Isnin, 18 Januari 2016

Bersangka Baik; "Antara bekalan seseorang mukmin itu, adalah ilmu yang bermanafaat.


Bersangka Baik; "Antara bekalan seseorang mukmin itu, adalah ilmu yang bermanafaat. Dan apabila bertambahnya ilmu yang bermanafaat itu, maka akan bertambah kecintaan kita untuk menuju ke tempat asal kita. Dimana tempat asal kita semua? Tempat asal kita iaitu syurga."

"Apabila bertambahnya ilmu yang bermanafaat itu juga, moga-moga akan dapat membesarkan kebencian kita kepada sifat cinta dunia. Dan Ilmu agama yang bermanafaat ini, Allah سبحانه وتعالى akan berikan kepada yang diizinkan-Nya dan orang yang dicintai oleh-Nya."

"Allah سبحانه وتعالى tidak akan membenarkan mana-mana manusia untuk mendapatkan, ilmu ini kecuali dengan izin-Nya. Dan Allah سبحانه وتعالى memerintahkan para malaikat menghamparkan sayapnya untuk kita berjalan diatas sayapnya."

"Seseorang yang diberikan ilmu oleh Allah سبحانه وتعالى, sebenarnya Allah ingin muliakan dirinya. Allah ingin meletakkan darjatnya pada kedudukan yang tinggi. Adakah sama kedudukan orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sudah tentu, tidak sama."

"Amalkan doa ini selepas solat; "Rabbi zidni ilma." Ya Allah, tambahkanlah aku ilmu yang bermanafaat. Dan kita meminta tambah rezeki, tambah umur, disamping itu mintak juga tambahkan ilmu skali. Rezeki pon mintak, rezeki zahir dan rezeki batin pon mintak, yakni mintak ilmu juga zahir dan batin."

"Masjid adalah tempat dan masa, dimana manusia itu sujud kepada Allah سبحانه وتعالى. Dimana untuk penyucian hati. Ketenangan hati. Sebab apa syariat solat, puasa, zakat, haji penting? Kerana ia adalah induk penyucian bagi hati kita."

"Syariat itu meraih hakikat, yakni untuk mengenal Allah سبحانه وتعالى dan wasilah penarik rahmat Allah hatta seseorang yang melakukan keburukan tomahan dan cacian kepadanya. Maka dia nampk hakikat yang menggerakkan segala sesuatu itu hanyalah Allah سبحانه وتعالى dan die tidak merasa benci dengan orang itu."

"Dia tahu itu semua, hanyalah ujian daripada Allah سبحانه وتعالى. Hidup ini adalah ujian. Dan apabila kita belajar mengenal solat, jangan sangkutkan kepada solat sahaja semata-mata. Akan tetapi sangkutkan juga kenal terhadap Allah."

"Apabila kita rukuk macam mane kita dapat kenal dengan Allah. Apabila kita sujud macam mana kita dapat kenal Allah. Kita cuba kenal Allah سبحانه وتعالى disetiap tingkahlaku solat kita. Masjid ini satu tmpt yang diwaqafkan dan dikhaskan untuk menyembah Allah سبحانه وتعالى."



"Secara umumnya seluruh tanah dibumi ini adalah masjid. Semuanya adalah tempat sujud. Ketika ingin masuk masjid, selawatlah keatas nabi n baca doa; "Allahuma tahli abwaba rohmatik." Selawat keatas nabi adalah pengangkat segala doa kepada Allah سبحانه وتعالى, kerana Nabi Muhammad ﷺ itu, pengantara kekasih Allah."

"Doa akan tergantung kecuali disertakan dengan selawat keatas Rasulullah ﷺ. Pada awal permulaan doa dimulakan dgn ucapan "Alhamdulillah" dan ditutupi dengan "Alhamdulillah" begitu juga dengan selawat keatas nabi. Dibuka dengan selawat, dan ditutup juga dengan selawat."

"Di akhirat nanti tiada seorang pon akan masuk syurga, disebabkan oleh ibadahnya secara direct. Akan tetapi hanyalah, dengan rahmat Allah سبحانه وتعالى. Bukan sebab amalan kita. Jangan kamu menyangka dengan ibadah kamu yang banyak, kamu sudah pasti masuk syurga. Tidak. Tidak. Belum tentu."

"Apabila seseorang berada didalam masjid, maka niat iktikaf. Setiap saat berada dalam masjid selepas niat iktikaf setiap saat itu kita dapat pahala. Solat Tahiyyat masjid jangan lupa. Tahiyyat bermaksud "Penghormatan." Yakni ucapan penghormatan kepada Allah سبحانه وتعالى. Ini adab."

"Macam mana greeting kita kepada Allah? "How do you greet Allah?" I greet Allah سبحانه وتعالى with tahiyyat." Yang panjang lebih afdhal. Yang pendek pon boleh. "At-Tahiyyatullah." Ini cara kita nak hormat masjid. Bukan maknanya beri salam dimasjid. Akan tetapi dengan solat tahiyyat masjid."

"Kita nak beri salam pada wuduk dengan solat tahiyyat wuduk. Kita nak beri salam kat kaabah bukan dengan beri salam kepada kaabah, akan tetapi tawaf mengeliling kaabah. Solat sunat mutlak yang tiada waktu khas boleh dikerjakan walaupun dua rakaat."

"Ianya boleh diniatkan sekali sunat-sunat seperti qabliyah, ba'diah, tahiyatul masjid, tahiyyatul wuduk, istikharah, taubat. Sebab itu para alim ulamak kaya dengan amalan, sebab hanya dengan memperbanyakkan niat sahaja. Lebih banyak niat kebaikan untuk satu pekerjaan, lebih banyak pahala."

"Al-Imam As-syafie رحمه الله تعالى berkata; "Dan hati aku menjadi tenang, oleh kerana sesuatu yang diusahakan aku. Yang mengharapkan natijah kebaikan. Akan tetapi sebaliknya yang aku dapat kerana aku memujuk hatiku dengan mengatakan semua itu adalah perancangan dan hikmah daripada Allah سبحانه وتعالى. Maka aku tidak merungut, aku tidak komplen, aku tidak protes dan aku tidak mempertikaikannya."

"Segala yang datang dari Allah سبحانه وتعالى semuanya baik. Musibah yang terkena kepada orang kafir adalah azab atau seksa. Akan tetapi musibah yang terkena kepada orang muslim itu sebagai ujian test dari Allah سبحانه وتعالى. Tetapi, kalau dia menganggap musibah ini sebagai bala, sebagai azab, sebagai seksa."

"Maka ia bertukar daripada ujian kepada azab dan bala. Allah سبحانه وتعالى beri ujian sebab Allah sayang. Allah menaikkan darjatnya. Allah promote untuk kedudukan yang lebih tinggi untuk tingkatkan darjatnya. Dan disamping ganjaran pahala dan juga penghapusan dosa. Bukankah ianya baik perkara yang baik? Setiap yang datang daripada Allah سبحانه وتعالى, semuanya adalah baik. Bersangka baiklah kamu kepada Allah."

Guru mulia kami. Tauhid. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan