhati-hati.

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
          
Bertarikh: 12 Rabi’ul Akhir 1440 / 21 Disember 2018

Isnin, 1 Oktober 2018

SYIAH DIPERMALUKAN OLEH SEORANG PENYAIR

IRAN BERDUKA BERAT....

DITELANJANGI HABIS OLEH WARGANYA SENDIRI .

SYIAH DIPERMALUKAN OLEH SEORANG PENYAIR

Harap dibaca sampai selesai
إعدام الشاعر الشيعي العراقي أحمد النعيمي صاحب قصيدة "نحن شعب لا يستحي". قصيدة التي أحدثت ضجة كبيرة وزلزالاً في إران. حنان عبد الهادي نشر في فيتو يوم

Eksekusi Penyair Syi’ah Irak ternama Ahmad Nu’aimi, pemilik Sya’ir yang berjudul

“KITA BANGSA YANG TAK PUNYA MALU”

Sya’ir yang berhasil membuat heboh bangsa iran.

Reporter Hanan Abdul Hadi baru baru ini (27-12-2015) melaporkan.

Berikut kami sajikan sya’ir terjemahannya :

Kita bangsa yang tak punya malu

Fakta-fakta sejarah yang tak boleh di lupakan

Siapakah yang menaklukkan Syam, Irak dan Persia? Umar bin Khattab (Sunny)

Siapakah yang telah membuka negeri sindi, india dan negeri-negeri di sekitar sungai oxus (Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan dan Turkmenistan.)? Muhammad bin Al-Qasim (Sunny)

Siapakah yang mengekspansi Afrika Utara? Qutaibah bin Muslim Al-Bahily (Sunny)

Siapakah yang membuka Andalusia? Thariq bin Ziyad (Sunny) dan Musa bin Nushair (Sunni)

Siapa penakluk Konstantinovel? Muhammad Al-Fatih (Sunny)

Siapakah yang menaklukkan Sisilia? Asad bin Al-Furaat (Sunny)

Siapakah yang menciptakan peradaban di Andalusia dan menjadikannya pusat ilmu? Para khalifah umawiyyah yang ke dua (Sunny)

Siapakah Panglima perang Kaum Muslimin pada peperangan Hittin? Shalahuddin Al-Ayyuby (Sunny)

Siapakah yang memimpin kaum muslimin pada peperangan A’in Jalut dan mengalahkan bangsa Tatar? Saifuddin Qutz (Sunny) dan Ruknuddin Baibars (Sunny)

Siapakah yang berhasil mematahkan kesombongan Spanyol di Negara Maroko? Abdul Karim Al-Khattaby (Sunny)

Siapakah yang memaksa Italia untuk memperhitungkan bangsa Libya? Umar Al-Mukhtar (Sunny)

Dan terkini
Siapa yang mengusir Rusia dari bumi chechnya dan menaklukkan kota Grozny? Khattab (Sunny)

Siapa yang telah membungkamkan wajah NATO di Afghanistan? Ahlu Sunnah

Siapa yang memaksa amerika untuk keluar meninggalkan Irak? Ahlu Sunnah

Siapa yang telah mengganggu tidurnya kaum yahudi di Palestina? Ahmad Yasin (Sunny)

Lalu, Jasa apa yang telah kita tinggalkan bagi anak cucu kita dari syi’ah sebagai imbalan??!!!

Siapa yang telah mengkhiyanati Al-Husein, membujuknya untuk keluar menuju kufah kemudian membelot darinya di karbala? Al-Mukhtar Ats-Tsaqafy (Syi’ah)

Siapa yang mengkhiyanati khalifah Abbasiyah Al-Radhi billah? Kaum Buwaihy (syi’ah)

Siapa yang membuka jalan bagi bangsa Tatar masuk ke Baghdad? Ibnu Al-Alqamy (Syi’ah)

Siapa yang menganggap baik tindakan Hulagu Khan? Naseer Ath-Thusy (Syi’ah)

Siapa yang membantu Tatar dalam penyerbuannya ke Syam? (Syi’ah)

Siapakah yang bersekutu dengan prancis melawan kaum muslimin? Negara Fathimiyyah (Syi’ah)

Siapa yang mengkhianati kesulthanan Seljuk Raya (Syi’ah)

Siapa yang membantu kaum salib menguasai Baitul Maqdis? Ahmad bin Atha’ (Syi’ah)

Siapa yang mendalangi pembunuhan Sulthan Shalahuddin Al-Ayyuby? Kanzud daulah (Syi’ah)

Siapa yang menyambut kedatangan Hulagu Khan di Syam? Kamaluddin bin badr Ath-Taflisy (Syi’ah)

Siapakah yang mencuri Hajar Aswad dan membantai jama’ah haji di Masjidil Haram? Abu Thahir Al-Qarmathy (Syi’ah)

Siapa yang membantu Muhammad Aly dalam penyerangannya terhadap Syam? (Syi’ah)

Siapa yang membantu Napoleon Bonaparte dalam penyerangannya terhadap Syam? (Syi’ah)...

Dan terkini
Siapa yang menyerang Markaz-Markaz Islamiyah di yaman? Kaum Hutsi (Syi’ah)

Siapa yang memberkati invasi Amerika atas Syam? As-Sistany & Al-Hakim (Syi’ah)

Siapa yang mengapresisi invasi salibis atas Afghanistan? Iran (Syi’ah)

Siapa yang memerangi revolusi suria di Syam? Iran, Iraq, Afghan, dan mafia-mafia bayaran lainnya (Syi’ah)

Siapakah yang berkata: “kami bersama Burma dalam memberantas terorisme”? Ahmadi Nejad (Syi’ah)

Siapa yang berdiri bersama rezim Basyar di suria, yang telah membom rakyatnya dengan bom barel dengan dalih memerangi kelompok-kelompok ekstrimis, kemudian mendukung rusia ateis dalam intervensi suria?
Aly Khaman’iy (Syi’ah)

Sepanjang sejarah pena-pena syi’ah dipakai untuk melawan kaum kuffar dengan klaim yang mereka bangun, sedangkan hati-hati mereka bersama kaum kuffar…

Adapun lisan-lisan syi’ah dan pena-pena mereka begitu pula pedang-pedang mereka tertuju ke dada-dada kaum muslimin

Inilah perang pemikiran yang sebenarnya bagi yang bertanya

Jika kita mengurutkan fakta-fakta yang ada, maka hal itu membutuhkan berjilid jilid kertas

Bukankah kita yang membaiat Al Husain, lalu kita pula yang mengkhianatinya?

Bukankah hati kita bersamanya, lalu mengapa pedang-pedang kita pula yang membunuhnya?

Bukankah kita yang menangisi Al Hasan setelah kita meracunnya?

Bukankah kita yang mengangkat Ali menjadi khalifah? Lalu kita pula yang menusuknya dalam shalatnya!

Bukankah kita yang mengikat janji dengan Umar? Kita pula yang mengkhianatinya!

Bukankah kita mengaku cinta padanya? Tetapi kita laknat pula ia dalam shalat kita

Sungguh..! kita memang bangsa yang tak punya malu. !!

Kita adalah para perampok dan pengkhianat di rumah sediri

Kita tumpah darah muslim lalu kita tuduhkan pada tetangga

Kita kenakan sorban hitam dan putih Tetapi isinya tidak lebih dari sesuatu yang memalukan

Demi Allah, kita memang bangsa yang tak punya malu.

Kita mengaku sebagai tentara Qadisiah dan Al-Quds, tentara Ummul Ma’rik dan Al Mahdi yang ditunggu..

Tetapi kita juga adalah para pengikut Dajjal si mata satu !

Kita ada para pelayanan husainiyat, jawami’, masjid dan gereja. Tetapi kita juga pelayan nigh club dan bar !

Kita adalah para pengikut setan dalam urusan di balik celana...

Kita, memang bangsa yang tak punya malu !

Kita perangi Iran bersama Saddam
Lalu bersama Iran kita habisi Saddam

Demi Allah, pernahkah kalian menyaksikan paradok semacam ini?

Kita, memang bangsa yang tak punya malu !

Selamat…
Irak, kini adalah kebun binatang terbesar sedunia, pemiliknya Iran dan binatang-binatangnya adalah Irak

#YAA ALLAH BERIKANLAH KEMENANGAN KEPADA MUJAHID DIMEDAN JIHAD
SEMOGA ALLAH MENURUNKAN ADZAB KEPADA KAUM SYIAH DAN KAUM KUFFAR LAINNYA
AAMIIN AAMIIN YAA ROBBAL 'ALAMIIN

Sent by Adeeva Orlin Myesha
syi'ah bukan Islam.
Syi'ah agama palsu buatan yahudi

Ahad, 30 September 2018

AMALAN YANG MENDEKATKAN DIRI DGN ALLAH

1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat &h solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh.

🔴 Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}.

🔴 Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin.

🔴 Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat.

🔴 Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari).

🔴 Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman.

🔴 Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’.

🔴 Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin.

🔴 Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah.

🔴 Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk.

🔴 Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis.

🔴 Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah (muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut.

🔴 Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’.

🔴 Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalah perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh.

🔴 Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja.

🔴 Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, bagi perempuan mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’.

🔴 Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu.

🔴 Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan sampaikan. Aamiin

Rabu, 4 April 2018

Berhenti burukkan PAS!

DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Timbalan Ketua Pemuda PAN, Faiz Fadzil yang menyatakan bahawa PAS bersekongkol dengan kerajaan dalam menyokong Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar yang dikatakan zalim. Bagi DPPM, ia satu tindakan yang tidak beretika dan berniat jahat dengan menimbulkan persepsi yang salah terhadap PAS kepada umum.

Tindakan Faiz Fadzil seolah-olah ingin menimbulkan persepsi buruk kepada umum tentang wujudnya kerjasama di antara PAS dan Umno seperti yang dicanangkan oleh PH. Namun jika diteliti secara terperinci oleh semua pihak, RUU tersebut ternyata bermanfaat dan melindungi kepentingan segenap lapisan masyarakat di setiap peringkat.

PAS menyokong RUU tersebut dan berpendapat bahawa ia menjamin hak semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan akses berita yang sahih dan benar di samping dapat menyekat penyebaran berita-berita palsu dan fitnah yang berleluasa tanpa menghalang hak kebebasan bersuara seperti yang didakwa oleh beberapa pihak yang membantah pelaksanaan RUU tersebut.

Namun yang menjadi kemusykilan mengapa kesemua Ahli Parlimen PH menolak RUU tersebut sedangkan jika dikuatkuasakan kelak, semua pihak akan mendapat manfaat daripadanya terutamanya di saat pilihan raya semakin hampir di mana banyak berita palsu dan fitnah bertebaran di media sosial yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

EDPPM berharap dengan lulusnya RUU Anti Berita Tidak Benar ini, ia tidak disalahgunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu terutamanya ketika hampir musim pilihan raya. Biarlah ia memberi manfaat kepada semua pihak dalam mendidik masyarakat supaya menjadi lebih bertanggungjawab dan beretika dalam membuat dan menyebarkan sesuatu berita serta menjauhi fitnah yang merosakkan masyarakat dan negara.

"Mara Menuju Cita"

"Sejahtera Bersama Islam"

IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
4 April 2018 | 18 Rejab 1439 - HARAKAHDAILY 4/4/2018

_AC_

Khamis, 29 Mac 2018

ADA YANG LEBIH BERBAHAYA DARI DAJJAL

Dari Abu Dzar dia berkata, "Dahulu saya pernah berjalan bersama Rasulullah ﷺ, lalu beliau bersabda:

«لَغَيْرُ الدَّجَّالِ أَخْوَفُنِي عَلَى أُمَّتِي»

"Sungguh, bukanlah Dajjal yang paling aku takutkan atas umatku."

Beliau mengatakannya tiga kali. Maka saya bertanya,

يَا رَسُولَ اللهِ، مَا هَذَا الَّذِي غَيْرُ الدَّجَّالِ أَخْوَفُكَ عَلَى أُمَّتِكَ؟

"Wahai Rasulullah, apakah selain Dajjal yang paling Anda takutkan atas umat Anda?"

● Beliau menjawab:

«أَئِمَّةً مُضِلِّينَ»

"Para tokoh penyesat."

[Musnad Ahmad (35/222) dan dinilai shahih oleh al-Albani]

Dan dari Abu Tamim al-Jaisyany dia menceritakan bahwa dia mendengar Abu Dzar berkata, "Saya dahulu pernah berjalan berdampingan dengan Nabi ﷺ menuju rumah beliau, lalu saya mendengar beliau bersabda:

«غَيْرُ الدَّجَّالِ أَخْوَفُ عَلَى أُمَّتِي مِنَ الدَّجَّالِ»

"Bukan Dajjal yang lebih aku takutkan atas umatku dibandingkan Dajjal."

Maka ketika saya khawatir beliau akan keburu masuk ke dalam rumah, saya segera bertanya,

يَا رَسُولَ اللهِ، أَيُّ شَيْءٍ أَخْوَفُ عَلَى أُمَّتِكَ مِنَ الدَّجَّالِ؟

"Wahai Rasulullah, apakah sesuatu yang lebih Anda takutkan atas umat Anda dibandingkan dengan Dajjal?"

● Beliau menjawab:

«الْأَئِمَّةَ الْمُضِلِّينَ»

"Para tokoh penyesat."

[Musnad Ahmad (35/222)]

Al-Munawy rahimahullah berkata:

الأئمة (المضلين) المائلين عن الحق، المميلين عنه، والأئمة جمع إمام، وهو مقتدى القوم ورئيسهم، ومن يدعوهم إلى قول أو فعل أو اعتقاد، ..؛ أئمةِ العلمِ والسلطان، فالسلطان إذا ضلَّ عن العدل، وباين الحقَّ؛ تبعه كافَّةُ العوام، خوفا من سلطانه، وطمعا في جاهه

"Para imam yang menyesatkan adalah yang berpaling dari kebenaran dan memalingkan orang lain darinya. Kata 'aimmah' sendiri merupakan bentuk jamak dari kata 'imam' yang maknanya adalah orang yang dijadikan panutan oleh suatu kaum dan menjadi pemimpin mereka, dan juga bermakna siapa saja yang mengajak kepada sebuah ucapan, perbuatan, atau keyakinan. Jadi bisa bermakna para pemimpin dalam bidang ilmu dan juga penguasa. Seorang penguasa jika tersesat dari sikap adil dan menyelisihi kebenaran maka semua orang awam akan mengikutinya, karena takut terhadap kekuasaannya dan mengharapkan kedudukannya.

والإمام في العلم قد يقع في شبهة، ويعتريه زلة، فيضل بهوى أو بدعة؛ فيتبعه عوامُّ المسلمين تقليدا، ويتسامح بمتابعة هوى، أو يتهافت على حطام الدنيا من أموال السلطان، أو يرتكبُ معصية؛ فيغترُّ به العوام.

Sedangkan pemimpin dalam bidang ilmu terkadang terjatuh pada syubhat dan tertimpa ketergelinciran, lalu dia tersesat dengan sebab hawa nafsu atau bid'ah, kemudian kaum Muslimin yang awam mengikutinya karena taklid, meremehkan dosa karena memperturutkan hawa nafsu, atau berebutan mengejar dunia dari harta penguasa, atau dengan berbuat maksiat, sehingga orang-orang awam tertipu dengannya."

(Faidhul Qadir, jilid 2 hlm. 653)
--------------------
Rubath An-Nahdhah

https://t.me/RubathAnnahdhah

Isnin, 5 Mac 2018

"FATWA" DAPAT PAHALA UNDI HARAPAN: HAJI HUSAM TIDAK LAYAK MEMBERI "FATWA" TERDESAK SEBEGINI RUPA.

1. Saya tidak menjangkakan sama sekali, begitu terdesak  sekali Haji Husam Musa selaku Naib Presiden AMANAH memperdagangkan agama Islam dengan memberi perspektif buruk berkenaan hukum halal dan haram apatah lagi apabila beliau secara semborono mengaitkan PAS dalam tuduhan pramatang beliau.

2. Mengikut kenyataan yang di petik daripada Malaysiakini beliau menyatakan, "Mengundi ini melibatkan hukum, PAS kata haram kalau tak undi bulan. Kita kata tidak, sebaliknya haram undi bulan. Ini ambo (saya) nak pegang. Jadi PRU14 nanti, kita tak boleh pangkah dah BN dan PAS. PAS kata tak pangkah PAS haram sebab akan jatuh kerajaan Islam. Jadi nak undi apa? Undi HARAPAN, dapat pahala undi HARAPAN. Ambo nak duduk situ. Kalau tak ada hukum payahlah, semua benda dalam amalan kita ini ada hukum."

3. Polemik berkenaan undi PAS dapat pahala bukan satu perkara yang baru. Bahkan isu ini sudah di gunakan oleh kelompok dalam UMNO untuk mengalih tumpuan masyarakat daripada terus mempersoalkan kebobrokan pemerintahan di bawah regim ini. Sudah pasti, mangsa kepada serangan serakah UMNO ini ialah PAS kerana dasar pengenalan pemerintahan Islam yang di bawa PAS kekal konsisten daripada fasa awal penubuhan parti ini sehinggalah ke hari ini. Perkara ini jelas, tiada sesiapa pun yang berani menafikannya. Malahan atas dasar ini juga, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah mengeluarkan pandangan tepat, mengundi PAS, Insya Allah akan mendapat pahala.

4. Marilah sama-sama kita selami pendirian bahawa Undi PAS dapat Pahala mengikut sudut pandang Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dapat dilihat melalui kenyataan yang di buat pada 24 Januari 2002 tertulis:

"Oleh kerana benda yang kita buat di Kelantan ini setelah kita dapat undi banyak, maka sudah tentu orang yang mengundi itu akan dapat pahala... kerana kita telah (membantu) tonjolkan kepada masyarakat dunia seluruhnya bahawa Kelantan itu duduk atas Islam, sebagaimana Tuhan hendak. Jadi mana-mana orang yang mengundi kami di Kelantan tahun 1990 dulu hingga kami boleh membentuk kerajaan begini iaitu kami tonjolkan yang halal kita kata halal dan yang haram kita kata haram, sudah tentulah ada balasannya; balasan baik di akhirat dalam bentuk pahala. Oleh yang demikian, bila saya kata benda ini boleh pahala, bukan pandai-pandai Tuhan nak beri sesuka hati, tidak, ada kaedah dia."

5. Penegasan kedua Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz  Nik Mat: Undi parti lain tiada pahala.

Penegasan yang di buat Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini di buat melalui sudut pandang keutamaan mengundi parti Islam sahajalah yang boleh menjaminkan ganjaran kerana memang sudah jelas pahala itu hanya diberikan apabila menyokong Islam, bukannya menyokong parti kebangsaan. Kenyataan yang di buat pada 18 Jun 2012 di bawah ini menyatakan dengan jelas bahawa:

"Hendak undi parti mana lagi untuk mendapat ganjaran pahala? Hanya parti yang memperjuangkan Islam sahaja di negara ini yang boleh menjanjikan seseorang Islam itu dengan ganjaran pahala. Saya ulangi lagi, sesiapa yang inginkan mendapat pahala di akhirat nanti, undi (parti) Islam, ia sudah tentu menjamin untuk mendapat pahala, bukannya undi parti kebangsaan."

6. Sokongan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor terhadap penegasan yang di buat oleh Almarhum Tuan Guru Nik Aziz dalam isu Undi PAS dapat pahala. Sokongan ini tercatat:

"Saya telah menyatakan saya menyokong pemuh kenyataan yang di keluarkan oleh mursyid am bahawa mereka yang menyokong, mengundi PAS insya alllah akan mendapat pahala. Sebab menolong, membantu menegakkan yang ma'ruf

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

“Barangsiapa yang menunjukan kepada kebaikan maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.

[HR. Muslim no. 1893]

Ini hadis nabi. Mahathir bukan tahu semua ini. Nabi kata orang yang menunjukkan satu kebaikan, pahalanya macam orang yang membuat kebaikan itu. Kalau kerjaan kita telah dapat melepaskan rakyat kelantan daripada amalan riba dan terjebak dengan cengkaman riba, kerana rakyat kelantan mengundi pas, menolong pas, pas membuat kebaikan, pimpinan pas membuat kebaikan, pimpinan kerajaan membuat kebaikan. Orang yang membantu atas kebaikan juga di kira sama seperti orang yang membuat kebaikan. Ini hadith nabi, hadith Mahathir memang tak ada. Dia bukan tahu dosa dan pahala. Bagi dia, dosa dan pahala ini tidak ada. Lepas itu dia kata, kenyataan saya tengok dia jawab. Dia kata, mana kita tahu lepas mati kita ke syurga ke neraka. Memanglah kita tidak tahu tetapi tuhan telah memberi petunjuk. Jalan ke syurga begini, jalan ke neraka macam ini. Ini sebab tak tahu ke jalan mana hang nak pi, ikut pi mana.

Nabi kita bersabda:

كل أمتي يدخلون الجنة إلا من أبى، قيل ومن يأبى يا رسول الله؟! قال: من أطاعني دخل الجنة، ومن عصاني فقد أبى

“Setiap umatku akan masuk syurga, kecuali orang-orang yang enggan untuk memasukinya. Ada seseorang yang bertanya, siapakah orang yang enggan tersebut wahai Rasulullah ? Beliau bersabda, “Barang siapa mentaatiku akan masuk syurga, barang siapa tidak taat kepadaku sungguh dia orang yang enggan masuk syurga“

[HR. Bukhari]

Nabi dah tunjuk, bila kita terang apa yang nabi cakap, apa yang Allah sebut dalam Al-Quran. Dia kata pula Tok Guru Nik Abdul Aziz nak berlagak macam tuhan pulah dah. Inilah susah, bercakap dengan orang tak mengaji ni susah. Sebab itulah orang Arab berkata, musuh yang alim lebih baik daripada sahabat yang jahil. Tetapi dia bukanlah, nak kata sahabat pun tak berapa boleh juga. Maknanya dia tak tahu, tetapi apabila orang cakap benda yang orang tahu, dia tak tahu, dia hentam lagi teruk. Tetapi rakyat boleh ukurlah. Kita pun tak kata orang ni masuk syurga, orang ini masuk neraka.

Tetapi ada petunjuk daripada Allah. Lalu saya kata, saya sokong. Sebab kita berjuang dalam Pas, kalau kita tak dapat pahala, kalau kita berjuang dalam pas, buat apa kita nak berjuang. Membuang masa kita, umur kita, tenaga kita, fikiran kita, kadang-kadang wang ringgit. Kerana kita mengharapkan pahala, selain mengharapkan kemenangan, sama ada kita mendapat Husnayaian, dua kebaikan di dunia kita menang di akhirat kita dapat pahala ataupun kita mendapat "Ihdal Husnayain" satu daripada dua kebaikan. Kalau kita tidak memang di dunia, kita dapat pahala di akhirat dengan syarat berdasarkan "Imanan Wahtisaban".

Perjuangan kita, pergerakan kita, penyertaan kita, penglibatan kita di dasarkan kepada keimanan kita, dan keredhaan kita dan keikhlasan kita. Insya allah kita akan dapat sama ada Ihdal Husnayain atau kita bernasib baik mendapat Husnayain dua kebaikan, di dunia kita menang, di akhirat kita mendapat pahala. Kalau tak dapat kemenangan di dunia, Insya Allah kita dapat pahala di akhirat. Tetapi ini, kita kena yakin. Ini setiap pejuang Islam, dia yakin dengan ini. Kalau tidak buat apa kita nak menghabis masa berpuluh-puluh tahun tuan-tuan dan puan-puan. Berpuluh-puluh tahun dalam PAS."

7. Jadi di sini sudah di lihat kewajaran Haji Husam Musa dalam mengeluarkan fatwa syok sendiri adalah satu tindakan yang jelas mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri. Bahkan tindakan melulu beliau ini jelas bertentangan dengan kenyataan yang di buat oleh penasihat AMANAH, Ustaz Ahmad Awang pada 28 Februari 2018 yang menyatakan:

"Kita di dalam AMANAH ini tidak akan menggunakan hukum-hukum agama semata-mata untuk kepentingan politik."

8. Bahkan jika Haji Husam Musa berpandangan secara peribadi sekalipun dalam memberikan justifikasi mengundi Pakatan Harapan dapat pahala dan mengundi PAS dapat dosa, tidak selari dengan pendirian parti komponen lain dalam Pakatan Harapan. Lebih-lebih lagi daripada parti AMANAH sendiri. Sebagai contoh:

1) Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH secara terbuka menyokong penyertaan COMANGO yang jelas mempunyai agenda terselindung dalam demontrasi Wanita Tolak Politik Toksik pada 10 September 2017.

2) Minum Arak dalam Pesta Better Beer seperti minum air teh sahaja: Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad

Hansard Parlimen 26 Oktober 2017.

"Orang bukan Islam hendak buat. Kita kata, "Oh, ini menghina Islam. Ini mencabar Islam". Sedangkan, dia hendak buat, dia minum, bagi dia macam minum teh sahaja. Bagi dia. So, kenapa kita tidak boleh tangani masalah ini dengan satu pendekatan yang mengiktiraf hak umat Islam dan mengiktiraf juga hak yang bukan Islam?"

3. Gesaan supaya golongan Atheis di iktiraf oleh MP Sepang, Hanipa Maidin: November 2017 Sidang Parlimen

“Saya ialah seorang Muslim, dan saya tiada masalah untuk mempertahankan hak mana-mana atheist untuk menganuti atau untuk mengamalkan Atheisme,".

9. Saya mengajak rakyat Malaysia yang mempunyai akal yang sihat supaya merenung kembali apakah kewajaran Naib Presiden AMANAH, Haji Husam Musa mengeluarkan fatwa kononnya boleh dapat pahala apabila mengundi Pakatan Harapan, sedangkan mudarat yang di bawa pimpinan AMANAH sendiri jauh lebih membahayakan.

10. Akal sihat saya lebih memilih pandangan yang di keluarkan Almarhum TG Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor bukan kerana saya ini ahli PAS. Ini kerana pandangan kedua-dua murabbi ummah ini selari dengan apa yang PAS perjuangkan. Belum pernah ada seorang pimpinan PAS pun yang menyokong Pesta Arak, dan menyebelahi golongan Atheis. Dan yang lagi penting belum ada seorang pun pimpinan PAS mengaku mendapat maklumat sulit dengan bantuan jin.

Iman Asyraff
16 Jamadil Akhir 1439H

Sabtu, 3 Mac 2018

Umat Islam tanpa daulah penaung

DR RIDUAN MOHAMAD NOR

AL-QUDS akan merintih kesedihan, apabila 14 Mei ini akan dijadikan ibunegara Israel, entiti haram yang tegak atas tanah Palestin sejak tahun 1948. Syria pula saban hari menyajikan berita pembantaian kepada kita tanpa gagah, darah yang mengalir, kanak-kanak kecil yang tertimbus dalam runtuhan bangunan dan mayat-mayat berserakan tanpa pembelaan masyarakat antarabangsa. 

Muslim Rohingya pula terusir keluar daripada tanah leluhur yang didiami moyang mereka sejak ratusan tahun dahulu. Semua ini terjadi akibat tiada khilafah Islam yang memayungi ummah, tiada penjaga wilayah Islam dan paling sedih ummah bercakaran seperti kerasukan hantu.

Ramai yang tidak menyedari tarikh 3 Mac ialah sejarah pilu ummah, akibat runtuhnya sebuah Kerajaan Islam yang telah memayungi sarwajagat dunia Islam termasuk alam Melayu. Kerajaan Islam yang berpusat di Turki itu melingkar jauh kekuasaannya sehinggalah ke Balkan di Eropah.

Negara Turki terletak di Asia kecil dan di sebelah Tenggara Benua Eropah. Kedudukan Turki memang unik, kerana sebahagian besar wilayahnya terletak di Asia, dan sebahagian kecilnya terletak di Eropah. Kedua-dua wilayah yang terpisah ini dihubungkan dengan jambatan yang merentasi Selat Bosporus.

Turki mempunyai sejarah panjang sebagai pusat pemerintahan Islam yang menaungi sebahagian besar ummat Islam. Khilafah Uthmaniah Turki diasaskan oleh Uthman Orthogol, berada di zaman kemuncak semasa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih yang telah berjaya menawan Kota Konstantinople daripada Byzantin.

Kehebatan Kerajaan Uthmaniah mula semakin lemah diakibatkan oleh perancangan jahat orang-orang Yahudi Dunnama, di mana mereka ini telah memeluk Islam dengan niat untuk menghancurkan Islam daripada dalam (gunting dalam lipatan). Golongan Yahudi juga telah menduduki jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan Turki. 

Kemuncak perancangan mereka golongan Yahudi merancang untuk menghancurkan Khilafah Islam. Golongan Yahudi antarabangsa melalui gerakan Freemason yang menguasai media massa telah menonjolkan Mustafa Kamal. Media massa juga telah memainkan peranan penting memburukkan Kerajaan Uthmaniah Turki terutama kecacatan peribadi Khilafah yang bergelumang dengan keseronokan. 

Di Turki, telah ditubuhkan "The Young Turks" pada tahun 1908 gerakan Yahudi ini digerakkan dengan bantuan Freemason. Golongan ini sangat agresif untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid II. Di negara-negara Arab lain pula semangat Nasionalisme Arab telah ditiupkan dengan menganggap Kerajaan Turki sebagai penjajah. 

Negara Barat berusaha meniupkan semangat negara bangsa kepada negara-negara Arab, melalui semangat Nasionalisme Arab inilah Turki mahu dipisahkan daripada saudara-saudara Islam lainnya di seluruh dunia. Perancangan keji Yahudi ini akhirnya berjaya meruntuhkan khilafah secara rasmi pada 3 Mac 1924. Mustafa Kamal telah naik ke takhta kuasa dan mula menunjukkan kebenciannya kepada Islam dan orang-orang beriman. 

Seluruh dasar kerajaan telah dipisahkan daripada Syariat Islam di antaranya menurut Ahmadi Al-Aziz (1998):

1.     Tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai dasar perlembagaan dan pemerintahan negara.

2.     Golongan pemerintah (atasan) dan konco-konconya hinggalah ke menteri-menteri dan wakil-wakil rakyatnya, adalah perompak-perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka kaya-raya hasil menyertai politik.

3.     Kebanyakan siaran-siaran radio dan televisyen serta isi kandung majalah, 95 peratus adalah maksiat. Memang ada yang baiknya tetapi cuma sekadar 5 peratus sahaja.

4.     Terdapat binaan tugu-tugu dan patung-patung dalam negara, yang mana tugu-tugu dan patung-patung tersebut dibesar-besarkan.

5.     Muzik-muzik haram, tari-menari, bergaul bebas, panggung-panggung wayang lucah, mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain-lain lagi dibenarkan berleluasa.

6.     Waktu-waktu sembahyang, masjid kosong. Majoriti manusia berkeliaran di luar masjid dengan segala bentuk urusan duniawi.

7.     Peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan. 

8.     Banyak projek yang sia-sia atau membazir, dengan menggunakan wang berjuta-juta seperti membesarkan tempat-tempat peleseran yang digunakan untuk orang-orang besar sahaja. 

9.     Polis dan tentera yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak membuat rakyat berasa tidak aman.

10.     Para pemimpin apabila ditegur, mereka melenting dan marah-marah. Maka mereka pun berdendam dan mencari peluang mendedahkan pihak yang menegur untuk diambil tindakan.

11.     Di satu Bandar bernama Balikesir, Mustafa Kamal berucap bahawa agama terpisah dengan urusan harian dan mendakwa Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berbuat demikian. Ini jelas menentang Al-Quran dan Sunnah.

12.     Dalam satu ceramahnya Mustafa Kamal pernah menegaskan bahawa mana mungkin sebuah Negara maju jika orangnya tidak berpakaian secara moden (mendedahkan aurat). Akibatnya ramai yang telah dibunuh hanya kerana enggan berpakaian secara Barat dan mematuhi arahan negara Turki moden.

13.     Mustafa Kamal tidak membenarkan kuasa talak pada suami (seperti yang ada dalam ajaran Islam) kerana mengikut undang-undang sivil dari Sweeden. Ironisnya, undang-undang ini diperkenalkan beberapa bulan selepas dia menceraikan isterinya.

Kejatuhan Islam yang telah memayungi umat selama 600 tahun lebih ini akhirnya telah mewajahkan dunia Islam yang baru, kemunculan negara bangsa akibat pemetaan baru dunia Islam dengan arkitek utamanya ialah empayar Pax Britanica dan Peranchis. 

Negara umat Islam juga telah difaraidkan dan menuju titik kelemahan paling parah dengan pelebaran faham ilmaniah atau sekularisme. Umat Islam dijajah dan mengalami keterpurukan nilai serta tersudut dalam semua sektor sehingga memunculkan faham Pan Islamisme untuk mendobrak hegemoni Barat.

Empat tahun selepas kejatuhan khilafah Uthmaniah juga menyaksikan Imam Hasan Al Banna menubuhkan Ikhwanul Muslimin untuk mengembalikan semula pemerintahan Islam, seterusnya gerakan Islam ditubuhkan di bumi umat Islam yang lain. Jamiat Islami ditubuhkan di Sub Continent, MASYUMI di Indonesia, Hizbul Muslimin di Malaya, an Nur di Turki dan pelbagai gerakan Islam kontemporari yang lain. 

Tarikh 3 Mac 1924 adalah sejarah luka umat Islam dan ianya akan kembali sembuh dengan ummah kembali berjuang untuk mengembalikan ketuanan Islam. Islam yang berdaulat, negara yang mendokong Syariat serta menjadi pembenteng kepada agama Allah sebagaimana yang telah dilakarkan dalam sejarah Khilafah Uthmaniah.

(Penulis ialah AJK PAS Pusat dan Pengerusi LESTARI Pusat) - HARAKAHDAILY 3/3/2018

_AC_

Catatan Dari Tarim: Habib Salim Assyathiri Dalam Kenangan

Jika di dunia ini ada segelintir orang yang begitu haus akan ilmu hingga akhir hayatnya maka Habib Salim adalah salah satu diantaranya. Julukan "Rajanya Ulama" yang disematkan kepada beliau bukanlah julukan yang mengada-ngada.

Pernah ada seorang pelajar Tarim asal Prancis membawa kaset rekaman pengajian Habib Salim ke negaranya. Dalam rekaman itu Habib Salim menjelaskan tentang perang Badar selama 4 jam! Itu "Matan"-nya aja belum termasuk syarahnya! Ketika ia tunjukkan rekaman itu pada salah satu ulama Prancis, ulama itu begitu takjub lantas mengatakan:

"Pasti beliau menyampaikan semua ini dengan bantuan kitab!"

"Tidak.. Apa yang beliau sampaikan murni dari hafalannya. Ia tak memakai kitab.." Jawab pelajar tadi.

"Tidak mungkin.. Bagaimana bisa dia menghafal maklumat sebanyak itu dengan menyebutkan referensi dari puluhan kitab?" Ulama Prancis itu masih tak percaya.

Akhirnya pelajar itu menunjukkan video pengajian Habib Salim, dan betapa terkejutnya Ulama itu setelah ia benar-benar melihat Habib Salim hanya duduk diatas kursi tampa kitab apapun dan mulai menjelaskan sejarah perang Badar selama 4 jam! Ulama Prancis itu hanya bisa tercengang dan berkata :

"Aku tak yakin di zaman ini ada yang lebih alim dari beliau!"

Habib Salim memang terkenal dengan ingatan "Super" yang beliau miliki. Padahal dulu ketika masih kecil beliau juga sering lupa ketika menghafal sesuatu. Hingga suatu hari ketika beliau belajar di Mekkah, saat itu pintu Ka'bah terbuka karena Ka'bah sedang diperbaiki. Beliau masuk ke dalam Ka'bah dan mulai membaca Yasin 41x dengan niat agar Allah memberikan ia ingatan yang kuat. Sejak saat itu ia tak pernah lupa ketika menghafal suatu maklumat.

Pernah ada seorang tamu yang berkunjung ke perpustakaan pribadi Habib Salim. Perpustakaan yang dipenuhi puluhan ribu kitab itu, bisa jadi adalah salah satu yang terbesar di Yaman. Karena takjub akan banyaknya kitab di Perpustakaan itu, ia bertanya pada Habib Salim :

"Habib.. semua kitab ini sudah antum baca ?"

Beliau menjawab :

"Pertanyaanmu salah.. seharusnya kau bertanya apakah semua kitab ini sudah aku hafal?"

Beliau juga dikenal sebagai sosok yang tak pernah berhenti membaca. Beliau memiliki jadwal "wajib" membaca 5 menit sebelum tidur dan juga 5 menit ketika beliau istirahat sejenak di tikungan tangga menuju lantai atas rumahnya. Dengan cara itu beliau sudah berhasil menghatamkan puluhan kitab!

Selama berobat di Jordania beliau tak mau waktunya di rumah sakit terbuang sia-sia. Beliau minta Syaikh Aun Alqudumi menemaninya dan membacakan kitab di samping beliau selama 6 jam tanpa henti!

Beliau juga terkenal sebagai sosok yang tak pernah lelah menulis. Buku catatan beliau saja selama menuntut ilmu berhasil menjadi kitab-kitab 20 Fan dalam bentuk puluhan jilid! Catatan-catatan itu sekarang dicetak dengan nama "Assafiinah Assyatiriyah" atau "Alfawaid Assyatiriyah".  Ketika beliau tunjukkan buku catatan itu kepada sang guru Sayyid Alwi Bin Abbas Al-maliki, Sayyid Alwi terkagum-kagum dan berkata : "Tak ada seorang yang mengambil ilmu dariku melebihi dirimu."

Di sampul salah satu buku catatan itu beliau tuliskan dua buah bait :

"كتبت و أيقنت يوم كتابتي * بأن يدي تفنى و يبقى كتابها

و أعلم أن الله سائلها غدا * فياليت شعري مايكون جوابها

"Aku menulis.. dan ketika itu aku meyakini bahwa tanganku akan sirna sedangkan tulisan-nya akan tetap abadi. Aku juga tahu bahwa kelak Allah akan menanyaiku akan tulisan itu, duh entah bagaimana kelak aku akan menjawabnya."

Bagi kami Pelajar-Pelajar yang ada di Tarim, beliau adalah sosok yang tak kenal bosan dan lelah dalam menyampaikan ilmu. Dalam acara Maulid di Ribat Tarim dan Acara Maulid Masjid Jami' di bulan Rajab, beliau bisa sampai berjam-jam menyampaikan ceramah. Pelajar "payah" seperti diriku hanya bisa mendengar separuh dari ceramah beliau, sisanya "hilang" dalam alam mimpi.. hehe..

Toh padahal ketika kesehatan beliau mulai menurun, para dokter sudah melarang beliau agar tidak berceramah lebih dari 15 menit dalam sehari.

Intinya.. dalam belajar, membaca, mengajar, berdakwah, membagi waktu, beliau adalah "Ayatullah Fil Ardh". Tanda kekuasaan Allah di muka bumi ini.. dan dengan wafatnya beliau sehari yang lalu, aku hanya bisa meratap dan berharap. Berharap hari-hari indah ketika beliau masih di Tarim bisa direplay kembali. Berharap bisa menggali banyak ilmu lagi dari beliau, mendengarkan maklumat-maklumat hebat dari beliau yang tak pernah aku dengar sebelumnya dari siapapun dan tak pernah aku temukan di kitab manapun yang pernah aku baca.

Dan yang juga aku sesali.. aku belum pernah foto bersama beliau, padahal beliau paling "welcome" kalo diajak foto bareng. Konon beliau pernah berkata dengan nada bercanda:

"Sabda Nabi Saw ada dua orang yang gak pernah puas.. orang yang mencari llmu dan orang yang mencari Harta.. ada satu lagi.. orang-orang Indonesia gak pernah puas dari foto-foto" :-)

Saat catatan ini ditulis, masjid-masjid Tarim masih sibuk menggaungkan kabar wafat beliau :

"Assayyid Assyarif Al Habib Al Allamah Salim Bin Abdullah Bin Umar Assyatiri wafat di Jeddah. Takziyah akan diadakan hari ini setelah Ashar di rumah keluarganya di Khailah"

Sekali lagi.. Allah yarhamak Ya Habiib Wa Yuqoddis sirrak. Tak cukup kiranya ratusan tulisan untuk mengenang indahnya sosokmu..😞

* Tarim - Hadhramaut- Yaman. 18 Februari

Al-Habib Abdullah bin Umar Asy-Syathiri (Ayahnda Al Habib Salim Asy-Syathiri) yang mana tatkala berwudhu, Beliau selalu mengamalkan Sunnah-Sunnahnya.

Suatu hari, ketika Beliau sedang Berwudhu di Jabiyah Masjid Ba'alawi, seorang lelaki tua menganggap Wudhunya terlalu lama.

"Was-was apakah ini? Kau membuat kami menunggu terlalu lama", Kata lelaki tua itu. Beliau lalu membuka pintu Jabiyah, dan masuk ke dalamnya.

Mohon cepatlah kalau Berwudhu!". Kata lelaki tua itu seraya membuang pakaian Al-Habib Abdullah bin Umar Asy-Syathiri, sedangkan Al-Habib Abdullah bin Umar Asy-Syathiri belum selesai Berwudhu.

Lalu Al-Habib Abdullah bin Umar Asy-Syathiri segera mengambil pakaiannya dan pulang ke rumah untuk menyempurnakan Wudhunya.
Sesampainya dirumah, Beliau berfikir, "Hari ini aku telah melukai hati seseorang di Tarim...Ini adalah aib bagiku, aku tidak boleh menyusahkan orang".

Al-Habib Abdullah bin Umar Asy-Syathiri terus merenung, "Bagaimana aku bisa melukai hati orang tua itu? Aku tidak sepatutnya dan tidak boleh berbuat demikian. Sekarang aku harus pergi ke rumahnya, merendahkan diriku di hadapannya serta meminta maaf".

Beliau kemudian mengunjungi Lelaki tua itu, mengetuk pintu rumahnya.

"Siapa?" Tanya Lelaki tua itu.

"Abdullah bin Umar Asy-Syathiri" Jawab Beliau.

"Masuklah!" Perintah Lelaki tua.

"Selamat datang wahai Habib...Apa gerangan yang membuatmu datang kemari?". Tanya Lelaki tua itu.

"Wahai Habib, Aku telah beradab buruk kepadamu dengan sikap was-was dan lambat di tempat Wudhu sehingga kau terganggu. Terimalah kekurangaku ini. Aku datang untuk memohon maaf...Insya Allah, aku tidak akan mengulanginya lagi."

Mendengar penjelasan tersebut, orang tua itu menangis seraya berkata,
"Wahai anakku, akulah yang kurang Adab. Akulah yang kurang ajar kepadamu. Kau adalah seorang Alim yang mengamalkan Ilmunya. Kau mengamalkan Sunnah-Sunnah Wudhu dan kau tidak memilki kekurangan."

Orang tua itu akhirnya mendoakan dan mengakui kedudukan Al-Habib Abdullah bin Umar Asy-Syathiri. Dan Beliau keluar dari rumahnya dengan perasaan senang karena hari itu Beliau sudah meminta maaf karena merasa telah melukai perasaan orang lain.

Inilah akhlak dan Adab dari seorang Shalih.

Rabu, 21 Februari 2018

Senarai 65 skandal kerajaan DAP Pulau Pinang dibawah Lim Guan Eng

1. Skandal penarahan Bukit Botak, Relau.
2. Penjualan tanah tapak masjid di Bayan Bay
3. 7 tahun bajet negeri alami defisit secara keseluruhan RM598.04juta.
4. Skandal pembayaran tanah laut tanpa kelulusan Kajian Kebolehsaknaan.
5. Skandal tanah Taman Manggis dan KLIDC.
6. Skandal ubah syarat tanah di Balik Pulau.
7. Skandal pembelian banglo Ketua Menteri bawah harga pasaran.
8. Skandal kilang haram di Sg Lembu.
9. Campurtangan dalam soal fatwa
10. Skandal penjualan 1100 ekar tanah kerajaan negeri kpd kroni.
11. Skandal kelulusan projek lereng bukit.
12. Banjir terburuk dalam sejarah negeri P.Pinang.
13. Skandal kutipan sampah bernilai RM1.43juta
14. Skandal penipuan hutang kerajaan negeri.
15. 2000 pusat hiburan dan rumah urut berlesen dan haram di seluruh P.Pinang.
16. Ratusan serbuan & tangkapan makmal dadah di P.Pinang.
17. Pembelian anugerah MBPP dan MPSP palsu.
18. Pelbagaj caj, kenaan dan kutipan baru diperkenalkan kepada rakyat.
19. Kenaikkan harga dan surcaj air berkali-kali.
20. Skandal membina dan mengecat laluan basikal di Georgetown.
21. Skandal Kajian Kebolehlaksanan Projek Terowong dan PTP.
22. Skandal tambakan laut di Gurney, Bayan Baru dan Teluk Kumbar.
23. Skandal tanah runtuh di Tanjung Bungah.
24. 25 kampung-kampung Melayu lenyap dan hilang.
25. Perobohan gerai penjaja dan kedai makan.
26. Anjur Pesta Arak secara terbuka.
27. Gezetkan jalan khas untuk pesta arak setiap malam.
28. Pemecatan Ahli Majlis dan JKKN Parti Islam SeMalaysia (PAS)
29. Pembinaan rumah mewah dan mampu tengok di P.Pinang.
30. Tiada rumah kos rendah atau mampu milik untuk rakyat.
31. Kenakan sekatan dan birokrasi bina rumah kos rendah dan mampu milik.
32. Menutup periuk nasi Nelayan pantai.
33. Penjualan saham Pulau Jerjak.
34. Memanipulasi angka hutang kerajaan negeri.
35. Bergaduh dengan PAS
36. Meminggirkan ADUN dari PKR dan DAP yg tak sehaluan.
37. Gagal tunai janji-janji dalam Manifesto PRU12 & 13.
38. Menaikkan harga sewaan tapak perniagaan sehingga 200 %.
39. Tiada plan kecemasan menangani bencana – banjir.
40. FDI merosot dari RM12bilion ke RM2bilion pada tahun 2016.
41. Menanggung perbelanjaan kerajaan melalui penjualan tanah kerajaan dari 33% ke 8% baki.
42. Menubuhkan “Pasukan Polis” sendiri yang disahkan sebagai Pasukan Haram.
43. Politik ugutan, sehingga mahu membubarkan DUN untuk pilihanraya negeri.
44. Berperang dengan pegawai kerajaan persekutuan (SDO)
45. Sentiasa menyalahkan pihak lain dan BN jika kerajaan negeri hadapi masalah.
46. Masalah kesesakkan lalu lintas tidak dapat diselesaikan.
47. Ugut rakyat kononnya jika DAP kalah, rakyat akan kembali mundur di bawah BN.
48. Berbohong mengenai isu miskin tegar dihapuskan selepas 1 tahun DAP memerintah P.P
49. Peningkatan perbelanjaan kerajaan negeri hampir 500% dari tahun 2008 (RM283j-RM1.3b)
50. PDC alami penyusutan keuntungan dari RM75juta setahun kepada RM6 juta pada 2015.
51. Peruntukan bajet 2017 kepada pejabat Ketua Menteri meningkat 600% dari tahun 2016.
52. Gagal memelihara alam sekitar dan ekologi laut.
53. Hujan dijadikan alasan kenapa Pulau Pinang banjir terburuk.
54. 51 projek yang dicadangkan oleh kerajaan negeri telah gagal dilaksanakan.
55. Gagal newartakan kawasan perlindungan hutan.
56. RM220juta peruntukan dalam Bajet 2017 tangani banjir lesap tanpa berita.
57. Menolak 13 usul DUN yang dibawa oleh ADUN PKR dan DAP sendiri.
58. Menggunakan institusi dan wang kerajaan untuk meliberalkan Islam (Penang Institut)
59. Menyokong golongan-golongan songsang gender (LGBT).
60. Meletakkan kos yang tinggi dan tidak munasabah untuk projek yang dicadangkan kerajaan.
61. Memelihara kilang-kilang haram di Pulau Pinang.
62. Menyita rumah yang tidak membayar sewa.
63. Tidak menghapuskan pinjaman pendidikan negeri dan ditukar ke biasiswa.
64. Pasukan bolasepak tercorot untuk 9 tahun berturut turut.
65. Mengabaikan pembangunan & Peruntukan kawasan luar bandar dan kawasan yg tidak bersetuju dengan pertadbiran kerajaan DAP.

Khamis, 15 Februari 2018

AWASI KEMUNCULAN SEKULAR GENERASI BAHARU.

Senario hari ini, gerakan Islam semakin mendapat tempat manakala gerakan sekular semakin dipandang jijik terutamanya oleh masyarakat muslim. Maka Barat melalui anak-anak muridnya mula menjenamakan semula ajaran sekular agar terus diterima oleh masyarakat muslim.

⚫ AGENDA BARAT.

Bahkan proksi sekular di medan politik pun dilihat turut mengalami perubahan penstrukturan semula terutamanya sejak akhir-akhir 90an dan menjelma meraih perhatian ramai di pertengahan millennium.

Antara tulisan popular kritikan Barat terhadap Islam adalah ‘The Failure Of Political Islam’ tulisan Olivier Roy. Buku tersebut sekaligus menjadi signal arahan polisi perubahan Islam tajaan Barat yang disambut oleh agen-agen mereka. Roy membidas golongan Islamis yang beliau labelkan sebagai neo-fundamentalis yang dilihat konsisten membawa agenda perlaksanaan undang-undang Islam.

Secara berterus terang Olivier Roy mengungkapkan tentang golongan Islamis yang diwujudkan untuk menentang golongan neo-fundamentalis. Islamis yang Barat maksudkan perlu mengamalkan Islamisasi bermodelkan Barat;

“Yang lain, mereka boleh berkompromi mereka kemodenan Barat. Membawa ulama menerima kemodenan di mana pada asalnya Islam menolaknya, termasuklah menerima konsep pemisahan agama dan politik, yang semestinya membawa kepada sekularisasi”

Kini ancaman umat Islam berhadapan dengan proksi-proksi Barat di kalangan umat Islam sendiri. Mereka menjalankan tugas Barat menentang agenda perlaksanaan Islam secara syumul. Pada masa yang sama mendabik dada kononnya menjadi pejuang kepada nilai-nilai baik Islam yang dakwa mereka, mempunyai titik temu antara anutan-anutan lain. Akhirnya dinobatkan perjuangan nilai, ditinggalkan perjuangan perlaksanaan Islam.

⚫ SEKULAR YANG ‘BAIK’?

Pemuka Liberal Indonesia, Nurcholis Madjid telah memperkenalkan bid’ah kononnya  ajaran sekular merupakan akar kepada ajaran Islam. Di dalam ucapannya pada 2hb Januari 1970 yang bertajuk ‘Keharusan Pembaharuan Pemikiran Islam dan Masalah Integrasi Umat’, begitu juga dalam artikelnya yang lain bertajuk ‘Sekali Lagi Tentang Sekularisasi’, beliau telah memperkenalkan istilah ‘sekularisasi’ kepada masyarakat Islam Indonesia dengan mendakwa bahawa sekularisasi tidaklah dimaksudkan penerapan sekularisme.

Bahkan menurutnya proses sekularisasi itu merupakan proses Islami seperti tertuang dalam permulaan kalimah syahadah (La Ilaha..) itu sendiri. Beliau secara terang-terangan mengatakan bahawa;

“Agama Islam bila diteliti benar-benar dimulai dengan proses sekularisasi lebih dahulu. Justeru ajaran tauhid itu pangkal tolak proses sekularisasi besar-besaran” (Dr. Ugi Suharto, Pemikiran Islam Liberal, m/s 7-8)

Apa yang telah berlaku di Indonesia pada era 70an, kini melanda Malaysia. Jika diamati kebelakangan ini, sudah ada ucapan-ucapan yang bersahaja mengatakan bahawa sekular merupakan ajaran yang baik bahkan ada kaitan dengan konsep syahadah.

⚫ NEO-MU'TAZILAH

Dalam menyentuh soal sekular generasi baharu, penulis suka melampirkan beberapa pendedahan dan ingatan dari Syeikh Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitab-kitabnya.

Walaupun beliau tidak menggunakan istilah ‘sekular generasi baharu’, penerangan beliau jelas menyingkap pemikiran bahaya yang semakin menular di kalangan umat Islam yang dibahasakannya sebagai golongan ‘al-Mu’attilah al-Judud’.

“Mereka menyangka bahawa mereka berpegang dengan Maqasid al-Syariah dan ruh (nilai) agama. Sehingga melupakan nas al-Quran dan Hadith Sahih. Mereka mendakwa bahawa agama itu hanyalah pada nilai isinya bukan pada luarannya. Apabila kamu berhadapan dengan mereka berbekalkan nas-nas yang muhkamat, pasti mereka berdolak-dalih dan menyeleweng dari konteks sebenar. Mereka gemar berpegang dengan perkara mutasyabihat dan menolak perkara yang muhkamat. Mereka mendakwa diri mereka sebagai agen perubahan, realitinya mereka adalah agen pembaratan” (Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-Siyasah a-Syar’iyyah, m/s 228)

Dalam tulisan yang lain, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi mendedahkan asal usul mereka;
“Antara pemuka pemikiran ini adalah Muhammad Arkun yang berasal dari Algeria. Dia mengemukakan pemikiran yang kononnya fokus kepada maqasid syariah ” (Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Dirasah Fi Feqh Maqasid al-Syariah, m/s 87)

Mereka mengalami masalah pemahaman terhadap syariat Islam. Namun ghairah mengungkapkan istilah-istilah syara’ serta konsepnya walaupun apa yang disebutkan itu sama sekali bercanggah dengan konteks sebenar. Rasional mengatasi autoriti nas.

Lebih menghairankan mereka cukup mengagungkan konsep-konsep dan nilai Barat. Bagi mereka nas bukanlah rujukan yang absah untuk zaman ini, sehingga Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyindir pemikiran mereka;
“Apa yang dilihat oleh Barat sebagai baik, maka bagi mereka ia baik di sisi Allah”

⚫ SEMUA YANG DIRASAKAN MASLAHAT ADALAH ISLAM?

Golongan al-Mu’attilah al-Judud cuba membawa fahaman baru kononnya konsep syariat perlu didefinisikan semula.  Mereka mula memperkenalkan doktrin;

“Di mana didapati kebaikan, maka itu adalah syariat Allah”

Usaha mereka demi merubah cara berfikir umat Islam bahawa unsur-unsur yang baik tidak semestinya datang dari Islam secara tetap. Bahkan bagi mereka, mana-mana perkara yang dirasakan baik maka ia adalah hakikat Islam walaupun dilihat bercanggah dengan syariat Islam.

Konflik pemikiran ini bermula seawal cara mereka mengiktiraf kebaikan yang semata-mata berdasarkan rasional. Ini sama sekali bercanggah dengan pendirian Ahli Sunnah yang meletakkan penilaian baik dan buruk adalah berdasarkan syara’.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi membidas, sewajibnya perlu diungkapkan konsep;

“Di mana didapati syariat Allah, maka itulah kebaikan untuk manusia”

Keberanian mereka bermain-main dengan autoriti nas turut dibahas panjang oleh Ustaz Ismail al-Kailani yang turut melabelkan mereka sebagai Mu’attilah. Mereka berpegang dengan kaedah songsang;

“Sesungguhnya jika nas al-Quran tidak berpotensi menhasilkan maslahat maka kami akan tinggalkannya. Sebaliknya kami akan menerokai kebijaksanaan idea pemikiran manusia” (Ustaz Ismail al-Kailani, Faslu al-Adin Wa al-Daulah, m/s 206)

Golongan tersebut berhujah bahawa hukum berubah seiring dengan perubahan zaman. Apa yang perlu ditekankan, konsep tersebut tidak terpakai pada hukum syariat yang telah digazetkan secara jelas oleh al-Quran dan Hadith.

⚫ MASLAHAT YANG HAKIKATNYA MUSLIHAT.

Jika sekular terdahulu, mereka vokal menolak Islam secara terang-terangan kerana ianya Islam. Mereka beranggapan Islam adalah simbol kegagalan dan kemunduran.

Kelicikan sekular generasi baharu, mereka bijak memanipulasi istilah-istilah syara’ dan dipadankan dengan nafsu mereka. Antara istilah yang sering dimanipulasi adalah 'maslahat' yang bermaksud kebaikan.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi meletakkan beberapa tumpuan isu Islam yang ditentang oleh mereka. Golongan al-Mu’attilah al-Judud menyambung lidah sekular terdahulu yang bermati-matian menentang perlaksanaan undang-undang Islam.

Bezanya dahulu mereka menolak keras tanpa alasan-alasan yang kelihatan syar’ie. Kini mereka menolak perlaksanaan undang-undang Islam dengan alasan-alasan yang dilihat seolah-olah syar’ie.

⚫ LOGIK MEREKA.

Berikut adalah contoh-contoh laras bahasa mereka beserta sanggahan serba ringkas:

• Mereka kononya mahukan keadilan Islam tanpa undang-undang Islam.  Ibarat mahu kenyang tanpa makan.

• Mereka meminta untuk menunggu hingga keadaan kondusif baru boleh laksanakan undang-undang Islam. Ibarat tunggu sembuh baru berubat.

• Mereka beralasan perlu pastikan rakyat semua faham Islam terlebih dahulu baru boleh laksanakan undang-undang Islam. Bagaimana dapat dipenuhi tuntutan tersebut sedangkan orang jahil lahir setiap minit.

• Mereka mendakwa bahawa hudud, qisas dan ta'zir bukan satu-satunya fokus Islam. Ya, itu semua bukan semata-mata fokus Islam. Bahkan ia merupakan mekanisma yang diperintahkan oleh Allah untuk memperbaiki negara dan rakyat. Maka ia adalah tuntutan agama dan isu nasional.

• Mereka melaungkan yang penting kita laksanakan maqasid. Hakikatnya maqasid bukanlah perlaksanaan. Sebaliknya ia adalah kesan yang terhasil setelah melaksanakan syariat. Oleh kerana itu ia dinamakan Maqasid al-Syariah.

• Menolak dan mencipta pelbagai alasan untuk tidak bersetuju dengan kanun jenayah syariah adalah antara ciri masyarakat yang rosak. Masing-masing menolak seolah-olah mereka semua pernah terlibat dengan kesalahan-kesalahan tersebut.

Sepatutnya logik kita memikirkan semakin rosaknya masyarakat, bermakna semakin mereka memerlukan Islam. Ibarat pesakit yang sedang tenat amat memerlukan ubat dengan kadar segera.

Bukan setakat menolak perlaksanaan undang-undang islam, bahkan sampai ke satu tahap mereka sanggup menolak rukun Islam atas nama masalahat.

“Kami telah menyaksikan mereka yang menolak nas atas nama maslahat sehinggakan mereka menolak rukun Islam, solat, puasa, zakat dan haji. Mereka mendakwa bahawa kononnya solat akan mengganggu kualiti masa bekerja, zakat akan menggalakkan kemalasan bekerja, puasa akan merosotkan produktiviti dan haji adalah amalan yang sengaja mencari susah sedangkan kita dicipta untuk mencari susah” (Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-Siyasah al-Syar’iyyah, m/s 248)

Usaha-usaha mereka hanya membenarkan amanat Nabi SAW;

"Akan terungkai ikatan islam satu persatu, setiap kali terungkai satu ikatan, manusia akan berpaut pada ikatan yang seterusnya. Ikatan pertama yang terungkai adalah perundangan dan akhirnya adalah solat" (Hadith riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, al-Hakim.)

⚫ ISTIQAMAH
Kita selaku umat Islam perlu sentiasa peka dan berwaspada dengan perkembangan musuh. Mereka tidak akan berputus asa memastikan kita tetap jauh dari berpegang teguh dengan ajaran islam.

