Rabu, 30 November 2016

Keajaiban Al-Fatihah


Al Fatihah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatihah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan 'mim' dan ada ayat yang akhirnya dengan 'nun'. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan. Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatihah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan.

1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu

Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia ingin menjadi jahat atau menjadi baik, mendapat rahmat atau mendapat laknat, mendapat bahagia atau celaka,menjadi kafir atau menjadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat.

Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatihah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Jika Surah al-Fatihah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan dilaknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.

2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan

Dalam seminggu itu sama ada manusia menjadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan.

Manakala agama lain, mereka menyembah Tuhan dan tidak melibatkan kesemua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan. Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

a. Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.

b. Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.

c. Kedua-dua lutut dan Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, "Hidupku dan matiku adalah untuk Allah." Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu, kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.

3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga

Al Fatihah ada tujuh ayat. Jika intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatihah. Kalau Al Fatihah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi

Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.

Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.

Malaikat juga menentukan hidup manusia. Mengapa? kerana ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.

Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin. Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia.

Firman Allah di dalam Al Quran: Maksudnya:

"Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, 'Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) .' Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan." (Al Ahqaf: 29)

Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.

5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh mendidik nafsu kita yang tujuh peringkat.

Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatihah yang tujuh itu. semakin kita hayati, semakin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia itu ada tujuh peringkat iaitu:

i-Nafsu ammarah.
ii-Nafsu lawwamah.
iii-Nafsu mulhamah.
iv-Nafsu mutmainnah.
v-Nafsu radhiah.
vi-Nafsu mardhiah.
vii-Nafsu kamilah.

Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatihah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatihah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatihah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatihah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.

Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.

Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu. Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatihah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatihah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatihah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.

Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat yang dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh wujudkannya dan Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang rohani yang diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan Al Fatihah ini yang dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan. Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.

Jadi di sini kita sudah nampak kebesaran Fatihah padahal baru memperkatakan kulit atau muqaddimahnya sahaja. Baru di pintu Fatihah, belum masuk ke dalam tetapi sudah nampak besar isinya. Oleh sebab itulah saya lebih suka mengatakan Al Fatihah itu 'Surah Yang Dapat Kemenangan' daripada menamakan ia 'Surah Pembukaan'.Kalau ulama masyhurkan Al Fatihah itu sebagai Surah Pembukaan kerana ia diletak di depan Al Quran, itu tidak salah tetapi bagi saya elok dimasyhurkan sebagai Surah Kemenangan sebab pengertiannya lebih luas. Ini kerana ia merangkumi semua kehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu dan lain-lain. Tuhan sendiri dalam menamakan surah ini menggunakan isim fi'il - 'yang telah mendapat kemenangan'. Lebih baik makna ini kita masyhurkan kerana Surah Fatihah itu menentukan seseorang itu mendapat kemenangan atau tidak sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Agar dengan itu hidup ini dipandang berat dan tidak disia-siakan. Jangan dianggap semuanya kebetulan. Ia ada hubung kaitnya dengan hidup kita.


Ahad, 27 November 2016

KULIAH JUMAAT: YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - 25 SAFAR 1438 / 25 NOVEMBER 2016



Diterbitkan pada 27 Nov 2016

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang -

Masjid Rusila, Marang, Terengganu.

Isnin, 14 November 2016

20161114 SR15 "KITAB BAKURATULAMANI" UST HELMI AS SYAFIE


Pengajian Mingguan
Kitab Bakuratulamani (SR 15 m/s 11 )

Di Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar

Sabtu, 12 November 2016

Khasiat atau manfaat bawang putih



Perlu diketahui , bawang putih akan memiliki khasiat yang optimal jika di konsumsi dalam keadaan mentah , segar dan masih aberwarna putih bersih.

Serta pilihlah Bawang putih yg umbinya penuh, tidak lunak, bebas dari kerusakan dan noda hitam serta tidak bertunas hijau. Khasiat dan kandungan Gizi bawang putih.

khasiat bawang putihKandungan gizi bawang putih sangat tinggi jika dibandingkan dengan jenis bawang lainya, berikut merupakan kandungan gizi yg terdapat dalam bawang putih :

1. Vitamin C
2. Mineral P, Ca dan K
3. Fe dan Vitamin B

Disamping memiliki kandungan gizi yang tinggi bawang putih juga memiliki khasiat yang tidak kalah hebatnya, diantaranya :

1. Mencegah dari keracunan makanan

Bawang putih mengandungi ciri-ciri antibakteria, antimikrob dan juga antivirus. Sebagai agen antibakteria yang kuat, ia mampu untuk membunuh bakteria yang merbahaya kepada badan manusia seperti salmonella, staphyloccocus dan e coli. Oleh itu, pengambilan bawang putih dapat mencegah daripada terjadinya keracunan makanan.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sifat antibakteria yang wujud pada bawang putih telah dikaji dan diakui sendiri oleh saintis terkenal Louis Pasteur pada tahun 1858. Pada zaman Perang Dunia Pertama dan Kedua, bawang putih telah dijadikan bahan ganti (apabila bekalan penisilin tidak mencukupi) untuk merawat askar-askar yang mengalami kecederaan, di mana ia didapati mampu menyembuhkan luka serta menghalang daripada jangkitan kuman dan gangrene.

2. Mengubat jangkitan kulat pada kulit

Bawang putih merupakan agen antikulat yang dapat melawan jangkitan kulat serta jangkitan yis. Bagi mereka yang mengalami jangkitan kulat seperti ringworm pada kulit, seriawan (thrush) atau athlete’s foot, anda boleh mencuba cara semulajadi untuk mengubati jangkitan tersebut iaitu dengan merendamkan kaki dalam besen yang mengandungi campuran air panas dan beberapa ulas bawang putih yang telah dilenyekkan.

3. Mengubati jerawat

Sifat anti oksida dan antibakteria yang terdapat pada bawang putih dapat membantu menyelesaikan masalah kulit muka yang berjerawat. Ciri antibakteria yang ada pada bawang putih mampu mengecutkan dan menghilangkan jerawat secara perlahan-lahan. Ia juga dapat bertindak untuk mengurangkan parut jerawat.

Kalau ada di antara anda yang tidak puas hati dengan keberkesanan produk yang telah dibeli di pasaran, cubalah manfaatkan kelebihan yang ada pada bawang putih ini. Tumbuk dua atau tiga ulas bawang putih dan sapukan pada bahagian kulit muka yang bermasalah. Kemudian bilas dengan air suam.

Kehadiran komponen allicin yang berasaskan sulfur boleh meredakan keradangan jerawat malah bintik-bintik hitam dan pori-pori juga dapat dikurangkan. Dan kalau anda nak tahu, bawang putih memang sudah lama digunakan dalam tradisi rawatan Ayurveda untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Jadi, cuba jangan tak cuba ya dik.

4. Menambahkan tenaga fizikal dan stamina

Anda cepat merasa letih? Selain daripada memakan supplemen yang dibeli dari farmasi, anda boleh juga mengamalkan pengambilan bawang putih secara konsisten kerana ia dipercayai mampu menambahkan tenaga fizikal, daya kekuatan dan stamina seseorang. Di zaman purba Mesir, golongan hamba abdi dan buruh pada ketika itu yang bekerja keras dalam pembinaan piramid di Mesir telah diberi makan bawang putih, dengan tujuan untuk meningkatkan tenaga fizikal mereka. Pemakanan bawang putih untuk peningkatan stamina ini telah turut juga diamalkan di kalangan atlet-atlet dan golongan askar dalam tamadun Yunani.

5. Mencegah serta menyembuhkan demam dan juga selsema

Kandungan antioksidan dalam bawang putih dapat merangsang sel-sel darah putih yang membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan mencegah daripada dijangkiti demam dan selsema.

Kalau dah terkena juga demam dan/atau selsema, tingkatkan pengambilan bawang putih agar anda cepat sembuh. Mintalah orang tersayang buatkan sup ataupun makanan lain yang menggunakan sekurang-kurangnya 2 atau 3 ulas bawang putih. Saranan yang lebih baik lagi adalah untuk meminum air tapisan bawang putih yang telah direndam dalam air suam untuk beberapa ketika.

Selain dari meningkatkan dos bawang putih dalam pemakanan, anda boleh juga membuat sendiri minyak bawang putih untuk dijadikan ubat sapuan. Caranya mudah sahaja – ambil beberapa ulas bawang putih yang belum dikupas kulitnya. Bakar atas dapur hingga kulit bawang putih itu kelihatan hampir hangus.

Kemudian lenyekkan bawang putih yg sudah dibakar tadi dan masukkan ke dalam sebuah bekas yang mengandungi 3 atau 4 sudu minyak zaitun. Campurkan dengan sebati dan kemudian bolehlah disapukan pada bahagian dada, belakang badan serta tapak kaki. Minyak homemade ini dikatakan memang mujarab untuk menyembuhkan demam dan selsema, terutamanya bagi kanak-kanak.

6. Mengawal berat badan

Yang ini mesti korang tertarik sangat nak tahu kan. Bawang putih mampu meningkatkan tahap metabolisme badan serta menghentikan penghasilan sel-sel lemak dalam badan. Campuran bawang putih, madu dan cuka juga elok diminum selalu kerana ia sangat berkesan untuk membuang lemak daripada badan. Ha..memang satu berita yang baik.

7. Melindungi jantung dan menurunkan kadar kolesterol serta tekanan darah

Bawang putih dapat mencegah dari serangan jantung dan penyakit atherosclerosis (masalah arteri mengeras). Semakin usia kita meningkat, arteri semakin sukar mengembang.

Menurut hasil kajian, kompoun diallyl trisulfat yang terhasil daripada allicin dapat bertindakbalas dengan sel darah merah untuk menghasilkan gas hidrogen sulfida yang dapat berfungsi untuk memperbesarkan pembuluh darah dan menurunkan tekanan darah di dalam badan, sekaligaus membantu mengekalkan kelancaran sistem kardiovaskular.

Kewujudan allicin yang bersifat sulfur didapati turut dapat memecahkan kolesterol yang boleh menyekat perjalanan darah dan mengurangkan pembentukan plak arteri. Ia mampu merendahkan tahap lipoprotein yang ‘jahat’ seperti LDL dan VDL di dalam darah dan mengekalkan tahap lipoprotein yang ‘baik’ contohnya HDL di dalam darah.

Kajian mendapati bahawa pengambilan hanya satu ulas bawang putih setiap hari berkesan untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam badan seseorang sebanyak 10%-15%.

Keistimewaan bawang putih termasuklah juga memiliki ciri-ciri anti-gumpal yang boleh membantu mencegah terbentuknya darah beku dalam pembuluh darah.

8. Mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser

Pengambilan bawang putih yang konsisten setiap hari dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser, terutamanya kanser perut, kanser kolon dan kanser prostate. Kandungan mineral bawang putih didapati memiliki ciri-ciri anti barah yang dapat menghambat pertumbuhan sel-sel kanser dalam badan.

Selain itu kompoun sulfur dalam allicin didapati bertindak sebagai detoxifier yang mampu membuang bahan-bahan toksin dalam hati dan memelihara sel-sel badan daripada kesan buruk toksin. Terkini, bawang putih juga sudah mula digunakan sebagai sebahagian dari rawatan untuk penyakit barah payudara serta pesakit HIV.

9. Menurunkan tahap gula dalam darah

Bawang putih dapat mengawal jumlah kandungan gula dalam darah dan membantu menyelia tahap insulin dalam tubuh. Pengambilannya boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga untuk mencegah penyakit diabetes. Namun, bagi pesakit diabetes yang mengambil insulin dalam rawatan harian, penggunaan bawang putih sebagai remedi sampingan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada doktor terlebih dahulu.

10. Meredakan kesakitan gigi

Memang seksa kalau mengalami sakit gigi kan. Apatah lagi kalau kena menunggu dan tahan sakit dulu sebelum dapat berjumpa dengan doktor gigi. Untuk mengurangkan kesakitan gigi yang ditanggung, cubalah petua ini – ambil seulas bawang putih yang telah dikupas kulitnya dan gigit bawang putih mentah itu di bahagian gigi yang sakit. Adalah dipercayai bahawa ciri-ciri antibakteria dan analgesik yang terdapat pada bawang putih dapat membantu mengurangkan sakit gigi anda sementara menunggu untuk mendapatkan rawatan.

11. Mengatasi masalah rambut gugur

Istimewanya komponen bersifat sulfur allicin dalam bawang putih, ia didapati boleh membantu mengatasi masalah rambut gugur, tak kisahlah bagi kaum wanita mahupun kaum lelaki. Kalau anda tercari-cari penyelesaian yang mudah lagi murah untuk diamalkan bagi mengatasi masalah keguguran rambut, apa kata anda cuba amalkan petua ini.

Sebelum tidur, ambil beberapa ulas bawang putih dan lumatkan. Sapu dan gosok-gosokkan pada kulit kepala, terutama pada bahagian di mana rambut banyak gugur. Untuk meningkatkan lagi keberkesanannya, campurkan dengan sedikit minyak kelapa sebelum menyapu. Tapi jangan lupa pula untuk bilas dan syampu rambut keesokan harinya sebelum pergi kerja ya. Nanti kena tegur pula dengan rakan sepejabat sebab berbau bawang, hehehe.

12. Mengurangkan angin dalam badan

Sesetengah orang memang kerap mengalami masalah kemasukan angin dalam badan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kembung perut. Petua untuk melegakan masalah angin juga melibatkan penggunaan bawang putih.

Ambil dan bakar dua ulas bawang putih di atas dapur bersama dengan kulitnya sekali untuk beberapa minit. Setelah nampak garing, buang kulit dan makanlah bawang putih tersebut. Tak sampai setengah jam hasilnya akan dapat dirasai. Anda akan merasa lega dan tidak kembung perut lagi.

13. Membantu mencegah stress, kemurungan dan rasa cemas

Serotonin merupakan suatu bahan kimia yang dihasilkan dalam badan dan ia amat penting dalam pengawalan emosi dan tingkah laku seseorang. Kadar serotonin yang tinggi di dalam otak manusia akan memberi kesan-kesan kestabilan emosi seperti perasaan tenang, mudah tidur dan dapat mengatasi perasaan murung.

Penyelidikan kumpulan saintis dari Perancis telah mendapati bahawa vitamin B-6 yang terkandung di dalam bawang putih dapat membantu meningkatkan dan melancarkan penghasilan dan pelepasan serotonin dalam badan.

14. Meningkatkan kemampuan seksual.

Berfungsi sebagai suatu afrodisiak, bawang putih berupaya untuk meningkatkan tahap libido dan daya tahan seksual kaum lelaki. Mereka yang mengalami masalah ereksi (erectile dysfunction) digalakkan untuk mengambil bawang putih secara konsisten dan teratur kerana bawang putih dapat merangsang pengeluaran enzim dan pengedaran darah ke alat kelamin.

Berbanding dengan ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia, khasiat semulajadi bawang putih dalam memperbaiki hubungan seksual sangat wajar dimanfaatkan kerana ianya selamat tanpa perlu kita risau tentang kewujudan kesan sampingan yang negatif. Wow, hebat kan. Pasangan suami-isteri di luar sana bolehlah buat eksperimen tentang manfaat bawang putih yang satu ini. Mana tahu kebahagiaan di bilik tidur mungkin bertambah berlipat ganda!

15. Merawat jangkitan ketuat

Kutil atau ketuat boleh timbul di permukaan kulit disebabkan oleh jangkitan virus human papillomavirus (HPV) pada kulit manusia, di mana protein keras pada lapisan epidermis tumbuh dengan cepat. Bawang putih adalah penawar semulajadi yang mujarab untuk menghilangkan ketuat.

Caranya ambil satu atau dua ulas bawang putih, potong dan gosokkan ke bahagian kulit yang terkena ketuat, kemudian balut dengan kain pembalut. Lakukan secara konsisten sehingga ketuat hilang. Sifat sulfur pada bawang putih mampu untuk mengikis lapisan keras tersebut untuk menjadikan kulit kembali normal.

Kesimpulan

Nah, lengkap sudah senarai 15 khasiat istimewa yang terkandung di dalam bawang putih. Bawang putih memang boleh diibaratkan sebagai gudang nutrien yang begitu kaya dengan pelbagai kelebihan semulajadi. Kini kita memiliki kesedaran yang lebih tinggi tentang manfaat bawang putih untuk kesihatan keluarga tercinta.

Memang mengkagumkan. Maka tidak hairanlah masyarakat barat telah menggelarkan bawang putih sebagai “superfood”, malah telah menamakan 19 April sebagai Hari Bawang Putih sedunia untuk meraikan kehebatan tumbuhan istimewa ini!

Seperti juga herba semulajadi yang lain, cara pengambilan bawang putih yang terbaik adalah dengan memakannya secara mentah. Di Korea, sudah menjadi kebiasaan bagi orang-orang tua di sana memakan bawang putih secara mentah setiap hari untuk tujuan kesihatan.

Mungkin sesetengah orang berasa payah untuk menelan bawang putih yang belum dimasak disebabkan oleh baunya yang kurang menyenangkan. Sebenarnya senang saja untuk menghilangkan bau bawang putih, caranya adalah dengan meminum air lemon ataupun mengunyah daun pudina.

Namun adalah penting untuk memastikan pengambilan bawang putih tidak berlebihan. Pengambilan dua ke empat ulas setiap hari sudah memadai. Jangan overdose pula kerana dibimbangi pengambilan yang berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan. Jadi bersederhanalah dalam memanfaatkan khasiat bawang putih, pasti anda akan dapat menikmati kesannya yang optimum.

Jumaat, 11 November 2016

KULIAH JUMAAT 11 SAFAR 1438 / 11 NOVEMBER 2016


Diterbitkan pada 10 Nov 2016

YB Dato'Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang -
Masjid Rusila, Marang, Terengganu.

Ahad, 6 November 2016

Manfaat dan kandungan Biji Selasih



Manfaat dan kandungan Biji Selasih.

Selasih, tlasih, basil, atau basilikum (Ocimum) adalah segolongan terna yang dimanfaatkan daun, bunga, dan bijinya sebagai rempah-rempah serta penyegar (tonikum). Berbagai bagian tumbuhan ini berbau dan berasa khas, kadang-kadang langu, harum, atau manis, tergantung kultivarnya. Beberapa di antaranya bahkan dapat membuat mabuk. Beberapa jenis selasih, misalnya kemangi, berasal dari Asia Tenggara, namun sebagian besar dianggap berasal dari anak benua India.

Biji selasih sendiri berasal tanaman Basil Thailand, dan diperkenalkan oleh orang India. Basilikum atau Ocimum adalah golongan tanaman yang dimanfaatkan daun , bunga dan bijinya sebagai rempah-rempah sebagai penyegar (tonikum).

Kandungan Biji Selasih

Berdasar penelitian, selasih mempunyai 3 jenis bahan aktif yang sudah di kenal yaitu eugenol yang dapat berfungsi sebagai fungisida, tymol yang dapat befungsi sebagai repellent ( penghalau serangga ) dan metal eugenol yang berfungsi sebagai atraktan ( pemikat ) hama lalat buah.

Manfaat Biji Selasih

Dalam dunia kesehatan, biji selasih pun mempunyai banyak manfaat. Menurut Prof. hembing ahli tanaman, biji selasih mempunyai khasiat menenangkan ( sedative ) sehingga dapat bermanfaat untuk mengurangi keadaan gelisah, susah tidur ataupun sering gugup. Selain itu juga dapat bermanfaat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit maupunpanas dalam. Masih ada lagi, selasih juga mempunyai efek farmakologis merangsang penyerapan, melancarkan sirkulasi darah, meredakan kejang (antispasmodic ), peluruh keringat ( diaforetic ), menghilangkan rasa sakit ( analgetic ), peluruh kemih ( diuretic ), menurunkan demam ( antipirotic ), membersihkan racun dan meningkatkan sistem imun.


Berikut kami akan menjelaskan 10 manfaat dan cara pengobatan biji selasih bagi kesehatan :

1. Bisa mengobati sembelit serta perut kembung

Biji selasih mempunyai juga mempunyai dampak karminatif. Dampak ini yakni yang menolong mengobati sangat banyak masalah pencernaan yakni sebagaimana perut kembung, kram perut, berak tidak teratur dan sembelit. Serta untuk pengobatan radang lambung.

Cara pengobatannya :

Ambil 5gr biji selasih. Lalu, rebus bersama 200cc air, masukkan 1sdm madu. Minum airnya di ketika masih hangat. Mengkonsumsi di ketika pagi hari serta petang, semasing setengahnya.

2. Menyembuhkan batuk

Biji selasih mempunyai antispasmodik yang bermanfaat dalam menolong penyembuhkan batuk. Cara pengobatnnya cukup secangkir teh yang digabung dengan biji selasih.

3. Mengatasi masalah saluran pernapasan

Minuman jahe yang sudah digabung dengan biji selasih dan madu, ia dapat dipakai untuk obat alami dalam mengatasi masalah saluran pernapasan sebagaimana penyakit asma serta bronkitis.

Cara pengobatannya :

Dengan merebus ke-2 bahan itu bersama satu gelas air dalam sebagian menit. Selepas dingin, kita saring airnya. Lalu imbuhkan madu seperlunya.

4. Menyembuhkan sakit gigi

Cara pengobatannya :

Rebus 10 g biji selasih, 4 butir cengkeh dengan air seperlunya. Pada saat hangat minum air rebusan itu.

5. Menyembuhkan sakit kepala

Cara pengobatannya :

Rebus 5 g biji selasih, 15 g jahe serta 15 buah angco (dapat di beli di toko makanan cina) dengan 400 cc air sampai tersisa setengahnya. Saring serta minum airnya, serta makan biji selasih bersama angconya.

6. Mengatasi kerap gugup

Cara pengobatannya :

Seduh 5 g biji selasih dengan 200 cc air panas, lalu minum airnya sehari-hari. Sekali minum 2 sendok teh.

7. Mengobati luka serta infeksi kulit

Cara pengobatannya :

Minyak alami yang didapat dari ekstrak biji selasih bisa menolong mengobati infeksi kulit serta luka di badan.

8. Turunkan kandungan gula darah

Baginya Sutter Gould Medical Foundation, efektivitas biji selasih termasuk juga untuk menolong menormalkan kandungan gula darah pada pasien diabetes jenis 2. Di samping itu, selasih efisien dalam mengontrol nafsu makan. Cara pengobatannya : dengan mengkonsumsi biji selasih secara teratur.

9. Baik untuk diet sehat

Serat yang dikandung biji ini cukup tinggi, hingga menjadikan kenyang lebih lama. Kian lebih sebatas menahan lapar, namun juga menyehatkan usus lantaran melambatkan konversi pati jadi gula dan kurangi penyerapan racun oleh badan. Cara pengobatannya : dengan mengkonsumsi biji selasih.

10. Menghaluskan kulit wajah

Cara pengobatannya :

Haluskan sampai jadi bubuk biji selasih seperlunya, tambahkan air dingin seperlunya serta oleskan ke kulit muka diamkan sebagian ketika. lakukan 1 kali satu hari untuk hasil optimal.