Nasruddin Tantawi:Perjuangan Islam
Meniti perjalanan perjuangan memerlukan
ketekunan, kesabaran dan segala macam sifat2 positif yang lain. Begitu
juga dalam perjuangan meniti arus pemerintah dan rakyat masa kini
cabaran semakin kuat.
Dugaan demi dugaan semakin memerlukan kematangan insan untuk terus matang dalam perjuangan
Organisasi Islam juga perlu mantap dalam
menghadapi pemikiran masyarakat kini. Kematangan dalam menjalankan tugas
dan tanggungjawab sangat penting kerana sesungguhnya kepimpinan yang
adil, telus , wibawa dan ikhlas bekerja inilah yang sangat2 dinantikan
dan diperhatikan bagi mendapatkan sokongan.
Tidak semudah yang disangkakan. Maka
dengan itu, bilamana seseorang ahli memberikan pandangan dan teguran
seharusnya kita bersyukur kerana dengannya kita dapat menginsafi dan
mengkoreksi diri bahawa sesungguhnya kejayaan jemaah itu diutamakan
bukan hanya mementingkan diri sendiri. Semua insan tersedia EGO
masing-masing, namun sejauhmana sifat -ve ini dapat dijana dengan sebaik
mungkin dalam membina kekuatan berjemaah.
1. Niat kerana Allah SWT. Firman Allah SWT:
قل إن صلاتى ونسكى ومحياى ومماتى لله رب العالمين
Maksudnya: Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.( Al-An’aam 162 )

2. Sanggup berkorban.Samada harta, nyawa, masa dan tenaga. Firman Allah SWT:
تؤمنون بالله ورسوله وتجهدون فى سبيل الله بأموالكم وأنفسكم
Maksudnya: Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulnya serta kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan diri kamu.(As-Saff 11)
تؤمنون بالله ورسوله وتجهدون فى سبيل الله بأموالكم وأنفسكم
Maksudnya: Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulnya serta kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan diri kamu.(As-Saff 11)
3. Meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan peribadi. Sabda Nabi SAW :
عن أبى هريرة رضى الله عنه أن رسول الله (ص) قال: والذي نفسى بيده,
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.anhu bahawa RasuluLlah SAW bersabda: “Demi diriku yang berada di dalam genggamannya, tidaK sempurna iman seseorang kamu sehingga aku dikasihinya melebihi dari ibu bapanya dan anaknya.( H.R Bukhari)

4. Sentiasa beriltizam dan istiqamah dalam perjuangan. Firman Allah SWT:
فاستقم كما أمرت
Maksudnya:Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepada kamu.(Hud 112)
فاستقم كما أمرت
Maksudnya:Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepada kamu.(Hud 112)
5. Mempunyai personaliti diri sesuai dengan tuntutan islam. Sabda Nabi SAW:
عن أبى هريرة رضى الله عنه قال رسول الله (ص): المؤمن القوي خير
وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.anhu, RasuluLlah SAW bersabda: “ Mukmin yang kuat lebih baik dan disukai daripada mukmin yang lemah”. (H.R Muslim).

6. Mematuhi arahan. Mentaati arahan ketua untuk menjamin kekuatan dan kejayaan dalam setiap perjuangan. Firman Allah SWT:
أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم
Maksudnya: Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan kepada pemimpin dikalangan kamu. ( An-Nisaa’ 59 )
أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم
Maksudnya: Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan kepada pemimpin dikalangan kamu. ( An-Nisaa’ 59 )
7. Mempunyai semangat berpasukan. Firman Allah SWT:
إن الله يحب الذين يقاتلون فى سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص
Maksudnya:Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh. (As-Saff 4)

8. Bersabar dan berdisiplin dalam perjuangan. Firman Allah SWT:
واصبر على ما أصابك إن ذلك من عزم الأمور
Maksudnya: “Dan bersabarlah di atas bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.(Luqman 17).
(petikan pena : Blog Ust Fadli Ibrahim)

Hakikat kesalahan kita perlu diterima dan
tekanan buat insan lain seharusnya dengan ertikata berkerjasama.
Sokongan dan kemenangan akan hadir bilamana jemaah bersatu berorganisasi
menjalankan tugas. Jika idea kita diterima dan ditolak maka seharusnya
kita terus bersama berjuang, bukan bermuka masam.
Alhamdulillah jemaah Islam negara kita
semakin matang untuk berusaha kearah kemenangan. Demi bermatlamatkan
kemenangan wadah Islam menerusi tahalus siasi. Jom ke masjid… tuntut
Ilmu dan berjemaah saban hari.
Sumber: paspasirsalak.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan