Rabu, 30 Januari 2013

Hukum Menjatuhkan dan Menukar Pemerintah


Di dalam Islam seseorang Imam itu wajib ditaati di sisi mazhab ahlul sunnah wal jamaah dan hal ini jelas berdasarkan dalil-dalil yang sangat banyak di dalam kitab dan sunnah. Mentaati mereka, memenuhi hak-hak mereka merupakan kewajipan yang mesti dipenuhi seperti yang diperintahkan oleh Allah dan rasul. Tetapi terdapat situasi yang agung dan penting yang memberi kesan besar kepada kehidupan umat Islam di dalam urusan dunia dan agama yang menjurus kepada darurat dan membawa kepada keperluan untuk menukar dan menjatuhkan Imam atau pemerintah.

Hal-hal ini ada yang merupakan perkara yang disepakati oleh para ulama dan ada pula yang menjadi khilaf di kalangan mereka. (lihat Kitab Al-Imamah Al-Uzma oleh Syeikh Dr Abdullah Umar Ad-Domaiji, hal. 468)

Hal-hal yang membolehkan Imam dan Khalifah (pemerintah) umat Islam dijatuhkan dapat diringkaskan oleh penulis kepada perkara berikut :

PERTAMA : KAFIR ATAU MURTAD DARIPADA ISLAM

Telah disebutkan di dalam surah An-Nisa ayat 141 yang bermaksud : "Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang yang beriman."

Juga apa yang disebutkan oleh hadis Ubadah bin Somit ra berkenaan mencabut ketaatan apabila melihat kufur bawahah yang berlaku kepada pemerintah, hadis disepakati oleh Bukhari dan Muslim.


دَعَانَا النبي (ص) فَبَايَعْنَاهُ فقال فِيمَا أَخَذَ عَلَيْنَا أَنْ بَايَعَنَا على السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ في مَنْشَطِنَا وَمَكْرَهِنَا وَعُسْرِنَا وَيُسْرِنَا وَأَثَرَةً عَلَيْنَا وَأَنْ لَا نُنَازِعَ الْأَمْرَ أَهْلَهُ إلا أَنْ ترو كُفْرًا بَوَاحًا عِنْدَكُمْ من اللَّهِ فيه بُرْهَانٌ

Maksudnya : “Nabi salallahualaihiwasalam telah memanggil kami, lalu kami berbaiah dengannya. Baginda berkata ketika berbaiah, supaya kami dengar dan taat, samada ketika kami dalam keadaan cergas (senang), atau dalam keadaan benci, keadaan susah atau dalam keadaan mudah, Dan kami dipesan agar tidak menanggalkan urusan kepada ahlinya (mencabut ketaatan kami kepadanya) melainkan setelah kamu melihat kekufuran yang nyata disisi kamu daripada Allah yang menjadi bukti (keterangan).” (Hadis sahih riwayat Bukhari ms. 13 Jilid 8 di dalam Fathul Bari, Muslim dan Tirmidzi)

Khatabi berkata yang dimaksudkan “Bawahh” itu ialah kekufuran yang jelas yang dizahirkan. (Lihat : Fathul Bari Jilid 13 ms. 8.)

Imam An-Nawawi pula berkata : “Yang dimaksudkan dengan kufur di sini ialah maksiat, makna hadis ini ialah tidak menarik ketaatan di dalam urusan pemerintahan mereka sehingga kamu melihat kemungkaran yang tersangat jelas yang pasti dilakukan oleh mereka daripada kaedah Islam.” (Lihat : Sahih Muslim dengan Syarah oleh Imam Nawawi Jilid 12,ms. 229)

Apakah anda belum melihat kekufuran yang jelas dilakukan oleh pemerintah ? Bagi mereka yang sudah melihatnya boleh sahaja mencabut ketaatan daripada pemerintah dan bagi yang belum maka dia perlu mentaati pemerintah Islam yang ada.

Hendaklah anda melihat pula perkara yang membatalkan Iman dan syahadah itu apakah para pemerintah yang berkuasa ke atas anda ada melakukannya atau tidak ? Apakah mereka ada melakukan sesuatu yang boleh membatalkan iman mereka ?

Ini disebabkan ramai ulama buta yang wujud di dalam negara umat Islam sekarang yang memaksa orang awam agar tetap taat kepada pemerintah sedangkan telah jelas kebathilan dan kekufuran pemerintah yang berkuasa apabila menolak Al-Quran, menghina Islam, mencela sosok peribadi rasulullah di dalam ucapan-ucapan mereka, mengadakan perjanjian setia dan cinta terhadap musuh-musuh Allah swt dan terlibat di dalam banyak amalan syirik yang membatalkan Iman dan syahadah mereka.

Tentu anda sudah lupa tentang seorang pemerintah terkenal Arab yang pernah berucap di khalayak dengan mengatakan : “Pada kurun ke 20 ini kita sudah tidak memerlukan Al-Quran untuk mengajarkan kita apa yang perlu dilakukan…” Bukankah kata-kata seperti ini jelas membawa kepada kekufuran ?

Para ulama tidak mensyaratkan kepada pemerintah untuk mengiklankan atau mengakui bahawa dirinya terkeluar daripada Islam tetapi seperti yang disebut di dalam hadis iaitu mencukupi jika kelihatan atau terzahir daripada perbuatan dirinya.

Imam Al-Kasymiri menyatakan : “Menjadi dalil dari hadis ini juga, harus mengkafirkan ahli kiblat, walaupun mereka tidak keluar dari Kiblat seperti masih lagi solat mengadap Kiblat. Ini adalah kerana boleh jadi mereka melakukan kekufuran dengan tidak iltizam (tidak tetap) dan tidak pula mereka menukar Millah oleh kerana itu sebelum mengkafirkan mereka diperlukan bukti keterangan kerana orang yang keluar dari Millah atau Kiblat tidak perlu lagi bukti keterangan kerana telah jelas benar kekufuran mereka.” (Ikfar Al-Mulhidin dengan ayat penulis ms. 22)



Mari kita lihat jenis pemerintah seterusnya yang dibolehkan mencabut ketaatan daripadanya.

KEDUA : MENINGGALKAN SOLAT DAN SERUAN KEPADANYA

Merupakan pendapat majoriti ulama Islam bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat maka dia menjadi kafir di sisi Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Diriwayatkan bahawa telah berkata Qadhi Iyad ra mengenai ijmak ulama' ke atas penguguran Imam di sebabkan meninggalkan solat dan seruan kepadanya. (Lihat : Dalam Syarah Sahih Muslim oleh Nawawi jilid 12,ms. 229)

Sepertimana kekufuran merupakan antara sebab pemerintah wajib dilucutkan daripada pemerintahannya, maka begitu juga wajib menggugurkan pemerintah yang tidak menunaikan solat dan menyeru manusia kepada meninggalkan solat.

Perlucutan atau mengugurkan kepimpinan seseorang pemerintah adalah berpunca daripada tidak menunaikan solat walaupun peninggalan itu berlaku adalah kerana dengan sebab mengingkari kewajipan solat itu lalu dia menjadi kafir atau dia tidak menunaikan solat kerana mengabaikan solat atau dengan sebab malas menunaikan solat dan tidak dia menjadi kafir.

Dalil bagi menguatkan kenyataan ini adalah hadis, daripada Buraidah yang berkata bahawa telah bersabda Nabi salalahualaihiwasalam :

العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن تركها فقد كفر

Maksudnya : “Perjanjian di antara kami dan mereka adalah solat. Barangsiapa yang meninggalkannya, maka dia telah menjadi kafir.” (Hadis sahih riwayat Ahmad, Tirmidzi, Nasaie dan Ibnu Majah)

Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Auf bin Malik yang berkata, telah bersabda baginda Nabi salallahualaihiwasalam :

خِيَارُ أَئِمَّتِكُمْ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّونَ عليهم وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمْ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ قِيلَ يا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا نُنَابِذُهُمْ بِالسَّيْفِ فقال لَا ما أَقَامُوا فِيكُمْ الصَّلَاةَ

Maksudnya : “Sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu mendoakan ke atas mereka, dan mereka mendoakan ke atas kamu. (Adapun) Sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka pula benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu. Berkata (Auf), kami bertanya : Wahai Rasulullah, apakah boleh kami menyerang mereka dengan pedang ? Nabi menjawab : “Tidak boleh, selama mereka menunaikan solat.” (Sahih Muslim no.1482 Jilid 3)

Dari hadis ini difahami, sekiranya pemerintah meninggalkan solat, maka mereka boleh dijatuhkan dan diperangi kerana telah mengabaikan perjanjian Islam.

Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ummu salamah ra yang diriwayatkan berkata :

إنه يُسْتَعْمَلُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ فَتَعْرِفُونَ وَتُنْكِرُونَ فَمَنْ كَرِهَ فَقَدْ بَرِئَ وَمَنْ أَنْكَرَ فَقَدْ سَلِمَ وَلَكِنْ من رضي وَتَابَعَ قالوا يا رَسُولَ اللَّهِ ألا نُقَاتِلُهُمْ قال لَا ما صَلَّوْا

Maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan diperintah oleh pemerintah yang kamu mengenali mereka, tetapi kamu akan mengingkari mereka. Barangsiapa yang membenci, maka dia bebas. Barangsiapa yang engkar maka dia selamat melainkan orang yang redha dan mengikuti mereka. Maka berkatalah sahabat : Wahai Rasulullah, apakah tidak boleh kami memerangi mereka ? Lalu dijawab oleh baginda dengan berkata : “Tidak boleh, selama mereka masih menunaikan solat.” (Hadis sahih riwayat Muslim)

Dijelaskan di dalam banyak kitab-kitab Aqidah terdahulu yang belum dicemari oleh kesesatan pemikiran manusia bahawa Iman itu adalah wajib dengan amal. Menunaikan tuntutan keimanan dan membuktikan keIslaman melalui hati, lisan dan perbuatan adalah kewajipan setiap Muslim termasuk para pemerintah.

Sewajarnya umat Islam menyedari bahawa kewajipan menegakkan tauhid dan memerangi syirik ialah tanggungjawab setiap yang bersyahadah kepada Allah. Malangnya kerana syirik pada hari ini datang bukan dalam bentuk berhala tetapi lebih tersusun seperti idea, material dan habuan dunia.




KETIGA : MENINGGALKAN BERHUKUM DENGAN APA YANG DITURUNKAN OLEH ALLAH SWT

Para pemerintah juga dijatuhkan apabila mereka terbukti tidak melaksanakan hukum Allah swt sedangkan mereka mampu dan berpeluang untuk melaksanakannya tetapi tidak melakukannya kerana keengganan dan ketidak yakinan mereka kepada hukum Allah swt atau disebabkan engkar.

Kita boleh mendapati hal ini dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang meriwayatkan daripada Yahya bin Al-Husain, daripada neneknya, Umm Husain yang berkata :

سمعت رَسُولَ اللَّهِ (ص) يقول إن أُمِّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ مُجَدَّعٌ فَاسْمَعُوا له وَأَطِيعُوا ما قَادَكُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ

Maksudnya : “Aku pernah dengar Rasulullah bersabda sekiranya kamu diperintah oleh hamba habsyi yang luas lubang hidungnya sekalipun, maka hendaklah kamu dengar dan taat terhadapnya selama dia melaksanakan kitabullah.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Bekas Ketua Jabatan Aqidah Universiti Ummul Qura Mekah, Dr Abdullah Umar Sulaiman Ad-Domaiji pengarang Kitab Al-Imamah Al-Uzma Indal Ahlul Sunnah Wal Jamaah menyebut dengan jelas bahawa hadis ini menjadi dalil bahawa syarat mendengar dan mentaati pemerintah adalah terikat kepada ketaatan mereka terhadap Kitab Allah swt.

Apabila pemerintah tidak berhukum dengan hukum Allah maka tiada ketaatan kepadanya dan menjadi hujah dan alasan yang dibolehkan untuk menjatuhkannya kerana kegagalannya untuk melaksanakan hukum Allah tersebut ini disebabkan menjadi kewajipan Imam untuk berhukum dengan hukum Allah dan hak ke atasnya adalah terpenuhi selama dia memenuhi hak melaksanakan hukum Allah.

Manakala hukum ke atas dirinya sendiri pula, adalah persoalan lain dan boleh jadi jatuh ke atasnya hukum sebagai fasiq, zalim atau kafir tertakluk kepada perbuatannya. Kemudian pengarang kitab Al-Imamah Al-Uzma menyebutkan bahawa sekiranya pemerintah itu menjadi kafir kerana tidak menghukum dengan hukum Allah maka menjatuhkannya adalah menjadi wajib sekalipun perlu dengan peperangan. (Lihat : Al-Imamah Al-Uzma ms. 473)

Adapun perkara yang seterusnya menjadi khilaf kepada sebahagian ulama di antara yang berpendapat perlu menjatuhkan pemerintah secara mutlak dan ada yang mengatakan tidak menjatuhkannya.

KE-EMPAT : MENJADI FASIQ, ZALIM DAN PERLAKU BID'AH

Qadhi Iyad ra berkata bahawa ; " Jumhur ahlul sunnah daripada fuqaha dan muhaddisin serta mutakalimin berpendapat tidak boleh menjatuhkan Imam yang fasiq dan zalim serta haram keluar daripada ketaatan kepadanya…" (Lihat Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi)

Sekalipun begitu semua ulama bersepakat bahawa tidak boleh mengangkat pemerintah yang zalim dan fasiq sebagai pemimpin.

Imam Al-Qurtubi telah menyebut :

لا خلاف بين الأمة أنه لا يجوز أن تعقد الإمامة لفاسق

Maksudnya : “Tiada khilaf dikalangan ulama bahawa sesungguhnya tidak harus diserahkan kepimpinan kepada orang yang fasiq.” (Jami Ahkam Al-Quran Jilid 1 ms. 270)

Walaubagaimanapun, ulama berselisih pendapat tentang kefasikan yang dilakukan oleh pemerintah setelah dia memerintah, sedangkan pada awal perlantikan, dia tidak fasiq atau zalim.

Perkara ini terbahagi kepada dua pendapat :

Pendapat pertama :

TIDAK BOLEH DIJATUHKAN PEMERINTAH ITU SECARA MUTLAK

Mereka adalah jumhur ulama ahlul sunnah wal jamaah antaranya Qadhi Iyad dan sebilangan besar dari Fuqaha’ dan Muhaddisin (ulama hadis). Walaubagaimanpun, mereka mewajibkan memberi nasihat dan peringatan kepada pemerintah yang melakukan amalan fasiq. (Lihat : Syarh An-nawawi ‘Ala Sahih Muslim Jilid 12, ms. 229)

Di dalam hal ini para ulama telah pun menjelaskan bahawa adalah menjadi mazhab para sahabat nabi seperti Saad bin Abi Waqqas, Usamah bin Zaid, Ibnu Umar, Muhammad bin Maslamah serta Abu Bakrah radiallahu ta’ala anhum ajmainn untuk tidak menderhaka kepada pemerintah yang zalim atau menjatuhkan mereka selama mereka masih belum kafir atau tidak menunaikan solat dan selama masih berhukum dengan hukum Allah swt. Inilah juga pendapat Imam Hasan al-Basri serta Imam Ahmad dan sekalian ulama ahlul sunnah wal jamaah. (Lihat Al-Bidayah wan Nihayah oleh Ibnu Katsir Jilid 9 ms.135)

Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah ra menyebut : “ Inilah pendapat ahlul hadis iaitu menolak untuk keluar daripada ketaatan atau menentang raja yang derhaka dan bersabar ke atas kezaliman mereka sehingga diberi kelapangan daripada kejahatan mereka.” (Lihat Majmuk Fatawa, Jilid 4, ms. 444)

Mereka berpendapat dan berpegang kepada hadis-hadis yang melarang daripada menyebarkan fitnah dan perpecahan umat serta menyuruh supaya menetap diri di dalam jamaah dan tidak memulakan usaha pertumpahan darah.

Sesungguhnya Saad bin Abi Waqas ra berkata ketika berlakunya fitnah pembunuhan Khalifah Usman bin Affan ra : Aku bersaksi bahawa rasulullah pernah bersabda : "Sesungguhnya akan berlaku fitnah (pada umat ini) dan mereka yang duduk adalah lebih baik daripada berdiri dan golongan yang berdiri ialah lebih baik daripada mereka yang berjalan dan mereka yang berjalan ialah lebih baik daripada golongan yang berlari" Lalu ditanyakan kepada baginda apakah pesananmu jika datang seorang masuk ke rumahku dan mengacungkan tangannya untuk membunuh aku ?Lalu baginda menjawab : " Jadilah seperti anak Adam (iaitu Habil yang dibunuh tanpa membalas)" dan hadis seperti ini juga dikeluarkan dari riwayat Abu Hurairah, Khabab bin Arat , Abi Bakrah dan Ibnu Mas'ud dan lain-lain sahabat. (Hadis sahih riwayat Tirmidzi no. 2194 dan lain-lain)

Dimaksudkan dengan tidak membalas ialah supaya tidak menambahkan lagi penyebaran fitnah dan juga dimaksudkan duduk lebih baik dari berdiri ialah menjauhi kekacauan dan kerosakan yang berlaku.

Pendapat Kedua :

DIBOLEHKAN UNTUK MENJATUHKAN PEMERINTAH YANG FASIQ DAN ZALIM

Ianya dipegang oleh Imam Al-Qurtubi, pendapat Imam As-Syafie di dalam Qaul Qadimnya dan pendapat sesetengah ulama Syafie’iyah dan termasuk pendapat yang yang masyhur daripada Imam Abu Hanifah. (Lihat Ma’sar Al-Inafah, Jilid 1 ms.72)

Imam Al-Qurtubi menyatakan : “Pemerintah yang dilantik kemudian menjadi fasiq setelah perlantikan. Berkata jumhur, sesungguhnya terfasakh dan tercabut kepimpinannya dengan sebab fasiq yang zahir dan dimaklumi. Ini adalah kerana, sesungguhnya telah sabit bahawa kepimpinan adalah dilantik untuk melaksanakan hudud, menyempurnakan hak-hak, menjaga harta anak yatim..sehingga akan rosak maksud kepimpinan itu melalui kefasiqkan yang ada pada dirinya. (Lihat : Jami Ahkam Al-Quran Jilid 1 ms. 271)

Pendapat ini juga dipegang oleh mazhab Muktazilah dan khawarij. (Lihat di dalam Al-Farq Bainal Firaq ms. 73)

Mazhab Asya’irah dan Zaidiyah juga turut berpendapat bahawa Imam yang zalim boleh dijatuhkan. (Lihat : Maqalat Al-Islamiyyin, ms. 151-166)

Pendapat ini agak syadid dan ketat namun sekalipun demikian, ada ramai para sahabat nabi seperti Ali bin Abi thalib ra, Ummul Mukminin Aisyah, Tolhah dan Zubair serta sejumlah sahabat baginda nabi yang lain seperti Muawiyah, Amru dan Nu’man bin Basyir juga termasuk sahabat seperti Abdullah bin Zubair, Muhammad bin Hasan bahawa mereka berpendapat : “ Menghayunkan pedang untuk menegakkan kewajipan Amar makruf nahi mungkar itu adalah wajib sekiranya kemungkaran itu tidak dapat dicegah melainkan dengannya.” (Al-Fasl fi Milal wa Ahwa An-Nihal, Jilid 4, ms. 171)

Al-Imam Ibnu Hazm juga menyebutkan lagi bahawa tetap digunakan pedang sekalipun kemungkaran dan maksiat itu tidak mencapai tahap kekufuran. Bahkan wujud riwayat yang banyak yang menunjukkan ramai sahabat dan tabien yang keluar daripada Imam dan menghayunkan pedang untuk menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran dan ada pula yang menyokong serta menolak untuk keluar dari Imam dan menetap di dalam ketaatan.

Misalnya di dalam sejarah juga telah menunjukkan wujud di kalangan sahabat dan tabien yang membantu Abdullah bin Ibnu Zubair ra di dalam menentang Bani Umaiyah. (Lihat : Al-Bidayah Wan Nihayah, ms. 238)

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Bakar As-Siddiq ra berkenaan ayat Al-Quran : yang Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; Tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, Maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Al-Maidah : 105)

Ketika mana beliau (Abu Bakar) berdiri memberikan khutbah maka dia memuji Allah dan kemudian berkata : “Wahai manusia kamu semua membaca ayat ini tetapi kamu meletakkan ayat ini di tempat yang bukan pada tempatnya. Sesungguhnya aku mendengar rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda : “ Sesungguhnya manusia apabila melihat kemungkaran tetapi tidak mengubahnya maka dikhuatiri Allah akan menimpakan ke atas mereka azabnya.” Dan di dalam riwayat yang lain menyebut : “Sesungguhnya manusia apabila melihat kezaliman dan tidak melakukan apa-apa usaha dengan tangannya maka dikhuatiri akan ditimpakan oleh Allah dengan azab daripadanya.” ( Hadis riwayat Ahmad di dalam Musnadnya dan Isnadnya sahih menurut Syeikh Ahmad Syakir, diriwayatkan oleh Tirmidzi , Abu Daud, Ibnu Majah dan Nasaie dengan sanad yang sahih)

MENGAMBIL JALAN PERTENGAHAN DI ANTARA DUA PENDAPAT

Saya mendapati langkah yang terbaik ialah :

1) Menetap diri pada dalil umum yang asal

Hendaklah umat Islam mentaati pemerintah yang melaksanakan hukum Allah swt dan menjalankan kewajipan agama yang dasar sekalipun dianya tetap seorang yang fasiq atau ahli maksiat selama maksiat dan kejahatannya itu tidak membahayakan urusan umat Islam.

2) Berpindah ke dalil yang lebih khusus apabila wujud hujah dan berlaku sesuatu yang mengubah dalil umum

Pemerintah yang zalim haruslah ditegur dan diberikan nasihat berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Amru yang berkata aku telah mendengar rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda : “ Jika kamu melihat umatku tidak berani mengatakan kepada perlaku zalim itu dengan berkata : “Sesungguhnya engkau zalim maka hendaklah kamu mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.” (Hadis riwayat Ahmad dan disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir pada hadis no. 6521)

Menegur pemerintah disebut di dalam kitab-kitab feqah dengan wujud pelbagai cara dan wasilah yang sesuai tanpa mengikat hanya dengan satu cara sebaliknya dilihat kepada status kejahatan dan situasi semasa.

3) Tidak bersubahat dengan pemerintah yang zalim dan tidak melaksanakan hukum Allah dan berusaha memerangi atau menjatuhkannya jika terdapat jalan atau kemampuan.

Apabila pemerintah enggan mengikut kitab Allah dan sunnah rasulullah setelah dinasihati dan ditegur secara baik dan berhikmah maka hendaklah dia dijatuhkan dengan kekerasan atau cara yang paling kurang mudharatnya kepada umat Islam berdasarkan dalil-dalil yang banyak untuk menjatuhkan khalifah dan pemimpin.

MELIHAT PEGANGAN SALAF DI DALAM PERGADUHAN POLITIK

Para sahabat terbahagi kepada tiga bahagian dan masing-masing di antara mereka melakukan apa yang dipercayai benar berdasarkan keilmuan dan hujah yang dimiliki oleh pihak masing-masing.

GOLONGAN PERTAMA : PIHAK YANG MENYOKONG ALI BIN ABI THALIB

GOLONGAN KEDUA : PIHAK YANG MENYOKONG MUAWIYAH BIN ABI SUFYAN

GOLONGAN KETIGA : PIHAK YANG BERDIAM DIRI DAN TIDAK MENYOKONG MANA-MANA PIHAK DAN JUMLAH MEREKA ADALAH SEDIKIT.

Para ulama seperti al-Imam Bukhari menyebutkan bahawa Tolhah, Zubair dan Aisyah telah berbaiah kepada Ali bin Abi thalib sebagai pemimpin mereka tetapi kemudian mereka keluar dari ketaatan kepada Ali dan menuntut kebenaran dari Ali bin Abi Thalib terhadap pembunuhan Ustman.

Mereka memerangi Ali bin Abi Thalib sekalipun beliau tidaklah kafir atau menjadi murtad namun ramai para sahabat yang bangkit dan berusaha menjatuhkan beliau kerana memiliki hujah dan pendapat mereka yang merasakan mereka berhak untuk menjatuhkan pemerintah.

Tidak perlu Imam atau Khalifah menjadi Kafir baru dia dapat dijatuhkan tetapi cukup untuk melihat kepada keperluan dan maslahat ummah.

Ini jelas daripada hujah Ali bin Abi Tholib ra yang berkata : “ Telah berbaiah Tolhah dan Zubair kepadaku di Madinah dan aku menjadi khalifah di Basrah, sekiranya ada lelaki yang membaiah Abu Bakar sekalipun nescaya kami akan membunuhnya dan begitu juga jika Umar.” (Dikeluarkan oleh Ishaq bin Rawaihah daripada Salim di dalam Fathul Bari Jilid 13 ms. 53 dan di dalam Tarikh Al-Islam oleh Az-zahabi Jilid 3, ms. 391)

Setiap riwayat hadis dan sejarah menunjukkan bahawa para ulama dan sahabat nabi tidaklah menantikan pemerintah menjadi kafir dahulu baru boleh menjatuhkannya sebaliknya setiap zaman Islam menyaksikan penggulingan dinasti dan kepimpinan negara dilakukan apabila mereka mendapati berlaku penyelewengan dan kezaliman dan tidak hanya menanti pemerintah menjadi kafir sahaja baru boleh dijatuhkan. (Lihat Al-Imamah Al-Uzma Indal Ahlul Sunnah Wal Jamaah ms. 530)

Hujah bahawa kita mesti berdiam diri dan tidak mencampuri pergaduhan politik atau fitnah ialah hujah sebahagian sahabat nabi dan bukanlah kewajipan agama untuk memilih pendapat ini setelah kita memiliki dua syarat iaitu :

1) Ilmu (mengetahui hukum Allah dan layak membuat penilaian)

2) Kebenaran diyakini berada dipihaknya setelah memiliki hujah atau informasi dan bukti yang kukuh (menyakini kebenaran berada di pihak kita dan bertanggungjawab untuk menegakkannya kerana kita kelak akan dipersoalkan)

Para sahabat seperti Muawiyah, Nu’man bin Basyir dan Mughirah bin Syu’bah ra semuanya keluar daripada Khalifah Ali bin Abi thalib kerana menyakini mereka di pihak yang benar dengan ilmu dan pengetahuan mereka.

Para sahabat mengajar kita supaya memperjuangkan apa yang diyakini benar setelah mencapai tahap dan memenuhi syarat yang kukuh terhadap pengetahuan kitab Allah dan as-sunnah rasul-Nya dan memperjuangkan kebenaran sehingga tertegak tanpa berdiam diri atau duduk sahaja menanti perubahan tanpa usaha. Sikap mereka sekalipun dianggap salah oleh sebahagian ulama namun diperkirakan sebagai Mujtahid yang tersilap dan dimaafkan serta disebut oleh para ulama kedua-dua pihak yang membunuh dan dibunuh berada di dalam syurga.

Usamah bin Zaid berkata kepada Ali melalui utusannya : “Sekiranya engkau berada di dalam lubang singa sekalipun nescaya aku suka untuk bersama kamu kecuali di dalam urusan ini (merujuk kepada peperangan di antara sahabat).” (Hadis sahih bukhari di dalam bab fitan)

PUNCA SIKAP BERDIAM DIRI MUNCUL DI KALANGAN SAHABAT

Para ulama menyebutkan para sahabat berdiam diri dan tidak menyertai mana-mana pertelingkahan politik dan urusan siyasah kerana tidak mengetahui di sudut ilmu dan juga tidak memiliki hujah untuk menyebelahi mana-mana pihak.

Ini terbukti berdasarkan dalil daripada Abdullah bin Umar yang ditanya : “Siapakah golongan yang menderhaka ? “ Lalu dijawab : “Kalaulah sekiranya aku mengetahuinya maka tidaklah ada sesiapapun yang akan mendahului aku baik kamu atau selain kamu melainkan aku sudah dahulu menentang mereka.” (Al-Fasl fi al-milal wa-al-ahwa, Jilid 4 ms. 171)

Juga ada riwayat yang menunjukkan sebahagian para sahabat yang seperti Saad dan Muhammad bin Maslamah ra yang berdiam diri turut menyesal kerana tidak terlibat di dalam peperangan menentang pemberontak selepas mendapati pembunuhan Ammar bin Yasir (disebabkan nabi pernah meramalkan yang Ammar akan dibunuh oleh penderhaka).

Maka kalau dilihat di dalam kitab Al-Qawasim Minnal Awasim, para sahabat yang mengambil sikap berdiam diri ini ialah mereka yang muda atau mereka yang tidak terlibat dengan kepimpinan dan kurang memiliki maklumat dan informasi berkaitan situasi semasa sehingga tidak dapat membuat penilaian saksama siapakah pihak yang benar lalu menyebabkan mereka berdiam diri.

Adapun sahabat yang besar dan tokoh-tokoh masyarakat yang padanya tanggungjawab dan beban ummat mereka tampil membela kebenaran dan memperjuangkan apa yang diyakini benar kerana memenuhi tanggungjawab mereka seperti yang diperintahkan oleh Al-Quran dan As-sunnah.

Pengajaran yang baik untuk kita ialah hendaklah kita bertindak dan beramal berasaskan hujah dan bukan hanya kepada ikutan buta kerana sekiranya kita tidak mempunyai hujah dan pengetahuan atau kemampuan maka sikap sahabat iaitu berdiam diri adalah lebih baik dicontohi oleh kita.

Adapun jika kita memiliki pengetahuan dan ilmu serta mampu membuat penilaian yang saksama mengenai siapakah pihak yang benar maka memperjuangkan apa yang diyakini benar itu ialah suatu kewajipan dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan.

Inilah yang disebut oleh Ibnu Umar yang diriwayatkan berkata : “Tidaklah ada perkara yang aku sesali melainkan memerangi pihak yang memberontak bersama dengan Ali bin Abi thalib.” (Lihat : Siyar Alam nubala Jilid 3. ms.232)

Begitu juga perkataan Saad : “ Aku menyesal meninggalkan pertempuran memerangi golongan yang menderhaka.” (Jami Ahkam Al-Qurtubi Jilid 16 ms. 319)

KESIMPULAN UNTUK KITA

Kesimpulan ringkas daripada saya ialah hendaklah kita membuka mata dan tidaklah menjadi seperti pemuda dan pemudi yang menyesatkan agama melalui kejahilan dan kecetekkan ilmu agama dan sikap ta’asub kepada pendapat masing-masing.

Al-Imam Abu Hanifah ra misalnya berpendapat bahawa boleh keluar menjatuhkan pemerintah yang zalim dan fasiq di dalam usaha amar makruf nahi mungkar demikian yang diriwayatkan melalui Abi Bakar bin Jasos yang menyebutkan bahawa mazhab Abu Hanifah terkenal dengan pendapat yang membolehkan memerangi pemerintah yang zalim dan sesat dan ini diakui oleh Al-Imam Auzaie dan juga Abu Ishaq Al-Fazari. (Lihat Ahkam Al-Quran lil Jasos Jilid 1, ms. 70)

Al-Imam Malik ra juga terkenal dengan kelantangannya menegur pemerintah sehingga beliau pernah disebat kerana fatwanya tetapi Imam telah menyuruh manusia berbaiah kepada pemerintah namun di dalam beberapa hal Imam Malik juga tetap mensyaratkan bahawa hendaklah diberikan bai’ah kepada pemimpin yang adil. (Lihat Ahkam Al-Quran Li Ibnul Arabi Jilid 4 ms. 1721)

Al-Imam Syafie disebut di dalam Aqidah An-Nasafiyah halaman 145 yang dinisbahkan oleh Az-Zabidi daripada sahabatnya bahawa Imam Syafie berpendapat bolehnya keluar daripada Imam yang zalim dan fasiq daripada pendapatnya yang qadim.

Kecuali Imam Ahmad ra yang banyak riwayat berkenaan hal ini yang berbeza-beza namun yang paling tepat ialah beliau berpendapat tidak boleh keluar melawan pemerintah yang fasiq dan zalim berdasarkan riwayat ibnu Abi Ya’la di dalam tabaqat hanabilah. (Lihat : Tabaqat Hanabilah Jilid 1, ms. 24) Demikian juga yang disebutkan oleh Imam Ibnu Qudamah di dalam kitabnya.

Walau apapun, marilah kita renungi...

Para salaf sendiri berselisih di dalam hal ini dan sangat singkat akal mereka dan cetek ilmu mereka yang mendakwa pendapat salaf ialah mentaati pemerintah secara membuta tuli dan memaksa rakyat dan orang awam untuk tunduk kepada penguasa yang zalim, taghut dan ada sebahagiannya sudah jatuh ke tahap kufur dan syirik apabila secara terang-terangan menghina ayat-ayat Allah dan menolak kitab dan sunnah kerana beralasan ketinggalan zaman dan hanya mahu Islam yang berbentuk tafsiran akal semata-mata.

Marilah kita melengkapkan diri kita dengan ilmu dan hujah serta mencari jalan untuk mengabdikan diri kepada Allah swt dengan segala usaha dan upaya meninggikan kalimah Allah swt dan memenuhi tuntutan tauhid kepada-Nya.

Akhir kata, menurut Imam Ibnu Hazm ra setiap hadis yang mengajak kepada mentaati pemerintah yang zalim dan bersabar ke atas mereka serta tidak memerangi mereka telah di mansuhkan oleh ayat Al-quran dan hadis yang berkaitan Amar Makruf dan Nahi Mungkar dan anda boleh melihatnya di dalam Kitab Al-Fasl fi al-milal wa-al-ahwa Jilid 4, ms 173.

Aku mengatakan kepada diriku bahawa aku telah menyampaikan sebahagian besar penulisan ini daripada kitab utama yang dirujuk oleh diriku iaitu kitab Al-Imamah Al-Uzma Indal Ahlul Sunnah Wal Jamaah tulisan guruku Syeikh Dr Abdullah Umar Ad-domaiji, bekas Dekan Jabatan Aqidah Universiti Ummul Qura, Mekah yang padaku kitab terbaik di dalam membahaskan persoalan siyasah syar’iyah di masa kini, beserta tulisan Prof. Dr Yusof Al-Qaradhawi di dalam bukunya Siyasah Syar’iyah seorang ulama yang gigih berdakwah dengan ilmu dan hujah.

Semoga Allah memberi hidayah kepada orang yang bertanya dan yang membacanya.

Segala puji hanyalah bagi Allah swt.

Oleh Ustaz Emran Ahmad

Isnin, 28 Januari 2013

Perpecahan Umat, Sebab dan Solusinya (1)


Fenomena perpecahan umat dizaman kiwari ini sedemikian banyak. Bukan hanya karena tidak adanya ilmu dan orang yang menuntut ilmu atau sulitnya mendapatkan wasilah mendapatkan ilmu. Namun tampaknya karena ilmu tersebut hilang barokahnya. Bisa jadi disebabkan karena mengambilnya tidak dari sumber aslinya atau tidak dengan manhaj para ulama. Mungkin juga banyaknya dan mudahnya sarana mendapatkan ilmu dan informasi membuat kita semua tergesa-gesa dan mencukupkan hanya dengan sarana tersebut tanpa melihat para ulama pewaris Nabi.
Syeikh Nashir al-’Aql menyatakan:

إن البركة إنما تتحقق في العلم الذي يؤخذ عن العلماء ، وهو الأصل الذي هو سبيل المؤمنين ، أما أخذ العلم عن الوسائل فقط دون الرجال فإنه لا ينفع إلا قليلاً ، مما نتج عنه ظهور الأهواء والآراء الشاذة عن السنة ، وشيوع مظاهر الافتراق والتنازع في الدين.

“Sungguh barokah hanyalah akan ada pada ilmu yang diambil dari para ulama dan ia adalah dasar
yang menjadi jalannya kaum mukminin. Adapun mengambil ilmu dari sarana-sarana saja tanpa (melihat) kepada para ulama, maka tidak bermanfaat kecuali sedikit. Hal ini menghasilkan munculnya hawa dan pemikiran nyeleneh dari Sunnah dan berkembangnya fenomena perpecahan dan perselisihan dalam agama” (lihat kitab Al-Iftiraq)

Berapa banyak kaum muslimin yang belum mengerti kata perpecahan menurut pandangan islam, sehingga mereka memiliki pemahaman yang salah tentangnya. Karenanya perlu dijabarkan pengertiannya agar tidak terjadi salah kaprah.

Pengertian “Perpecahan Umat” (al-Iftiraq)


Menilik kata perpecahan yang dalam bahasa Arabnya adalah Al Iftiraaq (الافتراق), ternyata berasal dari kata المفارقة yang berarti المباينة (perpisahan), المفاصلة (pemisahan) dan الانقطاع (pemutusan). Kata iftiraaq juga diambil dari pengertian memisahkan diri dan nyeleneh, seperti ungkapan: الخروج عن الأصل (keluar dari kaedah), الخروج عن الجادة (keluar dari biasanya).
Sedangkan dalam pengertian para ulama, kata iftiraaq berarti keluar (menyimpang) dari As Sunnah dan Al Jama’ah pada satu pokok atau lebih dari pokok-pokok agama yang sudah baku dan pasti (qath’i), baik pada pokok-pokok ajaran aqidah atau pokok ajaran amaliyah yang berhubungan dengan hal-hal yang qath’I atau yang berhubungan dengan kemaslahatan besar umat ini atau yang berhubungan dengan keduanya sekaligus (lihat kitab al- Iftiraaq).
Hal ini ditunjukkan oleh hadits Abu Hurairah yang berbunyi:

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ خَرَجَ مِنْ الطَّاعَةِ وَفَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَمَاتَ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً وَمَنْ قَاتَلَ تَحْتَ رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ يَغْضَبُ لِعَصَبَةٍ أَوْ يَدْعُو إِلَى عَصَبَةٍ أَوْ يَنْصُرُ عَصَبَةً فَقُتِلَ فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ وَمَنْ خَرَجَ عَلَى أُمَّتِي يَضْرِبُ بَرَّهَا وَفَاجِرَهَا وَلَا يَتَحَاشَى مِنْ مُؤْمِنِهَا وَلَا يَفِي لِذِي عَهْدٍ عَهْدَهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ ([() رواه مسلم .]) .

Dari Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam beliau bersabda: “siapa yang keluar dari ketaatan dan meninggalkan jama’ah lalu ia mati, maka ia mati seperti kematian orang jahiliyah dan siapa yang berperang dibawah panji yang tidak jelas, marah karena kesukuan atau mengajak kepada kesukuan atau menolong karena kesukuan lalu terbunuh maka ia terbunuh seperti terbunuhnya orang jahiliyah. Siapa yang memberontak dari umatku, memukul (membunuh) yang baik dan yang fajirnya dan tidak memperdulikan dari kemukminannya serta tidak menunaikan janjinya kepada orang yang dijanjikan maka ia bukan dariku dan aku lepas diri darinya” (HR. Muslim)

Apakah setiap kekufuran adalah iftiraaq?


Memang setiap kekufuran adalah iftiraaq dan tidak setiap iftiraaq adalah kekufuran. Maksudnya semua amalan atau keyakinan yang membuat sesorang menjadi kafir adalah iftiraaq, namun terkadang iftiraaq muncul dari sekelompok orang atau jama’ah yang tidak dihukumi dengan kufur, seperti iftiraaq-nya Khawarij. Khawarij memisahkan diri dari jama’ah muslimin dan memberontak dengan pedang. Walaupun demikian para sahabat tidak sepakat mengkafirkannya. Kholifah Ali bin Abi Tholib ditanya tentang mereka dan beliau tidak memvonis kafir. Demikian juga Ibnu Umar dan sahabat lainnya masih sholat dibelakang Najdah al-Haruri dan dahulu Ibnu Abas menjawab dan berdebat dengan Naafi’ bin al-Azraaq sebagaimana dua orang muslim berdebat (lihat Minhajus Sunnah, 5/247،248) .

Perbedaan perselisihan (al-Ikhtilaf) dan perpecahan (al-Iftiraq)


Terkadang orang salah kaprah dalam menyikapi perbedaan pendapat /perselisihan dengan perpecahan. Sehingga memberikan hukum-hukum iftiraaq pada ikhtilaf dan sebaliknya. Karena itulah sangat penting sekali mengetahui perbedaan antara khilaf dengan iftiraaq.
Diantara perbedaannya adalah:
  • Iftiraaq lebih buruk dari ikhtilaf, bahkan ia adalah hasil dari khilaf. Karena khilaf terkadang sampai pada batasan iftiraaq dan kadang tidak sampai. Kalau demikian iftiraq adalah ikhtilaf plus.
  • Tidak semua ikhtilaf adalah iftiraaq, namun semua iftiraaq adalah ikhtilaf. Banyak masalah-masalah yang diperselisihkan kaum muslimin adalah termasuk masalah khilafiyah dan tidak boleh menghukumi orang yang menyekisihnya dengan kekufuran, mufaaraqah dan keluar dari ahli sunnah.
  • Iftiraaq tidak terjadi kecuali pada masalah pokok yang inti seperti ushul agama yang tidak dibolehkan khilaf padanya dan yang sudah ditetapkan dengan nash qath’i atau ijma’ atau ahlusunnah tidak pernah berselisih dalam mengamalkannya.
  • Ikhtilaf terkadang muncul dari ijtihad dan niat baik. Yang salah mendapatkan pahala selama mencari kebenaran dan yang benar mendapatkan lebih besar pahalanya. Bisa jadi seorang yang salah dipuji atas ijtihadnya. Namun bila hal ini sampai batasan iftiraaq maka semuanya tercela.
Perpecahan pasti terjadi!

Apakah perpecahan dalam umat ini satu keniscayaan? Jawabannya adalah benar, perpecahan dalam umat ini merupakan sunatullah yang pasti terjadi dan telah terjadi. Adapun dasar argumentasi pernyataan ini adalah:

1. Berita yang masyhur dari Nabi tentang terjadinya perpecahan dalam umat ini, diantaranya hadits iftiqatul ummat yang berbunyi:

افْتَرَقَتِ الْيَهُوْدُ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً ، وَافْتَرَقَتِ النَّصَارَى عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً ، وَسَتَفْتَرِقُ هَذِهِ الأُمَّةُ عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً
Orang-orang Yahudi telah berpecah belah dalam tujuh puluh satu kelompok dan Nashora berpecah belah menjadi tujuh puluh dua kelompok serta umat ini akan pecah menjadi tujuh puluh tiga kelompok”. (HR al-Tirmidzi).

2. Nabi telah mengkhabarkan bahwa umat ini akan mengikuti umat-umat terdahulu dalam sabda beliau:

لَتُتَّبَعَنَّ سُنَنُ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ ، وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ ، حَتَّى لَوْ دَخَلُوْا جُحْرَ ضَبٍّ تَبَعْتُمُوْهُ )) . قُلْنَا : يَا رَسُوْلَ اللهِ ، الْيَهُوْدُ وَالنَّصَارَى ؟! قَالَ : (( فَمَنْ )) ([() أخرجه البخاري ، فتح الباري ، 13/300 . ومسلم ، رقم (2669) .]) ؟!

Sungguh jalan orang-orang sebelum kalian akan diikuti sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi hasta hingga seandainya mereka masuk lubang Dhobb tentulah kalian akan mengikutinya. Kami bertanya: Wahai Rasululloh apakah yahudi dan nashrani?! Beliau menjawab: Siapa lagi?!” (HR. Bukhari – Muslim)

Hal ini menunjukkan bahwa Nabi -dalam rangka memperingatkan umat ini- menceritakan bahwa umat ini akan berpecah belah secara pasti. Namun tidaklah terjadinya perpecahan adalah celaan kecuali untuk orang yang memecah atau memisahkan diri dari jamaah muslimin.
Kalau demikian jelaslah kepastian terjadinya perpecahan pada umat ini, walaupun belum dibuktikan dengan realita. Sebab banyaknya peringatakan akan sesuatu menunjukkan kepastian ada dan akan terjadinya sesuatu itu.

Nash-nash yang ada dalam al-Qur`an dan sunnah yang berisi peringatan dari mengikuti jalan-jalan yang tidak lurus, diantaranya :


وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَتَفَرَّقُوْا [ آل عمران : 103 ]


Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai:, (QS. Al Imran: 103)

وَلاَ تَنَازَعُوْا فَتَفْشَلُوْا وَتَذْهَبَ رِيْحُكُمْ [ الأنفال : 46 ]

dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu” (QS. Al Anfal: 46)

وَلاَ تَكُوْنُوْا كَالَّذِيْنَ تَفَرَّقُوْا وَاخْتَلَفُوْا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ [ آل عمران: 105 ]

Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka” (QS. Al Imran: 105)

وأَنَّ هَذَا صِرَاطِيْ مُسْتَقِيْمًا فَاتَّبِعُوْهُ وَلاَ تَتَّبِعُوْا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيْلِهِ [ الأنعام :
153 ]

dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya” (QS. Al An’am: 153)

Ayat-ayat ini dijelaskan Nabi dengan terperinci dalam hadits Ibnu Mas’ud yang berbunyi:

خَطَّ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَطًّا ثُمَّ قَالَ هَذَا سَبِيلُ اللَّهِ ثُمَّ خَطَّ خُطُوطًا عَنْ يَمِينِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ ثُمَّ قَالَ هَذِهِ سُبُلٌ مُتَفَرِّقَةٌ عَلَى كُلِّ سَبِيلٍ مِنْهَا شَيْطَانٌ يَدْعُو إِلَيْهِ ثُمَّ قَرَأَ إِنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam menggaris satu garis kepada kami, kemudian bersabda; inilah jalannya Allah. Kemudian menggaris beberapa garis dari sebelah kanan dan kirinya. Kemudian berkata: Inilah jalan-jalan yang berpecah-pecah, setiap jalan darinya ada syeitan yang menyeru. Kemudian membaca firman Allah. “dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. (QS. 6:153)”
Demikian juga Allah melarang kita berselisih, seperti dalam firmanNya:

وَلاَ تَنَازَعُوْا فَتَفْشَلُوْا وَتَذْهَبَ رِيْحُكُمْ [ الأنفال : 46 ]

dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu” (QS. Al Anfal: 46)
Allah juga mengancam orang yang keluar dari jalannya kaum mukminin dalam firmanNya:

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُوْلَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيْلِ الْمُؤْمِنِيْنَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيْرًا  [ النساء : 115 ]

Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudahjelas kebenaran baginya. dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia kedalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruknya tempat kembali” (QS. An Nisaa: 115)

Nabi memberikan hukuman tertentu bagi orang yang melakukan iftiraaq yang menunjukkan hal itu akan terjadi. Seperi sabda beliau :

(( لاَ يَحِلُّ دَمُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَنِّيْ رَسُوْلُ اللهِ إلَّا بِإِحْدَى ثَلاَثٍِ : الثَّيْبُ الزَّانِيْ ، وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ ، وَالتَّارِكُ لِدِيْنِهِ الْمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ )) ([() متفق عليه ، البخاري ، 4/317 . ومسلم ، 5/106 .]) .

Tidak dihalalkan darah seorang muslim yang bersyahadatain kecuali dengan sebab tiga perkara; orang yang telah menikah berzina, jiwa dengan jiwa dan orang yang meninggalkan agamanya lagi meninggalkan jama’ah” (Muttafaqun ‘alaih)
Nabi pun telah menceritakan realitas perpecahan pada umat ini ketika menceritakan kemunculan Khawarij, seperti sabda beliau:
عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يَأْتِي فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ حُدَثَاءُ الْأَسْنَانِ سُفَهَاءُ الْأَحْلَامِ يَقُولُونَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ الْبَرِيَّةِ يَمْرُقُونَ مِنْ الْإِسْلَامِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ لَا يُجَاوِزُ إِيمَانُهُمْ حَنَاجِرَهُمْ فَأَيْنَمَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاقْتُلُوهُمْ فَإِنَّ قَتْلَهُمْ أَجْرٌ لِمَنْ قَتَلَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Dari Ali bin Abi Thalib beliau berkata: Aku telah mendengar Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Akan datang diakhir zaman satu kaum yang berusia muda dan lemah akalnya, mereka berkata dari sebaik-baiknya perkataan manusia. Mereka meninggalkan islam sebagaimana anak panah keluar menemui sasarannya. Iman mereka tidak melewati tenggorokan mereka. Dimana kalian temui mereka maka bunuhlah, karena membunuh mereka adalah pahala bagi yang membunuhnya dihari kiamat” (HR. Bukhari)
Jelaslah dari dalil-dalil diatas bahwa realita perpecahan umat tidak dapat dipungkiri lagi. Ini semua sebagai ujian dan fitnah kepada umat islam dan ini semua sudah menjadi sunnatullah yang tidak mungkin dirubah. Walaupun tetap perpecahan tersebut tercela. Karenanya sudah menjadi kewajiban seorang muslim mengetahuinya dan mengetahui siapa yang benar dan menjauhi semua yang dapat menggelincirkannya dari jalan yang lurus.
Sebab-sebab Perpecahan (Diiringkas dari Majalah al-Buhuts al-Islamiyah Edisi 46 hal 343-351)
Bila kita ingin mensensus sebab-sebab perpecahan sejak zaman dahulu hingga zaman kiwari ini tentulah akan banyak sekali. Namun disini hanya disampaikan sebagian yang terpenting dan pokok saja, yaitu:
  1. Tipu daya dan konspirasi musuh-musuh Islam, baik yang menampakkan kekufurannya seperti yahudi dan salibis ataupun yang menampakkan keislaman dengan tujuan melemahkan kekuatan dan menumbuhkan perselisihan diantara kaum muslimin. Mereka melakukan gerakan rahasia dan bawah tanah untuk menyebarkankebatilan dan makar busuk mereka. Sebagian mereka mendapatkan kedudukan dan tempat yang memudahkan mereka berbuat demikian. Sebagai contoh Ibnu al-Muqaffa’ al-Majusi, al-Baramikah (keluarga al-Barmaki) termasuk yang memiliki kisah dan peran besar ketika masa-masa hilangnya kesadaran islam. Yang lebih besar lagi adalah Perdana mentri Ibnu al-’Alqami dan al-Naashir al-Thusi yang keduanya memiliki peran besar masukkan bangsa Tartar menghancurkan peradaban islam diwilayah timur. Demikian juga yang berbentuk negara seperti dua negara syi’ah yaitu Daulah Fathimiyah dan Isma’iliyah , Daulah al-Thuluniyah dan al-Hamadaaniyah serta lainnya. Mereka ini memiliki pengaruh besar dalam menghancurkan kesatuan umat dan menjadikan kekhilafahan islamiyah menjadi negara-negara kecil seperti sekarang ini.
    Hal ini telah diisyaratkan Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam dalam sabda beliau:

    “يُوْشَكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ الأمَمُ كَمَا تَدَاعَى الأكَلَةُإِلَى قَصْعَتِهَا” فَقَالَ قَائِلٌ: أَوَمِنْ قِلّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ؟ قَالَ: “بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيْرٌ، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَلَيَنْزَعَنَّ اللّه مِنْ صُدُوْرِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ، وَلَيُقْذِفَنَّ اللّه فِي قُلُوْبِكُمُ الْوَهْنَ” فَقَالَ قَائِلٌ: يَارَسُوْلَ اللّه، وَمَا الْوَهْنُ؟ قَالَ: “حُبُّ الدُّنيَا وَكَرَاهِيَّةُ الْمَوْتِ”.‏

    “Dari Tsauban beliau berkata, telah bersabda RasulullahShallallahu’alaihi Wasallam :”nyaris sudah para umat-umat (selain Islam) berkumpul (bersekongkol) menghadapi kalian sebagaimana berkumpulnya orang-orang yang makan menghadapi bejana makanannya” lalu bertanya seseorang:’apakah kami pada saat itu sedikit?” beliau menjawab :”tidak, bahkan kalian pada saat itu banyak, akan tetapi kalian itu buih seperti buih banjir, dan Allah akan menghilangkan dari diri musuh-musuh kalian rasa takut terhadap kalian dan menimpakan kedalam hati-hati kalian wahn (kelemahan),”, lalu bertanya lagi :’wahai rasululloh apa wahn (kelemahan) itu?”, kata beliau :”cinta dunia dan takut mati””.[Shohih lighairihi (shohih lantaran ada yang lain yang menguatkannya (pen)) dikeluarkan oleh Abu Daud (4297) dari jalan periwayatan ibnu Jabir, ia berkata telah menceritakan kepadaku Abu Abdussalam darinya (Tsauban) secara marfu’]
  2. Kebodohan terhadap agama, karena keselamatan ada pada ilmu dan kebinasaan ada pada kebodohan. Kebodohan disini bermakna ketidak tahuan terhadap aqidah dan syari’at, bodoh terhadap sunnah, ushul, kaedah dan manhajnya, bukan hanya sekedar tidak memiliki pengetahuan saja; sebab seorang terkadang cukup memiliki hal-hal yang menjaga dirinya dan menjaga agama dengannya lalu menjadi alim dengan agamanya walaupun belum menjadi pakar dalam ilmu. Sebaliknya terkadang ada orang yang mengetahui banyak pengetahuan dan dipenuhi dengan informasi dan maklumat, namun tidak mengetahui ushul dan kaedah dasar agama. Hingga ia tidak mengetahui ushul aqidah dan hukum-hukum iftiraaq serta hukum-hukum bergaul dengan orang lain, ini musibah besar. Memang kebodohan adalah satu musibah dan menjadi sebab pokok perpecahan. Allah berfirman: “Katakanlah:”Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui” (QS. 39:9)
    Sufyan al-Tsauri menyatakan:
    لعالم واحد أشد على الشيطان من مائة عابد
    Sungguh seorang alim lebih ditakuti syaitan dari seribu ahli ibadah“.
    Sedangkan Abu al-’Aliyah menyatakan:

    ( تعلموا الإسلام فإذا تعلمتموه فلا ترغبوا عنه) رواه الآجري في كتاب الشريعة ص ( 31)

    “Belajarlah islam, apabila kalian telah mempelajarinya maka jangan membencinya” (Diriwayatkan Al Ajurri dalam kitab Asy Syari’ah, 1/31)
  3. Ketidak beresan dalam manhaj menerima ilmu agama (talaqqi). Kita dalam menerima ajaran agama harus mengikuti manhaj yang sudah ada sejak zaman Rasululloh dan para salaf umat ini hingga sekarang. Manhaj tersebut mencakup ilmu, amal, mengambil petunjuk dan teladan, suluk prilaku dan pergaulan. Hal ini dilakukan dengan lebih memperhatikan kaedah-kaedah syari’at dan ushul-ushul umum daripada sekedar perhatian pada masalah praktis dan kuantitas jumlah nash.

    Hal ini dapat diwujudkan dengan mengambil ajaran islam dari generasi teladan dan ulama-ulama besar yang kredibel. Ilmu tersebut diambil dengan bertahap baik jenis dan ukurannya sesuai dengan kemampuan dan kesiapan yang ada. Ilmu yang dapat menjadikan seseorang menjadi ahli dalam agamanya yaitu ilmu yang didasarkan kepada al-Qur`an, Sunnah dan atsar yang shohih dari para ulama umat.

    Diantara fenomena kesalahan dalam talaqqi adalah:

    a. Mengambil ilmu bukan dari ahlinya. Seperti diisyaratkan Rasulullah dalam sabdanya:
    إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا ([() البخاري في كتاب الاعتصام بالكتاب والسنة ، الفتح 13/282 . وروي بألفاظ أخرى عند مسلم وأحمد والترمذي وابن ماجه وأبي دواد .]) .

    Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekali cabut yang ia cabut dari hambaNya, namun mencabut ilmu dengan memawafatkan para ulama hingga bila tidak sisa seorang alimpun maka manusia menganggkat para tokoh yangbodoh lalu mereka ditanya dan berfatwa tanpa ilmu. Lalu mereka sesat dan menyesatkan” (HR Al-Bukhori)

    b. Tidak merujuk kepada para ulama sama sekali (الاستقلالية عن العلماء والأئمة ).
    c. Meremehkan dan merendahkan para ulama (ازدراء العلماء واحتقارهم والتعالي عليهم ).
    d. Menganggap ittiba’ kepada ulama besar umat ini sebagai taklid (اعتبار اتباع الأئمة على هدى وبصيرة تقليدًا).
  4. Kezhaliman dan kedengkian diantara mereka sehingga mereka saling bunuh dan berpecah belah. Sebagaimana difirmankan Allah: “Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya”. (QS. Al Imran: 19)

    Demikianlah ambisi ingin menjadi orang nomor satu dan saling aniaya menjadi salah satu sebab perpecahan. Oleh karena itu Nabi memperingatkan kita dalam sabda beliau:
    لَا تَرْجِعُوا بَعْدِي كُفَّارًا يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ
    Jangan kalian kembali setelahku menjadi kafir, sebagian kalian membunuh sebagian lainnya” (HR al-Bukhari)

    Itulah yang menjadikan musuh-musuh islam berhasil mengalahkan kaum muslimin, sebagaimana dijelaskan Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

    إِنَّ اللَّهَ زَوَى لِيَ الْأَرْضَ فَرَأَيْتُ مَشَارِقَهَا وَمَغَارِبَهَا وَإِنَّ أُمَّتِي سَيَبْلُغُ مُلْكُهَا مَا زُوِيَ لِي مِنْهَا وَأُعْطِيتُ الْكَنْزَيْنِ الْأَحْمَرَ وَالْأَبْيَضَ وَإِنِّي سَأَلْتُ رَبِّي لِأُمَّتِي أَنْ لَا يُهْلِكَهَا بِسَنَةٍ عَامَّةٍ وَأَنْ لَا يُسَلِّطَ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ سِوَى أَنْفُسِهِمْ فَيَسْتَبِيحَ بَيْضَتَهُمْ بَيْضَتَهُمْ وَإِنَّ رَبِّي قَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنِّي إِذَا قَضَيْتُ قَضَاءً فَإِنَّهُ لَا يُرَدُّ وَإِنِّي أَعْطَيْتُكَ لِأُمَّتِكَ أَنْ لَا أُهْلِكَهُمْ بِسَنَةٍ عَامَّةٍ وَأَنْ لَا أُسَلِّطَ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ سِوَى أَنْفُسِهِمْ يَسْتَبِيحُ بَيْضَتَهُمْ وَلَوِ اجْتَمَعَ عَلَيْهِمْ مَنْ بِأَقْطَارِهَا أَوْ
    قَالَ مَنْ بَيْنَ أَقْطَارِهَا حَتَّى يَكُونَ بَعْضُهُمْ يُهْلِكُ بَعْضًا وَيَسْبِي بَعْضُهُمْ بَعْضًا

    Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyatukan untukku dunia, lalu aku melihat timur dan baratnya dan sesungguhnya umatku akan sampai kekuasaannya seluas yang disatukan Allah untukku dan aku diberi dua harta simpanan yaitu emas dan perak lalu aku memohon kepada Robb-ku untuk umatku agar dia tidak menghancurkannya dengan kelaparan yang menyeluruh, dan menguasakan atas mereka musuh-musuhnya dari selain mereka sendiri lalu menghancurkan seluruh jama’ah mereka, dan Robb-ku berkata:” wahai Muhammad, sesungguhnya aku jika telah memutuskan satu qadho’ maka tidak dapat ditolak, dan aku telah memberikan kepadamu untuk umatmu bahwa aku tidak akan menghancurkan mereka dengan kelaparan yang menyeluruh dan tidak akan menguasakan atas mereka musuh-musuh dari selain mereka yang menghancurkan seluruh jamaahnya walaupun mereka telah berkumpul dari segala penjuru – -atau mengatakan: orang yang ada diantara penjuru dunia-sampai sebagian mereka membunuh dan menjadikan rampasan perang sebagian yang lainnya”[ HSR Muslim (2889)].
  5. Kebid’ahan dalam agama.
  6. Sikap ekstrim dalam agama. Hal ini dilarang Allah dalam firmanNya:
    Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar..” (QS. 4:171)
    Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam pun melarangnya dalam sabda beliau:
    يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ فِي الدِّينِ فَإِنَّهُ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ الْغُلُوُّ فِي الدِّينِ

    Wahai sekalian manusia, hati-hatilah dari sikaf berlebihan dalam agama, karena orang sebelum kalian binasa karena sikap berlebihan dalam agama” (HR Ibnu Majah dan Ahmad)
    Hal itu karena agama ini dibangun diatas pengamalan hukum-hukum syari’at dengan memperhatikan kemudahan, meringankan kesulitan dan mengambil keringanan pada tempatnya serta prasangka baik kepada manusia dan kasih sayang kepada mereka. Tidak keluar dari hal-hal ini kecuali dengan mashlahat yang kuat dalam pandangan ulama. Rasulullah

    Shallallahu’alaihi Wasallam 
    bersabda:
    (( إن الدين يسر ، ولن يشاد الدين أحد إلا غلبـه ، فسددوا وقاربوا وأبشروا واستعينوا بالغدوة والروحة وشيء من الدلجة ))
    Agama itu mudah, tidaklah seorang itu ekstrim dalam agama kecuali akan kalah, maka luruslah, dekatilah (kesempurnaan), berilah kabar gembira dan gunakanlah waktu pagi dan sore dan sedikit dari tengah malam“.
  7. Meniru dan mengekor kepada umat-umat terdahulu, sebagaimana dijelaskan Rasululloh dalam sabda beliau:

    لَيَأْتِيَنَّ عَلَى أُمَّتِي مَا أَتَى عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ حَذْوَ النَّعْلِ بِالنَّعْلِ حَتَّى إِنْ كَانَ مِنْهُمْ مَنْ أَتَى أُمَّهُ عَلَانِيَةً لَكَانَ فِي أُمَّتِي مَنْ يَصْنَعُ ذَلِكَ وَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً قَالُوا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي

    “Akan datang kepada umatku apa yang telah menimpa bani Isro’il sama persis hingga bila ada dari mereka orang yang menzinahi ibunya terang-terangan pasti akan ada pada umatku yang berbuat demikian. Sungguh bani Isro’il telah berpecah belah dalam tujuh puluh satu kelompok dan umat ini akan pecah menjadi tujuh puluh tiga kelompok seluruhnya di neraka kecuali satu. Mereka bertanya: Siapakah ia wahai Rasulullah!? Beliau menjawab: Yang mengikuti ajaranku dan sahabat-sahabatku”
     (HR al-Tirmidzi).

    Imam al-Aajuri menyatakan: “Seorang alim yang berakal yang membuka lembaran keadaan umat ini tentu mengetahui bahwa kebanyakan umat ini dan keumumannya berjalan urusan mereka sesuai jalan-jalannya ahli kitab (Yahudi dan Nashrani)” (Al-Syari’ah hal. 20).
    Diantaranya adalah terpengaruhnya kaum muslimin dengan pemikiran dan filsafat yang datangnya dari negeri kafir. Hal ini diawali dengan diterjemahkannya ilmu-ilmu umat lain seperti Yunani dan India yang didasarkan pada tsaqafah paganisme. Terjemahan ini dimulai diakhir masa kekhilafahan bani Umayyah pada tahun dua ratusan hijriyah ketika Kholid bin Yazid bin Mu’awiyah sangat menggemari ilmu-ilmu dan filsafat orang terdahulu, kemudian tambah menjadi-jadi pada masa kekhilafahan Ma’mun dengan mengutus delegasi kepada para raja di negara-negara lain untuk mengambil manuskrip ilmu-ilmu pengetahuan tersebut berikut kitab-kitab filsafat hingga merusak aqidah muslimin.

    Oleh karena itu didapatkan sekte-sekte menyimpang dalam islam telah mengambil sebagian pokok ajarannya atau kebanyakannya dari agama-agama terdahulu. Contohnya Rafidhoh Syi’ah mengambil dari Yahudi dan Majusi, Jahmiyah dan Mu’tazilah mengambil dari Shobi’iyah dan filsafat Yunani dst.

Jumaat, 25 Januari 2013

Ustaz Azhar Idrus - Zalim Dalam Kehidupan Vol. 1




Orang-orang Yang Dilaknat Di Dalam Al-Quran Dan Hadis

Dilaknat artinya disingkirkan dan dijauhkan oleh Allah dari rahmat-Nya, dan dimurkai oleh-Nya.
Orang-Orang yang dilaknat dan dikutuk di dalam Al-Qur’an:

1. Orang-orang kafir dan yang ingkar
“Mereka berkata: hati kami tertutup. Tetapi sebenarnya Allah telah melaknat mereka karena keingkaran mereka; maka sedikit sekali mereka yang beriman.” (Al-Baqarah: 88)
“Sesungguhnya Allah melaknat orang-orang yang kafir, dan menyiapkan bagi mereka api yang menyala-nyala (neraka).” (Al-Ahzab: 64).

2. Orang-orang yang menentang kebenaran
“Hai orang-orang yang telah diberi Al-kitab, berimanlah kamu pada apa yang telah Kami turunkan (Al-Qur’an) yang membenarkan Kitab yang ada pada kamu sebelum Kami merubah wajahmu, lalu Kami laknat mereka sebagaimana Kami telah melaknat orang-orang (yang berbuat maksiat) pada hari Sabtu, dan ketetapan Allah pasti berlaku.” (Al-Nisa’: 47)

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari Al-Kitab? Mereka mempercayai Jibt dan Thaghut, dan mengatakan kepada orang-orang kafir (musyrik Mekkah), bahwa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman. Mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah. Barangsiapa yang dilaknat oleh Allah, niscaya kamu kamu tidak akan mendapat penolong baginya.” (An-Nisa’: 51-52).

3. Para pemimpin dan pembesar yang menyesatkan
“Pada hari ketika wajah mereka dibolak-balikkan di dalam neraka, mereka berkata: sekiranya kami mentaati Allah dan Rasul-Nya. Dan mereka berkata: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan
kami dari jalan yang benar. Ya Tuhan kami, timpakan kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar.” (Al-Ahzab: 66-68)

4. Orang-orang yang memutuskan silaturrahim, dan orang-orang yang murtad
“Apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan memutuskan silaturrahim? Mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan ditulikan telingan mereka serta dibutakan-Nya penglihatan mereka.” (Muhammad: 22-23)

5. Orang-orang yang menentang undang-undang Ilahiyah dan menyimpan kebenaran.
“Sesungguhnya orang-orang yang menyimpan apa yang Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami menerangkannyakepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh semua makhluk yang dapat melaknat. Kecuali mereka yangtelah bertaubat dan melakukan perbaikan dan menerangkan kebenaran,
mereka itu Akulah Yang Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Al-Baqarah: 159-160)

6. Para pemimpin kekufuran dan pelaku kerusakan di muka bumi
“Orang-orang yang merusak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di muka bumi, orang-orang itulah yang mendapat laknat dan lagi mereka yang memperoleh kediaman yang buruk (Jahannam).” (Ar’d: 25).

7. Orang-orang munafik yang menyakiti Rasulullah saw
“Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allahakan melaknatnya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan.” (Al-Ahzab: 57)
“Sesungguhnya jika tidak berhenti orang-orang munafik, orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya dan orang-orang yang menyebarkan kabar bohong di Madinah (dari penyakitimu), niscaya Kami perintahkan kamu untuk memerangi mereka, kemudian mereka tidak menjadi tetanggamu melainkan dalam waktu yang sebentar, dalam keadaan terlaknat. Dimana saja mereka jumpai, mereka ditangkap dan dibunuh dengan sehebat-sehebatnya.” (Al-Ahzab: 60-61)
“Allah mengancam orang-orang munafik laki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahannam. Mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka; dan Allah melaknat mereka. Bagi mereka azab yang abadi.” (At-Taubah: 68).

8. Orang-orang yang zalim
“Penghuni-penghuni surga berseru kepada penghuni-penghuni neraka: Sesungguhnya kami dengan sebenarnya telah memperoleh apa yang dijanjikan kami oleh Tuhan kami. Maka apakah kamu telah memperoleh dengan yang sebenarnya apa yang dijanjikan kepadamu oleh Tuhanmu? Mereka penghuni neraka menjawab: Betul. Kemudian seorang penyeru (malaikat) mengumumkan di antara kedua golongan itu: Laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang zalim.” (Al-A’raf: 44)
“Mereka itu (orang-orang yang zalim) balasannya: Sesungghnya atas mereka laknat Allah ditimpakan, demikian juga laknat malaikat dan semua manusia.” (li-Imran: 87).

9. Orang-orang yang membunuh orang mukmin
“Barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah Jahannam, kekal di dalamnya, Allah murka dan melaknatnya, dan menyiapkan baginya azab yang besar.” (An-Nisa’: 93).

10. Iblis. (Al-Hijr/15: 35; Shaad: 78)
“Sesungguhnya atasmu (Iblis) laknat sampai hari kiamat.” (Al-Hijr/15: 35)

11. Orang-orang yang menuduh berzina terhadap perempuan yang baik-baik dan suci
“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita baik-baik dan beriman (berbuat zina), mereka dilaknat di dunia dan di akhirat, dan bagi mereka azab yang besar.” (An-Nur: 23)

12. Orang-orang yang menyalahi pemimpin yang saleh
“Mereka selalu diikuti laknat di dunia dan hari kiamat. Ingatlah, sesungguhnya kaum ‘Ad itu kafir kepada Tuhan mereka. Ingatlah, kebinasaanlah bagi kaum ‘Ad yaitu kaum Hud.” (Hud: 60).
“Itu adalah sebagian dari berita-berita negeri (yang dibinasakan) yang Kami ceritakan kepadamu (Mhammad); di antara negeri-negeri itu ada yang masih kedapatan bekas-bekasnya dan ada pula yang telah musnah.” (Hud: 100).

Orang-orang yang dilaknat di dalam hadis Rasulullah saw:

Rasulullah saw bersabda: “Ada lima orang yang dimohonkan laknat atas mereka dan semua nabi mengaminkannya:

(1) Orang yang menambah kitab Allah dan meninggalkan sunnahku,
(2) orang yang mendustakan takdir Allah,
(3) orang yang mengatakan halal atas nama keluargaku apa yang diharamkan oleh Allah,
(4) orang yang mementingkan dirinya dalam harta rampasan perang yang dihalalkan baginya,
(5) orang yang mengajak berbuat baik sementara dirinya meninggalkannya atau melarang orang lain berbuat dosa sementara dirinya melakukannya.” (Al-Wasail11: 271).




Ahad, 20 Januari 2013

Bagaimana mendapatkan rahmat Allah swt.

Bagaimana mendapatkan rahmat Allah swt. Dan kasih sayang NYA, Al-Quran telah menerangkan dengan terperinci, antara lain ialah:

1) Sentiasa hidup bersama Al-Quran, mempelajari (mendekati) kitab Allah.

Firman Allah swt:
Ertinya: “Dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertaqwalah agar kamu diberi rahmat” (Surah Al-An’aam ayat 155)

Erinya: “Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian” (Surah Al-Israa’ ayat 82)

Dan dari Jabir r.a. katanya : Bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah oleh mu Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat bagi para pembacanya” (Riwayat Muslim)


2) Sentiasa Bertaqwa kepada Allah swt.

Firman Allah swt:
Ertinya: “Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul Nya dan takut kepada Allah dan bertaqwa kepada Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan”. (Surah An-Nur ayat 52)

3) Sentiasa meningkatkan iman dan berjihad pada jalan Allah.

Firman Allah swt:
Ertinya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Baqarah ayat 218)

Rasulullah saw bersabda: “Allah menjamin bagi orang-orang yang berjihad fi sabililllah yang tidak keluar dari rumahnya melainkan hanya untuk berjihad fi sabilillah dan membenarkan kalimah Nya, bahawa Dia memasukkannya ke dalam syurga atau mengembalikannya ke tempat tinggalnya dengan memperolehi pahala dan ghanimah.” (Riwayat Bukhari, Malik dan An-Nasa’i)

4) Sentiasa berkasih-sayang kerana Allah swt.

Di dalam satu hadith Qudsi disebutkan bahawa Allah swt. Berfirman :
Ertinya: “Wajib mendapat kasih sayang Ku bagi orang yang saling berkasih-sayang kerana Ku dan saling duduk-duduk di dalam majlis kerana Ku dan saling memberi kerana Ku dan saling berziarah kerana Ku.” (Riwayat Ahmad, Hakim dan Ibn Hibban)

5) Sentiasa berbuat ihsan.

Ihsan bermakna engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat akan Dia. Jika engkau tidak dapat melihat Dia, maka sesungguhnya Dia melihat engkau. Firman Allah swt:

Ertinya: “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Baqarah ayat 195)

Dan di antara amal orang-orang yang ihsan ialah :

a) Sentiasa berinfak ke jalan Allah.

Firman Allah swt:

Ertinya: “Perumpamaan (nafkah yang di keluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261)

b) Sentiasa memperbaiki amalannya.

Firman Allah swt:

Ertinya: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan marahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran ayat 133-134)

c) Sentiasa berbakti kepada ibubapa.

Firman Allah swt:

Ertinya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai lanjut umur dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dan penuh kesayangan dan ucapkanlah :Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (Surah Al-Israa’ ayat 23-24)

d) Sentiasa berbakti kepada kaum kerabat.


Firman Allah swt:

Ertinya: “Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan ?” (Surah Muhammad ayat 22)

Daripada Abdul Rahman bin Auf bahawa Rasulullah saw bersabda (dalam hadith qudsi): “Berfirman Allah swt: “Akulah Ar Rahman (Maha Pemurah), dan telah Aku jadikan Ar Rahim (Maha Pengasih) dan aku telah pecahkan nama ini dari nama Ku, maka barangsiapa yang memperhubungi kerabatnya nescaya Aku suka berhubung dengannya dan barangsiapa yang memutuskannya Aku putuskan dengannya.” (Hadith riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

e) Sentiasa berbakti kepada anak yatim dan fakir miskin.


Sabda Rasulullah saw: “Aku dan orang yang memelihara anak yatim di dalam syurga seperti ini (diisyaratkan telunjuk dan jari tengah dan diruangi antara keduanya.” (Hadith riwayat Bukhari, Tarmizi dan Abu Daud)

Imam Ahmad dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa : Seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah saw tentang hatinya yang keras lalu, baginda bersabda:

“Usapilah kepala anak yatim dan beri makanlah kepada orang-orang yang miskin.”

f) Sentiasa berbakti kepada jiran tetangga.

Dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda :

“Sentiasalah Jibril menasihatkan aku mengenai tetangga, sehingga aku menyangka bahawa tetangga itu akan menerima pesaka.” (Riwayat Shaykhan, Abu Daud dan Tarmizi)

g) Sentiasa berkata dengan perkataan yang ma’aruf.

Firman Allah swt:

Ertinya: “Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil (iaitu) : Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling.”(Surah Al-Baqarah ayat 83)

Sabda Rasulullah saw: “Seorang hamba yang berkata-kata dengan perkataan yang diredhai oleh Allah swt. ia tidak akan jumpa melainkan diangkat oleh Allah swt dengannya beberapa darjat dan seseorang hamba yang berkata-kata dengan perkara-perkara yang dimurkai Allah swt, tidak dijumpai melainkan membawanya ke neraka.” (Riwayat Bukhari)

h) Sentiasa berdoa kepada Allah swt di antara doanya ialah:

“Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi Rahmat.” (Surah Al-Mu’minuun ayat 109)

Ertinya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya.” (Surah Ali Imran ayat 8)

Demikianlah rahmat dan kasih sayang Allah swt. akan dilimpahkan kepada seorang hamba yang mengikuti jalan-jalan yang telah disyariatkan oleh Allah swt. ke atas segenap umat manusia yakni sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw serta meninggalkan dan menjauhi selain dari yang telah disyariatkan oleh Allah swt.

Isu Kalimah Allah : Menjaga Kesucian Kalimah Allah Sama Penting Melaksanakan Syariat Allah Dalam Negara Umat Islam


 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT maksudnya : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar). Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Surah al-Baqarah ayat 120)

Penjelasan Ayat :

Di dalam ayat yang mulia ini, Allah SWT  menyingkap apa yang terdapat di dalam hati orang-orang kafir dari kalangan Yahudi dan Nasrani berupa ketidaksenangan mereka terhadap Islam yang dibawa oleh Rasulullah  SAW dan para pengikutnya. Sehingga seluruh kemampuan yang mereka miliki, mereka gunakan untuk mempengaruhi kaum muslimin agar mengikuti agama dan keyakinan mereka yang batil. Mereka jalankan perancangan tersebut sedikit demi sedikit, hingga akhirnya seorang muslim keluar dari Islam dan condong kepada agama mereka, wal ‘iyadzu billah.Kerana itu, agama Islam menganjurkan untuk selalu menjauhi kebiasaan orang-orang kafir sebagai sikap berlepas diri dari mereka dan keyakinan mereka. Sekaligus juga upaya menutup pintu masuknya pengaruh dan sikap kecondongan kepada agama dan tradisi yang mereka bawa.

Al-’Allamah Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di t dalam menjelaskan ayat ini berkata :“Allah SWT  mengabarkan kepada Rasul-Nya bahawa Yahudi dan Nasrani (Kristian) tidak senang kepadanya kecuali (bila kita) mengikuti agama mereka. Sebab mereka senantiasa mengajak kepada apa yang menjadi keyakinan mereka dan menyangka bahawa itu adalah petunjuk. Maka katakanlah kepada mereka: “Sesungguhnya petunjuk Allah yang engkau diutus dengannya adalah petunjuk yang sebenarnya. Adapun apa yang kalian yakini itu adalah hawa nafsu, dengan dalil firman Allah yang bermaksud :

"Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahi pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini). (Surah ar-Ra'd ayat 37)

Di dalam ayat ini terdapat larangan besar untuk mengikuti hawa nafsu Yahudi dan Nasrani (Kristian). Juga larangan menyerupai mereka terhadap apa yang khusus dari agama mereka. Pembicaraan ini walaupun ditujukan kepada Rasulullah SAW, sesungguhnya umatnya termasuk di dalamnya. Sebab yang menjadi ibrah adalah keumuman maknanya dan bukan kekhususan siapa yang diajak berdialog, sebagaimana pula yang menjadi ibrah adalah keumuman suatu lafadz dan bukan dikhususkan pada sebab turunnya.” (Taisir Al-Karimir Rahman, 64-65)

Berkata pula Ibnu Jarir dalam menafsirkan ayat ini: “Wahai Muhammad, tidaklah Yahudi dan Nasara senang kepadamu selamanya. Maka biarkanlah mereka untuk mengikuti apa yang menyenangkan mereka dan yang sesuai dengan mereka. Dan carilah apa yang mendatangkan reda Allah dalam mengajak mereka kepada apa yang Allah utus kepadamu berupa kebenaran.” (Tafsir Ibnu Katsir, 1/164)

Ditegaskan oleh Allah SWT di dalam surah Ali Imran ayat 118 bermaksud; “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.”

Sahabat yang dimuliakan,
Isu kemurtadan telah lama berlaku di dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kesan daripada  berbagai cara dan metod yang digunakan oleh mereka untuk memesongkan akidah umat Islam. Oleh itu umat Islam perlu sentiasa berwaspada dan jangan membuka ruang untuk mereka menyebarkan dakyah dan hasutan untuk mengajak umat Islam mengikuti agama mereka.

Mungkin ada agenda tertentu dibalik permohonan mereka untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam terjemahan kitab mereka.

Umat Islam perlu berpendirian dengan tegas bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya ALLAH untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.

Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud ALLAH, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal.

Manakala menterjemahkan God dengan ALLAH akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.

Kita perlu melihat isu penggunaan nama ALLAH dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak. Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.

Harus diingat, bagi umat Islam, nama ALLAH merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.

Firman Allah SWT maksudnya :Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;[2] “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;[3] “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;[4] “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. (Surah al-Ikhlas ayat 1-4)

Sehubungan itu,  permintaan untuk menggunakan nama ALLAH dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama ALLAH bagi merujuk kepada 'God' sama da dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.

Walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya di kalangan ahli  kitab (Yahudi dan Nasara),  tetapi  keluar dari khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik.

Berdasarkan kaedah “Sadd al-Zari'ah” (menutup pintu-pintu fitnah), jika dibiarkan perkataan ALLAH digunakan ditempat yang tidak betul boleh menimbulkan fitnah yang besar kepada agama Islam dan mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam.

Ada perkataan yang sensitif  seperti kalimah Dua Shahadah dan ALLAH, tidak boleh disebut secara sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan ketidaksenangan yang tidak perlu dalam masyarakat majmuk di negara kita dan situasi negara masa kini.

Sahabat yang dikasihi,
Apabila kita jaga kalimah ALLAH supaya tidak disalah gunakan maka kita juga wajib menjaga syariat ALLAH supaya ianya dapat dilaksanakan dalam negara, masyarakat dan kehidupan harian kita. Kalimah ALLAH tidak boleh dicemarkan begitu juga sistem hidup dan undang-undang ciptaan ALLAH tidak boleh disisihkan dan ditinggalkan begitu saja. Ini bermakna hukum hudud, qisas dan diyat yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW tidak boleh dihina dan perlu dilaksanakan secara beransur-ansur dan kebaikannya perlu diwar-warkan kepada semua umat Islam dan rakyat jelata. Oleh itu cinta kita kepada ALLAH SWT perlu dibuktikan dengan melaksanakan semua suruhan-Nya dan pada masa yang sama meninggalkan semua larangan-Nya.

Dikirim oleh : Makmum Sundari



Rabu, 16 Januari 2013

Larangan bunuh membunuh dan melaknat sesama manusia

Ustaz Ahmad Fadhli Shaari | Kuliah Jumaat 11 Jan 2013 1. Sembelihan binatang ikut Islam 2. Tuduhan berzina (suami dan isteri)dan sumpah laknat 3. Membunuh mukmin sengaja Allah laknat, azab dalam neraka selamanya 4. Makan Riba

Amanat Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi Untuk Umat Islam di Malaysia



Selasa, 15 Januari 2013

Ulama dan Politik Tanahair



Ulama dan Politik Tanahair

Oleh : Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat : Ustaz Haji Harun Taib




Kedudukan Ulama Dalam Islam Ulama itu ialah mereka yang takut hanya kepada Allah dari kalangan mereka yang diberi pengetahuan dan kefahaman oleh Allah ‘Azzawajal tentang Islam yang lengkap dan syumul itu. Untuk menjelaskan perkara ini Allah berfirman yang bermaksud:
"Hanya semata-mata yang takut kepada Allah daripada kalangan hambanya ialah Ulama." Al Fathir: 28
Untuk menentukan kedudukan mereka di dalam Islam, Allah berfirman yang bermaksud:
"Katakan ( wahai Muhammad ) apakah sama golongan yang berilmu dengan golongan tidak berilmu, sesungguhnya yang mempunyai akal fikiran yang waras sahaja yang selalu ingatkan perintah Allah." Al Zumar : 9
Firman Allah lagi yang bermaksud:
" Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan golongan yang berilmu pengetahuan dan Allah amat mengetahui apa yang kamu kerjakan" Al Mujadalah : 11
Untuk menjelaskan perkara yang sama Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
" Sesiapa yang melalui sesuatu jalan untul mencari ilmu pengetahun, Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayapnya untuk menuntut ilmu kerana berpuas hati dengan perbuatannya. Sesungguhnya orang-orang Alim itu meminta ampun baginya oleh sekelian yang ada di langit dan di bumi sehingga ikan-ikan di air turut meminta ampun baginya. Dan kelebihan orang alim berbanding dengan orang yang beribadat seperti kelebihan bulan berbanding dengan sekelian bintang. Para ulama itu adalah pewaris kepada para nabi dan sesungguhnya para nabi itu tidak meninggalkan emas dan perak malahan mereka meninggalkan ilmu pengetahuan. Sesiapa yang menerimanya maka ia mendapat bahagian yang cukup sempurna.
Seterusnya Rasulullah S.W.T. bersabda lagi yang bermaksud :
" Perumpamaan para ulama di muka bumi seperti bintang-bintang di langit yang memberi petunjuk kepada musafir dan pelayar di waktu malam, apabila terlindungnya bintang tersebut mereka akan terpinga-pinga kehilangan petunjuk." Hadith Riwayat Imam Ahmad
Ternyata daripada pembentangan di atas bahawa ulama itu mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Rasulullah S.A.W. meletakkan mereka sebagai pewaris para nabi. Pewaris para nabi bermaksud "menggalang ganti di dalam menjaga agama dan mentadbir dunia dengannya."
Islam menghendaki supaya para ulama menjadi pengganti nabi dalam urusan mentadbir dunia dan menjaga agama. Ityulah yang difahami oleh para sahabat dan para cerdik pandai Islam.
Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Ibnu Affan, Ali Ibnu Abi Talib dan lain-lain daripada para khulafa' mengambil tempat baginda Rasulullah S.A.W. dalam urusan yang kita sebutkan di atas.

Justeru itu, para cerdik pandai Islam yang menulis buku di bidang siasah dan pentadbiran negara menyatakan bahawa jawatan-jawatan penting di dalam negara seperti khalifah, perdana menteri dan para hakim hendaklah disandang oleh para ulama mujtahidin dari kalangan ulama Islam. Hal ini saudara akan dapati bila saudara-saudara membaca buku-buku yang ditulis oleh Al-Imam As-Syafie, Al-Mawardi, Abu Ya'la, Ibnu Khaldun, Imam Al-Haramain Al-Juwaini, Al-Imam Al-Ghazali dan lain-lain.
Bertolak dari kajian-kajian dan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh para alim ulama yang mentadbir di zaman silam, maka para penulis dan penganalisa zaman sekarang ini membuat beberapa rumusan di antara lainnya :
1. Bahawa pemerintahan Islam itu adalah pemerintahan yang berasaskan agama. Hal ini antara lainnya diasaskan kepada kata-kata Al-Imam Al-Ghazali yang bermaksud :
" Agama itu asas dan kerajaan itu pengawal. Maka sesuatu yang tidak mempunyai asas akan tumbang dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan hilang."
2. Ia merupakan kerajaan yang dipandu oleh para ulama. Hal ini adalah didapati daripada beberapa rumusan yang dibuat oleh cendikiawan Islam yang mengatakan bahawa mengetahui syariat Islam sampai kepada peringkat ijtihad adalah salah satu daripada syarat-syarat kelayakan untuk menjadi ketua negara, perdana menteri dan hakin di dalam negara Islam.
3. Hal ini terlalu jelas apabila kita merenung firman Allah yang bermaksud :
" Dan hendaklah kamu menjalankan hukum ( pemerintahan ) di kalangan mereka berdasarkan kepada apa yang diturunkan oleh Allah."
Siapakah yang lebih arif tentang apa yang diturunkan oleh Allah kalau tidak para ulama. Piagam Madinah jelas menyatakan bahawa rujukan kepada kerajaan Islam itu ialah kitab Allah dan Sunnah RasulNya.
" Dan sesungguhnya apa jua yang berlaku di kalangan mereka yang menandatangan piagam ini , yang khuatir berlaku kerosakan atau kehuruharaan maka kitab Allah dan sunnah Rasul menjadi rujukan."
Mengimbas kembali kepada apa yang dibentang dan apa yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W. dan zaman para khulafa' Al-Rasyidin mengajak kita berfikir dan membuat rumusan tentang kedudukan ulama' dalam politik sesebuah negara. Ia bukan sekadar melibatkan diri di dalam politik malahan menjadi tonggak kepada kepimpinan negara. Hal ini jelas apabila Al-Imam Al-Mawardi mengatakan antara lain : " Apabila berlaku kekosongan jawatan ketua negara, maka dua golongan masyarakat haruslah tampil ke hadapan untuk mengisi kekosongan itu. Golongan pertama ialah golongan yang mempunyai kelayakan menjadi calon ( ketua negara ) manakala golongan kedua pula ialah golongan yang layak menjadi penapis calon. Golongan yang layak menjadi calon sudah barang tentu dari kalangan ulama kerana salah satu daripada syarat-syarat kelayakan itu ialah memahami syariat sampai kepada peringkat ijtihad."

Golongan ulama bukan sekadar menjadi penasihat kepada negara atau kerajaan tetapi mereka adalah pemegang polisi dan pelaksana ke pada dasar negara.
Perbahasan mengenai kedudukan ulama dan keterlibatan mereka dalam politik tanahair berlaku apabila negara-negara umat Islam disekularismakan oleh penjajah. Merekalah yang memisahkan agama dan politik. Mereka mendualismakan cara hidup umat Islam. Satu cara hidup perseorangan dan kekeluargaan dan satu lagi cara hidup bernegara. Mereka mengekalkan cara hidup kekeluargaan mengikut hukum-hukum Islam, manakala cara hidup bernegara mereka pisahkan daripada Islam.
Hal ini menjadikan sistem politik, pentadbiran, perundangan, pendidikan, kemasyarakatan, perekonomian dan lain-lain di negara umat Islam dipisahkan daripada sistem Islam. Justery itu dalam sesebuah negara umat Islam hari ini diwujudkan dua penasihat : penasihat agama yang dinamakan mufti dan satu lagi penasihat undang-undang.Namun demikian para mufti tidak diberi apa-apa kuasa/peranan yang setahap di dalam sesebuah negara. Mereka yidak dianggap orang penting. Pandangan mereka tidaklah wajib ditaati oleh kerajaan berbeza demngan penasihat undang-undang peguam negara.
Ekoran daripada itu, institusi ulama tidak diberi penghargaan dan penghormatan yang sewajarnya. Dalam keadaan begini ulama pula berpecah kepada beberapa golongan. Hal ini bolehlah kita dapati di dalam perbincangan yang selanjutnya.



ULAMA ISLAM DI ZAMAN SEKARANG
Ulama kita di zaman sekarang bolehlah dibahagikan kepada lima bahagian :
1. Ulama yang baik, bertaqwa, ikhlas, amalan dan ibadat mereka semata-mata kepada Allah. Namun demikian mereka mengasingkan diri daripada dunia. Mereka tidak mengambil tahu tentang permasaalahan orang Islam walaupun sedikit. Mereka saling tak tumpah seperti ahli-ahli tasauf di zaman mutaakhir Islam iaitu tasauf yang negatif yang mengasingkan diri daripada dunia. Mereka melihat bahawa menjauhi diri daripada dunia adalah satu jalan selamat untuk mereka dan suatu amalan bertaqarrub kepada Allah Azza Wa Jalla . Oleh keranaitu terdapat terlalu ramai daripada kalangan orang-orang Islam dewasa ini yang menjadi mangsa kepada segala taghut dan si zalim.
Ulama tidak mengambil tanggungjawab dalam mempertahankan orang-orang Islam sama ada pada hak-haknya, aqidahnya, kemuliaanya, kehormatannya dan lain-lain lagi. Taghut terus bermaharajalela tanpa mendengar sebarang peringatan dan nasihat untuk berbuat kebaikan. Sepatutnya para alim ulama memberitahu betapa si zalim akhirnya pasti akan mendapat tentangan yang hebat daripada rakyatnya. Kumpulan ulama seperti ini terus menyambung amalan yang dilakukan oleh orang yang terdahulu daripada mereka. Walau apa pun yang terjadi mereka tidak bersedia untuk turun ke medan untuk menghayati firman Allah yang maksudnya :

" Dan hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru manusia kepada kebaikan dan menyuruh mereka melakukan amal ma'ruf dan mencegah mereka dari melakukan kemungkaran dan merekalah orang-orang yang berjaya."
Dan untuk menghayati sabda junjunganNya ynag bermaksud :

" Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan ( kuasa ) . Sekiranya kamu tidak mampu hendaklah diubah dengan lidah dan sekiranya kamu tidak mampu hendaklah kamu membencinya di dalam hati kamu, itulah selemah-lemah iman."
Atau sabdanya lagi:

"Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang benar di hadapan pemerintahan yang zalim"
2. Golongan yang sangat setia kepada Islam, cemburu kepadanya namun begitu mereka terlalu baik hati, niat mereka terlalu lkhlas. Mereka memberikan penilaian bahawa setiap orang yang mencium tangannya, menghadiri diri didalam majlis zikir serta menghadiri jemputan mereka sebagai orang yang cintakan agamanya. Justeru itu ramai di kalangan penipu yang brejaya menipu ulamak yang seperti ini. Mereka dibenarkan berkhutbah di masjid-masjid, di majlis-majlis kempen pilihanraya untuk memberi sokongan kepada "figure" ( individu ) tertentu. Tulisan-tilsan mereka memihak dan memuja orang-orang tertentu pada hal orang yang dipuji adalah orang yang paling ketat premusuhannya dengan Islam, kalau mereka mempunyai sedikit sifat hazar sudah barang tentu mereka tidak dapat diperalatkan oleh golongan itu.
3. Mereka yang sangat cintakan agama, cemburu kepadanya. Mereka menjalankan kegiatan amar ma'ruf dan nahi mungkar, akan tetapi mereka lupa kepada " ruuhu syari'ah " dan risalahnya dibidang kemasyarakatan dan sosial. Mereka terlalu mengambil berat tentang sembahyang, puasa dan lain-lain syiar agama namun begitu mereka tidak mengambil "cakna" tentang "maqasidi syari'ah". Mereka tidak begitu mengambil peduli bahawa sembahyang, puasa dan lain-lain syiar Islam sebagai pusat latihan untuk manusia, latihan moral, hati dan lain-lain. Oleh kerana itu kita dapati mereka ini berlumba-lumba menunaikan solat bila mendengar azan namun demikian mereka masih memakan riba, mereka masih menjadi si zalim, pengkhianat bangsa dan negara. Mereka bermusuh dengan lelaki yang memakai emas tetapi terus membisu terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan hukum-hukum syariah dan terlibat dengan rasuah.Jika mereka ditanya siapa yang lebih besar dosanya di sisi Allah, yang memakai cincin emas atau pemimpin yang tidak menjalankan hukum Allah? Mereka sudah tentu akan menjawab bahawa pemerintah yang tidak menjalankan hukum Allah itu lebih besar dosanya, tetapi mereka terus membisu.
4. Ulama jahat
Mereka mencari makan dengan menggunakan agama dan memperniagakan syariat. Mereka menghampiri semua taghut, bersahabat dengan semua yang jahat dan zalim, mereka terus menyokong golongan tersebut. Islam tercabar oleh mereka. Mereka tidak merasa malu untuk mengatakan bahawa perjuangan untuk menegakkan Islam adalah perjuangan sesat, pecah belah masyarakat, keterlaluan, tidak sederhana dan sebagainya.
Pada mereka dikata orang : si fasik yang melakukan segala maksiat kerana untuk mendapat harta dan kelazatan hidup dunia lebih bertaqarrub kepada Allah berbanding dengan si alim yang menjadi pengampu kepada segala yang taghut. Mereka mengkhianati amanah ummah dengan memberi sokongan kepada si penjenayah.
5. Ulama "muslihun harakiyyun"
Mereka memahami bahawa Islam satu cara hidup yang membawa kesejahteraan kepada manusia. Islam pembebas ummah daripada memperhambakan diri kepada yang lain daripada Allah. Mereka ini berhempas pulas berusaha untuk mengajak ummah kembali menghayati syariatnya di samping mengajak ummah manusia seluruhnya menganut agama islam.
Keterlibatan mereka di dalam kerja-kerja Islam sangat kelihatan. Begitu juga dalam kancah politik tanahair tidak dapat dinafikan lagi. Mereka memberi kesedaran betapa perlunya ummah Islam membebaskan diri dari belenggu penjajahan politik, ekonomi, pemikiran dan lain-lain lagi.Hampir keseluruhan negara ummah Islam mencapai kemerdekaan melalui usaha-usaha mereka yang gigih itu, namun demikian usaha mereka untuk menjadikan ummah Islam menghayati syariatnya dalam semua aspek belum mendapat kejayaan. Ini adalah disebabkan kerana negara-negara ummah Islam meminggirkan para ulama daripada pentadbiran dan pemerintahan negara selepas mencapai kemerdekaan. Akhirnya mereka menjadi musuh buruan oleh pemerintah yang juga mengaku ianya Islam. Atas nama Islam mereka ditangkap, dipenjara dan berbagai-bagai lagi.
Mereka bukan sahaja dikecam oleh pemerintah tetapi juga oleh golongan ulama yang boleh dipergunakan oleh pemerintah. Kalau golongan ulama yang pernah digunakan oleh para pemerintah sedar, lebih-lebih lagi jika dikaitkan dengan situasi yang ada sekarang ini, maka sudah tentu mereka dapat mengerti yang sebenarnya menjadi musuh kepada kerajaan warisan penjajah itu ialah Islam.

Siapa sahaja yang ingin melaksanakan Islam - yang hendak menerangkan Islam seperti mana yang dilaksana dan diterangkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah - pasti akan mendapat tentangan daripada kerajaan warisan itu.
Justeru itu para alim ulama hari ini haruslah memahami betul-betul sabda junjungan kita S.A.W. yang maksudnya :

"Bandingan orang yang tegak lurus di atas landasan syariat dengan orang yang melanggarnya, saling tak tumpah seperti suatu kumpulan yang sama-sama memberi saham di dalam membeli/menaiki sebuah bahtera. Satu golongan mendapat dibahagian bawah dan satu golongan lagi mendapat dibahagian atas. Kumpulan yang berada dibahagian bawah apabila menghendaki air terpaksa menaiki tingkat atas dan menyusahkan kawan-kawan mereka. Lalu mereka berfikir sekiranya bahagian mereka disebelah bawahdite,mbuskan senanglah mereka mendapat air (tidak payah naik ketingkat atas lagi) kalau sekiranya kehendak mereka dibiarkan terlaksana nanti semua mereka akan mati, tetapi sebaliknya kalau kehendak mereka itu disekat semua orang akan selamat."
Betapa jelasnya hadith ini menerangkan kepada kita kalau sekiranya golongan perosak itu dibiarkan berkuasa sudah barang tentu agama kita dimusnahkan dan negara kita akan dihancurkan. Jalan selamat ialah para alim ulama haruslah bersatu menggenbelingkan tenaga dan fikiran untuk menangani masalah politik tanahair.
Mungkin orang akan mempersoalkan apakah yang boleh dilakukan oleh para ulama? Banyak sekali kerja yang boleh dilakukan oleh para ulama di dalam menangani keadaan yang ada sekarang ini. Antara lain :
1. Bertindak menjelaskan Islam dari semua sudut dan aspek kepada semua lapisan masyarakat.
2. Mengadakan perbandingan yang rapi dan terperinci antara Islam dan bukan Islam dalam semua aspek seperti ekonomi, undang-undang ,politik, pentadbiran pemerintahan dan sebagainya.
3. Menghapuskan segala kekeliruan yang diperlakukan kepada Islam.
4. Mentarbiah dan mendidik orang-orang Islam supaya benar-benar mengerti Islam dan perjuangan untuk menegakkan Islam.

5. Menyusun rapi segala tenaga yang telah dididik supaya semuanya berfungsi dan berperanan.

6. Menjadi bintang kepada islam untuk menghadapi segala cabaran golongan taghut dan seterusnya mengundurkan golongan tersebut dari kerusi masing-masing melalui cara-cara yang dihalalkan oleh undang-undang.

7. Melibatkan diri dalam semua kegiatan kemasyarakatan dan politik tanahair.
Wallahu A'lam.