Ahad, 9 Mac 2014

BISMILLAH ENAM

BISMILLAH 6

Dgn nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.

1. Dengan nama Allah Maha Mendengar, Maha Melihat yang tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA bagi segala sesuatu amat mengetahui.

2. Dengan nama Allah, Maha Pencipta, Maha Berilmu yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Pembuka Maha Berilmu.

3. Dengan nama Allah yang tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Berilmu dan Maha Mengetaui.

4. Dengan nama Allah yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha berilmu dan Maha Berkuasa

5. Dengan nama Allah yang Maha Perkasa dan Maha Mulia yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Perkasa dan Maha Mulia.

6. Dengan nama Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Pengampun dan Maha Penyayang

Maka Allah sebaik-baik Pemelihara dan DIA menyayangi orang-orang yang penyayang.

Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat Baginda dan keselamatan.

PENAWAR ZIKIR
  • Makbul segala hajat dan cita-cita. Luas rezkinya. 
  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan. 
  • Penerang hati. 
  • Dijauhkan dari segala penyakit. 
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya. 
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan. 
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur. 
  • Aman daripada binatang2 buas. 
  • Air laut menjadi tawar. 
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan. 
  •  Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung. 
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru. 
  • Terselamat dari karam dilaut. Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya. 
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar. 
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya. 
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan. 
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya. 
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh. 
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

    Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

    Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

    AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

    Prof Dato’ Dr Harun Din – Pengasas Pusat Perubatan Islam Darul Syifa’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan