Rabu, 21 Disember 2011

Kerja Politik Menyempurrnakan al Quran Dilaksanakan Sepenuhnya




Bagi melaksanakan petunjuk didalam al-Quran itu, mestilah menunaikan perkara yang wajib iaitu politik kerana semua perintah dalam al-Quran tidak dapat dilaksanakan kecuali dengan politik.

Al-Quran yang diturunkan oleh Allah dalam bulan Ramadhan mengandungi perintah-perintah Allah yang wajib dilaksanakan oleh manusia.

Dalam masa yang sama, hanya manusia yang bertaqwa sahaja yang menerima al-Quran manakala sebaliknya mereka yang tidak bertaqwa tidak akan menerima al-Quran

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Al-Quran bukan sahaja dibaca tetapi juga menjadi petunjuk kepada manusia, dalam semua urusannya.

Oleh itu, katanya, bagi melaksanakan petunjuk didalam al-Quran itu, mestilah menunaikan perkara yang wajib iaitu politik kerana semua perintah dalam al-Quran tidak dapat dilaksanakan kecuali dengan politik.

"al-Quran hanya diterima oleh mereka yang bertaqwa kepada Allah, dalam masa yang sama Allah menjadikan tujuan kuasa adalah untuk bertaqwa kepada Allah,

"Oleh kerana al-Quran bukan hanya dibaca, yang penting menjadi petunjuk kepada manusia dalam semua urusan mereka, bagi melaksanakan petunjuk ini mestilah menunaikan perkara yang wajinb iaitu politik,

"kita tidak boleh melaksanakan semua perintah al-Quran, melainkan dengan politik,"katanya ketika berucap dalam Majlis Iftar bersama para petugas pejabat Perhubungan PAS negeri Terengganu.

Menurutnya nabi Muhammad SAW  telah berhijrah ke Madinah untuk menubuhkan sebuah kerajaan bagi tujuan melaksanakan kewajipan politik.

"Setelah ada orang (Madinah) yang mahu menerima (Islam) dan berlakunya hijrah, ditegakkan kerajaan Islam yang diwajibkan itu, barulah Allah menyempuirnakan al-Quran,"katanya.

Oleh kerana itu, katanya, umat Islam mestilah faham, kerja politik adalah suatu kerja yang sangat besar dan penting, bagi menyempurnakan ajaran al-Quran itu dilaksanakan sepenuhnya.


Beli stok emas guna wang bayaran hutang pinjaman peribadi, rumah, kereta dan kad kredit