Selasa, 20 Disember 2016

Antara kebaikan bawang putih


Antara kebaikan bawang putih

1. Mengurangkan Risiko Angin Ahmar.

Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

2. Mengurangkan Risiko Kanser.

Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.

3. Bertindak sebagai Anti-bakteria dan Antivirus .

Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Mengandungi Iodin .

Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.

5. Miningkatkan Sistem Imunisasi .

Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

6. Antiinflamasi .

Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

7. Melindungi Tanaman .

Pernahkah anda terjumpa dengan hama tanaman yang berwarna putih dan adakalanya berwarna hitam. hama ini sangat tidak suka pada bawang putih. Tumbuk bawang putih hingga hancur dan bancurkan dengan minyak mineral, air, dan sabun cair. Tuang ke dalam bekas pam dan pamkan ke arah tanaman yang terlibat.

8. Membantu Sistem Pencernaan .

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

9. Mengurangkan Kolesterol Dalam Tubuh .

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

10. Mengurangkan Angin Dalam Tubuh/ Perut.

Sekiranya anda mengalami kembung perut secara tiba-tiba atau di tengah malam akibat daripada tersalah makan atau perut masuk angin, anda boleh mencuba mengubati dengan mengambil dua ulas bawang putih dan bakar. Setelah itu buang kulitnya dan makanlah bawang putih tersebut. Insya Allah selang beberapa minit kemudian anda akan dapati angin dalam perut anda akan berkurangan dan anda akan berasa lega.

11. Menyuburkan Rambut.

Bawang putih juga boleh mengatasi masalah rambut gugur. Bawang putih mengandungi bahan allicin yang tinggi merah, yang dipercayai efektif untuk mengatasi masalah rambut gugur. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dipotong pada kulit kepala boleh juga ditambahkan dengan minyak kelapa untuk kesan yang maksimum.

12. Membersihkan Jerawat .

Bawang putih merupakan remedi semulajdi untuk menyingkirkan kuman jerawat kerana ianya mengandung antioksidan yang dapat membunuh bakteri. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah.



13. Merawat batuk kahak, cepat-cepat makan bawang putih bakar.

Harap-harap ubat batuk tradisional ini masih mujarab. Caranya bakar dengan kulit sekali dan sehingga benar-benar masak. Kalau tidak benar-benar masak, rasanya memang tidak boleh nak dikunyah. Kena betul-betul masak dibakar. Barulah bawang putihnya ranggup dan boleh dikunyah.

Untuk lebih teperinci, ambil seulas bawang putih dengan kulitnya.

Cucuk dengan garfu dan bakar terus ke atas api. Bakar dalam 2 minit. Kemudian kupas kulitnya dan basuh sedikit dan boleh dimakan bawang putihnya. Kalau dah masak betul, rasanya tiada lagi rasa pedas-pedas.

Boleh juga bakar sebiji labu besar bawang putih dengan penyepit. Untuk lebih mudah, bakar dengan oven dalam 20 minit pada suhu 180 darjah.

Berkenaan dengan bawang putih, terdapat dua khasiat penting didalamnya. Pertama antibodi semulajadi yang paling bagus. Dan yang kedua antioksidan yang paling bagus. Antioksidan ini bermaksud ia membantu mencegah kerosakkan sel di dalam tubuh. Jika sel di dalam tubuh kita sihat dan kuat, kita akan kelihatan muda dan organ dalam tubuh kita lebih kuat. Seterusnya mengelak dari pelbagai jenis penyakit. Memang besar khasiat bawang putih ini.

Antara kegunaan bawang putih atau garlic dari segi perubatan adalah untuk :

✔ Tekanan darah tinggi
✔Kolesterol tinggi
✔Penyakit Jantung Koronari
✔Serangan Jantung
✔Atherosclerosis
✔Mencegah kanser colon, rectal, stomach, breast, prostate, paru-paru
✔Merawat kanser prostat
✔Merawat kanser pundi kencing
✔Merawat kencing manis
✔Merawat Osteoathritis

Selamat mencuba.

1 ulasan:

  1. Salam ..saya pengeluar herba warisan yang telah dirumus khas bagi tujuan penyembuhan penyakit yg mampu memusnahkan pelbagai jenis kanser seperti ; ✅Kanser Usus ✅Kanser Payudara ✅Kanser Lymphoma dan lain-lain lagi. Turut mampu mengubati penyakit lain seperti ; ✅Batu Karang ✅Batu Hempedu ✅Saraf Parkinson ✅Slip Disk ✅Gout ✅Resdung ✅Demam Campak ✅Denggi dan lain-lain lagi
    Proses penyembuhan juga perawatan secara semulajadi ini tanpa menyakitkan atau merosakkan buah pinggang.
    ✔Keberkesan JUS INFINITI sudah terbukti dan saya menjaminkan kelebihan produk ini akan membuatkan pengguna terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh.Sama-sama kita merawat dan seterusnya mencegah apa saja penyakit yang dihadapi dari terus merebak ke tahap yang lebih kritikal. Insyaallah ,JUS INFINITI turut membantu melambatkan penyakit terus merebak dengan cepat lantas mampu merawat sehingga sembuh, mudah-mudahan.contoh pesakit gout belum ada lagi herba untuk gout yang mampu hilangkan terus gout.banyak yang Cuma mampu menahan saja dan kena makan hari hari berbeza dengan jus infiniti keluaran jutawan herbs.cukup untuk makan berapa botol saja gout anda telah pulih dan tidak perlu risau lagi dan hari hari boleh makan udang dan ikan bilis macam sebelum sakit gout.memang hebat sama jugak degan saraf,,.batu hempedu dan lain lain peyakit boleh rujuk testimony saya yang banyak banyak kes lain..jika anda hendak menjaga kesihatan jus ininpaling terbaik sebab mampu menurunkan paras kolestrol dengan cepat tidak perlu risau lagi serangan jantung atau kolestrol tinggi
    ✔Hutan belantara kita tersembunyi 1 juta rahsia.Hanya ramuan herba terpilih sahaja yang terkandung di dalam JUS INFINITI ini, ✔JUS INFINITI amat mujarab jika diamalkan dengan betul dan konsisten. Jangan dibiarkan penyakit yang ditanggung dalam diri kita tanpa berusaha merawatnya. ✔Ramai yang sudah berjaya sembuh dengan produk JUS INFINITI ini .Ia terbukti dengan testimoni pelbagai jenis penyakit yang sudah sembuh dengan penggunaan yang betul dan konsisten. ✔JUS INFINITI ini juga boleh dijadikan makanan tambahan yang selamat diambil oleh sesiapa yang ingin menjaga kesihatan dan pencegahan awal pelbagai jenis penyakit.
    ✔Insyaallah sama-sama kita berikhtiar. ✔Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut serta jika ingin meminta pandangan, perkongsian serta maklumat tentang JUS INFINITI ,sila hubungi sy :
    ✅Encik Mohd Zuhairi 0174687570 (Whats App ,Call,SmS ) ✅HARGA 1BOTOL: RM180 ✅NAMA SYARIKAT: JUTAWAN HERBS ✅NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: PG 0346818-W ✅NAMA PEMILIK : MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN 0174687570 (WHASTAPP,SMS&CALL)

    BalasPadam