Selasa, 20 Disember 2016

Antara kebaikan bawang putih


Antara kebaikan bawang putih

1. Mengurangkan Risiko Angin Ahmar.

Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

2. Mengurangkan Risiko Kanser.

Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.

3. Bertindak sebagai Anti-bakteria dan Antivirus .

Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Mengandungi Iodin .

Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.

5. Miningkatkan Sistem Imunisasi .

Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

6. Antiinflamasi .

Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

7. Melindungi Tanaman .

Pernahkah anda terjumpa dengan hama tanaman yang berwarna putih dan adakalanya berwarna hitam. hama ini sangat tidak suka pada bawang putih. Tumbuk bawang putih hingga hancur dan bancurkan dengan minyak mineral, air, dan sabun cair. Tuang ke dalam bekas pam dan pamkan ke arah tanaman yang terlibat.

8. Membantu Sistem Pencernaan .

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

9. Mengurangkan Kolesterol Dalam Tubuh .

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

10. Mengurangkan Angin Dalam Tubuh/ Perut.

Sekiranya anda mengalami kembung perut secara tiba-tiba atau di tengah malam akibat daripada tersalah makan atau perut masuk angin, anda boleh mencuba mengubati dengan mengambil dua ulas bawang putih dan bakar. Setelah itu buang kulitnya dan makanlah bawang putih tersebut. Insya Allah selang beberapa minit kemudian anda akan dapati angin dalam perut anda akan berkurangan dan anda akan berasa lega.

11. Menyuburkan Rambut.

Bawang putih juga boleh mengatasi masalah rambut gugur. Bawang putih mengandungi bahan allicin yang tinggi merah, yang dipercayai efektif untuk mengatasi masalah rambut gugur. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dipotong pada kulit kepala boleh juga ditambahkan dengan minyak kelapa untuk kesan yang maksimum.

12. Membersihkan Jerawat .

Bawang putih merupakan remedi semulajdi untuk menyingkirkan kuman jerawat kerana ianya mengandung antioksidan yang dapat membunuh bakteri. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah.



13. Merawat batuk kahak, cepat-cepat makan bawang putih bakar.

Harap-harap ubat batuk tradisional ini masih mujarab. Caranya bakar dengan kulit sekali dan sehingga benar-benar masak. Kalau tidak benar-benar masak, rasanya memang tidak boleh nak dikunyah. Kena betul-betul masak dibakar. Barulah bawang putihnya ranggup dan boleh dikunyah.

Untuk lebih teperinci, ambil seulas bawang putih dengan kulitnya.

Cucuk dengan garfu dan bakar terus ke atas api. Bakar dalam 2 minit. Kemudian kupas kulitnya dan basuh sedikit dan boleh dimakan bawang putihnya. Kalau dah masak betul, rasanya tiada lagi rasa pedas-pedas.

Boleh juga bakar sebiji labu besar bawang putih dengan penyepit. Untuk lebih mudah, bakar dengan oven dalam 20 minit pada suhu 180 darjah.

Berkenaan dengan bawang putih, terdapat dua khasiat penting didalamnya. Pertama antibodi semulajadi yang paling bagus. Dan yang kedua antioksidan yang paling bagus. Antioksidan ini bermaksud ia membantu mencegah kerosakkan sel di dalam tubuh. Jika sel di dalam tubuh kita sihat dan kuat, kita akan kelihatan muda dan organ dalam tubuh kita lebih kuat. Seterusnya mengelak dari pelbagai jenis penyakit. Memang besar khasiat bawang putih ini.

Antara kegunaan bawang putih atau garlic dari segi perubatan adalah untuk :

✔ Tekanan darah tinggi
✔Kolesterol tinggi
✔Penyakit Jantung Koronari
✔Serangan Jantung
✔Atherosclerosis
✔Mencegah kanser colon, rectal, stomach, breast, prostate, paru-paru
✔Merawat kanser prostat
✔Merawat kanser pundi kencing
✔Merawat kencing manis
✔Merawat Osteoathritis

Selamat mencuba.

Sabtu, 17 Disember 2016

Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Alu Syaikh menyeru para imam masjid untuk membaca doa qunut nazilah pada shalat Subuh untuk mendoakan kaum muslimin yang berada di Aleppo, Suriah.


Mufti Besar Kerajaan Arab Saudi yang juga menjabat sebagai Ketua Dewan Ulama Senior dan Komite Tetap Riset Ilmiah dan Fatwa, Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Alu Syaikh menyeru para imam masjid untuk membaca doa qunut nazilah pada shalat Subuh untuk mendoakan kaum muslimin yang berada di Aleppo, Suriah.

Fatwa Syaikh Abdul Aziz ini juga disampaikan melalui akun resmi Dewan Ulama Senior.

“Seyogianya para imam masjid membaca qunut untuk saudara-saudara mereka di Aleppo pada shalat Subuh hingga Allah Yang mempunyai kekuatan lagi sangat kokoh menghindarkan bencana ini dari umat Islam,” cuitnya.

Terkait hal ini, Sekretariat Jenderal Dewan Ulama Senior Arab Saudi mengecam ketidakberdayaan dunia internasional terhadap pembantaian yang dilakukan oleh rezim kriminal Suriah terhadap warga sipil yang tak bersenjata.

Padahal, kekejaman rezim Syiah Nushairiyah itu terhadap anak-anak, orang tua dan kaum wanita di Aleppo dilihat dan didengar oleh ratusan juta pasang mata dan telinga manusia di seluruh dunia.

Dalam sebuah siaran pers yang dilansir Sekretariat Jenderal Dewan Ulama Senior disebutkan,

“Sungguh, rezim kriminal Suriah ini melakukan kejahatan paling keji yang belum pernah dikenal dalam sejarah dunia kontemporer sebelumnya.

Mayat-mayat bergelimpangan dan memenuhi jalan-jalan serta puing-puing bangunan yang hancur akibat pengeboman terus-menerus yang setiap saat merenggut nyawa manusia di mana-mana.


Tempat-tempat ibadah dan rumah sakit pun tak luput dari serangan yang biadab tersebut. Sementara itu, masyarakat internasional seolah-olah tidak sanggup mengambil keputusan untuk mencegah kejahatan yang sedang terjadi.”

Di samping itu, Dewan Ulama Senior menekankan bahwa pada saat ini dunia internasional sangat butuh untuk membuat kesepatakan bersama yang bersifat adil dan dipatuhi oleh semua negara.

Kesepakatan ini tidak boleh dilanggar oleh negara manapun di seluruh dunia, baik negara kecil maupun besar, kuat maupun lemah, maju maupun berkembang. Hal ini dilakukan agar semua hak manusia dapat dilindungi. Sehingga, semua orang merasa tenteram, damai dan sentosa.

“Oleh karena itu, masyarakat internasional harus merespons panggilan dan suara hati nurani kemanusiaan untuk menghentikan perang yang tidak adil ini dan menangkap para penjahat perang,” tulisnya seperti dikutip Alweeam.

Sekretariat Jenderal Dewan Ulama Senior menyeru semua komponen yang ada di dunia Islam, baik pemerintah, organisasi maupun lembaganya untuk memerhatikan isu-isu keumatan dan berusaha sekuat tenaga untuk memperjuangkan hak-hak umat.

“Hanya Allah Azza wa Jalla yang akan menolong dan membela selama kita berpegang teguh dengan tali agama-Nya yang kuat dan menjalankan ajaran agama-Nya yang lurus.

Marilah kita memanjatkan doa kepada Allah Ta’ala agar Dia menghindarkan musibah dari umat Islam, menjaga darah dan kehormatan umat muslim dan semua orang yang tertindas di seluruh penjuru dunia, serta menyebarkan rasa keadilan dan perdamaian di atas bumi ini.

Hanya Allah yang menunjuki kita kepada jalan lurus.”

[Abu Syafiq/BersamaDakwah]

Khamis, 15 Disember 2016

Khasiat makan bawang merah mentah


Berikut adalah manfaat kesehatan dari makan bawang merah mentah.

1. Menyembuhkan sembelit

Serat yang dikandung bawang merah membantu membuang racun dan zarah makanan keras yang terjebak dalam usus. Jika anda menderita sembelit, jangan segan untuk makan bawang merah mentah.

2. Masalah pendarahan

Bawang merah merupakan salah satu ubat mujarab untuk menyembuhkan hemoroid atau buasir. Malah, anda juga boleh menggunakannya untuk merawat pendarahan di hidung. Caranya cukup mudah kok. Iris bawang merah dan hirup baunya secara perlahan.

3. Mengawal diabetes

Makan bawang merah mentah boleh meningkatkan pengeluaran insulin. Jadi, jika anda menderita diabetes, perbanyak konsumsi salad bawang secara teratur.

4. Melindungi jantung

Pengambilan bawang merah mentah secara teratur dapat melindungi jantung dari bahaya penyakit koronari. Makanan ini juga mengawal tekanan darah tinggi dan membuka arteri yang tersumbat.

5. Mengawal kadar kolesterol

Makanan herba ini dapat mengawal kolesterol dengan mengurangkan kolesterol jahat (LDL). Bawang merah juga mengandungi sulfida methylallyl serta asid-amino sulfur yang boleh menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).

6. Mencegah kanser

Bawang merah mempunyai banyak kandungan senyawa belerang. Sulfur boleh melindungi tubuh daripada kanser perut, payudara, paru-paru, usus, dan prostat. Makan bawang mentah juga membantu menyembuhkan gangguan saluran kencing lho.

7. Bawang merah diletakkan didalam rumah untuk pencegahan penyakit.

Cuba ambillah beberapa butir bawang merah, irislah lantas masukkan kedalam mangkuk atau pinggan mangkuk serta tempatkan di dalam bilik. Biarkan untuk beberapa jam serta udara di bilik itu bakal jadi bersih. Di Inggeris, rutin menyimpan potongan-potongan bawang serta meletakkannya di sudut-sudut dalaman kerap dikerjakan. Hal semacam ini mempunyai tujuan untuk bersihkan udara dari virus yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit termasuk juga selesema.

Bila anda diserang selesema, selesema atau demam, selekasnya taruh potongan bawang yang sudah dipotong-potong sebanyak setengah mangkok didalam bilik. Bawang perlu dipotong-potong supaya bau menyengat bawang terekspose lantaran bau menyengat inilah yang bakal meneutralkan udara serta menyerap virus influenza dari hawa. Bila diletakkan didalam rumah untuk pencegahan penyakit, gantilah bawang tiap-tiap 3 hari sekali.

Potongan bawang boleh juga digunakan untuk menghilangkan bau. Jadi, bila bilik mandi, gudang, atau garaj dirumah anda udaranya beraroma busuk, letakkan potongan-potongan bawang disana. Bau bawang pada awalnya memanglah bakal tercium sangat menyengat, namun bau bawang yang menyengat itu bakal betul-betul bekerja. Lantaran bila menaruh bawang itu anda lakukan ketika malam hari, jadi keesokan paginya bau busuk yang sebelumnya ada di ruang itu bakal hilang.

Rabu, 14 Disember 2016

PETUA MENGHILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI DAN KANAK-KANAK


Bayi dan kanak-kanak paling mudah dihinggapi batuk dan selsema. Pengalaman saya membesarkan 3 orang anak juga tidak terkecuali dari situasi ini. Sebagai ibu dan bapa seboleh-bolehnya dah tentu kita tidak mahu terlalu kerap memberikan anak-anak kita sumber ubat-ubatan yang sememangnya terkenal dengan kesan jangkamasa panjang dan kehadiran dadah.

Sekiranya anak-anak masih aktif dan bagi bayi yang menyusu, ia masih menyusu seperti biasa, itu adalah normal. Para ibubapa boleh mencuba petua-petua yang bakal dikongsikan nanti.

Tetapi, awas sekiranya demam, batuk atau selsema mereka berlarutan, malah anak-anak kelihatan lesu, kurang selera makan @ menyusu, segeralah dibawa ke hospital, dapatkan nasihat dari yang lebih arif dan pakar.

Bagi bayi yang berumur 6 bulan ke bawah, kebiasaannya doktor tidak akan memberikan apa-apa ubatan kerana dari segi perubatan, ianya adalah normal bagi bayi kerana mungkin terdapat lendir yang tidak habis dikeluarkan semasa lahir, iaitu, batuk berkahak. Ia akan keluar sendiri melalui muntah dan najis. Jika diberikan ubat pun dosnya adalah kecil 1ml ke 2 ml sahaja.

Perkongsian dari seorang sahabat saya yang bekerja sebagai pembantu perubatan, adalah tidak elok memberi bayi yang kurang dari 6 bulan ubat-ubatan, kerana dikhuairi imunisasinya terbantut, sistem pertahanan badannya sering memerlukan ubat-ubatan untuk melawan penyakit. Ini adalah perkembangan yang tidak baik bagi anak-anak.

"Penyebab utama virus batuk dan selsema ialah virus yang menjangkiti saluran pernafasan atas dikawasan hidung, faring (tekak) dan laring. Berdasarkan lebih daripada 100 jenis virus yang menjadi punca jangkitan, Rhinovirus dan Coronavirus merupakan virus yang kerap menyebabkan jangkitan."-Kementerian Kesihatan

Selain itu, ianya mungkin juga disebabkan reaksi alahan yang berpunca daripada habuk, asap, debunga, wangian dan bulu haiwan. Faktor cuaca juga memainkan peranan, terlampau sejuk atau terlampau panas.

Cuaca yang semakin tidak menentu ini menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti virus, bukan setakat anak kecil teapi orang dewasa juga mengalami situasi ini.



Jadi, apa cara yang boleh mengurangkan simtom batuk dan selsema anak-anak kita? Para Ibubapa bolehlah berikhthiar dengan cara berikut, mengikut keselesaan dan keserasian disamping berdoa kepadaNya.

1. Berikan anak rehat yang secukupnya dirumah

Elakkanlah membawa anak keluar dari rumah ke tempat awam jika tiada keperluan. Ini dapat mengelakkan virus berjangkit dengan anak-anak lain. Selain itu, anak-anak akan merasa letih dan proses penyembuhan mungkin memakan masa yang lama.

2. Sentiasa bersama anak

Anak yang tidak sihat memerlukan pemerhatian. Jadi, isilah masa bersama mereka dengan sentuhan-sentuhan memujuk dan pelukan agar mereka merasa selesa dan selamat.Boleh juga bercerita dan membawa mereka berjalan-jalan di sekitar rumah untuk mengambil udara segar.

3. Bersihkan peralatan , rumah dan juga pakaian.

Walaupun rumah kia lazimnya nampak bersih, tetapi tidak salah sekiranya kita membuat pemeriksaan dan membersihkan habuk-habuk. Mop lantai menggunakan air panas dan menggunakan bahan pencuci anti-bakteria. Lebih baik jika menggunakan yang mesra alam dan tiada bahan kimia.

4. Aliran udara yang baik

Pastikan setiap pagi, buka pintu dan tingkap supaya aliran udara dapat mengalir dengan baik.

5. Tepuk Percussion

Menepuk bahagian badan- depan & belakang, dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung (seperti kita nak sendawakan bayi). Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak. (berhati-hati ketika menepuk terutama ketika diaplikasikan kepada bayi)

6. Wap bersama bawang putih dan minyak zaiton

Teknik ini saya sering gunakan kepada bayi saya. Caranya sediakan:

2 ulas bawang putih yang dibakar dengan kulit, kemudian lenyekkan sedikit didalam besen
Tambahkan sedikit minyak zaitun
Tambahkan air panas
Napkin nipis (saya tidak gunakan, risau bayi tak dapat tahan)

Riba anak dengan menhadapkan mukanya ke besen tersebut. Tutup kepalanya dengan napkin nipis. Wap tadi akan masuk ke dalam rongga anak. Kemudian tepuk belakang anak seperti teknik percussion tadi. InsyaAllah teknik ini akan melegakan dan melancarkan pernafasannya. Batuk dan selsema akan berkurangan.

7. Penjagaan makanan Ibu dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan membekalkan nutrisi.

Ibu yang menyusukan bayi, harus menjaga pemakanan. Ibu boleh makan sup dengan melebihkan bawang putih didalam sup tersebut. Ibu juga boleh mengambil supplement yang bersesuaian untuk ibu menyusu.


8. Kunyit

Kunyit sememangnya terkenal dengan antibiotik semulajadi selain bawang putih. Tumbuk kunyit hidup, sapukan di dahi dan batang hidung anak. InsyaAllah selsemanya akan mengering.

9.Bunga belimbing dan air beras

Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, boleh cuba petua ini. Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras, tapis dan beri anak minum. Ini adalah petua tradisional.

10. Daun basil, oregano dan daun sireh

Campur dan perahkan airnya. Beri anak minum sedikit. Hanya untuk bayi yang telah makan makanan pejal.

11. Lemon, halia, madu

Perahkan lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. biarkan semalaman dalam peti ais, boleh berikan kepada anak-anak yang berumur 2 tahun keatas.

12. Garlic Socks

Bakar bawang putih, letak dalam stokin anak.

13. Mandian lemon

Letakkan hirisan lemon dalam air mandi bayi. Baunya dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi dan aromanya juga menenangkan.

14. Minyak bawang putih

Bakar bawang putih seperti teknik Wap bersama bawang putih dan minyak zaiton , cuma, tidak perlukan air panas. hanya tambah minyak masak/ zaitun/ bayi dan sapukan didada untuk legakan pernafasannya.

15. Habbatus Sauda dan Minyak Zaitun

Ini adalah perkongsian dari seorang sahabat saya, katanya , goreng biji habbatus sauda tanpa minyak, kemudian tambah minyak zaitun. sapukan ke dada anak. Bagus untuk batuk dan melancarkan sistem penafasan anak.

Isnin, 12 Disember 2016

Ketahui rahsia tanda-tanda penyakit Menerusi jari dan telapak tangan anda


Tangan merupakan bahagian saraf yang paling hujung dari tubuh manusia. Apa saja yang berlaku pada tubuh manusia akan terlihat pada tangan. Di antara bahagian-bahagian tangan yang boleh menunjukkan keadaan suatu penyakit yang berlaku pada manusia adalah telapak tangan bahagian atas, semua jari (mulai dari kelingking hingga ibu jari), ruas-ruas jari bahagian atas dan kuku.

Empat jari yang ada hubung kait dengan organ dalaman tubuh :

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Berikut ini kaitan antara jari dan telapak tangan dengan kesihatan anda :

1. Masalah Kolon (Sembelit)

Penyakit bersumber dari masalah usus besar (kolon) dan sembelit merupakan masalah yang paling utama. Tanda-tanda di tangan pesakit untuk masalah sembelit dan permasalahan kolon adalah sebagai berikut :

. Garis-garis ruas jari-jari pada telapak tangan berwarna gelap, semakin gelap warnanya menunjukkan semakin teruk permasalahan sembelitnya.

. Garis-garis yang ada pada telapak tangan dan ruas seluruh jari berwarna gelap, semakin gelap warnanya bermakna semakin teruk masalah sembelitnya.

. Terdapat bayangan kehitaman secara keseluruhan dari telapak tangan, menandakan lebih kronik dari garis-garis berwarna gelap di ruas jari-jari.

. Apabila jari telunjuk dan jari tengah direntangkan terasa sakit, ini menunjukkan adanya masalah sembelit.

. Permasalahan usus besar lainnya dapat dilihat pada keadaan ibu jari yang bengkok.

. Jari telunjuk bengkok menandakan adanya permasalahan pada usus besar.

Keadaan sembelit yang serius boleh dirawat dengan mesin kolon hydrotherapy, dimana najis-najis yang melekat di usus/kolon akan dikeluarkan dengan bantuan mesin dan biasanya najis berwarna kehitaman.

Sembelit adalah satu penyakit, namun wujudnya kesan daripada penyakit-penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

2. Masalah Angin

Masalah angin tak dapat dipisahkan dengan masalah sembelit. Tanda-tanda di tangan pesakit untuk masalah angin adalah terdapat bintik-bintik putih di telapak tangan berwarna kemerah-merahan. Ada dua kemungkinan, jika telapak tangan berwarna merah maka bintik-bintik berwarna putih dan sebaliknya jika telapak tangan berwarna putih maka bintik-bintik berwarna merah. Hal ini diakibatkan oleh gas yang berlebihan di dalam tubuh.

Kesan masalah angin kepada pesakit adalah rasa cepat marah dan beremosi, darah keluar lebih kental bila dibekam, suara tinggi dan pandangan tajam. Masalah angin ini ada hubung kait dengan masalah kolesterol.

3. Masalah Stress

Fikiran menguasai 50% kesihatan manusia. Dalam keadaan tertekan (stress) yang berterusan tubuh akan mengeluarkan hormon steroid yang dapat melemahkan sistem imuniti. Tanda-tanda di tangan pesakit stress adalah terdapat urat-urat biru/hijau di pergelangan tangan, telapak tangan dan disepanjang jari-jari serta sangat terlihat jelas di betis kaki.

Stress menyebabkan pesakit terlalu sedih, cepat marah atau beremosi, tidak nyenyak tidur dan terasa migrain. Masalah stress ini ada hubungannya dengan masalah jantung, paru-paru dan kekurangan vitamin C.

4. Masalah Jantung

Masalah jantung berbeza dengan penyakit jantung. Masalah jantung maksudnya adalah terdapat gangguan–gangguan pada organ jantung. Berlakunya arteriklorosis (penyumbatan arteri) adalah disebabkan terjadinya keadaan stress yang berpanjangan. Tanda-tanda di tangan pasien yang mengalami gangguan jantung adalah sebagai berikut :

. Jari kelingking yang bengkok menandakan adanya permasalahan pada organ jantung.

. Jari Tengah yang bengkok menandakan adanya permasalahan pada organ jantung.

. Tapak tangan berpeluh atau lembab (tanpa sebarang aktiviti) menandakan seseorang mengalami gangguan pada jantung, paru-paru, sesak nafas dan stress.

Kesan dari masalah jantung adalah dada kiri terasa sakit, kebas pada jari-jari, rasa nyeri seperti di tusuk, mudah terperanjat, berdebar-debar, sukar tidur. Masalah ini ada hubungannya dengan masalah kolesterol atau tingginya kadar LDL (Low Density Lipoprotein) dalam tubuh.

5. Masalah Kolesterol

Masalah kolesterol sangat berkait rapat dengan masalah jantung dan kardiovaskular. Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan kolesterol ini adalah sebagai berikut :

. Ruas hujung jari-jari berwarna lebih merah atau lebih gelap dari ruas jari di bawahnya. semakin gelap warnanya menandakan kadar kolesterol di tubuh makin tinggi.

. Telapak tangan berwarna merah, kelihatan bengkak dan terdapat urat berwarna biru.

Masalah kolesterol mengakibatkan pesakit mengalami masalah emosi atau cepat marah. Masalah kolesterol berkait rapat dengan masalah sembelit, masalah angin.

6. Masalah Alergi

Masalah Alergi atau Sinusitis hampir menimpa kebanyakan penduduk Asia. Masalah ini biasanya dikaitkan dengan masalah paru-paru (pernafasan) atau asma. Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan ini adalah terdapat urat-urat berwarna biru/kehijau-hijauan pada telapak tangan di bahagian bawah ibu jari. Ibu Jari bahagian atas kempot, juga menandakan berlakunya masalah sinusitis.

Masalah Alergi menyebabkan bersin-bersin terutama di waktu pagi, rambut gugur, mata gatal-gatal, kaki kebas, cepat lelah, asma. Jika kondisi ini berkepanjangan maka akan menimbulkan masalah keputihan bagi perempuan, atau buasir bagi lelaki.

7. Masalah ketidakseimbangan Hormon

Masalah ketidakseimbangan hormon atau inbalance hormon dapat menyebabkan berlakunya masalah berkurangnya keinginan seks (tapi bukan impotensi), masalah di rahim/peranakan. Masalah ini biasanya berlanjut pada masalah Tiroid, Ovarium, Prostat, Uterus, Fibroid, Endrometris dan kanser rahim.

Tanda-tanda di tangan yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon adalah :

. Telapak tangan berwarna pucat merah, terdapat urat berwarna biru dan terlihat sangat jelas.

. Telapak tangan licin, kesat dan kulit telapak tangan kering.

. Terdapat bulan sabit terbalik hanya di kuku ibu jari menandakan hormon dalam keadaan balance. Sebaliknya apabila bulan sabit terbalik tersebut ada disemua kuku atau ada di kuku-kuku lain selain ibu jari, maka menandakan terdapat masalah inbalance hormon.

. Jari Kelingking kempot menandakan berkurangnya kemampuan seks.

. Ibu jari bengkok menandakan masalah kesuburan yang rendah.

Akibat dari masalah in balance hormon adalah berkurangnya keinginan seks, perasaan rendah diri, kemurungan yang mendalam bahkan depresi.

8. Masalah Wanita (Rahim dan Uterus)

Masalah wanita yang banyak dialami adalah masalah rahim jatuh atau prolapsus, keputihan, senggugut, fibroid, endrometrosis. Masalah wanita ini apabila berpanjangan akan menyebabkan terjadinya kanser rahim. Beberapa keadaan yang menyebabkan seorang wanita mudah diserang kanser :

(a) Datang darah haid pada usia dibawah 10 tahun.

(b) Berhenti darah haid pada usia di atas 50 tahun.

(c) Tidak melahirkan anak.

(d) Melahirkan anak pada usia 35 tahun terutama anak sulung.

(e) Tidak menyusui anak.

(f) Pernah menderita tumor.

(g) Memiliki sejarah keturunan pesakit kanser.

(h) Pengguna Pil Kesuburan (Hormon).

Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan wanita ini adalah :

. Jari kelingking meruncing/menirus menandakan masalah rahim/peranakan.

. Jari Kelingking bengkok bahagian atasnya saja menandakan rahim jatuh (prolapsus), jika berterusan akan mengarah pada permasalahan tumor.

9. Masalah Buah Pinggang

Masalah buah pinggang yang banyak dialami adalah masalah kebas-kebas di pinggang, kencing tidak lawas, menahan kencing, batu karang, kencing tak keluar (edena), kencing darah dan sebagainya. Masalah Ginjal ada kaitannya dengan masalah hati dan jantung. Perlu diketahui bahawa kerosakan ginjal tidak melebihi 25% belum memberikan kesan sakit pada pesakit. Apabila seorang ayah atau ibu telah mengalami masalah ginjal, maka berdasarkan penelitian di Malaysia sekitar 60% anak yang dilahirkan akan mewarisi masalah ginjal tersebut.

Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan ginjal ini adalah :

. Ruas pertama dari seluruh jari –jari terlihat buncit/bengkak air.

. Ruas pertama jari telunjuk berkerut-kerut, menandakan kurang air atau sering menahan air kencing, biasanya juga terlihat kelopak mata berwarna hitam.

. Terasa sakit di tiga jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

. Hujung-hujung jari relatif tidak meruncing menandakan seseorang mengalami masalah ginjal, untuk wanita biasanya letak rahim tidak pada tempatnya.

. Mata kaki bengkak atau mata bergelambir menandakan ada masalah ginjal dan jantung.

. Ruas hujung jari-jari bengkok ke dalam menandakan adanya masalah batu karang/ginjal dan gout.

10. Masalah Daya Tahan Tubuh (System Imunity)

Dari keseluruhan tanda-tanda yang dijelaskan diatas, adalah baru sebatas dugaan adanya permasalahan pada organ yang bersangkutan. Permasalahan tersebut akan betul-betul wujud pada pesakit apabila system imunity tubuhnya dalam keadaan menurun/rendah. Tanda-tanda sistem imuniti rendah adalah :

. Hujung jari manis kelihatan bengkok menandakan menurunnya sistem imunity. Selain itu juga terdapat masalah pada usus kecil dan masalah pencernaan. Ini ada kaitanya juga dengan masalah hempedu dan ulu hati.

. Telapak tangan berwarna hitam legam menandakan keadaan daya tahan tubuh lemah dan buruk.

. Telapak tangan cekung atau berlopak (cukup dalam) menandakan sistem imuniti yang rendah, juga menandakan adanya ganguan pada saraf dalaman. Jika diiringi rasa sakit di belikat, maka pada wanita ada kaitannya dengan rahim/peranakan. Jika lelaki ada kaitannya dengan tenaga batin.

Contoh kes keadaan pesakit yang melibatkan keadaan telapak tangan cekung :

. Pada pesakit yang berusia lebih dari 40 tahun, jika memiliki telapak tangan yang cekung, ruas jari pertama buncit, adanya sembelit, warna telapak tangan kemerahan dan lembab, maka dapat dipastikan pesakit tersebut telah mengidap kencing manis (diabetes).

. Pada pesakit wanita dewasa, yang memiliki telapak tangan yang cekung dan juga mengalami gangguan pada hormon tiroid, telapak tangan pucat/kebiru-biruan, masalah angin yang kronik, masalah alergi maka dapat dipastikan pesakit ini telah mengidap penyakit keputihan, fibroid dan endrometriosis.

. Hujung jari tengah bengkok, terdapat bintik­-bintik putih, telapak tangan licin, gemuk dan berpeluh, menandakan seseorang mengidap stroke.

11. Masalah-masalah Lainnya

Selain tanda-tanda seperti yang diuraikan di atas, masih terdapat tanda-tanda lain yang boleh di lihat di jari dan telapak tangan, diantaranya adalah :

. Apabila kuku bergelombang, bergaris-garis dan telapak tangan keras serta terdapat benjolan, ini menandakan keracunan/toksid heavy metal (logam berat).

. Bawah mata dan telapak tangan kelihatan pucat, banyak bintik-bintik putih dan urat berwarna biru tersebar merata menandakan seseorang mengalami masalah tekanan darah rendah atau anemia. Kondisi ini juga dapat dilihat jika kuku ditekan beberapa saat sampai berwarna putih dan perlu waktu yang lama untuk kembali kekeadaan normal.

. Adanya garisan di tepi perut ibu jari, terlihat berwarna biru/hijau, ini menandakan adanya masalah tiroid atau masalah gastrik (angin dalam usus). Simptomnya adalah jika letih, lapar dan terasa sakit di ulu hati.

. Tanda kadar gula yang tinggi dapat dilihat di tapak jari-jari di bawah kuku, semakin gelap warnanya maka semakin tinggi kadar gulanya.

. Kuku berwarna agak kemerah-merahan (pink) menunjukan seseorang mudah bingung.

. Kuku bergelombang menunjukan kelainan (gangguan) pada hati.

. Kuku bergaris menunjukkan kelainan atau gangguan pada ginjal.

Ahad, 11 Disember 2016

Mencari Titik Organ Yang Sakit Di Telapak Tangan


Apabila anda mengalami sakit, janganlah cepat-cepat ke doktor. Semua arahannya memang ada di telapak tangan. Dengan mencari titik organ yang sakit di telapak tangan dan kerjakan penyembuhan sendiri.

Caranya:

Tekan titik organ mana yang sakit didalam tubuh dengan ibu jari, selama 5 saat.
Bebaskan ibu jari anda – 3 saat.
Lalu tekan lagi. Ulangi ini selama beberapa minit.
Apabila merasa sakit yang berterusan, urut sekurang-kurangnya sekali satu hari. Sesudah satu minggu anda bakal terasa jauh tambah baik.

7 BAHAGIAN ANGGOTA TUBUH YANG NYAMAN diurut KETIKA SAKIT:

1. Pelipis Dekat Mata 5-7 saat, lepaskan perlahan

2. Di Pada Ibu Jari Dan Jari Telunjuk

Ruangan ini bila diurut dapat menolong anda yang alami sakit leher. Cuba urut selama 2 minit dengan gerakan yang lembut serta semakin sengit. Sungguh tidak terduga ya, ruang tubuh yang jauh dapat saling bersambung

3. Tulang di Pergelangan Kaki

Bila anda alami sakit punggung bawah, sakit pinggul dan pinggang, anda boleh mengurut di pergelangan

Kaki, terutama di bahagian tulang yang besar. Mungkin saja terdengar aneh, tetapi perlahan anda bakal rasakan otot lebih santai dan selesa.

4. Mata Ketiga

Kata orang, mata ketiga ini ada di pangkal hidung dekat kening. Dengan mengurut ruangan ini, anda boleh meredakan mata yang penat. Langkahnya yaitu dengan mengurut lembut ruang ini.

Kerjakan sebahagian tekanan biasa selama 1 minit. Mendekati sebahagian tekanan akhir, tutup mata anda. Tekan selama 9 kali, pada tekanan ke 10, tekan agak lama, lalu lepas perlahan-lahan.

5. Sayap di Punggung

Di belakang kita ada tulang yang menonjol seperti sayap, mengurut ruang di sekitar sana memang boleh merasa selesa. Tahukah anda, urutan ini dapat menolong meredakan permasalahan keletihan leher, kepala, nyeri dan juga permasalahan pernafasan.

6. Telapak Kaki

Di bahagian telapak kaki, ada banyak sekali titik akutekanan yang selesa dan kadang-kadang menyakitkan untuk diurut. Memakai ibu jari untuk mengurut bahagian tengah telapak kaki dapat membantu anda menangani permasalahan pencernaan.

7. Punggung dan Telapak Tangan

Masa alami kesakitan, urut sisi tengah punggung telapak tangan dan sisi dalam telapaknya.


Petikan dari
http://sehinggit.blogspot.my/2016/11/mulai-hari-ini-jangan-terburu-buru.html

Jumaat, 9 Disember 2016

KHASIAT BUAH MAHKOTA DEWA


Manfaat mahkota dewa harus diketahui oleh banyak orang, hal itu dikarenakan banyak sekali manfaat yang akan kita temukan dari tumbuhan satu ini. Meski banyak khasiat yang akan didapatkan, tidak membuat banyak orang menanamnya di halaman rumah mereka. Orang sering mendengar kata mahkota dewa, namun tidak banyak orang yang pernah melihat bentuk dan wujud dari tumbuhan mahkota dewa ini.

Tak jarang pula orang masih meragukan khasiat dari tanaman ini dikarenakan belum memiliki pengetahuan yang cukup tentang tanaman ini. Oleh sebab itulah, masyarakat perlu dikenalkan dengan tumbuhan mahkota dewa dan berbagai macam khasiat dari tanaman ini. Pengetahuan yang cukup akan membuat masyarakat sadar untuk menanam tumbuhan ini dan mulai memanfaatkan tumbuhan yang kaya manfaat seperti mahkota dewa.

Ciri-ciri Tanaman Mahkota Dewa

Masyarakat harus tahu dan dapat membedakan mana tanaman mahkota dewa dan mana yang bukan. Di lingkungan masyarakat, banyak sekali jenis tanaman yang tumbuh. Oleh sebab itu diperlukan pengetahuan dan wawasan untuk mengenali tanaman atau tumbuhan mahkota dewa. Berikut ini ciri-ciri dari tanaman mahkota dewa yang harus diketahui :

1. Batang. Batang dari tanaman mahkota dewa berbentuk bulat dan memiliki permukaan yang kasar. Warna kulit batangnya coklat agak kehijauan, batang kayunya berwarna putih.

2. Akar. Akar tanaman mahkota dewa adalah tunjang.

3. Daun. Daun tanaman mahkota dewa adalah tunggal, berhadap-hadapan. Daunnya memiliki tangkai yang pendek, bentuk daun lonjong dan ujungnya runcing. Bagian tepi daun rata, permukaan daun licin dan tidak berbulu. Warna daun hijau tua dan memiliki panjang maksimal 10 cm, lebarnya maksimal 5 cm.

4. Bunga. Bunga mahkota dewa akan tumbuh sepanjang tahun. Letak bunga bisa tersebar di bagian batang atau di bagian ketiak di daun. Bentuk bunga adalah tabung, warna putih, ukuran kecil juga harum. Jika diperhatikan secara seksama, mirip dengan bunga cengkeh.

5. Buah. Buah mahkota dewa terdapat bagian kulit, cangkang, daging dan juga biji. Buahnya memiliki diameter maksimal 5 cm. Saat muda warna buahnya adalah hijau, saat masak berwarna merah. Dagingnya berwarna putih, ada serat dan kandungan air.

6. Biji. Biji buah mahkota dewa adalah bagian dari tanaman mahkota dewa yang paling beracun. Bentuk bijinya adalah bulat dan lonjong, tekstur keras, diameternya adalah 1 cm dan warnanya cokelat. Bagian dalam biji berwarna putih sedangkan kulit biji bagian luar berwarna cokelat.

Kandungan Di Dalam Tanaman Mahkota Dewa

Manfaat mahkota dewa tidak terlepas dari berbagai macam kandungan yang ada di dalamnya. Masyarakat tidak akan tahu apa saja manfaat dari tanaman mahkota dewa jika tidak mengetahui kandungan apa saja yang ada didalamnya. Berikut ini berbagai macam kandungan yang ada di dalam tanaman mahkota dewa :

1. Zat alkaloid. Salah satu kandungan yang ada dalam tanaman mahkota dewa adalah zat alkaloid. Zat tersebut sangat bermanfaat bagi kesehatan.

2. Flavonoid. Zat flavonoid ada di dalam tanaman mahkota dewa. Selain ditemukan pada mahkota dewa, tanaman obat lainnya pun juga banyak yang mengandung zat ini.

3. Polifenol. Polifenol temannya zat alkaloid. Sama halnya degan alkaloid, polifenol memiliki khasiat yang bagus untuk kesehatan tubuh manusia.

4. Antioksidan. Kulit buah mahkota dewa kaya akan antioksidan, selain kulit mahkota dewa kulit manggis pun kaya akan antioksidan.


Manfaat Mahkota Dewa

Saat ini, banyak orang yang belum sepenuhnya memanfaatkan tanaman mahkota dewa sebagai tanaman obat. Hal itu dikarenakan banyak yang belum mengetahui apa saja manfaat mahkota dewa bagi kesehatan. Tidak hanya itu saja, masyarakat belum mau memanfaatkan mahkota dewa sebagai tanaman obat karena kadar racunnya yang tinggi.

Masyarakat yang memiliki sedikit pengetahuan tentang tanaman ini tidak mau teracuni oleh tanaman tersebut. Asalkan masyarakat tahu bagaimana mengolah tanaman ini menjadi obat, masyarakat bisa memetik berbagai macam khasiat dari tanaman ini. Agar tidak teracuni, jangan melibatkan bagian biji mahkota dewa. Bagian biji inilah yang memiliki racun jika sampai diolah dan masuk ke dalam tubuh. Berikut ini berbagai macam manfaat dari tanaman mahkota dewa :

1. Bermanfaat Untuk Detoksifikasi

Banyak orang yang mulai sadar pentingnya melakukan detoksifikasi. Detoksifikasi sangat bermanfaat bagi tubuh. Sayangnya, detoksifikasi baru bisa dilakukan oleh masyarakat menengah ke atas saja dikarenakan harga sekali detox yang mahal dan menguras isi dompet. Berikut ini adalah hal-hal yang berhubungan dengan detoksifikasi :

1. Detok adalah proses pengeluaran racun yang mengendap di dalam tubuh.
2. Racun yang tidak dikeluarkan bisa menyebabkan timbulnya berbagai macam penyakit di dalam tubuh.
3. Kebanyakan racun mengendap di dalam usus, oleh sebab itulah orang yang tidak sering melakukan detox bisa terkena berbagai macam penyakit usus. Yang paling mengerikan adalah terjadinya kanker usus.
4. Saat ini detok bisa dilakukan menggunakan tanaman mahkota dewa, kandungan alkaloidnya bermanfaat dalam detoksifikasi dalam tubuh.

2. Cara Penggunaan


Caranya adalah merebus buah mahkota dewa tanpa biji kemudian meminum air rebusannya selama seminggu sekali. Racun akan dikeluarkan melalui urin, feses dan juga keringat.

3. Menangkal Bakteri

Kandungan alkaloid yang ada di dalam tanaman mahkota dewa bermanfaat untuk menangkal bakteri di dalam tubuh. Sehingga tubuh tidak akan mudah terkena infeksi bakteri. Tidak hanya itu saja, berbagai macam penyakit yang disebabkan oleh bakteri pun bisa diatasi menggunakan tanaman mahkota dewa.

4.  Anti Virus

Kandungan alkaloid yang ada di dalam tanaman mahkota dewa bisa bermanfaat sebagai anti virus. Sifat anti virus yang ada di dalam tanaman mahkota dewa bisa berguna untuk menangkal berbagai macam virus yang masuk ke dalam tubuh.

5. Meningkatkan Sistem Imun

Salah satu manfaat dari tanaman mahkota dewa adalah meningkatkan sistem imun tubuh. Jika sistem imun meningkat, tubuh pun tidak akan mudah terkena penyakit. Kandungan zat bermanfaat untuk meningkatkan sistem imun tubuh adalah zat saponin yang ada di dalam tanaman mahkota dewa.

6. Menjaga Dan Meningkatkan Vitalitas

Salah satu manfaat mahkota dewa bagi pria adalah menjaga dan meningkatkan vitalitas bagi pria. Kandungan saponin di dalam mahkota dewa sangat bermanfaat untuk meningkatkan vitalitas bagi pria. Caranya adalah dengan merebus buah mahkota dewa kering dan diminum satu jam sebelum berhubungan seksual dengan istri. Meminum air rebusan itu bisa bermanfaat untuk menjaga dan meningkatkan vitalitas.

7. Menurunkan Gula Darah

Manfaat mahkota dewa adalah bisa menurunkan kadar gula di dalam darah. Kandungan saponin yang ada di dalam mahkota dewa bisa menurunkan kadar gula darah. Air rebusan mahkota dewa cocok dikonsumsi bagi penderita diabetes dengan kadar gula yang tinggi. Cara menurunkan kadar gula menggunakan mahkota dewa adalah sebagai berikut ini :

Siapkan 5 buah mahkota dewa, iris tipis-tipis.
Air bersih sebanyak 5 gelas.
Rebus mahkota dewa bersama air dan sisakan sampai setengahnya.
Minum tiga kali sehari.

8. Peredaran Darah Menjadi Lancar

Salah satu manfaat dari mahkota dewa adalah membuat peredaran darah menjadi lancar. Zat di dalam mahkota dewa yang bisa melancarkan peredaran darah adalah zat flavonoid di dalam mahkota dewa. Jika peredaran darah lancar, tubuh akan terhindar dari berbagai macam penyakit dan juga gangguan kesehatan.

9. Meningkatkan Sistem Metabolisme

Metabolisme adalah hal yang penting di dalam tubuh. Agar tubuh tetap fit diperlukan sistem metabolisme yang baik. Jika sistem metabolisme di dalam tubuh buruk, tubuh akan mengalami berbagai macam gangguan. Slalah satu gangguan kesehatan yang disebabkan oleh buruknya metabolisme tubuh adalah penurunan kognitif tubuh. Zat flavonoid dalam mahkota dewa dipercaya bisa meningkatkan dan menjaga sistem metabolisme di dalam tubuh.

10. Anti Peradangan

Zat flavonoid di dalam mahkota dewa bermanfaat sebagai anti peradangan. Jika mengkonsumsi air rebusan mahkota dewa secara rutin, tubuh akan terhindar dari berbagai macam penyakit akibat inflamasi.

11. Mengurangi Rasa Sakit

Tubuh akan merasakan sakit ketika sakit, kandungan flavonoid di dalam mahkota dewa bisa meringankan rasa sakit yang diderita oleh tubuh.

12. Menurunkan Kolesterol

Tubuh manusia mudah terkena berbagai macam penyakit, misalnya saja darah tinggi, asam urat dan juga kolesterol tinggi. Salah satu penyakit yang harus diwaspadai adalah penyakit kolesterol tinggi. kolesterol tinggi bisa menyebabkan berbagai macam penyakit komplikasi yang membahayakan bagi tubuh. Untuk menurunkan kadar kolesterol tinggi bisa menggunakan mahkota dewa, zat flavonoid di dala mahkota dewa bisa menurunkan kadar kolesterol di dalam tubuh.

13. Mengusir Alergi

Zat polifenol yang ada dalam mahkota dewa bermanfaat untuk mengusir dan menghilangkan alergi khususnya alergi pada makanan.

14. Mengobati Tumor

Tumor adalah adanya benjolan tidak normal yang tumbuh di dalam tubuh. Tumort bisa dihilangkan dan diobati menggunakan kulit mahkota dewa kering yang direbus. Kandungan antioksidan yang ada di dalam kulit mahkotra dewa, sama banyaknya dengan kandungan antioksidan di dalam kulit manggis kering.

15. Mengobati Flu Dan Batuk

Flu dan batuk adalah penyakit yang disebabkan oleh virus. Kandungan mahkota dewa ada yang bersifat antivirus sehingga bisa mengobati flu dan batuk pada tubuh.

16. Mengobati Jantung Koroner

Jantung koroner adalha penyakit jantung yang mematikan. Salah satu penyebabnya adalah aliran darah ke jantung yang tersumbat. Untuk mengobati penyakit jantung koroner adalah dengan membuat aliran darah ke jantung menjadi lancar. Zat flavonoid pada mahkota dewa bisa melancarkan aliran darah di pembuluh darah. Jika aliran darah ke jantung lancar, kinerja jantung pun bisa menjadi lebih baik lagi.

17. Menangkal Radikal Bebas

Banyak jenis penyakit yang disebabkan oleh adanya radikal bebas. Tubuh setiap harinya rentan untuk terkena radikal bebas, untuk menangkal radikal bebas bisa menggunakan mahkota dewa. Zat antioksidan yang ada dalam kulit buah mahkota dewa bisa digunakan sebagai penangkal radikal bebas.

18. Mencegah Tumbuhnya Sel Kanker Dan Tumor

Kandungan antioksidan yang ada dalam kulit mahkota dewa kering bisa bermanfaat untuk mencegah timbunya sel kanker dan juga sel tumor. Kandungan antioksidan tersebut juga bermanfaat untuk mencegah penyebaran sel kanker dan tumor.

19. Mengurangi Timbunan Lemak Di Pembuluh Darah

Salah satu hal yang menyebabkan pembuluh darah menyempit dan tersumbat adalah adanya timbunan lemak di dalam pembuluh darah. Untuk mengurangi timbunan lemak tersebut bisa menggunakan mahkota dewa. Di dalam mahkota dewa ada zat flavonoid yang bisa mengurangi timbunan lemak.

20. Mengobati Gatal-Gatal

Kandungan polifenol yang ada di dalam mahkota dewa bisa bermanfaat untuk mengobati gatal-gatal. Cara mengobati gatal-gatal dengan mahkota dewa adalah sebagai berikut ini :

  • Daun mahkota dewa.
  • Giling atau tumbuk daun mahkota dewa tersebut.
  • Tempelkan gilingan daun mahkota dewa yang telah halus ke bagian yang gatal.
  • Penggantian dilakukan sebanyak tiga kali sehari.
  • Obat Asam Urat

Zat flavonoid pada mahkota dewa bisa menurunkan kadar asam urat yang tinggi. Jika kadar asam urat bisa diturunkan maka penyakit asam urat pun bisa diobati dan juga dihilangkan.

21. Obat Disentri

Disentri adalah penyakit yang disebabkan oleh kuman dan bakteri. Disentri bisa disembuhkan menggunakan mahkota dewa karena zat saponin di dalam mahkota dewa bersifat anti bakteri. Cara menyembuhkan disentri menggunakan mahkota dewa adalah sebagai berikut ini :
  • Siapkan kulit buah mahkota dewa kering sebanyak 6 gram.
  • Siapkan air bersih 5 gelas.
  • Rebus buah mahkota dewa menggunakan air. Biarkan sampai mendidih dan sisakan setengahnya.
  • Minum sebanyak tiga kali sehari.
22. Mengobati Hepatitis

Penyakir hepatitis disebabkan oleh virus. Penyakit ini tidak bisa dibiarkan. Untuk mengobati penyakit hepatitis, bisa menggunakan mahkota dewa. Zat saponin dalam mahkota dewa bermanfaat untuk mengobati penyakit hepatitis. Cara mengobati hepatitis menggunakan mahkota dewa adalah sebagai berikut ini :
  • Siapkan 5 gram daging mahkota dewa.
  • Pegagan sebanyak 15 gram.
  • Daun sambiloto kering sebanyak 10 gram.
  • Air bersih sebanyak 5 gelas.
  • Daun dewa sebanyak 15 gram.
  • Campur semua bahan dan kemudian rebus sampai tersisa tiga gelas saja.
  • Minum air rebusan tersebut sebanyak tiga kali sehari.
Nah itulah beberapa manfaat mahkota dewa yang dapat digunakan dalam kehidupan sehari hari. Namun satu hal yang harus diketahui, selalu konsultasikan terlebih dahulu penyakit anda pada dokter sebelum memutuskan menggunakan obat herbal.