Penjelasan Isu Penggunaan Kalimah Allah - Tuan Guru Dato' Dr Harun Din
Isnin, 14 Januari 2013
Ahad, 13 Januari 2013
RAKAMAN : Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 | 12 Jan 2013
#KL112 - Himpunan Kebangkitan Rakyat (12th January 2013)
KL112: Lautan manusia menuju ke Stadium Merdeka
TGHH | Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 | 12 Jan 2013
Ubah Sekarang by Ito #KL112
#KL112 - Ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim - Merdeka Rakyat
PEMUDA PAS KE ARAH MEMENANGI PILIHANRAYA KE-13
Penggunaan Nama ALLAH Oleh Bukan Islam Dato' Dr MAZA
Penggunaan Nama ALLAH Oleh Bukan Islam Dato' Dr MAZA
Jumaat, 11 Januari 2013
Islam mengajar umatnya agar terus-menerus memperjuangkan ajaran agamanya
Ada pihak yang yang tidak selesa, malah merasa ragu serta menganggapnya tersasar bila pendekatan ‘Membangun Negara Berkebajikan’ dijadikan misi baru politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Sementara pihak parti kebangsaan seumpama UMNO mentohmah PAS lari dari prinsip perjuangan kerana tidak lagi memakai cita-cita menegak Negara Islam.
Apa yang patut difahami bahawa Islam mengajar umatnya agar
terus-menerus memperjuangkan ajaran agamanya. Ia adalah prinsip yang
tiada tawar-menawar. Justeru sesiapa yang tawar-menawar atas prinsip
Islam, maka ia bukannya pejuang agama Islam yang sejati. Maka bukan
pejuang Islam jika terus membiarkan Islam tergelincir dari landasan
kuasa, dan pada sama fahaman kebangsaan (selain Islam) terus meluncur
lancar di landasan kuasa.
Apapun Islam tidak mengikat umatnya memilih mana-mana pendekatan untuk
memajukan perjuangannya. Memilih pendekatan untuk mendapat kuasa Islam
seperti mana PAS mengisytihar misi Negara Islam adalah sebenarnya ia
satu pendekatan. Walaupun begitu ada banyak pihak dalam masyarakat
demokrasi hari ini yang allergic dengan kalimah Negara Islam. Atas asas
ini, PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang reflektif harus merungkai
nilai allergic itu. Maknanya, kalimah yang serasi dengan Islam dan boleh
merapati orang ramai perlu dipapar untuk persetujuan masyarakat.
PAS bersifat reflektif. Dalam hubungan ini, PAS memilih pendekatan
kalimah ‘Membangun Negara Berkebajikan’ bagi memastikan mereka yang
allergic itu dapat merapati diri pada prinsip Islam. Ia suatu pendekatan
politik-dakwah yang sekian lama diuruskan oleh PAS. Namun, ada pula
pihak yang belum cukup faham akan maslahah ini. Sehingga mencetus
polemik berlapikkan hujah akademik. Meskipun pendekatan Membangun Negara
Berkebajikan bukanlah akademik semata-mata, tetapi ia adalah sticker
Islam yang terlekat kukuh pada prinsip PAS.
Apa yang perlu difahami, sebuah parti yang mendukungi Islam sebagai
dasar, dengan al Quran dan as Sunnah serta Qias dan Ijmak sebagai
panduan, sebenarnya isi kandungan kepada pendekatan Membangun Negara
Berkebajikan tetap utuh berpaksikan syariat Islam. Ia sama sekali tidak
sama dengan sebuah parti kebangsaan/ sekular yang berantakan memakai
pendekatan Negara Islam, tetapi paksinya tetap sekular.
Sudah tentu parti itu jelas tersasar kerana penerimaan Negara Islam di
sisi parti tersebut sudah bercanggah dengan dasarnya. Maka jadilah
seperti pendekatan Islam Hadhari (era Pak Lah), mahupun Penerapan
Nilai-nilai Islam (era Mahathirisme) atau juga pendekatan ‘Wasatiyah’
(era Najib-Rosmah). Membuktikan parti sekular Nampak jelas memperalatkan
pendekatan Islam untuk menyuci diri sedangkan dalam dirinya tidak
menerima akidah Islam.
Kenapa Negara Berkebajikan dikatakan tetap berpaksikan Islam? Sudah
tentu ia tetap selari dan sentiasa betul atas prinsip Islam. Hal (fakta)
ini patut dirujuk kepada kandungan al Quran sendiri, tatkala Allah
Taala dan Hadis Nabi S.A.W sendiri mensifatkan ‘kekuasaan’ Islam itu
dalam pendekatan kepelbagaian. Dalam hubungan ini, Mursyidul Am PAS,
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga selaku Menteri Besar Kelantan mengulas
realiti Membangun Negara Berkebajikan ini adalah tetap selari dengan
prinsip Islam dan sesungguhnya ia tidak bercanggah dengan pendirian PAS
untuk menegak Negara Islam. Cuma kalimahnya berbeza, sedangkan isi dan
acuannya tetap sama, iaitu untuk mencapai keredaan Allah Taala.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyerlahkan fakta, antaranya harus difahami
nilai kepelbagaian yang dinyatakan Allah di dalam al Quran. Sebagaimana
surah al Fatihah ada kalimah yang menjadi isi Negara Islam, iaitu :
"Tunjukilah kami jalan yang lurus" - Surah al Fatihah:6
Iaitu jalan agama yang diredai Allah dan Rasul-Nya. Demikian lagi
diterangkan natijah yang harus diterima ialah bahawa Allah Taala
menyebutkan Islam itu dengan pelbagai nama. Selain Islam itu jalan yang
betul (lurus), disebutkan :
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama
Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah
kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu
Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan
nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang
Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang
neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah
selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga).
Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya,
supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."- Surah al Imran:103
Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah - yang bermakna tali Allah itu ialah Islam. Begitu juga di dalam al Quran :
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu:
Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu
(Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang
membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat
kelak)." - Surah an Nisa:174
Allah menurunkan kepada kamu al Quran sebagai "Nur" (cahaya) yang
menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan
kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak). Justeru Membangun Negara
Berkebajikan adalah kalimah yang diolah, sepertimana kalimah Islam itu
diterangkan dalam pelbagai senario: bil-Islam (tali Allah) sebagai
pengikat yang kukuh, penghubung di dalam menolong sesama insan dan Islam
itu ibarat tali yang panjang dan insan beriman perlu berpegang kuat
untuk sampai ke penghujungnya, iaitu syafaat Nabi Muhammad S.A.W dan
keredhaan Allah Taala.
Begitu pula, Islam sebagai cahaya iman yang membebaskan kehidupan
manusia dari kegelapan (tidak beriman) kepada terang-benderang (mencapai
keimanan). Oleh sebab itu, sesiapa sahaja akan menerima cahaya iman
dengan izin Allah, tidak kira ia seorang Melayu atau Cina atau India.
Semuanya menumpang atas cahaya iman itu, kerana akhirat kelak akan
dibangkitkan bersama cahaya iman, jika sebenar-benar ia beriman.
Tawaran PAS dalam dokumen Negara Berkebajikan :
- Kerajaan beramanah, adil dan bersih.
- Masyarakat penyayang, aman dan bersatu.
- Ekonomi mampan, seimbang dan saksama.
- Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai.
- Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai.
- Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat.
- Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral.
- Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela.
- Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia.
- Alam sekitar segar, terpelihara dan lestari.
PAS sebuah parti yang mendukungi Islam sebagai dasar, turut membayangkan
isyarat Membangun Negara Berkebajikan ini tetap utuh mahu menegakkan
syariat Islam. Ia sama sekali tidak seperti sebuah parti kebangsaan yang
berantakan perjuangannya. Oleh sebab itu, sesiapa sahaja akan menerima
cahaya iman dengan izin Allah, tidak kira ia seorang Melayu atau Cina
atau India. Semuanya menumpang atas cahaya iman itu, kerana akhirat
kelak akan dibangkitkan bersama cahaya iman, jika sebenar-benar ia
beriman.
Hakikat ini hanya ditemui dalam sebuah negara yang berkebajikan kerana
kebajikan itu hendaklah difahami sebagai cahaya keimanan. Mana-mana
negara yang melaksanakan program berkebajikan menurut acuan Islam, maka
membolehkan rakyatnya mencapai tingkat berkebajikan berserta keimanan,
iaitu mencapai tingkat keimanan disebabkan amal khairat kerajaan dan
rakyat.
Negara yang mempraktikkan ‘berkebajikan’ hendaklah istiqamah di atas
jalan agama. Atas jalan agama pasti Allah kurniakan nikmat sepanjang di
dunia sampai ke akhirat. Menghayati prinsip jalan yang lurus inilah
menjadi sifat kerajaan ialah menegakkan syariat dan program negara
adalah mengutamakan ‘memberi nikmat kepada rakyat, dari nikmat Allah’.
