2. “Banyak orang yang telah meninggal, tapi nama baik mereka tetap kekal. Dan banyak orang yang masih hidup, tapi seakan mereka orang mati yang tak berguna.” (Imam Syafi’i)
Ahad, 20 November 2022
40 Kata-kata Tokoh Islam
Jumaat, 22 April 2022
10 Kelebihan Membaca Al-Quran
Daripada Abu Umamah r.a melaporkan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadith Abu Umamah ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 252)
Selasa, 3 Ogos 2021
Lakukan Apa Sahaja Kebaikan Kerana ALLAH SWT
MELAKUKAN kebaikan tidaklah sesukar mana. Walaupun kita hanya menguntumkan senyuman sahaja kepada orang lain sudah dikira sebagai sedekah.
Apatah lagi perbuatan-perbuatan lain seperti membantu orang, berinfak, berbuat baik kepada ibu bapa dan seumpamanya.
Menjadi lumrah sifat seorang manusia itu memang sukakan kebaikan. Sejahat mana pun seseorang itu, pasti terselit fitrah itu dalam diri setiap insan.
Namun begitu, melakukan kebaikan sahaja tidak cukup jika ia tidak memenuhi prasyarat ditetapkan. Ia sepertimana pekerjaan lain yang ada piawaian, begitu jugalah dengan amal kebajikan.
Ketahuilah, berbuat kebaikan akan menjadi ibadah jika ia dilakukan kerana ALLAH SWT.
Perkara itu ada dinyatakan secara jelas dalam al-Quran bahawa umat Islam diperintahkan untuk menyembah ALLAH SWT iaitu beribadah kepada-NYA dengan penuh keikhlasan, selain beramal soleh dan tidak menyekutukan-NYA.
“Jadi, kita berbuat kebaikan itu bukan kerana pilihan sendiri atau kerana (sifat) kemanusiaan,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di Instagram miliknya baru-baru ini.
Dalam kitab suci itu juga, ALLAH SWT turut mengisahkan perihal korban yang dilakukan oleh anak Nabi Adam AS iaitu Habil dan Qabil.
“Ketika mereka mempersembahkan korban masing-masing untuk melakukan ketaatan dan kebaikan yang tujuannya untuk dipersembahkan kepada ALLAH SWT, hanya satu korban sahaja yang diterima iaitu korban Habil.
“Sementelah, korban lagi satu tidak diterima kerana perbuatannya itu bukan kerana ALLAH SWT.
“Bagaimana ALLAH SWT akan terima ibadah kalau dilakukan bukan kerana ALLAH SWT? Bukankah kerana DIA, kita lakukan? Bagaimana hendak mendapat ganjaran?,” soalnya.
Demikian juga hal yang berlaku kepada masyarakat di dunia pada hari ini. Ramai orang yang taat, berbuat kebaikan seperti bersedekah dan membantu orang yang memerlukan.
Ia termasuklah golongan bukan Islam yang secara sukarela berbuat kebaikan.
“Namun, semua itu dilakukan kerana pilihannya sendiri.
“Ia berbeza dengan orang beriman yang mana golongan itu tidak boleh berbuat ketaatan kerana pilihannya sendiri iaitu disebabkan kemanusiaan. Semestinya ia dilakukan kerana ibadah terlebih dahulu dan taat kepada ALLAH SWT, barulah perbuatan itu akan jadi baik serta menjadi ibadah,”
Ibadah merupakan perbuatan baik yang dilakukan kerana ALLAH SWT. Sifat ikhlas semata-mata kerana-NYA itulah yang akan mengubah status perbuatan kita menjadi ibadah.
“Namun, andai seseorang bersedekah atau menunaikan zakat kerana terpaksa umpamanya, risau orang berkata kita kedekut dan orang tuduh macam-macam, itu sudah jadi cerita lain.
“Tidak kisahlah mahu bersedekah sebab terpaksa atau dengan pilihan sendiri, kita kena ingat bahawa selagi tidak dilakukan kerana ALLAH SWT, amal kita itu tidak akan diterima selama-lamanya oleh ALLAH SWT,” .
Sebelum mengakhiri perkongsian ilmunya, agamawan itu sempat menitipkan pesanan buat renungan bersama.
“Setiap ibadah pasti baik. Namun, yang baik itu belum tentu ibadah,”
Justeru, apa sahaja perbuatan yang dilakukan, jangan sekali-kali lupa untuk pasangkan niat dan lakukan semuanya ikhlas kerana ALLAH SWT.
Sumber: Instagram @habibalizaenalalhamid & @cocombee
Ahad, 18 Julai 2021
ORANG YANG MENGHALANGI PERBUATAN BAIK
Sabtu, 17 Julai 2021
Peranan Akidah Dalam Kidup Muslim
Akidah merupakan perkara asas dalam Islam. Jika akidah terpesong, maka runtuhlah pegangan Islam seseorang itu. Sesungguhnya Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada RasulNya dengan memberi fokus dan penumpuan yang serius terhadap persoalan akidah supaya setiap orang Islam selamat akidahnya dan sejahtera kehidupannya di dunia dan akhirat. Sejarah membuktikan bahawa selama lebih kurang tiga belas tahun Nabi Muhammad s.a.w semasa di Mekah, telah membentuk dan menanam akidah yang benar di kalangan sahabatnya. Kesannya sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. memiliki akidah yang teguh, keyakinan yang tinggi terhadap Islam dan sentiasa bersedia menerima arahan dan perintah daripada Rasulullah s.a.w untuk dilaksanakan.
Akidah memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan perjalanan hidup seseorang. Akidah adalah penggerak dalam mencorakkan kehidupan seseorang muslim. Akidah yang Iemah mengakibatkan seseorang itu mudah dipengaruhi dengan gaya hidup negatif dan merosakkan. Berdasarkan penelitian secara kasar, mereka yang tidak memiliki akidah yang jelas dan terpesong akan menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan dan terdedah kepada berbagai-bagai kemungkaran, seperti melakukan jenayah, terlibat dalam gejala keruntuhan moral dan lain-lain.
Dalam membicarakan perkara ini, orang yang mempunyai akidah yang benar biasanya disebut sebagai orang yang beriman. Oleh yang demikian, mereka yang beriman ini amat peka dalam menjaga hubungan dengan Allah s.w.t. Mereka sentiasa mengingati Allah dalam setiap gerak kerjanya. Justeru, itulah yang dinamakan golongan ahli khawas iaitu golongan yang tinggi martabat keimanannya, bertaubat kepada Allah s.w.t. bukan kerana dosanya, tetapi kerana mungkin berlaku detik-detik kelainannya dalam mengingati Allah. Mereka juga bertaubat sebagai tanda bersyukur di atas nikmat Allah yang tidak terhingga banyaknya. Ini berbeza dengan orang awam, mereka bertaubat kerana melakukan dosa. Bahkan kadang-kadang sudah melakukan dosa pun tidak terfikir untuk bertaubat, sebaliknya terus mengulangi dosa dan kadang-kadang ada berbangga-bangga dengan perbuatan dosanya.
Pandangan orang beriman juga amat berbeza dengan pandangan orang yang tidak beriman. Pandangan orang beriman dipandu oleh cahaya hidayah. Oleh itu mereka berasa kasihan melihat keadaan orang yang tidak beriman, yang tertipu oleh dirinya sendiri dan jauh daripada hidayah Allah s.w.t. Pandangan mereka banyak didorong oleh runtunan nafsu amarah serta bisikan dan tipu daya syaitan. Mata hatinya buta, anggota dan pancainderanya menjadi alat bagi memuaskan segala keinginannya. Bagi orang yang tidak beriman pula, pandangannya terbalik, mereka berasa pelik dan hairan melihat sikap orang yang beriman serta menyifatkan sebagai jahil dan rugi. Sedang pada hakikatnya, merekalah yang jahil dan merekalah yang rugi. Ini dijelaskan oleh Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-An'am ayat 122 yang bermaksud:
Adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami menghidupkannya semula (dengan hidayah), lalu Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap dalam gelap gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang mereka kerjakan".
Memandangkan iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang, maka hendaklah kita berusaha menambah dan menyuburkan keimanan kita melalui amal soleh yang merangkumi ibadat umum dan ibadat khusus. Secara ringkasnya antara lain, kita hendaklah berusaha untuk;
i. Memahami dan menyedari bahawa menuntut ilmu adalah wajib, Ilmu yang paling asas ialah ilmu agama (untuk mengenal Allah s.w.t, para Rasul, syariat Islam dan lain-lain).
ii. Cuba menghubungkan diri bersama orang-orang mukmin yang ikhlas.
iii. Mengelakkan diri dari suasana dosa dan maksiat.
iv. Bermujahadah melawan nafsu (Al-Nafs) dan jihad melawan pujuk rayu syaitan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan. Sebagaimana dijelaskan dalam firman Allah s.w.t dalam Surah Asy-Syams ayat 9 - 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)".
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang yang berhijrah ialah sesiapa yang meninggalkan kejahatan dan orang yang berjihad ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya". (Riwayat lbn Majah)v. Berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan perkara-perkara haram. Orang yang melanggar larangan Allah, sebenarnya dia telah menzalimi dirinya sendiri.
Bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah-ibadah asas seperti solat berjemaah, bertadabbur Al-Quran dan mengamalkan Sunnah serta melatih diri untuk sentiasa mengingati Allah s.w.t.
Sentiasa berfikir ke arah memperbaiki diri (muhasabah diri). Saidina Umar al-Khattab R.A pernah berkata: "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, dan timbanglah sebelum amalan kamu ditimbang".
viii. Sentiasa bertaubat dan beristighfar. Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".
ix. Sentiasa berdoa. Rasulullah sendiri berdoa seperti berikut: "Ya Allah! Kurniakanlah pada jiwaku rasa takwa". (Riwayat Muslim dan An-Nasai)
x. Bertawakkal kepada Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah At-Talaaq ayat 3 yang bermaksud: "Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu".
Disamping itu juga, kita hendaklah sentiasa berwaspada supaya akidah kita sentiasa benar. Ini kerana akidah boleh menyeleweng dan rosak melalui beberapa bentuk di antaranya;
a) Melalui percakapan; seperti seseorang yang mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan konsep akidah Islam, sebagai contoh ucapan yang mengatakan bahawa Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan di sepanjang zaman dan sebagainya.
b) Akidah boleh rosak melalui perbuatan; seperti melakukan upacara-upacara ibadah sama dengan apa yang dilakukan oleh orang bukan Islam sama ada di lempat-tempat ibadah mereka atau di mana-mana sahaja yang menunjukkan amalan yang bertentangan dengan akidah Islam.
c) Melalui iktikad di dalam hati. Umpamanya hati tidak yakin dengan Islam atau ragu terhadap sebahagian dari ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah. Secara kesimpulannya, mempelajari Ilmu Akidah ini amatlah penting iaitu supaya terhindar daripada ajaran-ajaran sesat yang akan merosakan akidah seseorang terhadap Allah s.w.t, meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat kesempurnaanNya, memantapkan akidah seseorang supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan amalan-amalan yang boleh merosakan akidah, agar audit dan timbangan amalan pada tahap cemerlang, diberi ganjaran syurga kerana amalan baiknya serta dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah daripada pihak lawan yang cuba memesongkan akidah.
Jumaat, 16 Julai 2021
Akidah asas perjuangan PAS
Seluruh perjuangan para Rasul adalah berasaskan akidah seperti yang dinyatakan dalam firman Allah dalam surah An-Nahlu ayat 36 yang bermaksud – ‘Dan sesungguhnya Kami telah utus pada setiap umat, seorang rasul untuk menyeru mereka supaya kamu mengabdikan diri kepada Allah dan jauhkan diri dari ‘thoghut’.
Ibnu Abbas mentakrifkan ‘Atthoghut‘ ialah selain daripada Allah, maka segala isme-isme yang ada seperti sekularisme, pragmatisme, liberalisme yang tidak bertunjangkan akidah Islamiah maka ia adalah ‘Thoqhut‘.Kebenaran perjuangan PAS pada hari ini adalah kerana PAS adalah parti yang bertunjangkan akidah yang berpandukan kepada Al Quran dan Assunnah yang membawa agenda dakwah, tarbiah dan siasah (politik).
Perjuangan ini perlu dilandasi dengan keikhlasan agar sesuai untuk menerima kemenangan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.
Al Quran surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud : ‘Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang membuat kebaikan, bahawa Dia sesungguhnya akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan mereka dengan agama yang telah Dia redai. Dan Dia benar-benar mengubah keadaan mereka daripada ketakutan menjadi aman sentosa.Mereka telah menyembahKu dengan tidak menyekutukanKu dengan sesuatu pun.’
Selasa, 9 Februari 2021
AYAT SAKINAH- Ayat-ayat penenang hati by Syeikh Ahmad Al Nufais
Malam ini Naim nak berkongsi sementar tadi Naim pi surau untuk mendengar tazkirah daripada Ustaz Mustafa Abdullah berkenaan Ayat Sakinah. Ustaz menerangkan ayat-ayat suci dibaca ketika jiwa gelora dan menghadapi permasalahan yang tidak penyelesaian yang amat sulit untuk difikir oleh logik akal.
Ayat-ayat sakinah adalah berikut:-
1)
Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman". (al-Baqarah, 2: 248)
2)
Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir. (al-Taubah, 9: 26)
3)
4)
(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (al-Fath, 48: 4)
5)
Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya. (al-Fath, 48: 18)
6)
(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Fath, 48: 26)
