Jumaat, 15 Mac 2013

Dosa Besar Umno Terhadap Rakyat & Umat Islam...

Dalam PAS sekarang menular satu penyakit, yakni penyakit percaya yang UMNO ini boleh diharap untuk berjuang Islam.

Lantaran itu, saya terpanggil menulis senarai beberapa dosa besar yang di halal kan dalam UMNO. Semoga senarai ini dapat menyedarkan ahli-ahli dan aktivis-aktivis PAS betapa jahilnya pemikiran sedemikian rupa.

1. QAZAF : UMNO secara terbuka menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim meliwat tanpa membawa 4 saksi yang utama. Sehingga hari ini perbuatan ini tidak pernah dihentikan atau ditegur oleh kepimpinan-kepimpinan UMNO seluruhnya termasuk mufti kegemaran mereka, Harussani Zakaria (yang tak fasih cakap Arab).

2. JUDI : UMNO sejak penubuhan telah meluluskan “Loteri UMNO” yang telah dijual dan dijadikan aktiviti ekonomi untuk UMNO. Yang terbaru adalah Najib Tun Razak meluluskan lagi 10 lesen “Special Draw”/Judi tidak berapa lama dahulu. Dengan kata lain, aktiviti-aktiviti judi ini sudah menjadi darah daging UMNO dan mereka tidak melihat akviti ini sebagai haram.

3. ARAK : UMNO yang mendokong polisi “menjual arak untuk keuntungan”. Dalam negara-negara Scandinavia, yang tiada peruntukan “Islam sebagai Agama Persekutuan” dalam perlembagaan mereka, arak tidak diizinkan dijual untuk tujuan mencari keuntungan. Arak hanya dibenarkan dijual hanya untuk memenuhi keperluan dalam negeri semata-mata.

Di Malaysia, UMNO menyokong penjualan arak untuk tujuan keuntungan sehingga saham-saham Calrsberg dan Guiness-Anchor adalah antara saham kualiti tinggi (“blue-chip”) di KLSE.

Begitu semangat UMNO menyokong aktiviti arak di Malaysia sehingga ada 3 orang Melayu duduk di dalam LEmbaga Pengarah Calrsberg dan 2 orang Melayu duduk dalam lembaga Pengarah Guiness-Anchor. Sepatutnya, Kementrian Kewangan boleh campur tangan menghalang perlantikan ini, tapi UMNO membiarkannya sahaja. Mengapa? Kerana industri arak ni halal bagi UMNO.

4. PENOLAKAN HUKUM SYARIAH ISLAM: Tak payah komen la. Sampai hari ni, UMNO tidak mahu mengubah Perlembagaan Malaysia membenarkan hukum Syariah Islam dijalankan dengan sepenuhnya di Kelantan dan Terengganu.

Menarik untuk disebut: dalam forum di Kelantan baru-baru ini, wakil UMNO telah mencabar PAS untuk membentangkan “Private Bill” bagi memudahkan perjalanan hukum Syariah. Ustaz Nik Amar menjawab, wakil UMNO itu tak pernah masuk Parlimen. Maka dia tak tau.

Setiap “Private Bill” harus mendapat lampu hijau dari Menteri yang bertanggungjawab (dalam isu hukum Islam, Menteri tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Zahid Hamidi).

Setakat ini, UMNO tidak pernah bagi apa-apa lampu hijau untuk mana-mana Undang-Undang seperti ini dibenarkan.

Pokoknya mudah. Kalau UMNO sanggup menyokong hukum Islam terlaksana di Malaysia, siapa yang boleh menghalang? DAP pun takkan menentang kerana pada waktu itu, MCA pun terpaksa sokong hukum Islam. Lebih2 lagi hukum Islam hanya tertakluk kepada orang2 Islam sahaja.

Tak jadi isu walau sedikit pun. Isunya adalah UMNO MENOLAK HUKUM SYARIAH ISLAM

5. FITNAH : Agen fitnah UMNO adlaah media-media mereka i.e. Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 Suku dsbnya. Dah berapa kali diorang ni kena saman. Baru2 ni Sdr Mahfuz sendiri menang saman terhadap media2 milik UMNO ini. Namun UMNO tetap meneruskan aktiviti memfitnah dan menista mereka terhadap sesama Islam

Secara pribadi, saya telah berhenti membaca dan mempercayai Utusan Meloya dan Berita Hairan semenjak peristiwa Memali lagi. Sah PENIPU dan PEMBOHONG.

6. PENIPU : Tak payah komen la. Benda yang maklum

g. KORUPSI : Lagi tak payah komen. Dalam UMNO sekarang ni, sapa tak korupsi tu yang dipandang serong. Sedangkan korupsi ni HARAM mengikut IJMAK ULAMA. Tapi, bagi UMNO, makan duit haram tu tak jadi masaalah. Dalam UMNO ni, hanya BABI sahaja yang haram. Yang lain, kao bedal la

7. SIHIR : Rujuk kes Mona Fendi. Tanya la sesiapa sahaja dalam UMNO pasal amalan sihir dalam UMNO. Semua akan akui betapa meluasnya amalan sihir dalam UMNO.

8. BEKERJASAMA DENGAN MUSUH ISLAM :Rujuk artikel saya berkenaan Ucapan Najib Tun Razak di Heritage Foundation di mana Dato Najib berbangga membantu usaha Amerika dalam memerangi “keganasan” (Baca: memerangi Islam).

Sebagai penutup, janganlah termakan dengan kata-kata seperti “Bekerja dengan UMNO lebih Syariee berbanding dengan DAP”. Perkataan macam ini datang dari ulama-ulama yang menjual agama untuk kepentingan dunia. Bukan datang dari ulama yang “mukhliseen”.

Apa bezanya DAP dengan UMNO? Yang saya tahu seorang pemimpin DAP terpaksa merengkok dalam penjara kerana mempertahankan seorang gadis yang diperkosa salah seorang pemimpin UMNO. Itu sahaja.

Rabu, 13 Mac 2013

Gambar Mayat Penceroboh Lahad Datu [OP DAULAT]

Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien pada pukul 4 petang tadi, Ahmad Zahid berkata sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan.

Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya gambar mayat pengganas yang ditemui dalam sebuah kubur.

Turut diedar ialah gambar anggota forensik diserang penceroboh ketika sedang memeriksa sebuah kubur dikampung itu dan senjata yang dirampas pasukan keselamatan.

Senjata yang berjaya dirampas dari pengganas
Anggota Forensik yang diserang dan kubur mayat pengganas
Mayat pengganas yang ditembak pihak keselamatan
Mayat pengganas yang ditanam dalam sebuah liang kubur
Gambar-gambar ini menunjukkan pasukan keselamatan kita mempunyai kebolehan yang tinggi dalam menjalankan operasi ini. Ia bukan sandiwara. 
Serentak itu, Ahmad Zahid membidas sikap segelintir media sosial yang memperlekehkan barisan hadapan pasukan keselamatan kononnya ia adalah sandiwara.
"Ya Allah Ya Tuhanku.. Engkau lindungilah saudara-saudara kami dibumi Sabah, dan Engkau lindungilah para pejuang kami, Engkau tingkatkanlah semangat juang mereka hilangkan rasa gementar mereka, permudahkanlah segala urusan mereka, bantulah mereka seperti mana Engkau membantu tentera-tentera Islam yang lain. Engkau bukakanlah hati para pengganas supaya mereka keluar dari Sabah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang tiada tempat kami hambaMu ini meminta pertolongan selain dari Mu"

Sabtu, 9 Mac 2013

UMNO PENCETUS KEKACAUAN .. HUJAH TAK DIDENGAR SALAKAN KEJI DIJAWAB ... MANA NILAI ISLAM

muka inilah yang jadi tukang baling batu di ceramah bukit katil

PANAS! BUDAK SEKOLAH JUGA DIUPAH MENJADI SAMSENG UMNO!
Demi menghalang kebangkitan rakyat di Melaka, BN sanggup mengupahkan budak sekolah sebagai samseng mereka.

Budak-budak lelaki dan perempuan yang berusia rendah ini bukan sahaja cuba untuk mencabar kesabaran penyokong-penyokong Pakatan, tetapi juga maki penyokong-penyokong Pakatan dengan perkataan kasar dan lucah...

Nampaknya BN sanggup mengorbankan masa depan budak-budak sekolah demi kebudayaan samseng mereka ni.

Dimanakah masa depan anak cucu kita? Dimanakah masa depan Malaysia ?? Jika Barisan Nasional terus mentadbir selepas PRU-13...

Selasa, 5 Mac 2013

MENAMPILKAN DATUK SHAMSUBAHRIN, ORANG YANG PENTING DALAM ISU NFC....WAJIB DENGAR...KEMUCULAN PERTAMA BELIAU..

Ni satu lagi kenyataan yg sengaja mahu menimbulkan keresahan dikalangan rakyat Malaysia... Nur Misuari pengasas Moro National Liberation Front (MNLF) yg sering hadir sebagai jemputan terhormat dlm Perhimpunan Agung UMNO secara tiba tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Sarawak adalah kepunyaan bangsamoro... hmm Sulu claim Sabah dan sekarang Moro claim Sarawak....pertanyaan aku sebagai rakyat marhein.. adakah rejim UMNO akan menyenaraihitamkan dia sebagai tetamu yg tidak layak masuk keMalaysia seperti Nick xenophon dan Grace dari Taiwan..??

Isnin, 4 Mac 2013

Apa persamaan antara LAHAD DATU & BUKIT JENDALIK..??

Apa persamaan antara LAHAD DATU & BUKIT JENDALIK..??

FAKTA YANG PATUT KITA KAJI DI LAHAD DATU
UMPAMA PERISTIWA DI BUKIT JENDALIK ( SAUK , PERAK )..

1. Kenapa penceroboh yang lainnya lepas lari.

2. Dimana letaknya radar Rotello buatan Italy yang canggih sehingga sampan kecil pun dapat dikesan.

3. Kenapa pihak polis yang terlibat bukannya tentera.

4. Adakah tentera laut, dan polis merin tidak mengawal kawasan yang sisyaki laluan ke Tawi-Tawi .

5.Peranan tentera di perkecilkan

6. Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang tak masuk akal.

7.Ketua gerombolan adalah menantu kepada Ketua Caw Umno Sg Bilis.

8.HJ Musa pemimpin No 2 pula adalah besan kepada Ketua cawangan Sg Nyamuk kerana anak lelakinya bernikah dengan anak Hj Musa.

10. Berbalik kepada peristiwa pencerobohan yang kini makin kritikal menghirankan kenapa penceroboh itu dibiarkan sampai berminggu?

11. Kalaulah benar Sabah adalah daerah dan jajahan takluknya pihak kesultan Sulu boleh menuntutnya di mahkamah timbang tara dunia, (ICJ

12. Malaysia sepatutnya perlu segera meminta penjelasan dari kerajaan Filipina mengenai status penceroboh itu. Apakah ianya di bawah perlindungan Filipina ataupun mereka bergerak sendiri?
Perdana Menteri Najib Razak tidak perlu berlembut dalam situasi kritikal dan mencabar kedudukan dan kedaulautan negara begitu. Mereka perlu dilengsaikan segera tanpa memberi masa tawaran yang agak panjang.

13.Meletak kepanjangan tempoh pencerobohan itu ada sangkut paut dengan kelemahan Najib sebagai pemimpin nombor satu negara serta para pakar perang negara kita dalam menasihati Najib.Hishamuddin macam biasa.Ta kbuat kerja.

14. Paksaan melepaskan jawatan itu juga akan terheret kepada sepupunya Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Degeri dan juga Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan. Mereka kena bertanggungjawab atas tragedi itu dan tidak boleh dianggap ia hanya seperti isu stadium runtuh atau jambatan (flyover) runtuh.

15.Menteri dalam negeri selalu flip flop...tarak tau apa...... “I confirm that our security forces have not taken a single shot but were shot at 10 a.m. this morning!” he tweeted. ("Saya mengesahkan bahawa pasukan keselamatan kita tidak melepaskan sebarang tembakan tetapi telah ditembak pada 10 pagi pagi ini!" Dia menulis dalam tweetnya.)

16, Rakyat tertanya tanya bagaimana satu kumpulan manusia yang besar bilangannya mampu menembusi perairan negara dengan senjata begitu mudah. Jika mengikut laporan kejadian, tentera kita yang terbunuh terkena serangan mortar, senjata yang dikira dalam kategori berat. Sangat merbahaya bagi keselamatan rakyat dan negara... Jika ianya satu kebenaran...

17. Tempoh hampir sebulan sangat pelik... apakah mereka sudah ada persediaan makanan yang banyak hingga mampu bertahan begitu lama... atau ada pembekal untuk mereka yang begitu ramai..

18. Darurat adalah satu cara menangguhkan PRU 13 yang telah hampir menemui tarikh luputnya. Najib sangat takut dengan tarikh PRU. Beliau seringkali memejamkan mata apabila ditanya bila nak umum PRU??

WRLR....

http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/03/fakta-yang-patut-kita-kaji-di-lahad.html#more