Dalam islam kepimpinan amat perlu dalam membina dan membangunkan
sesebuah organisasi atau persatuan. Gagal atau berjayanya sesebuah organisasi
itu banyak ditentukan oleh ciri-ciri dan gaya pemimpin organisasi berkenaan.
Firman Allah swt :
يدَاوُودُ
إِنَّا جَعَلْنَـكَ خَلِيفَةً فِى الاٌّرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ
وَلاَ تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ
يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدُ بِمَا نَسُواْ يَوْمَ
الْحِسَابِ
Bermaksud, “Hai
Daud!Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah
keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti
hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya
orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana
mereka melupakan hari perhitungan”. (Surah Shaad ayat 26.)
Kepimpinan dalam Islam merupakan amanah yang mesti
dilaksanakan untuk memastikan kesinambungan risalah yang dibawa oleh Rasulullah
SAW. Perkara ini pernah ditegaskan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat RA
ketika Abu Zar Al Ghaffari meminta jawatan, baginda SAW menjawab: " Wahai
Abu Zar..sesungguhnya ini amanah, engkau amat lemah, apabila engkau tidak
menunaikan haknya ia akan memberikan penghinaan kepadamu di akhirat
nanti.." (maksud Hadis).
Tindakan Saidina Abu Bakar apabila mendepani kewafatan Rasulullah SAW, tindakan utama yang dilakukan oleh beliau sebelum menguruskan jenazah baginda SAW ialah bermesyuarat untuk memilih Khalifah sebagai pengganti Rasulullah SAW.
PENGERTIAN
KEPIMPINAN
Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia,pengaruh, daya
tindakan serta penghalangnya kearah matlamat yang tertentu dengan cara yang
boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan. Hakikatnya kepimpinan
dalam islam adalah merealisasikan khilafah di muka bumi, demi mewujudkan
kebaikan dan prosses pembersihan sesebuah organisasi. Sebagaimana firman Allah
swt :
فَلاَ
وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ
لاَ يَجِدُواْ فِى أَنفُسِهِمْ حَرَجاً مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ
تَسْلِيماً
Bermaksud, “maka demi tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak
beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka
perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka
terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima sepenuhnya.”(
Surah an-Nisaa’ ayat 65.)
Nabi s.a.w. memerintahkan kepimpinan walau di dalam kumpulan yang
sedikit jumlahnya. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ
الْخُدْرِيِّأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَإِذَا خَرَجَ ثَلَاثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُم
Maksudnya, “ jika tiga orang keluar dalam satu perjalanan, maka
hendaklah mereka memilih salah satu diantaranya sebagai pemimpin. (HR.Abu
Daud).
GELARAN
PEMIMPIN
1.
Al-Khalifah
2.
Waliyul’amr
3.
Al Imam
4.
Al Sultan
5.
Al Malik
6.
Amirul Mukminin
SYARAT-SYARAT KEPIMPINAN DALAM ISLAM
Pemimpin yang berkesan dalam
sesebuah organisasi adalah pemimpin yang bersifat terbuka, menerima pandangan
orang bawahan, sentiasa mendapatkan maklumat yang benar dan tepat bagi
melaksanakan sesuatu tindakan, berkemahiran, bertanggungjawab dan sntiasa
mewujudkan suasana yang selesa dalam organisasi.
Islam telah meletakkan
syarat-syarat kepimpinan untuk menjamin Kejayaan sesebuah negara dan kerajaan
sekaligus mempermodelkan Islam dalam kepimpinan dan pemerintahan, antaranya
ialah,
Pertama:
Muslim (Islam), ‘akil baligh dan lelaki
Firman Allah SWT:
يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ
الْيَهُودَ وَالنَّصَـرَى أَوْلِيَآءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍ وَمَن
يَتَوَلَّهُمْ مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِى الْقَوْمَ
الظَّـلِمِينَ - فَتَرَى الَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ يُسَـرِعُونَ فِيهِمْ
يَقُولُونَ نَخْشَى أَن تُصِيبَنَا دَآئِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَن يَأْتِىَ
بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِّنْ عِندِهِ فَيُصْبِحُواْ عَلَى مَآ أَسَرُّواْ فِى
أَنفُسِهِمْ نَـدِمِينَ
Yang bermaksud
:” Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang
Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah
pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka
menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka
kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang
munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata:
"Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan
mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari
sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka
rahasiakan dalam diri mereka”. Surah al-maaidah ayat 51dan52.(1)
Ayat di atas menjelaskan kerjasama dalam
gerakan islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan
lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang
jenis ketaatan (wala’) kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang
hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’ kepada orang-orang kafir yang
akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah Islam.
Kedua: Adil
Seorang pemimpin mestilah tidak fasik seperti tidak meninggalkan solat, beramal dengan segala amalan yang di ketahui selagi mana amalan tersebut tidak menyalahi kata-kata dan perbuatan serta tidak menyalahi landasan islam.
Firman
Allah swt,
إِنَّ
اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإْحْسَانِ وَإِيتَآءِ ذِى الْقُرْبَى وَيَنْهَى
عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْى يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Bermaksud,
“sesungguhnya Allah memerintahkan kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan,
member kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan
permusuhan. Dia memberimu pengajaran agar kamu dapat mengambil pelajaran”.(
Surah an-Nahl ayat 90.)
Ketiga: Berilmu.
Seorang pemimpin mestilah mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang ma’aruf dan yang mungkar serta mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan pimpinan. Al- Imam Al Ghazali berkata : "sesungguhnya Islam yg diperjuangkan atas landasan kejahilan akan lebih memudharatkan berbanding serangan musuh Islam. Malangnya kebanyakan pendukung Islam adalah dari kalangan orang-orang jahil.”
Keempat: Mempunyai kuasa dan kemampuan
Bermaksud boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan atau masalah yang berlaku samada melalui tenaga, perkataan,tulisan atau fikiran dalam segala aspek.
Kelima: Beradab mengikut akhlak islam
Seseorang pemimpin mestilah mampu memberi contoh tauladan mengikut akhlak islam kepada diri dan orang di bawah pimpinanya. Selain itu, di dalam dirinya mestilah mengandungi sifat ikhlas, jujur, tidak angkuh, ria dan sebagainya malah seorang pimpinan haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji dan jauh dari sifat-sifat yang terkeji.
Firman
Allah swt :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ
اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآَخِرَ
وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Bermaksud, “Sesungguhnya
telah adaa pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik begaimu, (iaitu)
bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia
banyak menyebut Allah” (Surah Al-Ahzab: Ayat 21)
Keenam:
Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan
Firman
Allah swt.
لَّيْسَ
عَلَى الضُّعَفَآءِ وَلاَ عَلَى الْمَرْضَى وَلاَ عَلَى الَّذِينَ لاَ يَجِدُونَ
مَا يُنفِقُونَ حَرَجٌ إِذَا نَصَحُواْ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ
Maksudnya, "tiada
dosa(lantaran tidak pergi berjihad)atas orang2 yang lemah, sakit dan orang2
yang tidak memperolehi apa yang akan mereka nafkahka, apabila mereka berlaku
ikhlas kepada Allah dan Rasulnya" (surah al-Maidah ayat 91.)
AKHLAK DAN
SIFAT YANG PERLU ADA PADA DIRI PIMPINAN
Model kepimpinan melalui teladan yang
dipamerkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda SAW dengan meletakkan
dunia ditangan mereka dan meletakkan akhirat di hati mereka adalah asas
penolakan pengaruh materialis, sekularis, liberalis, paragmatis dan semua unsur
luar yang mencemarkan kesucian Aqidah dan pegangan Umat Islam. Maka islam telah
menggariskan akhlak dan sifat-sifat yang perlu ada dalam diri setiap pimpinan.
Antaranya :
1.
Seorang pimpinan mestilah sentiasa
mengharapkan akhirat dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Mempunyai hati
yang bersih, jauh dari segala penyakit jiwa yang akan meruntuhkan amal dan
usahanya seperti riya’, gila kuasa, cinta pangkat kebesaran dan pengaruh atau
terpedaya dirinya dan lain-lain penyakit jiwa yang merosakkan pimpinan.
2.
Mempunyai akal yang kuat, hikmah,
cerdik cendiakawan dan arif bijaksana, berpengalaman, mempunyai pandangan yang
tajam, pembacaan yang luas, mampu mengetahui pelbagai perkara dari berbagai
sudut.
3.
Mestilah berakhlak dengan sifat
“Al-Hilm” (tidak mudah marah), penyantun,pengasih dan lemah lembut.
4.
Berani, bermaruah, tidak penakut dan
tidak membabi buta.
5.
Mempunyai sifat “As-Siddiq” (benar
di dalam segala kata-kata, sikap dan perbuatan).
6.
Tawadhu’ (merendah diri), tidak
membanggakan diri kepada menusia.
7.
Mempunyai sifat pemaaf, menahan
kemarahan dan ihsan kepada oerang bawahan yang berbuat jahat terhadapnya.
8.
Menepati janji dan memenuhi sumpah
setia.
9.
Mempunyai sifat sabar yang tinggi
10. Bersifat
“Al-‘Iffah”(suci hati,jiwa dan amal) dan “Al-Kiram” (bersifat pemurah dan tidak
bakhil).
11. Warak
dan zuhud
12. Jauh
dari sifat “Al-Mannu” (mengungkit) dan memperkatakan kebaikkan diri sendiri.
13. Memelihara
perkara-perkara yang dimuliakan Allah (Hurumatillah).
14. Kesejahteraan
hati, tidak melayani orang yang mengumpat dan mengadu domba antara sesame
manusia.
15. Keazaman,
tawakal dan tidak ragu.
16. Bersederhana
di dalam segala perkara
17. Menjauhi
sikap putus asa
Kesemua
akhlak dan sifat-sifat yang di sebutkan tadi perlu dimiliki oleh setiap pimpinan
samada pimpinan persatuan, politik, Negara dan sebagainya. Mereka berkewajipan
untuk menghiasi dirinya dengan sifat-sifat tersebut serta memeliharanya,
disamping memelihara akhlak islam secara keseluruhannya yang wajib ke atas
setiap muslim.
PENUTUP
Apabila kriteria kepimpinan Islam
dijadikan syarat utama dalam memilih pemimpin, maka Keizzahan Islam itu akan
terserlah dalam Pemerintahan Negara secara praktikal.
Saidina Umar RA berkata: "Kita adalah kaum yang diberi kemuliaan dengan Islam, maka sesiapa yang mencari selain daripada Islam, Allah akan memberi kehinaan kepadanya."
Saidina Umar RA berkata: "Kita adalah kaum yang diberi kemuliaan dengan Islam, maka sesiapa yang mencari selain daripada Islam, Allah akan memberi kehinaan kepadanya."
Mauqaqis Gabenor Mesir mengakui
kehebatan kepimpinan Islam apabila melihat keperibadian tentera Amru bin Al Ash
yang diutus kepadanya : " Demi Tuhan, kalau demikian sikap mereka,
walaupun gunung menghalang cita-cita, namun mereka tetap dapat meruntuhkannya
juga. Sesungguhnya tidak ada sesiapapun yang sanggup berhadapan dengan kaum
yang sedemikian."
Sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud, "Pemimpin yang paling baik ialah mereka yang datang menemui
para Ulama` dan Ulama` yang paling jahat ialah mereka yang datang menemui para
Pemimpin (ulama`pengampu pimpinan)." (maksud hadis)
Di sediakan oleh:
FELO MANHAL PMRAM 2011
1. Dayang Siti Nuraini binti
Awang Damit Yahya
2. Hanisah bt. Hj. Muslim
aya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI
BalasPadamSaya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI