Sabtu, 30 Mac 2013

BONGKAR! Surat Pekeliling Kerajaan Malaysia Bab Bible Menggunakan Bahasa Malaysia Didedahkan?

Kristian Sabah, Sarawak boleh guna kalimah Allah

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi.

Langkah itu juga mengambil kira kebiasaan penduduk Islam di kedua-dua negeri berkenaan terhadap amalan penganut Kristian itu.

Bagaimanapun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, penganut Kristian dan pihak gereja di Semenanjung tetap tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam sebarang upacara keagamaan termasuk penerbitan.

Larangan tersebut katanya, turut melibatkan penganut Kristian Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung.

''Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu ini kerana ia sudah menjadi tradisi mereka.

''Malah saya pernah hadir di dalam satu upacara sembahyang di sebuah gereja kaum Iban dan saya mendengar perkataan Allah disebut di gereja berkenaan,'' katanya seperti dipetik oleh akhbar The Borneo Post hari ini.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan dari Borneo Post, Utusan Borneo dan Oriental Daily di pejabatnya di sini semalam.

Isu penggunaan kalimah Allah telah mencetuskan kontroversi apabila akhbar Herald-The Catholic Weekly telah membuat tuntutan menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya baru-baru ini.

Tuntutan itu dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Disember lalu tetapi pelaksanaannya ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai.

Ketika ditanya mengapa perlu ada dua peraturan mengenai penggunaan perkataan Allah di antara penganut Kristian di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak, beliau berkata, ia bukan satu amalan yang unik.

Mengulas lanjut Mohamed Nazri berkata, situasi di Semenanjung amat berbeza dengan Malaysia Timur kerana perkataan Allah hanya mula diperkenalkan dalam penerbitan dan upacara sembahyang penganut Kristian beberapa tahun lalu.

''Umat Islam di Semenanjung tidak dapat menerimanya kerana perkataan Allah tidak pernah digunakan di dalam upacara agama (Kristian) sehinggalah baru-baru ini.

''Oleh itu mereka (umat Islam) telah mempersoalkan motif di sebalik penggantian perkataan Tuhan dengan perkataan Allah,'' jelasnya.

Jelas Mohamed Nazri, Perlembagaan Persekutuan juga telah menetapkan bahawa agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan masyarakat Melayu Islam dan ia berkuat kuasa di semua negeri di Malaysia.

Dalam pada itu beliau berkata, penganut Kristian perlu sedar bahawa penggunaan kalimah Allah sama ada di dalam upacara agama atau di dalam penerbitan di Semenanjung merupakan satu perkara yang amat sensitif bagi umat Islam.

''Kerajaan sebenarnya bertanggungjawab untuk menghentikan sebarang tindakan provokasi yang boleh mencetuskan huru-hara khususnya yang menyentuh isu agama dan kaum walaupun tiada undang-undang menyatakan ia salah.

''Sebagai contoh, tiada undang-undang yang menyatakan memijak kepala lembu salah tetapi apabila dilakukan oleh sekumpulan orang Melayu di hadapan kuil, tindakan terpaksa kita ambil atas alasan mereka tidak menghormati agama Hindu,'' tambahnya.

Mereka yang benarkan penggunaan kalimah Allah di Bible boleh jadi murtad: Nooh Gadut

JOHOR BAHRU: Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata mereka yang membenarkan penyelewengan penggunaan kalimah Allah boleh jadi murtad dan perlu bertaubat dengan segera.

Katanya, kalimah Allah adalah hak mutlak agama Islam serta mereka yang mengucap dua kalimah syahadah iaitu kalimah penyaksian, sumpah setia dan akujanji terhadap keEsaan Allah S.W.T.
"Apabila sesuatu hukum telah tercatat di dalam Al Quran dan Hadis, selain ijmak ulamak, maka ia tiada kompromi.

"Daripada segi hukum kalau seseorang itu melanggarnya, dia boleh jadi murtad dan kafir sekiranya perbuatan itu dilakukannya dengan keadaan sengaja dan waras," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Wakaf dan Perancangan Harta Pusaka Islam, di sini hari ini.

Katanya, di dalam Al Quran jelas menerangkan kalimah Allah adalah kalimah eksklusif untuk orang Islam sepertimana dalam Surah Thaha ayat 14 maksudnya, "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku".

"Jadi jelas barang siapa yang mengatakan agama semua sama, hukumnya murtad.

"Kerana itu apabila bercerita tentang akidah dan hukum, ia tidak boleh ditafsirkan mengikut politik sama ada politik pembangkang atau politik kerajaan," katanya.
Nooh berkata, jika penggunaan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible versi bahasa Melayu ia akan menimbulkan kekeliruan kerana menurutnya di dalam agama Kristian itu sendiri terdapat tiga nama tuhan.

Beliau turut menegur sikap pihak tertentu yang seolah-olah sengaja menguji keharmonian negara dengan menganggu kontrak sosial yang selama ini menjadi tunggak kepada keamanan negara.

"Jika permasalahan ini tidak diselesaikan dengan segera ia boleh menyebabkan huru hara dan kepada mereka yang berkenaan, jangan melampau kerana saya bimbang akan sampai ketika umat Islam tidak akan dapat menahan sabar demi mempertahankan akidah, nanti 'yang menang jadi arang yang kalah jadi abu'.

"Nasihat saya kepada yang Islam itu, betulkanlah segera akidah mereka dan yang bukan Islam, berjaga-jaga, jangan sampai umat Islam hilang sabar," katanya. - BERNAMA

Khamis, 28 Mac 2013

UMNO WUJUD PUSAT LATIHAN PENGKHIANAT ... DARI BUDAK SAMPAI KEPADA BAPA

MAHATHIR PUN DAH KATA ....
"AHLI-AHLI UMNO YANG TINGGAL TIDAK CERDIK".... TU MAKSUDNYA MACAM INI LAH..... "BODOH"

MASIH KECIL UMNO DIDIK BUDAK JADI PENGKHIANAT
Kejadian berlaku di Sg Kantan, pengkhianat bendera berjaya ditangkap. Rupanya budak je, dan dalangnya telah dikenalpasti. Bersabar tak perlu berkasar.....takkan menang dengan khianat dan kekasaran ... semoga dalang tersebut diberi hidayah ...

BILA PUAKA UMNO TUDUH PAS SESAT DAN LARI DARI AKIDAH ......
YANG INI MACAMAN PULAK
?

Gambar: sambil2 tunggu pembubaran parlimen..ni admin nak kongsi fakta sikit dengan korang...kita berhujah dengan FAKTA...bukan AUTA..

Umat Islam HARAM undi umno BN...

korang fikir la...adakah umno BN ni satu parti yang betul2 membawa rakyat ke arah kebaikan atau lebih banyak ke arah kemungkaran?

kalau korang dah tak reti nak fikir, ni admin bagi sebahagian...kita kongsi bersama...umno BN haram tahap haramjadahhhhhh...

Ayuh semua Rakyat Malaysia!!!!

Tolak BN..Tumbang BN..
Undilah Pakatan Rakyat...

Takbir!!!!!!!!!!!!!!!
Ini Kali lah!!!!!!!!

like page : https://www.facebook.com/ambang13anakMudaBangkit

-Admin

HARAM UNDI UMNO .... !!!!

SIAPA PAPAGOMO ? HERO FITNAH

Gambar: Papa gomo ini bajet hebat..rupanya..bila Mahkamah suruh datang..lari pastu tak nak mengaku dia punya blog..dulu bukan main lagi..nak ugut sebarkan video lucah..macai3...

Papa gomo ini bajet hebat..rupanya..bila Mahkamah suruh datang..lari pastu tak nak mengaku dia punya blog..dulu bukan main lagi..nak ugut sebarkan video lucah..macai3...

Persoalan yang perlu dijawab oleh Ketua Polis Negara 
1) Siapa kah lelaki disebelah beliau???
2) Adakah Tuan kenal individu didalam gambar tersebut?
3) Adakah nama individu disebelah Tuan bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris / PAPAGOMO?
4) Dimanakah gambar ini diambil? Kediaman Tuan atau Kediaman individu disebelah Tuan?
5) pakah hubungan Tuan dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo..?
6) Adakah Tuan tahu bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo ialah Bekas Anggota Polis yang telah dibuang kerja kerana kesalahan Rasuah..?

7) Adakah hubungan istimewa Tuan dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo menjadi sebab utama mengapa Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo tidak pernah dikenakan sebarang Tindakan atau Pertuduhan walaupun berkali2 mengeluarkan artikel lucah dalam blog beliau..? 
 
 NAH, ni watak sebenar rumber rujukan media Umno dan macai2 Umno di alam maya...bekas penjenayah rupanya...itu belum jenayah2 yg terselemat kerana dicover oleh ehem3...jenayah dlm polis, jenayah di alam cyber,, jenayah dlm keluarga sendiri (pukul bekas isteri/rampas anak) n 'jenayah' dgn agama (xperlu sebut)...

Kalau dalam Islam, org fasik xboleh jadi saksi, xboleh jadi wali, xboleh jd imam etc, tapi bagi macai, PG adalah sumber untuk menjatuhkan seterus politik demi mempertahankan putrajaya. 
Bekas penjenayah rupanya...itu belum jenayah2 yg terselemat kerana dicover oleh ?????...jenayah dlm polis, jenayah di alam cyber,, jenayah dlm keluarga sendiri (pukul bekas isteri/rampas anak) n 'jenayah' dgn agama (xperlu sebut)...

Selain pendedahan tentang sikap negatif PAPA GOMO terhadap bekas isterinya, admin juga akan dedahkan gambar2 jelas dan berwarna PAPA GOMO bersama pemimpin2 umno/BN...bukti mereka 'sepakat dari dalam'....jangan lepas ni PG nafi lagi, "itu bukan PAPA GOMO"....kikiki
* Isu PAPA GOMO ni hanyalah selingan shj, bkn isu besar..harap kita jgn terlalu fokus PG hingga isu2 besar yg lain terganggu..."UMNO itu rasis, BN itu korup, PG itu bacul...PM Najib harus segera undur!" (pinjam motto PG..kiki)
 
Gambar: Selain pendedahan tentang sikap negatif PAPA GOMO terhadap bekas isterinya, admin juga akan dedahkan gambar2 jelas dan berwarna PAPA GOMO bersama pemimpin2 umno/BN...bukti mereka 'sepakat dari dalam'....jangan lepas ni PG nafi lagi, "itu bukan PAPA GOMO"....kikiki

* Isu PAPA GOMO ni hanyalah selingan shj, bkn isu besar..harap kita jgn terlalu fokus PG hingga isu2 besar yg lain terganggu..."UMNO itu rasis, BN itu korup, PG itu bacul...PM Najib harus segera undur!" (pinjam motto PG..kiki) 
 
Selasa, 26 Mac 2013

Penyempurnaan pengkebumian Almarhum Syeikh Mohamad Abdullah

BELASUNGKAWA: Penyempurnaan pengkebumian Almarhum Syeikh Mohamad Abdullah

BELASUNGKAWA: Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri DiRaja menziarahi jenazah Almarhum Syeikh Mohamad Abdullah di rumahnya di Madrasah Makarimul Akhlak di Pekan Langgar, Pokok Sena selepas Asar semalam (25 Mac 2013).

Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah, Syeikh Mohamad Abdullah

Isnin, 25 Mac 2013

Kehilangan Tiga permata serentak pada 13 Jamadil Awal 1434H bersamaan 25 Mac 2013

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)

Kehilangan Tiga permata serentak pada 13 Jamadil Awal 1434H bersamaan 25 Mac 2013..Hujan lebat membasahi bumi mengiringi pemergian kekasihNya....

Ulamak meninggalkan dunia..Dunia ini dah semakin dekat...:(

1) Tuan Guru Haji Ali Kedah : Mengajar Tasawuf (kitab Hikam ) di Masjid-masjid di Alor Setar. Akhlaknya indah. Murabbi selalu cerita mengenainya.

2) Tuan guru Hj Muhammad Abdullah : Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah.

3) Dr Uthman El Muhammady yg telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur.

4)
Syeikh Mohamed Said Ramadan al Bouti (Ulama besar Syria yang juga mujtahid)
Sabda Rasulullah s.a.w:

عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي االله عنهما يقول : سمعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقولُ : إن الله لا يقبضُ العلمَ انتِزاعاً ينزعُهُ من الناسِ ولكن يقبِضُ العِلم بقبضِ العُلم حتى إذا لم يترُكْ عالما اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسُئِلوا فأفتَوا بغير علم, فضلوا واضلوا -مسلم

Daripada Abdullah bin 'Amru fin al 'Ash Rodiyallahu 'anhuma, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Bahawasanya Allah s.w.t tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekali gus dari dada manusia, tetapi Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama'. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama', orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka, dan apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang yang lain - (Riwayat Muslim)

Al-Fatihah....-Jahar
 Inalillah Wa'inalillah irujiun..
[Al-Fatihah] Mac 2013, Dunia telah kehilangan 3 Ulama' tersohor. Semoga Allah merahmati meraka.

1.Syeikh Mohamed Said Ramadan al Bouti (Ulama besar Syria yang juga mujtahid)
2.Syeikh Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady (Ulama besar Malaysia)
3.Syeikh Muhammad Abdullah (ketua Dewan Ulama PAS Kedah)

Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (HR Bukhari)

[SHARE]

Doa terakhir Syeikh Ramadhan Al-Bouti :

Kami memohon kepada-Mu ya Allah,
Dengan kasih-Mu kepada kami,
yang dibuktikan dengan keimanan kami kepada-Mu,
... yang dibuktikan dengan penyerahan diri kami kepada-Mu,
yang dibuktikan dengan pertemuan kami sebagai tetamu kepada-Mu, agar Engkau memperkenankan doa kami.

Kembalikanlah kepada kami keamanan dan kesejahteraan,
wahai Tuhan bagi negeri Syam,
Tuhan sekalian alam.. kembalikanlah ia ya Allah, sebagai kegembiraan yang mengisi hati-hati kanak-kanak yang diuji. Kembalikanlah ia ya Allah sebagai kegembiraan yang mengisi hati-hati wanita-wanita kami.

Kembalikanlah ia ya Allah sebagai kegembiraan yang mengisi hati-hati para tawanan yang dikeluarkan dari rumah-rumah mereka, yang dikeluarkan dari tempat tinggal mereka,wahai Tuhan sekalian alam.

Wahai Tuhan semulia-mulia yang tempat meminta,
wahai Tuhan semulia-mulia pemberi, sesiapa yang merancang kejahatan terhada kami maka kembalikanlah perancangan mereka itu kepada diri mereka sendiri,
dan sesiapa yang memusuhi kami,
Engkau musuhilah dia.

Wahai Tuhan kami yang Maha Menganugerahkan,
kami memohon kepada-Mu kasih sayang yang Engkau letakkan di hati-hati setiap ayah dan ibu terhadapa anak-anak mereka,
kami memohon kepada-Mu kasih sayang yang Engkau tinggalkan di hati-hati binatang buas terhadap anak-anaknya,
kami memohon kepada-Mu kasih sayang yang dengannya semua jin dan manusia merasai keamanan hidup didunia ini,
dan kami memohon kepada-Mu kasih sayang dihari akhirat yang Engkau sediakan untuk hamba-hamba-Mu yang beriman pada hari kebangkitan, pada hari semua manusia bangkit untuk menerima pembalasan,kami memohon kepada-Mu ya Allah dengan kasih sayang-Mu terhadap kami agar Engkau segerakan kemenangan buat kami, agar Engkau segerakan kesudahan bagi penderitaan yang kami alami ini.

Sabtu, 16 Mac 2013

PERTAHANKAN HAK KITA DI KELANTAN

Tazkirah oleh YB Dato Ustaz Hj Mohd Nassuruddin Hj Daud, Speaker DUN Kelantan di Majlis Perasmian Ekspo Kelantan 2013 — di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

Jumaat, 15 Mac 2013

Dosa Besar Umno Terhadap Rakyat & Umat Islam...

Dalam PAS sekarang menular satu penyakit, yakni penyakit percaya yang UMNO ini boleh diharap untuk berjuang Islam.

Lantaran itu, saya terpanggil menulis senarai beberapa dosa besar yang di halal kan dalam UMNO. Semoga senarai ini dapat menyedarkan ahli-ahli dan aktivis-aktivis PAS betapa jahilnya pemikiran sedemikian rupa.

1. QAZAF : UMNO secara terbuka menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim meliwat tanpa membawa 4 saksi yang utama. Sehingga hari ini perbuatan ini tidak pernah dihentikan atau ditegur oleh kepimpinan-kepimpinan UMNO seluruhnya termasuk mufti kegemaran mereka, Harussani Zakaria (yang tak fasih cakap Arab).

2. JUDI : UMNO sejak penubuhan telah meluluskan “Loteri UMNO” yang telah dijual dan dijadikan aktiviti ekonomi untuk UMNO. Yang terbaru adalah Najib Tun Razak meluluskan lagi 10 lesen “Special Draw”/Judi tidak berapa lama dahulu. Dengan kata lain, aktiviti-aktiviti judi ini sudah menjadi darah daging UMNO dan mereka tidak melihat akviti ini sebagai haram.

3. ARAK : UMNO yang mendokong polisi “menjual arak untuk keuntungan”. Dalam negara-negara Scandinavia, yang tiada peruntukan “Islam sebagai Agama Persekutuan” dalam perlembagaan mereka, arak tidak diizinkan dijual untuk tujuan mencari keuntungan. Arak hanya dibenarkan dijual hanya untuk memenuhi keperluan dalam negeri semata-mata.

Di Malaysia, UMNO menyokong penjualan arak untuk tujuan keuntungan sehingga saham-saham Calrsberg dan Guiness-Anchor adalah antara saham kualiti tinggi (“blue-chip”) di KLSE.

Begitu semangat UMNO menyokong aktiviti arak di Malaysia sehingga ada 3 orang Melayu duduk di dalam LEmbaga Pengarah Calrsberg dan 2 orang Melayu duduk dalam lembaga Pengarah Guiness-Anchor. Sepatutnya, Kementrian Kewangan boleh campur tangan menghalang perlantikan ini, tapi UMNO membiarkannya sahaja. Mengapa? Kerana industri arak ni halal bagi UMNO.

4. PENOLAKAN HUKUM SYARIAH ISLAM: Tak payah komen la. Sampai hari ni, UMNO tidak mahu mengubah Perlembagaan Malaysia membenarkan hukum Syariah Islam dijalankan dengan sepenuhnya di Kelantan dan Terengganu.

Menarik untuk disebut: dalam forum di Kelantan baru-baru ini, wakil UMNO telah mencabar PAS untuk membentangkan “Private Bill” bagi memudahkan perjalanan hukum Syariah. Ustaz Nik Amar menjawab, wakil UMNO itu tak pernah masuk Parlimen. Maka dia tak tau.

Setiap “Private Bill” harus mendapat lampu hijau dari Menteri yang bertanggungjawab (dalam isu hukum Islam, Menteri tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Zahid Hamidi).

Setakat ini, UMNO tidak pernah bagi apa-apa lampu hijau untuk mana-mana Undang-Undang seperti ini dibenarkan.

Pokoknya mudah. Kalau UMNO sanggup menyokong hukum Islam terlaksana di Malaysia, siapa yang boleh menghalang? DAP pun takkan menentang kerana pada waktu itu, MCA pun terpaksa sokong hukum Islam. Lebih2 lagi hukum Islam hanya tertakluk kepada orang2 Islam sahaja.

Tak jadi isu walau sedikit pun. Isunya adalah UMNO MENOLAK HUKUM SYARIAH ISLAM

5. FITNAH : Agen fitnah UMNO adlaah media-media mereka i.e. Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 Suku dsbnya. Dah berapa kali diorang ni kena saman. Baru2 ni Sdr Mahfuz sendiri menang saman terhadap media2 milik UMNO ini. Namun UMNO tetap meneruskan aktiviti memfitnah dan menista mereka terhadap sesama Islam

Secara pribadi, saya telah berhenti membaca dan mempercayai Utusan Meloya dan Berita Hairan semenjak peristiwa Memali lagi. Sah PENIPU dan PEMBOHONG.

6. PENIPU : Tak payah komen la. Benda yang maklum

g. KORUPSI : Lagi tak payah komen. Dalam UMNO sekarang ni, sapa tak korupsi tu yang dipandang serong. Sedangkan korupsi ni HARAM mengikut IJMAK ULAMA. Tapi, bagi UMNO, makan duit haram tu tak jadi masaalah. Dalam UMNO ni, hanya BABI sahaja yang haram. Yang lain, kao bedal la

7. SIHIR : Rujuk kes Mona Fendi. Tanya la sesiapa sahaja dalam UMNO pasal amalan sihir dalam UMNO. Semua akan akui betapa meluasnya amalan sihir dalam UMNO.

8. BEKERJASAMA DENGAN MUSUH ISLAM :Rujuk artikel saya berkenaan Ucapan Najib Tun Razak di Heritage Foundation di mana Dato Najib berbangga membantu usaha Amerika dalam memerangi “keganasan” (Baca: memerangi Islam).

Sebagai penutup, janganlah termakan dengan kata-kata seperti “Bekerja dengan UMNO lebih Syariee berbanding dengan DAP”. Perkataan macam ini datang dari ulama-ulama yang menjual agama untuk kepentingan dunia. Bukan datang dari ulama yang “mukhliseen”.

Apa bezanya DAP dengan UMNO? Yang saya tahu seorang pemimpin DAP terpaksa merengkok dalam penjara kerana mempertahankan seorang gadis yang diperkosa salah seorang pemimpin UMNO. Itu sahaja.

Rabu, 13 Mac 2013

Gambar Mayat Penceroboh Lahad Datu [OP DAULAT]

Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien pada pukul 4 petang tadi, Ahmad Zahid berkata sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan.

Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya gambar mayat pengganas yang ditemui dalam sebuah kubur.

Turut diedar ialah gambar anggota forensik diserang penceroboh ketika sedang memeriksa sebuah kubur dikampung itu dan senjata yang dirampas pasukan keselamatan.

Senjata yang berjaya dirampas dari pengganas
Anggota Forensik yang diserang dan kubur mayat pengganas
Mayat pengganas yang ditembak pihak keselamatan
Mayat pengganas yang ditanam dalam sebuah liang kubur
Gambar-gambar ini menunjukkan pasukan keselamatan kita mempunyai kebolehan yang tinggi dalam menjalankan operasi ini. Ia bukan sandiwara. 
Serentak itu, Ahmad Zahid membidas sikap segelintir media sosial yang memperlekehkan barisan hadapan pasukan keselamatan kononnya ia adalah sandiwara.
"Ya Allah Ya Tuhanku.. Engkau lindungilah saudara-saudara kami dibumi Sabah, dan Engkau lindungilah para pejuang kami, Engkau tingkatkanlah semangat juang mereka hilangkan rasa gementar mereka, permudahkanlah segala urusan mereka, bantulah mereka seperti mana Engkau membantu tentera-tentera Islam yang lain. Engkau bukakanlah hati para pengganas supaya mereka keluar dari Sabah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang tiada tempat kami hambaMu ini meminta pertolongan selain dari Mu"

Sabtu, 9 Mac 2013

UMNO PENCETUS KEKACAUAN .. HUJAH TAK DIDENGAR SALAKAN KEJI DIJAWAB ... MANA NILAI ISLAM

muka inilah yang jadi tukang baling batu di ceramah bukit katil

PANAS! BUDAK SEKOLAH JUGA DIUPAH MENJADI SAMSENG UMNO!
Demi menghalang kebangkitan rakyat di Melaka, BN sanggup mengupahkan budak sekolah sebagai samseng mereka.

Budak-budak lelaki dan perempuan yang berusia rendah ini bukan sahaja cuba untuk mencabar kesabaran penyokong-penyokong Pakatan, tetapi juga maki penyokong-penyokong Pakatan dengan perkataan kasar dan lucah...

Nampaknya BN sanggup mengorbankan masa depan budak-budak sekolah demi kebudayaan samseng mereka ni.

Dimanakah masa depan anak cucu kita? Dimanakah masa depan Malaysia ?? Jika Barisan Nasional terus mentadbir selepas PRU-13...

Selasa, 5 Mac 2013

MENAMPILKAN DATUK SHAMSUBAHRIN, ORANG YANG PENTING DALAM ISU NFC....WAJIB DENGAR...KEMUCULAN PERTAMA BELIAU..

Ni satu lagi kenyataan yg sengaja mahu menimbulkan keresahan dikalangan rakyat Malaysia... Nur Misuari pengasas Moro National Liberation Front (MNLF) yg sering hadir sebagai jemputan terhormat dlm Perhimpunan Agung UMNO secara tiba tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Sarawak adalah kepunyaan bangsamoro... hmm Sulu claim Sabah dan sekarang Moro claim Sarawak....pertanyaan aku sebagai rakyat marhein.. adakah rejim UMNO akan menyenaraihitamkan dia sebagai tetamu yg tidak layak masuk keMalaysia seperti Nick xenophon dan Grace dari Taiwan..??

Isnin, 4 Mac 2013

Apa persamaan antara LAHAD DATU & BUKIT JENDALIK..??

Apa persamaan antara LAHAD DATU & BUKIT JENDALIK..??

FAKTA YANG PATUT KITA KAJI DI LAHAD DATU
UMPAMA PERISTIWA DI BUKIT JENDALIK ( SAUK , PERAK )..

1. Kenapa penceroboh yang lainnya lepas lari.

2. Dimana letaknya radar Rotello buatan Italy yang canggih sehingga sampan kecil pun dapat dikesan.

3. Kenapa pihak polis yang terlibat bukannya tentera.

4. Adakah tentera laut, dan polis merin tidak mengawal kawasan yang sisyaki laluan ke Tawi-Tawi .

5.Peranan tentera di perkecilkan

6. Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang tak masuk akal.

7.Ketua gerombolan adalah menantu kepada Ketua Caw Umno Sg Bilis.

8.HJ Musa pemimpin No 2 pula adalah besan kepada Ketua cawangan Sg Nyamuk kerana anak lelakinya bernikah dengan anak Hj Musa.

10. Berbalik kepada peristiwa pencerobohan yang kini makin kritikal menghirankan kenapa penceroboh itu dibiarkan sampai berminggu?

11. Kalaulah benar Sabah adalah daerah dan jajahan takluknya pihak kesultan Sulu boleh menuntutnya di mahkamah timbang tara dunia, (ICJ

12. Malaysia sepatutnya perlu segera meminta penjelasan dari kerajaan Filipina mengenai status penceroboh itu. Apakah ianya di bawah perlindungan Filipina ataupun mereka bergerak sendiri?
Perdana Menteri Najib Razak tidak perlu berlembut dalam situasi kritikal dan mencabar kedudukan dan kedaulautan negara begitu. Mereka perlu dilengsaikan segera tanpa memberi masa tawaran yang agak panjang.

13.Meletak kepanjangan tempoh pencerobohan itu ada sangkut paut dengan kelemahan Najib sebagai pemimpin nombor satu negara serta para pakar perang negara kita dalam menasihati Najib.Hishamuddin macam biasa.Ta kbuat kerja.

14. Paksaan melepaskan jawatan itu juga akan terheret kepada sepupunya Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Degeri dan juga Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan. Mereka kena bertanggungjawab atas tragedi itu dan tidak boleh dianggap ia hanya seperti isu stadium runtuh atau jambatan (flyover) runtuh.

15.Menteri dalam negeri selalu flip flop...tarak tau apa...... “I confirm that our security forces have not taken a single shot but were shot at 10 a.m. this morning!” he tweeted. ("Saya mengesahkan bahawa pasukan keselamatan kita tidak melepaskan sebarang tembakan tetapi telah ditembak pada 10 pagi pagi ini!" Dia menulis dalam tweetnya.)

16, Rakyat tertanya tanya bagaimana satu kumpulan manusia yang besar bilangannya mampu menembusi perairan negara dengan senjata begitu mudah. Jika mengikut laporan kejadian, tentera kita yang terbunuh terkena serangan mortar, senjata yang dikira dalam kategori berat. Sangat merbahaya bagi keselamatan rakyat dan negara... Jika ianya satu kebenaran...

17. Tempoh hampir sebulan sangat pelik... apakah mereka sudah ada persediaan makanan yang banyak hingga mampu bertahan begitu lama... atau ada pembekal untuk mereka yang begitu ramai..

18. Darurat adalah satu cara menangguhkan PRU 13 yang telah hampir menemui tarikh luputnya. Najib sangat takut dengan tarikh PRU. Beliau seringkali memejamkan mata apabila ditanya bila nak umum PRU??

WRLR....

http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/03/fakta-yang-patut-kita-kaji-di-lahad.html#more