Sabtu, 19 Disember 2015

Perkara yang selalu kita abaikan ialah Tamakninah dalam solat.



Ada satu hadis nabi yang mengatakan tentang orng yg mengabaikan tamakninah ini. Orang yang tidak mengmbil tamakninah ini seperti orang yang mencuri dalam sembahyang. Di dalam satu hadith Rasullullah daripada Abu Qatadah r.a bahawa Rasulullah telah bersabda:

Seburuk-buruk manusia yang mencuri ialah yang mencuri dari solatnya. Para sahabat lalu bertanya: " Wahai Rasulullah : Bagaimana seseorang itu mencuri dari solatnya? Rasulullah menjawab: Orang yang tidak menyempurnakan rukuknya dan sujudnya."

Solat yang khusuk dan diterima oleh Allah, adalah solat yang disertakan tamakninah, tamakninah itu ada dalam rukun solat kita. Mari kita refresh rukun solat kita, mungkin ada antara kita yang lupa tentang rukun solat.

Rukun solat.
  • BERDIRI BETUL.
  • NIAT.
  • TAKBIRATUL IHRAM.
  • MEMBACA SURAH AL-FATIHAH.
  • RUKUK DENGAN TAMAKNINAH.
  • IKTIDAL DENGAN TAMAKNKNAH.
  • SUJUD DENGAN TAMAKNINAH
  • DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN TAMAKNINAH.
  • DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
  • MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
  • MEMBACA SELAWAT.
  • MEMBERI SALAM.
  • TERTIB.

Ada tamakninah di antara rukun yang ke 5 hingga ke 8.

Apa itu Tamakninah?

Pengenalan Tamakninah.

Tamakninah adalah sebahagian daripada rukun solat yang sering diabaikan. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya TIDAK SAH. Oleh itu, sia2 saja kalau kita solat langsung tak sah dan tak di terima Allah.

Definisi Tamakninah.

Menurut bahasa arab, perkataan takmaninah berasal daripada اطمأن : أي سكن وثبت واستقر. iaitu bermaksud tenang dan tetap.

Menurut dalam bahasa mudah bererti bertenang.

Analogi.

Ibarat kita memandu sebuah kenderaan, waktu dipersimpangan, kita hentikan kereta sepenuhnya untuk berehat sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira sebagai tamakninah.

Saya akan berkongsi tentang penerangan dimana WAJIB kita tamakninah dalam solat.

Antara rukun yang WAJIB disertakan Tamakninah.

Rukuk.

Penerangan: Sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama rata dan kedua-dua belah tangan memegang kepala lutut, hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar TAMAKNINAH. Kebiasaanya kita akan membaca 'subhanabarabbiyal azimi wabihamdih'..

Iktidal (Bangun daripada sujud).

Penerangan: Pergerakan daripada rukuk terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri sebentar itulah kadar TAMAKNINAH.

Sujud.

Penerangan: Sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Itulah kadar TAMAKNINAH.

Duduk antara dua dua sujud.

Penerangan: Sewaktu duduk sambil membaca doanya, tidak harus bergerak anggota kasar. Itulah kadar TAMAKNINAH.

Kini kita dapat lihat di mana yang kita perlu tamakninah? Sekarang kita beralih di mana pula tempat yang selalu kita abaikan tamakninah ini.

Tempat yang sering diabaikan Tamakninah.

Iktidal.

Ini adalah rukun yg selalu/sering/sangat/kebiasaan kita tertinggal tamakninah. Belum sempat tulang belakangnya lurus 180 darjah.. Kita sudah turun terus untuk sujud. Solat ini TIDAK SAH kerana tiada Tamakninah..

Rukuk.

Belum sempat tulang belakangnya bongkok 90 darjah.. Kita sudah terus berdiri untuk iktidal. Solat ini TIDAK SAH kerana tiada Tamakninah..

Sujud.

Waktu sujud kedua-dua kakinya bergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tidak mencecah jari kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna kerana tiada tamakninah. Solat ini TIDAK SAH kerana tiada Tamakninah. Kita perlu menyentuh semua anggota tujuh di lantai baru bangun daripada sujud.

Duduk antara dua sujud.

Selepas bangun dari sujud, kita ada baca 'rabbil firli....' kan? Tak sempat tulang belakang tegak, kita dah terus sujud. Solat ini TIDAK SAH kerana tiada Tamakninah. Kita perlu duduk sebentar sebelum sujud seterusnya. Tegakkan tulang belakang kita dahulu.. baru sujud.. Tamakninahnya berlaku ketika tulang belakang sudah tegak lurus...

*Waktu bangun dari sujud kedua, ketika hendak berdiri tegak ke rakaat seterusnya. Tidak ada tamakninah.. Tetapi disunatkan duduk sebentar yang diberi nama duduk istirehat.

Namun! Apa yg berlaku?

Kebiasaanya. kesalahan tamakninah yang paling ketara ialah ketika kita iktidal, sangat selalu

perkara ini berlaku apabila kita solat berjemaah untuk solat terawih. Semua pergerakan laju sebab nak cepat

Kesimpulannya

Janganlah solat terlalu laju sehingga mngabaikan tamakninah.

Berhentilah sebentar, ambil masa agar badan kita rasa tenang dan stabil baru kita ke rukun yg seterusnya

Orang yang solat tidak tamakninah adalah orang yang suka mencuri dalam solat. Bersabarlah ketika bersolat. Ikutilah cara nabi bersolat.

Solat yang sempurna dan khusyuk dapat mencegah kita melakukan kemungkaran, mengubati hati yang kotor, melahirkan rasa tawadhuk kepada Allah, menjadi kita seseorang yg sabar dan mengamalkan sifat mahmudah dan mencapai objektif kita untuk menjadi seorang yang soleh dan solehah di dunia dan akhirt.

Capaikanlah khusuk dalam solat. Itulah anugerah yang paling tinggi yang kita peroleh setelah kita solat.. Kita bersolat bukan nak bersenam sahaja. tetapi kita solat untuk roh dan jiwa kita sekali. Roh dan jiwa kita pun nak 'exercise' juga.

Semoga perkongsian ini membantu rakan2 untuk menambahbaik cara kita bersolat. Sebarkanlah pada rakan2 lain yang tidak tahu atau kurang memahami tentang solat.

Wallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan