Khamis, 15 Februari 2018

TIADA APA YG HENDAK DITAKUTKAN.

Wartawan bertanya saya, apakah gabungan TUN M dan DSAI menggerunkan PAS dan menyebabkan PAS rasa tergugat.

Saya ingin menjawapnya, bahawa kedua-duanya adakah bekas pemimpin UMNO yang sama tarafnya dgn DS Najib, cumanya DS Najib masih didalam UMNO dan TUN M keluar dari UMNO kerana tak puas hati dengan DS Najib sementara DSAI pula terkeluar dari UMNO dan tubuhkan PKR setelah dipecat sebagai TPM terpalit isu liwat yang didakwa oleh TUN M.

Tapi kini sedikit perbezaan, DS Najib masih UMNO, Tun M dah tubuh PPBM dan DSAI tubuh PKR, ketiga-tiga mereka berada didalam parti yang berlainan namun walaupun mereka berlainan parti masih ada juga yang tetap serupa seperti dulu iaitu ketiga-tiga parti ini menyerang PAS.

PAS tidak pernah tunduk, berpulas kaki pun PAS tetap melawan, meniarap makan pasir, terlentang minum embun sekalipun PAS tetap akan bertanding menentang mereka, tiada siapa yang digerunkan oleh PAS kerana PAS berjuang diatas dasar Islam yang meletakkan Allah swt sebagai tempat diletakkan ketakutan mengatasi sesuatu yang lain.

Kalau sekiranya DS Najib, TUN M dan DSAI bergabung sekalipun PAS tetap akan melawan juga, masa TUN M jadi PM, PAS dah lawan dia, masa DSAI jadi TPM pun PAS lawan dia juga sebagaimana PAS lawan DS Najib sekarang ini.

Jika diwaktu mereka bertaring kuasa pun PAS menentang mereka, apatah lagi kini mereka setaraf sahaja dengan PAS berada di blok pembangkang, kerana PAS tidak takut lah PAS tidak bersama PH dan BN dan berada diblok ketiga, kerana PAS tidak takut, PAS akan bertanding di Permatang Pauh dan juga Pekan, keduanya di katakan sebagai kubu PH dan BN.

Apakah PAS tergugat?, UMNO sejak tahun 1951 lagi mengerjakan PAS, macam2 fitnah dan strategi digunakan, PH sejak berpecah cuba menanamkan persepsi buruk terhadap PAS, mereka tuduh PAS nak UG ngan UMNO, fitnah PAS ambil duit 90 juta dari Najib dan bermacam lagi bahasa najis yang dilontarkan untuk membusukkan PAS.

Senario yang ada hari ini adalah jawapannya, ratusan ribu manusia yang cintakan PAS berhimpun di himpunan Fastaqim di Terengganu, diikuti dengan belasan dan puluhan ribu dihimpunan Fastaqim peringkat Negeri2, PAS tetap mendapat sokongan dari rakyat Malaysia, malahan keahlian baru bertambah mendadak, sejak januari hingga november 2017 mencecah seramai 38,949 keahlian baru tidak termasuk disember 2017 dan januari 2018.

PAS bukan sahaja tidak tergugat, malahan terus melangkah gagah, membawa gagasan budaya politik matang dan sejahtera, mendidik masyarakat dengan Islam, terus berjuang dan terus berdakwah dengan keyakinan bahawa siapa yang berpegang dengan Islam pasti akan mencapai kemenangan disuatu masa yang selayaknya dan dijanjikan oleh Allah swt.

ROSLI ABDUL JABAR
TANJUNG LUMPUR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan