Rabu, 3 Februari 2021

Allah Tempat Bergantung bukan kepada manusia

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hanya orang Mukmin yang sebenar itu apabila disebut saja nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibaca ayat al-Quran, be  nrtambahlah keimanan mereka dan hanya kepada Allah sajalah mereka menyerah diri.” (Surah al-Anfal, ayat 2)

Kita hendaklah menaruh sandaran kepada Allah kerana harapan dan sandaran kepada Yang Maha Esa pastinya akan membuahkan rasa cinta kasih kepada allah tanpa berbelah bagi. Cinta kepada Allah akan membina ketaatan kepadanya dalam apa jua bentuk dan keadaan. Orang yang bergantung kepada Allah akan memusatkan perhatian dan focus terhadap kebaikan yang diperolehi. Sebaliknya jika apa yang dihajati tidak termakbul, mereka akan juga merasa bersyukur dan berlapang dada menerima ketentuan sebagai takdir yang terbaik Allah susun diri kita untuk sebuah kehidupan yang bukan sementara ini. Jika kita menanam keyakinan yang tinggi hanya kerana Allah nescaya kita akan sangat bahagia kerana setiap yang kita kerjakan dalam dunia bukan dilakukan untuk pandangan dan perhatian manusia semata-mata tetapi untuk mendapat redha Allah di dunia dan akhirat.

Begitu juga jika kita hanya menaruh keyakinan bahawa hanya Allah sahaja tempat untuk kita menaruh harapan, nescaya perasaan kita akan bebas dari segala penyakit mazmumah. Sebagai contoh, kita mengimpikan untuk memperolehi jawatan tinggi dalam pekerjaan, jika kita hanya melobi ketua dan melakukan pekerjaan hanya mahukan pengiktirafan, sebaliknya kita gagal terhadap jawatan berkenaan, pastinya kita akan terluka, kecewa dan marah kepada majikan kerana tidak menaikkan pangkat kita. Tetapi jika kita ikhlas melihat pekerjaan sebagai satu ibadah, bekerja sebagai amanah, kita akan berlapang dada menerima setiap rezeki yang Allah tentukan. Malah orang yang bergantung kepada Allah juga akan dapat membina peribadi tertinggi kerana jika kita yakin rezeki itu milik Allah dan hanya allah sahaja yang memberinya, kita tidak akan nada sifat dengki, khianat, menjatuhkan orang lain, menipu dan akhlak buruk lain yang sebenarnya perangai buruk ini akan hanya memakan diri sendiri.

Manusia adalah makhluk yang lemah, yang tentunya tidak punya daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Allah berfirman :

وَخُلِقَ ٱلۡإِنسَـٰنُ ضَعِيفً۬ا

"Dan manusia dijadikan bersifat lemah.” (Surah An-Nisa’ : 28)

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡغَنِىُّ ٱلۡحَمِيدُ

“Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.” (Surah Al-Fathir : 15)

Selayaknya manusia sentiasa menggantungkan harapan, cita-cita serta kebergantungannya kepada Allah. Dan kita lebih mengetahui di antara nama Allah adalah As-Somad. Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Utsaimin Rahimahullahu berkata : As-Somad adalah Zat yang sempurna sifat-sifat-Nya yang semua makhluk selalu memerlukanNya.

Oleh kerana itulah Allah memerintahkan kita untuk bertawakkal kepada-Nya sahaja. Allah berfirman :

وَتَوَڪَّلۡ عَلَى ٱلۡحَىِّ ٱلَّذِى لَا يَمُوتُ

“Dan bertawakkallah kepada Allah yang hidup (kekal) yang tidak mati.” (Surah Al-Furqan : 58)

Definisi TAWAKKAL

Imam Ibnu Rajab Rahimahullahu berkata tentang definisi tawakkal :

صدق اعتماد القلب على اللّه تعالى في استجلاب المصالح ودفع المضار من أمور الدنيا والآخرة

Tawakkal adalah kejujuran hati dalam bergantung/bersandar kepada Allah dalam meraih kebaikan dan menjauhkan diri dari kemudharatan dalam urusan dunia maupun akhirat.

Imam Al-Jurjaani berkata tentang makna tawakkal :

التوكل هو الثقة بما عند اللّه، واليأس عما في أيدي الناس

Tawakkal adalah merasa yakin dengan kekuasaan Allah dan tidak bergantung kepada manusia.

Keutamaan orang yang bertawakkal

Allah dan Rasul-Nya telah banyak menjanjikan kepada orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya pelbagai macam keutamaan dan pahala. Diantaranya :

1. Meraih pertolongan Allah

Allah berfirman:

إِن يَنصُرۡكُمُ ٱللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمۡ‌ۖ وَإِن يَخۡذُلۡكُمۡ فَمَن ذَا ٱلَّذِى يَنصُرُكُم مِّنۢ بَعۡدِهِۦ‌ۗ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَكَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ

“Jika Allah menolong kamu, Maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), Maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.”
(Surah Ali Imran : 160)

Syaikh Abdurrahman As-Sa’di Rahimahullahu berkata: Ayat ini mengandungi perintah untuk memohon pertolongan kepada Allah serta bergantung kepada-Nya dan tidak bersandar kepada diri sendiri. Oleh kerana itu Allah berfirman “kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal”. Dan ketika Allah mendahulukan kata-kata “hendaklah kepada Allah” ini menunjukkan tawakkal harus kepada Allah saja dan tidak kepada yang lain.

Kerana Allah lah satu-satunya Zat yang boleh menolong kita. Bergantung kepada Allah adalah bentuk tauhid yang akan melorongkan kita kepada tujuan yang benar. Sedangkan kebergantungan kepada selain-Nya itu adalah syirik yang tidak bermanfaat bagi pelakunya bahkan bermudharat sebenarnya. Dan di dalam ayat ini ada perintah untuk bertawakkal kepada Allah sahaja. Sejajar dengan kadar keimanan seorang hamba itulah tingkat tawakkalnya kepada Allah.

2. Mendapat petunjuk, kecukupan dan penjagaan dari Allah dari gangguan syaitan.

Allah berfirman : إِنَّهُ ۥ لَيۡسَ لَهُ ۥ سُلۡطَـٰنٌ عَلَى ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَڪَّلُونَ

“Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya.”
(Surah An-Nahl : 99)

Syeikh Abdurrahman As-Sa’di rahimahullahu berkata : Allah menjauhkan kejelekan syaitan dari orang-orang beriman yang bertawakkal kepada-Nya. Hingga tidak tersisa sedikitpun jalan bagi syaitan.

Nabi SAW bersabda :

إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ قَالَ يُقَالُ حِينَئِذٍ هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِيَ وَكُفِيَ وَوُقِيَ

Apabila seseorang akan keluar dari rumahnya lalu dia mengucapkan :

“بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ”

Dengan menyebut nama, aku bertawakkal kepada Allah. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah) maka dikatakan kepadanya saat itu : engkau telah mendapat petunjuk, engkau telah dilindungi dan engkau telah dicukupi. Syaitan-Syaitan pun akan menjauhinya, dan syaitan yang lain akan berkata kepada temannya : bagaimana mungkin engkau bolehDr mengganggu orang itu sedangkan dia telah mendapat petunjuk, kecukupan dan perlindungan. (Hadith Riwayat Tirmidzi)

3. Menggapai kecintaan Allah

Allah berfirman:

فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ

"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.”
(Surah Ali Imran : 159)

4. Memperoleh rezeki dari Allah

Rasulullah SAW bersabda:

لو أنكم توكلتم على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير تغدو خماصاً وتروح بطاناً

Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal maka Allah akan menganugerahkan kepada kalian rezeki sebagaimana Allah memberi rezeki kepada seekor burung. Dia terbang pagi hari dalam keadaan lapar dan petang hari datang dalam keadaan kenyang. (Hadith Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)

5. Mencapai syurga Allah

Allah berfirman:

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُبَوِّئَنَّهُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ غُرَفً۬ا تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا‌ۚ نِعۡمَ أَجۡرُ ٱلۡعَـٰمِلِينَ (٥٨) ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَعَلَىٰ رَبِّہِمۡ يَتَوَكَّلُونَ (٥٩)

“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, Sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang Tinggi di dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah Sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal, (iaitu) yang bersabar dan bertawakkal kepada Tuhannya.”
(Surah Al-Ankabut : 58-59)

Syeikh Abdurrahman As-Sa’di Rahimahullahu berkata : Tawakkalnya mereka mengharuskan mereka untuk sangat bergantung kepada Allah serta berbaik sangka kepada Allah untuk merealisasikan cita-cita mereka serta menyempurnakan usaha mereka.

Rasulullah SAW bersabda ketika menghuraikan tentang orang-orang yang masuk syurga tanpa hisab tanpa azab: (iaitu) orang-orang yang tidak meminta untuk diruqyah, tidak menjalankan pengubatan dengan besi panas, tidak mengganggap sial sesuatu dan mereka bertawakkal kepada Allah. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sememangnya benar keutamaan dan pahala yang luas bagi mereka yang selalu bergantung kepada Allah di kala suka mahu pun duka dan tidak bergantung kepada manusia. Apatah lagi Rasulullah pernah berwasiat :

إِذَا قُمْتَ فِي صَلَاتِكَ فَصَلِّ صَلَاةَ مُوَدِّعٍ، وَلَا تَكَلَّمْ بِكَلَامٍ تَعْتَذِرُ مِنْهُ غَدًا، وَأَجْمِعِ اليَأسَ مِمَّا فِي يَدَيِ النَّاسِ

Apabila engkau solat maka solatlah seolah-olah solat perpisahan dan jangan mengucapkan ucapan yang esok hari engkau akan menyesalinya dan jangan bergantung kepada manusia. (Hadith Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Syeikh Abdurrazzaq bin Abdul Muhsin Al-‘Abbad Al-Badr hafidzahullahu berkata :

فيها دعوةٌ إلى القناعة، وتعليق القلب بالله وحده، واليأس تمامًا ممَّا في أيدي النَّاس، قال: «وَأَجْمِعِ اليَأسَ مِمَّا فِي يَدَيِ النَّاس»؛ أي أجمِع قلبَك، واعزِم وصمِّم في فؤادك على اليأس من كلِّ شيءٍ في يد النَّاس؛ فلا تَرْجُه من جهتهم، وليكن رجاؤُك كلُّه بالله وحده ـ جلَّ وعلا ـ، وكما أنَّك بلسان مقالك لا تسأل إلَّا الله، ولا تطلب إلَّا من الله؛ فعليك كذلك بلسانِ حالك أن لا ترجو إلَّا الله، وأن تيأس من كلِّ أحدٍ إلَّا من الله، فتقطع الرَّجاءَ من كلِّ النَّاس، ويكون رجاؤك بالله وحدَه، والصَّلاة صلةٌ بينك وبين ربِّك؛ ففيها أكبرُ عونٍ لك على تحقيق هذا المطلب.
ومَن كان يائسًا ممَّا في أيدي النَّاس عاش حياتَه مهيبًا عزيزًا، ومَن كان قلبه معلَّقًا بما في أيدي النَّاس عاش حياته مهينًا ذليلًا، ومَن كان قلبه معلَّقًا بالله لا يرجو إلَّا الله، ولا يطلب حاجته إلَّا من الله، ولا يتوكَّل إلَّا على الله كفاه اللهُ عز وجل في دنياه وأخراه، والله جلَّ وعلا يقول: (أَلَيْسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُ)[سورة الزمر : 36]، ويقول ـ جلَّ وعلا ـ: (وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ)[سورة الطلاق : ، والتَّوفيق بيد الله وحده لا شريك له.

Di dalam hadith di atas terdapat seruan untuk qana’ah dan menggantungkan hati hanya kepada Allah semata-mata serta betul-betul tidak berharap kepada manusia. Makna “jangan berharap kepada manusia” kumpulkan hati dan tanamkan di dalamnya untuk berputus asa dari apa yang ada di tangan manusia. Jangan berharap dari mereka, namun gantungkan semua harapanmu kepada Allah semata.
Sebagaimana engkau dengan lisanmu tidak meminta melainkan hanya kepada Allah, tidak memohon kecuali hanya kepada-Nya. Maka wajib bagimu untuk tidak berharap kecuali hanya kepada Allah dan engkau berputus asa dari semua (pertolongan) siapapun kecuali pertolongan Allah. Engkau hilangkan rasa berharap dari semua manusia hingga tidak tersisa kecuali harapan kepada Allah semata. Dan solat merupakan bentuk ikatan antara dirimu dengan Allah semata. Solat dapat membantu kita dalam meraih jalan tawakkal ini. Orang yang tidak berharap kepada manusia maka dia akan hidup dengan lebih terhormat dan berwibawa. Namun barangsiapa yang hidup selalu bergantung kepada manusia maka dia hidup dalam kehinaan dan kerendahan.

Barangsiapa yang hatinya selalu bergantung kepada Allah, tidak berharap melainkan hanya kepada Allah, tidak memerlukan kecuali pertolongan Allah, dia bertawakkal hanya kepada Allah maka Allah akan mencukupi keperluannya di dunia maupun di akhirat.

Allah berfirman :

أَلَيۡسَ ٱللَّهُ بِكَافٍ عَبۡدَهُ

“Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hamba-Nya.”(Surah Az-Zumar : 36)

Allah juga berfirman :

وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ

“Dan Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.”
(Surah Ath-Thalaq : 3)

Hanya Allah sahaja yang dapat memberikan taufik, tidak ada sekutu bagi-Nya.

Mengapa kita berharap kepada manusia sedangkan manusia itu sampai ketikanya akan mati?

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَ‌ۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sesungguhnya ia telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
(Surah Ali Imran : 185)

Maka bertawakkallah dan berharaplah kepada Zat Yang Maha Hidup yang tidak akan pernah mati.

Allah berfirman :

وَتَوَڪَّلۡ عَلَى ٱلۡحَىِّ ٱلَّذِى لَا يَمُوتُ

“Dan bertawakkallah kepada Allah yang hidup (kekal) yang tidak mati.”
(Surah Al-Furqan : 58)

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب

“Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.” (Surah Asy-Syarh : 8)

Mengapa kita bergantung kepada manusia sedangkan manusia itu lemah tidak memiliki daya dan kekuatan?

Allah berfirman :

وَخُلِقَ ٱلۡإِنسَـٰنُ ضَعِيفً۬ا

“Dan manusia dijadikan bersifat lemah.”
(Surah An-Nisa’ : 28)

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡغَنِىُّ ٱلۡحَمِيدُ

“Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah ; dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.”
(Surah Fathir : 15)

لا حول ولا قوة إلا بالله

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Mengapa kita bersandar kepada manusia sedangkan manusia itu boleh berubah? Mungkin dulu cinta sekarang benci, dulu memuji sekarang membenci. Hal ini mengingatkan kita kepada kisah seorang sahabat Rasul iaitu Abdullah bin Salaam.

Sebelum masuk Islam, beliau dicintai dan di label tokoh hebat oleh orang Yahudi. Namun ketika beliau masuk Islam maka orang-orang Yahudi langsung membenci dan mencaci makinya. Demikian juga di zaman ini, ketika ada orang yang mengamalkan sunnah Rasul terkadang terjadi perubahan drastik pada diri sebahagian orang. Pujian jadi cacian, cinta jadi benci sebagaimana perangai orang Yahudi.
Na’udzu billahi min dzalik.

Mengapa kita bergantung kepada manusia sedangkan ada manusia yang memiliki sifat seperti musang berbulu ayam yang bermuka dua yang mirip orang munafik? Di depan kelihatan baik namun menikam dari belakang. Di depan kata-katanya indah dan manis namun dibelakang, dia mengutuk dan menfitnah. Di depan seolah dia membantu, namun di belakang dialah musuh dalam selimut.

Allah berfirman :

وَإِذَا لَقُواْ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ إِلَىٰ شَيَـٰطِينِهِمۡ قَالُوٓاْ إِنَّا مَعَكُمۡ إِنَّمَا نَحۡنُ مُسۡتَہۡزِءُونَ (١٤) ٱللَّهُ يَسۡتَہۡزِئُ بِہِمۡ وَيَمُدُّهُمۡ فِى طُغۡيَـٰنِهِمۡ يَعۡمَهُونَ (١٥)

“Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan : “Kami telah beriman”. dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan :

“Sesungguhnya Kami sependirian dengan kamu, Kami hanyalah berpura-pura” Allah akan (membalas) kepura-puraan mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan mereka.”
(Surah Al-Baqarah : 14-15)

Rasulullah SAW bersabda :

وتجدون شر الناس ذا الوجهين الذي يأتي هؤلاء بوجه وهؤلاء بوجه

Dan engkau dapati manusia yang paling jahat adalah manusia bermuka dua. Dia mendatangi manusia dengan wajah ini dan mendatangi mereka dengan wajah yang lain lagi. (Hadith Riwayat Bukhari)
Baginda juga bersabda :

مَنْ كَانَ لَهُ وَجْهَانِ فِي الدُّنْيَا كَانَ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لِسَانَانِ مِنْ نَارٍ

Barangsiapa yang bermuka dua di dunia maka dia akan berlidah dua dari api di hari kiamat. (Hadith Riwayat Abu Daud)

Mengapa kita bergantung kepada manusia sedangkan mereka terkadang hanya berteman dikala suka dan lari dikala duka?

Sebahagian orang mendekati dikala ada keperluan tapi setelah selesai maka dia berkata : Selamat tinggal sahabat. Sebahagian orang bersahabat ketika seseorang itu memiliki banyak harta dan kedudukan. Tapi menjauhi dikala harta dan kedudukan itu mulai menjauh. Ada gula ada semut, susu dibalas dengan tuba, mungkin inilah peribahasa yang sesuai dengan mereka. Dan sungguh indah ungkapan seorang penyair arab :

إذا قل مالي فلا خل يصاحبني وفي الزيادة كل الناس خلاني
كم من عدو لأجل المال صادقني وكم من صديق لفقد المال عاداني

Apabila sedikit hartaku tidak ada yang berteman denganku
Namun ketika bertambah banyak hartaku semua orang berteman denganku
Berapa banyak musuh kerana harta mahu berteman denganku
Dan berapa banyak teman kerana harta memusuhiku

Penyair yang lain berkata :

يا أخي أين عهد ذاك الإخاء……أين ما كان بيننا من صفاء ؟
أين مصداق شاهد كان يحكي….أنك المخلص الصحيح الإخاء
كشفت منك حاجتي هفوات…….غطيت برهة بحسن اللقاء
تركتني ولم أكن سئ الظن……أسئ الظنون بالأصدقاء
يا أخي ، هبك لم تهب لي من…..سعيك حظا كسائر البخلاء
أفلا كان منك رد جميل……..فيه للنفس راحة من عناء

Wahai saudaraku, dimanakah janji persaudaraan itu? Dimanakah hubungan baik kita selama ini?
Dimanakah bukti yang boleh menjadi saksi yang mengkisahkan bahawa engkau adalah sahabat sejati?
Setelah sekian lama, baru terungkap kejahatanmu yang ditutupi oleh senyum manismu disaat aku memerlukanmu.

Engkau tinggalkan aku (dikala duka), dan dulu aku tidak pernah berburuk sangka kepada sahabat-sahabatku.

Wahai saudaraku, andaikata engkau tidak boleh memberiku (harta) sebagaimana orang-orang bakhil itu.
Apakah engkau tidak boleh berkata yang indah yang dapat menenangkan jiwaku?

Penyair yang lain berkata :

أعلمه الرماية كل يوم فلما اشتد ساعده رماني
وكم علمته نظم القوافي فلما صار ناشده هجاني

Aku mengajarnya memanah setiap hari
Ketika kuat dia memanahku
Berapa banyak aku mengajarnya bersyair
Ketika dia pandai bersyair dia mengejekku

Penyair lain berkata :

إذا أنت أكرمت الكريم ملكته وإذا أنت أكرمت اللئيم تمردا

Jika engkau memuliakan orang baik maka dia akan membalas budimu
Dan apabila engkau memuliakan orang jahat maka dia akan derhaka kepadamu

Maka cukuplah Allah sebagai tempat curahan hati kita :

قَالَ إِنَّمَآ أَشۡكُواْ بَثِّى وَحُزۡنِىٓ إِلَى ٱللَّهِ وَأَعۡلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

“Yaakub menjawab : “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya.”
(Surah Yusuf : 86)

وَإِن يَمۡسَسۡكَ ٱللَّهُ بِضُرٍّ۬ فَلَا ڪَاشِفَ لَهُ ۥۤ إِلَّا هُوَ‌ۖ وَإِن يَمۡسَسۡكَ بِخَيۡرٍ۬ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬

“Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, Maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, Maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
(Surah Al-An’aam : 17)

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِى ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُ‌ۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُ‌ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬

“Katakanlah : “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
(Surah Ali Imran : 26)

Rasulullah SAW pernah berwasiat :

احفظ الله يحفظك احفظ الله تجده تجاهك إذا سألت فاسال الله وإذا استعنت فاستعن بالله واعلم أن الأمة لم اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك وان اجتمعوا على أن يضروك بشيء لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك رفعت الأقلام وجفت الصحف

Jagalah (agama) Allah pasti Allah akan menjagamu. Jagalah (agama) Allah pasti Allah akan selalu menolongmu. Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah. Jika engkau memohon pertolongan mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahwa seandainya seluruh manusia berkumpul untuk memberikanmu kebaikan, mereka tidak dapat memberimu kebaikan melainkan yang telah Allah takdirkan untukmu. Dan seandainya mereka semua berkumpul untuk memudharatkan dirimu, mereka tidak akan dapat memudharatkan dirimu melainkan yang telah Allah takdirkan atasmu. Telah diangkat tulisan-tulisan takdir dan telah kering lembaran-lembaran takdir. (Hadith Riwayat Tirmidzi)

Wallahu'alam
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail @ Syamsul Debat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan