Seluruh pendokong memahami betapa
hebatnya perjuangan ini. Ianya di asas oleh prinsip yang jelas.
Perjuangan PAS bukan semata-mata untuk mendapatkan kuasa pemerintahan
negara, ia lebih besar dari itu ialah menyelamatkan rakyat dalam negara
ini daripada kemurkaan Allah dengan membetulkan dasar perjuangan agar
tidak bertentangan dengan prinsip Islam.
PAS ingin tegaskan bahawa pertembungan
PAS bukan sahaja dengan fahaman nasionalisma, bahkan apa jua ideologi
bertentangan dengan syarak. PAS menentang sekularisma, sosialisma,
komunisma, dan pragmatisma dan sebarang ideologi yang bertentangan
dengan dasar Islam, walau apa ism sekalipun. PAS bukan berlawan dengan
UMNO kerana namanya UMNO, tetapi dasar yang di bawa oleh UMNO yang
bercanggah dengan syarak, iItu dasar nasinalisma, menghalalkan amalan
riba dalam sistem ekonomi, mengizinkan kemungkaran yang diberi lesen dan
alainnya yangbnyata bercanggah dengan dasar syarak. Maka demikianlah
PAS akan menolak sosialisma, walau ia bukan UMNO. Ini dasar yang kita
pegang. Matlamat untuk memerintah negara tidak mengizinkan kita menerima
sebarang cara yang tidak syarie.
Penerimaan kita bekerjasama dengan
pelbagai parti mesti ada ikatan tahaluf, yang mengikat kita dengan
syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Akibat kebencian kepada
parti pemerintah yang membuak- buak oleh semua pihak, maka terkadang
kita terikut- ikut arus kemarahan, tanpa memikir apa asas penentangan
kita. PAS tiada ikatan tahaluf selain PKR dan DAP. Sebarang ikatan rakan
dalam PR dengan pelbagai kumpulan di luar adalah ikatan yang tidak
boleh memaksa PAS menerima sama. PAS akan meneliti prinsip syarak,
apakah Islam membenarkan atau sebaliknya. Ini patameter kita dalam
meujudkan kerjasama.
Perjuangan kita bukan sekadar
menumbangkan satu sistem jahiliyyah dan membina satu jahiliyyah yang
lain. Kita berjuang untuk tegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah.
Perjuangan yang meletakkan prinsip dosa dan pahala, halal dan haram
serta patuh syariah sebagai prinsip.
Isu rasuah, salahguna kuasa,
penyelewengan, penindasan, dan lain adalah kemungkaran yang berleluasa
dalam negara. Namun harus diingat pergaulan bebas, arak, perzinaan,
riba, eksploitasi wanita, monopoli sumber ekonomi, kemiskinan akhlak dan
budaya juga kemungkaran yang mesti ditentang. Hakikat ini memerlukan
pendokong parti memahami asas perjuangan PAS, bukan hanya ghairah untuk
lawan tanpa memahami kemana hala tuju perjuangan selepas tumbangnya
sistem jahiliyyah ini.
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Pusat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan