Isnin, 20 November 2017

Pas hanya boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin tegakkan Islam sahaja.

Pas bukan parti ‘anak tangga’ bagi mana-mana parti politik, sebaliknya mereka yang ingin mengajak Pas bekerjasama, perlu turut melakukan perubahan untuk menegakkan Islam kerana perjuangan parti itu ingin ‘membawa ke akhirat’.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, orang Pas juga perlu tahu tentang perkara itu dan melihat sendiri sejauh mana parti politik tersebut berani menegakkan Islam agar tiada pihak terus mahu mempergunakan Pas.

“Jangan ajak Pas bekerjasama, tetapi tidak buat perubahan kepada Islam, ini tidak betul. Selagi kuasa pemerintahan Islam tidak ditegakkan, selama itulah orang yang memerintah tidak akan kira dosa pahala, akan rompak harta dan macam-macam.

“Cuma Islam mampu perbetulkan orang. Pas hanya boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin tegakkan Islam sahaja. Dalam hal ini, DAP jelas menentang dasar Islam diperjuangkan dan di sana ada juga parti lain yang ikut,”

Menurutnya, apabila ikut DAP, mereka samalah seperti DAP.

“Ada parti yang masih senyap, ada juga seolah-olah tiada pendirian dan ini semua adalah lampu isyarat yang akan tentukan sikap orang Islam, sama ada lampu merah langgar juga atau lampu hijau baru jalan.

“Jadi, orang Pas kena tengok molek (baik-baik) parti-parti ini sejauh mana mereka boleh kerjasama dengan kita dalam tegakkan Islam. Penyokong Pas kena reti (tahu), sampai bila orang hendak guna Pas sebagai anak tangga bukannya jadikan Pas tangga untuk perubahan,” katanya.

Menjadi tanggungjawab orang Pas hari ini juga mengajak semua pihak termasuk pengundi atas pagar serta orang bukan Islam membuat perubahan bersama-sama dengan Pas agar pemerintahan secara Islam dapat ditegakkan.

“Malangnya, pihak yang ajak Pas bekerjasama ‘naik atas kepala’ Pas dan orang Pas kena sedar perkara ini.

“Islam perlu menjadi pemimpin dan pemerintah, bukan Islam menjadi ‘pak turut’, agama dan politik jangan kita letak suku-suku (berasingan),” katanya.

Selasa, 14 November 2017

Taat Dan Wala’ Dalam Ruang Lingkup Harakah Islamiyyah

MUQADDIMAH

Ketaatan merupakan suatu perintah yang mutlak daripada Allah swt agar taat kepadaNya dan juga RasulNya. Malah ketaatan tidak hanya terhenti di sana kerana di dalam ruang lingkup Hakarah Islamiyyah juga mengaplikasikan konsep ketaatan. Walaubagaimanapun konsep wala’ dan ketaatan di dalam ruang lingkup Harakah Islamiyyah tertakluk kepada syarat-syarat dan keadaan tertentu sebagaimana huraian di bawah.

PENGERTIAN TAAT

Taat bermaksud mematuhi segala arahan dan melaksanakannya dalam apa keadaan sekalipun samada susah atau senang berseusaian dengan kehendak atau pun tidak. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasulNya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan, “kami mendengar, dan kami patuh”, Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”. Surah AnNur ayat 51

Ketaatan dan kepatuhan itu hanyalah kepada perkara-perkara kebaikan dan kebajikan yang tidak melanggar syara’ dan bukannya ketaatan yang membuta tuli tanpa pengetahuan dan usul periksa. Sabda Rasulullah saw:

“Dengar dan taat adalah menjadi wajib kepada setiap muslim dalam perkara yang ia suka atau tidak, selagi ia tidak disuruh dengan kemaksiatan, jika disuruh ke arah kemaksiatan maka tidak perlu lagi dengar dan taat” (H.R. Bukhari dan Muslim)

PENGERTIAN WALA’

Wala’ bererti : penjaga, pemimpin, pelindung dan penyerahan.
Wala’ terkandung di dalamnya tiga unsur
1) Kasih sayang
2) Tolong menolong
3) Persefahaman

Konsep Wala’ yang diamalkan di dalam organisasi Islam bermaksud kesetiaan seorang Muslim kepada saudara seagamanya samada sebagai seorang ketua, pimpinan, imam atau kawan.

Secara umumnya pengertian wala’ dan taat dalam ruang lingkup Harakah Islamiyyah ialah kepatuhan dan ketaatan kepada pimpian dalam saf perjuangan Islam.

HUKUM MEMBERI WALA’ DAN KETAATAN

a. Hukum Mewajibkannya

Kewajipan memberi wala’ kepada pimpinan di dalam saf perjuangan Islam amat penting dan sekaligus ianya sebagai neraca untuk menentukan masa depan gerakan Islam itu sendiri. Allah memerintahkan manusia supaya mentaati pemimpin dan sekaligus memberikan wala’ dan ketaatan kepadanya. Firman Allah swt yang bermaksud:

“wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin (yang bertaqwa) di kalangan kamu. Maka sekiranya kamu berselisih di dalam sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul” (Surah an-Nisa: 59)

Sabda Rasulullah saw :

“Sesiapa yang mentaatiku, sesungguhnya dia telah mentaati Allah, dan sesiapa yang menderhakaiku, sesungguhnya dia telah mendurhakai Allah. Sesiapa yang taat kepada ketuanya sesungguhnya dia telah mentaatiku, dan sesiapa yang derhaka kepada ketuanya, sesungguhnya dia telah mendurhakaiku” (H.R. Bukhari, Muslim, Ibnu Majah)

sabdanya lagi:

“Dengarlah dan taatlah, sekalipun kamu diperintahkan oleh seorang budak Habsyah yang rambutnya seperti anggur kering”

al-Imam Fakhrur Razi memberi ketegasan di dalam hal ketaatan ini dengan meletakkan keputusan syura secara ijma’ adalah satu sumber dalil. Keputusan ini menjadi kewajipan kepada manusia untuk mentaati secara jazam. Martabat ini lahir disebabkan ijma’ ummah itu bukan keputusan yang ma’sum. Hak ketaatan yang asahaja. Sungguhpun begitu kewajipan untuk meletakkan kepatuhan kepada ketua atau pimpinan seterusnya memberi wala’[ adalah diputuskan sebagai kewajipan dalam agama.

b. Hukum Mengharamkannya.

Dalam hal ini jelas sebab-sebab mengapa Islam mengharamkan penganutnya memberi wala’ kepada pemimpinnya. Rasulullah saw sendiri telah menggariskan batas-batas ketaatan kepada para pemimpin. Sabda Rasulullah saw:

“Tiada ketaatan untuk makhluk dalam perkara maksiat (derhaka) kepada pencipta (Allah)”

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah ketaatan yang mutlak hanya kepada Allah dan RasulNya. Adapun terhadap pemimpin yang derhaka kepada Allah tidak diharuskan kepada orang beriman memberi wala’ dan ketaatan bahkan Islam mewajibkan umatnya supaya menentang kemungkaran dan kezaliman.

BEBERAPA MASALAH DISEKITAR WALA’ DAN PENYELESAIAN

Permasalahan memberi wala’ ini sering berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah:

1. Tidak meletakkan wala’ yang mutlak kepada Allah.
2. Tidak memahami konsep berjemaah
3. Tidak menghayati waqi’ semasa
4. Tidak mempunyai pendidikan Islam
5. Tidak ada unsur tawadhu’ ketika berjemaah
6. Tidak ada perasaan cintakan kepimpinan.

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

Secara dasarnya masalah yang timbul sekitar wala’ dan ketaatan di dalam Harakah Islamiyyah ini dapat dibendung melalui:

1. Mengemaskinikan kembali organisasi saf
2. Membuat pengisian pentarbiyyahan kepada anggota.
3. Mengemaskinikan lagi tanzim dalaman.
4. Membuat tindakan dan perancangan melalui keputusan syura
5. Meluaskan medan perjuangan keperingkat global.
6. Memperbanyakkan kerja-kerja kebajikan am.

Permasalahan wala’ dan ketaatan ini sekaligus memberi tamparan hebat kepada pendokong-pndokong Islam tetapi ia merupakan satu pentarbiyyahan dalaman yang tidak sekali-kali melemahkan semangat perjuangan bahkan meningkatkan lagi prestasi perjuangan.

KESIMPULAN

Wala’ dan ketaatan di dalam ruang lingkup Harakah Islamiyyah ini merupakan suatu tuntutan utama walaupun ia mempunyai permasalahan-permasalahan yang tertentu. Permasalahan ini menjadi bahan pentarbiyyahan jika sekiranya pendokong Islam itu benar-benar yakin kepada Allah. Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang menolong agamaNya. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan memperkukuhkan kedudukanmu” (Muhammad : 7)

Sumber:
#dppwp

Jumaat, 10 November 2017

Pemimpin Bercakap Bohong Dan Zalim Pada Rakyat ..... Sesiapa Yang Membenarkan Pendustaannya atau Menyokong ... Bukan Dari Umat ku...

Rasulullah berkata,akan datang satu masa di mana beberapa pemimpin yg bercakap bohong dan zalim pada rakyat..maka barang siapa yg membenarkan pendustaannya atau menyokong pembohongan walaupun pada hakikatnya ia berbohong...maka golongan ini adalah bukan dari umat ku...

Muqaddimah
Apabila orang Islam menganggap persoalan politik ialah sesuatu yang tiada kaitan dengan Islam, maka mereka menyerahkan kuasa kepada sesiapa sahaja yang mereka suka dengan perhitungan nafsu tanpa melihat kepada tuntutan-tuntutan agama. Hasil dari sikap, ini maka individu serta golongan yang jahat dan zalim menguasai tampuk pemerintahan. Golongan ini menganggap kuasa adalah sumber dan lesen untuk mereka melakukan apa sahaja tanpa merasa takut kepada amaran-amaran Allah. Politik dijadikan modal untuk mengaut kekayaan dan harta serta melakukan jenayah dan kezaliman ke atas orang lain. Ini adalah politik yang diwarisi daripada Fir`aun dan kuncu-kuncunya. Firman Allah dalam Surah al-Qasas ayat 4:

إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلاَ فِي الأرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعًا يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ وَيَسْتَحْيِ نِسَاءَهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنْ الْمُفْسِدِينَ

Maksudnya:
Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah dia dari golongan yang membuat kerosakan.

Sekiranya Fira`un membunuh anak-anak lelaki di kalangan Bani Israil kerana bimbang tergugat kuasa dan politiknya demikian juga para pewaris menghapus dan menghancurkan segala musuh politiknya yang boleh menggugat sistem kezaliman dan kekejaman yang dihidupkan.

Para `ulama - seperti yang disebut oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari- menamakan Abu Jahl sebagai فرعون هذه الأمة (Firaun bagi umat ini) kerana sikapnya yang menentang kebenaran dan zalim. Sebenarnya Fir`aun adalah gelaran yang diberikan kepada sesiapa yang memerintah Mesir kuno. Abu Jahl bukan pemerintah negeri Mesir dan beliau juga tidak membunuh anak-anak lelaki Quraish atau Bani Israil namun sikapnya yang bangkit melakukan kezaliman dan mengepalai penentangan terhadap kebenaran melayakkan beliau dianugerahkan gelaran berkenaan. Demikianlah sesiapa yang mewarisi sikap itu maka mereka adalah Fir`aun sepanjang zaman.

Amaran Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

إنه سيكون من بعدي أمراء يظلمون و يكذبون فمن صدّقهم بكذبهم وأعانهم على ظلمهم فليس مني ولست منه ولا يرد على الحوض ومن لم يصدقهم بكذبهم ولم يعنهم على ظلمهم فهو مني وأنا منه وسيرد على الحوض

Maksudnya:
Sesungguhnya selepasku ini akan adanya pera pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangan telaga (di syurga

(Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)[1]

Rasulullah s.a.w. utusan Allah yang diberikan wahyu kepadanya dan tidak bercakap dengan hawa nafsu. Firman Allah dalam Surah an-Najm ayat 3-4:

وَمَا يَنْطِقُ عَنْ الْهَوَى(3)إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يُوحَى(4)

Maksudnya:
Dia (Muhammad) tidak bercakap berdasarkan hawa nafsunya. Segala yang diucapnya adalah wahyu yang diwahyukan.

Dengan wahyu Allah, Allah telah mengkhabarkan kepada NabiNya tentang keadaan-keadaan yang bakal berlaku selepas ketiadaan baginda. Antaranya, akan wujudnya para pemimpin yang zalim dan penipu. Sesiapa yang menyokong mereka maka Nabi s.a.w. tidak mengakuinya sebagai pengikut baginda dan tidak akan meminum telaga di syurga, dalam kata lain tidak memasuki syurga melainkan diazab di atas jenayah sokongan mereka kepada para pemimpin jenis tersebut. Sesiapa yang tidak menyokong dan menolong para pemimpin yang zalim dan pembohong maka dia adalah pengikut Nabi dan akan memasuki syurga.

Mukmin yang sebenar akan bimbang dan merasa takut dengan amaran ini. Tidak mengapa seseorang dipecat dari menjadi ahli sesuatu pertubuhan, tetapi yang yang sangat bahaya dan menakutkan apabila kita dipecat dari menjadi pengikut Nabi s.a.w. Di manakah golongan ini akan berhimpun di akhirat jika Nabi s.a.w. tidak menerima mereka sebagai pengikutnya?

Sesungguhnya asas utama kezaliman pemerintahan yang wujud sekarang adalah kerana tidak melaksanakan syariat Allah. Firman dalam Surah al-Maidah ayat 45:

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الظَّالِمُونَ

Maksudnya:
Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka adalah orang-orang yang zalim.

Dengan kezaliman yang asas ini para pewaris Fir`aun menambahkan lagi kezaliman demi kezaliman. Membolot harta rakyat dan menzalimi setiap yang bangun menasihatinya.

Larangan Menyokong Puak Yang Mungkar

Firman Allah dalam Surah al-`An`am, ayat 68 :

وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ وَإِمَّا يُنسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ فَلاَ تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَى مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Maksudnya:
Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).

Kata al-Qadi Abu Bakr Ibn al-`Arabi: "Ayat ini adalah dalil bahawa tidak dihalalkan duduk bersama ahli mungkar"[2]

Duduk bersama golongan munkar tidak dibenarkan apatah lagi menyokong, membantu dan menolongnya.

Firman Allah dalam Surah an-Nisa` ayat 140:

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ

Maksudnya:
Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.

Kata al-Imam al-Qurtubi dalam menafsirkan ayat ini: "Ayat ini menjadi dalil wajibnya menjauhi ahli maksiat apabila jelas kemunkaran mereka. Ini kerana sesiapa yang tidak menjauhi mereka bererti redha dengan perbuatan mereka."

Katanya lagi: "Firman Allah إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ (kalau demikian, kamu sama seperti mereka) sesiapa yang duduk dalam majlis maksiat (menderhakai Allah) dan tidak membantahi mereka maka dia menanggung dosa yang sama seperti mereka. Maka hendaklah dia membantah mereka sekiranya mereka bercakap dan melakukan maksiat. Sekiranya dia tidak mampu untuk membantahi mereka maka hendaklah dia meninggalkan mereka supaya tidak termasuk dalam golongan yang disebut dalam ayat ini[3]
Sesiapa yang terus menyokong golongan atau pemimpin yang melakukan kejahatan dan kezaliman serta mempermainkan ayat-ayat Allah, maka sesungguh dia sama-sama menanggung dosa dengan pemimpin tersebut. Mungkin dia berkata, saya tidak menzalimi orang lain, atau memepersendakan agama tetapi sekadar menjadi ahli biasa parti sahaja, sedangkan pemimpinnya zalim dan jahat maka dia turut menanggung dosa. Firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 66-67:

يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَالَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَ(66)وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَ

Maksudnya:
Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

Demikianlah halnya ahli neraka yang dahulu menjadi pengikut setia para pemimpin yang melanggari ajaran Allah dan RasulNya. Mereka yang taat dan terus setia sehingga akhirnya mereka dihumbankan ke dalam neraka.

Firman Allah dalam Surah Hud ayat 113:

وَلا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمْ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ(113)

Maksudnya:
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

Menyokong Yang Zalim Adalah Asobiyyah

Adalah sangat pelik, apabila kezaliman yang begitu jelas dan nyata sehingga golongan bukan Islam pun menyatakannya zalim tetapi masih ada yang mengaku muslim terus menyokongnya. Kononnya kerana mempertahankan keutuhan parti, warisan dan seumpamanya. Ini adalah bisikan syaitan dan bicara seorang yang tiada pegangan aqidah serta keyakinan terhadap petunjuk agama.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

من قاتل تحت راية عمية ويدعو إلى عصبية أو يغصب لعصبية فقِتلته جاهلية

Maksudnya:

Sesiapa yang berperang dibawah "bendera buta" dan menyeru kepada `asabiyyah atau marah kerana `asabiyyah maka kematianya adalah jahiliyyah.

(Riwayat Muslim, Ibn Majah, an-Nasai)

Kata as-Sindi dalam mensyarahkan hadith-hadith Sunan Ibn Majah: "Lafaz راية عمية (bendera buta) ialah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil." [4]

Sekiranya berjuang dalam keadaan yang tidak tahu benar atau salah dianggap mati dalam jahiliyyah, apatah golongan dan individu yang mempertahankan pemimpin yang terang-terang zalim dan jahat.

Ini adalah sikap yang lebih jahiliyyah. Golongan jahiliyyah sebelum kedatangan Nabi s.a.w. terkenal dengan sikap mempertahankan puak

sekalipun bersalah. Jahiliyyah moden juga demikian. Mereka terus mempertahankan seseorang pemimpin yang zalim sekalipun mereka sedar dia zalim semata-mata kerana parti yang didokong. Maka golongan ini mati jahiliyyah, seperti matinya pendokong-pendokong jahiliyyah yang lalu.

Dalam menjelaskan maksud `asabiyyah, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

العصبية أن تعين قومك على الظلم

Maksudnya:
`Asobiyyah itu kamu menolong kaummu atas kezaliman

(Hadith ini riwayat Abu Daud. Kata Ibn Muflih ابن مفلح dalam al-Adab as-Syar`iyyah, hadith ini hasan. Ini disokong oleh Syu`ib al-Arnaud dalam tahqiqnya kepada kitab tersebut)[5]

Golongan asabiyyah membukti dan mengamalkan `asabiyyah apabila mereka terus menyokong seseorang sekalipun zalim dan menindas. Golongan ini mati seperti mati seorang yang tidak berpegang kepada Islam sebaliknya berpegang kepada dasar jahiliyyah. Semoga Allah jauhkan kita dari termasuk dalam golongan ini.

Semua Wajib Mencegah Mungkar

Kezaliman adalah kemungkaran. Wajib bagi setiap individu muslim mencegahnya. Sesiapa sahaja yang mendakwa dirinya muslim maka kewajipan ini mesti dilakukannya. Ini bagi meyahut sabda Nabi s.a.w.:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya:
Sesiapa yang melihat kemunkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Al-Imam an-Nawawi dalam mensyarahkan hadith di atas membuat contoh seperti berikut: "Apabila seseorang melihat insan lain membeli barangan yang rosak atau seumpamanya lalu dia tidak membantah dan memberitahu pembeli maka ini adalah kesalahan yang jelas. Pada ulama telah menetapkan bahawa wajib sesiapa yang menyetahui perkara seperti ini membantah penjual dan memberitahu pembeli"[6]

Sekiranya dengan hanya melihat seseorang membeli sesuatu barang yang rosak, wajib diberitahu kepadanya dan dibantahi penjualnya, apatah lagi jika kita melihat seseorang yang ingin memberikan undi atau sokongan kepada golongan yang rosak, jahat dan zalim. Sudah pasti kewajipan mengingatkan para pengundi lebih besar dari mengingatkan seorang pembeli. Ini kerana mengingatkan pembeli untuk menyelamat individu dari ditipu sedangkan mengingatkan pengundi adalah demi menyelamatkan umat dari binasa.

Undi Mempunyai Nilai Besar Dalam Islam

Seseorang mungkin menyangka bahawa apalah adanya kaitan antara undian yang diberikan kepada seseorang dalam pilihanraya dengan kedudukannya di hari akhirat. Pilihanraya urusan politik sedangkan agama urusan di masjid. Inilah pemikiran sekular yang meresapi sebahagian umat Islam yang tidak diajar tentang Islam yang tulen.

Sabda Nabi s.a.w.:

إن العبد ليتكلم بالكلمة من سخط الله لايلقى لها بالا يهوي بها في جهنم

Maksudnya:

Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan sesuatu kalimat yang mendatangkan kemurkaan Allah padahal dia tidak terfikir, maka kerananya dia jatuh ke dalam neraka jahannam

(Riwayat al-Bukhari)

Sabda baginda juga:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ يَنْزِلُ بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ

Maksudnya:

Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia tergelincir ke dalam Neraka yang jaraknya dalamnya antara timur dan barat

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda baginda juga:

إن أحدكم ليتكلم بالكلمة من رضوان الله ما يظن أن يبلغ ما بلغت فيكتب الله له بها رضوانه إلى يوم يلقاه و إن أحدكم ليتكلم بالكلمة من سخط الله ما يظن أن يبلغ ما بلغت فيكتب الله له بها سخطه إلى يوم يلقاه

Maksudnya:
Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah.
(Riwayat Malik dalam al-Muwatta` dan al-Tirmizi, katanya hasan sahih)

Sufyan bin `Uyainahسفيان بن عيينة menyebut: "Hadith ini bermaksud kalimah di hadapan pemerintah, kalimat yang pertama (yang direhai Allah) ialah yang menghalang kezalimannya. Kalimat yang kedua (yang dimurkainya) ialah yang mendorongnya melakukan kezaliman"[7]
Sesungguhnya undi memainkan peranan yang sama dengan sepatah kalimat bahkan undi lebih besar dari sepatah kalimat yang membolehkan seseorang pemimpin meneruskan atau dihentikan kezalimannya. Dengan itu undi yang dilakukan oleh seseorang dalam negara demokrasi ini diperhitungkan Allah pada hari akhirat kelak. Hendaklah seseorang muslim membuat perhitungan yang betul dalam hal ini.

Muslim Sensitif Dengan Kezaliman

Seseorang muslim hidupnya berdaulat dan merdeka. Mempunyai kekuatan menilai dan membenci kezaliman serta kejahatan. Rasulullah s.a.w. telah mendidik para sahabah agar perasaan anti-kezaliman itu hidup dalam setiap muslim.

Dalam sebuah hadith:

عن جابر قال: لما رجعت إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم مهاجرة البحر، قال "ألا تحدثوني بأعاجيب ما رأيتم بأرض الحبشة. قال فتية منهم؛ بلى يا رسول الله! بينا نحن جلوس مرت بنا عجور من عجائر رهابينهم تحمل على رأسها قُلَّة من ماء فمرت بفتىً منهم فجعل أحدى يديه بين كتفيها ثم دفعها فخرت على ركبتيها فانكسرت قلتها فلما ارتفعت، التفتت إليه فقالت؛ سوف تعلم ياغُدر! إذا وضع الله الكرسي وجمع الأولين والآخرين وتكلمت الأيدي والأرجل بما كانوا يكسبون فسوف تعلم كيف أمري وأمرك عنده غداً .قال؛ صدقت،صدقت كيف يقدس الله أمة لا يؤخذ لضعيفهم من شديدهم

Maksudnya:
Daripada Jabir katanya: Apabila para muhajirin Habsyah pulang ke pangkuan Rasulullah s.a.w., baginda bersabda: Mengapa tidak kamu ceritakan kepadaku perkara-perkara pelik yang kamu telah lihat di bumi Habsyah?. Kata seorang pemuda dari kalangan mereka: "Bahkan wahai Rasulullah!. Suatu ketika tatkala kami sedang duduk tiba-tiba lalu seorang wanita tua dari kalangan orang-orang tua rahib mereka. Dia memebawa di atas kepalanya bekas tembikar yang berisi air. Kemudian dia melalui seorang pemuda, pemuda itu meletakkan satu tangannya di atas belakang wanita berkenaan lalu ditolaknya sehingga wanita itu tersungkur di atas lututnya dan bekas tembikar itu pecah. Apabila wanita itu bangun dia menoleh ke arah pemuda itu dan berkata: "Wahai pengkhianat! Nanti engkau akan tahu, ketika Allah meletakkan kursiNya dan dihimpunkan yang terdahulu dan terkemudian, bercakap segala tangan dan kaki di atas apa yang mereka lakukan, nanti engkau akan tahu bagaimana kedudukanmu dan aku aku di sisiNya nanti" . Sabda Nabi s.a.w: Dia benar! Dia benar!. Bagaimanakah Allah memuliakan suatu umat yang tidak membela golongan yang lemah dari ditindas oleh golongan yang kuat!
(Riwayat Ibn Majah, kata Ma’mun Syiha sanadnya sahih) [8]

Lihatlah para sahabah, mereka begitu sensitif bila sahaja melihat kejahatan dan penganiayaan. Terus sahaja terlekat dalam minda mereka dan membencinya. Rasulullah s.a.w. pula dalam ulasan terhadap kisah itu, membenarkan ucapan wanita itu dan menyatakan bahawa kemuliaan dan ketinggian tidak akan diberikan Allah kepada suatu umat atau bangsa yang membiarkan orang yang kuat bermaharajalela, menindas yang lemah dan tidak berupaya. Demikian indahnya sikap masyarakat Islam yang dibentuk oleh Nabi s.a.w. Masyarakat yang hidup dan peka terhadap persekitarannya, bukan yang mati dan membiarkan apa sahaja berlaku.

Akhirnya…

Dengarlah amaran Allah terhadap golongan yang zalim. Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 42-43

وَلاَ تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلاً عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ(42)مُهْطِعِينَ مُقْنِعِي رُءُوسِهِمْ لَا يَرْتَدُّ إِلَيْهِمْ طَرْفُهُمْ وَأَفْئِدَتُهُمْ هَوَاءٌ(43)

Maksudnya:
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). (Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).

Golongan zalim akan mengadap Allah dengan kemurkaanNya. Demikian juga para pengikut dan penyokong mereka juga akan dihadapkan atas jenayah sokongan terhadap kezaliman. Oleh itu, bertaubatlah jika anda pernah menyokong golongan yang zalim, sama ada dengan suara, perbuatan atau undi anda.

_____________________________________
[1] Majma’ al-Zawaid wa Manba’ al-Fawaid, jld. 5, m.s. 248, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Lubnan
[2] Ahkam al-Quran, jld. 2, m.s. 260, cetakan Dar al-Fikr
[3] . Tafsir Ayat al-Ahkam, jld. 5, 418, Dar al-Fikr, Beirut
[4] Syarh Ibn Majah jld. 4, m.s. 326, cetakan Dar al-Ma’rifah, Lubnan
[5] al-Adab as-Syar`iyyah, jld 1, m.s. 81, cetakan Muassasah ar-Risalah
[6] Syarah Sahih Muslim, jld. 1, m.s. 219, cetakan Dar al-Khair, Beirut
[7] Tuhfah al-Ahwazi, oleh al-Mubarakfuri, jld. 7, m.s. 21, cetakan Dar al-Fikr, Beirut
8] Syarah Ibn Majah oleh as-Sindi tahqiq Ma’mun Syiha jld. 4, m.s. 363

Sabtu, 4 November 2017

PENGORBANAN DALAM PERJUANGAN

Muqaddimah

Perjuangan menegakkan Islam secara syumul di dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia amnya adalah merupakan sesuatu kerja yang tidak mudah lagi mengambil masa yang panjang seperti firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubah : ayat 42;

Maksudnya;

“Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah dan mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh) nescaya mereka akan mengikutimu, tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dan berkata : Sesungguhnya kalau kami sanggup tentulah kami akan pergi bersamamu. (Dengan sumpah dusta itu) Mereka membinasakan diri mereka sendiri sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta.”

Perjuangan ini menuntut penganut-penganut dan pencinta-pencintanya kepada kesungguhan dan pengorbanan. Oleh itu kefahaman tentang konsep pengorbanan sebenar dan keperluannya mestilah difahami oleh petugas-petugas perjuangan Islam ini.

Pengertian pengorbanan

Pengorbanan berasal daripada perkataan korban. Menurut Kamus Dewan antara lain ia bermaksud; pemberian iaitu kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu sebagai tanda kebaktian, kasih dan lain-lain.

Pengorbanan itu juga memberi maksud perihal mengorbankan segala yang punya seperti jiwa raga, harta benda, masa, kehidupan dan segalanya untuk tujuan mencapai sesuatu matlamat. Dalam teori ekonomi disebut sebagai “kos melepas” untuk mendapatkan marginal sesuatu yang optimum.

Dalam Bahasa Arab ia disebut “qurban” iaitu dari kata dasar “qarraba” yang bermaksud mendekatkan. Maka dari sudut istilah ia membawa maksud; segala bentuk daya usaha yang membawa diri seseorang mendekatkkan dirinya kepada Allah SWT.

Dari sudut fikrah harakiyyah, pengorbanan juga disebut “tadhiyyah”. Ia mengandungi makna yang luas merangkumi pengorbanan maddiyah, maliyyah, fikriyyah, nafsiyyah dan jasadiyyah. Penggunaan istilah ini telah dimasyhurkan oleh asy-Syahid Hasan al-Banna. Beliau telah meletakkan tadhiyyah sebagai rukun kelima dalam membina 10 rukun baiah bagi pembentukan keperibadian anggota Jemaah. Natijahnya terbentuk baitul muslim, mujtama’ muslim dan daulah Islamiyyah. Justeru itu ia menjadi pra syarat yang mesti dihayati oleh petugas-petugas perjuangan Islam.

Realiti kehidupan duniawi

Menegakkan Islam atau melaksanakan amal makruf nahi mungkar ini adalah usaha dan kerja yang bertentangan dengan hawa nafsu manusia dan kehendak syaitan laknatullah. Tuntutan hawa nafsu dan bisikan syaitan memang suka kepada kejahatan dan mengajak manusia terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan.

Firman Allah s.w.t dalam surah Yusuf : ayat 53;

Maksudnya;
“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya) sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni api neraka yang menyala-nyala (menjulang-julang).” Angkara nafsu dan syaitan Akibat daripada angkara nafsu dan syaitan menjadikan manusia lebih menyukai kehidupan duniawi, lalai dan leka serta mementingkan diri sendiri.

Namun Allah SWT tidak menyukai cara hidup begini dan mengancam dengan amaranNya dalam surah at-Taubah : ayat 24;

Maksudnya;
“ ….sesungguhnya nafsu manusia itu sangat mendorong melakukan kejahatan kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah mereka daripada hasutan nafsu itu) Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

FirmanNya lagi dalam surah Faatir : ayat 6;

Maksudnya; “Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya) sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni api neraka yang menyala-nyala (menjulang-julang).”

Angkara nafsu dan syaitan

Akibat daripada angkara nafsu dan syaitan menjadikan manusia lebih menyukai kehidupan duniawi, lalai dan leka serta mementingkan diri sendiri. Namun Allah SWT tidak menyukai cara hidup begini dan mengancam dengan amaranNya dalam surah at-Taubah : ayat 24;

Maksudnya;

“Katakanlah (wahai Muhammad):Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau pasangan) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan rugi, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksa); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”

Seterusnya Allah SWT menegaskan bahawa kehidupan dunia hanyalah mainan dan sia-sia saja seperti firmanNya dalam surah al-Ankabut : ayat 64;

“Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari Akhirat)”.

Pengorbanan yang dituntut

Justeru itu kita perlu berjuang melaksanakan perintah Allah, demi mencapai keredhaanNya. Perjuangan itu pula memerlukan pengorbanan. Pengorbanan yang menjurus kepada melaksanakan perintah Illahi bagi menjamin diri dan jiwa raga mencapai keredhaanNya.

Firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubah : ayat 111;

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian itu) sebagai janji yang benar di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya selain daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan ketahuilah bahawa jual-beli itu ialah kemenangan yang besar.

” Allah SWT juga menyifatkan bahawa orang-orang yang mati mengorbankan dirinya untuk perjuangan pada jalan Allah itu, sebagai suatu kematian yamg amat mulia. FirmanNya dalam surah Ali Imran : ayat 169 -171;

169. Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

170. (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

171. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.

Maka dapatlah disimpulkan bahawa para petugas Islam mestilah bersedia untuk berkorban di dalam perkara berikut:

i. al-anfus : Diri (perasaan, tenaga, akal, masa dan nyawa)

ii. al-amwal : Harta benda (Sanggup mengeluarkan zakat, bersedeqah, hidup sederhana, mengeluarkan belanja untuk kegunaan Jemaah, melakukan kebajikan kepada yang memerlukan).

Kedudukan pengorbanan dalam Islam

1. Perintah Allah SWT

Pengorbanan yang dilaksanakan dalan Jemaah Islam merupakan suatu tuntutan Allah SWT terhadap orang-orang yang beriman. FirmanNya dalam surah at-Taubah : ayat 41;

“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”.

2. Sunnah Rasul

Tuntutan berkorban dalan Jemaah Islam juga adalah sunnah Rasulullah s.a.w dan para solihin. Firman Allah lagi dalam surah at-Taubah : ayat 88;

“(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan, dan mereka itulah juga yang berjaya”.

3. Faktor kejayaan

Pengorbanan adalah elemen penentu kejayaan dalam perjuangan. Kejayaan akan menjadi manis dan lebih bererti. Lumrah kehidupan mengajar kita bahawa sesuatu kejayaan, kemenangan dan kebahagian memerlukan pengorbanan. Keterangan ayat-ayat al-Quran tersebut dalam surah as-Saaf dan at-Taubah menjelaskan kepada kita bahawa pengorbanan adalah faktor penentu sesuatu kejayaan. Bak kata pepatah “jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”. Cita-cita untuk mendapatkan kejayaan tanpa usaha dan pengorbanan hanya akan menjadi angan-angan dan omongan kosong sahaja.

4. Keperluan dakwah

Tidak ada kejayaan dalam dakwah tanpa pengorbanan. Inilah hakikat yang pasti dilalui oleh para amilin dalam usaha-usaha dakwah dengan jelas dan nyata. Mereka mestilah mempersiapkan diri serta bersedia berkorban untuk meleburkan diri dalam perjuangan jika ingin melihat matlamat perjuangan Islam menjadi kenyataan.

Dakwah tidak akan hidup dan berkembang melainkan dengan jihad. Jihad pula tidak akan berlaku tanpa pengorbanan. Inilah jalan yang telah ditempuh oleh para nabi dan solihin sepanjang zaman seperti dirakamkan oleh Allah SWT dalam surah an-Nisa : ayat 74;

“Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar”.

Demikianlah peri pentingnya kefahaman yang dihasilkan daripada tarbiyah yang berkesan melahirkan pengorbanan dan dapat membuahkan kemenangan di dunia dan akhirat.

Kisah-kisah Pengorbanan dalam al-Quran dan as-Sunnah

1. Kisah Qabil dan Habil anak-anak kepada Nabi Adam a.s.

Allah SWT merakamkan kisah pengorbanan dalam surah al-Maidah : ayat 27;

“Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah) lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):

"Sesungguhnya Aku akan membunuhmu!" (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa”

2. Kisah Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.

Kisah teladan dari dua orang Nabi anak beranak yang sanggup berkorban apa sahaja walaupun dengan nyawa kerana kasih dan patuh terhadap perintahNya dirakamkan oleh Allah SWT dalam surah as- Shaffat : ayat 102 – 105;

102. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

103. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami),

104. Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!

105. "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

3. Kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.

Saidina Abu Bakar telah mengorbankan dan membelanjakan seluruh hartanya untuk perjuangan bersama-sama Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya kepadanya: “Apakah yang kamu tinggalkan kepada keluarga kamu?” Lalu beliau menjawab: “ Aku telah tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya”

4. Kisah Suhaib r.a.

Antara para sahabat Rasulullah s.a.w, Suhaib telah mengorbankan seluruh harta yang dimiliki demi perjuangan membantu baginda. Lantas Allah SWT mengiktirafnya bersama-sama orang-orang sepertinya dalam al-Quran pada surah al-Baqarah : ayat 207;

207. Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambanya. Rasulullah s.a.w dengan gembira menyambutnya seraya berkata:“Wahai Suhaib, Tuhanmu telah membeli daganganmu (menerima pengorbananmu)”.

5. Kisah para sahabiyah yang bersama-sama Rasulullah s.a.w

Saidatina Khadijah r.a. adalah orang yang mula-mula beriman dan melakukan pengorbanan harta benda dan kemewahan serta keselesaan hidupnya untuk bersama-sama baginda. Sumaiyyah pula syahid mengorbankan nyawanya demi untuk mempertahankan aqidah. Ummu Sulaim (Khansa’) pula sanggup mengorbankan tiga anak-anak lelakinya di medan jihad.

Beliau begitu sedih mengadu kepada baginda bahawa dia tidak ada anak lelaki lagi untuk pergi ke medan jihad. Nusaibah pula pergi ke medan perang dan sanggup menjadikan dirinya sebagai benteng melindungi baginda. Asma’ pula dengan penuh keletihan sarat mengandung sanggup mendaki bukit untuk menghantar bekalan dalam keadaan para pemuda tangkas Quraisy memburu Rasulullah s.a.w dan bapanya Abu Bakar yang sedang bersembunyi dalam peristiwa hijrah.

Sesungguhnya mereka semua telah melakukan pengorbanan yang sangat bernilai demi perjuangan menegakkan agama Allah SWT. Begitulah tarbiyah nabawiyyah yang dinikmati oleh para sahabat secara praktikal yang menjadi contoh teladan bagi kita.

Ganjaran dari Allah SWT kepada mereka yang berkorban

Allah SWT menjanjikan ganjaran di dunia dan akhirat kepada mereka yang sanggup berkorban seperti firmanNya dalam surah as-Shaff : ayat 10 -13;

10. Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

12.(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan yang besar.

13.Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

FirmanNya lagi pada surah Saba’ : ayat 39;

39.Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia- lah jua sebaik-baik pemberi rezeki".

Seterusnya firmanNya pada surah Ali Imran : ayat 157;

157. Demi sesungguhnya! jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), Sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup).

Adalah berdasarkan ayat-ayat di atas ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT berbentuk pada dua peringkat di dunia dan akhirat.

1. Ganjaran di dunia

i. Mendapat pertolongan Allah SWT dalam urusan duniawinya.

ii. Menikmati kemenangan hasil perjuangannya

iii.Mendapat jaminan Allah SWT tentang rezekinya tanpa disedari dari mana datang puncanya. iv. Allah SWT menggantikan dengan berlipat ganda segala yang telah dibelanjakan ke jalanNya.

2. Ganjaran di akhirat

i. Mendapat jaminan keselamatan dari azab neraka yang pedih.

ii. Mendapat keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan.

iii.Dimasukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.

iv. Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di syurga bernama “Adn”.

Kesimpulan

Kita hendaklah mengambil contoh teladan generasi terdahulu yang telah beroleh kemenangan dalam perjuangan menegakkan Islam. Jadikanlah perjuangan ini dalam gerak kerja amal jamaie keutamaan yang didahulukan. Pastikan setiap detik masa yang dianugerah oleh Allah SWT tidak berlalu dengan sia-sia dan sentiasa dalam ruang lingkup bersama-sama Jemaah.

Sayugia didalam kesibukan gerak kerja amal jamaie janganlah lupa memastikan zuriat kita bersedia menjadi pewaris dan generasi pelapis perjuangan. Yakinlah bahawa pengorbanan yang dilakukan untuk perjuangan Islam merupakan suatu perniagaan atau pelaburan yang sangat menguntungkan. Yakinlah juga bahawa segala kepayahan dan perit getir mengharungi liku-liku perjuangan Islam akan mendapat pertolongan dari Allah SWT yang telah dijanjikanNya. Siapakah yang pasti dan lebih baik menunaikan janjiNya selain dari Allah?

SUMBER:
http://kaknuri.blogspot.my/2012/05/pengorbanan-dalam-perjuangan.html

Khamis, 26 Oktober 2017

Antara Fahaman Wahabi dan Fenomena Murtad

Disediakan: Hafiz Firdaus Abdullah (www.al-firdaus. com)

Di bawah ini dicatitkan beberapa pengamatan terhadap tulisan En.hafiz Firdaus berkenaan dengan pembelaannya terhadap alirah Wahhabiah dalam e mail yang disebarkannya. Kenyataan-kenyataan beliau dipeturunkan dahulu, disusuli dengan pengamatan-pengataman saya terhadapnya. Mudah-mudahan ada menafaatnya.Allahumma amin.

Tulisannya di mulai dengan kenyataan seperti berikut:

”Tanggal 27 November 2006 genaplah setahun laporan muka utama akhbar Mingguan Malaysia yang berjudul “Fahaman Wahabi Menular”. Kebanyakan kenyataan dalam laporan tersebut adalah tidak tepat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh sahabat saya, Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus dalam bukunya Fahaman Wahabi Menular:

Satu Analisis Terhadap Dakwaan Yang Ditimbulkan Oleh Akhbar Utusan Malaysia terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2006. Namun ada dua kenyataan yang tepat dalam laporan tersebut. Pertama: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi sedang menular. Ini tepat, bahkan yang lebih jitu adalah fahaman Wahabi memang sungguh-sungguh sedang menular. Ia seumpama arus tsunami yang menenggelamkan pelbagai fahaman, pengaruh, jamaah dan aliran lain yang ada di Malaysia . Kedua: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi mendapat tempat di kalangan cerdik pandai umat Islam. Ini tepat, tetapi realiti masa kini ini membuktikan bahawa fahaman Wahabi juga sudah mendapat tempat di kalangan mereka yang pelbagai lapisan dan latarbelakang.

”Apa Dan Kenapa Wahabi?

”Saya biasa ditanya, apakah fahaman Wahabi. Jawapan saya mudah sahaja: Ia adalah pemikiran dan amalan Islam yang berdasarkan dalil dan hujah yang berbeza dengan kebiasaan pemikiran dan amalan masyarakat Malaysia . Soalan seterusnya, kenapa fahaman Wahabi secara meluas mendapat tempat di kalangan umat Islam?

Terdapat beberapa jawapan bagi persoalan ini:

”Pertama: Fahaman ini memandang Islam sebagai suatu agama yang berdasarkan ilmu. Oleh itu ia tidak membicarakan Islam melainkan dengan metodologi ilmiah yang tinggi lagi berdisiplin. Fahaman ini menolak bicara Islam yang berdasarkan mitos, khayalan, cerita-cerita dongeng dan apa-apa yang seumpama. Dalam suasana umat Islam yang semakin meningkat kedudukan mereka dari sudut ilmu, mereka mula beralih kepada Islam yang berdasarkan ilmu, yakni dalil dan hujah.

Pengamatan saya (Muhammad Uthman El-Muhammady pada 29 Nov.2006) : Wahabiah memandang Islam dengan pandangan yang bukan berdasarkan metodologi ilmu sebagaimana yang disepakati dalam Ahlissunnah wal-Jamaah mengikut Qur’an, Sunnah, ijma’ dan Kias mereka yang muktabar dalam umat. Dalam Ahlissunnah, golongan yang diakui selamat itu, sebagaimana yang ada dalam hadis-hadis sohih, menggunakan kaedah-kaedah ini dalam akidah, Syariat, dan ajaran berkenaan dengan pembersihan jiwa dan peribadi manusia. Inilah wacana ilmu yang ada zaman salaf dan dalam tujuh abad Islam tanpa gangguan. Pemikiran Wahhabi tidak pernah muncul melainkan kebelakangan ini, dikemukakan oleh beberapa orang yang boleh dibilang dengan jari sebelah tangan. Wacana ilmu dengan metodologi yang diiktiraf oleh pusat-pusat pengajian Sunni di seluruh dunia adalah berlainan daripada apa yang dikemukakan oleh para pejuang Wahhabi. Sebab itulah ulama muktabar abad ke 20 seperti Abu Zaharah, antara lainnya, menolaknya, sebagaimana yang boleh dilihat dalam bukunya ’Tarikh al-madhahib al-Islamiyyah’.

”Kedua: Fahaman ini meningkatkan lagi penghayatan umat Islam terhadap agama Islam. Jika sebelum ini umat hanya mengenal Islam berdasarkan hafalan “fardhu ain”, kini umat mula mengenal Islam berdasarkan dalil dan hujah. Umat Islam mula mengenal kenapa mereka beribadah dengan tatacara sekian-sekian, hikmah di sebalik sesuatu ibadah, tujuan di sebalik sesuatu hukum dan objektif yang ingin dicapai oleh syari’at kepada manusia.

Pengataman saya (uem): Penghayatan Islam dalam umat Islam bukannya dijayakan oleh golongan Wahhabi, sebab penghayatan Islam zaman agungnya berlaku bukan dalam zaman Wahhabi; Wahhabiah hanya muncul dalam abad ke 18 Masehi; adakah hendak ditafsirkan bahawa penghayatan Islam tidak ada sebelum itu? Huraian Islam berdasarkan dalil dan hujah dilakukan oleh para imam mujtahid dan ulama Ahlissunnah bukannya oleh ulama Wahhabi abad ke 18 dan kemudiannya. Teks-teks fundamental dalam ilmu-ilmu Islam seperti tafsir Qur’an, hadith-hadith, usul al-din, fiqh, sirah dan seterusnya, bahkan ilmu-ilmu bahasa dan lainnya dilakukan oleh ulama Ahlissunnah bukannya oleh ulama Wahhabi yang baharu muncul di abad ke 18. Hikmah disebalik amalan-amalan Islam juga sudah dihuraikan oleh ulama Ahlissunnah, yang terakhir antaranya, dalam abad ke 18 ialah oleh ahli hadith terkenal Syah Waliyyu’llah al-Dihlawi dalam ’Hujjatullahil-Balighah’nya.Dan beliau bukannya Wahhabi.

”Ketiga: Fahaman ini memberi penekanan kepada usaha tajdid, iaitu usaha membersihkan agama Islam dari pelbagai pencemaran sehingga ia kembali tulen. Ketulenan ini adalah sesuatu yang benar-benar asing kepada masyarakat sehingga mereka menganggap ia adalah sesuatu yang baru, sekali pun ia sebenarnya sudah wujud sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Usaha tajdid memberi nafas yang baru kepada umat Islam. Mereka mula melihat keindahan, kemudahan dan kesyumulan Islam sebagaimana yang dilihat oleh generasi pertama yang menerimanya secara tulen daripada Rasulullah s.a.w..

Pengamatan saya (uem): Usaha ’tajdid’ yang dilakukan oleh kelompok Wahhabi ialah menggelarkan orang lain ’bid’ah’ tidak ada usaha tajdid dalam erti yang ada dalam hadith Abu Daud, yang menyebut kemunculannya di awal seratus tahun itu, yang menghidupkan semula amalan Islam yang dilupakan, atau yang terbengkalai, bukan yang dilakukan oleh golongan wahhabiah terdiri daripada perbuatan membid’ah atau menyesatkan bahkan mengkafirkan orang lain yang bukan sefahaman dengan mereka. Para mujaddin dalam sejarah Islam bukannya termasuk golongan Wahhabi itu. Imam-imam yang muktabar dalam sejarah Islam dan usaha tajdid tidak termasuk ke dalamnya ulama Wahhabi yang mula muncul abad ke 18 itu.Mereka itu digunakan oleh British dan Perancis, secara tidak langsung, untuk memusnahkan khilafah Uthmaniah. Subhana’Llah.

”Keempat: Fahaman ini menyentuh isu-isu terkini lagi relevan dengan suasana umat Islam. Sebagai contoh, apabila fahaman yang lain masih memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dengan air perigi, fahaman ini memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dalam kapalterbang. Apabila fahaman lain memberi perhatian kepada cara berzikir di atas pokok, fahaman ini memberi perhatian kepada cara beribadah di atas kenderaan moden seperti LRT, Monorail, Komuter dan sebagainya. Oleh itu tidak asing juga apabila didapati antara yang kehadapan dalam menangani isu-isu masakini ni liberalisme, pluralisme, feminisme dan athiesisme adalah tokoh-tokoh yang disandarkan kepada fahaman ini.

Pengatatan saya (uem): Isu-isu fahaman menyeleweng umat dibicarakan oleh para ulama yang berfikiran jauh seperti Syaikh Hasan al-Banna, Abul Hasan Ali Nadawi dan lainnya yang seperti mereka, bukannya oleh ulama Wahhabi yang membid’ahkan orang lain dan menimbulkan perpecahan di mana mereka berada, bahkan sampai membawa kepada pertumpahan darah di Asia Tengah antara lainnya.

”Kelima: Fahaman ini tidak membataskan ahli-ahlinya kepada jamaah tertentu. Tidak ada sistem mendaftar keahlian, berbai’ah kepada amir, perlantikan ahli jawatan kuasa tahunan dan lain-lain yang biasa ditemui dalam jamaah-jamaah Islam. Seseorang itu boleh sahaja mengikuti fahaman ini dan pada waktu yang sama terus bergiat aktif dengan jamaah yang dianggotainya. Hanya saja fahaman ini mengingatkan umat Islam agar membetulkan tujuan mereka bergiat aktif di dalam sesuatu jamaah. Hendaklah tujuan tersebut demi kebaikan Islam dan umatnya, bukan demi memelihara maruah jamaah dan menjaga kedudukannya sebagai yang terbaik berbanding jamaah-jamaah yang lain.

Pengamatan saya (uem): Tentang tidak ada amir-amir itu tidak menjadi persoalan sekarang ini; yang menjadi persoalan ialah umat Islam hendaklah berada dalam Ahlissunnah wal-Jamaah yang mempunyai aturan-aturan dalam huraian pengetahuannya, dan janganlah seseorang itu, berdasarkan agamanya kepada fikiran sendiri. Kalau dalam profesi duniawi pun manusia dikehendaki supaya mengikut aturan-aturan menjaga kesahihan amalan dan tindakan, maka dalam hukum dan fahaman agama ini lebih-lebih lagi dikehendaki; sebab itu Qur’an mengajarkan kita supaya ’jangan sesat’ ertinya jangan lari daripada nas; dan nas itu pula huraiannya mestilah mengikut kaedah-kaedahnya, bukannya mengikut apa pang difikirkan oleh orang-orang yang belum menentu kredibiliti ilmiahnya.

”Di Mana Salahnya Dengan Fahaman Wahabi?”

Secara umum, tidak ada yang salah dengan fahaman Wahabi kecuali namanya. Memang, ada segelintir orang yang mengikuti fahaman ini dengan semangat yang mendahului ilmu dan kematangan sehingga mereka berlebih-lebihan dalam mengkritik dan mencela. Namun tindakan segelintir tidak boleh dijadikan hujah untuk menghitamkan keseluruhan fahaman ini dan majoriti yang mengikutinya berdasarkan ilmu dan kematangan.

Fahaman Wahabi bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam atau terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Malah ia lebih mendekati Islam yang sebenar dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang tulen. Terkecuali adalah nama “Wahabi” yang disandarkan kepada fahaman ini, ia adalah nama yang sengaja digunakan oleh sebahagian agamawan sebagai senjata untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka daripada fahaman yang murni ini. Kenapakah perlu ditakut dan dijauhkan orang ramai daripada fahaman ini? Paling kurang ada dua sebab utama:

”Sebab Pertama: Apabila fahaman ini membicarakan Islam berdasarkan metodologi ilmiah, akan terbongkar kesilapan, kedongengan dan kepalsuan apa yang selama ini disampaikan oleh para agamawan tersebut. Dalam menghadapi suasana ini, para agamawan terbahagi kepada dua kategori: Pertama adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama berdasarkan sikap jujur lagi amanah. Mereka membetulkan apa yang pernah disampaikan sebelum ini seandainya ia sememangnya tidak tepat. Kedua adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama kerana maruah dan status. Mereka sukar untuk mengakui bahawa apa yang mereka sampaikan sebelum ini adalah tidak tepat. Maka mereka mencari helah untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka dari kebenaran tersebut. Helah tersebut adalah: “Berhati-hatilah dengan fahaman Wahabi kerana ia terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah……”

”Sebab Kedua: Fahaman ini benar-benar mendapat sambutan daripada umat Islam sehingga kuliah-kuliah pimpinan tokohnya dibanjiri oleh hadirin daripada pelbagai latarbelakang. Suasana ini bertolak belakang dengan kuliah-kuliah pimpinan para agamawan yang semakin lengang sehingga akhirnya ia dibatalkan oleh pihak penganjur. Dalam menghadapi suasana ini, sekali lagi para agamawan terbahagi kepada dua kategori: Pertama adalah mereka yang memiliki sikap yang positif dimana dengan sikap tersebut mereka berusaha untuk mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan, selari dengan kehendak para hadirin. Kedua adalah mereka yang memiliki sikap yang negatif dimana mereka enggan mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan. Pada waktu yang sama mereka tidak boleh berdiam diri kerana semua ini melibatkan sumber pendapatan mereka. Dengan berkurangnya jemputan, berkuranglah juga pendapatan. Maka mereka perlu mencari helah untuk menjanakan kembali sumber pendapatan dengan berkata: “Berhati-hatilah dengan kuliah orang-orang Wahabi, mereka itu ditaja oleh pihak Barat……”

Pengamatan saya (uem): Tentang golongan Wahhabi ditaja oleh Barat, itu tidak menjadi persoalan kepada orang yang mengetahui sejarah Abdullah Philby, Lawrence of Arabia, dan unsur-unsur tertentu dalam hubungan pihak-pihak tertentu dengan Barat sekarang ini. Demikian pula minat Barat untuk membesar-besarkan unsur-unsur yang boleh memecahkan otoriti wacana ilmiah Ahlissunnah yang teguh itu; mereka berminat untuk memusnahkannya dengan pelbagai cara. Antaranya ini jelas dari Rand Cotrporation Report. Ini jelas juga kepada mereka yang membaca ’Tarikh Najdin’ dan ’Unwan al-Majdi’. Maka lebih baik, dan selamatlah orang-orang yang terus menerus berpegang kepada aliran arus [perdana Islam yang diterima oleh ulama yangf terkenal dalam sejarah Islam yang terpandu dengan metosologi dalam tafsir, hadith, fiqh, akhlak, sejarah, nahu dsan saraf dan seterusnya. Dan dalam golongan ini pula dipupuk persaudaraan Islam dan beradab dalam perbezaan pendapat, berbeza daripada golongan Wahhabi, yang menganggap pihak-pihak yang berlainan daripada mereka sebagai sesat, atau kafir, serbaimana yang ada dalam ’Kitab Kasyf al-Syubuhat’ oleh Muhammad Abdul Wahhab, dan kitab ’Hal al-Muslim Mulzam bittiba’ madhhabin mu’ayyanin minalMadhahib al-Arba’ah’ oleh al-Khojandi al-ma’sumi itu, antara lain-lainnya.

Pengamatan saya (uem) : Wahhabiah banyak menyalahi pendirian wacana Ahlissun nah: pembahagian tauhid kepada tiga yang menjadi wasilah kepada mengkafirkan orang yang melawat kubur orang solih, menghalalkan darah mereka, menghalalkan merampas harta mereka, akibat kafirnya; pengharaman dan pengkafiran tawasuyl; perbuatan memanggil negeri yang lain daripada yang mempunyai fahaman mereka sebagai ’dar al-harb’, mengharamkan taklid imam-imam mazhab, mengharamkan amalan-amalan yang mereka anggapkan bid’ah pada fahaman mereka, walhal itu tidak diharamkan oleh ulama lain.Mereka menikmbulkan perpecahan di mana mereka berada, bahkan menimbulkan pertumpahan darah; mereka tidak mentaati ulim-amri negeri-negeri Islam, dan seteruanya. Ini semua menjadikan gerakan Wahhabi sebagai gerakan yang mesti diawasi daianya jangan dibiar berkembanmgan.Sebab itulah Imam Abu Zahrah menyatakan bahawa kalau mereka berada dalam negeri mereka itu tidak mengapa, tetapi bila merela merebak ke negeri lain, akan timbul masalah besar. Wallahu a’lam.

Pengamatan berhubungan dengan murtad saya (uem) menyatakan: Dalam hubungan dengan gejala murtad setengah Orang di Malaysisa, kalau hendak ditafsirkan bahawa gejala itu selesai dengan orang masuk Wahhabi, maka itu sukar dipertahankan, sebab di kalangan Orang Wahhabi perlaksanaan agama yang berkurangan juga berlaku, dan gejala murtad juga berlaku termasuk di Asia barat. Maka perl;u dicari sebab-sebabnya mengikut fakta-fakta yang objektif dan bukannya dengan senang menyebut bahawa golongan Wahhabio penghayatan agamanya lebih daripada orang lain.

Kemudian kalau ada orang yang menakut-nakutkan orang dengan laknat Allah kerana tidak menyetujui Wahhabiah, [dengan merujuk surah Hud 11, ayat 18-22], maka boleh disebutkan bahawa golongan Wahhabi yang mencaci-maki umat Islam dan ulama Ahlissunnah wal-jamaah itu melakukan perbuatan yang menjemput kebencanaan.Ini adalah, antara lainnya berdasarkan fahaman daripada hadith sohih al-Bukhari yang menyebutkan antaranya ’Sesiapa yang bermusuh dengan seorang wali-Ku maka Aku isytihar perang terhadapnya’ maka siapa tahu kalau ke dalam waliKu itu termasuk ulama Ahlissunnah yang dicaci dan dimaki itu. Subhana’Llah.

Sumber:
https://bankwahabi.wordpress.com/2006/12/03/jawapan-dr-dr-uthman-el-muhammady/


Rabu, 25 Oktober 2017

Umat Islam Sedang Dalam Keruntuhan Dan Kehinaan

Satu hakikat yang tidak dapat dipadamkan daripada lembaran sejarah ialah bahawa umat Islam 1400 tahun yang lalu merupakan satu golongan manusia yang memiliki maruah, kemuliaan, kekuatan dan keagungan yang tiada tandingan.

Akan tetapi sebaik sahaja kita mengalihkan pandangan daripada lembaran sejarah itu kepada realiti kaum muslimin hari ini, kita akan dapat melihat satu golongan manusia yang tenggelam dalam lautan kehinaan dan dalam jurang kefasikan. Kita dapat melihat dengan jelas sekelompok manusia yang tidak mempunyai sebarang kekuatan mahupun kekuasaan. Kemiskinan dan kemunduran penduduk dunia majoritinya daripada kalangan mereka. Begitu juga kita dapat melihat mereka dalam ketandusan harga diri, perpaduan dan kasih sayang. Bahkan, peribadi mereka tidak lagi mencerminkan nilai akhlak yang tinggi sebagaimana 1400 tahun yang silam.

Tegasnya, umat Islam sedang dalam keruntuhan dan kehinaan di mana-mana. Keadaan ini menjadi bualan malah kegembiraan kepada musuh-musuh Islam. Kenapakah keadaan ini terjadi dan terus berlarutan? Bukankah telah muncul pejuang-pejuang samada secara individu mahupun harakah-harakah Islam yang bangun berusaha mengembalikan kemuliaan, maruah, kekuatan dan ketuanan umat Islam di atas muka bumi? Di bumi Palestin misalnya, telah setengah abad rakyatnya bangkit menentang pendudukan Yahudi. Namun sehingga kini kejayaan masih jauh daripada menjadi kenyataan. Bahkan mereka semakin tertekan dan terhina. Begitu juga dengan perkembangan umat Islam di Selatan Thailand dan perjuangan umat Islam di Selatan Filipina.

Mungkin kita tertanya-tanya, mengapa Allah biarkan umat Islam berlarutan dalam keruntuhan dan kehinaan ini. Sedangkan Allah sendiri telah berjanji untuk mewariskan bumi ini kepada umat Islam. Firman Allah:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal soleh, bahawa Dia akan bersungguh-sungguh menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi.”

Begitu juga Allah telah memberi jaminan untuk menolong dan memuliakan umat Islam melalui firman-Nya yang bermaksud:

“Dan adalah hak Kami menolong orang-orang yang beriman.”

Firman-Nya lagi:

“Bagi Allah kemuliaan, dan bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin.”

Jadi jikalau mengikut ukuran akal maka tidak sepatutnya Allah biarkan umat Islam terus berada dalam kehinaan. Tapi kenapa Allah swt jatuhkan umat Islam daripada tampuk kekuasaan dunia? Allah serahkan kerajaan Bani Abbasyah ke tangan orang-orang Monggol di bawah pimpinan Hulagu Khan. Kenapa Allah lakukan demikian?

Untuk menjawabnya, perlulah kita memahami sunnatullah yang berlaku dalam sejarah. Firman Allah yang maksudnya:

“Hari-hari itu Kami gilir-gilirkan di antara manusia.”

Dan dalam firman-Nya yang lain:

“Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai kurnia (yang dicurahkan) ke atas semesta alam.”

Melalui ayat-ayat ini fahamlah kita bahawa penguasaan muka bumi ini Allah tidak tetapkan milik satu-satu bangsa atau kaum sahaja. Tetapi Allah tukar gantikan antara manusia dengan tujuan agar muka bumi ini tidak dipenuhi dengan kerosakan dan kemungkaran.

Jadi apabila suatu bangsa yang berkuasa di atas mukabumi telah berleluasa melakukan penindasan, kezaliman dan kemungkaran maka Allah tidak biarkan. Allah akan datangkan satu kaum yang lain mencabar dan akhirnya menjatuhkan kekuasaannya. Begitulah sunnatullah yang berlaku dalam sejarah. Rom tua dan Parsi raya pernah berkuasa di atas muka bumi. Tetapi apabila mereka berbuat mungkar dan berlaku zalim maka Allah datangkan umat Islam mencabar kekuasaan mereka hingga jatuh. Begitu juga yang terjadi kepada umat Islam setelah hampir 700 tahun berkuasa di atas muka bumi. Allah jatuhkan setelah mereka juga melakukan kezaliman dan kemungkaran dengan kedatangan orang-orang Monggol. Begitulah juga nasib kuasa-kuaa Barat yang menjajah negara-negara di dunia kemudiannya. Begitulah seterusnya, semakin banyak kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan semakin cepat Allah jatuhkan mereka daripada menjadi penguasa muka bumi ini.

Jadi kekuasaan dan ketuanan umat Islam silam Allah jatuhkan kerana umat Islam telah lalai dripada ajaran Islam dengan melakukan kezaliman dan kemungkaran. Dan sejak itu tamadun Islam terus runtuh hingga kini umat Islam berada dalam kemunduran dan kehinaan. Perbuatan dosa dan maksiat berlaku berleluasa di kalangan mereka. Firman Allah yang bermaksud:

"Mereka lupa Allah, lalu Allah lupakan mereka.”

Para penguasa di kalangan mereka telah cinta dunia. Mereka menghabiskan masa berhibur dan melakukan maksiat dalam istana-istana yang indah. Alim ulamanya sudah tidak berfungsi lagi mendidik masyarakat, sebaliknya menyibukkan diri berbahas dan berdebat. Masyarakat terbiar dalam kejahilan sehingga mereka lari daripada ulama yang amilin dan jauh daripada para fuqaha. Justeru itu Allah sengaja datangkan penguasa yang zalim ke atas umat Islam untuk mengajar mereka. Sabda Rasulullah saw yang lebih kurang bermaksud”

“Akan datang satu zaman ke atas umatku, mereka lari daripada para ulama (yang amilin) dan lari daripada fuqaha (tidak mahu bermazhab). Maka Allah akan timpakan mereka dengan tiga bala. Allah angkat keberkatan daripada setiap usaha mereka, Allah akan datangkan penguasa yang zalim ke atas mereka dan mereka keluar dari dunia tanpa membawa iman.” Oleh itu berani saya katakan bahawa kejatuhan umat? Islam dan keruntuhan tamadun yang telah dibina oleh generasi salafussoleh adalah kerana dosa maksiat dan kemungkaran yang dilakukan oleh umat Islam sendiri. Apabila mereka melakukan maksiat dan mungkar maka mereka tidak lagi tergolong dalam umat yang bertaqwa. Dengan sebab itu mereka tidak mendapat pertolongan dari Allah swt. Sebab Allah hanya berjanji untuk membantu hamba-Nya yang bertaqwa. Firman Allah yang maksudnya:

“Allah menjadi pembela kepada orang-orang yang bertaqwa.”

Menyedari akan hakikat inilah maka Sayidina Umar Al Khattab r.a tidak lupa untuk berpesan kepada tentera-tentera Islam sebelum mereka dihantar ke perbatasan dengan katanya,”Aku lebih takut pada dosa-dosa kamu daripada musuh-musuhmu. Kerana apabila kamu melakukan dosa, Allah tidak lagi akan menolong kamu. Maka terbiarlah kamu pada musuh-musuhmu.” Begitu juga Panglima Saad Abi Waqqas dan Salman Al Farisi ketika sedang mengharungi air sungai Dajlah untuk menawan Parsi pernah mengungkapkan, “Demi sesungguhnya Allah akan memusnakkan musuh-musuhnya selama tidak ada di dalam tentera kita orang yang zalim dan berbuat dosa.”

Di sinilah rahsia dan kekuatan taqwa. Dengannya Allah datangkan bantuan dan pertolongan tanpa diketahui dari mana datangnya. Firman Allah yang maksudnya:

“Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Kami akan memberikan baginya jalan keluar dari rezeki yang tidak diketahui dari mana datangnya.” Dalam peperangan Badar, 313 tentera Islam yang tidak mempunyai kelengkapan perang yang cukup tetapi berbekalkan taqwa dapat mengalahkan tentera kafir musyrik seramai 1000 orang yang lengkap bersenjata. Ini membuktikan apabila bertembung taqwa dan kekuatan lahir maka Allah menangkan taqwa. Tetapi jika taqwa tidak ada maka kekuatan lahir akan jadi penentu kemenangan.

Sebaliknya kalau kita tinjau kekalahan tentera Islam dalam peperangan Uhud, sebenarnya kerana tentera Islam telah melakukan dosa. Pertama, dosa kerana tidak mematuhi arahan pemimpin (Rasulullah saw) agar pasukan memanah tidak berganjak dari kedudukan mereka di atas bukit. Keduanya, kerana hati sebahagian mereka didatangi sifat tamak akan dunia (harta rampasan). Dosa-dosa inilah yang menyebabkan Allah berlepas tangan daripada membantu mereka.

Begitu juga yang terjadi dalam sejarah peperangan Hunain yang berlaku selepas pembukaan Kota Mekah. Bilangan tentera Islam yang maju ke medan pertempuran ketika itu berjumlah puluhan ribu orang. Hingga terdetik dalam hati masing-masing. “Dengan jumlah yang sebegini ramai tentu sahaja kita tidak akan dapat dikalahkan.” Tetapi apabila berlaku pertempuran, baru dengan sekali serbu sahaja maka barisan tentera Islam telah pecah dan kucar-kacir. Malah ramai berundur lari ke belakang dari medan pertempuran. Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (Hai orang Mukmin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain. Iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak sedikit pun memberi manfaat kepadamu, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.”

Demikianlah, hanya kerana dosa riak dengan bilangan yang ramai (tidak lagi bergantung penuh dengan Allah) maka tentera Islam telah tiada dibantu.

Kini dunia berada di bawah cengkaman dua superpower Rusia dan Amerika yang tidak putus-putus melakukan kezaliman dan kemungkaran di atas muka bumi. Mereka telah lemah bagaikan singa tua yang telah tumpul taringnya dan menunggu masa saja untuk dijatuhkan. Tapi siapakah yang bakal Allah datangkan untuk mencabar kekuasaan mereka? Adakah dari kalangan kita umat Islam yang rata-rata sedang bergelumang dalam maksiat dan mungkar?

Umat Islam telah lalai dengan sembahyang, ulamanya berkrisis dan berhasad dengki sesama mereka, rogol, zina, liwat, samun, riba, rasuah, bunuh diri, pergaulan bebas dan lain-lain kemungkaran berleluasa berlaku di kalangan umat Islam. Sedangkan usaha-usaha membenteras kemungkaran dilakukan sambil lewa dan tidak jujur. Mereka yang diharapkan membenteras maksiat dan kemungkaran juga melakukan kemungkaran seperti bersekedudukan, memakan harta anak yatim, malah jalan-jalan amar makruf nahi mungkar dipersempitkan.

Kalau demikianlah keadaan umat Islam, tentu sekali mereka tidak mungkin mencabar dan menjatuhkan kedua superpower itu. Tetapi akan Allah kutuk dan balakan mereka. Kemuliaan umat Islam tidak akan Allah kembalikan, selagi umat Islam tidak mengambil langkah-langkah untuk mengungkai punca kutukan Allah (kemungkaran) yang menyebabkan mereka terhina di mana-mana. Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu (terlebih dahulu) mengubah apa yang ada dalam dirinya.”

Justeru itu apakah jalan keluar agar umat Islam dapat pulih daripada keruntuhan dan kehinaan ini? Imam Malik r.m ada berkata, “Pembaikan umat terakhir tidak mungkin (tercapai) melainkan dengan cara yang digunakan pada umat permulaan,” Oleh itu? kaedah yang telah digunakan oleh Rasulullah saw sehingga berjaya mengeluarkan umat Arab daripada jahiliah yang penuh dengan maksiat dan kemungkaran itu patut menjadi contoh ikutan kita pada akhir zaman ini. Rasulullah saw berdakwah dan mendidik masyarakat Arab jahiliah itu dengan tiga perkara, iaitu dengan menanamkan rasa tauhid ke dalam jiwa mereka hingga mereka takut pada Allah swt, menanamkan rasa gerun kepada seksa neraka Allah di akhirat dan menanamkan rasa cinta kepada syurga Allah. Seterusnya baginda menanamkan rasa kasih sayang sesama mereka. Akhirnya lahirlah peribadi-peribadi yang teguh imannya dan terpuji akhlaknya. Sehingga generasi didikan Rasulullah saw ini dipuji oleh Allah sebagai sebaik-baik umat yang dilahirkan di kalangan manusia seluruhnya.

Oleh itu jalan inilah yang hendak kita tempuh iaitu dengan membuka seluas-luasnya gelanggang bagi menyeru kepada yang makruf (kebaikan) dan mencegah yang mungkar. Umat Islam hendaklah diasuh dan dididik hingga mereka takutkan Allah, gerun kepada seksa neraka dan cintakan syurga Allah di akhirat kelak. Hasilnya mereka akan takut dengan dosa dan meninggalkan maksiat dan kemungkaran yang menjadi punca keruntuhan dan kehinaan di atas muka bumi.

Sumber:

Ustaz Muhamad Naim Hashim
http://ustaznaim.blogspot.my/

Jumaat, 20 Oktober 2017

Manusia Yang Mendapat Pertolongan Langsung Dari Allah


Manusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang tidak pernah luput dari dosa. Di akhirat nanti manusia akan diberi ganjaran sesuai dengan amal perbuatan yang selama ini dilakukan di dunia. Akan tetapi, ada tujuh jenis golongan manusia yang akan mendapatkan pertolongan langsung dari Allah SWT pada hari akhir. Di hari tersebut tidak akan ada pertolongan kecuali atas izin-Nya.

Tentu saja jenis amalan yang dilakukan oleh 7 golongan ini berbeda-beda. Namun, mereka semua memiliki satu sifat amalan yang sama. Amalan tersebutlah yang membuat mereka akan mendapatkan perlindungan langsung dari Allah SWT.

Sifat tersebut adalah mereka sanggup menentang dan melawan hawa nafsu mereka denga tujuan hanya untuk mengharap ridho dari Allah. Lalu jenis golongan yang bagaimanakah yang mendapatkan pertolongan langsung dari Allah tersebut? Berikut adalah ulasan nya.

1. Pemimpin yang Adil

Golongan pertama yang akan memperoleh pertolongan langsung dari Allah adalah pemimpin yang adil. Manusia terlahir sebagai seorang pemimpin. Baik memimpin dirinya sendiri ataupun memimpin orang lain. Pemimpin bisa jadi seorang presiden, gubernur, bupati, camat, lurah, dan lain sebagainya. Setiap pemimpin akan diminta Allah tentang pertanggungjawabannya selama memimpin. Oleh sebab itu, pemimpin harus memiliki sifat adil dalam pelaksanaan tugasnya. Agar semua orang yang dipimpinnya merasa bahagia dengan pelayanan yang diberikan oleh pemimpin secara maksimal dalam menegakkan keadilan.

2. Pemuda yang Tumbuh dengan Jalan Beribadah pada Allah SWT

Masa muda adalah masa saat syahwat sedang berada ditaraf menggebu-gebu. Sehingga hal ini tidak jarang akan membuat pemuda tersebut dapat terjerumus dalam kemaksiatan. Terlebih lagi di zaman yang penuh dengan fitnah ini, akan banyak sekali ditemukan para pemuda dan pemudi yang bergaul dengan bebasnya. Bahkan, tidak jarang mereka melakukan kemaksiatan di tempat umum tanpa mengenal malu. Pemuda demikian akan mendapatkan laknat dari Allah SWT.

Namun, jika ada pemuda yang mampu menjaugi perbuatan maksiat dan bisa mengisi hari-harinya dengan beribadah kepada Allah, maka jenis pemuda yang demikianlah yang akan mendapatkan pertolongan oleh Allah SWT di hari kiamat nanti. Sebagaimana kisah Ashabul Kahfi (Para pemuda Kahfi) yang menghindari fitnah raja yang dzolim untuk menyelamatkan iman mereka.

3. Lelaki yang Hatinya Terpaut dengan Masjid

Sumber: http://didakwah.blogspot.my/2017/10/tujuh-golongan-manusia-yang-mendapat.html Jenis golongan ketiga yang akan mendapatkan pertolongan langsung dari Allah SWT adalah lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid. Lelaki yang tidak pernah melewatkan setiap kesempatan untuk memakmurkan masjid dengan beribadah dan beramal sholeh di dalamnya, terutama sholat 5 waktu dengan berjamaah di masjid akan naungan dari Allah. Hati manusia yang bergolongan ini akan merasa gelisah dan galau jika jauh dari masjid. Tidak hanya itu, ia juga akan merasa sedih jika tidak bisa mendatangi di waktu-waktu sholat berjamaah dan ketika majelis dzikir diadakan.

4. Dua Orang yang Saling Mencintai karena Allah, Berkumpul dan Berpisah karena Allah

Tingkatan hubungan keimanan tertinggi adalah cinta karena Allah dan benci karena Allah. Apabila dua orang saling mencintai satu sama lain dan selalu menjaga kecintaannya terhadap Allah SWT serta bertemu dengan tujuan mengingat Allah dan berpisah tetap degan dzikir kepada Allah, maka keduanya akan memperoleh pertolongan langsung dari Allah SWT.

5. Seorang Laki-laki yang Menolak Ajakan Berzina oleh Wanita Cantik karena Takut kepada Allah
Golongan selanjutnya yang mendapat naungan langsung dari Allah SWT adalah seorang lelaku yang menolak ajakan berzina dari wanita cantik karena ia takut kepada Allah. Sebagaimana kisah dari nabi Yusuf as yang digoda oleh Zulaikha. Nabi Yusuf menolak ajakan tersebut dan berkata "Ya Allah, lebih baik hamba dipenjara daripada harus bermaksiat kepadamu". Hal ini merupakan suatu perbuatan yang mungkin saat ini sangat jarang terjadi. Karena kebanyakan pria yang digoda oleh wanita cantik maka cenderung di dalam dirinya ada keinginan untuk berbuat maksiat.

6. Orang yang Bersedekah secara Sembunyi-Sembunyi

Pada masa sekarang ini, banyak orang yang memamerkan sedekah yang diberikannya kepada orang lain. Bahkan tidak jarang ada orang yang bersedakah sampai mengundang media untuk mengekspos perbuatan mereka agar diketahui masyarakat. Namun sebenarnya, sebaik-baiknya sedekah adalah dengan cara sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kanannya.

Amalan tersebut harus disertai dengan keikhlasan agar dapat diterima oleh Allah SWT. Dalam beramal dan beribadah, keikhlasan adalah hal yang sangat sulit dilakukan dan karenanya hanya orang-orang yang ikhlas saja yang tidak akan dikalahkan oleh syetan. Orang yang demikian termasuk ke dalam golongan yang mendapat naungan dari Allah SWT secara langsung pada hari kiamat kelak.

7. Seseorang yang Mengingat kepada Allah dalam Kesunyian sampai Meneteskan Air Mata

Bagi orang beriman, dzikir ibarat nafas bagi makhluk hidup. Akan tetapi, tidak semua orang bisa berdzikir di malam hari ketika orang lain sedang tertidur pulas hingga meneteskan air mata. Namun, hal ini akan mudah dilakukan oleh orang yang hatinya telah terpaut dengan rahmat Allah SWT. Menangis dalam berdzikir disini bisa diartikan menyesal karena telah banyak melakukan dosa dan ingin kembali kepada Allah. Atau juga bisa menangis karena bersyukur kepada Allah SWT atas limpahan rezeki dan karunia yang telah dilimpahkan kepadanya.

Itulah tujuh golongan manusia yang mendapat pertolongan langsung dari Allah SWT. Mereka adalah orang-orang yang memiliki keimanan serta mengerjakan amal sholeh untuk mendapatkan ridho Allah. Semoga kita termasuk ke dalam golongan tersebut.