Khamis, 15 Februari 2018

TIADA APA YG HENDAK DITAKUTKAN.

Wartawan bertanya saya, apakah gabungan TUN M dan DSAI menggerunkan PAS dan menyebabkan PAS rasa tergugat.

Saya ingin menjawapnya, bahawa kedua-duanya adakah bekas pemimpin UMNO yang sama tarafnya dgn DS Najib, cumanya DS Najib masih didalam UMNO dan TUN M keluar dari UMNO kerana tak puas hati dengan DS Najib sementara DSAI pula terkeluar dari UMNO dan tubuhkan PKR setelah dipecat sebagai TPM terpalit isu liwat yang didakwa oleh TUN M.

Tapi kini sedikit perbezaan, DS Najib masih UMNO, Tun M dah tubuh PPBM dan DSAI tubuh PKR, ketiga-tiga mereka berada didalam parti yang berlainan namun walaupun mereka berlainan parti masih ada juga yang tetap serupa seperti dulu iaitu ketiga-tiga parti ini menyerang PAS.

PAS tidak pernah tunduk, berpulas kaki pun PAS tetap melawan, meniarap makan pasir, terlentang minum embun sekalipun PAS tetap akan bertanding menentang mereka, tiada siapa yang digerunkan oleh PAS kerana PAS berjuang diatas dasar Islam yang meletakkan Allah swt sebagai tempat diletakkan ketakutan mengatasi sesuatu yang lain.

Kalau sekiranya DS Najib, TUN M dan DSAI bergabung sekalipun PAS tetap akan melawan juga, masa TUN M jadi PM, PAS dah lawan dia, masa DSAI jadi TPM pun PAS lawan dia juga sebagaimana PAS lawan DS Najib sekarang ini.

Jika diwaktu mereka bertaring kuasa pun PAS menentang mereka, apatah lagi kini mereka setaraf sahaja dengan PAS berada di blok pembangkang, kerana PAS tidak takut lah PAS tidak bersama PH dan BN dan berada diblok ketiga, kerana PAS tidak takut, PAS akan bertanding di Permatang Pauh dan juga Pekan, keduanya di katakan sebagai kubu PH dan BN.

Apakah PAS tergugat?, UMNO sejak tahun 1951 lagi mengerjakan PAS, macam2 fitnah dan strategi digunakan, PH sejak berpecah cuba menanamkan persepsi buruk terhadap PAS, mereka tuduh PAS nak UG ngan UMNO, fitnah PAS ambil duit 90 juta dari Najib dan bermacam lagi bahasa najis yang dilontarkan untuk membusukkan PAS.

Senario yang ada hari ini adalah jawapannya, ratusan ribu manusia yang cintakan PAS berhimpun di himpunan Fastaqim di Terengganu, diikuti dengan belasan dan puluhan ribu dihimpunan Fastaqim peringkat Negeri2, PAS tetap mendapat sokongan dari rakyat Malaysia, malahan keahlian baru bertambah mendadak, sejak januari hingga november 2017 mencecah seramai 38,949 keahlian baru tidak termasuk disember 2017 dan januari 2018.

PAS bukan sahaja tidak tergugat, malahan terus melangkah gagah, membawa gagasan budaya politik matang dan sejahtera, mendidik masyarakat dengan Islam, terus berjuang dan terus berdakwah dengan keyakinan bahawa siapa yang berpegang dengan Islam pasti akan mencapai kemenangan disuatu masa yang selayaknya dan dijanjikan oleh Allah swt.

ROSLI ABDUL JABAR
TANJUNG LUMPUR.

Jumaat, 9 Februari 2018

Fitnah Dilarang Oleh Allah S.W.T,

Sebagaimana maksud firman-Nya dalam Surah al-Baqarah: 191:

“Dan bunuhlah mereka di mana kamu temui mereka, dan usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu. Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. Dan janganlah kamu perangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu, maka perangilah mereka. Demikianlah balasan bagi orang kafir.”

Firman Allah dalam Surah An Nur : 15 – 16

“Ingatlah ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar.” (15)

“Dan mengapakah kamu tidak berkata ketika mendengarnya, “Tidak pantas bagi kita membicarakan ini. Mahasuci Engkau, ini adalah kebohongan yang besar.” (16)

Allah telah memberi peringatan supaya meninggalkan perbuatan memfitnah sesama manusia dalam Surah An Nur ayat 17 yang maksudnya :

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Perkara itu diingatkan dengan tegas oleh Rasulullah dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, sifat kedekut dan jenayah berleluasa”. – (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah juga bersabda: “Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat”. – (Hadis riwayat Muslim).

Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki dulu (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, kerana kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan”.

Dosa fitnah juga menghalang kita masuk syurga. Rasulullah bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah”. – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Penyebar fitnah akan diberi malu oleh Allah apabila dibangkitkan pada akhirat kelak. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menyebarkan kata-kata yang memalukan seorang Muslim dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat”. – (Hadis riwayat Ibn Abid Dunya dari Abu Zar).

Mencari dan membocorkan rahsia orang dilarang Allah seperti di dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain”. – (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Allah berfirman: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.” – (Surah al-Humazah, ayat pertama).

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat, “Tahukah kamu apa itu mengumpat?” “Tidak,” jawab sahabat. Balas Baginda, “Mengumpat adalah kamu menyebut tentang kawan kamu apa yang dibencinya.” Para sahabat bertanya lagi, “Bagaimanakah sekiranya sesuatu yang disebut itu ada padanya?” Jawab Rasulullah SAW, “Itulah maksudnya mengumpat.” Nabi berkata lagi, “Kalau kamu menyebut apa yang tidak ada padanya, itu adalah buhtan (fitnah).” (Hadis Riwayat Tirmizi. 

“Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu, orang-orang mu’minin dan mu’minat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata:”Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [An Nur : 12].

Diceritakan dari Abu Ayyub, bahawa isterinya berkata, ”Wahai Abu Ayyub, tidakkah engkau dengar apa yang dikatakan banyak orang tentang Aisyah?” Abu Ayyub menjawab, ”Ya. Itu adalah berita bohong. Apakah engkau melakukan perbuatan itu (zina), hai Ummu Ayyub? Ummu Ayyub menjawab, ”Tidak. Demi Allah, saya tidak melakukan perbuatan itu.” Abu Ayyub berkata, ”Demi Allah, A’isyah itu lebih baik dibanding kamu.. 

Kemudian Allah berfirman.

“Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu. Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi, maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta”. [An Nur : 13].

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti”. [Al Hujurat : 6].

Khamis, 8 Februari 2018

Musuh 'talibankan' PAS?

SEKALI lagi semalam, cubaan meracuni masyarakat bahawa PAS seumpama Taliban dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Setelah sekian lama doktrin tersebut ditanam namun tidak berjaya, ia dimainkan sekali lagi di saat semakin hampir Pilihan Raya Umum sebagai kaedah untuk menjauhkan masyarakat dari PAS.

Apabila berbicara mengenai Taliban dan mahu membuat persamaan terhadap PAS, perlu terlebih dahulu membuat perbandingannya. Terutama dari segi sosio politik, budaya, gaya pemerintahan serta struktur pemerintahan sama ada sebelum dan semasa pemerintahan Taliban itu sendiri. Namun hakikatnya ia sama sekali tidak serupa seperti yang di doktrin oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pemerintahan Taliban

Pemerintahan Taliban siapa pun tidak dapat pastikan bagaimana ia beroperasi secara tepat. Namun seperti banyak kajian dan laporan yang di lakukan, pemerintahan Taliban ditakrifkan oleh Barat sebagai "Commander of Faithful" yang tidak sama seperti dengan dokongan PAS mahupun apa lakukan di Kelantan sekarang.

Adapun terma "Commander of Faithful" itu di takrifkan sama dengan Amirul Mukminin seperti gaya pemerintahan Khalifah Islam terdahulu. Hakikatnya ia langsung tidak sama dengan zaman pemerintahan Khalifah Islam terdahulu. Ini kerana kaedah pemerintahan Taliban hanya bersandarkan kepada seorang pemerintah yang membuat semua keputusan dan wajib di patuhi.

Contoh pemerintahan PAS paling jelas ialah Kelantan yang diperintah PAS sejak 1990 dan PAS secara jelas mengangkat serta mengikuti sistem yang ada sekarang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Di Kelantan, PAS tidak pernah mendiskriminasi mana-mana pihak, bangsa, kaum mahupun agama.

PAS mendokong sistem raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, menerima kepelbagaian budaya dan kaum serta tidak pernah menafikan hak mahupun keperluan orang bukan Islam mengamalkan agama dan budaya masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Sekali lagi jelas ia adalah tohmahan terhadap PAS dengan mereka cereka yang tidak benar dengan tujuan untuk memburuk-burukkan PAS.

Dua modul kerajaan

Bagaimana boleh di tafsir atau dikatakan Taliban mengamalkan dua modul kerajaan sedangkan ia kabur dan menjadi kemusykilan dari mana sumber yang diambil? Walaupun ketika pemerintahan Taliban di Afghanistan terdapat struktur pemerintahan seperti menteri dan sebagainya, jelas sama sekali ia jauh berlawanan dengan sikap, pegangan serta dokongan PAS terhadap sistem pemerintahan dan Perlembagaan Negara.

Apa pun ingin digambarkan terhadap Taliban, ia langsung tiada bersamaan dengan apa yang ada mahupun akan berlaku di Malaysia. Maka gambaran bahawa PAS mengamalkan dua modul kerajaan atau mahu mengamalkannya adalah dusta semata-mata.

Digambarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bahawa Taliban ataupun pemerintahan Khalifah Islam zaman dahulu 'menginstitusi pembunuhan' hingga yang melawan arus di hukum bughah, adakah ia benar ataupun khabar dusta semata-mata?

Taliban biarlah, itu soal dia dan langsung tiada kaitan namun bila menyentuh sistem Khalifah Islam terdahulu, pihak yang tidak bertanggungjawab mungkin lupa atau pun buta sejarah barangkali. Mereka lupa Kerajaan Rom, Kerajaan Byzantine dan lain-lain kerajaan besar dahulu, apakah yang mereka lakukan jika ada negeri, kumpulan atau orang perseorangan yang berpaling tadah dari mereka, tidakkah di takrif derhaka dan di hukum bunuh serta di perangi?

Buta penglihatan tidak mengapa namun buta hati sedikit pun tidak berguna!

Bukan Islam hanya eksekutif

Sekali lagi bagaimana pihak-pihak ini mengetahui bahawa Taliban meminggirkan bukan Islam ketika memerintah Afghanistan lalu membuat persamaan terhadap PAS? Jika tidak di teliti, kita akan terpedaya selama-lamanya.

Di Afghanistan 99 peratus penduduknya beragama Islam, namun ada juga kajian yang dijalankan mendapati hampir keseluruhan penduduk Aghanistan beragama Islam. Etnik Pashtun adalah kaum majoriti di Afghanistan sebanyak 43 peratus, di ikuti oleh Tajik sebanyak 27 peratus, Uzbek 9 peratus, Hazara 8 peratus, Aimaq 4 peratus, Turkmen 3 peratus dan lain-lain etnik 5 peratus.

Hampir 84 peratus bermazhab Sunni dan 15 peratus bermazhab Syiah. Hanya terdapat sebilangan kecil sahaja Yahudi, Sikh, Parsi dan Hindu di bandar terutamanya Kabul dan Kandahar. Sekali lagi perlu di ketahui bagaimana sosio politik Afghanistan berpaksi sejak dahulu serta peranan Loya Jirga dalam struktur masyarakat Afghanistan yang menjadi pegangan majoriti rakyat Afghanistan sehingga kini.

Loya Jirga ialah sistem diguna pakai di Afghanistan sejak tahun 1747 untuk memerintah di mana ketika itu semua etnik dan puak yang ada di Afghanistan berkumpul di Kandahar untuk melantik seorang Raja. Loya Jirga atau 'Grand Council' ialah sistem di mana semua etnik dan puak menghantar wakil untuk menduduki Loya Jirga yang mana terdapat hampir 2500 wakil dari 17 daerah.

Jika dikaji daripada maklumat di atas, kita akan menjadi musykil bagaimana dikata bukan Islam di Afghanistan dipinggirkan ketika Taliban memerintah. Kerana adapun Taliban memerintah dengan seorang pemerintah mutlak atau mengikut sistem Loya Jirga yang mendominasi Aghanistan sejak sekian lama, kita dapati memang tidak akan ada bukan Islam dalam pemerintahan Afghanistan. Baik Taliban atau bukan yang memerintah disebabkan struktur sosio politik Afghanistan itu sendiri.

Jadi bagaimana pihak-pihak tidak bertanggungjawab boleh membuat andaian salah mengenai Afghanistan tanpa mengetahui keadaan di Afghanistan dan sosio politik mereka? Lebih jijik, mereka membuat persamaan yang langsung tidak lojik dan masuk akal dengan PAS. Jelas sekali, ia muslihat dan tipu daya yang kotor untuk mendoktrin masyarakat dengan memburukkan PAS sedemikain rupa.

PAS pegang teguh Perlembagaan

Sekali lagi, PAS jelas berpegang teguh dengan Perlembagaan Persekutuan, berpegang kepada sistem Demokrasi Berparlimen serta Raja Berperlembagaan. PAS sejak awal lagi menyertai Pilihan Raya Umum sebelum wujud mana-mana parti 'pucuk muda' yang ada sekarang. Modul yang paling baik untuk dijadikan contoh ialah Kelantan yang sekian lama diperintah PAS.

Maka untuk mengaitkan PAS dengan gaya pemerintahan Taliban adalah sesuatu yang tidak masuk akal serta berniat jahat. Sudahlah berkaitan Taliban pun tidak betul dan benar, banyak persepsi dan rekaan dari fakta lalu mahu dikaitan PAS dengan cerita murah sebegitu, cukup sedih dengan permainan kotor pihak sebegitu.

Jika mahu menang pilihan raya dan mengalahkan parti lain, buatlah cara bermaruah dan profesional, bukan dengan cerita dongeng yang cukup murah dan tragis. Ia cukup melambangkan betapa ceteknya pemikiran mereka dan rendahnya mentaliti mereka, inikah orang-orang yang akan kita pilih untuk memimpin kita? Usah mudah tertipu, pilih pemimpin sebenar, bukan yang membuat cereka dan berpersepsi seburuk rupa kerana kelak kita dan negara binasa dan huru hara. -HARAKAHDAILY 7/2/2018

SYAIFUL HIZAM
Pemerhati Politik

_AC_

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/5198-musuh-talibankan-pas

SYAIFUL HIZAM  07 FEBRUARY 2018

Rabu, 7 Februari 2018

SEMAKIN PARAH DAN MAKIN BERNANAH KERANA TANPA KITA SEDAR UMAT ISLAM DIMALAYSIA BEGITU RAMAI YG BERILMU TETAPI BERFIKIRAN LIBERALISM... ISLAM MAKIN KECUNDANG DALAM PUCUK PIMPINAN FAHAMAN LIBERAL!!!

Begitu hebat cabaran Pas hadapi sejak ini utk menguatkan syiar islam..malah banyak tentangan yg dihadapi tidak kira dr media yg sentiasa memutarbelitkan segala yg diutarakan oleh pemimpin² dr Pas..bukan itu juga dr musuh membenci Pas juga dr Pakatan Harapan juga tidak ketinggalan utk memburukkan Parti Islam ini..
Pelbagai cara pelbagai fitnah ada saja kunjung hari utk menghentam pimpinan Pas..
Malah dr UMBN juga mengupah cyber² mereka utk mengelirukan penyokong Pas agar penyokong Pas menjadi tertanya²...

Sikap apakah yg mereka bawakan utk memecahkan jemaah Islam sehingga sanggup menfitnah pimpinan Pas..Sehingga hilang seorg akhalak umat Islam yg sanggup menfitnah bg menghalalkan cara mereka..Jika dilihat dr semua sudut jenuh penyokong Pas menjawap persoalan yg mereka bwkan...
Sehingga pihak Pakatan Harapan lupa apa agenda mereka dlm pihak pembangkang...

Bagi sy sebagai penulis sy melihat mereka begitu gentar utk Pas menang kerana mereka takut Pas akan menyemarakkan ideologi Islam kerana mereka² ini yg berfahaman liberalism dan sekular... Dengan terjahan dunia langit terbuka kelompok ini dengan aktif menebarkan sikap serta pandangan mereka, bahkan secara terbuka mengadakan bantahan awam untuk berekspresi akan tuntutan-tuntutan mereka. Mereka secara terbuka menyerang institusi agama negara ini serta berkolabarasi dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka.

Terjahan kepada Islam berlangsung sepanjang zaman dan menuntut umat Islam berdada dengan penyelewengan ini. Antara kebobrokan yang kian mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam liberal, menyusup secara diam dan pantas dalam akar ummah di pelbagai posisi.

Bentuk-Bentuk Pemikiran Golongan Islam Liberal....
Mereka menganut fahaman pluralisme..Iaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Urusetia Jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla dalam majalah Gatra (Indonesia) keluaran 21 Disember 2002 menyatakan: “Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran”.
Dengan fahaman inilah, maka lahirnya ideologi Pancasila di Indonesia. Darinya juga, penganut fahaman Islam liberal menyeru agar dibenar perkahwinan campur antara agama kerana semua agama adalah benar dan betul dan perkahwinan sebegini sememangnya telah diamalkan di Indonesia menunjukkan kejayaan besar golongan Islam liberal di sana. Di Malaysia, penularan fahaman pluralisme dapat dilihat dalam kes-kes berikut:

Kerana terpengaruh dengan fahaman pluralisme inilah maka beberapa Menteri Muslim dan sebuah NGO muslim (iaitu Sisters In Islam) telah turut menyokong penubuhan InterFaith Council (IFC) atau Majlis/Suruhanjaya Antara Agama-Agama. Suruhanjaya Antara Agama ini dicadangkan oleh MCCBCHS atau Majlis Kristian Budha Hindu dan Sikh Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.

Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia.. golongan Islam liberal di Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan Mahkamah Syariah...
Bagi kelompok Islam liberal yang jahil ini mereka berhujah bahawa hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran. Mereka menyalah tafsirkan ayat Allah yang berbunyi; “Tidak ada paksaan dalam agama”. (Al-Baqarah; 256)

Menurut tafsiran ulama tafsir yang muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut Islam kecuali dengan kerelaan sendiri. Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara akidah dan iman.

Dalam kes murtad, orang Islam yang keluar daripada agama akan dikenakan hukuman yang berat di akhirat dan di dunia. Hukuman di akhirat ia akan dihumbankan Allah dalam neraka untuk selama-lamanya.

Malah dalam para² ilmu agama juga ada yg berfahaman liberal sehingga mempertikaikan surah hadis.. Menurut golongan Islam liberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran ulama terdahulu. Tafsiran ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para sahabat dan ahli-ahli tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional.

Jelasnya, golongan Islam liberal mengajak umat Islam kepada penafsiran ayat-ayat al-Quran berdasarkan ilmu akal semata-mata. Kerana itu mereka awal-awal lagi telah menolak hadis Nabi yang bermaksud, “Sesiapa yang mentafsir al-Quran dengan akal fikirannya semata-mata, maka sediakanlah tempat duduknya dari api neraka” dengan mendakwa hadis tersebut bercanggah dengan al-Quran yang menyeru manusia supaya berfikir, merenung dan menggunakan akal..

Jadi utk menwujudkan negara Islam diMalaysia kita sebagai masyarakat yg mengaku Islam juga perlu menwujudkan kefahaman diri mengenai Islam dan keluar dr landasan berfikiran liberal tanpa kita sedar...
Utk menjadikan negara Islam bukan mudah kerana kita sebagai umat Islam harus bertanggungjawap dalam menjadi perantaraan...bukan hanya mahu negara maju bebas rasuah tetapi kita juga harus bebas dr gejala yg bertentangan dgn Islam..

Sudah jelas lagi Parti Islam Semalaysia sudah membawa apa yg diajar oleh Rasullulah kita dgn menyebarkan dakwah walaupun ianya sering disalah tafsir..
Kita sebagai umat Islam gunalah akal sebagai umat Islam kita tidak perlu ragu² kpd PAS..kerana mengundi Pas dpt menyelamatkan Aqidah kita utk masa depan..

UndiPas💚💚💚✅✅

SAL NASIR
07 FEB 2018

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1997565100497231&id=1405388713048209

Ahad, 4 Februari 2018

WAJAH SEBENAR PAKATAN HARAPAN YANG DIKETUAI DAP

Wahai rakyat Malaysia, itulah wajah sebenar pembangkang yang diketuai DAP. Bayangkan apa akan terjadi kepada orang Melayu dan agama Islam sekiranya pakatan berkuasa. Nauzubillah..

Kini Penguam DAP Siti kassim sudah berani mengugat JAKIM agar dibubarkan bagi kes² hanya dibawa kpd mahkamah sivil sahaja.
Cukup berani Siti kassim memberitahu kepada media..

Aku nak tanya selaku kerajaan UMNO nie tidakkah terasa tergugat dengan tindakkan Siti Kassim dr penguam DAP itu..
Kini mereka bangga kerana sebelum ini berjuang utk kebebasan beragama..kini hak yg mereka berjuang sudah berjaya kerana apa yg ditentang dan dilawan kini telah berjaya memurtadkan 3 ank mualaf utk kembali ke agama asal...

Adakah orang melayu Islam dr PH kamu gelar diri kamu Islam apabila ada seagama kamu mengeluarkan kata² atau tindakkan yg mengugatkan keharmonian Islam kita..begitu juga dgn UMNO kenapa bab² Islam kamu hanya senyap walaupun yg mengugat keharmonian Islam adalah dtg dr PH sendiri..
Adakah kamu bersama PH utk tidak meletakkan Islam dalam pentadbiran kerajaan..bagi kamu UMNO jika cara Islam akan menyebabkan kamu susah utk bekerja..

Oleh itu, tidak menghairankan apabila Siti Kasim mendesak agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dihapuskan secepat mungkin kononnya demi kesejahteraan negara.Siti Kassim sering “memperjuangkan” hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender memandangkan tindakan tersebut mampu memperlekehkan kesucian agama Islam yang merupakan agama rasmi Malaysia menurut perlembagaan...

RAKYAT Malaysia harus tahu bahawa peguam pro pembangkang Siti Kasim membawa suara DAP dalam setiap langkah dia. Dan kita tahu betapa DAP amat benci kepada agama Islam dan orang Melayu.
Jadi utk PRU ini x payah kita bersusah payah nak mengundi PH atau UMNO..
Kerana melayu dalam PH duduk sebantal dgn Siti kassim yg memperjuangkan menentang Islam..
Jika UMNO mereka menyokong Islam maka jgn senyap dalam hal² yg membabitkan Islam..
Jgn jd "KHADAM" kpd kapiaq..
Jgn takut hilang undi dr bangsa bukan Islam..

Kita bukan rasict tetapi jika ianya mengugat agama Islam akan kita tentang...selama ini sudah lama kita bersabar dgn karenah pengkhianat agama ini...

SAL NASIR
03 FEB 2018

Jumaat, 2 Februari 2018

Hebat Paluan Husam Kepada PM

SUBKY LATIF  02 FEBRUARY 2018

HEBAT hebat dan tepat pukulan Datuk Husam Musa ke batang hidung Perdana Menteri Najib yang membangkitkan betapa gaji kaki tangan Kerajaan Kelantan bergantung atas bantuan Kerajaan Persekutuan.

Husam bukan lagi sebahagian dari Kerajaan Kelantan, bahkan bukan lagi parti yang memerintah Kelantan iaitu PAS, atas sifatsnya rakyat Kelantan tidak dapat membiarkan apabila Kelantan ditempelak oleh Perdana Menteri Najib sedemikan.

Kerajaan Pusat yang tanggungjawabnya di bawah konsep persekutuan/federalisma, memayungi negeri dan kerajaan negeri termasuk Kelantan wajar menampung sebarang kekurangan yang terdapat di negeri-negeri.

Tanggungjawab dan beban Kerajaan Pusat itu bukanlah atas permintaan Kelantan, tetapi Kerajaan Pusat sendiri ketika menandatangani perjanjiian memasukkan Kelantan dalam gagasan persekutuan bersetuju untuk menerima tanggungjawab melindungi negeri-nengeri dan kerajaan yang bersekutu dengannya.

Dan jika Kerajaan Pusat berhalangan untuk memikul tanggungjawab itu, maka ia boleh keluarkan Kelantan dari Malaysia atau pada pembentukan Kerajaan Persekutuan dulu, ia boleh tolak Kelantan menyertainya.

Apabila seorang anak jantan bersedia kahwin dengan mana-mana anak dara, maka dia mesti bersedia menanggung nafkah lahir dan batin isterinya. Tidak sekadar nikah tetapi nafkahnya tangungjawab bapa dan ibu mertua. Jika Kerajaan Pusat hendak menjadi bapa yang memayungi Kelanan, maka ia jangan takwil kekurangan yang ada di Kelantan.

Husam telah ajar Perdana Menteri Najib dalamfacebooknya atas tempelak Najib itu sekalipun Najib bergurau. Husam telah beri jawapan yang tepat seperti yang PAS patut buat. Jika PAS beri reaksi atas kenyataan tidak senonoh PM itu memang PAS dan Kerajaan Kelantan wajar nyatakan reaksinya. Dan Husam telah ambil peranan yang tepat dan hebat pukul batang hidung Perdana Menteri.

Tempelak Najib itu menghina kedaulatan Kelantan dan rakyatnya, yang Husam dipercayai sebagai rakyat tersinggung. Bukan rakyat yang bersama PAS dan Husam saja rasa tersinggung, Datuk Mustafa Mohamad yang hendak sangat jadi Menteri Besar Kelantan selepas PRU14 ini juga patut terhina dengan ungkit Najib itu.

Jika Mustapa ada rasa bangga sebagai rakyat Kelantan, dia patut jawab seperti yang Husam buat jika dia bukan seorang yang tidak pemalu.

Pada saya Husam buat sepatutnya dan PAS patut suka dengan apa yang dia kata itu. Sepatutnya Husam tidak perlu keluarkan dirinya dari PAS dalam politik di negeri itu.

Dia adalah antara orang berfikiran bergeliga pernah ada dalam PAS tetapi dia memilih jalan untuk tidak bersama PAS, suatu kejadian yang saya amat pilu.

Dan agak saya reaksi Husam sedemikian sebagai usahanya supaya PAS tidak campur BN dalam PRU nanti. Dan yang bimbangkan PAS hendak bersama BN/Umno itu satu sangkaan.

Adapun gaji kaki tangan kerajaan Kelantan itu dipercayai boleh Kerajaan Kelantan tangani jika Kerajaan Pusat tidak curi royalti petrol dan gas yang Petronas kendali. Jika pusat tidak amalkan pencurian, Kelantan mungkin sudah lama berdikari.

Bahkan Najib telah gunakan sebahagian dari hasil yang dicukai dari Kelantan dan royaltinya untuk tampung sebahagian dari keperluan Kerajaan Pusat.

Jika Pusat tidak mahu ambil lagi tanggungjawab atas Kelantan, merdekakan ia seperti ia pernah memerdekakan Singapura, dan dengan minyak diperairannya, biar Kelantan sendiri terokai.

Dan yang bongkar Pusat curi minyak Kelantan itu adalah Husam juga. Yang elok padanya wajar dihargai. Dia suruh PAS keluarkan dia, yang tidak eloknya.

_AC_

Khamis, 1 Februari 2018

BOIKOT PRU HANYA KEKALKAN BN TERUS MEMERINTAH

[Minda Anak Muda]

*"BOIKOT PRU HANYA KEKALKAN BN TERUS MEMERINTAH"*

_Oleh:_
IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

DEWAN Pemuda PAS Malaysia menyokong kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menegaskan bahawa kempen boikot pilihan raya bercanggah dengan Islam.

Ada beberapa situasi boikot ini yang perlu dilihat.

1. Pengundi boikot Pilihan Raya Umum (PRU)
2. Pengundi boikot Pilihan Raya Kecil (PRK)
3. Parti-parti bertanding boikot PRU
4. Parti-parti bertanding boikot PRK

Tindakan pengundi atau parti-parti bertanding memboikot PRK tidak memberikan impak dari segi perubahan kepada organisasi kerajaan, tetapi ianya memberikan satu signal kepada Kerajaan yang memerintah mengenai bantahan awam.

Manakala tindakan pengundi atau parti-parti bertanding memboikot PRU pula sememangnya memberikan signal kepada kerajaan mengenai bantahan awam. Tetapi mudaratnya lebih besar kerana membiarkan parti yang memerintah menang tanpa bertanding jika tiada parti yang lain yang masuk bertanding. Parti yang memerintah juga boleh kekal memerintah jika pengundi memboikot pilihan raya kerana parti pembangkang yang bertanding tidak cukup undi untuk menewaskan parti yang memerintah.

Situasi PRU dan PRK adalah berbeza kerana PRU adalah peluang untuk kita tukar kerajaan manakala PRK hanyalah peluang menukar seorang wakil rakyat sahaja.

Mereka-mereka yang begitu teruja berkempen untuk meminta pengundi memboikot PRU-14 harus melihat lebih jauh supaya mereka tidak mengadaikan negara ini dengan mengekalkan BN melainkan mereka adalah ejen-ejen yang dibayar oleh BN untuk memujuk pengundi Pembangkang tidak keluar mengundi.

Malah ada yang lebih teruk lagi mengerakkan kempen untuk membuat undi rosak. Ini juga satu penganiayaan dan kerugian kepada diri pengundi dan dana awam yang digunakan untuk melaksanakan pilihan raya. Pengundi yang hadir semata-mata untuk membuat undi rosak membazirkan masa dan tenaga mereka kerana perlu datang ke tempat pembuangan undi dan berbaris hanya untuk membuat undi rosak.

Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MAFREL), Abd Malek Husin dalam tulisannya berkongsi sejarah pemboikotan pilihanraya oleh pengundi di beberapa negara Afrika seperti berikut:

*Ghana* (1992): _hanya 28.1 peratus keluar mengundi_
*Zambia* (1996): _hanya 58.4 peratus keluar mengundi_
*Mali* (1997): _hanya 21.6 peratus keluar mengundi_
*Gambia* (2002): _hanya 56.4 peratus keluar mengundi_

Para pemboikot pilihan raya di Afrika ini adalah mereka yang membenci parti pemerintah, namun tindakan memboikot mereka itu akhirnya hanya mengekalkan parti yang memerintah kerana parti pembangkang kalah teruk disebabkan undi sedikit.

Peratusan keluar mengundi yang lebih tinggi sebenarnya memberikan bantuan kepada parti pembangkang untuk lebih berjaya menguasai lebih banyak kerusi di Parlimen. Malek Husin juga berkongsi Sejarah PRU di Malaysia dari tahun 1959 hingga 2013 yang menunjukkan undi kepada BN merosot bila peratusan keluar mengundi meningkat:

*1959*: _Keluar mengundi 71.85 peratus; undi Perikatan 51.77 peratus_
*1969*: _Keluar mengundi 73.39 peratus; undi Perikatan 49.89 peratus_
*2008*: _Keluar mengundi 74.72 peratus; undi BN 51.39 peratus_
*2013*: _Keluar mengundi 84.84 peratus; undi BN 47.38 peratus_

Mereka-mereka yang berkempen memboikot pilihan raya juga ada yang memainkan sentimen agar pengundi memboikot pilihan raya bukan sahaja kerana membenci BN, tapi kerana mereka juga tidak suka melihat Pembangkang menggantikan BN.

Blok pembangkang kini adalah dua kumpulan, satu Gagasan Sejahtera dan satu lagi Pakatan Harapan. Pengundi sebenarnya mempunyai pilihan lain selain BN dan sewajarnya kempen boikot pilihan raya, khususnya kalangan anak muda tidak berlaku.

Kempen boikot PRU-14 di Malaysia ini banyak terpengaruh dengan agenda Golongan Putih (Golput) di Indonesia yang telah wujud sejak 1971. Golput di Indonesia adalah kumpulan haluan kiri yang masih aktif mengadakan kempen "BoikotPRU".

Namun hingga ke hari ini kempen-kempen Golput gagal kerana mereka tidak menyelesaikan masalah pengundi di Indonesia yang mahukan perubahan. Empat Presiden Indonesia berjaya 'digulingkan' tapi bukan melalui pemboikotan pilihan raya oleh pengundi.

*1966*: _Sukarno dipaksa meletak jawatan tanpa pertumpahan darah oleh tentera Indonesia._

*1998*: _Soeharto dipaksa meletak jawatan selepas rakyat Indonesia mengadakan demontrasi besar-besar sehingga menawan Parlimen Negara itu._

*1999*: _BJ Habibie pula disingkirkan melalui Undian tidak percaya oleh Majlis Permusyawaratan Rakyat Republik Indonesia (MPR)_

*2001*: _Abdurrahman Wahid juga disingkirkan oleh Majlis Permusyawaratan Rakyat Republik Indonesia (MPR)_

Pilihan Raya Indonesia pada 2004 membuktikan bahawa pilihan raya juga adalah satu cara terbaik menyingkirkan pemimpin penuh skandal, Megawati Sukarnoputri yang akhirnya dapat ditewaskan oleh Susilo Bambang Yudhoyono.

Pemuda PAS mengajak rakyat untuk membuat perubahan bukan dengan menyertai kempen boikot PRU-14 yang meniru cara kumpulan Golput yang gagal mencipta perubahan. Lakukanlah perubahan itu dengan turun mengundi beramai-ramai.

PAS sedar bahawa rakyat kini muak dengan politik janji-janji palsu BN serta politik fitnah dan temberang PH. Namun rakyat punyai pilihan ketiga iaitu Gagasan Sejahtera yang turut dianggotai PAS yang mempunyai rekod bersih dalam melahirkan wakil-wakil rakyat yang amanah serta bebas rasuah.

1 Februari 2018