Ahad, 31 Julai 2016

Kelebihan mengamalkan makan Al Manna - Arabic Gum (Acacia Senegal)

Apa itu Al Manna~Arabic Gum?

Arabic Gum merupakan sejenis getah yang keluar dari pokok Acacia Senegal dan Acacia Sayel berbentuk kristal yang banyak terdapat di Negara Sudan. Acasia Senegal adalah jenis Arabic Gum yang terbaik dan biasanya digunakan untuk makanan tambahan kesihatan dan dalam industri-industri pemakanan dan perubatan. Manakala Acacia Seyal pula biasanya digunakan untuk industri-industri lain.

Ada juga pendapat yang mengatakan terdapat tafsir Al Quran mengaitkan Al Manna yang disebut dalam surah Al Baqarah ayat 57 merupakan Arabic Gum.

Di dalam tafsir Ibnu Kathir dicatakan pandangan Ibnu Abbas Radiallahuanhu, menurut satu pandangan Ibnu AbbasRadiallahuanhu al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok, dan menurut Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran yang berguru dengan Saidina Ali Radiallahuanhu dan kemudiannya dengan Ibnu AbbasRadiallahuanhu, mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu".

As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud getah yang keluar dari pokok. Al-Manna jadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat.

Sebahagian pengkaji meyakini bahawa getah yang keluar dari pokok tersebut adalah Gum Arabic atau getah Arab ini. Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan mungkin menepati pengertian bahawa As-Samghu atau Gum Arabic ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya.

Dalam satu hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda "Kam'ah itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya ubat bagi mata.Ajwa (kurma) dari syurga dan ia penawar bagi racun" (Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah.Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa al-Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu sahaja, tetapi adalah beberapa jenis makanan. Kita di Malaysia kenali sebagai gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Gum Arabic dan Arabic Gum.

Kelebihan mengamalkan makan  Al Manna~Arabic Gum (Acacia Senegal)

↪ Membantu menurunkan paras kreatinin dan gula dalam darah untuk pesakit buah pinggang dan diabetes.

↪ Melambatkan & mengurangkan risiko kerosakan buah pinggang akibat diabetes.

↪ Sumber Prebiotik Asli, meningkatkan bakteria baik (probiotik) dalam usus.

↪ Mengurangkan risiko penyakit berpunca dari usus, kolesterol, lemak dan gula.

↪ Menyelesaikan masalah sembelit dan buasir.

↪ Meningkatkan sistem imunisasi badan. 80% imunisasi badan bergantung dari sistem usus, perkumuhan dan perut yang baik.

↪ Kandungan fibre yang tinggi merendahkan kolesterol dan kurangkan risiko menghidap penyakit jantung.

↪ Amat sesuai dicampur ke dalam susu anak2 untuk meningkatkan tahap kesihatan dan imunisasi dari serangan demam dan pelbagai penyakit.

↪ Melambatkan pertumbuhan sel kanser.


Diabetes dan Kerosakan Buah Pinggang



A Manna~ Arabic Gum perlu menjadi teman setia dengan setiap pesakit Diabetes dari peringkat awal sampai bila-bila sepanjang hidup. Punca utama kerosakan buah pinggang adalah disebabkan oleh diabetes. Dipercayai dengan mengamalkan pengambilan Al Manna~Arabic Gum pada peringkat awal diabetes dikesan dapat mengawal, melambatkan dan juga mengurangkan tahap kerosakan buah pinggang bagi pesakit diabetes.

Pada pengidap diabetes yang telah mengalami kerosakan buah pinggang dan mungkin sedang menjalani proses dialisis juga boleh mula mengambil Al Manna sebagai supplement tanpa berlengah lagi. In Shaa Allah, diharapkan makanan tambahan Al Manna ini dapat mengurangkan beban masaalah buah pinggang yang menjalani proses dialisis.

Tahukah anda kos untuk rawatan dialisis untuk sebulan?

Oleh kerana rawatan dialisis diperlukan secara kerap, maka ia biasanya akan menjadi beban kewangan kepada kebanyakan mereka yang memerlukannya. Kos untuk setiap sesi hemodialisis di klinik atau hospital swasta adalah dalam lingkungan RM100 ke RM300. Oleh kerana pesakit diabetes mungkin memerlukan 3 sesi seminggu, maka ia boleh menyebabkan anda berbelanja sehingga RM600 seminggu dan mencecah RM3,000 sebulan!!!!

Anda sememangnya tidak patut menanggung beban yang seberat ini. Walaupun anda mempunyai diabetes, anda boleh mengelak atau melewatkan berlakunya kegagalan buah pinggang dengan berusaha untuk menjaga diri anda dan penyakit diabetes anda dengan baik.

Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat

Sebaiknya cegah lah dari sekarang. Berbelanjalah wang kita sekarang di waktu sihat ini untuk menjaga buah pinggang daripada cepat rosak. Ini lebih baik dari kita belanjakan duit di masa akan datang untuk merawatnya dimana kehidupan kita sudah tidak selesa dan teratur lagi disebabkan oleh dialisis.

Kehidupan boleh menjadi sukar apabila buah pinggang anda telah rosak. Diabetes bukan sahaja mengancam buah pinggang anda, tetapi juga organ-organ lain seperti jantung dan mata anda.

Berita baiknya ialah, anda boleh mengelakkannya atau melewatkan komplikasi-komplikasi diabetes ini daripada berlaku. Maka, ambillah langkah pertama hari ini jua untuk melindungi buah pinggang anda dengan mengamalkan pengurusan diabetes yang baik. Anda berkuasa untuk mengelakkan penyakit buah pinggang yang disebabkan diabetes anda dan sebaliknya dapat menikmati kehidupan dengan sepenuhnya, walaupun anda menghidapi diabetes.



Anda tidak faham apa itu Prebiotik dan Probiotik? Mudah sahaja untuk anda memahaminya. Anda pernah dengar apa itu bakteria baik dalam usus? Tahu apa itu Vitagen ataupun Yakult yang diperkatakan baik untuk menambahkan bakteria baik jika meminumnya.

Probiotik adalah bakteria baik didalam usus yang amat kita perlukan. Untuk memastikan bakteria baik ini berkembang dan membiak dengan banyaknya ia memerlukan makanan.

Makanan (nutrisi)untuk bakteria baik (probiotik) ini untuk membiak ialah prebiotik. Dari mana kita ingin mendapatkan prebiotik ini?

Al Manna~Arabic Gum merupakan sumber makanan asli yang paling kandungan prebiotiknya.


Gum Arabic amat berkesan untuk buasir; minum 2 kali sehari dan sapu pada tempat yang bengkak. Ia juga merupakan antioksidan (antioxidant) dan anti radang (anti-inflammatory) yang amat baik, mengawal gout (lebih berkesan jika diminum dengan bancuhan air rebusan daun pandan atau roselle), sembelit, dan mengatasimasalah asid urik berlebihan dan lain-lain manfaat untuk kesihatan dengan izi Allah Ta'ala. Anda boleh search testimoni pengguna-pengguna yang telah berjaya memperbaiki masalah kesihatan mereka dengan izin Allah Ta'ala melalui penggunaan gum arabic. Yakinlah, yang mampu menyembuhkan penyakit hanya Allah Ta'ala, bersaha untuk berubat adalah merupakan tuntutan Islam dan mendapat pahala di sisiNya.


MANFAAT GUM ARABIC @ AL-MANNA


Gum Arabic ada 2 jenis, Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik berbanding Acacia Seyal. Gum Arabic juga kadangkala dipanggil Gum Acacia. Di anatara dapatan kajian mengenai Gum Arabic adalah :-

1. The US Food and Drug Administration (FDA) menyatakan Gum Arabic (GA) adalah satu sumber serat yang paling selamat.

2. Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) &World Health Organization (WHO) menyatakan Gum Arabic sebagai bahan tambahan makanan yang amat selamat.

3. Orang-orang Sudan telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka.

4. Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids), yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baikprebiotik, bakteria baik yang bertanggung jawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Mereka hidup di dalam kolon dan appendik, ia juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebarang antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.

5. Gum Arabic juga mengurangkan beban kepada buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996) dalam American Journal of Clinical Nutrition, melaporkan bahawapesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogennajis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada pesakit memakanhanya diet rendah protein sahaja tanpa makan gum arabic, ia menyebabkanuraemia menurun dan dapat mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itumeningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulanmembuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkankesan buruk CRF.

6. Gum Arabic juga dapat membantu merawat cirit birit ringan.

7. Kajian oleh Glover et al., (2009) mencadangkan Gum Arabic juga dapat membantu dalam merawat penyakit jantung. Sila dapatkan nasihat doktor anda.

8. Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur.

9. Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.

10. Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15 gram hingga 30 gram dapat mengurang paras kolestrol dalam darah. Saya secara peribadi bependapat bahawa keberkesanannya berbeza bagi sebahagian orang.

11. Kajian juga menunjukkan pengambilan yang banyak dapat mengurangkan lemak bagi manusia dan haiwan. Ada pengguna yang dapat menurunkan berat badan dengan pengambilan sebanyak 30-50 gram sehari.

12. Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus.

13. Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik, berkata,penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah bahawa ia telah terbukti amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain.Saya suka menginggatkan pengguna bahawa keberkesanannya mungkinberbeza bagi sebahagian orang.

14. Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai perubatan kegunaan Gum Arab, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah, di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes. Saya berpendapat, anda harus mencuba untuk melihat keberkesanannya kepada anda, janggan hanya percaya kepada dakwaan, kerana keberkesanannyamungkin berbeza bagi sebahagian orang.

15. Bagi pesakit kencing tidak lawas, sakit saluran kencing dan buasir, minum bancuhan 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur dan 25 gram Gum Arabic pada waktu pagi sebelum sarapan, dapat menyembuhkannya dengan izin Allah.

16. Minum 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur untuk membuang toksin dalam badan dan ia dikatakan dapat menghalang daripada kanser kolon.

17. Laman web http://inrfood.com/ menyatakan Gum Arabic selamat diminum oleh ibu mengandung.

CARA PENGGUNAAN

MASA MAKAN:

1. Waktu pagi semasa perut masih kosong, sebaik-baiknya 2 jam sebelum sarapan. Jika mahu berpuasa, ambil waktu sahur.

2. Waktu malam sebelum tidur.

CARA BANCUHAN:

1. 2 sudu makan dibancuh dengan segelas (250ml atau lebih) air biasa (bukan air panas atau disejukkan dalam peti ais)

2. Jika anda mahu hadkan meminum air kepada 500 ml sahaja sehari, bancuh 1 sudu gum arabic dengan 100 ml sehingga 150 ml air sahaja.

CARA MEMBANCUH GUM ARABIC:

i- Ambil shaker atau botol air yang kering, masukkan gum arabic, kemudian masukkan air goncang hingga larut, jika sukar larut, biarkan ia terendam dalam air 45 hingga 60 minit barulah goncang semula.

ii- Bagi gum arabic ketulan; Untuk minum waktu pagi, rendam ketulan gum arabic dalam air pada waktu malam, waktu pagi barulah kacau sehingga larut. Untuk minum waktu malam pula, rendam dalam air pada waktu pagi, waktu malam barulah kacau sehingga larut dan diminum.

Minum 2 Sudu Penuh Sudu Makan dibancuh dengan 250 ml air. Jika Doktor menasihatkan supaya pengambilan air dikurangkan, bancuh dengan 75-150 ml air sahaja. Bagi semua penyakit termasuk pesakit buah pinggang, semasa minum air bancuhan Gum Arabic, makan juga 1 sudu teh Habbatus Sauda' atau 1-3 biji kapsul Habbatus Sauda' (kecuali Doktor melarangnya), kerana Habbatus Sauda' dapat menyembuhkan banyak penyakit seperti disebut di dalam Hadis Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam. Gabungan kebaikan Habbatus Sauda' dan al-Manna atau Gum Arabic ini, Insya' Allah, dapat memulih dan memelihara kesihatan kita supaya kita dapat beribadat dengan lebih tekun dan selesa.

Cadangan penggunaan untuk pesakit:

Pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialysis, stage1 -5, Ambil 2 sudu makan setiap pagi semasa perut kosong dan 2 sudu lagi pada waktu malam sebelum tidur.

Untuk resdung, sinus dan mudah selsema, minum 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur. Remaja 1 sudu makan dan kanak-kanak 1 sudu teh.

Untuk gout, buasir & sembelit: 2 sudu, 1 atau 2 kali sehari; setiap pagi semasa perut kosong, digalakkan juga diambil sebelum tidur pada waktu malam. Jumlah yang perlu diambil lebih kurang 25 gram hingga 50 gram sehari. Bagi buasir & sembelit lebihkan air. iaitu 300ml atau lebih. Bagi gout, boleh rebus pokok pandan, iaitu daun serta akarnya sekali, kemudian biarkan sejuk, ambil segelas air rebusan yang telah sejuk tadi dan dibancuh dengan gum arabic.

Untuk menurunkan kolesterol: 2 sudu pagi dan 2 sudu malam (check paras kolesterol anda sebulan selepas amalkan gum arabic untuk memastikan ia berkesan untuk anda, kerana, ada sebahagian pengguna tidak begitu berkesan dalam penurunan kolesterol dengan gum arabic).

Sebagai makan tambahan pesakit-pesakit lain: 1 sudu penuh sudu makan semasa perut kosong waktu pagi, iaitu 10 hingga 20 gram sehari.

Untuk tujuan mengurangkan lemak dan berat badan lebih kurang 50 gram sehari. Ada kajian yang mengatakan 30 gram sehari dapat mengurangkan lemak dalam badan dan menurunkan berat badan apabila dielakkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.

Untuk tujuan sebagai prebiotik cukup sekadar 3 sudu teh atau bersamaan 10 gram hingga 15 gram sehari.

Kanak-kanak 1 sudu teh sahaja, sementara remaja 2 sudu teh.

Untuk pesakit diabetes atau kencing manis 50 gram, iaitu 25 gram dimakan 2 kali sehari bersama-sama 1 sudu teh Habbatus Sauda' (jika pil serbuk atau minyak Habbatus Sauda' makan 1 hingga 3 biji) . Caranya; kunyah Habbatus Sauda' sehingga hancur kemudian terus minum bancuhan Gum Arabic. Jika kapsul Habbatus Sauda', ditelan 1-3 kapsul bersama bancuhan Gum Arabic, begitu juga jika minyak, diminum 1 hingga 2 sudu bersama-sama bancuhan gum arabic.

Untuk buasir: 25 gram dimakan 2 kali sehari pagi dan malam.

Untuk batuk: hisap sebesar hujung jari ketulan Gum Arabic mengikut keperluan.

Gum Arabic merupakan makanan tambahan yang baik untuk bermacam-macam penyakit, anda boleh mencuba bagi penyakit-penyakit lain. Dapatkan nasihat doktor jika anda menghidap penyakit kronik.

Seorang pakar perubatan herba cina memberitahu saya; cara yang paling berkesan untuk rawatan penyakit buah pinggang dengan gum arabic adalah dengan cara berikut:

Rendam roselle kering 2 hingga 3 gram (atau lebih kurang 7 hiris, jika ada gastrik gunakan 3 hiris sahaja, tetapi jika sakit gastrik berulang, berhenti minum rosalle) dalam air panas, kemudian biarkan sejuk.

Setelah sejuk, air rendaman roselle diambil setelah dibuang rosalle yang telah direndam tadi, kemudian dibancuh air tersebut dengan 2 sudu gum arabic.

Dicampur 1/2 sudu teh molasses (jika ada sakit kencing manis, molasses tidak perlu dimasukkan atau masukkan 1/4 sudu teh)

* Molasses adalah gula merah yang kehitaman, ia boleh didapati di kedai yang menjual barangan organik. Perhatian: Pesakit tekanan darah rendah & pesakit gastrik tidak boleh minum roselle.

* Jangan makan roselle, minum air rendamannya sahaja.

* Tiada laporan kesan sampingan walaupun Gum Arabic dimakan dengan banyak. Jika ada tanda-tanda anda tidak sesuai minum Gum Arabic, seperti sakit pinggang yang kuat dan lain-lain, berhenti minum Gum Arabic.

*Jika anda ada masalah kesihatan untuk makan Gum Arabic, dapatkan nasihat doktor anda.

*Pengambilan Gum Arabic menyebabkan mudah buang air besar dan pembuangan angin pada peringkat awal pengambilannya.

SELEPAS BUKA BUNGKUSAN, SILA SIMPAN DI DALAM BEKAS YANG KERING DAN BERTUTUP RAPAT

Peringatan:

1. Patuh nasihat doktor anda. Jangan berhenti makan ubat-ubatan yang diarahkan oleh doktor kecuali atas nasihat doktor.

2. Bagi pesakit buah pinggang dinasihatkan agar jangan minum susu, atau makan makanan atau minuman daripada produk tenusu, hadkan pengambilan makanan berprotien, kecuali dalam kadar yang disyorkan oleh doktor, jika anda terus minum susu, makan produk tenusu dan tidak mengawal pengambilan protien, anda hampir pasti akan gagal megatasi masalah buah pinggang anda, anda seolah-olah menyekat aliran sungai dengan tapak tangan.

3. Jika anda makan antibiotik amoxcillin, makan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum atau selepas makan gum arabic (gum arabic menghalang penyerapan amoxcillin menyebabkan ia tidak berkesan sebagai antibiotik).

4. Pesakit yang perlukan dialisis teruskan dialisis, dialisis diteruskan semasa makan al-Manna ini, jangan berhenti dialisis kecuali atas nasihat doktor.

5. Bagi pesakit kronik dinasihatkan dapatkan nasihat doktor.

Menjawab tuduhan bahawa Erdogan adalah pemimpin sekuler.



Menjawab tuduhan bahawa Erdogan adalah pemimpin sekuler.

Siapakah Erdogan..?

Bagaimanakah kaedah Erdogan menangani perlembagaan sekuler yang sudah menjadi perlembagaan Turkey sejak sekian lama untuk mengembalikan islam sebenar?

Apakah Perkara yang merupakan Strategi Erdogan yang dicontohkan dari Rasullullah saw..?

Dijelaskan Jawapan2nya Oleh Ustaz Kapten Asri Khalid bagi menjawab persoalan dimana kalau sesiapa yang menentang Amerika je digelar Terrorist,

Rabu, 20 Julai 2016

Pasukan Asad kehilangan banyak tentara dalam pertempuran terbaru di Aleppo dan Latakia

ALEPPO (Arrahmah.com) – Pasukan rezim Nushairiyah pimpinan Bashar Asad gagal membuat kemajuan baru di utara Aleppo, kamp Handarat, setelah pertempuran pada Selasa (19/7/2016) pagi dalam upaya untuk mencapai kemajuan di sepanjang jalan Kastello.

ElDorar AlShamia melaporkan bahwa di ruang operasi Fatah Halab, pejuang Suriah berhasil membunuh setidaknya 10 tentara Asad dan melukai serta menangkap beberapa lainnya. Mereka juga menghancurkan senjata kaliber 23mm dan 57mm di bukit Al-Madafa di depan kamp.

Di provinsi Latakia, para pejuang Suriah berhasil mendapatkan kembali kontrol atas kota Kisabba dan Castel of Chlef, setelah pasukan Asad berupaya maju ke dua titik pada Senin malam dan pejuang Suriah melancarkan serangan balik menyerang pasukan Asad dan membunuh sedikitnya 25 tentara.

Lebih dari 400.000 orang tinggal di lingkungan timur Aleppo yang dikuasai oleh pejuang Suriah, mereka menderita karena pengepungan setelah pasukan Asad memotong jalur suplai di jalan Kastello beberapa hari yang lalu. (haninmazaya/arrahmah.com)

Pasukan Asad kehilangan banyak tentara dalam pertempuran terbaru di Aleppo dan Latakia

Selasa, 12 Julai 2016

Khasiat Madu Lebah dan Pantang Larangnya



Sabda Rasulullah swt., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Khasiat Madu Lebah

A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

1. BAYI/KANAK-KANAK:

a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:

a) membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:

a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:

a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):

a) Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:

a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

7. IBU MENGANDUNG

a) Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata. b) Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

8. ANAK DALAM KANDUNGAN

a) Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
b) Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
c) Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
d) Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e) Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

a) Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
b) Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
c) Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
d) Mengelak dari kembung perut bayi.


10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

a) Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
b) Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

Mengikut Prof H.A. Schuette dari Jabatan Kimia, Universiti Wisconsin mendapati madu yang bewarna gelap mengandungi kandungan zat kuprum, zat besi dan manganese yang lebih tinggi. Madu juga kaya dengan vitamin dan zat galian penting membabitkan vitamin A dan B kompleks, C dan E juga zat galian termasuk kalsium, fosforus, sulfur, karbon, magnesium dan sebagainya. CARA MENGUJI KETULENAN MADU LEBAH ASLI

1. Ambil mancis api, kemudian bakar madu lebah tersebut. Madu Asli akan membuat mancis aka terus menyala.
2. Titiskan madu di alas kertas. Madu asli tidak akan tiris.
3. Ambil sesudu madu,kemudian masukkan ke dalam air putih. Madu Asli lebih tumpat daripada air.
4. Titiskan madu pada kuku. Madu Asli akan memakan masa untuk menitik.
5. Masukkan madu ke dalam plastik aiskrim dan simpan di dalam freezer. Madu Asli tidak akan beku atau keras. (Madu kenyal seperti agar-agar/jeli dan cair selepas 10 minit di keluarkan dari freezer)
6. Ambil 2 sudu besar madu lebah campurkan sebiji kuning telur Kuning telur akan separuh masak.

Kenapa Madu Tualang agak tinggi dari biasa?

Sebenarnya harga bergantung kepada 3 sebab utama iaitu:

1. KEASLIAN MADU. Kebanyakan madu lain di campur dengan air, asid benzoik dan sebagainya
2. JENIS MADU. Terdapat beberapa jenis madu lain seperti:
a. madu lebah yang diternak secara komersil (Memang murah tapi khasiat kurang kerana lebah yang diternak hanya memakan benda yang disediakan sahaja. Menurut kata pemburu lebah madu tualang, lebah ini seolah-olah sama dengan ayam daging.
b. madu lebah hutan

PERINGATAN:

1. Bersifat PANAS. Tidak boleh simpan dalam peti ais kerana akan rosak dan juga tidak boleh disimpan dalam almari bertutup rapat.
2. Pekat dan rasa manis semulajadi *bukan manis seperti gula merah/gula putih/buah
3. Kebaikan madu ASLI lebah Tualangi. Tiada expiry date jika disimpan dalam suhu biasa.
ii. Madu yang kami bekalkan TIDAK dicampur bahan pengawet (asid benzoik)
iii.TIADA bahan pewarna dan TIADA bahan perasa tiruan

4. Tidak boleh disimpan dalam botol plastik kerana sifat panas madu. SILA tukarkan dengan botol kaca sekiranya ingin menyimpan lama.

CARA PENGGUNAAN:

Dewasa : Minum 1 camca teh 2 kali sehari (Pagi/Malam) sebelum makan. (Untuk mengekalkan khasiat madu tualang, anda dinasihatkan menggunakan sudu yang diperbuat dari bahan plastik)

Kanak-kanak: Gunakan camca kecil

Minima minum ialah 3 kali sudu teh dalam sebulan.

Apabila di minum satu sudu teh, ia berasa sedikit panas di dalam dada. Ini bukan kesan sampingan tetapi sebaliknya ia adalah proses biasa pendetokfikasi atau penyah toksin dalam hati/darah. Selepas itu ia membantu proses pembinaan metabolisma sel darah.

Juga oleh dibancuh dengan air suam, tambahan dalam masakan mengikut sesedap rasa seperti masakan ayam madu dengan aroma dan rasa yang lazat.

MADU lebah tualang memang memiliki kelebihan berbanding madu yang dihasilkan oleh lebah ternak. Antara ciri penting yang begitu sinonimdengan madu ialah paras gula atau sukrosa dan kepekatannya. Menurut pegawai Lembaga PemasaranPertanian Persekutuan FAMA Daerah Padang Terap Azmi Ishak kualiti madu boleh diuji di Pusat Memproses Madu Lebah didaerahnya.

Kepekatan madu bergantung kepada kematangannya ketika dikutip Madu matanglebih pekat dan berwarna kuning kemerahan. Madu tualang juga mempunyai kandungangula di antara 0 5 hingga lima peratus dan airtidak kurang 22 peratus .Selepas ketulenannya disahkan madu tersebut akan ditapis untuk tujuan pembersihan dan dimasukkan ke dalam mesin penyah lembapan untuk proses menyejat kandungan air sehingga ke paras yang ditetapkan jelas Azmi

Menurutnya proses tersebut dilakukanuntuk mengelak madu menjadi masam dan memudahkan proses pembotolan. Lantaran paras sukrosa yang rendah Azmi menambah madu tualang sangat sesuai untuk diambil oleh semua peringkat umur daripada kanak -kanak hingga warga emas. Malah pesakit diabetes juga boleh mengambil madu tualang yang disahkan asli keluaran FAMA di bawah jenama Agromas .

Begitupun ada pantang bila makan madu Jangan makan madu dalam masa empat jam anda makan ubat .Selain itu hindari mencampur madu bersama tembikai kerana tindak balas kimia yang terhasil daripada percampuran dua makanan itu boleh mendatangkan reaksinegatif pada tubuh katanya.

Sumber:kosmo

Ahad, 10 Julai 2016

PETUA MERAWAT PENYAKIT ASMA (PENAT)

KHASIAT HATI UNTA KERING



Unta merupakan haiwan yang sangat kuat bernafas walau di lingkungan padang pasir.

Atas kuasa Allah Subhanahu wa Ta'ala hati haiwan ini menjadi wasilah dalam penyembuhan penyakit asma.
Setiap penyakit pasti ada ubatnya, semoga anda, keluarga dan rakan disembuhkan dengan wasilah hati unta ini.

Berasal dari hati unta yang sihat dan dikeringkan terus di Arab Saudi (Madinah) sehingga terjaga kualiti dan khasiatnya.

Ubat mujarab mengubati asma dan gangguan paru-paru. Pelbagai Cara utk makan:

1. Boleh rebus sedikit, kemudian campur dgn air dan minum airnya.

2. Boleh goreng hati itu dan di makan begitu sahaja

3. Boleh dibakar sedikit/goreng tanpa minyak, tumbuk dgn halus kemudian makan serbuknya atau dicampur air/telur+madu