Isnin, 29 Januari 2018

ORANG PAS YANG ISTIQAMAH

Perjuangan PAS adalah mata rantai dari perjuangan Nabi Muhammad saw yg mengajak manusia tunduk n patuh kpd Allah swt dan membebaskan manusia dari mengHAMBAkan diri sesama manusia..

Bukan mudah untuk istiqamah di jalan ini kerana byk mehnah n cabarannya.

Ramai yg gugur di tengah jalan tak kira ahli biasa atau pemimpin tertinggi.. Tapi org PAS yg faham n yakin tak kira ahli biasa atau pemimpin akan kekal istiqamah kerana faham n ikhlas berjuang dlm PAS.

Org PAS yg istiqamah tahu PAS hanyalah wadah bukan matlamat..

Org PAS yg istiqamah tahu tiada parti lain yg meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan mereka.

Org PAS yg istiqamah tahu PAS dipimpin oleh ulama2
( Bukan seorang tp ramai)..

Org PAS yg istiqamah faham bahawa berjuang dlm PAS adalah tuntutan agama bukan suka2..

Org PAS yg istiqamah tidak mengharapkan apa2 dari PAS selain redha Allah swt.. Kerana org PAS yg istiqamah faham bila Allah swt redha kita akan selamat DUNIA n AKHIRAT.. Sebab itu org PAS yg istiqamah yakin jika ISLAM memerintah semua akan sejahtera tanpa mengira bangsa,  agama, hatta haiwan n bumi sekalipun.

Org PAS yg istiqamah tidak berjuang kerana Individu sebab itu jika ada sesiapa yg khianat mereka tetap istiqamah..

Org PAS yg istiqamah tidak merajuk jika pemimpin tak tegur dia ke, tak senyum kat Dia ke, tak ziarah dia ke, kerana yakin balasan kebaikan hanya dari Allah swt ..

Org PAS yg istiqamah tidak kisah ada jawatan ke,  tak terpilih ke, ditolak dlm pemilihan ke mereka terus berbakti pd jamaah..

Org PAS yg istiqamah wala pada pimpinan walaupun ada perkara yg Dia tak setuju selagi tidak bercanggah dari syariat.

Org PAS yg istiqamah tidak meninggalkan PAS semata2 tengok ada org PAS yg maksiat kerana mereka  berjuang bukan kerana manusia..

Org PAS yg istiqamah tidak tinggalkan PAS semata2 kalah pilihanraya..

Org PAS yg istiqamah tidak meninggalkan PAS semata2 kerana rasa PAS tak mampu ke Putrajaya. ..

Org PAS yg istiqamah tidak meninggalkan PAS semata2 pemimpin IDOLA mereka telah tiada..

Perjuangan tetap diteruskan selagi hayat dikandung badan.

Org PAS yg istiqamah akan saling bantu membantu serta saling lengkap n melengkapi..
Tiada manusia yg sempurna kecuali Nabi Muhammad saw, jd jika kita lihat ada kelemahan kita tegur n betulkan jika masih berlaku kelemahan kita berdoa Allah swt agar permudahkan.

Org PAS yg istiqamah tahu Di akhir zaman ini fitnah menjadi makanan pengikut2 Dajjal..
Dajjal adalah fitnah Terbesar kpd umat Islam..
Jika dgn pengikut Dajjal pun kita kecundang apatah lagi Dajjal..
Dajjal n pengikutnya tentunya mahu kita tidak istiqamah dgn ISLAM dan tunduk kpd nafsu n Dajjal. Tugas kita selamatkan manusia dari fitnah Dajjal n pengikutnya..

Org PAS yg istiqamah tahu matlamat mereka adalah mendapat redha Allah swt.. Ikhlaskan niat rapatkan saf semoga kita terus istiqamah hingga kemenangan.

Kepada Allah swt kita berdoa agar kita istiqamah pada jalan Allah swt dan tidak tergelincir di tengah jalan..
Amin !

FASTAQIM
#UP

Rabu, 24 Januari 2018

PAKATAN HARAPAN SUDAH LUPA SIAPA ITU MAHATHIR... KENAPA MAHU JADI PUNAH HARAPAN DGN MENJADI SEKUTU BAKA UMNO...

Bertimbun-timbun dan berbeban-beban isu terhadap UMNO khususnya pemimpin UMNO sejak dua tiga puluh tahun lalu. Kini terbongkar dan menjadi isu yang memakan diri UMNO sendiri. Itu sebabnya parti atau pemimpin yang baik mereka tidak akan melakukan perkara yang buruk walaupun mereka ada kuasa untuk melindunginya dari pengetahuan umum. Akhirnya apa yang disorok dan dilindungi bertahun-tahun dahulu terkeluar juga dan yang menghadapinya ialah UMNO sendiri..

Tidak ada ruang yang cukup untuk menyenaraikan kesalahan dan dosa-dosa yang dilakukan oleh UMNO dan BN terutamanya di zaman pimpinan Mahathir dahulu. Budaya yang dicipta Mahathir itu menjadi ikutan kepada semua pemimpin yang mewarisi kepimpinan beliau itu. Kesalahan dan kesilapan Mahathir itu ditokok dan ditambah oleh pimpinan selepas beliau...

Mahu salahkan siapa jika UMNO sudah lama menzalimi rakyat???

Pengkhianat Mahathir dalam dunia politik sudah jelas dan pelbagai taktik kotor yg dimainkan oleh Mahathir ketika beliau menjadi PM..
Malah Mahathir begitu berani membuat pelbagai perubahan sehingga nasib org melayu ditindas..

Jika dilihat dari sejarah Mahathir begitu banyak isu dalaman yg mahathir mainkan dalam UMNO utk beliau naik utk menjadi PM ketika itu..
Adakah anda masih ingat bagaimana permainan kotor mahathir ketika beliau dlm UMNO sendiri..

Berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu dibwh pentadbiran Mahathir..

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Paduka Husam Musa.

19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009.

Jika nak menulis khianat Mahathir dalam UMNO mgkin satu muka Surat x hbs..Begitulah sikap Mahathir yg lahir dr perut UMNO..
Sekarang ini yg menjadi persoalan bagaimana seorg pengkhianat partinya sendiri telah diangkat dan dinobat sebagai Pemimpin dalam Pakatan Harapan???

Adakah segala khianat Mahathir kepada parti sendirinya tidak dapat dikesan oleh pemimpin PH??
Adakah kerana terlalu teringinkan Putrajaya pemimpin PH terpaksa menutup mata segala DOSA² yg dilaku Mahathir kpd rakyat dan negara...
Malah kerana susuk tubuh tua Mahathirlah terjadinya perpecahan ummah semasa beliau dalam Umno...

Mungkin LUKA KECIL yg ditinggalkan oleh Mahathir dr UMNO ini begitu senang dicuci oleh pemimpin PH hanya dgn sebilas air dan setitik dettol...

Adakah kita mahukan seorg yg zalim ketika dia dalam UMNO kini mahu betul² membela rakyat???

Atau cuba kita lihat spesis jenis Mahathir ini adalah sejenis manusia yg tiada maruah kerana terlalu fanatik utk jawatan dan kekayaan..
Lihat bagaimana kekayaan yg beliau kaut semasa dalam UMNO..

Legasi kaut mengaut dalam UMNO sudah lama dipratikkan..
Golongan ini tidak ada rasa belas kasihan kpd nasib rakyat..

Kita mesti ingat pengkhianat kepada negara juga ada dua jenis seperti perompak dan penyamun...
Mahathir ada 2 sifat tersebut..

Utk apa Mahathir begitu sibuk dalam dunia politik yg skrg ini duduk bersama Pakatan...

Cuba anda fikirkan????

Kesimpulan yg dpt dijelaskan kita mesti lakukan apa yang termampu untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi. Cara yang pertama ialah dengan menolak mereka yang melakukan jenayah ini dan jangan di berikan mereka peluang untuk mendekati kuasa. Jika mereka masih berkuasa banyak lagi musibah yang mereka akan lakukan terhadap negara kita.
Zalim Mahathir drp sisi penyokong Anwar era reformasi (bela Anwar) ketika dipecat Umno. Sehinga digelarkan Mahafiraun.

Persoalannya, org yg menggelarkan Mahafiraun itu sdg berada di mana? Jawapannya dlm PH, pakatan songsang yg mengimpikan kerusi di Putrajaya. APA RUPA MARUAH.KAMU WAHAI SI-PULAN-SI-PULAN?

Sal Nasir
03 Jan 2018

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1581749378587214&id=1081358145293009

Isnin, 22 Januari 2018

BERDASARKAN ISLAMKAH P. A. N @ HANYA LETAK ISLAM SBG ASAS UNTUK PENYEDAP RASA DAN MENIPU RAKYAT?

PAN
PAN singkatan dari nama parti amanah negara lahir baru setahun jagung dah nak tunjuk belang. .PAN juga lahir dari sebuah kekecewaan tak puas hati dengan pucuk pimpinan PAS lalu mereka memberontak dengan menyusun strategi bagi mengambil alih pucuk pimpinan PAS ternyata mereka gagal dalam pemilihan lalu disingkitkan oleh para perwakilan....

Mereka yang kecewa ini lalu menubuhkan PAN yang disokong oleh DAP, kebanyakkan pergerakkan mereka ini ditemani oleh DAP kemana sahaja mereka bergerak...saya masih ingat diawal hendak menubuhkan PAN ini saya sedikit terasa teruja bila mana mereka juga mendakwa yang PAN ini juga sebuah parti islam, parti islam kedua selepas PAS...dasar mereka juga islam dengan cara pendekatan berbeza dari PAS, pendekatan yang diterima oleh semua kaum bangsa dan agama bertambah teruja saya dengar...

Lama kelamaan nampak pelik pulak parti islam apanya dok nak menjatuhkan kerajaan islam di kelantan ...pendekatan apa yang PAN guna ni..Persoalan demi persoalan bermain difikiran, hari2 disajikan PAS terima 90 juta PAS nak bersama umno kerajaan PAS gagal membela rakyat kelantan dan sebagainya...

Sekali buat kajian rupanya PAN ni adalah sebuah parti yang penuh dengan dendam kesumat yang terpendam dalam hati...PAN ini tak ada matlamat perjuangan hanyalah ingin membalas dendam kepada musuh2 mereka didalam PAS...mereka marah beberapa orang ust yang berada dalam PAS lalu mereka menyerang keseluruhan PAS....

PAN sebenarnya tindakan kamu salah bukan sahaja salah dari segi politik bahkan salah dari segi agama....ni saya nak ingatkan...kamu hanya marah dengan beberapa orang ust lalu kamu tinggalkan PAS dan kamu pula menentang PAS...sebenarnya bukan sahaja kamu tinggalkan PAS tapi kamu juga tinggalkan baiah kamu kepada seluruh ahli PAS kamu berbaiah atas nama Allah dihadapan pimpinan PAS....

Ingat balasan Allah, kamu mencipta penipuan dengan berkata PAS menerima 90 juta tapi tiada satu pun bukti yang kamu berjaya bawa...kamu dusta lagi dengan menyebarkan PAS berUG bersama umno sehingga kini tak ada satu pun pimpinan PAS mengeluarkan kenyataan untuk bersama umno bahkan dengan terang lagi jelas PAS menolak UMNO dan BN termasuk PH....

PAN sedarkah tindakan yang kamu lakukan ini, kalau tak sedar saya nak sedarkan kamu...Sebenarnya kamu PAN telah tertipu dengan tipu daya DAP kamu hanyalah boneka kepada DAP, DAP sedar tanpa sokongan kaum melayu mereka tak mampu untuk mengambil kuasa lalu kamu PAN lah yang paling layak untuk dipergunakan oleh DAP...dalam ghairah kamu nak menjatuhkan najid dalam masa yang sama kamu tak sedar kamu juga sedang berusaha untuk menjatuhkan kerajaan islam PAS dikelantan DAP tak perlu susah payah untuk menentang PAS cukup sekadar mereka hantar PAN untuk meruntuhkan islam....

Dikalangan kamu PAN ramai yang bijak pandai dalam macam2 bidang tapi takkanlah benda bodoh yang DAP buat ni kamu tak nampak....dalam bab pembahagian kerusi pun dah nampak kecerdikan DAP, PKR dan PPBM apa yang kamu nak perjuangkan sangat dengan 27 kerusi tu cuma boleh jadi bahan kepada DAP, PKR dan PPBM jika ditakdirkan PH memerintah puaskah hati kamu PAN ?

Cukuplah segala kesilapan yang dilakukan kembalilah ke pangkal jalan...ayuh bersama kami tolok PH yang dipolopori oleh DAP susahkah nak mengaku salah ?
Cukup2lah tu memfitnah PAS...PAS sedikit pun tak terjejas dengan segala tindakan kamu bahkan kami lebih bertambah sayang kepada parti kami PAS...
PRU14 ini jika kamu nekad untuk menentang PAS maka kami sedia untuk bertarung

Kalau memakai baju lusuh,
Habis diguna lilit di pinggang
Sahabat akan jadi musuh,
PRU14 kita berperang

Sudah jelas bagaimana politik PAN hanya sekadar menjadi khadam dan hanya menjadi paksuruh..
Memalukan menubuhkan satu parti politik yg menawarkan utk Islam,bangsa dan negara tetapi hanya menjadi pak turut..Pan hanya mempolimikkan agama tetapi dr sudut realitinya Pan sedang menjual maruah Islam kpd kafir Dap..

Sal Nasir
22 January 2018

#istiqomah hingga kemenangan#
#sejahtera bersama islam#

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1989857674601307&id=1405388713048209

Ahad, 21 Januari 2018

KITA MULIA DENGAN ISLAM HINA BILA MENINGGALKAN ISLAM

Perjuangan ISLAM tidak pernah melalui jalan mudah.. Sejarah tertulis perjuangan ini sentiasa ada PANkhianat nyer.. Ketika Mesir berjuang membebaskan negara dari penjajahan British Pejuang Islam lah yg dihadapan.. Bila kemenangan diperolehi Gamal Abd Naser menangkap n membunuh pejuang ikhwan.. Ketika Mujahidin menentang Russia Allah swt memberi pertolongan kpd mereka n kemenangan tetapi apabila kemenangan di depan pintu mereka berebut kuasa dan akhirnya puak sekular tajaan Amerika yg berkuasa d Afghanistan.

Ambillah iktibar n pengajaran dari gerakan ISLAM terdahulu.. Musuh tidak dapat berhadapan dgn gerakan ISLAM secara berdepan tetapi memecahkan gerakan ISLAM dari dalam.. Mereka bijak menanam perpecahan di kalangan umat Islam dgn propaganda n media yg mereka ada.. Mereka bijak menaja umat Islam yg tunduk dgn mereka dgn janji wang n kuasa.. PAS telah byk kali cuba dipecahkan dari dalam.. Berjasa,  HAMIM, islah dan terbaru PAN  adalah hasil dari tangan Agen perosak yg cuba memecahkan PAS.. Mereka mengambil kesempatan dari sedikit perbezaan utk menanam benih perpecahan.. Ditambah dgn sifat tamak n tidak sabar segelintir pimpinan dahulu memudahkan mereka mengadu domba .

PAN ditubuhkan atas alasan fitnah kononnya PAS nak bergabung dgn BN.. Dalam keadaan BN lemah dgn pelbagai isu n peluang ke Putrajaya semakin luas tiba2 DAP menyerang PAS dgn isu hudud.. DAP dgn keras n tegas menolak hudud yg diperjuangkan PAS.. Sedangkan PAS berulang kali menyatakan hudud hanya utk org Islam n tidak kena mengena dgn non Muslim.. Malah PAS bukan nak laksanakan hudud serta merta tetapi berperingkat n berhemah.. Malangnya ada sebahagian yg bersetuju dgn DAP.. Mereka yakin tanpa DAP jln ke Putrajaya semakin jauh.. Mereka tak yakin PAS bole menang jika bertegas ingin melaksanakan hudud.. Menang dulu baru fikir nak laksanakan hudud.. Lalu mereka cuba menguasai PAS tapi gagal.. Lahirlah Pan yg bersetuju bersama DAP PKR n madey utk ke Putrajaya.. Mereka cipta fitnah utk menjustifikasikan tindakan mereka.

Akhirnya PAN hanya jadi parti tunggangan dlm PH.. Dapatkah Pan yg mengaku parti Islam melaksanakan Islam di Bwh madey n DAP??  Di dlm PAN ada IKRAM  yg kononnya cabang ikhwan hanya menjadi balaci parti sekular liberal dlm PH.. Suara ISLAM ditenggelamkan dlm PH dgn retorik Kebebasan bersuara, utk rakyat, kleptokrasi dll slogan ciptaan Zionist utk menarik umat Islam bersama mereka. Akhirnya ternyata mereka hanya diperkudakan oleh puak2 sekular ini. Malah ada yg lebih sekular n liberal.

PAS tetap istiqamah dgn ISLAM.. Walau difitnah oleh BN n PH tetapi PAS tetap jelas n tegas dgn dasar ISLAM.. Sebaliknya mereka yg dikata profesional diperkudakan oleh puak sekular utk menentang PAS.. Apakah mereka belum sedar lagi diperkudakan?  Kepada seluruh umat Islam terutamanya..Sedarlah permainan musuh Islam.. Jgn  menjadi kuda tunggangan puak sekular kapitalis yg memperhambakan rakyat.. Yakinlah dgn ISLAM.. Kita mulia dgn ISLAM kita hina jika meninggalkan ISLAM. Hanya ISLAM Sejahtera Untuk semua.

FASTAQIM
# UP

Sabtu, 20 Januari 2018

Amal Soleh Untuk Menghilangkan Kerugian Hidup

TUAN GURU HASHIM JASIN  
17 JANUARY 2018

HAKIKAT bahawa seluruh manusia hidup dalam kerugian adalah tidak dapat ditolak, apabila mereka tidak mencapai tujuan penciptaannya. Sememangnya, manusia adalah dijadikan oleh Allah dengan tujuan dan sebab, bukannya secara sia-sia sahaja. 

Al-Quran telah menggariskan lima tujuan kejadian manusia iaitu sebagai hamba yang beribadat kepada Allah, khalifah yang menegak hukum Allah, penanggung amanah dalam menjalankan perintah Allah, pemakmur dunia dengan agama Allah dan penerima ujian terhadap perintah, larangan dan takdir Allah.

Al-Quran menjelaskan kepada kita bahawa seluruh kemuliaan manusia sebagai makhluk terbaik akan menggelungsur jatuh ke tempat yang sehina-hinanya apabila mereka tidak mentaati perintah Allah. Allah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah" (Surah at-Tiin: 4-5). 

Dalam Surah al- Asr ayat 1-2, Allah menjelaskan "Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian."

Kehidupan dan perjuangan manusia yang tidak berteraskan keimanan kepada Allah dan tidak beramal dengan Islam akan menjadi sia-sia, bahkan merugikan seluruh masa, tenaga dan harta benda yang dihabiskan sepanjang hidupnya. Pada hari ini, begitu banyak kelompok dan kumpulan yang bergerak atas nama bangsa, ideologi dan agenda-agenda yang tidak menuju kepada keredhaan Allah, pasti perjuangan mereka berakhir dengan kerugian dan penyesalan. 

Kerana Allah sekali-kali tidak akan menerima amal yang dibangunkan selain atas nama Islam. Apabila Allah tidak mempertimbangkan seluruh amal sepanjang hidup kita di akhirat kelak, ertinya kita telah mengalami kerugian yang sangat disesalkan.

Bagaimanakah kita mengelakkan kerugian dan penyesalan ini? Hanya satu pilihan sahaja! Iaitu dengan beriman dan beramal dengan amal yang soleh. Apabila kita telah percaya terhadap ketuhanan Allah sebagai Tuhan yang selayaknya disembah oleh makhluk-Nya, ertinya kita telah membina keimanan yang benar. Tetapi ia tidak memadai sehingga kita beramal dengan Islam. 

Beramal dengan Islam ertinya kita melaksanakan seluruh perintah dan meninggalkan larangan yang terdapat dalam hukum syariat yang diturunkan oleh Allah. Bahkan, apabila kita hanya menerima Islam sahaja sebagai sistem hidup, sewajarnya kita menolak apa sahaja yang selain daripada Islam, barulah kita boleh dianggap telah beramal dengan Islam secara sempurna.

Amal yang dibina dalam setiap aspek kehidupan setelah seseorang itu beriman kepada Allah belum juga boleh dianggap sebagai telah mencapai darjat amal soleh sekiranya ia tidak memenuhi syarat-syarat sesuatu amal soleh. 

Apa jua amal kebaikan yang dilakukan oleh manusia hanya dikirakan sebagai amal soleh apabila memenuhi tiga syarat iaitu pertama, amal yang dibina di atas keimanan kepada Allah. Amal yang dibuat tanpa iman, adalah amal yang sia-sia dan tidak membawa manfaat di hari akhirat. 

Kedua, semua amal yang dilakukan mestilah mengikuti apa yang diajar atau ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. Mengadakan sesuatu yang baharu dalam aqidah dan ibadat adalah menyesatkan. Begitu juga dalam soal kehidupan seharian, Islam telah menggariskan prinsip yang jelas untuk memandu manusia. Para ulama berijtihad mengeluarkan hukum, termasuk hukum-hukum semasa berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Kehidupan yang tidak berpandukan apa yang ditunjukan oleh Nabi S.A.W akan menyebabkan manusia mengikuti hawa nafsu, lalu menyia-nyiakan amalnya.

Ketiga, amal yang dibuat di atas iman dan mengikuti petunjuk Nabi S.A.W mestilah dibuat semata-mata kerana Allah. Dalam kata lain, amal yang tidak diikhlaskan kepada Allah tidak boleh dikatakan sebagai amal soleh. Kebaikan yang dibuat dengan tujuan mencari nama, mendapat habuan dunia, mengharapkan puji-pujian dan seumpamanya akan menghancurkan nilai kebaikan tersebut. Gejala-gejala seperti riak, takabbur, sum'ah, ujub dan lain-lain yang menjadi penyakit hati ini, berperanan merosakkan keikhlasan amal kita. 

Gabungan tiga aspek inilah yang melahirkan amal soleh dalam hidup manusia. Lalu ia menjadi bekalan bagi kehidupan kita di akhirat. Inilah yang disebut oleh Allah yang bermaksud, "(Manusia menjadi hina) kecuali orang-orang yang beriman dan beramal dengan amal yang soleh" (Surah at-Tiin: 6)

Apabila kita telah dapat memandu hidup kita berdasarkan keimanan dan beramal dengan amal yang soleh ini, barulah dapat membina kehidupan yang beruntung dan berjaya di dunia dan akhirat. Seluruh keyakinan, ibadat, kehidupan dan perjuangan yang tidak dilandaskan di atas dasar ini adalah sia-sia dan merugikan. 

Tidak ada seorang pun dapat mencapai kemenangan di akhirat sekiranya mereka tidak menutupi ruang-ruang kerugian ini dengan amal yang soleh sesudah mereka beriman. Apalah ertinya kita berpenat lelah dalam perjuangan atau dapat mencapai tujuan perjuangan di dunia yang sementara tanpa iman dan kesolehan amal, kerana ia adalah penyesalan di hari akhirat. Inilah hakikat sebenar perjuangan PAS.

HAJI HASHIM JASIN
Mursyidul Am PAS

#HARAKAHDAILY 17/1/2018

Khamis, 11 Januari 2018

Al-Qur’an  Dan  Kehidupan  Manusia

Oleh: Ust. Romli Sy-Zain

 Al-Qur’an adalah kitab Allah terakhir yang diwahyukan kepada Nabi terakhir, Muhammad Saw. Kitab ini diturunkan sebagai pedoman hidup bagi umat manusia sepanjang masa. Ia memberikan pedoman hidup dalam bidang akidah, ibadah, dan muamalah atau pembinaan kemasyarakatan dan pengelolaan dunia. Dengan berpedoman kepada Al-Qur’an, manusia dijamin memperoleh kesejahteraan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

 Al-Qur’an memberikan petunjuk kepada manusia untuk menjalani hidup secara tepat sesuai dengan kedudukannya sebagai makhluk ciptaan Allah yang pada akhirnya akan kembali kepada-Nya serta memetik hasil perbuatan yang dilakukan selama hidup di dunia. Perbuatan yang baik akan membuahkan hasil yang baik, dan perbuatan yang buruk akan menghasilkan hasil yang buruk pula.

 Al-Qur’an sebagai petunjuk

 Kedudukan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia adalah sangat wajar mengingat manusia adalah ciptaan Allah, dan sudah sepantasnya bila Allah memberikan pedoman melalui Al-Qur’an yang menunjukkan jalan terbaik bagi hidup

Manusia adalah perangkat yang sangat canggih yang telah diciptakan oleh Zat Yang Maha Pencipta lagi Maha Kuasa. Sedemikian rumitnya struktur tubuh dan jiwa kita sehingga kita tidak mampu mengenali hakikat diri kita sendiri, juga jalan kebahagiaan kita. Dari satu sisi, apakah kita ini lebih kecil dibanding dengan lemari es dan televisi, yang para perancang dan penciptanya berkewajiban menyertakan buku petunjuknya, sedangkan Pencipta kita tidak perlu menyajikan sebuah buku petunjuk kecil untuk kita?!!  Apakah kita tidak memerlukan buku petunjuk, yang menjelaskan keistimewaan-keistimewaan tubuh dan jiwa manusia, yang menerangkan segala kemampuan dan potensi-potensi yang telah diciptakan dalam wujudnya, dan menyebutkan cara-cara yang benar dalam penggunaan semua itu?

Yang lebih penting dari semuanya ialah apakah kita tidak membutuhkan penjelasan tentang bahaya-bahaya yang mengancam tubuh dan jiwa manusia, serta sumber-sumber kebinasaan dan kesengsaraannya secara terperinci? Dapatkah diterima, Allah yang menciptakan kita atas dasar rahmat dan mahabbah, lalu melepaskan kita begitu saja tanpa menerangkan jalan kebahagiaan dan cara mencapai kesejahteraan bagi kita?

Semua pertanyaan-pertanyaan tersebut terjawab dengan diturunkannya al-Qur’an oleh Sang Pencipta manusia, Allah SWT. Al-Quran adalah ibarat sebuah buku petunjuk tentang manusia yang Allah kirimkan kepada kita semua.

Di dalam kitab petunjuk inilah Allah Swt menerangkan jalan kebahagiaan dan kesejahteraan, juga faktor-faktor kebinasaan dan kesengsaraan manusia. Hubungan baik kekeluargaan dan kemasyarakatan, masalah-masalah hukum dan akhlak, keperluan-keperluan jiwa dan raga, tugas-tugas individu dan sosial, adat istiadat yang benar dan yang menyimpang di dalam masyarakat manusia, perintah-perintah dan undang-undang keuangan serta perekonomian, dan berbagai topik lain yang berperan di dalam kebaikan atau kerusakan individu dan masyarakat, semua ini dijelaskan di dalam Kitab ini.

 Meskipun di dalam Al-Quran disebutkan juga kisah-kisah tentang kaum-kaum terdahulu, berbagai peristiwa peperangan dan pertempuran, sejarah kehidupan manusia-manusia, baik lelaki maupun perempuan, namun Al-Quran bukanlah sebuah buku cerita, melainkan kitab pelajaran bagi kehidupan kita saat ini. Oleh karena itu nama kitab ialah Al-Quran yang berarti bacaan. Sebuah kitab yang harus dibaca; hanya saja bukan sekedar dibaca dengan lidah, sebagaimana kitab pelajaran di sekolah-sekolah dasar. Ia adalah Kitab yang harus dibaca disertai dengan tafakkur dan tadabbur atau penghayatan, sebagaimana yang diminta oleh Al-Quran itu sendiri.  Allah Swt berfirman:

 Alif laam miim. Kitab (al-Qur’an) ini tidak ada keraguan di dalamnya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (QS. Al-Baqarah [2]: 1-2).

 Dalam ayat ini,  yang merupakan salah satu ayat pertama di dalam al-Qur’an, Allah Swt menerangkan bahwa Al-Qur’an adalah petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. Kepentingan peranan “petunjuk” yang dimainkan oleh al-Qur’an dapat kita umpamakan sebagai seseorang yang tersesat dan mencari-cari jalan di dalam kesesakan sebuah kota. Di kota itu terdapat pelbagai jalan,  yang mudah dan sukar, ada yang pendek dan panjang,,yang lurus dan berliku-liku, ada yang aman dan  juga yang berbahaya.

 Maka dalam keragaman jalan tersebut, dia sangat memerlukan petunjuk yang dapat menunjuknya jalan yang paling mudah, singkat, lurus dan aman. Yang penting ia menunjuk kepada jalan yang dapat membawa kepada tujuan yang sebenarnya.

 Demikianlah peranan Al-Qur’an, ia adalah petunjuk yang akan menunjukkan kita ke jalan yang mudah, singkat, lurus dan selamat dari segala kesesatan, dan liku-liku kehidupan. Tanpa petunjuk al-Qur’an, kita dapat  mudah tersesat ke pelbagai jalan yang lain.

 Perhatikan kembali ayat di atas, Allah menerangkan bahwa Al-Qur’an adalah petunjuk bagi “orang-orang yang bertaqwa”. Secara sederhana, taqwa dapat diartikan takut kepada Allah Swt.

 Tapi takut yang dimaksud di sini bukan seperti takut terhadap binatang buas dan sebagainya. Takut kepada Allah tidak dalam pengertian takut yang menyebabkan kita menjauhi-Nya. Sebaliknya, takut kepada Allah yang dimaksudkan adalah rasa takut yang menyebabkan kita menghampiri-Nya dengan mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, berusaha mencari keridhaan-Nya dan menjauhi kemurkaan-Nya. Semua ini dapat kita capai apabila kita jadikan al-Qur’an sebagai petunjuk.

 Al-Qur’an sebagai cahaya

 “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mu’jizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (al-Qur’an). (QS. An-Nisa’ [4]:174)

 Sebelum al-Qur’an diturunkan, umat manusia digambarkan berada dalam kegelapan, yaitu kegelapan jati diri kemanuasiaannnya, ketidak jelasan tujuan hidup, kerusakan tradisi dan adat istiadat, serta penghambaan yang sesat.

 Lalu Al-Qur’an diturunkan oleh Allah untuk menerangi dan membebaskan manusia dari seghala kegelapan tersebut. Allah Swt berfirman:

 “Dialah yang menurunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat yang terang (al-Qur’an) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya.Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Penyantun lagi Maha Penyayang terhadapmu. (QS. Al-Hadid [57]: 9)

 Tidak hanya sebagai cahaya, Al-Qur’an juga lebih jauh menguraikan petunjuk ke jalan yang paling benar, lurus, serta cara yang paling tepat untuk meraih keselamatan dan kesejahteraan di dunia maupun di akhirat. Dalam Al-Qur’an, Allah menegaskan:

 “Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus. (QS. Al-Maidah [5]:15-16)

 
Kegelapan adalah suasana kehidupan yang tidak menentu, tidak terarah dan tidak terurus. Orang yang tersesat dalam kegelapan seumpama orang yang berjalan tidak menentu di dalam ruang yang gelap tanpa mengetahui arah tujuannya, meraba kesana kemari tanpa tahu apa yang dicarinya dan tak dapat membedakan mana yang bermanfaat dan tidak untuk dirinya. Al-Qur’an adalah cahaya yang menerangi sehingga orang yang menggunakan “cahaya” al-Qur’an sebagai petunjuk akan memiliki kehidupan yang lurus dan terarah.

 
Al-Qur’an  sebagai pembeda kebenaran dan kesesatan”

 “Bulan Ramadhan bulan yang didalamnya diturunkan sebagai petunjuk dan penjelasan-penjelasan mengenai pembeda (antara yang hak dan yang bathil). (QS. al-Baqarah [2]:185]

 Salah satu persoalan pokok yang selalu menghiasi kehidupan kita sebagai manusia adalah pertanyaan tentang mana yang benar dan mana yang salah, mana yang hak dan mana yang bathil, mana yang baik, mana yang buruk, mana jalan kebenaran dan mana jalan kesesatan.

 Lebih jauh lagi adalah bagaimana membedakan dua hal yang bertentangan tersebut. Tentu saja, jawaban dari semua pertanyaan-pertanyaan tersebut hanya dapat ditemukan dalam Al-Qur’an. Ia tidak hanya menunjukkan manusia ke jalan kebenaran, tapi juga menjelaskan kaidah-kaidah untuk membedakan suatu hal yang benar dan yang salah. Hal ini ditegaskan Allah dalam ayat yang lain:

 “Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS an-Nisa’ [4]: 59)

 Al-Qur’an sebagai “ruh” kehidupan

 Allah Swt berfirman:

 “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu “ruh” (al-Qur’an) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al-Kitab (al-Qur’an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan al-Qur’an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. (QS. as-Syura [42]: 52)

 Terdapat beberapa penafsiran terhadap perkataan “ruh” dalam ayat di atas. Kebanyakan ulama menafsirkannya sebagai sesuatu yang memberi kehidupan kepada rohani manusia. Sebagaimana diketahui bahwa manusia terbagi kepada dua unsur, jasmani dan rohani. Jika yang menghidupkan jasmani adalah perkara-perkara materialistik maka yang menghidupkan rohaninya adalah al-Qur’an. Jika yang mengobati penyakit jasmani adalah obat-obatan, maka yang menyembuhkan penyakit rohani adalah al-Qur’an. Hal ini juga ditegaskan dalam ayat lain:

 “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.  (QS. Yunus [10]: 57)

 Rohani yang hidup dan sehat adalah sesuatu yang dicari-cari oleh manusia masa kini. Setelah sekian lama memberi tumpuan kepada kehidupan jasmani, mereka sadar bahwa ia sebenarnya tidak memberi kehidupan kepada rohani. Tanpa rohani yang hidup dan sehat, jasmani terasa sakit, bahkan seolah-olah mati, sekalipun ia dihiasi dengan pelbagai keindahan materialistik.

 Untuk menyembuhkan dan menghidupkan rohani, manusia menciptakan berbagai jenis cara dan metode. Namun setiap metode yang mereka ciptakan memiliki pelbagai kekurangan di dalamnya. Sebuah metode boleh jadi bermanfaat untuk sebagian individu tetapi tidak kepada yang lain, berhasil untuk suatu keadaan tetapi tidak untuk yang lain, dan berfungsi untuk satu masa waktu tertentu, tapi tidak berlangsung secara terus-menerus. Terlebih lagi, umumnya, setiap metode yang diciptakan manusia menggunakan prinsip “coba dan salah” (trial and error).

 Selain itu, metode-metode ciptaan manusia tersebut adakalanya diciptakan semata-mata karena mencari kedudukan duniawi dan berorientasi kepada nilai materialistik semata-mata. Seperti bila seseorang yang berhasil mencipkan sebuah metode penyembuhan rohani, maka dia akan terkenal dan menjadi tumpuan orang banyak. Fenomena semacam ini banyak kita temukan pada berbagai praktek penyembuhan rohani (healing of the soul) yang bertebaran di masa kini. Orang-orang akan merujuk kepada “guru” aliran tersebut, menyerahkan diri kepadanya, menyanjungnya serta menghadiahinya dengan pelbagai gemerlap materialistik.

 Faktor utama yang menyebabkan kekurangan ini karena yang menciptakan metode-metode tersebut adalah manusia itu sendiri yang belum tentu sehat rohaninya. Jadi satu-satunya “obat mujarab” untuk menyembuhkan penyakit rohani adalah yang berasal dari Sang Pencipta rohani itu sendiri, yaitu al-Qur’an. Hanya dengan al-Qur’an, rohani manusia akan hidup dan terus hidup dengan sehat.

 Al-Qur’an sebagai kunci kemuliaan

 Allah Swt berfirman:

“Sesungguhnya telah kami turunkan kepada kamu sebuah kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu (dzikr). Maka apakah kamu tiada memahaminya. (QS. al-Anbiya’ [21]: 10)

 “Dan sesungguhnya al-Qur’an itu benar-benar adalah suatu kemuliaan besar (dzikr) bagimu dan bagi kaummu dan kelak kamu akan diminta pertanggungan jawab. (QS. az-Zukhruf  [43]:44)

 Perkataan dzikr dalam kedua ayat di atas ditafsirkan oleh ‘Abd Allah ibn ‘Abbas ra.  sebagai “kemuliaan” dan ini sepakati oleh al-Imam Ibn Jarir al-Tabari. Berdasarkan dua ayat di atas, kita dapat memahami dengan jelas bahwa al-Qur’an adalah kunci menuju kemuliaan.

 Ini terbukti melalui sejarah bangsa Arab di mana sebelum diturunkan al-Qur’an, mereka adalah satu bangsa yang hina dan tidak dikenal oleh dunia.

 Akan tetapi setelah Al-Qur’an diturunkan, mereka berpegang dan mempraktikkan seluruh ajarannya sehingga mereka bangkit menjadi bangsa yang mulia, mengalahkan bangsa-bangsa besar lainnya, terutama Romawi dan Persia, dua kekuasaan raksasa pada saat itu.

 Dan ketika Islam berkembang meluas ke bangsa-bangsa yang lain, bangsa-bangsa itupun turut berpegang teguh kepada ajaran al-Qur’an dan mempraktikkannya dalam seluruh urusan kehidupan. Karena itulah, akhirnya mereka – yakni umat Islam – berhasil bangkit menjadi umat yang mulia dari belahan Timur hingga Barat. Umat Islam menjadi umat yang disegani, dihormati dan diteladani.

 Namun sayang sekali, beberapa abad kemudian umat Islam mulai mengabaikan ajaran al-Qur’an dan menoleh kepada ajaran-ajaran yang lain. Karena sikap inilah keadaan mereka berubah ke arah kemunduran sebagaimana yang dapat diperhatikan sekarang ini. Jadi benar apa yang disabdakan Rasulullah Saw:

 “Sesungguhnya Allah mengangkat kedudukan satu kaum dengan kitab ini (al-Qur’an) dan merendahkan kedudukan satu kaum yang lain karenanya.” (HR. Muslim)

 Maksudnya, seseorang itu akan dapat memperoleh kemuliaan jika dia mengamalkan al-Qur’an dan memperoleh kehinaan jika dia mengabaikannya.

 Sesuatu yang lebih menyedihkan, umat Islam masa kini bukan saja mengabaikan al-Qur’an sebagai kunci kejayaan, tetapi mereka mencari kunci tersebut dari orang-orang bukan Islam. Banyak Umat Islam masa kini mencari kemuliaan di sisi orang bukan Islam. Mereka meniru bulat-bulat apa saja yang berasal dari selain Islam, bahkan menggunakan skala ukuran orang bukan Islam untuk menilai dan membedakan antara kemuliaan dan kehinaan. Mereka lupa atau tidak tahu bahwa skala ukuran yang sejati bagi kemuliaan ialah apa yang ada di sisi Allah Swt. Dalam al-Qur’an dinyatakan:

 Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah kemuliaan itu semuanya. [QS. Fathir [35]:10)

 Dan kemuliaan yang semestinya diraih adalah kemuliaan yang dicapai melalui pengamalan terhadap al-Qur’an. Rasulullah Saw. menerangkan bahwa:

 “Sesungguhnya Allah memiliki manusia-manusia yang sangat istimewa.” Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Siapakah mereka?” Rasulullah menjawab: “Mereka adalah Ahli al-Qur’an, merekalah orang yang istimewa di sisi Allah dan khusus di sisi-Nya.” (HR. Ibnu Majah)

 Adapun menjadikan orang bukan Islam sebagai kunci dan skala kemuliaan, maka sikap tersebut merupakan salah satu dari ciri-ciri munafik yang wajib dihindari. Allah Swt telah mengingatkan melalui firman-Nya dalam al-Qur’an:

 “(yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih. dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kemuliaan di sisi orang kafir itu Maka sesungguhnya semua kemuliaan kepunyaan Allah. (QS. an-Nisa’ [4]: 138-139)

 Demikianlah, uraian di atas sekedar pengantar untuk memberikan gambaran betapa pentingnya al-Qur’an dalam kehidupan kita sebagai manusia. Bila tujuan manusia yang sebenarnya adalah meraih kesejahteraan dan kebahagiaan baik di dunia maupun di akhirat, maka Allah telah menurunkan al-Qur’an sebagai petunjuk dan penuntun manusia guna meraih tujuan tersebut.

 Berinteraksi dengan al-Qur’an

 Alhamdulillah, hingga saat ini, mayoritas umat Islam menghormati al-Qur’an sebagai sebuah kitab suci. Namun patut menjadi perhatian dan bahkan keprihatinan kita karena penghormatan yang ditunjukkan tersebut tidak disertai dengan ketekunan untuk menelaah dan mempelajarinya, apalagi mempraktekkan dan mengamalkan ajaran-ajarannya. Sejak kecil kita diajar untuk menghormati al-Qur’an semata-mata karena ia adalah al-Qur’an, bukan kerana pengetahuan tentang apakah al-Qur’an dan peranannya kepada kita sebagai seorang Muslim. Sekali mengamalkan al-Qur’an, yang diamalkan bukanlah ajarannya tetapi ayat-ayatnya yang diperalat untuk tujuan tertentu seperti hiasan dalam rumah, menghalau gangguan makhluk ghaib, melariskan dagangan, menyembuhkan penyakit, lulus ujian, memagari rumah dan sebagainya.

 Tentu saja hal-hal tersebut tidak keliru sebagai bagian dari bentuk penghormatan terhadap al-Qur’an. Hanya saja, bila penghormatan terhadap al-Qur’an diwujudkan dalam bentuk menelaah dan kemudian mengamalkan kandungannya, tentu al-Qur’an akan tampil lebih bermakna dan bermanfaat untuk kehidupan kita semua. Lebih dari itu, dengan menelaah dan mempraktikkan kandungan al-Qur’an, kita sesungguhnya telah mencapai tujuan asal al-Qur’an diturunkan oleh Allah Swt.

 Para ulama telah menjelaskan bahwa prinsip-prinsip yang harus dipegang teguh oleh seorang muslim dalam berinteraksi dengan al-Qur’an adalah:

 memuliakan dan menghormati al-Qur’anmembaca dan merenungkan maknanyamenghafalkannyamenelaah dan memahami kandungannya mengamalkan dan mempraktikkan ajaran-ajarannya dalam seluruh dimensi kehidupan.

 Jika seorang muslim mampu menjalankan kelima hal tersebut dalam kehidupannya, maka ia termasuk di antara manusia yang paling istimewa di sisi Allah Swt. Semoga kita semua di berikan kekuatan dan kemampuan dalam melaksanakan kelima hal di atas, sehingga kita betul-betul dapat mewujudkan cahaya al-Qur’an di seluruh lini kehidupan kita. Amin.

 Wallâhu a’lam.

Rabu, 10 Januari 2018

Nikmat Allah yang Harus Kita Syukuri

Dalam hidup ini, seharusnya kita banyak-banyak bersyukur atas apa yang telah kita terima dan rasakan. Bersyukur atas semua yang dilimpahkan oleh Allah SWT kepada kita adalah wajib. Karena dengan bersyukur, jiwa kita akan tenang dan nikmat yang kita terima dan rasakan akan semakin memberi berkah dalam hidup kita.

Bukankah Allah telah berfirman dalam Al-qur'anul Karim dalam surah Ibrahim sebagai berikut:

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih“. 
(QS. Ibrahim [14]: 7)

Ada banyak cara untuk bersyukur atas nikmat Allah kepada kita. Misalnya bagaimana kita mensyukuri rezeki yang dilimpahkan kepada kita? salah satu adalah dengan menafkahkan harta kita kejalan yang benar, berzakat, ber infak, sedekah dll yang diridhoi oleh Allah. 

Jika kita diberi kesehatan, syukurilah dengan menjaga kesehatan, menjaga badan serta anggota tubuh dari hal-hal yang bisa merugikah badan atau tubuh kita sendiri.

Secara garis besar, ada lima nikmat Allah SWT yang harus kita syukuri. Diantaranya adalah sebagai berikut:

1. Nikmat Fitriyah.
Nikmat Fitriyah adalah nikmat yang ada pada diri kita atau personal kita. Misal: Allah memberikan kita hidup ini, tangan, kaki, wajah yang menawan, mata, telinga dan anggota tubuh yang lain. Ini wajib kita syukuri. Dan janganlah angkuh seandainya kita diberikan rupa yang menarik. Syukurilah bahwa itu nikat yang diberikan oleh Allah semata-mata untuk hak-hal kebaikan.

2. Nikmat Ikhtiyariyah.
Nikmat ini berupa nikmat yang kita peroleh atas usaha kita. Misalnya: Harta yang banyak, Kedudukan yang tinggi, Ilmu yang banyak, Pengaruh yang besar, Posisi, Jabatan, Tanah, Mobil dan lain-lain yang kita peroleh atas usaha kita. Nikmat ini harus kita syukuri. Sedekahkan harta yang kita miliki dan pergunakan ke jalan yang diridhoi Allah. Jika menjadi pemimpin dengan jabatan yang tinggi, jangan kita salah gunakan jabatan tersebut, karena itu semua akan dimintai pertanggungjawaban oleh Allah SWT.

3. Nikmat Alamah.
Nikmat alam sekitar kita. Kita tidak bisa hidup jika Allah tidak memberikan nikmat alamiah ini. Misalnya: Air, Udara, Tanah dan lain-lain. Mari kita syukuri semua ini dengan menjaga alam ini dari kerusakan. Menjaga udara dari pencemaran, banyak-banyak menanam pohon dan lain-lain.

4. Nikmat Diiniyah.
Nikmat Diiniyah adalah nikmat Agama Islam. Nikmat Iman. Bayangkan jika kita terlahir bukan dari rahim seorang muslimah? Mungkin saat ini kita menjadi kafir. Maka syukurilah nikmat-nikmat diin yang diberikan Allah kepada kita dengan menjalankan perintah-perintah agama serta menjauhi larangan Allah SWT.

5. Nikmat Ukhrowiyah.
Nikmat Ukhrowi adalah nikmat akhirat. Nikamt inilah yang akan kita petik nanti jika telah dihisab di yaumil mahsyar. Nikmat ini tergantung dari apa yang kita perbuat didunia ini. Jika semua nikmat diatas telah kita terima dan kita syukuri dengan baik, maka nikmat ukhrowi ini yang akan kita dapatkan dan rasakan jika nanti sudah di alam akhirat.

Harus kita sadari bahwa hidup didunia ini hanyalah sementara. Ada batas waktu yang telah ditentukan Allah dan jika telah tiba waktunya kita semua akan mati. Begitu juga nikmat yang diberikan Allah adalah bukan milik kita melainkan titpan semata. Maka sudah sepantasnyalah kita menjaga dan bersyukur atas "titipan" itu karena suatu saat itu semua akan dikembalikan kepada Allah SWT.

Demikianlah secuil bahasan kita tentang semua nikmat Allah yang harus kita syukuri. Semoga memberikan manfaat dan mohon maaf jika ada kesalahan dan kekurangan. Billahi taufik wal hidayah.

Jumaat, 5 Januari 2018

Dakwah Bukan Tugas Ustaz Sahaja?

Sering kali aku mendengar alasan orang yang tidak ingin membuat dakwah. Ada yang kata “saya ni tiada ilmu, macamana nak buat dakwah?” Lagi “saya ni bukanlah ustaz, takkan saya nak wat dakwah?” lagi dan lagi “boleh ke saya dakwahkan kepada orang lain sedangkan saya sendiri tidak mengamalkannya?” Emmm macam-macamlah lagi soalan yang biasa diajukan oleh kengkawan yang tidak mahu lakukan kerja dakwah.

Sebenarnya, apabila sebut je perkataan dakwah, yang terlintas di kotak pemikiran kita bagi perkataan ini adalah seorang yang mempunyai ilmu agama atau dipanggil ustaz memberikan ucapan atau memperkatakan serta mengajarkan kepada khalayaknya berkenaan dengan Islam.

Bentuk gambaran macam ni telah membuatkan kerja dakwah seolah-olah hanya dimiliki oleh golongan yang mempunyai ilmu agama semata-mata. Hakikatnya, pemikiran dan tanggapan ini amat jauh sekali dan langsung tidak menepati roh dan semangat dakwah itu sendiri.

Sebenarnya kerja dakwah yang mulia ini merupakan tugas yang sepatutnya bukan dipikul oleh golongan ustaz sahaja bahkan terpikul di atas bahu kesemua umat Islam yang mesyahadahkan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah. 

Jika kita membuka dan menyorot isi kandungan al-Quran, terdapat banyak sekali nas yang menyentuh persoalan dakwah serta tanggungjawab umat Islam dalam menjayakannya. 

Firman Allah s.w.t kepada Rasul s.a.w : 

“Katakanlah, inilah jalanku iaitu aku menyeru kepada Allah s.w.t dengan penuh kebijaksanaan dan orang-orang yang mengikutiku, mereka juga (menyeru kepada Allah s.w.t)” (Yusuf: 108)

Jelaslah bahawa jika kita ini pengikut nabi Muhammad s.a.w maka hendaklah kita semua orang Islam untuk melaksanakan kerja dakwah.

Antaranya lagi firman Allah yang mafhumnya:

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (Ali-Imran: 104)

Daripada ayat ini, amat jelas kepada kita satu perintah Allah supaya umat Islam membentuk diri mereka dan menjadi umat atau kelompok manusia yang sentiasa menyeru kepada kebaikan iaitu Islam, menyuruh melakukan yang makruf dan mencegah dari berlakunya kemungkaran. 

Satu persoalan yang patut diambik dengan teliti oleh umat Islam bahwa penglibatan dalam dakwah sebenarnya mempunyai hubungkait yang rapat dengan menifestasi kepada keunggulan iman kepada Allah dan ketinggian kedudukannya disisi Allah.

Dakwah yang dirintis oleh seorang Muslim bukan sahaja satu usaha untuk menyampaikan risalah Islam kepada khalayak bahkan merupakan satu terjemahan yang jelas terhadap ketinggian keimanan seseorang itu kepada Allah s.w.t.

Persoalan inilah yang pernah dititipkan oleh Rasul pembawa risalah dalam sebuah hadisnya yang sahih lagi masyhur. Sabda Nabi s.a.w yang mafhumnya:

“Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran maka ubahlah ia dengan tangannya (kuasa yang ada pada seseorang) jika dia tidak mampu maka ubahlah ia dengan lidahmu, jika dia tidak mampu maka gunakanlah hatinya (dalam membenci dan tidak meredai berlakunya kemungkaran itu) dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis secara literalnya mengungkapkan persoalan tentang langkah-langkah yang patut diambil seorang muslim itu dalam usahanya mencegah kemungkaran. Tetapi di sebalik mafhumnya yang mendasar diungkapkan persoalan Iman yang mempunyai konotasi yang rapat dengan dakwah. 

Kita patut risau, hari ni ramai umat Islam yang tidak gelisah dan tidak membenci apabila perkara kemungkaran berlaku di depan mata atau tempat lain. Benci pun tidak, malah orang sekarang tiada rasa malu bila lakukan atau tengok perkara mungkar. Bukan setakat nak benci dan malu tetapi amat malang sekali jika aku katakan orang hari ni amat berbangga-bangga melakukan kemungkaran. Ya Allah, ampunkan dosa umat ini. Uhukkk..

Hari demi hari, keadaan umat dilihat tidak menampakkan kemajuan dari segi penghayatan agamanya yang mengundang kekhuatiran dan kebimbangan kepada mereka yang sentiasa mengambil berat nasib umat ini.

Gejala-gejala yang entah dari mana datangnya menjadi amalan harian para remaja kita. Budaya hedonisme yang melampau seolah-olah umat ini tidak memikirkan kematian selepas kehidupannya. 

Gaya hidup manusia yang mendaulatkan materialistik dan bertuhankan hawa nafsu semata-mata telah mencampak jauh prinsip ketauhidan kepada Tuhan yang satu. Apa yang paling membimbangkan rosaknya akidah umat yang membawa kepada kemurtadan yang merupakan jenayah yang paling besar terhadap agama. Ya Allah, ampun dosa umat ini…

Melihat kepada senarai yang panjang ini, membuatkan aku berfikir sendirian, apakah yang telah terjadi kepada umat ini? Di manakah pegangan agama sehingga terjerumus ke dalam kerosakan yang hebat ini dan banyak lagi persoalan-persoalan yang menuntut kita berfikir dan bermuhasabah kembali nasib yang menimpa umat di akhir zaman ini.

Kunci kepada segala permasalahan ini adalah kegagalan SEMUA lapisan umat untuk menghayati ajaran Islam yang sebenar serta kecuaian umat dalam menggalas tugas sebagai daie ilallahpenyeru kepada agama Allah s.w.t.

Kegagalan institusi agama dalam melaksanakan tugasnya serta menyampaikan ajaran Islam yang tulen, kegagalan institusi keluarga dalam mendidik anak-anak dengan acuan Islam. 

Kegagalan institusi masyarakat dalam membimbing masyarakat berpandukan ajaran Islam serta kecuaian pihak-pihak yang berwajib menyediakan persekitaran yang membenihkan rasa keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Maka kegagalan dan kecuaian yang berpunca dari kelesuan dalam menghayati dakwah inilah yang membawa kepada kesan negative kepada umat keseluruhannya.

Oleh yang demikian setiap umat (aku dan korang semua) perlu bangkit dari kelesuan ini. Seterusnya menyusun usaha dalam menghayati dan melaksanakan tugas dakwah berpaksikan kepada kekuatan, kapasiti dan dimensi kemampuan masing-masing.

Apa yang penting, setiap muslim walau apa kedudukan dan gelarannya menjadikan dakwah sebagai agenda hidupnya yang paling penting. Kita bukanlah seorang pelajar, kita bukanlah pensyarah, kita bukanlah penjawat jawatan kerajaan atau swasta, kita bukanlah seorang blogger, kita bukanlah orang melayu, kita bukan juga orang Indonesia, kita bukan orang arab, kita bukan orang india dan bukan dan bukan. Tetapi kita ni umat Nabi s.a.w yang satu telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Daei ilallah.

Semangat dan roh dakwah seperti inilah yang telah menyerap dalam urat nadi dan hembusan nafas generasi awal Islam hasil didikan langsung yang diterima dari Rasulullah s.a.w. Mereka menjadi umat yang terbaik dalam sejarah umat manusia di atas keimanan yang teguh berserta ketinggian penghayatan mereka terhadap dakwah dan risalah nabawi.

Akhirnya marilah kita merenungi firman Allah yang bermaksud:

“Telah dilaknat orang-orang kafir dari bani Israil di atas lidah Daud dan Isa bin Maryam yang disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat, sesungguhnya amat buruk apa yang selalu mereka perbuat.” (Al-Maidah: 78-79)

Cukuplah ayat Allah ini menjadi satu ancaman kepada lantas mengingatkan kita akan peri pentingnya menjalankan usaha dakwah dan tidak mencuaikannya agar kita sentiasa berada di bawah rahmat Allah yang amat luas dan kita terhindar dari laknat Allah yang amat berat seksanya. 

P/s: Kunci kepada segala permasalahan ini adalah kegagalan SEMUA lapisan umat untuk menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar serta kecuaian umat dalam menggalas tugas sebagai daie ilallah penyeru kepada agama Allah s.w.t.

Tinggalkanlah Puak Munafik dan Puak Kafir

Oleh: Kapten Hafiz Firdaus Abdullah 

Pada kesempatan ini saya ingin berkongsi dan mengupas dua kumpulan ayat bersama para pembaca sekalian. Pertama ialah ayat 68 hingga 70 surah al-An’aam yang diturunkan di Mekah, di mana Allah Subhanahu waTa'ala berfirman:

Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu).

Dan tidak ada tanggungjawab sedikitpun atas orang-orang yang bertakwa terhadap dosa mereka; akan tetapi (kewajiban mereka ialah) mengingatkan agar mereka bertakwa.

Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda-gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan al-Qur'an itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka kerana perbuatannya sendiri. [al-An’aam 6:68-70]

Kedua ialah ayat 140 surah al-Nisa’, di mana Allah Subhanahu waTa'ala berfirman:

Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam al-Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan, maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu tetap bersama mereka), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam. [al-Nisa’ 4:140]

Kedua-dua ayat di atas, meskipun memiliki sedikit perbezaan dalam susunannya, memiliki satu kesamaan yang penting. Kesamaan itu ialah, Allah Subhanahu waTa'ala melarang kita umat Islam daripada bersama beberapa kategori orang. Maksud “bersama” di sini ialah satu keadaan di mana dua atau lebih orang hadir bersama. Ia boleh jadi seorang yang mendengar ucapan DJ di siaran radio, tiga orang yang duduk bersembang di kedai kopi, lima orang yang berforum di internet dan dua puluh orang yang mendengar kuliah di masjid. 

Apakah kategori orang-orang yang Allah larang kita umat Islam daripada bersama dengan mereka? Marilah kita mengupas dengan lebih lanjut.

Orang Yang Mengingkari Ayat-Ayat Allah

Kategori pertama ialah orang yang mengingkari ayat-ayat Allah, yakni al-Qur’an. Kategori ini merujuk kepada orang-orang kafir kerana mereka sememangnya mengingkari al-Qur’an. Kategori ini boleh juga merujuk kepada segelintir orang Islam yang beriman kepada sebahagian ayat-ayat al-Qur’an namun mengingkari sebahagian yang lain. Misalnya mereka beriman kepada ayat yang memerintahkan solat lima kali sehari tetapi mengingkari ayat yang memerintahkan menutup aurat. Mereka beriman kepada ayat yang memerintahkan puasa namun mengingkari ayat yang memerintahkan hukum hudud. 

Apabila orang-orang dalam kategori ini menonjolkan pengingkaran mereka sehingga kita dapat melihat dan mendengarnya, maka Allah melarang kita untuk bersama mereka. Satu contoh ialah makan di restoran yang menghidangkan arak dan para pelanggan juga meminum arak. Meskipun kita ke restoran tersebut untuk makan makanan yang halal dan minum jus buah-buahan, kita tetap dilarang untuk hadir dalam restoran tersebut. 

Berbeza jika kita ke sebuah restoran yang tidak menghidangkan minuman keras. Para pelanggannya makan dan minum seperti biasa. Meskipun mungkin ada di antara pelanggan yang minum arak di rumah, mereka tidak menonjolkannya di restoran tersebut sehingga kita tidak melihat atau mendengarnya. Justeru kita boleh hadir dalam restoran seperti ini.

Orang Yang Memperolok-olokkan Ayat-Ayat Allah.

Perkataan olok-olok dalam ayat-ayat di atas berasal daripada perkataan asal “khaudh”. Secara bahasa ia bermaksud orang yang berjalan di dalam air yang banyak lagi dalam sehingga dia tidak tahu di mana dia berpijak. Boleh jadi dia berpijak atas dasar yang kukuh, boleh jadi dia berpijak atas lubang atau tanah lembut sehingga tergelincir dan jatuh. Berbeza jika dia berjalan di atas tanah, maka dia mengetahui di mana kakinya akan berpijak. [Tafsir al-Sya’rawi, jld. 4, ms. 313 (tafsir ayat 68 surah al-An’aam)]

Justeru ayat-ayat di atas merujuk kepada orang-orang yang membicarakan ayat-ayat al-Qur’an tanpa ilmu, dalil, hujah dan sandaran yang pasti. Dia membicarakan ayat-ayat al-Qur’an berdasarkan tekaan semata-mata, boleh jadi betul dan boleh jadi salah. Orang seperti inilah yang dimaksudkan sebagai memperolok-olokkan al-Qur’an.

Para ahli tafsir, seperti Imam al-Qurtubi dan Imam al-Syaukani ketika menafsirkan ayat-ayat di atas, menyatakan bahawa antara yang dimaksudkan sebagai orang-orang yang memperolok-olokkan al-Qur’an ialah para ahli bid’ah. Mereka membuat pelbagai pemikiran dan amalan yang baru dalam Islam, lalu mereka mencari-cari dan meneka bahawa sekian-sekian ayat al-Qur’an dan hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah hujah bagi rekaan mereka.

Imam al-Syaukani melanjutkan bahawa termasuk memperolok-olokkan al-Qur’an ialah orang-orang yang hanya merujuk kepada pendapat ulama’ dalam mazhab mereka dan mengabaikan al-Qur’an dan hadis. Apabila ada orang lain yang berhujah kepada mereka berdasarkan dalil al-Qur’an dan hadis, mereka meremehkan dalil-dalil tersebut dan tetap mengutamakan pendapat ulama’ pilihan mereka. Pendapat ulama’ boleh jadi betul dan boleh jadi salah sementara dalil al-Qur’an dan hadis adalah betul sentiasa.

Pada masa kini, satu contoh orang yang memperolok-olokkan al-Qur’an ialah orang-orang yang mengajar petua-petua daripada al-Qur’an. Mereka menjadikan sekian-sekian ayat al-Qur’an sebagai tiupan dan jampian bagi mencapai matlamat tertentu. Misalnya ayat 36 surah Ali Imran sebagai ayat pengasih bagi mengeratkan kasih sayang suami isteri dan ayat 1 hingga 11 surah al-Mu’minin bagi menjadi orang yang berjaya. Padahal semua ini adalah tekaan mereka semata-mata, tidak pernah diajar oleh Allah mahupun Rasulullah.

Contoh lain ialah orang-orang yang menyampaikan hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tanpa rujukan dan darjatnya. Mereka menyampaikan hadis-hadis secara teka-teki, boleh jadi berasal daripada Rasulullah, boleh jadi tidak. Boleh jadi darjatnya sahihhasandha’if atau dha’if jiddan,bahkan mungkin palsu. Hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, secara langsung atau tidak langsung, merupakan penjelas kepada al-Qur’an. Memperolok-olokkan hadis bererti memperolok-olokkan al-Qur’an.

Perlu diingatkan bahawa orang-orang yang memperolok-olokkan al-Qur’an tidaklah terhad kepada orang-orang awam sahaja, tetapi merangkumi juga para agamawan yang biasa memberi kuliah di TV dan radio, berceramah-ceramah di masjid dan surau serta menulis buku dan novel agama. Oleh itu para pembaca sekalian hendaklah sentiasa berwaspada kepada kategori ini. Janganlah terpedaya dengan sijil kelulusan, fesyen keagamaan dan kemasyhuran, sebaliknya nilailah berdasarkan nilai ilmiah, dalil dan hujah yang mereka sampaikan.

Orang Yang Menjadikan Agama Sebagai Mainan dan Senda Gurau

Kategori ketiga yang Allah Subhanahu waTa'ala perintahkan untuk kita tinggalkan ialah orang-orang yang menjadikan agama Islam ini sebagai mainan dan senda gurau. Mereka melakukan semua itu kerana telah ditipu oleh kehidupan dunia. Ertinya mereka menjadikan agama Islam sebagai mainan dan senda gurau kerana menginginkan pulangan kebendaan dan kemasyhuran di dunia ini. 

Contoh masa kini ialah tingkah-laku sebahagian agamawan yang apabila berceramah, mereka asyik bermain-main dan bersenda-gurau. Melalui cara ini, mereka akan berjaya menarik minat ramai hadirin. Ramai hadirin bersamaan dengan banyak jemputan ceramah. Banyak jemputan ceramah bersamaan dengan banyak bayaran daripada penganjur ceramah.

Bezakan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sekali-sekala pernah juga berjenaka kepada umat Islam pada zamannya. Namun apa yang lazim lagi menjadi kebiasaan ialah baginda menyampaikan agama secara ilmiah.

Tinggalkan Tiga Kategori Ini

Terhadap tiga kategori orang di atas, baik muslim atau bukan Muslim, baik tokoh agama atau orang awam, Allah Subhanahu waTa'ala memerintahkan kita untuk meninggalkan mereka. Dalam konteks yang lebih luas, jangan hadiri ceramah mereka, jangan menonton siaran TV mereka, jangan mendengar siaran radio mereka, jangan membaca hasil tulisan mereka dan jangan berforum dengan mereka di internet melalui rangkaian-rangkaian sosial.

Perintah ini seterusnya dihalusi kepada beberapa keadaan:

1.Jika terlupa, maka apabila ingat hendaklah segera meninggalkan mereka. Firman Allah:Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu).

 2.Jika benar-benar tidak mampu untuk meninggalkan mereka, maka tidak mengapa. Orang yang terpaksa hadir, tidak ikut sama menanggung dosa. Misalnya apabila pihak majikan mewajibkan staf muslim untuk hadir ke majlis yang di dalamnya dihidangkan arak, maka tidak mengapa dan tidak berdosa jika terpaksa hadir. Inilah maksud firman Allah: Dan tidak ada tanggungjawab sedikitpun atas orang-orang yang bertakwa terhadap dosa mereka…

 3.Jika mampu meninggalkan mereka namun sengaja kekal di dalamnya, maka orang yang hadir dihukum sama seperti orang yang mengingkari atau memperolok-olokkan al-Qur’an. Kehadiran bersama mereka bererti meredhai, mengiktiraf dan membenarkan kesalahan mereka. Firman Allah:Sesungguhnya (kalau kamu tetap bersama mereka), tentulah kamu serupa dengan mereka. 

 Di sini terdapat hujah yang kukuh ke atas orang yang sengaja tetap bersama mereka atas alasan “saya mendengar tetapi tidak mengikutinya” atau “saya membaca tetapi mampu menapis antara benar dan salah”. Ini kerana kerap bersama mereka lambat-laun akan menjadi hati dan pemikiran kita cenderung kepada kesalahan mereka sehingga akhirnya menjadi seperti mereka.

4.Pengecualian diberikan kepada orang yang benar-benar mampu menegur, maka tidak mengapa untuk terus hadir bersama mereka. Melalui kehadirannya, bukti-bukti pengingkaran, perolokkan dan mainan mereka terhadap al-Qur’an dan Islam dapat dikumpul dan dijadikan hujah ketika menegurnya. Firman Allah: Peringatkanlah (mereka) dengan al-Qur'an itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka kerana perbuatannya sendiri.

 Berapa Lama Ditinggalkan?

Di sini timbul persoalan, berapa lamakah sepatutnya kita tinggalkan orang-orang yang mengingkari, memperolok-olok atau mempermainkan al-Qur’an dan Islam?

Jawapannya, selagi mana mereka bertindak sedemikian, selagi itulah kita meninggalkan mereka. Apabila mereka berhenti, maka boleh bersama mereka. Namun hendaklah sentiasa berwaspada seandainya mereka secara halus dan tidak langsung meneruskan tindakan mengingkari, memperolok-olok atau mempermainkan al-Qur’an dan Islam. Firman Allah: …maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain.Firman Allah lagi: …sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain.

Oleh itu apabila surau atau jiran di kawasan perumahan menganjurkan majlis bid’ah seperti tahlilan, qasidah, selawatan, marhaban dan lain-lain, dilarang menghadirinya. Namun sebelum atau selepas majlis bid’ah itu, boleh saja bersama ahli surau dan jiran-jiran dalam urusan yang selari dengan syari‘at Islam. 

Apabila seseorang itu menjadi kebiasaan baginya untuk mengingkari, memperolok-olok atau mempermainkan al-Qur’an dan Islam, maka hendaklah kita secara berterusan meninggalkannya sehinggalah dia bertaubat sepenuhnya. 

Kadangkala timbul suasana yang agak rumit. Contohnya apabila ada rakan muslimat yang tidak memakai tudung bagi menutup aurat rambut, leher dan dadanya duduk semeja dengan kita, timbul persoalan apakah dia tidak memakai tudung kerana jahil, menghadapi halangan tertentu, dilarang oleh suami atau memang mengingkari ayat 31 surah al-Nur? Dalam suasana sebegini, kita berbaik sangka bahawa muslimat tersebut jahil atau memiliki sesuatu halangan, lalu kita mendampinginya agar dapat mendekatkannya kepada cara berpakaian yang selari dengan syari‘at Islam. Akan tetapi hendaklah sentiasa berwaspada, dibimbangi muslimat tersebut pula yang menarik kita ke arah cara berpakaian yang mengingkari ayat 31 surah al-Nur.

 Kepentingan Memelihara Agama

Sekali imbas, kelihatan perintah meninggalkan orang-orang yang mengingkari al-Qur’an, memperolok-olokkan al-Qur’an dan menjadikan agama ini sebagai mainan dan senda gurau agak berat dan menyelisihi perpaduan umat Islam. Akan tetapi jika direnung lebih jauh, perintah ini memiliki hikmah menjaga ketulenan agama Islam.

Ia juga berperanan menjaga aqidah, pemikiran dan amalan kita agar terpelihara daripada anasir-anasir asing, meskipun yang mempelopori dan menyebarkan anasir tersebut ialah seorang tokoh yang masyhur. Ini kerana perpaduan umat Islam berpaksi kepada pemikiran dan amalan Islam yang tulen, bukan kepada kepelbagaian pemikiran dan amalan manusia, siapapun manusia tersebut.

Rabu, 3 Januari 2018

KEZALIMAN DAP TERHADAP UMAT ISLAM

Penduduk Melayu Selayang kini telah menyesal mengundi DAP di kawasannya. Dia yang termakan dengan slogan "Ini kalilah!, kita Tukar!, kita Ubah!" telah bertukar sebaliknya diluar jangkaan. Ramai antara mereka yang menghantar anak mereka belajar di GiatMara Selayang akhirnya terpaksa memikirkan jalan untuk menghantar ketempat lain ekoran arahan exco DAP Selangor.

Salah seorang ibu bapa yang terlibat dalam memberi undi kepada wakil rakyat cina Selayang ini berkata -"kita harus bagi peluang kepada DAP memerintah, Jika nanti tidak suka, kita ubah kembali, 5 tahun tidak lama pun" -itulah kata-kata mereka sewaktu kempen PRU13 yang lepas. Sebenarnya ini sudah kali kesepuluh tempat Melayu dan kampung Melayu diroboh oleh pembangkang selepas PRU13.

William Leong Jee Keen hasil pilihan Melayu Selayang ini telah bersetuju bersama exco DAP Selangor untuk setuju meroboh serta merampas Institut Pendidikan GiatMara yang telah dibina di Selayang sejak 20 tahun lepas iaitu dari 1994 akhirnya pertama kali dalam sejarah diarah tutup atau akan dirobohkan serta merta pada masa terdekat.

Kedengaran berita bahawa William Leong Jee Keen hasil pilihan Melayu Selayang ini hendak membina kondominium bersaiz kecil diatas tapak Institut Pendidikan GiatMara ini. GiatMara merupakan usaha kerajaan BN yang memandang keperluan utk membela pelajar-pelajar yang tercicir dalam memasuki IPTA/IPTS.

Senarai tempat yang diroboh lepas PRU13:
1.Tempat pertama(1) diserang adalah hasil pilihan Melayu Penang iaitu di Uptown Bandar Perda pada bulan ramadhan diatas arahan DAP Lim Guan Eng. Tetapi dibuka semula kerana atas desakan orang Melayu Penang. Bukti sila scroll down

2.Tempat kedua(2) ditutup adalah hasil pilihan Melayu Kajang, iaitu di Bazar Ramadhan Reko Sentral Kajang, Tapak depan Econsave. Hasil pilihan Melayu Kajang yang mengundi PKR Lee Chin Cheh. Juga penutupan tapak itu atas arahan Exco Selangor DAP yang sama seperti didalam gambar. Bukti sila scroll down

3.Tempat ketiga(3) baru baru ini adalah hasil pilihan Melayu Cheras iaitu di Downtown Cheras, hasil pilihan Melayu yang mengundi DAP Tan Kok Wai yang telah merampas kesemua stall peniaga Melayu ditepi jalan Downtown Cheras yang sebelum ini tidak pernah menjadi masalah kepada orang Melayu untuk berniaga kerana umum semua orang tahu sejak dibuka lagi kawasan itu memang tempat pencarian wang bagi orang Melayu dan sesak itu adalah perkara normal. Bukti sila scroll down

4.Tempat keempat(4) pula telah diarah tutup oleh 3 Exco DAP dan 1 Exco Pkr seperti gambar diatas dimana hasil persetujuan ahli parlimen DAP Klang iaitu bertempat di Jalan Meru tambahan, Kapar, Klang. Walaupun tanah itu sebenarnya milik kerajaan negeri, tetapi sepatutnya ahli parlimen DAP Klang hasil pilihan Melayu Klang perlulah tampil berbincang bersama-sama peniaga untuk memberi notis awal serta memberi penyelesaian kepada peniaga peniaga Melayu ini. Bukti sila scroll down

5.Tempat kelima(5) baru-baru ini diserang di Penang dimana sekali lagi diatas arahan Lim Guan Eng. Untuk kes kelima ini anda boleh menghubungi Makcik Ila untuk mengetahui kes yang menganaya dirinya hasil arahan DAP ditalian 0174177739/0194117294- Makcik Ila. Perniagaan makcik Ila selaku ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah, disamping mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana kedaifan yang dihadapi, pihak Majlis Perbandaran tetap juga merampas stall dan juga perniagaan makcik Ila ini. Bukti sila scroll down

6.Tempat keenam(6) adalah di Taman Mesra, Kajang iaitu peniaga Selangor yang telah berniaga di Taman Mesra, Kajang selama puluhan tahun akhirnya telah dirobohkan secara mengejut dan tanpa sebarang notis. Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Exco DAP Selangor seharusnya memberi peluang budi bicara atau penempatan tapak baru kepada peniaga Melayu ini. Banyak lagi restoren cina di Taman Mesra, Kajang yang berniaga tanpa lesen, tetapi 1 pun tidak diusik. Bukti sila scroll down

7.Tempat ketujuh(7) adalah di kawasan Uptown Bandar Perda, depan kedai Emas. MPSP telah datang dan merampas gerai makanan Melayu sehingga menyebabkan salah seorang pemilik telah jatuh pengsan akibat pergelutan dan juga terkejut dengan tindakan MPSP. Walhal ada beberapa gerai cina berniaga secara haram, tetapi tidak dirampas oleh MPSP. Bukti sila scroll down

8.Tempat kelapan(8) adalah perobohan perkampungan Melayu di Kampung Mutiara, Batu Ferringhi dibawah Parlimen DAP Bukit Bendera. Penduduk Melayu yang telah dihadiahkan tapak badminton 2012 akhirnya sebulat suara memberi sokongan untuk memberi undi pada DAP. Akhirnya selepas PRU13 bulan Disember 2013 ini, kerajaan negeri telah menjual tanah seluruh Kampung Mutiara pada pemaju cina dan kerajaan negeri tidak menyediakan sebarang pampasan atau rumah ganti. Bukti sila scroll down

9.Tempat kesembilan(9) adalah di kawasan Gurney, sebelum roundbout, depan Mc'D. Peniaga ini hanya berniaga didepan rumahnya dan MPPP telah bertindak merobohkan gerainya kerana bertindak atas arahan wakil rakyat tempatnya bersama persetujuan Exco DAP Penang. Pak Cik Ali (nama samaran) telah menyesal memberi undi pada DAP kerana ini balasan yang diberi sehingga tidak dapat berniaga. Bukti sila scroll down

10.Tempat kesepuluh(9) kini adalah Institut Pendidikan GiatMara yang mahu diroboh serta diarahkan tutup hasil pilihan Melayu Selayang yang mengundi William Leong Jee Keen. GiatMara Selayang yang telah dibina sejak 20 tahun lepas kini terpaksa menutup Institut tersebut dan pelajar-pelajar mungkin terpaksa diberhentikan kerana cawangan lain juga telah penuh utk dipindahkan.

11.Kedengaran DAP tengah merancang untuk membuat beberapa pindaan dan perubahan dengan penutupan di peniaga kawasan Melayu Kelantan pula selepas ini. Tujuan pindaan dan perubahan tersebyt akan datang kepada Kelantan bertujuan untuk memajukan negeri dengan strategi yang berlainan dari PAS. DAP menasihatkan supaya PAS Kelantan akur sahaja apa apa tindakan DAP yang mahu dibuat di Kelantan, diatas semangat setiakawan.

Bukti DAP rampas stall Melayu di Uptown Bandar Perda, Penang:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=325337247597992&set=a.310615479070169.1073741833.309394262525624&type=3&theater

Bukti DAP rampas stall Melayu di Permatang Pauh, Penang:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=326662704132113&set=a.310615479070169.1073741833.309394262525624&type=3&theater

Bukti DAP tutup tapak bazar ramadhan Reko Sentral Kajang, Selangor (tapak depan Econsave):
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=331424446989272&set=a.310615479070169.1073741833.309394262525624&type=3&theater

Bukti DAP rampas peniaga Melayu tepi jalan Downtown Cheras:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=358415917623458&set=a.310615479070169.1073741833.309394262525624&type=3&theater

Bukti DAP tutup periuk nasi Melayu di Jalan Meru Tambahan, Kapar, Klang:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=369250733206643&set=a.310615479070169.1073741833.309394262525624&type=3&theater

Bukti DAP rampas stall peniaga Melayu Ibu tunggal yang punya 2 anak kecil di Penang:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=371219303009786&set=a.310615479070169.1073741833.309394262525624&type=3&theater

Bukti DAP roboh gerai Melayu di Uptown Bandar Perda, Penang:
https://www.facebook.com/photo.php?v=392143044250745&set=vb.309394262525624&type=3&theater

Bukti DAP roboh perkampungan Melayu, Batu Ferringhi:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=396250937173289&set=a.310615479070169.1073741833.309394262525624&type=3&theater

Sumber : Darul Ehsan Today

Selasa, 2 Januari 2018

PENGLIBATAN YANG KUKUH DALAM GERAKAN ISLAM

Oleh : Nasrudin bin Hassan

Ketua Penerangan PAS Pusat
https://t.me/nasrudinhassan

1. Penglibatan (Intima’)  kita dengan Gerakan Islam seperti PAS ini ada dua kategori. Iaitu kategori RAPUH dan KUKUH.

2. Penglibatan (Intima’) yang RAPUH, longgar dan salah ini sekurang-kurangnya ada 4 jenis;

Intima’ Syakhsi (إنتماء شخصي)

i) Menyertai PAS kerana ketokohan individu tertentu. Intima’ ini rapuh justeru tokoh tertentu boleh pergi dan datang. Jika tokoh yang menjadi idolanya meninggalkan PAS, maka ia akan turut meninggalkan PAS.

ii) Perjuangannya tidak mantap dan utuh. Pendiriannya tidak kukuh. Mungkin bertahan beberapa tahun mengikut ketahanan tokoh yang menjadi sebab kenapa ia menyertai PAS.

iii) Situasi ini pernah ditegaskan oleh Saidina Abu Bakar al-Siddiq ra;

مَنْ كَانَ يَعْبُدُ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ مَاتَ، وَمَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللَّهَ فَإِنَّ اللَّهَ حَيٌّ لاَ يَمُوتُ

“Barangsiapa yang mengabdikan diri kepada Muhammad saw maka sesungguhnya Muhammad saw telah mati dan barangsiapa yang mengabdikan diri kepada Allah swt maka sesungguhnya Allah swt hidup dan tidak mati.”

Saidina Abu Bakar al-Siddiq ra meneruskan membaca ayat Allah swt;

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ

“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul. Apakah sekiranya ia mati atau terbunuh, kamu akan berpaling tadah memusing tumit kamu? Sesiapa yang berpaling memusingkan tumitnya, maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur.” (surah Aali-Imran: 144)

Intima’ Maslahi (إنتماء مصلحي)

i) Menyertai PAS kerana kepentingan peribadi atau kelompok dan mempunyai agenda tertentu yang ingin dicapai.

ii) Apabila gagal mencapai kepentingan yang diingini dan tidak berjaya melunaskan agenda mereka, maka mereka akan mencari tapak yang lain untuk pelan ‘B’ dan meninggalkan PAS.

iii) Ketahanan mereka berdasar sejauh mana atau selama mana mereka perolehi kepentingan dan memiliki peluang menjayakan agenda mereka.

Intima’ Irtijaali (إنتماء ارتجالي)

i) Menyertai PAS secara spontan tanpa asas dan sebab yang kukuh. Ia sendiri tidak mengetahui kenapa ia menyertai PAS. Bakanya adalah baka PAS. Ayah dan ibunya PAS serta persekitaran ia membesar juga PAS.

ii) Justeru itu ia tidak mempunyai jawapan yang konkrit kenapa ia menyertai PAS selain dari menyedari bahawa ia telah PAS sejak awal.

iii) Pendirian mereka akan cepat goyang apabila PAS dilanda krisis dan mereka seperti ini tidak mempunyai jawapan yang mantap kenapa ia mesti terus berada dalam PAS yang sedang bergoncang dilanda gelombang.

iv) Akhirnya ia lari meninggalkan PAS kerana tidak sanggup berdepan dengan apa jua kemungkinan.

Intima’ A’fawi (إنتماء عفوي)

i) Menyertai PAS berasaskan kecenderungan dan simpati terhadap apa yang diperjuangkan oleh PAS yang juga teruk dibelasah oleh musuh.

ii) Intima’ jenis ini longgar serta rapuh kerana kecenderungan dan simpatinya akan berakhir terutama apabila didapati PAS tidak lagi menepati kemahuan dan kehendaknya.

iii) Tiada lagi simpati malah boleh bertukar menjadi benci. Tatkala benci menguasai diri, maka mereka akan mengangkat kaki meninggalkan PAS

3. Penglibatan (Intima’) yang KUKUH, benar, utuh dan mantap hanya satu iaitu Intima’ Aqidi (إنتماء عقيدي).

i) Menyertai PAS berdasarkan tuntutan Aqidah al-Islamiyyah. Berdiri atas Iman kepada Allah swt dan Kitab-Nya yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw.

ii) Menunaikan perintah Allah swt dengan penuh yakin dan optimis supaya berjuang menegakkan Syariat Allah swt dengan harta dan jiwa raga. Firman Allah swt;

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

“Pergilah kamu segera untuk berjuang pada jalan Allah, sama ada dengan keadaan ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (surah al-Taubah: 44)

iii) Intima’ yang kukuh ialah apabila kita meletakkan diri berjuang hanya untuk meninggikan kalimah Allah swt, menegakkan syariat dan segala syiar-Nya, mencari keredhaan Allah swt di dunia dan di akhirat.

Daripada Abu Musa al-Asy’ari bahawa terdapat A’rabi datang bertanya Nabi Muhammad saw;

الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ وَيُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ مَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّه؟

“Seorang pemuda (tokoh) yang berjuang kerana mahu memiliki harta rampasan, ada tokoh yang berjuang supaya namanya disebut-sebut, ada yang berjuang supaya dirinya berketerampilan dan terpandang. Maka siapa yang diiktiraf berjuang di jalan Allah swt?”

Dalam riwayat yang lain :

الرَّجُلِ يُقَاتِلُ شَجَاعَةً وَيُقَاتِلُ حِمْيَةً وَيُقَاتِلُ غَضْبًا، أَيُّ ذَلِكَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟

“Ada yang berjuang kerana tunjuk berani, ada yang berjuang kerana mahu mendapatkan pelindungan, ada yang berjuang kerana semata-mata benci kepada musuh, maka siapa yang benar-benar diiktiraf sebagai pejuang dijalan Allah swt?”

Lalu dijawab Rasulullah saw;

مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

“Sesiapa yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah swt (mengatasi ideologi ciptaan manusia) maka ia berada pada Jalan Allah swt (fi Sabilillah).” (muttafaqun ‘alaihi)

Mereka yang menyertai PAS dengan Intima’ yang rapuh pasti sahaja tidak akan mampu bertahan bersama PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang berjuang untuk menegakkan Kalimah (syariat) Allah swt kerana ujiannya terlalu getir khasnya ujian dalaman yang boleh membawa kekecewaan dan patah hati.

Hanya mereka yang menyertai PAS kerana aqidah sanggup berjuang dan mampu bertahan hingga ke denyut nadi yang terakhir. Sama ada menang atau syahid, namun untuk memalingkan tumit meninggalkan perjuangan adalah tidak sama sekali.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian

Isnin, 1 Januari 2018

PAGI BERIMAN PETANG KAFIR, PETANG BERIMAN PAGI KAFIR

Rasulullah SAW menjelaskan bahwa pada akhir zaman adalah amat sukar untuk menemukan orang yang benar-benar istiqomah pada jalan Allah. Yang ada ialah orang-orang yang di pagi hari masih beriman kemudian di waktu petang ia menjadi kafir. Demikian pula ada yang di waktu petang beriman namun keesokan hari di waktu pagi ia telah menjadi kafir semula. Hal ini adalah seperti sabda Rasulullah SAW:

Nabi SAW bersabda: "Bersegeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti seperti malam yang gelap gulita, seorang laki-laki di waktu pagi menjadi mukmin dan di waktu petange telah kafir, dan di waktu petang beriman dan pagi menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan kesenangan dunia." (hadis riwayat Ahmad)

Sikap tidak istiqomah kata Nabi SAW disebabkan umat Islam pada masa itu lebih mengutamakan kepentingan atau kemaslahatan dunia daripada memelihara keutuhan dien-nya (agama) atau imannya. Orang seperti ini telah tenggelam ke dalam fahaman keduniaaan atau ideologi materialisme.

Kesimpulan daripada hadis ini membawa maksud seseorang yang telah mengucapkan dua kalimat syahadat atau mengaku muslim mestilah sentiasa bersikap sangat waspada ketika ia menjalani kehidupan yang penuh dengan fitnah di akhir zaman. Ia harus memahami bahwa bentuk pelanggaran terhadap Allah akan menyebabkan dua akibat yang sangat besar. Pertama, seseorang melakukan dosa, namun di sisi Allah, dosanya itu tidak menyebabkan dirinya keluar dari Islam. Artinya Allah masih tetap mengakui keislamannya. Ia masih tetap dipandang sebagai seorang muslim atau seorang yang beriman meskipun banyak dosa yang dilakuknnya.

Namun yang kedua, ada pula jenis dosa yang tidak saja pelakunya dipandang telah bermaksiat kepada Allah, bahkan mengakibatkan pelakunya tidak lagi dipandang seorang yang beriman di sisi Allah. Artinya, perbuatan dosa yang dilakukannya telah membatalkan imannya. Allah menilai pelaku dosa tersebut telah keluar dari Islam atau telah menjadi kafir. Inilah yang sangat-sangat perlu kita khawatirkan. Hadits di atas jelas memberi peringatan kepada umat Islam mengenai fenomena ini. Jadi, dalam keadaan kehidupan dunia yang penuh dengan fitnah (kesyirikan, keduniaan, kemaksiatan dan sebagainya), kita akan mudah melihat adanya orang-orang Islam yang di pagi hari masih beriman, namun karena satu-satu perkara atau perbuatan, tiba-tiba di waktu petang ia telah menjadi kafir. Demikian pula mereka yang di waktu petang masih beriman dengan Allah, namun entah apa yang terjadi di sebelah malam harinya, tiba-tiba keesokan paginya ia telah menjadi kafir.

Di dalam kitabnya berjudul Dhawabith At-Takfir ‘inda Ahlis-Sunnah wa Al-Jama’ah, Mas’ud bin Faisol menguraikan sembilan perkara yang membatalkan keimanan seseorang dan ianya telah disepakati oleh para ulama.

Hal ini juga selari dengan makna hadis di atas yang banyak menimpa ke atas umat Islam di masa kini:
  1. Sombong dan menolak untuk beribadah kepada Allah SWT, walaupun membenarkan dan mengakui kebenaran Islam.
  2. Syirik dalam beribadah kepada Allah SWT.
  3. Mengambil perantara dalam beribadah kepada Allah SWT dan meminta pertolongan kepada selain Allah SWT.
  4. Mendustakan Rasulullah SAW atau membenci sesuatu yang di bawa oleh Rasullullah SAW walaupun ia melakukannya.
  5. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik atau ragu terhadap kekafiran mereka atau membenarkan faham/keyakinan mereka.
  6. Mempermainkan Allah SWT, Al-Qur’an, agama Islam, pahala dan siksa, dan yang sejenisnya, atau mengolok-olok Rasulullah SAW atau salah seorang Nabi AS, baik kerana bergurau ataupun benar-benar memperolok-olokkannya.
  7. Membantu orang musyrik atau menolong mereka untuk memusuhi orang Islam.
  8. Meyakini bahwa ada sebagian orang yang boleh mengikngkari ajaran Rasulullah SAW dan tidak wajib mengikuti ajaran beliau itu
  9. Meyakini ada petunjuk yang lebih sempurna daripada petunjuk Nabi SAW atau meyakini ada hukum yang lebih baik daripada hukum Allah SAW.
Kita semua berlindung kepada Allah dari perbuatan dosa, baik yang menyebabkan diri kita dipandang “sekadar” bermaksiat kepada Allah, apatah lagi kepada dosa-dosa yang boleh menyebabkan diri terkeluar daripada seorang yang beriman. Na’udzubillahi min dzaalika.

ILTIZAM DENGAN JEMAAH ISLAM

Kepentingan melazimkan diri dengan jemaah islam adalah untuk menyelamatkan diri dari fitnah.

Ini didasari kepada hadis riwayat Al-Bukhari, daripada Khuzaifah bin Al-yaman;

كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

Maksudnya;
“manusia bertanya Rasulullah SAW berkenaan kebaikkan. Aku pula bertanya kepada baginda berkenaan kejahatan, kerana bimbang menimpa diriku. Aku berkata; Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya kami dalam jahiliyyah dan kejahatan, lalu Allah mendatangkan kepada kami kebaikan ini (islam), maka adakah wujud kejahatan selepas dari kebaikan ini? Menjawab baginda SAW; ya (ada). Aku berkata; adakah wujud kebaikan selepas kejahatan itu? Menjawab baginda SAW; ya (ada), padanya dakhan (perkara yang tidak disukai), aku berkata; apa itu dakhan? Berkata Nabi SAW; kaum yang mencari petunjuk tidak dengan petunjukku, kamu kenal mereka dan kamu ingkari (mereka). Aku berkata; adakah wujud kejahatan selepas kebaikan itu? Menjawab baginda SAW; Ya (ada), iaitu penyeru-penyeru ke Pintu neraka, barangsiapa menyahut seruan mereka, nescaya mereka mencampaknya kedalam neraka. Aku berkata; Wahai Rasulullah SAW, nyatakan sifat mereka kepada kami !! berkata Nabi SAW; kulit mereka serupa dengan kulit kita, bercakap dengan bahasa kita. Aku berkata; apa suruhan kamu sekiranya kami berjumpa dengan mereka? Bersabda Nabi SAW; iltizamkan diri kamu dengan Jemaah Muslimin dan (taat) imam mereka (muslimin. Aku berkata; sekiranya tiada jemaah dari kalangan mereka (muslimin) dan tiada imam? Bersabda Nabi SAW; berenggang dirilah kamu dari puak-puak itu semuanya, walaupun kamu terpaksa mengigit akar pokok sekalipun, hinggalah kamu mati”.

Didalam mensyarahkan hadis ini, Imam Ibnu Hajar menukilkan ulasan Qadhi iyadh; yang mana, Qadi Iyyad memaksudkan dengan “kejahatan” didalam hadis ini adalah kejadian selepas kematian Saidina Osman. Adapun “kebaikan selepas dari kejahatan” yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah pemerintahan Omar bin Abdil Aziz. Dan maksud dengan “kamu mengenali mereka dan kamu ingkarinya” adalah pemimpin selepas daripada pemerintahan Omar bin Abdil Aziz, yang mana, ada dari kalangan pemimpin ketika itu yang berpegang kuat dengan sunnah dan ada yang menyeru kepada bidaah dan melakukan kezaliman.

Melihat kepada tafsiran Qadhi Iyyad, difahami bahawa maqasid di sebalik ulasan ini adalah fitnah yang telah menimpa di zaman selepas kewafatan Nabi SAW.

Maka dengan demikian, suruhan nabi SAW beriltizam dengan jemaah muslimin adalah bagi menyelamatkan diri umat islam daripada terjerumus kejurang fitnah yang berlaku di zaman tersebut.

APAKAH FITNAH UMAT ISLAM MALAYSIA KINI

Membaca sejarah Islam di Negara ini, didapat bahawa Negara ini pernah di perintah mengikut ajaran islam. Ini di buktikan dengan penemuan batu bersurat di Terengganu yang bertarikh 1303.

Dalam batu bersurat itu, terkandung arahan raja yang memerintah ketika itu yang bernama Raja Mandalika terhadap rakyatnya supaya berpegang kuat dengan ajaran islam dari semua sudut kehidupan. Ianya menyentuh soal langkah mengelakkan berlaku kemungkaran seperti zina dan tidak membayar hutang. Juga hukuman terhadap mereka yang tidak mengikut kehendak syariat yang tidak dibataskan kepada rakyat semata, bahkan terhadap pemerintah juga.

Penggunaan kalimah “Sultan” terhadap raja-raja melayu juga merupakan pengaruh pemerintahan Islam di Negara ini. Ini kerana, penggunaan kalimah “Sultan” pada asalnya adalah identity pemerintahan Islam yang mula di gunakan pada abad ke-10 masehi dengan munculnya kesultanan Seljuq sebagai pemegang tampuk pemerintahan dalam zaman Abbasiah. Kekuasaan Seljuq merupakan satu pembentukan yang berasal dari turki selepas mereka menguasai kota Baghdad, iaitu pusat pemerintahan Khalifah Abbasiah.

Kalimah “sultan” juga di gunakan dizaman pemerintahan osmaniyyah turki sebagai ganti kepada penggunaan kalimah Khalifah.

Empayar osmaniyyah merupakan sumber kekuatan inspirasi yang meniup semangat perjuangan di kalangan kesultanan-kesultanan melayu untuk berjuang bagi menghapuskan penjajah yang sering menyerang umat Islam. Ini di buktikan dengan sokongan kesultanan melayu terhadap empayar osmaniyyah turki yang ketika itu menyokong jerman dalam peperangan dunia pertama, pada bulan ogos tahun 1914.

Pada tahun 1924, khalifah Osmaniyyah di turki telah di jatuhkan oleh seorang tokoh secular turki yang bernama Mustafa Kamal Art-Tarturk dengan slogan “garbie doegroe” yang memberi maksud “berarak menuju barat” telah memberi tamparan hebat terhadap dunia Islam termasuk alam melayu. Ini kerana, ketika itu kesultanan-kesultanan melayu ini mendukung system kekhalifahan yang berpusat di turki sebagai tunggak kekuasaan di mana mereka ikut berpayung.

Dengan kejatuhan khalifah osmaniyyah itu, maka bermulalah fitnah secular didalam system pemerintahan dunia Islam, yang tidak terketinggalan menerima fitnah tersebut adalah Malaysia. Maka dengan itu, lahirlah berbagai-bagai gerakan Islam di seluruh dunia Islam, seperti lahirnya Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di Pakistan, PAS di Malaysia dan sebagainya.

Melihat suasana di Malaysia kini, fitnah yang paling berbahaya yang sedang menimpa umat Islam bukanlah amalan bidaah dalam perkara furu’, seperti talkin, tahlil dan sebagainya, tetapi fitnah yang paling besar adalah “fitnah syirik secular” yang sedang menyerang masuk kedalam jiwa-jiwa umat Islam di Malaysia.

Bagi mengatasi perkara tersebut, perlu kepada satu gerakan islam yang dapat menghapuskan kesyirikan ini, yang jika di perhatikan bahawa semua ini tidak mampu di atasi oleh jemaah-jemaah selain dari PAS.

PENUTUP

Jika di perhatikan kepada ulasan ini, didapati bahawa maksud dengan jemaah muslimin yang disabdakan oleh Nabi SAW, yang jika di nisbahkan di Malaysia adalah jemaah yang dapat menyelamatkan manusia dari belenggu kesyirikan secular.

Di Malaysia, jemaah yang dapat menyelamatkan ini adalah PAS, tidak lainnya. Maka dengan sebab itulah aku memilih PAS sebagai wadah perjuangan Islam bagi merealisasikan maksud hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Khuzaifah bin Al-Yaman RA.

Sekian

Wallahu ‘Alam