“Saya wajib beriman dengan penuh yakin bahawa masa depan pasti milik Islam. Ia datang dari Allah, sudah pastilah ia merupakan satu-satunya ajaran yang paling berkesan dan mampu menguruskan seluruh urusan dan memimpin manusia” (Fathi Yakan, Maza Ya’ni Intima’I Li al-Islam, m/s 63)

Kita jangan sesekali berputus asa dari menghadapi musuh Islam yang ramai. Sememangnya menjadi idaman mereka melihat umat Islam sudah tidak optimis dengan masa depan Islam. Dr. Imaduddin Khalil dalam tulisannya Lu’bah al-Yamin Wa al-Yasar menyatakan;

“Oleh itu menjadi tugas mereka memburuk-burukkan cara hidup ini (Islam) dan mengugurkannya dari jiwa pendukung-pendukungnya. Sehingga mereka berjaya mencipta satu jenis perasaan mengalah dalam jiwa orang-orang Islam agar mereka tidak ada keinginan lagi untuk kembali kepada agama mereka” (Dr. Sa’aduddin Sayyid Saleh, Strategi Musuh Menentang Islam, m/s 73)

Abdul Mu'izz Muhammad
9 Febuari 2018

Kenyataan media: ROYALTI mendesak Mahathir memberikan penjelasan, meminta maaf dan bersama mendesak Perdana Menteri mematuhi perjanjian petroliam Kelantan-Petronas.

Pihak ROYALTI (R) mendesak Tun Dr Mahathir memberikan penjelasan berkenaan beberapa perkara berbangkit dalam perihal royalti dinafikan dan hasil bumi Kelantan yang dilarikan.

*1.* Ketika Barisan Nasional di bawah Tun Dr Mahathir Muhammad (Tun) memerintah Kelantan, bermula 1983 lagi, kerajaan Kelantan telah mendedahkan pertemuan minyak di kawasan periaran  Kelantan.

*Soalan pertama,* mengapa kerajaan di bawah pimpinan Tun menggadaikan semua ini dengan mendaratkan hasil petroliam milik Kelantan itu ke Songkla, Thailand, sebelum disalurkan ke Kedah melalui saluran paip? Bagaimana bentuk perjanjian dengan Thailand? Adakah kerana menghukum keputusan demokrasi rakyat Kelantan yang tidak memilih BN ketika itu (pertengahan tahun 1990)? Mengkhianati seluruh rakyat Kelantan pelbagai kaum di mana 99% adalah Melayu? Kami mendesak Tun Dr Mahathir menjawab persoalan ini.

*Fakta:* Projek pendaratan minyak ke Songkla siap sebelum 1996. Projek sambungan paip Thai ke Malaysia ditangguhkan pada 1997. Kemudian disambung semula April 2002. Jika pendaratan dibuat di Bachok, Kelantan, ianya lebih menjimatkan kos. Juga meningkatkan ekonomi Kelantan. Ini merupakan pengkhianatan yg jelas kpd kami rakyat Kelantan... ianya berlaku jelas semasa pemerintahan Tun.

Pihak Kerajaan Kelantan sebelum jatuh kpd Kerajaan Pas & Semangat 46 telahpun membuat persiapan awal untuk menjadikan Pantai Senok, Bachok sebagai hub perindustrian petrokimia dengan mengezetkan kawasan seluas lebih 4000 ekar utk tujuan tsb.

KDYMM Sultan Muhammad iv telah bertitah semasa perasmian Sidang DUN ke 5, penggal ke-12.

"Beta berharap gas ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan zon industri petroliam di Bachok seluas 4000 ekar sejak tahun 1990-an lagi.”

Pihak Perbadanan Kemujuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) pd Ogos 1996 melalui Anak Syarikat Keloil Sdn Bhd menjalinkan usahasama dgn KUB Holding Bhd bagi membangunkan industri gas & minyak utk Negeri Kelantan.

Namun, projek tersebut gagal diteruskan kerana gas dr periaran Kelantan "dicuri" & hantarkan ke Songkhla.

Bayangkan sekiranya Kelantan tidak dinafikan hak utk membangunkan industri tersebut, berapa ramai rakyat mendapat menafaat & limpahan ekonomi daripadanya??

*2.* Maklumat daripada laporan akhbar The Star yang bertarikh 2 November 2012, Jumaat adalah dirujuk. Syarikat di mana anak kepada Tun Dr Mahathir yang juga Penasihat Petronas, Sapura Kencana dilaporkan, membuat dua makluman kepada bursa saham pada 1 November 2012, yakni, pertamanya, mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.

Pemakluman yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia, yang dikatakan 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.

*Soalan keduanya,* bagaimana anak Tun boleh mendapat tender ini dari Pihak Petronas yg bapanya adalah penasihat?

Jarak medan Kamelia hanya 150km dari pantai Kelantan, bukan berada di kawasan tindihan Thailand, milik Kelantan sepenuhnya, siapakah dalang sebenar yang menghalang Petronas dari mematuhi perjanjian royalti, yang ditandatangani oleh Petronas dan Kelantan pada 9 Mei 1975?

Kemanakah hasil bumi Kelantan itu (petroliam) akan disalurkan? Adakah Kerteh atau Kemaman, Terengganu? Medan Kamelia adalah dalam Blok PM301. Blok PM301 adalah tidak bertindih sama ada Thailand atau Vietnam atau Terengganu. Adakah ianya menggunakan pelaburan RM15.6B@US5.2B PETRONAS untuk membina paip gas sejauh 300km dalam Lembangan Melayu Utara (North Malay Basin) ke Kerteh. Sedangkan ke Kota Bharu (Bachok) jaraknya hanya 150km.

"Melayu Mudah Lupa" Tun Mahadir
"Ore Kelate Tak Akan Lupa apa Yang Tun Mahadir lakukan kpd Ore Kelate" Nazri Deraman

#BangkitPertahan
#TuntutRoyalti
13

TIADA APA YG HENDAK DITAKUTKAN.

Wartawan bertanya saya, apakah gabungan TUN M dan DSAI menggerunkan PAS dan menyebabkan PAS rasa tergugat.

Saya ingin menjawapnya, bahawa kedua-duanya adakah bekas pemimpin UMNO yang sama tarafnya dgn DS Najib, cumanya DS Najib masih didalam UMNO dan TUN M keluar dari UMNO kerana tak puas hati dengan DS Najib sementara DSAI pula terkeluar dari UMNO dan tubuhkan PKR setelah dipecat sebagai TPM terpalit isu liwat yang didakwa oleh TUN M.

Tapi kini sedikit perbezaan, DS Najib masih UMNO, Tun M dah tubuh PPBM dan DSAI tubuh PKR, ketiga-tiga mereka berada didalam parti yang berlainan namun walaupun mereka berlainan parti masih ada juga yang tetap serupa seperti dulu iaitu ketiga-tiga parti ini menyerang PAS.

PAS tidak pernah tunduk, berpulas kaki pun PAS tetap melawan, meniarap makan pasir, terlentang minum embun sekalipun PAS tetap akan bertanding menentang mereka, tiada siapa yang digerunkan oleh PAS kerana PAS berjuang diatas dasar Islam yang meletakkan Allah swt sebagai tempat diletakkan ketakutan mengatasi sesuatu yang lain.

Kalau sekiranya DS Najib, TUN M dan DSAI bergabung sekalipun PAS tetap akan melawan juga, masa TUN M jadi PM, PAS dah lawan dia, masa DSAI jadi TPM pun PAS lawan dia juga sebagaimana PAS lawan DS Najib sekarang ini.

Jika diwaktu mereka bertaring kuasa pun PAS menentang mereka, apatah lagi kini mereka setaraf sahaja dengan PAS berada di blok pembangkang, kerana PAS tidak takut lah PAS tidak bersama PH dan BN dan berada diblok ketiga, kerana PAS tidak takut, PAS akan bertanding di Permatang Pauh dan juga Pekan, keduanya di katakan sebagai kubu PH dan BN.

Apakah PAS tergugat?, UMNO sejak tahun 1951 lagi mengerjakan PAS, macam2 fitnah dan strategi digunakan, PH sejak berpecah cuba menanamkan persepsi buruk terhadap PAS, mereka tuduh PAS nak UG ngan UMNO, fitnah PAS ambil duit 90 juta dari Najib dan bermacam lagi bahasa najis yang dilontarkan untuk membusukkan PAS.

Senario yang ada hari ini adalah jawapannya, ratusan ribu manusia yang cintakan PAS berhimpun di himpunan Fastaqim di Terengganu, diikuti dengan belasan dan puluhan ribu dihimpunan Fastaqim peringkat Negeri2, PAS tetap mendapat sokongan dari rakyat Malaysia, malahan keahlian baru bertambah mendadak, sejak januari hingga november 2017 mencecah seramai 38,949 keahlian baru tidak termasuk disember 2017 dan januari 2018.

PAS bukan sahaja tidak tergugat, malahan terus melangkah gagah, membawa gagasan budaya politik matang dan sejahtera, mendidik masyarakat dengan Islam, terus berjuang dan terus berdakwah dengan keyakinan bahawa siapa yang berpegang dengan Islam pasti akan mencapai kemenangan disuatu masa yang selayaknya dan dijanjikan oleh Allah swt.

ROSLI ABDUL JABAR
TANJUNG LUMPUR.

Jumaat, 9 Februari 2018

Fitnah Dilarang Oleh Allah S.W.T,

Sebagaimana maksud firman-Nya dalam Surah al-Baqarah: 191:

“Dan bunuhlah mereka di mana kamu temui mereka, dan usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu. Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. Dan janganlah kamu perangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu, maka perangilah mereka. Demikianlah balasan bagi orang kafir.”

Firman Allah dalam Surah An Nur : 15 – 16

“Ingatlah ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar.” (15)

“Dan mengapakah kamu tidak berkata ketika mendengarnya, “Tidak pantas bagi kita membicarakan ini. Mahasuci Engkau, ini adalah kebohongan yang besar.” (16)

Allah telah memberi peringatan supaya meninggalkan perbuatan memfitnah sesama manusia dalam Surah An Nur ayat 17 yang maksudnya :

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Perkara itu diingatkan dengan tegas oleh Rasulullah dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, sifat kedekut dan jenayah berleluasa”. – (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah juga bersabda: “Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat”. – (Hadis riwayat Muslim).

Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki dulu (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, kerana kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan”.

Dosa fitnah juga menghalang kita masuk syurga. Rasulullah bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah”. – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Penyebar fitnah akan diberi malu oleh Allah apabila dibangkitkan pada akhirat kelak. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menyebarkan kata-kata yang memalukan seorang Muslim dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat”. – (Hadis riwayat Ibn Abid Dunya dari Abu Zar).

Mencari dan membocorkan rahsia orang dilarang Allah seperti di dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain”. – (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Allah berfirman: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.” – (Surah al-Humazah, ayat pertama).

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat, “Tahukah kamu apa itu mengumpat?” “Tidak,” jawab sahabat. Balas Baginda, “Mengumpat adalah kamu menyebut tentang kawan kamu apa yang dibencinya.” Para sahabat bertanya lagi, “Bagaimanakah sekiranya sesuatu yang disebut itu ada padanya?” Jawab Rasulullah SAW, “Itulah maksudnya mengumpat.” Nabi berkata lagi, “Kalau kamu menyebut apa yang tidak ada padanya, itu adalah buhtan (fitnah).” (Hadis Riwayat Tirmizi. 

“Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu, orang-orang mu’minin dan mu’minat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata:”Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [An Nur : 12].

Diceritakan dari Abu Ayyub, bahawa isterinya berkata, ”Wahai Abu Ayyub, tidakkah engkau dengar apa yang dikatakan banyak orang tentang Aisyah?” Abu Ayyub menjawab, ”Ya. Itu adalah berita bohong. Apakah engkau melakukan perbuatan itu (zina), hai Ummu Ayyub? Ummu Ayyub menjawab, ”Tidak. Demi Allah, saya tidak melakukan perbuatan itu.” Abu Ayyub berkata, ”Demi Allah, A’isyah itu lebih baik dibanding kamu.. 

Kemudian Allah berfirman.

“Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu. Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi, maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta”. [An Nur : 13].

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti”. [Al Hujurat : 6].

Khamis, 8 Februari 2018

Musuh 'talibankan' PAS?

SEKALI lagi semalam, cubaan meracuni masyarakat bahawa PAS seumpama Taliban dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Setelah sekian lama doktrin tersebut ditanam namun tidak berjaya, ia dimainkan sekali lagi di saat semakin hampir Pilihan Raya Umum sebagai kaedah untuk menjauhkan masyarakat dari PAS.

Apabila berbicara mengenai Taliban dan mahu membuat persamaan terhadap PAS, perlu terlebih dahulu membuat perbandingannya. Terutama dari segi sosio politik, budaya, gaya pemerintahan serta struktur pemerintahan sama ada sebelum dan semasa pemerintahan Taliban itu sendiri. Namun hakikatnya ia sama sekali tidak serupa seperti yang di doktrin oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pemerintahan Taliban

Pemerintahan Taliban siapa pun tidak dapat pastikan bagaimana ia beroperasi secara tepat. Namun seperti banyak kajian dan laporan yang di lakukan, pemerintahan Taliban ditakrifkan oleh Barat sebagai "Commander of Faithful" yang tidak sama seperti dengan dokongan PAS mahupun apa lakukan di Kelantan sekarang.

Adapun terma "Commander of Faithful" itu di takrifkan sama dengan Amirul Mukminin seperti gaya pemerintahan Khalifah Islam terdahulu. Hakikatnya ia langsung tidak sama dengan zaman pemerintahan Khalifah Islam terdahulu. Ini kerana kaedah pemerintahan Taliban hanya bersandarkan kepada seorang pemerintah yang membuat semua keputusan dan wajib di patuhi.

Contoh pemerintahan PAS paling jelas ialah Kelantan yang diperintah PAS sejak 1990 dan PAS secara jelas mengangkat serta mengikuti sistem yang ada sekarang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Di Kelantan, PAS tidak pernah mendiskriminasi mana-mana pihak, bangsa, kaum mahupun agama.

PAS mendokong sistem raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, menerima kepelbagaian budaya dan kaum serta tidak pernah menafikan hak mahupun keperluan orang bukan Islam mengamalkan agama dan budaya masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Sekali lagi jelas ia adalah tohmahan terhadap PAS dengan mereka cereka yang tidak benar dengan tujuan untuk memburuk-burukkan PAS.

Dua modul kerajaan

Bagaimana boleh di tafsir atau dikatakan Taliban mengamalkan dua modul kerajaan sedangkan ia kabur dan menjadi kemusykilan dari mana sumber yang diambil? Walaupun ketika pemerintahan Taliban di Afghanistan terdapat struktur pemerintahan seperti menteri dan sebagainya, jelas sama sekali ia jauh berlawanan dengan sikap, pegangan serta dokongan PAS terhadap sistem pemerintahan dan Perlembagaan Negara.

Apa pun ingin digambarkan terhadap Taliban, ia langsung tiada bersamaan dengan apa yang ada mahupun akan berlaku di Malaysia. Maka gambaran bahawa PAS mengamalkan dua modul kerajaan atau mahu mengamalkannya adalah dusta semata-mata.

Digambarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bahawa Taliban ataupun pemerintahan Khalifah Islam zaman dahulu 'menginstitusi pembunuhan' hingga yang melawan arus di hukum bughah, adakah ia benar ataupun khabar dusta semata-mata?

Taliban biarlah, itu soal dia dan langsung tiada kaitan namun bila menyentuh sistem Khalifah Islam terdahulu, pihak yang tidak bertanggungjawab mungkin lupa atau pun buta sejarah barangkali. Mereka lupa Kerajaan Rom, Kerajaan Byzantine dan lain-lain kerajaan besar dahulu, apakah yang mereka lakukan jika ada negeri, kumpulan atau orang perseorangan yang berpaling tadah dari mereka, tidakkah di takrif derhaka dan di hukum bunuh serta di perangi?

Buta penglihatan tidak mengapa namun buta hati sedikit pun tidak berguna!

Bukan Islam hanya eksekutif

Sekali lagi bagaimana pihak-pihak ini mengetahui bahawa Taliban meminggirkan bukan Islam ketika memerintah Afghanistan lalu membuat persamaan terhadap PAS? Jika tidak di teliti, kita akan terpedaya selama-lamanya.

Di Afghanistan 99 peratus penduduknya beragama Islam, namun ada juga kajian yang dijalankan mendapati hampir keseluruhan penduduk Aghanistan beragama Islam. Etnik Pashtun adalah kaum majoriti di Afghanistan sebanyak 43 peratus, di ikuti oleh Tajik sebanyak 27 peratus, Uzbek 9 peratus, Hazara 8 peratus, Aimaq 4 peratus, Turkmen 3 peratus dan lain-lain etnik 5 peratus.

Hampir 84 peratus bermazhab Sunni dan 15 peratus bermazhab Syiah. Hanya terdapat sebilangan kecil sahaja Yahudi, Sikh, Parsi dan Hindu di bandar terutamanya Kabul dan Kandahar. Sekali lagi perlu di ketahui bagaimana sosio politik Afghanistan berpaksi sejak dahulu serta peranan Loya Jirga dalam struktur masyarakat Afghanistan yang menjadi pegangan majoriti rakyat Afghanistan sehingga kini.

Loya Jirga ialah sistem diguna pakai di Afghanistan sejak tahun 1747 untuk memerintah di mana ketika itu semua etnik dan puak yang ada di Afghanistan berkumpul di Kandahar untuk melantik seorang Raja. Loya Jirga atau 'Grand Council' ialah sistem di mana semua etnik dan puak menghantar wakil untuk menduduki Loya Jirga yang mana terdapat hampir 2500 wakil dari 17 daerah.

Jika dikaji daripada maklumat di atas, kita akan menjadi musykil bagaimana dikata bukan Islam di Afghanistan dipinggirkan ketika Taliban memerintah. Kerana adapun Taliban memerintah dengan seorang pemerintah mutlak atau mengikut sistem Loya Jirga yang mendominasi Aghanistan sejak sekian lama, kita dapati memang tidak akan ada bukan Islam dalam pemerintahan Afghanistan. Baik Taliban atau bukan yang memerintah disebabkan struktur sosio politik Afghanistan itu sendiri.

Jadi bagaimana pihak-pihak tidak bertanggungjawab boleh membuat andaian salah mengenai Afghanistan tanpa mengetahui keadaan di Afghanistan dan sosio politik mereka? Lebih jijik, mereka membuat persamaan yang langsung tidak lojik dan masuk akal dengan PAS. Jelas sekali, ia muslihat dan tipu daya yang kotor untuk mendoktrin masyarakat dengan memburukkan PAS sedemikain rupa.

PAS pegang teguh Perlembagaan

Sekali lagi, PAS jelas berpegang teguh dengan Perlembagaan Persekutuan, berpegang kepada sistem Demokrasi Berparlimen serta Raja Berperlembagaan. PAS sejak awal lagi menyertai Pilihan Raya Umum sebelum wujud mana-mana parti 'pucuk muda' yang ada sekarang. Modul yang paling baik untuk dijadikan contoh ialah Kelantan yang sekian lama diperintah PAS.

Maka untuk mengaitkan PAS dengan gaya pemerintahan Taliban adalah sesuatu yang tidak masuk akal serta berniat jahat. Sudahlah berkaitan Taliban pun tidak betul dan benar, banyak persepsi dan rekaan dari fakta lalu mahu dikaitan PAS dengan cerita murah sebegitu, cukup sedih dengan permainan kotor pihak sebegitu.

Jika mahu menang pilihan raya dan mengalahkan parti lain, buatlah cara bermaruah dan profesional, bukan dengan cerita dongeng yang cukup murah dan tragis. Ia cukup melambangkan betapa ceteknya pemikiran mereka dan rendahnya mentaliti mereka, inikah orang-orang yang akan kita pilih untuk memimpin kita? Usah mudah tertipu, pilih pemimpin sebenar, bukan yang membuat cereka dan berpersepsi seburuk rupa kerana kelak kita dan negara binasa dan huru hara. -HARAKAHDAILY 7/2/2018

SYAIFUL HIZAM
Pemerhati Politik

_AC_

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/5198-musuh-talibankan-pas

SYAIFUL HIZAM  07 FEBRUARY 2018