Maka sifatnya memenuhi nilai-nilai ajaran Islam - charitable,
beneficence, benevolence, general state of well-being, caring, virtuous,
ambil peduli, cakna, penyayang - memenuhi makna syariat Islam sebagai
agama, iman dan ihsan yang memandu warganegara menuju keredhaan Allah.
Selari dengan itu, dalam hadis Nabi S.A.W (seperti dalam Syarah Hadis 40
Imam Nawawi) menjelaskan makna Islam, iman dan ihsan serta tanda kiamat
- mengajar bagaimana mencapai tingkat kefahaman agama yang meliputi
asas akidah, amal ibadat dan peringatan kepada hidup selepas mati.
Paling utama ia memenuhi asas beragama dalam konteks bernegara dan
berkebajikan. Justeru menghayati prinsip asas beragama inilah, Membangun
Negara Berkebajikan hendaklah difahami secara adil, iaitu merangkumi
program untuk kesejahteraan hidup rakyat, malah lebih mendalam lagi
ialah program yang memberi impak keharmonian kepada kehidupan beragama.
Kesemuanya adalah nilai sejagat (universal) yang menjadi isi dan acuan
bernegara berasaskan pendekatan Membangun Negara Berkebajikan. Maka
tiadalah percanggahan antara nama Negara Islam dan Negara Berkebajikan.
Khamis, 10 Januari 2013
Rabu, 9 Januari 2013
Menjawab kekeliruan Umno terhadap perjuangan PAS
Sesungguhnya Umno menyambung kerja Inggeris, sebab itu mudah bagi dia untuk mempengaruhi rakyat yang sekian lama terdidik secara sekular. Kita, PAS pula menyambung kerja Nabi Muhammad SAW sehingga semua manusia yakin kerja politik dan agama tak boleh dipisahkan. Sebab itu Umno marah kepada PAS kerana melaksana kerja Nabi yang berlawanan dengan ajaran sekular. Pagar kita diceroboh oleh ayam kambing mereka. Kita kena tutup pagar kita daripada diceroboh, walaupun dimarah oleh Umno.
Persoalannya, apakah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad itu serupa dengan kehendak sekular (agama lain, politik lain). Kalau serupa dengan kehendak sekular, tidakkah tindakan Nabi Muhammad menyampaikan salam perjuangan, buat perjanjian, mengadakan hubungan diplomatik dengan ketua-ketua kerajaan di Eropah itu adalah semata-mata untuk menyampaikan dakwah Islam. Menunjukkan Islam yang dibawa oleh Nabi itu bukannya ajaran serupa sekular yang menjadi pegangan Umno.
Nabi dan politik bernegara
Demikian pula, Nabi sendiri ada cop mohor (cincin). Ia suatu lambang kuasa dalam urusan kerajaan dan politik bernegara. Dan di dalam al-Quran sendiri menyebutkan masalah muamalat, jenayah dan pemerintahan. Bukan hal spiritual sahaja. Hal kerajaan, peperangan dan perdamaian. Malah ketika peperangan turut dijelaskan aturan dan peraturan yang boleh dan tak boleh (do’s and don’t). Misalnya, ada pantang larang tak boleh bunuh orang tua, kanak-kanak, hatta golongan ‘ahbar’ yang berada di dalam gereja/biara tak boleh dibunuh semasa peperangan.
Kalau Islam untuk spiritual sahaja apa maknanya, sampai Allah pelihara Nabi selama 23 tahun menjalankan dakwah dan dan bertugas sebagai nabi dan rasul. Nabi telah menempa segala macam ujian dan rintangan serta penentangan daripada pelbagai pembesar Quraisy dan pihak berkuasa.
Sementara Umno sejak dari PAS ditubuhkan, malah sebelum itu sebuah gerakan Islam bernama Hizbul Muslimin, sentiasa menjadi serangan fitnah. Kelihatan sangat, Umno begitu dengki kepada PAS, kerana PAS boleh buat apa yang dia tak boleh buat, iaitu melaksanakan apa yang Islam suruh dan mencegah apa yang Islam larang.
Islam di sisi Umno
Sebenarnya, Islam di sisi Umno adalah ‘pecah-belah’ dan kita tidak sepatutnya terperangkap dengan tuduhan liar dan fitnah yang dicanang oleh mereka itu.
Umno sepatutnya terima Islam, kalau benar dia parti yang dipimpin oleh orang Islam, dan kalau nak jadi parti yang mewakili umat Islam. Apakah yang susah sangat bagi Umno nak ubah dasar? Tak kena di mana Islam, berbanding dengan dasar kebangsaan mahu pun demokrasi.
Bab demokrasi pula, benarkah Umno yang memerintah negara sekarang ini benar-benar melaksana demokrasi? Lihat saja apa yang berlaku, sampai ke peringkat parti pembangkang tak terasa, bagaimana demokrasi sebenar.
Demokrasi tempang
Sebaliknya, setiap kali pilihan raya, berlaku keadaan ‘padang tak sama rata’ kerana Umno dan parti-parti di bawah BN mendapat segala kemudahan atas nama kerajaan untuk berkempen. Sedangkan kita PAS dan rakan Pakatan Rakyat ditekan dan dinafikan hak berkempen secara bebas. Natijahnya tiada kebebasan bersuara, berkempen dan terlalu berat sebelah. Munasabahnya demokrasi kita ini adalah demokrasi tempang––demokrasi pun tidak Islam jauh sama sekali––diamalkan oleh Umno sekarang ini.
Malah, melihat kepada amalan demokrasi di beberapa negara jiran, mereka lebih berjaya. Demokrasi subur di Indonesia, Thailand dan Kemboja. Sedangkan mereka negara baru dalam dunia demokrasi. Amalan demokrasi di negara tersebut, mereka lebih telus, terbuka dan hak parti bertanding dilayan secara adil dan ada kebebasan serta keamanan berkempen termasuk dalam media milik kerajaan. Misalnya, dalam isu daftar pemilih peraturannya mudah, pengundi boleh mendaftar di saat akhir menjelang pilihan raya dan boleh mendaftar melalui wakil badan pilihan raya di tempat mereka akan mengundi.
Bandingkan dengan tempat kita, peraturan yang ada menyulitkan kerana dilaksana secara berpusat, masanya panjang, paling cepat empat bulan lepas mendaftar baru sah sebagai pemilih. Kenapa susah sangat nak pinda peraturan pendaftaran pemilih? Nampak sangat Umno guna ruang daftar pemilih sebagai penyelamat kuasa. Perkara ini boleh dijadikan modal dan penjelasan seluas-luasnya kepada rakyat sebagai asas menolak Umno dalam pilihan raya nanti.
Minta PAS berbaik
Justeru kita perlu menegaskan, Islam sentiasa mengutamakan hak rakyat sebagai pendukung utama kepada sistem yang adil. Maka pihak yang berkuasa perlu melaksanakan apa sahaja keadilan untuk semua rakyat sebagaimana diajar di dalam Islam.
Seperkara lagi, Umno kebelakangan ini nampak sangat cemas dan kalut. Sehingga guna orang tertentu dan NGO, minta PAS berbaik dengan Umno atau minta masuk BN. Setengahnya pula kata PAS yang beria-ia nak berbaik.
Kita kena katakan kepada mereka, sejarah dulu bukan PAS yang beria-ia masuk BN. Masa itu, yang datang pujuk adalah Tun Razak. Atas maslahat masa itu, kita terima pujukan. Tapi apa yang terjadi budi kita tidak dikenang, selepas mereka kuat kita ditendang keluar.
Atas prinsip ini, kita harus tegaskan bahawa PAS dan Umno adalah tak sama. Hatta Rais Yatim pun satu ketika dalam Semangat 46 dulu menyebutkan slogan PAS dan Umno adalah tak sama. PAS ada prinsip akidah perjuangan Islam, Umno pula kebangsaan Melayu. Jika masuk Umno, maknanya kita bersama kebangsaan Melayu dan ketika itu mungkin Islam diketepikan. Ia mustahail bagi sebuah gerakan Islam. Melainkan Umno sedia tukar dasar perjuangannya dan terima Islam.
PAS bersama semua
Sekarang pula, PAS semakin mendapat sokongan golongan bukan Islam. Selain itu, kita berjaya tubuh dewan himpunan PAS yang dianggotai rakan kita, orang bukan Islam, kita juga sudah berkawan rapat dan berjaya merapat jurang hubungan antara kaum melalui parti DAP. Paling penting ialah DAP yang sebelum ini ditohmahkan sebagai anti-Islam, kini sudah menyokong perjuangan PAS. Malah boleh duduk bersama memerintah Negeri. Tunggu masa, insyaAllah boleh bersama memerintah Negara!
Kesemuanya adalah nikmat yang diraih oleh PAS setelah bertahun-tahun bersendirian berjuang melawan Umno untuk membuktikan keadilan Islam. Mungkin atas dasar itu, Umno sekarang berminat kepada sokongan PAS. Malah Umno dilihat semakin dengki kepada PAS kerana berjaya menganjurkan program keagamaan seperti sembahyang hajat perdana dan munajat anak muda.
Hakikatnya, Umno tak layak menganjurkan program sebegitu kerana akan menjadi bahan ketawa orang. Meskipun bersama mereka ada menteri bahagian agama dan ulama muda. Masakan nak bermunajat dan sembahyang hajat, sedangkan dasar perjuangan Islam mereka tolak. Mereka ambil perjuangan sekular.
PAS berbeza dengan Umno
Semua perkara yang dinyatakan ini adalah hakikat berbezanya perjuangan Islam di bawa PAS dengan perjuangan kebangsaan-sekular Melayu dibawa oleh Umno. Atas dasar berbeza itu, kini PAS semakin mendapat sambutan pelbagai lapisan rakyat.
Justeru pengalaman PAS di Kelantan hari ini cukup jelas untuk Umno berfikir. Bahawa PAS bukan lagi parti ‘tok lebai’ seperti yang disyarahkan oleh tukang syarah Umno. Dalam mengurus Negeri (menjalankan kerajaan) di Kelantan, ia merupakan gandingan mantap mereka yang pakar dalam pelbagai bidang. Ada doktor, loyar, pensyarah, bekas tentera, aktivis ABIM, JIM yang cukup berwibawa. Di manakah kurangnya PAS berbanding Umno? Sebaliknya Umno itu dianggap kurang kerana tidak mahu terima Islam sebagai dasar parti dan dasar pemerintahan Negara.
Tambah lagi, dalam Islam ada segala-galanya, termasuklah Islam mengajar umatnya tentang hari akhirat yang ada pembalasan. Prinsip pembalasan di akhirat ini turut dipakai dalam perjuangan PAS. Justeru kita PAS yakin atas semua perkara yang kita perjuangkan menerusi PAS ini akan dihisab nanti di akhirat. Inilah PAS dan itulah Umno yang tidak menerima prinsip adanya pembalasan di akhirat. Maka apa jaminan Umno untuk berdepan dengan kiamat, syurga dan neraka. Jika menghayati peringatan Allah SWT dalam persoalan ini, sebagaimana firman-Nya (surah Al Infitaar ayat 13-15):
Akhirnya, beringatlah kita semua, ‘bila jiwa (roh) di langit masuk balik ke dalam tubuh’ maka akan berhadapanlah kita di padang Mahsyar. Hanya Allah yang Maha Adil atas setiap perbuatan hamba-Nya. Firman Allah (surah az-Zilzaal ayat 7-8):

“(Gunanya catatan malaikat-malaikat itu ialah: Untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) kerana sesungguhnya: Orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat. Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam Neraka yang menjulang-julang. Mereka menderita bakaran Neraka itu pada hari pembalasan.”Apakah persoalan hari pembalasan sebegini termasuk di dalam perkiraan Umno? Apakah dasar Umno dapat melepas diri daripada bakaran Neraka Allah?Demikian pula firman-Nya (surah At Takweer ayat 25-29):
“Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam. (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)? Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam. Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul. Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”Demikian sedikit gambaran dari Allah SWT tentang kedudukan kita ketika di akhirat. Apakah Umno sedia memasukkan agenda akhirat ini dalam perjuangannya. Bahawasanya, perjuangan Islam sahaja yang layak bercakap mengenai urusan akhirat kerana akhirat itu salah satu rukun iman yang dijulang dan diyakini oleh setiap perjuang Islam. Bagaimana pula Umno menilai diri/partinya mengenai akhirat?
Akhirnya, beringatlah kita semua, ‘bila jiwa (roh) di langit masuk balik ke dalam tubuh’ maka akan berhadapanlah kita di padang Mahsyar. Hanya Allah yang Maha Adil atas setiap perbuatan hamba-Nya. Firman Allah (surah az-Zilzaal ayat 7-8):
“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!”Semoga kita semua berada di landasan kebaikan dan sentiasa menjauh diri daripada kejahatan. Demikian jaminan Allah untuk kehidupan yang hasanah di dunia dan akhirat.
Isu Gadai Tanah: Menjawab Fitnah UMNO
KECOH SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI KELANTAN MENGAMUK ???
Rakaman ceramah oleh YB Dato' Hj Mohd Nassuruddin Daud, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan di dalam program Isu Gadai Tanah: Menjawab Fitnah UMNO yang diadakan di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, Kelantan.
Langgan:
Catatan (Atom)