Jumaat, 2 Februari 2018

Hebat Paluan Husam Kepada PM

SUBKY LATIF  02 FEBRUARY 2018

HEBAT hebat dan tepat pukulan Datuk Husam Musa ke batang hidung Perdana Menteri Najib yang membangkitkan betapa gaji kaki tangan Kerajaan Kelantan bergantung atas bantuan Kerajaan Persekutuan.

Husam bukan lagi sebahagian dari Kerajaan Kelantan, bahkan bukan lagi parti yang memerintah Kelantan iaitu PAS, atas sifatsnya rakyat Kelantan tidak dapat membiarkan apabila Kelantan ditempelak oleh Perdana Menteri Najib sedemikan.

Kerajaan Pusat yang tanggungjawabnya di bawah konsep persekutuan/federalisma, memayungi negeri dan kerajaan negeri termasuk Kelantan wajar menampung sebarang kekurangan yang terdapat di negeri-negeri.

Tanggungjawab dan beban Kerajaan Pusat itu bukanlah atas permintaan Kelantan, tetapi Kerajaan Pusat sendiri ketika menandatangani perjanjiian memasukkan Kelantan dalam gagasan persekutuan bersetuju untuk menerima tanggungjawab melindungi negeri-nengeri dan kerajaan yang bersekutu dengannya.

Dan jika Kerajaan Pusat berhalangan untuk memikul tanggungjawab itu, maka ia boleh keluarkan Kelantan dari Malaysia atau pada pembentukan Kerajaan Persekutuan dulu, ia boleh tolak Kelantan menyertainya.

Apabila seorang anak jantan bersedia kahwin dengan mana-mana anak dara, maka dia mesti bersedia menanggung nafkah lahir dan batin isterinya. Tidak sekadar nikah tetapi nafkahnya tangungjawab bapa dan ibu mertua. Jika Kerajaan Pusat hendak menjadi bapa yang memayungi Kelanan, maka ia jangan takwil kekurangan yang ada di Kelantan.

Husam telah ajar Perdana Menteri Najib dalamfacebooknya atas tempelak Najib itu sekalipun Najib bergurau. Husam telah beri jawapan yang tepat seperti yang PAS patut buat. Jika PAS beri reaksi atas kenyataan tidak senonoh PM itu memang PAS dan Kerajaan Kelantan wajar nyatakan reaksinya. Dan Husam telah ambil peranan yang tepat dan hebat pukul batang hidung Perdana Menteri.

Tempelak Najib itu menghina kedaulatan Kelantan dan rakyatnya, yang Husam dipercayai sebagai rakyat tersinggung. Bukan rakyat yang bersama PAS dan Husam saja rasa tersinggung, Datuk Mustafa Mohamad yang hendak sangat jadi Menteri Besar Kelantan selepas PRU14 ini juga patut terhina dengan ungkit Najib itu.

Jika Mustapa ada rasa bangga sebagai rakyat Kelantan, dia patut jawab seperti yang Husam buat jika dia bukan seorang yang tidak pemalu.

Pada saya Husam buat sepatutnya dan PAS patut suka dengan apa yang dia kata itu. Sepatutnya Husam tidak perlu keluarkan dirinya dari PAS dalam politik di negeri itu.

Dia adalah antara orang berfikiran bergeliga pernah ada dalam PAS tetapi dia memilih jalan untuk tidak bersama PAS, suatu kejadian yang saya amat pilu.

Dan agak saya reaksi Husam sedemikian sebagai usahanya supaya PAS tidak campur BN dalam PRU nanti. Dan yang bimbangkan PAS hendak bersama BN/Umno itu satu sangkaan.

Adapun gaji kaki tangan kerajaan Kelantan itu dipercayai boleh Kerajaan Kelantan tangani jika Kerajaan Pusat tidak curi royalti petrol dan gas yang Petronas kendali. Jika pusat tidak amalkan pencurian, Kelantan mungkin sudah lama berdikari.

Bahkan Najib telah gunakan sebahagian dari hasil yang dicukai dari Kelantan dan royaltinya untuk tampung sebahagian dari keperluan Kerajaan Pusat.

Jika Pusat tidak mahu ambil lagi tanggungjawab atas Kelantan, merdekakan ia seperti ia pernah memerdekakan Singapura, dan dengan minyak diperairannya, biar Kelantan sendiri terokai.

Dan yang bongkar Pusat curi minyak Kelantan itu adalah Husam juga. Yang elok padanya wajar dihargai. Dia suruh PAS keluarkan dia, yang tidak eloknya.

_AC_

Tiada ulasan:

Catat Ulasan