Selasa, 3 Ogos 2021

Lakukan Apa Sahaja Kebaikan Kerana ALLAH SWT


MELAKUKAN kebaikan tidaklah sesukar mana. Walaupun kita hanya menguntumkan senyuman sahaja kepada orang lain sudah dikira sebagai sedekah.

Apatah lagi perbuatan-perbuatan lain seperti membantu orang, berinfak, berbuat baik kepada ibu bapa dan seumpamanya.

Menjadi lumrah sifat seorang manusia itu memang sukakan kebaikan. Sejahat mana pun seseorang itu, pasti terselit fitrah itu dalam diri setiap insan.

Namun begitu, melakukan kebaikan sahaja tidak cukup jika ia tidak memenuhi prasyarat ditetapkan. Ia sepertimana pekerjaan lain yang ada piawaian, begitu jugalah dengan amal kebajikan.

Ketahuilah, berbuat kebaikan akan menjadi ibadah jika ia dilakukan kerana ALLAH SWT.

Perkara itu ada dinyatakan secara jelas dalam al-Quran bahawa umat Islam diperintahkan untuk menyembah ALLAH SWT iaitu beribadah kepada-NYA dengan penuh keikhlasan, selain beramal soleh dan tidak menyekutukan-NYA.

“Jadi, kita berbuat kebaikan itu bukan kerana pilihan sendiri atau kerana (sifat) kemanusiaan,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di Instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam kitab suci itu juga, ALLAH SWT turut mengisahkan perihal korban yang dilakukan oleh anak Nabi Adam AS iaitu Habil dan Qabil.

“Ketika mereka mempersembahkan korban masing-masing untuk melakukan ketaatan dan kebaikan yang tujuannya untuk dipersembahkan kepada ALLAH SWT, hanya satu korban sahaja yang diterima iaitu korban Habil.

“Sementelah, korban lagi satu tidak diterima kerana perbuatannya itu bukan kerana ALLAH SWT.

“Bagaimana ALLAH SWT akan terima ibadah kalau dilakukan bukan kerana ALLAH SWT? Bukankah kerana DIA, kita lakukan? Bagaimana hendak mendapat ganjaran?,” soalnya.

Demikian juga hal yang berlaku kepada masyarakat di dunia pada hari ini. Ramai orang yang taat, berbuat kebaikan seperti bersedekah dan membantu orang yang memerlukan.

Ia termasuklah golongan bukan Islam yang secara sukarela berbuat kebaikan.

“Namun, semua itu dilakukan kerana pilihannya sendiri.

“Ia berbeza dengan orang beriman yang mana golongan itu tidak boleh berbuat ketaatan kerana pilihannya sendiri iaitu disebabkan kemanusiaan. Semestinya ia dilakukan kerana ibadah terlebih dahulu dan taat kepada ALLAH SWT, barulah perbuatan itu akan jadi baik serta menjadi ibadah,” 

Ibadah merupakan perbuatan baik yang dilakukan kerana ALLAH SWT. Sifat ikhlas semata-mata kerana-NYA itulah yang akan mengubah status perbuatan kita menjadi ibadah.

“Namun, andai seseorang bersedekah atau menunaikan zakat kerana terpaksa umpamanya, risau orang berkata kita kedekut dan orang tuduh macam-macam, itu sudah jadi cerita lain.

“Tidak kisahlah mahu bersedekah sebab terpaksa atau dengan pilihan sendiri, kita kena ingat bahawa selagi tidak dilakukan kerana ALLAH SWT, amal kita itu tidak akan diterima selama-lamanya oleh ALLAH SWT,” .

Sebelum mengakhiri perkongsian ilmunya, agamawan itu sempat menitipkan pesanan buat renungan bersama.

“Setiap ibadah pasti baik. Namun, yang baik itu belum tentu ibadah,” 

Justeru, apa sahaja perbuatan yang dilakukan, jangan sekali-kali lupa untuk pasangkan niat dan lakukan semuanya ikhlas kerana ALLAH SWT.

Sumber: Instagram @habibalizaenalalhamid & @cocombee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan