Sabtu, 30 November 2013

Ciri-ciri Jemaah Islamiah dan sifat-sifat pendokongnya



Ayat-ayat yang disebutkan di bawah tajuk Jamaah Islamiah menjadi sumber utama tentang ciri-ciri Jemaah Islamiah dan sifat-sifat pendokongnya. Antara sifat-sifat pendokong Jemaah Islamiah berdasarkan ayat-ayat di atas ialah :

i)    Benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul dan menjadikan kedua-duanya (Allah dan Rasul) sebagai pemimpin serta tempat rujuk bagi segala perkara

ii)    Melantik orang-orang beriman sebagai pemimpin

iii)    Beriman kepada hari Akhirat

iv)    Mendirikan sembahyang Fardu

v)    Mengeluarkan zakat

vi)    Benar-benar patuh kepada perintah dan hukum Allah

vii)    Tidak berkasih sayang dengan orang yang menentang agama (engkar hukum) Allah

viii)    Tidak bersikap assobiyah qaumiah yakni tidak bertolak ansur dalam menjalankan
kegiatan Islam walaupun dengan ibubapa, anak-anak, saudara mara dan kaum kerabat
sekiranya mereka itu anti-Islam atau melakukan maksiat dan kemungkaran.


Para ulama juga merumuskan beberapa ciri-ciri lain berdasarkan kepada AlQuran tentang ciri-ciri Jemaah Islamiah yang sebenarnya. Antaranya:

i)   
Dapat menegakkan Islam secara syumul didalam Jemaah itu

ii)   
Menzahirkan kebenaran : iaitu mewujudkan sistem hidup Islam seperti sistem keluarga, masyarakat, ekonomi, sosial, kesihatan, kebajikan, media massa, dakwah dan perhubungan serta lain-lain secara Islam. Dengan sistem hidup ini mereka dapat mengisi program hidup harian dan juga dapat menampung hidup, sekaligus dapat memberi khidmat kepada masyarakat. Dari sini masyarakat pula dapat menumpang pelbagai kemudahan itu. Sistem-sistem yang ditegakkan itu bukanlah ditiru dari sistem jahiliah yang bersifat sekular atau bercampur-baur dengan perkara mungkar seperti sistem-sistem hidup tajaan orang-orang Barat. Tetapi ianya benar-benar berbeza dari segala sistem hidup ciptaan manusia. Kemunculan sistem hidup Islam ini memang mencabar sistem sekular dimana seterusnya berlaku pertembungan baik dari segi minda mahupun dari segi amali cara hidupnya. Walaubagaimanapun sistem Islam dalam Jemaah Islamiah itu tetap menang dan hidup lancar, tanpa boleh diganggu-gugat atau dirosakkan kerana ia sentiasa diberi pertolongan oleh Allah SWT.

iii)   
Jemaah yang hakiki ialah bersifat universal, iaitu ianya dianggotai oleh segala jenis bangsa di pelbagai negara. Ianya tidak bersifat lokal di negeri sendiri. Begitu juga dengan pemimpinnya boleh diterima oleh masyarakat sejagat. Pembawaan Jemaah ini dapat mengisi keinginan umat yang menyintai kebenaran dan perpaduan sejagat. Oleh itu Jemaah mampu mengisi fitrah semua manusia tanpa dibatasi oleh bangsa dan agama, juga tidak dibatasi oleh peringkat umur, golongan dan taraf pendidikan. Jemaah ini dapat menjadi model perpaduan sejagat kerana didalamnya ada pelbagai bangsa yang mengamalkan satu sistem hidup yang sama. Yang berlainan agama pula akur dengan sesuatu yang memang selari dengan fitrahnya, kerana agama Islam adalah agama fitrah manusia tanpa ada apa-apa kepentingan yang bernilai rendah (remeh-temeh). Walaupun mereka belum menukar akidah, tetapi dengan kebenaran syariat zahir mereka boleh menerima kebenaran Allah dengan dada terbuka.

iv)   
Jemaah Islamiah tidak bergantung harap kepada musuh dalam sebarang sistem dan keperluan hidup anggota dan juga Jemaahnya.   Bahkan tidak terlibat sama sekali dengan sebarang bentuk mungkar. Ia mempunyai keupayaan tersendiri yang dapat menampung keperluan anggota, sehingga semua masyarakat lain (penganut agama lain) memerlukannya.Contohnya ialah seperti berlaku pada zaman Rasulullah saw dan pada zaman para sahabat. Islam ketika itu menjadi tempat rujukan dan dicontohi dalam semua persoalan.

v)   
Jemaah Islamiah, walaupun ianya belum sampai ketaraf sebuah negara atau sebuah kerajaan besar, namun ianya merangkumi sebuah sistem hidup yang lengkap seolah-olah menyerupai prinsip dalam sesebuah negara atau kerajaan. Bahkan ada sudut-sudut tertentu yang kerajaan besar mencontohinya, hasil daripada kebenaran yang dibawa oleh Jemaah Islamiah.

vi)   
Jemaah Islamiah memang dimusuhi oleh semua jenis taghut, tetapi ia tidak dapat dihancurkan dan dikalahkan oleh musuhnya, kerana Allah sendiri telah berjanji melalui lidah kekasih-Nya (Rasulullah saw) akan sentiasa memelihara Jemaah Islamiah daripada dirosakkan oleh orang yang membencinya. Sabda Rasulullah saw : Sentiasalah ada satu toifah (puak) yang dapat menzahirkan kebenaran ditengah-tengah masyarakat, dia tidak dapat dirosakkan oleh orang-orang yang menentangnya. Ia tetap kekal dan hidup sehinggalah hari Kiamat. (Riwayat Muslim, At-Tirmizi dan Ibnu Majah).

vii)   
Jemaah Islamiah kaya dan pendokongnya miskin. Bukan sebaliknya iaitu Jemaahnya miskin sedangkan para pemimpinnya menjadi kaya raya sehingga ada yang memilik banglo bertingkat-tingkat dan mempunyai beberapa buah kereta mewah sekaligus menonjolkan kekayaan mereka. Kekayaan mereka pula tidak disumbangkan kepada Jemaah yang didokonginya bagi menstabilkan imej perjuangan Islam.Antara sebab Jemaah menjadi kaya ialah kerana pendokongnya termasuk para pemimpinnya kuat berjihad dan banyak berkorban. Mereka berjuang kerana Allah dan bukan kerana mencari kepentingan dalam Jemaah. Jikalaupun ada yang berkhidmat sepenuh masa, mereka cuma mangambil habuan untuk keperluan hidup semata-mata. Kita dapati sesetengah pemimpin Jemaah Islamiah lampau merupakan individu yang kaya sebelum menyertai Jemaah, tetapi setelah berjuang bersama Jemaah mereka menjadi miskin. Ini menepati sejarah Rasulullah saw dan para sahabat seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Osman, Saidina Ab. Rahman bin 'Auf dan sebagainya. Pemimpin-pemimpin tersebut sebelum menyertai Jemaah mereka terdiri daripada tokoh-tokoh korporat dan saudagar. Tetapi setelah berjuang dalam Jemaah mereka telah mengorbankan harta ke jalan Allah sehingga mereka menjadi miskin.


viii)    Jemaah Islamiah dinaungi oleh masyarakat sejagat. Puncanya ialah kerana perjuangan mereka membawa imej sejagat. Sebab itu ia mampu mengembangkan Islam keserata dunia, kadang-kadang tidak perlu melalui peperangan dan penaklukan fizikal. Caranya ialah dengan menyebar dan memautkan hati-hati insan dengan fitrah (tabiat semulajadi) kasih sayang sejagat dan juga aktiviti-aktiviti bercorak kebendaan dan kebenaran yang diperlukan oleh mesyarakat serta sesuai dengan semua fitrah manusia.

ix)   
Kekuatan Jemaah tidak terletak kepada kekuatan kebendaan semata-mata, tetapi kepada kekuatan takwa. Oleh itu, penekanan asas dalam pendidikan pendokongnya ialah iman dan takwa, ukhuwah dan kasih sayang, pengorbanan, syura dan takut kepda Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan