Selasa, 17 September 2013
Mahkamah Agung Bangladesh yang telah menjatuhkan hukuman mati kepada Syeikh Abdul Quader Molla, Penolong Setiausaha Agung Jamiat Islami.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengutuk keputusan Mahkamah Agung Bangladesh yang telah menjatuhkan hukuman mati kepada Syeikh Abdul Quader Molla, Penolong Setiausaha Agung Jamiat Islami.
Abdul Quader dijatuhkan hukuman berkenaan ekoran pertuduhan terhadapnya dengan melakukan pembunuhan besar-besaran semasa peperangan dengan Pakistan pada 1971.
"DPPM merasa kesal kerana Mahkamah Agung Bangladesh sanggup menukar hukuman asal yang dikenakan keatasnya daripada penjara seumur hidup kepada hukuman mati.
"Hukuman ini pula berikutan daripada protes daripada segelintir golongan sekular yang menganggap keputusan asal terhadap Abdul Quader Molla terlalu ringan dan mendesak hukuman lebih berat dikenakan ke atasnya," kata Naib Ketua DPPM Dr Raja Ahmad Al-Hiss.
Dalam hal ini katanya, Mahkamah Agung Bangladesh telah tunduk kepadatekan an segelintir golongan pelampau dengan mengenepikan keadilan yang sebenar yang sepatutnya dinikmati oleh Abdul Quader.
Menurutnya, Mahkamah Bangladesh sepatutnya melihat kepada keadilan dengan berpandukan kepada fakta kes dan bukan kepada sentimen sesetengah pihak semata-mata.
"Apakah Abdul Quader telah mendapat keadilan yang sewajarnya dengan hukuman mati dan adakah ia adil untuk rakyat Bangladesh," soalnya.
DPPM juga katanya melihat langkah politik Sheikh Hasina sumbang dengan melakukan tindakan kejam terhadap pesaing politiknya terutama kepada Jamiat Islami.
Kata beliau, dalam keadaan parti politik seperti Jamiat Islamiyy semakin berpengaruh dan mendapat tempat di hati rakyat, kerajaan Bangladesh sanggup mengharamkan Jamiat Islamiyy pada bulan lepas.
Sementara itu, hampir kesemua pemimpin tertinggi Jamiat Islami ditangkap dan beberapa orang pemimpin telah dijatuhkan hukuman mati.
"Apakah ini bentuk demokrasi yang ingin disuburkan di Bangladesh," soal beliau lagi.
Justeru, DPPM mendesak kerajaan Bangladesh mengkaji balik hukuman tersebut dengan memastikan keputusan yang dibuat berdasarkan kepada keadilan yang sebenar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan