Jumaat, 14 Jun 2024
Selasa, 23 April 2024
Kelebihan Sayyidul Istighfar
1. Dijanjikan Syurga
Sesiapa yang membaca Sayyidul Istighfar pada waktu pagi dan petang, Allah SWT menjanjikan syurga jika dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang.
Ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.
“Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga.
Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam (petang) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga.”
(riwayat Imam al-Bukhari)
2. Dijauhkan Daripada Kesempitan Hidup
Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”.
– Riwayat Abu Daud (1518)
3. Menolak Bala
Firman Allah SWT:
“Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka sedang engkau berada di tengah-tengah mereka. Dan tidak pula Allah mengazab mereka kerana mereka meminta ampun.”
(Surah Al-Anfal ayat 33)
4. Dimurahkan Rezeki
Daripada Ibnu Abbas, katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang sentiasa membaca istighfar, nescaya Allah SWT jadikan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta kelapangan dari setiap dukacita dan Allah SWT berikan kepadanya rezeki yang tidak diperkirakan datangnya.”
— HR. Abu Daud dan Ibnu Majah
Penutup
Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama mengamalkan istighfar untuk memohon keampunan Allah SWT. Selain itu, kelebihan mengamalkan istighfar juga sangat banyak.
Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa melazimi istighfar serta menggolongkan kita dalam kalangan penghuni syurga. Amin.
Sabtu, 13 April 2024
Khamis, 4 April 2024
Jumaat, 29 Mac 2024
Rabu, 27 Mac 2024
Isnin, 25 Mac 2024
Rabu, 20 Mac 2024
Selasa, 6 Disember 2022
Menghormati Ulama dan kelebihan Orang Berilmu
Adab Islam dalam menghormati Ulama dan kelebihan Orang Berilmu
Ulamak adalah pewaris para nabi. Allah telah memilih mereka supaya membawa agama dan syariat. Mereka adalah golongan yang paling mengenali Allah. Tugas mereka adalah menunjukkan manusia jalan kepada Allah. Firman Allah:
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" (Fusshilat: 33)
Firman Allah:
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”. (Fathir: 28)
Dari Abu Umamah r.a bahwa nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang berusaha mencari satu jalan untuk menuntu ilmu, nescaya Allah akan mudahkan baginya jalan ke syurga. Para malaikat akan mengembangkan sayapnya sebagai tanda redha kepada penuntut ilmu. Bagi mereka yang berilmu segala yang ada di langit dan di bumi memohon ampun untuknya termasuk ikan-ikan paus di tengah lautan. Kelebihan orang yang berilmu berbanding ahli ibadah seumpama kelebihan bulan mengambang berbanding semua bintang. Ulamak adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan wang dinar dan dirham tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya pastilah mereka memperolehi keuntungan yang melimpah”. (Tirmizi)
Dari Abu Darda’ r.a disebutkan kepada Rasulullah saw tentang dua orang lelaki, salah seorang ialah abid (ahli ibadah) dan seorang lagi seorang alim (orang berilmu). Lalu nabi bersabda:
“Kelebihan orang berilmu berbanding ahli ibadah seperti kelebihan saya berbanding orang yang paling rendah di kalangan kamu”. Kemudian nabi bersabda lagi: Sesungguhnya Allah, para malaikat, penghuni langit dan bumi termasuk semut di celah batu dan termasuk ikan paus sentiasa berselawat kepada orang yang mengajar orang kepada kebaikan”. (Abu Daud)
Allah telah melebihkan dan memuliakan para ulamak dan meninggikan kedudukan dan darjat mereka. Allah telah menyatakan ada perbezaan antara ulamak dan orang yang tidak mengetahui kerana kepentingan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki. Firman Allah:
“Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (Az-Zumar: 9)
Firman Allah:
“Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Mujadalah: 11)
Menurut Umar bin al-Khattab r.a: “Sesungguhnya Allah meninggi golongan-golongan tertentu dengan Kitab ini dan merendahkan yang lain”.
Oleh kerana kepentingan ulamak kepada kehidupan umat Allah telah meminta manusia supaya sentiasa bertanya mereka dalam urusan yang tidak diketahui. Firman Allah:
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui”. (An-Nahl: 43)
Di samping itu Islam mengambil kira kewujudan mereka sebagai nikmat dan rahmat daripada Allah kepada umat, sedangkan kematian mereka suatu musibah besar kepada umat. Ini kerana kematian seorang ulamak bermakna diangkat ilmu dari muka bumi.
Dari Abdullah bin Amru bin al-As r.a, nabi saw bersabda:
“Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan ilmu dengan cara mencabutnya daripada hamba, tetapi Allah mengambil ilmu dengan mematikan ulamak, sehingga apabila tiada lagi ulamak, manusia akan mengambil orang jahil sebagai pemimpin mereka. Apabila ditanya tentang sesuatu urusan agama, mereka akan memberi jawapan tanpa ilmu. Lalu mereka sesat dan menyesatkan”. (Bukhari)
Hasan al-Basri mengungkapkan: “Mereka ini berkata kematian ulamak sebagai satu lubang di dalam agama. Sesuatupun tidak akan menutupnya sekalipun bertukar malam dan siang”.
Nabi saw amat menyukai amalan menghormati ulamak bahkan mewajibkan manusia sentiasa memuliakan dan mengasihi mereka. Dari Abu Musa al- Asy’ari r.a, nabi saw bersabda:
“Di antara ketinggian Allah ialah sentiasa memuliakan muslim yang beruban, membawa al-Quran tanpa melakukan keburukan dan tidak kosong darinya dan memuliakan sultan yang adil”. (Abu Daud)
Bagi nabi saw orang yang tidak menghormati dan memuliakan ulamak bukan termasuk orang yang sempurna Islamnya. Dia sebenarnya terdapat kekurangan dalam agamanya an kefahamannya tentang Islam seolah-olah dia hidup di luar dari jamaah Islam. Di dalam sebuah hadith dari Ubadah bin Samit r.a, nabi saw telah bersabda:
“Bukan termasuk kalangan umatku yang tidak memuliakan yang lebih tua, mengasihi yang lebih kecil dan mengenali orang alim dengans sebenarnya”. (Ibn Munzir)
Di antara hukum syarak yang penting ialah tidak harus membincangkan tentang kekuarangan ulamak dan mencari keburukan dan mendedahkannya di dalam majlis-majlis.
Menurut Ibn Asakir: “Sesungguhnya daging para ulamak beracun dan sunnah Allah dalam mengkritik mereka telah dimaklumi”.
Menurut Imam Ahmad pula: “Daging para ulamak beracun, siapa yang menghidunya sakit dan siapa yang memakannya mati”.
Kata Imam Ahmad juga: “Siapa yang lidahnya menutur perkara negative tentang ulamak, Allah akan memberi bala sebelum matinya iaitu dengan mematikan hati”.
Para salaf as-soleh sentiasa menyebutkan tentang ulamak dengan sifat-sifat dan sebutan yang baik dan indah. Bahkan mereka sentiasa berhati-hati dari memburuk dan mengeji mereka.
Menurut Ibn Mubarak: “Orang yang merendahkan ulamak akan hilang akhiratnya, orang yang merendahkan para pemimpin akan hilang dunianya dan orang merendahkan para saudara akan hilang maruahnya”.
Menurut Auza’e: “Memerangi golongan ilmuan terutama yang terkenal termasuk ke dalam sebesar-besar dosa”.
Abu Hanifah berkata tentang hak gurunya Imam Hamad: “Aku tidak tidak pernah solat selepas kematian Hamad, melainkan saya akan saya akan memohon ampun untuknya bersama ibubapaku”.
Menurut Ibn al-Athimin: “Memuliakan ulamak bermakna memuliakan syariat, kerana mereka adalah pembawanya. Menghina ulamak bermakna menghina syariat”.
Ibn Abbas telah memegang tempat pijak tunggangan dan memegang tali pemacu untuk Zaid bin Tsabit dan berkata: “Beginilah kami diperintahkan memuliakannya kepada ulamak kami. Lantas Zaid pula memegang tangang Ibn Abbas dan menciumnya lalu berkata: “Beginilah kami diperintahkan melakukannya kepada ahli keluarga nabi saw”.
Kita mohon Allah menjadikan kita termasuk ke dalam golongan seperti firmanNya:
“Yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. mereka Itulah orang-orang yang Telah diberi Allah petunjuk dan mereka Itulah orang-orang yang mempunyai akal”. (Az-Zumar: 18)
Ahad, 20 November 2022
40 Kata-kata Tokoh Islam
2. “Banyak orang yang telah meninggal, tapi nama baik mereka tetap kekal. Dan banyak orang yang masih hidup, tapi seakan mereka orang mati yang tak berguna.” (Imam Syafi’i)
Jumaat, 22 April 2022
10 Kelebihan Membaca Al-Quran
Daripada Abu Umamah r.a melaporkan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadith Abu Umamah ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 252)
Selasa, 3 Ogos 2021
Lakukan Apa Sahaja Kebaikan Kerana ALLAH SWT
MELAKUKAN kebaikan tidaklah sesukar mana. Walaupun kita hanya menguntumkan senyuman sahaja kepada orang lain sudah dikira sebagai sedekah.
Apatah lagi perbuatan-perbuatan lain seperti membantu orang, berinfak, berbuat baik kepada ibu bapa dan seumpamanya.
Menjadi lumrah sifat seorang manusia itu memang sukakan kebaikan. Sejahat mana pun seseorang itu, pasti terselit fitrah itu dalam diri setiap insan.
Namun begitu, melakukan kebaikan sahaja tidak cukup jika ia tidak memenuhi prasyarat ditetapkan. Ia sepertimana pekerjaan lain yang ada piawaian, begitu jugalah dengan amal kebajikan.
Ketahuilah, berbuat kebaikan akan menjadi ibadah jika ia dilakukan kerana ALLAH SWT.
Perkara itu ada dinyatakan secara jelas dalam al-Quran bahawa umat Islam diperintahkan untuk menyembah ALLAH SWT iaitu beribadah kepada-NYA dengan penuh keikhlasan, selain beramal soleh dan tidak menyekutukan-NYA.
“Jadi, kita berbuat kebaikan itu bukan kerana pilihan sendiri atau kerana (sifat) kemanusiaan,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di Instagram miliknya baru-baru ini.
Dalam kitab suci itu juga, ALLAH SWT turut mengisahkan perihal korban yang dilakukan oleh anak Nabi Adam AS iaitu Habil dan Qabil.
“Ketika mereka mempersembahkan korban masing-masing untuk melakukan ketaatan dan kebaikan yang tujuannya untuk dipersembahkan kepada ALLAH SWT, hanya satu korban sahaja yang diterima iaitu korban Habil.
“Sementelah, korban lagi satu tidak diterima kerana perbuatannya itu bukan kerana ALLAH SWT.
“Bagaimana ALLAH SWT akan terima ibadah kalau dilakukan bukan kerana ALLAH SWT? Bukankah kerana DIA, kita lakukan? Bagaimana hendak mendapat ganjaran?,” soalnya.
Demikian juga hal yang berlaku kepada masyarakat di dunia pada hari ini. Ramai orang yang taat, berbuat kebaikan seperti bersedekah dan membantu orang yang memerlukan.
Ia termasuklah golongan bukan Islam yang secara sukarela berbuat kebaikan.
“Namun, semua itu dilakukan kerana pilihannya sendiri.
“Ia berbeza dengan orang beriman yang mana golongan itu tidak boleh berbuat ketaatan kerana pilihannya sendiri iaitu disebabkan kemanusiaan. Semestinya ia dilakukan kerana ibadah terlebih dahulu dan taat kepada ALLAH SWT, barulah perbuatan itu akan jadi baik serta menjadi ibadah,”
Ibadah merupakan perbuatan baik yang dilakukan kerana ALLAH SWT. Sifat ikhlas semata-mata kerana-NYA itulah yang akan mengubah status perbuatan kita menjadi ibadah.
“Namun, andai seseorang bersedekah atau menunaikan zakat kerana terpaksa umpamanya, risau orang berkata kita kedekut dan orang tuduh macam-macam, itu sudah jadi cerita lain.
“Tidak kisahlah mahu bersedekah sebab terpaksa atau dengan pilihan sendiri, kita kena ingat bahawa selagi tidak dilakukan kerana ALLAH SWT, amal kita itu tidak akan diterima selama-lamanya oleh ALLAH SWT,” .
Sebelum mengakhiri perkongsian ilmunya, agamawan itu sempat menitipkan pesanan buat renungan bersama.
“Setiap ibadah pasti baik. Namun, yang baik itu belum tentu ibadah,”
Justeru, apa sahaja perbuatan yang dilakukan, jangan sekali-kali lupa untuk pasangkan niat dan lakukan semuanya ikhlas kerana ALLAH SWT.
Sumber: Instagram @habibalizaenalalhamid & @cocombee
Ahad, 18 Julai 2021
ORANG YANG MENGHALANGI PERBUATAN BAIK
Sabtu, 17 Julai 2021
Peranan Akidah Dalam Kidup Muslim
Akidah merupakan perkara asas dalam Islam. Jika akidah terpesong, maka runtuhlah pegangan Islam seseorang itu. Sesungguhnya Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada RasulNya dengan memberi fokus dan penumpuan yang serius terhadap persoalan akidah supaya setiap orang Islam selamat akidahnya dan sejahtera kehidupannya di dunia dan akhirat. Sejarah membuktikan bahawa selama lebih kurang tiga belas tahun Nabi Muhammad s.a.w semasa di Mekah, telah membentuk dan menanam akidah yang benar di kalangan sahabatnya. Kesannya sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. memiliki akidah yang teguh, keyakinan yang tinggi terhadap Islam dan sentiasa bersedia menerima arahan dan perintah daripada Rasulullah s.a.w untuk dilaksanakan.
Akidah memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan perjalanan hidup seseorang. Akidah adalah penggerak dalam mencorakkan kehidupan seseorang muslim. Akidah yang Iemah mengakibatkan seseorang itu mudah dipengaruhi dengan gaya hidup negatif dan merosakkan. Berdasarkan penelitian secara kasar, mereka yang tidak memiliki akidah yang jelas dan terpesong akan menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan dan terdedah kepada berbagai-bagai kemungkaran, seperti melakukan jenayah, terlibat dalam gejala keruntuhan moral dan lain-lain.
Dalam membicarakan perkara ini, orang yang mempunyai akidah yang benar biasanya disebut sebagai orang yang beriman. Oleh yang demikian, mereka yang beriman ini amat peka dalam menjaga hubungan dengan Allah s.w.t. Mereka sentiasa mengingati Allah dalam setiap gerak kerjanya. Justeru, itulah yang dinamakan golongan ahli khawas iaitu golongan yang tinggi martabat keimanannya, bertaubat kepada Allah s.w.t. bukan kerana dosanya, tetapi kerana mungkin berlaku detik-detik kelainannya dalam mengingati Allah. Mereka juga bertaubat sebagai tanda bersyukur di atas nikmat Allah yang tidak terhingga banyaknya. Ini berbeza dengan orang awam, mereka bertaubat kerana melakukan dosa. Bahkan kadang-kadang sudah melakukan dosa pun tidak terfikir untuk bertaubat, sebaliknya terus mengulangi dosa dan kadang-kadang ada berbangga-bangga dengan perbuatan dosanya.
Pandangan orang beriman juga amat berbeza dengan pandangan orang yang tidak beriman. Pandangan orang beriman dipandu oleh cahaya hidayah. Oleh itu mereka berasa kasihan melihat keadaan orang yang tidak beriman, yang tertipu oleh dirinya sendiri dan jauh daripada hidayah Allah s.w.t. Pandangan mereka banyak didorong oleh runtunan nafsu amarah serta bisikan dan tipu daya syaitan. Mata hatinya buta, anggota dan pancainderanya menjadi alat bagi memuaskan segala keinginannya. Bagi orang yang tidak beriman pula, pandangannya terbalik, mereka berasa pelik dan hairan melihat sikap orang yang beriman serta menyifatkan sebagai jahil dan rugi. Sedang pada hakikatnya, merekalah yang jahil dan merekalah yang rugi. Ini dijelaskan oleh Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-An'am ayat 122 yang bermaksud:
Adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami menghidupkannya semula (dengan hidayah), lalu Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap dalam gelap gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang mereka kerjakan".
Memandangkan iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang, maka hendaklah kita berusaha menambah dan menyuburkan keimanan kita melalui amal soleh yang merangkumi ibadat umum dan ibadat khusus. Secara ringkasnya antara lain, kita hendaklah berusaha untuk;
i. Memahami dan menyedari bahawa menuntut ilmu adalah wajib, Ilmu yang paling asas ialah ilmu agama (untuk mengenal Allah s.w.t, para Rasul, syariat Islam dan lain-lain).
ii. Cuba menghubungkan diri bersama orang-orang mukmin yang ikhlas.
iii. Mengelakkan diri dari suasana dosa dan maksiat.
iv. Bermujahadah melawan nafsu (Al-Nafs) dan jihad melawan pujuk rayu syaitan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan. Sebagaimana dijelaskan dalam firman Allah s.w.t dalam Surah Asy-Syams ayat 9 - 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)".
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang yang berhijrah ialah sesiapa yang meninggalkan kejahatan dan orang yang berjihad ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya". (Riwayat lbn Majah)v. Berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan perkara-perkara haram. Orang yang melanggar larangan Allah, sebenarnya dia telah menzalimi dirinya sendiri.
Bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah-ibadah asas seperti solat berjemaah, bertadabbur Al-Quran dan mengamalkan Sunnah serta melatih diri untuk sentiasa mengingati Allah s.w.t.
Sentiasa berfikir ke arah memperbaiki diri (muhasabah diri). Saidina Umar al-Khattab R.A pernah berkata: "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, dan timbanglah sebelum amalan kamu ditimbang".
viii. Sentiasa bertaubat dan beristighfar. Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".
ix. Sentiasa berdoa. Rasulullah sendiri berdoa seperti berikut: "Ya Allah! Kurniakanlah pada jiwaku rasa takwa". (Riwayat Muslim dan An-Nasai)
x. Bertawakkal kepada Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah At-Talaaq ayat 3 yang bermaksud: "Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu".
Disamping itu juga, kita hendaklah sentiasa berwaspada supaya akidah kita sentiasa benar. Ini kerana akidah boleh menyeleweng dan rosak melalui beberapa bentuk di antaranya;
a) Melalui percakapan; seperti seseorang yang mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan konsep akidah Islam, sebagai contoh ucapan yang mengatakan bahawa Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan di sepanjang zaman dan sebagainya.
b) Akidah boleh rosak melalui perbuatan; seperti melakukan upacara-upacara ibadah sama dengan apa yang dilakukan oleh orang bukan Islam sama ada di lempat-tempat ibadah mereka atau di mana-mana sahaja yang menunjukkan amalan yang bertentangan dengan akidah Islam.
c) Melalui iktikad di dalam hati. Umpamanya hati tidak yakin dengan Islam atau ragu terhadap sebahagian dari ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah. Secara kesimpulannya, mempelajari Ilmu Akidah ini amatlah penting iaitu supaya terhindar daripada ajaran-ajaran sesat yang akan merosakan akidah seseorang terhadap Allah s.w.t, meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat kesempurnaanNya, memantapkan akidah seseorang supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan amalan-amalan yang boleh merosakan akidah, agar audit dan timbangan amalan pada tahap cemerlang, diberi ganjaran syurga kerana amalan baiknya serta dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah daripada pihak lawan yang cuba memesongkan akidah.
Jumaat, 16 Julai 2021
Akidah asas perjuangan PAS
Seluruh perjuangan para Rasul adalah berasaskan akidah seperti yang dinyatakan dalam firman Allah dalam surah An-Nahlu ayat 36 yang bermaksud – ‘Dan sesungguhnya Kami telah utus pada setiap umat, seorang rasul untuk menyeru mereka supaya kamu mengabdikan diri kepada Allah dan jauhkan diri dari ‘thoghut’.
Ibnu Abbas mentakrifkan ‘Atthoghut‘ ialah selain daripada Allah, maka segala isme-isme yang ada seperti sekularisme, pragmatisme, liberalisme yang tidak bertunjangkan akidah Islamiah maka ia adalah ‘Thoqhut‘.Kebenaran perjuangan PAS pada hari ini adalah kerana PAS adalah parti yang bertunjangkan akidah yang berpandukan kepada Al Quran dan Assunnah yang membawa agenda dakwah, tarbiah dan siasah (politik).
Perjuangan ini perlu dilandasi dengan keikhlasan agar sesuai untuk menerima kemenangan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.
Al Quran surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud : ‘Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang membuat kebaikan, bahawa Dia sesungguhnya akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan mereka dengan agama yang telah Dia redai. Dan Dia benar-benar mengubah keadaan mereka daripada ketakutan menjadi aman sentosa.Mereka telah menyembahKu dengan tidak menyekutukanKu dengan sesuatu pun.’
Selasa, 9 Februari 2021
AYAT SAKINAH- Ayat-ayat penenang hati by Syeikh Ahmad Al Nufais
Malam ini Naim nak berkongsi sementar tadi Naim pi surau untuk mendengar tazkirah daripada Ustaz Mustafa Abdullah berkenaan Ayat Sakinah. Ustaz menerangkan ayat-ayat suci dibaca ketika jiwa gelora dan menghadapi permasalahan yang tidak penyelesaian yang amat sulit untuk difikir oleh logik akal.
Ayat-ayat sakinah adalah berikut:-
1)
Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman". (al-Baqarah, 2: 248)
2)
Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir. (al-Taubah, 9: 26)
3)
4)
(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (al-Fath, 48: 4)
5)
Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya. (al-Fath, 48: 18)
6)
(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Fath, 48: 26)
Rabu, 3 Februari 2021
Allah Tempat Bergantung bukan kepada manusia
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hanya orang Mukmin yang sebenar itu
apabila disebut saja nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila
dibaca ayat al-Quran, be nrtambahlah keimanan mereka dan hanya kepada
Allah sajalah mereka menyerah diri.” (Surah al-Anfal, ayat 2)
Kita hendaklah menaruh
sandaran kepada Allah kerana harapan dan sandaran kepada Yang Maha Esa
pastinya akan membuahkan rasa cinta kasih kepada allah tanpa berbelah
bagi. Cinta kepada Allah akan membina ketaatan kepadanya dalam apa jua
bentuk dan keadaan. Orang yang bergantung kepada Allah akan memusatkan
perhatian dan focus terhadap kebaikan yang diperolehi. Sebaliknya jika
apa yang dihajati tidak termakbul, mereka akan juga merasa bersyukur dan
berlapang dada menerima ketentuan sebagai takdir yang terbaik Allah
susun diri kita untuk sebuah kehidupan yang bukan sementara ini. Jika
kita menanam keyakinan yang tinggi hanya kerana Allah nescaya kita akan
sangat bahagia kerana setiap yang kita kerjakan dalam dunia bukan
dilakukan untuk pandangan dan perhatian manusia semata-mata tetapi untuk
mendapat redha Allah di dunia dan akhirat.
Begitu juga jika kita hanya menaruh
keyakinan bahawa hanya Allah sahaja tempat untuk kita menaruh harapan,
nescaya perasaan kita akan bebas dari segala penyakit mazmumah. Sebagai
contoh, kita mengimpikan untuk memperolehi jawatan tinggi dalam
pekerjaan, jika kita hanya melobi ketua dan melakukan pekerjaan hanya
mahukan pengiktirafan, sebaliknya kita gagal terhadap jawatan berkenaan,
pastinya kita akan terluka, kecewa dan marah kepada majikan kerana
tidak menaikkan pangkat kita. Tetapi jika kita ikhlas melihat pekerjaan
sebagai satu ibadah, bekerja sebagai amanah, kita akan berlapang dada
menerima setiap rezeki yang Allah tentukan. Malah orang yang bergantung
kepada Allah juga akan dapat membina peribadi tertinggi kerana jika kita
yakin rezeki itu milik Allah dan hanya allah sahaja yang memberinya,
kita tidak akan nada sifat dengki, khianat, menjatuhkan orang lain,
menipu dan akhlak buruk lain yang sebenarnya perangai buruk ini akan
hanya memakan diri sendiri.
"Dan manusia dijadikan bersifat lemah.” (Surah An-Nisa’ : 28)
“Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.” (Surah Al-Fathir : 15)
“Dan bertawakkallah kepada Allah yang hidup (kekal) yang tidak mati.” (Surah Al-Furqan : 58)
Definisi TAWAKKAL
Tawakkal adalah kejujuran hati dalam bergantung/bersandar kepada Allah dalam meraih kebaikan dan menjauhkan diri dari kemudharatan dalam urusan dunia maupun akhirat.
Tawakkal adalah merasa yakin dengan kekuasaan Allah dan tidak bergantung kepada manusia.
“Jika Allah menolong kamu, Maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), Maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.”
“Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya.”
Nabi SAW bersabda :
Apabila seseorang akan keluar dari rumahnya lalu dia mengucapkan :
Dengan menyebut nama, aku bertawakkal kepada Allah. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah) maka dikatakan kepadanya saat itu : engkau telah mendapat petunjuk, engkau telah dilindungi dan engkau telah dicukupi. Syaitan-Syaitan pun akan menjauhinya, dan syaitan yang lain akan berkata kepada temannya : bagaimana mungkin engkau bolehDr mengganggu orang itu sedangkan dia telah mendapat petunjuk, kecukupan dan perlindungan. (Hadith Riwayat Tirmidzi)
"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.”
Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal maka Allah akan menganugerahkan kepada kalian rezeki sebagaimana Allah memberi rezeki kepada seekor burung. Dia terbang pagi hari dalam keadaan lapar dan petang hari datang dalam keadaan kenyang. (Hadith Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)
“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, Sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang Tinggi di dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah Sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal, (iaitu) yang bersabar dan bertawakkal kepada Tuhannya.”
Apabila engkau solat maka solatlah seolah-olah solat perpisahan dan jangan mengucapkan ucapan yang esok hari engkau akan menyesalinya dan jangan bergantung kepada manusia. (Hadith Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
Di dalam hadith di atas terdapat seruan untuk qana’ah dan menggantungkan hati hanya kepada Allah semata-mata serta betul-betul tidak berharap kepada manusia. Makna “jangan berharap kepada manusia” kumpulkan hati dan tanamkan di dalamnya untuk berputus asa dari apa yang ada di tangan manusia. Jangan berharap dari mereka, namun gantungkan semua harapanmu kepada Allah semata.
“Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hamba-Nya.”(Surah Az-Zumar : 36)
“Dan Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.”
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sesungguhnya ia telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
Allah berfirman :
“Dan bertawakkallah kepada Allah yang hidup (kekal) yang tidak mati.”
“Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.” (Surah Asy-Syarh : 8)
“Dan manusia dijadikan bersifat lemah.”
“Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah ; dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.”
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
“Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan : “Kami telah beriman”. dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan :
“Sesungguhnya Kami sependirian dengan kamu, Kami hanyalah berpura-pura” Allah akan (membalas) kepura-puraan mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan mereka.”
Rasulullah SAW bersabda :
Dan engkau dapati manusia yang paling jahat adalah manusia bermuka dua. Dia mendatangi manusia dengan wajah ini dan mendatangi mereka dengan wajah yang lain lagi. (Hadith Riwayat Bukhari)
Barangsiapa yang bermuka dua di dunia maka dia akan berlidah dua dari api di hari kiamat. (Hadith Riwayat Abu Daud)
Apabila sedikit hartaku tidak ada yang berteman denganku
Wahai saudaraku, dimanakah janji persaudaraan itu? Dimanakah hubungan baik kita selama ini?
Aku mengajarnya memanah setiap hari
Jika engkau memuliakan orang baik maka dia akan membalas budimu
Maka cukuplah Allah sebagai tempat curahan hati kita :
“Yaakub menjawab : “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya.”
“Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, Maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, Maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
“Katakanlah : “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
Jagalah (agama) Allah pasti Allah akan menjagamu. Jagalah (agama) Allah pasti Allah akan selalu menolongmu. Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah. Jika engkau memohon pertolongan mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahwa seandainya seluruh manusia berkumpul untuk memberikanmu kebaikan, mereka tidak dapat memberimu kebaikan melainkan yang telah Allah takdirkan untukmu. Dan seandainya mereka semua berkumpul untuk memudharatkan dirimu, mereka tidak akan dapat memudharatkan dirimu melainkan yang telah Allah takdirkan atasmu. Telah diangkat tulisan-tulisan takdir dan telah kering lembaran-lembaran takdir. (Hadith Riwayat Tirmidzi)
