Tuan Guru Dato Tuan Ibrahim Tuan Man ..
- Diam orang alim itu khianat ..
- Orang alim perlu zahirkan ilmu yang dia ada . Sesiapa yang tak berbuat gitu maka Allah Taala akan melaknat dia dan para malaikat juga melaknat mereka lalu tidak diterima amal soleh nya walaupun yang wajib .. Nauzubillah ..
- Ulamak perlu tegas dengan ilmu dia . Bila berlaku kemungkaran , ulamak perlu sebut dan jangan berdiam diri ..
- Nabi s.a.w sebut akan datang satu masa manusia ini berperinsip seperti mengeggam bara api .. Islam bermula dengan keadaan asing dan di akhir zaman juga akan kembali asing .. Kita boleh lihat sekarang bila kita nak laksana hukum Allah ni kita terpaksa jumpa seorang seorang ahli parlimen merayu untuk sokong .. Allahurobbi .. Nak laksana hukum Allah kena minta izin manusia .. Allahurobbi .. Ternyata kita sekarang dalam keadaan asing . Benar sabdaan Nabi s.a.w ..
- Walau Abu Lahab dah tak ada , tapi perangai Abu Lahab itu akan ada sampai hari Kiamat ..
- Pokok yang tumbuh di tepi air tak sama dengan pokok yang tumbuh di padang pasir .. Pokok tepi air manja dipotong sekali terus mati .. Tapi pokok di padang pasir walau dipotong banyak kali tak mati mati tetap hidup .. Begitulah keadaan PAS sekarang .. Kita ibarat pokok di padang pasir ..
- Arwah Tok Guru Nik Aziz pernah menasihati Dato Tuan Ibrahim .. Masuk politik jangan niat nak jadi kaya .. Nak kaya gi niaga ..
- Khalifah Sulaiman .. Ketika di dalam pemerintahannya , ada beberapa pekara yang tidak menepati hukum syarak . Suatu hari khalifah tunai haji di Mekah bila sampai Madinah beliau berjumpa ulamak besar ketika itu Abu Hazim .. Sulaiman minta nasihat pada Abu Hazim . Beliau bertanya kenapa Abu , kami ni jadi orang yang benci kematian kenapakah begitu wahai Abu .. Lalu dijawab Abu Hazim kamu runtuhkan akhirat kamu dan kamu bina dunia kamu maka kamu tidak akan pergi pada rumah yang kamu runtuhkan.. Kamu pasti sayang untuk tinggalkan rumah dunia yang dibina kamu .. Itulah keadaan kamu sekarang . Kerana itu kamu tidak suka pada kematian .. Lalu Sulaiman bertanya lagi . Bagaimana keadaan orang yang baik bertemu tuhan di akhirat . Org yg baik itu umpama orang yang bermusafir lama dan dia rindu pada keluarganya . Bila dia pulang dia nak cepat balik untuk jumpa orang tersayang .. Begitulah sifat orang yang baik yang nak cepat jumpa Tuhannya . Allahurobbi .. Mendegar kata kata itu menangislah Sulaiman dan dia bertanya lagi , apakah yang ada disisi ku untuk aku bertemu Tuhan di akhirat .. Jawab Abu .. Bentangkan lah diri kamu di hadapan al Quran nur Karim . Orang yang baik melakukan kebaikkan akan dibalas nikmat Syurga di akhirat sementara orang yang derhaka pada Allah akan dibalas di akhirat . Bertanya lagi Sulaiman dimana kah rahmat Allah .. Abu Hazim jawab ianya dekat dengan orang yang melakukan kebaikkan .. Mendengar kata itu lalu menangis lah dia .. Menteri nya menegur Abu .. Sepatutnya kamu mengembirakan khalifah bukan membuatnya sedih .. Jawab Abu Hazim , Khalifah menangis ialah kerana takutkan Allah .. Sesungguhnya orang yang hatinya hidup akan takut kepada Allah ..
- Di Himpunan RUU355 .. Mereka yang hadir hampir 300 ribu orang .. Sedangkan yang menentang Islam pun buat himpunan jugak dalam 200 orang sahaja yang hadir ..
- Yang merosakan Ulamak ialah dunia .. Apa pula yang merosakan Umarak ? .. Itulah dia penasihat penasihat nya ..
- Siapa yang mencari jalan pasti dia akan ketemu jalan nya .. Seperti dalam al Fatihah yang kita baca hari2 .. Ya Allah kurniakan aku jalan yang benar .. Kalau kita sungguh2 mencari jalan yang betul pasti Allah Taala akan berikan kita kekuatan untuk menempuh jalan tersebut ..
- Ramai sekarang ni di Malaysia sedang menunggu nunggu Islam menang .. Sekarang mereka tak berani nak sokong sebab terikat dengan beberapa pekara .. Nabi s.a.w pernah bersabda pada penduduk arab dahulu .. Jika kamu tidak berani sokong Islam sekarang , ketika kami menang nanti silalah bersama kami .. Allahurobbi ..
- Ada masa kadang2 kita akan rasa lazat beribadat , ada masa kita akan rasa kosong .. Kerana apa .. Kerana perasaan itu tak jejak dihati .. Kita banyak fikir pasal benda lain selain Allah ..
- Khalifah Harun ar Rasyid pergi berjumpa dengan Fudayl Bin Iyyad untuk mohon nasihat .. Bila Fudayl nampak khalifah datang dia tutup lampu rumahnya .. Bila mereka bersalam , Fudayl sebut alangkah baiknya jika tangan khalifah yang lenbut ini tidak dihumban ke Neraka . MENANGIS lah Khalifah .. Menteri pengiring marah pada Fudayl .. Sepatutnya kamu membuatkan khalifah gembira .. Fudayl tanya pada khalifah .. Siapakah dia wahai khalifah .. Harun menjawab bahawa dia ialah menteri pengiring ku .. Berhati hati lah kamu dengan menteri seperti ini dia mungkin menyenangkan hati kamu didunia tetapi dia akan menyusahkan kamu dia akhirat .. Lalu mereka pun masuk kerumah . Kenapa rumah kamu gelap .. Kata Fudayl aku sengaja padamkan lampu sebab aku lihat di istana kamu aku terang menerang dengan cahaya . Aku bimbang kamu tidak pernah melihat kegelapan .. Lalu bagaimanakah kamu akan hadapi kegelapan di dalam kubur .. Lalu balik lah Khalifah Harun tanpa memberitahu hajat dia bertemu Fudayl kerana beliau telah terima 3 nasihat secara tak langsung .. Allahurobbi ..
- Bila mana anak muda rosak maka rosakkan lah masa depan negara .. Jangan dihidangkan dengan pekara2 lalai yang membuatkan mereka ini rosak ..
- Orang mukmin , pahalanya tidak mati walaupum dia sudah mati ..
- Nabi s.a.w pernah bersabda .. Orang khianat dalam harta tidak sebesar khianat dalam keturunan ..
- Nabi s.a.w bersabda .. Jangan kamu belajar ilmu untuk rasa hebat dikalangan ulamak dan jangan kamu belajar ilmu untuk jadi juara dikalangan orang yang bodoh dan jangan kami belajar ilmu untuk tampil hebat dalam majlis majlis demi menarik perhatian orang ramai .. Nabi s.a.w sebut maka tempat kamu ialah di Neraka .. Nauzubillah ..
- Barat memerintah dengan akal . Kita memerintah dengan Quran dan Hadis .. Maka sesungguhnya hebat lagi Quran dan Hadis dari pada akal kerana pemerintahan kita bersama dengan redho Allah Taala ..
#istiqamah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan