Sabtu, 5 Oktober 2013
PEMBUNUHAN KE ATAS ULAMA ISLAM MENIMBULKAN RUSUHAN DI MOMBASA, KENYA
MOMBASA, KENYA - Orang-orang bersenjata yang disyaki sebagai pasukan keamanan Kenya pada Khamis malam, membunuh seorang ulama Muslim terkenal, Syeikh Ibrahim Omar, yang biasa memberi ceramah disebuah masjid yang dikaitkan dengan pejuang Islam Somalia.Pembunuhan ke atas Syeikh Ibrahim Omar memicu kerusuhan di kota pelabuhan Mombasa yang telah mengorbankan sekurang-kurang nya empat orang.
Pembunuhan Syaikh Ibrahim Omar, yang meninggal dunia bersama dengan tiga lelaki lain di dalam kereta yang sama, memicu ketegangan agama di pusat perdagangan dan kota pelabuhan tersebut, dua minggu setelah pertempuran tembak-menembak antara Mujahidin Harakat Al-Shabaab menentang pasukan keamanan Kenya di pusat membeli belah Westgate di ibukota Nairobi yang mengorbankan sekurang-kurang nya 67 orang, lampir siar oleh Reuters.
Para pemuda Muslim yang berang atas pembunuhan tersebut telah membakar sebuah gereja, membakar tayar dan merusuh serta melakukan perlawanan dengan polisi anti huru hara (FRU) yang menembak gas pemedih mata dan tembakan amaran ke udara pada jumaat 4 oktober 2013
Pertempuran rusuhan jalanan antara polis dan pemuda-pemuda muslim terjadi di kawasan kumuh Saba Saba Mombasa, turut menyaksikan di mana para peniaga menutup kedai-kedai dan penduduk melarikan diri untuk keselamatan.
Pasukan Bulan Sabit Merah Kenya mengesahkan empat orang telah meninggal, semua nya parah dengan luka tembakan.
Beberapa orang yang menghadiri masjid turut mengatakan ulama Syeikh Ibrahim Omar adalah korban terbaru dalam serangkaian pembunuhan ekstra -yudisial terhadap umat Muslim oleh pasukan keamanan Kenya.
"Ini tidak diragukan lagi merupakan eksekusi polis mengingat apa yang telah terjadi di Nairobi," kata Abdul Hassan Omar,37 tahun, di wilayah Majengo Mombasa, di mana Syeikh Ibrahim Omar dan Syeikh Aboud Rogo biasa berkhutbah. " Saya akan terkejut jika umat Islam tidak memprotes hal ini."
Namun Ketuan Polis Mombasa county Robert Kitur mengatakan polis tidak terlibat dalam pembunuhan Syeikh Ibrahim Omar " Polis tidak ada hubung kait dengan penembakan. Itu bukan cara kami beroperasi, " nafi beliau kepada para wartawan.
Dia juga menambahkan bahawa pasukan keamanan tidak akan membiarkan protes yang terjadi selesai solat Jumaat yang akhirnya memuncak kepada kerusuhan.
"Kami memperingatkan mereka untuk tidak melawan kerana kita akan berurusan dengan merek," kata Robert Kitur.
Pembunuhan Syeikh Ibrahim Omar itu terjadi hanya beberapa ratus meter dari tempat pembunuhan seorang ulama jihadi lain, Syaikh Aboud Rogo, yang ditembak mati juga didalam kereta nya pada bulan Ogos 2012 dalam serangan sangat mirip.
Amerika Syarikat dan Kenya telah menuduh Ulama Syaikh Aboud Rogo merekrut dan menggalang dana untuk pejuang Islam Somalia yang terkait Al-Qaeda, Al-Shabaab, yakni kelompok yang menyatakan bertanggung jawab atas serangan Westgate Mall bulan lalu.
Kematian Syaikh Aboud Rogo tahun lalu, menyebabkan kerusuhan teruk yang mematikan di lingkungan Mombasa di mana di situ beliau mempunyai pengkalan penyokong-penyokong setia.
"Mereka (pemerintah Kenya) sudah panik kerana kelemahan mereka sendiri yang menewaskan warga Kenya di Westgate. Sekarang mereka mencuba untuk menyelamatkan muka dengan mengorbankan kaum Muslim yang tak bersalah," kata Hatib Suleiman, 21, yang selalu solat di masjid tempat Syaikh Ibrahim Omar berkhutbah iaitu masjid Mussa.
"Kami tidak akan memandang ringan perkara ini."jelas beliau lagi
..Serangan Westgate Mall membuatkan pasukan keamanan menjadikan alasan untuk melanjutkan tindakan keras mereka terhadap Muslim..
Al-Amin Kimathi, ketua Forum Hak Asasi Muslim, mengatakan Syeikh Ibrahim Omar telah menjadi murid kepada Syeikh Aboud Rogo dan telah secara terbuka menyokong keyakinan ideologi jihadi dari mentornya.
Seperti Syeikh Aboud Rogo,Syeikh Ibrahim Omar sangat popular di kalangan pemuda Muslim di Mombasa dan sepanjang garis pantai Samudera Hindia Kenya, di mana banyak Muslim dipinggirkan oleh pemerintah Kenya yang didominasi Kristian.
Keterangan gambar : Jenazah ulama terkenal Kenya, Syaikh Ibrahim Omar duduk di kerusi tengah dalam sebuah kereta bersama rakannya setelah ditembak oleh orang-orang yang disyaki sebagai pasukan keamanan di jalan raya Mombasa-Malindi, 3 Oktober 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan