Melayu : Sokonglah Perjuangan Islam
Yb. Datuk Seri Tuan Guru Presiden yang
mewajibkan orang-orang Melayu memberi sokongan dan mengukuhkan PAS
dalam Pakatan Rakyat jika selama ini mereka diselubungi rasa bimbang
kedudukan dan masa depan orang Melayu hasil momokan UMNO dan BN.
1.
Secara umumnya , Melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam .
Islam pula adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh ummatnya bersatu
padu dan jangan berpecah belah . Antaranya apa yang difirmankan oleh
Allah swt di dalam surah Aali Imran ayat 103 - 105 .
"dan berpegang teguhlah kamu
dengan Tali Allah [ Islam ] dan janganlah kamu berpecah belah dan
ingatlah nikmat Allah swt kepada kamu ketika kamu bermusuh - musuhan
lalu Allah menyatukan diantara hati kamu [ sehingga kamu bersatu dengan
nikmat Islam ] , maka jadilah kamu dengan nikmat Allah swt itu
bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah
menyelamatkan kamu dari neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan
kepada kamu ayat - ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjukNya .
dan hendaklah ada diantara kamu
satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan , menegakkan yang makruf [
syariat ] dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang
beroleh kejayaan .
dan janganlah kamu menjadi
seperti orang - orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang
kepada mereka keterangan - keterangan yang jelas nyata. mereka yang
bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar .
2. Mengambil iktibar dari ayat
di atas , kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berjuang,
berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah [ Islam ] yang kukuh
dan utuh . Tanpanya ummat akan binasa . Justeru itu saya tidak nampak
sebab kenapa orang melayu yang rata - ratanya beragama Islam tidak boleh
berjuang dan bersatu di atas nama Islam dan memberi sokongan padu
kepada perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
3. Orang melayu mesti kembali
kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya . Tinggallah faham
nasionalis [ perkauman ] dan berhijrahlah jasad , pemikiran dan aqidah [
keyakinan ] kepada Islam agama yang dianuti bersama . Islamlah yang
menjadikan kita mulia dan hebat . Tanpa Islam maka apalah ertinya melayu
. Aslim Taslam [ Islamlah nescaya kamu selamat ]
4. Perjuangan yang dibina diatas
premis material , perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah
perjuangan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah swt tuhan yang
mencipta kita . Ambillah premis Islam sebagai asas perjuangan yang
dicari agar kita kukuh , hebat dan berdaulat serta Allah swt meredhai
kita . Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia sebaliknya hati
manusia hanya boleh diikat dengan Islam . Lihat bagaimana penegasan
Allah swt di dalam firmanNya [ surah al Anfaal. Ayat 64 ] :
dan dialah yang menyatupadukan
diantara hati - hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala harta
benda yang ada di bumi , nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan
diantara hati mereka . akan tetapi Allah swt telah menyatukan padukan
diantara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha bijaksana .
5. Islam tidak pernah menghalang
kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita malah Nabi saw juga sangat
menyintai bangsa dan bahasanya , namun apa yang penting ialah bangsa
dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama
yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi platform perjuangannya .
6. Negara kita Malaysia hanya
mempunyai sebuah platform atau parti [ PAS ] yang berjuang untuk
menegakkan Islam dan mendaulatkannya . Objektif perjuangannya adalah
untuk menegakkan keadilan , kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia
menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan . Tanpa saya
menafikan kebaikan orang lain , saya turut menyeru kepada seluruh ummat
melayu dalam negara ini , marilah kita bersama dan bersatu dengan
perjuangan Islam [ Tali Allah ] ini sebagai platform yang kukuh dan
diredhai oleh Allah swt . Ingatlah Firman Allah swt di dalam surah al
Baqarah Ayat 258 :
Tiada paksaan untuk menganut
agama Islam , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari
kesesatan . Oleh itu , sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan]
thaghut dan ia beriman pula kepada Allah swt , maka sesungguhnya ia
telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak
akan putus . dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .
7. Perjuangan ummat melayu yang
tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat
dan mungkar . Melanggar perintah Allah swt lalu terperangkap dalam
penyelewengan , penyalahgunaan kuasa serta penindasan ke atas golongan
yang lemah . Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan
pahala, mereka senantiasa dijurang kemurkaan Allah swt. Tanpa segan
silu dan rasa bersalah, mereka melakukan rasuah , berjudi , minum arak ,
mendedahkan aurat , bergaul bebas , berzina , menggelapkan wang , peras
ugut dan 1001 kefasadan .
8. Persoalannya kenapa susah
sangat kita orang melayu untuk kembali kepada Islam ? apakah kerena kita
meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi dari
wahyu Allah swt ? lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut ?
Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik
untuk ummat melayu , agar melayu menjadi hebat , mulia dan terpandang
maka satu - satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam.
9. Hari ini , ada orang
pertikaikan kemana hilangnya kuasa politik orang melayu ? bagaimana
nasib orang melayu yang kian terpinggir di kampung - kampung dan desa ?
kenapa melayu mesti bercakaran sesama sendiri ? apakah selamanya mereka
tidak boleh bersatu ? . Menjawab kepada semua persoalan itu , saya gesa
kepada seluruh pemimpin - pemimpin melayu khasnya supaya kembali kepada
ajaran dan amalan Islam , agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang
mempunyai Tuhan yang satu , Kitab yang satu , Nabi yang satu , Kiblat
yang satu .
10. Apabila ummat melayu bersatu
dan berjuang diatas premis yang kukuh ini iaitu Islam , maka perpaduan
dan perjangan itu menjadikan mereka kuat dan utuh . Mereka akan miliki
kuasa politik . Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan
takaaful yang disyariatkan oleh Islam . Mereka akan menjadi mulia dengan
kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka . Mereka akan bersatu
dan berdamai dengan plan ukhuwwah serta toleransi yang disyariatkan oleh
Islam . Ertinya Islam menjadikan melayu hebat dan mulia .
Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan