Khamis, 29 Mac 2018

ADA YANG LEBIH BERBAHAYA DARI DAJJAL

Dari Abu Dzar dia berkata, "Dahulu saya pernah berjalan bersama Rasulullah ﷺ, lalu beliau bersabda:

«لَغَيْرُ الدَّجَّالِ أَخْوَفُنِي عَلَى أُمَّتِي»

"Sungguh, bukanlah Dajjal yang paling aku takutkan atas umatku."

Beliau mengatakannya tiga kali. Maka saya bertanya,

يَا رَسُولَ اللهِ، مَا هَذَا الَّذِي غَيْرُ الدَّجَّالِ أَخْوَفُكَ عَلَى أُمَّتِكَ؟

"Wahai Rasulullah, apakah selain Dajjal yang paling Anda takutkan atas umat Anda?"

● Beliau menjawab:

«أَئِمَّةً مُضِلِّينَ»

"Para tokoh penyesat."

[Musnad Ahmad (35/222) dan dinilai shahih oleh al-Albani]

Dan dari Abu Tamim al-Jaisyany dia menceritakan bahwa dia mendengar Abu Dzar berkata, "Saya dahulu pernah berjalan berdampingan dengan Nabi ﷺ menuju rumah beliau, lalu saya mendengar beliau bersabda:

«غَيْرُ الدَّجَّالِ أَخْوَفُ عَلَى أُمَّتِي مِنَ الدَّجَّالِ»

"Bukan Dajjal yang lebih aku takutkan atas umatku dibandingkan Dajjal."

Maka ketika saya khawatir beliau akan keburu masuk ke dalam rumah, saya segera bertanya,

يَا رَسُولَ اللهِ، أَيُّ شَيْءٍ أَخْوَفُ عَلَى أُمَّتِكَ مِنَ الدَّجَّالِ؟

"Wahai Rasulullah, apakah sesuatu yang lebih Anda takutkan atas umat Anda dibandingkan dengan Dajjal?"

● Beliau menjawab:

«الْأَئِمَّةَ الْمُضِلِّينَ»

"Para tokoh penyesat."

[Musnad Ahmad (35/222)]

Al-Munawy rahimahullah berkata:

الأئمة (المضلين) المائلين عن الحق، المميلين عنه، والأئمة جمع إمام، وهو مقتدى القوم ورئيسهم، ومن يدعوهم إلى قول أو فعل أو اعتقاد، ..؛ أئمةِ العلمِ والسلطان، فالسلطان إذا ضلَّ عن العدل، وباين الحقَّ؛ تبعه كافَّةُ العوام، خوفا من سلطانه، وطمعا في جاهه

"Para imam yang menyesatkan adalah yang berpaling dari kebenaran dan memalingkan orang lain darinya. Kata 'aimmah' sendiri merupakan bentuk jamak dari kata 'imam' yang maknanya adalah orang yang dijadikan panutan oleh suatu kaum dan menjadi pemimpin mereka, dan juga bermakna siapa saja yang mengajak kepada sebuah ucapan, perbuatan, atau keyakinan. Jadi bisa bermakna para pemimpin dalam bidang ilmu dan juga penguasa. Seorang penguasa jika tersesat dari sikap adil dan menyelisihi kebenaran maka semua orang awam akan mengikutinya, karena takut terhadap kekuasaannya dan mengharapkan kedudukannya.

والإمام في العلم قد يقع في شبهة، ويعتريه زلة، فيضل بهوى أو بدعة؛ فيتبعه عوامُّ المسلمين تقليدا، ويتسامح بمتابعة هوى، أو يتهافت على حطام الدنيا من أموال السلطان، أو يرتكبُ معصية؛ فيغترُّ به العوام.

Sedangkan pemimpin dalam bidang ilmu terkadang terjatuh pada syubhat dan tertimpa ketergelinciran, lalu dia tersesat dengan sebab hawa nafsu atau bid'ah, kemudian kaum Muslimin yang awam mengikutinya karena taklid, meremehkan dosa karena memperturutkan hawa nafsu, atau berebutan mengejar dunia dari harta penguasa, atau dengan berbuat maksiat, sehingga orang-orang awam tertipu dengannya."

(Faidhul Qadir, jilid 2 hlm. 653)
--------------------
Rubath An-Nahdhah

https://t.me/RubathAnnahdhah

Isnin, 5 Mac 2018

"FATWA" DAPAT PAHALA UNDI HARAPAN: HAJI HUSAM TIDAK LAYAK MEMBERI "FATWA" TERDESAK SEBEGINI RUPA.

1. Saya tidak menjangkakan sama sekali, begitu terdesak  sekali Haji Husam Musa selaku Naib Presiden AMANAH memperdagangkan agama Islam dengan memberi perspektif buruk berkenaan hukum halal dan haram apatah lagi apabila beliau secara semborono mengaitkan PAS dalam tuduhan pramatang beliau.

2. Mengikut kenyataan yang di petik daripada Malaysiakini beliau menyatakan, "Mengundi ini melibatkan hukum, PAS kata haram kalau tak undi bulan. Kita kata tidak, sebaliknya haram undi bulan. Ini ambo (saya) nak pegang. Jadi PRU14 nanti, kita tak boleh pangkah dah BN dan PAS. PAS kata tak pangkah PAS haram sebab akan jatuh kerajaan Islam. Jadi nak undi apa? Undi HARAPAN, dapat pahala undi HARAPAN. Ambo nak duduk situ. Kalau tak ada hukum payahlah, semua benda dalam amalan kita ini ada hukum."

3. Polemik berkenaan undi PAS dapat pahala bukan satu perkara yang baru. Bahkan isu ini sudah di gunakan oleh kelompok dalam UMNO untuk mengalih tumpuan masyarakat daripada terus mempersoalkan kebobrokan pemerintahan di bawah regim ini. Sudah pasti, mangsa kepada serangan serakah UMNO ini ialah PAS kerana dasar pengenalan pemerintahan Islam yang di bawa PAS kekal konsisten daripada fasa awal penubuhan parti ini sehinggalah ke hari ini. Perkara ini jelas, tiada sesiapa pun yang berani menafikannya. Malahan atas dasar ini juga, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah mengeluarkan pandangan tepat, mengundi PAS, Insya Allah akan mendapat pahala.

4. Marilah sama-sama kita selami pendirian bahawa Undi PAS dapat Pahala mengikut sudut pandang Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dapat dilihat melalui kenyataan yang di buat pada 24 Januari 2002 tertulis:

"Oleh kerana benda yang kita buat di Kelantan ini setelah kita dapat undi banyak, maka sudah tentu orang yang mengundi itu akan dapat pahala... kerana kita telah (membantu) tonjolkan kepada masyarakat dunia seluruhnya bahawa Kelantan itu duduk atas Islam, sebagaimana Tuhan hendak. Jadi mana-mana orang yang mengundi kami di Kelantan tahun 1990 dulu hingga kami boleh membentuk kerajaan begini iaitu kami tonjolkan yang halal kita kata halal dan yang haram kita kata haram, sudah tentulah ada balasannya; balasan baik di akhirat dalam bentuk pahala. Oleh yang demikian, bila saya kata benda ini boleh pahala, bukan pandai-pandai Tuhan nak beri sesuka hati, tidak, ada kaedah dia."

5. Penegasan kedua Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz  Nik Mat: Undi parti lain tiada pahala.

Penegasan yang di buat Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini di buat melalui sudut pandang keutamaan mengundi parti Islam sahajalah yang boleh menjaminkan ganjaran kerana memang sudah jelas pahala itu hanya diberikan apabila menyokong Islam, bukannya menyokong parti kebangsaan. Kenyataan yang di buat pada 18 Jun 2012 di bawah ini menyatakan dengan jelas bahawa:

"Hendak undi parti mana lagi untuk mendapat ganjaran pahala? Hanya parti yang memperjuangkan Islam sahaja di negara ini yang boleh menjanjikan seseorang Islam itu dengan ganjaran pahala. Saya ulangi lagi, sesiapa yang inginkan mendapat pahala di akhirat nanti, undi (parti) Islam, ia sudah tentu menjamin untuk mendapat pahala, bukannya undi parti kebangsaan."

6. Sokongan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor terhadap penegasan yang di buat oleh Almarhum Tuan Guru Nik Aziz dalam isu Undi PAS dapat pahala. Sokongan ini tercatat:

"Saya telah menyatakan saya menyokong pemuh kenyataan yang di keluarkan oleh mursyid am bahawa mereka yang menyokong, mengundi PAS insya alllah akan mendapat pahala. Sebab menolong, membantu menegakkan yang ma'ruf

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

“Barangsiapa yang menunjukan kepada kebaikan maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.

[HR. Muslim no. 1893]

Ini hadis nabi. Mahathir bukan tahu semua ini. Nabi kata orang yang menunjukkan satu kebaikan, pahalanya macam orang yang membuat kebaikan itu. Kalau kerjaan kita telah dapat melepaskan rakyat kelantan daripada amalan riba dan terjebak dengan cengkaman riba, kerana rakyat kelantan mengundi pas, menolong pas, pas membuat kebaikan, pimpinan pas membuat kebaikan, pimpinan kerajaan membuat kebaikan. Orang yang membantu atas kebaikan juga di kira sama seperti orang yang membuat kebaikan. Ini hadith nabi, hadith Mahathir memang tak ada. Dia bukan tahu dosa dan pahala. Bagi dia, dosa dan pahala ini tidak ada. Lepas itu dia kata, kenyataan saya tengok dia jawab. Dia kata, mana kita tahu lepas mati kita ke syurga ke neraka. Memanglah kita tidak tahu tetapi tuhan telah memberi petunjuk. Jalan ke syurga begini, jalan ke neraka macam ini. Ini sebab tak tahu ke jalan mana hang nak pi, ikut pi mana.

Nabi kita bersabda:

كل أمتي يدخلون الجنة إلا من أبى، قيل ومن يأبى يا رسول الله؟! قال: من أطاعني دخل الجنة، ومن عصاني فقد أبى

“Setiap umatku akan masuk syurga, kecuali orang-orang yang enggan untuk memasukinya. Ada seseorang yang bertanya, siapakah orang yang enggan tersebut wahai Rasulullah ? Beliau bersabda, “Barang siapa mentaatiku akan masuk syurga, barang siapa tidak taat kepadaku sungguh dia orang yang enggan masuk syurga“

[HR. Bukhari]

Nabi dah tunjuk, bila kita terang apa yang nabi cakap, apa yang Allah sebut dalam Al-Quran. Dia kata pula Tok Guru Nik Abdul Aziz nak berlagak macam tuhan pulah dah. Inilah susah, bercakap dengan orang tak mengaji ni susah. Sebab itulah orang Arab berkata, musuh yang alim lebih baik daripada sahabat yang jahil. Tetapi dia bukanlah, nak kata sahabat pun tak berapa boleh juga. Maknanya dia tak tahu, tetapi apabila orang cakap benda yang orang tahu, dia tak tahu, dia hentam lagi teruk. Tetapi rakyat boleh ukurlah. Kita pun tak kata orang ni masuk syurga, orang ini masuk neraka.

Tetapi ada petunjuk daripada Allah. Lalu saya kata, saya sokong. Sebab kita berjuang dalam Pas, kalau kita tak dapat pahala, kalau kita berjuang dalam pas, buat apa kita nak berjuang. Membuang masa kita, umur kita, tenaga kita, fikiran kita, kadang-kadang wang ringgit. Kerana kita mengharapkan pahala, selain mengharapkan kemenangan, sama ada kita mendapat Husnayaian, dua kebaikan di dunia kita menang di akhirat kita dapat pahala ataupun kita mendapat "Ihdal Husnayain" satu daripada dua kebaikan. Kalau kita tidak memang di dunia, kita dapat pahala di akhirat dengan syarat berdasarkan "Imanan Wahtisaban".

Perjuangan kita, pergerakan kita, penyertaan kita, penglibatan kita di dasarkan kepada keimanan kita, dan keredhaan kita dan keikhlasan kita. Insya allah kita akan dapat sama ada Ihdal Husnayain atau kita bernasib baik mendapat Husnayain dua kebaikan, di dunia kita menang, di akhirat kita mendapat pahala. Kalau tak dapat kemenangan di dunia, Insya Allah kita dapat pahala di akhirat. Tetapi ini, kita kena yakin. Ini setiap pejuang Islam, dia yakin dengan ini. Kalau tidak buat apa kita nak menghabis masa berpuluh-puluh tahun tuan-tuan dan puan-puan. Berpuluh-puluh tahun dalam PAS."

7. Jadi di sini sudah di lihat kewajaran Haji Husam Musa dalam mengeluarkan fatwa syok sendiri adalah satu tindakan yang jelas mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri. Bahkan tindakan melulu beliau ini jelas bertentangan dengan kenyataan yang di buat oleh penasihat AMANAH, Ustaz Ahmad Awang pada 28 Februari 2018 yang menyatakan:

"Kita di dalam AMANAH ini tidak akan menggunakan hukum-hukum agama semata-mata untuk kepentingan politik."

8. Bahkan jika Haji Husam Musa berpandangan secara peribadi sekalipun dalam memberikan justifikasi mengundi Pakatan Harapan dapat pahala dan mengundi PAS dapat dosa, tidak selari dengan pendirian parti komponen lain dalam Pakatan Harapan. Lebih-lebih lagi daripada parti AMANAH sendiri. Sebagai contoh:

1) Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH secara terbuka menyokong penyertaan COMANGO yang jelas mempunyai agenda terselindung dalam demontrasi Wanita Tolak Politik Toksik pada 10 September 2017.

2) Minum Arak dalam Pesta Better Beer seperti minum air teh sahaja: Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad

Hansard Parlimen 26 Oktober 2017.

"Orang bukan Islam hendak buat. Kita kata, "Oh, ini menghina Islam. Ini mencabar Islam". Sedangkan, dia hendak buat, dia minum, bagi dia macam minum teh sahaja. Bagi dia. So, kenapa kita tidak boleh tangani masalah ini dengan satu pendekatan yang mengiktiraf hak umat Islam dan mengiktiraf juga hak yang bukan Islam?"

3. Gesaan supaya golongan Atheis di iktiraf oleh MP Sepang, Hanipa Maidin: November 2017 Sidang Parlimen

“Saya ialah seorang Muslim, dan saya tiada masalah untuk mempertahankan hak mana-mana atheist untuk menganuti atau untuk mengamalkan Atheisme,".

9. Saya mengajak rakyat Malaysia yang mempunyai akal yang sihat supaya merenung kembali apakah kewajaran Naib Presiden AMANAH, Haji Husam Musa mengeluarkan fatwa kononnya boleh dapat pahala apabila mengundi Pakatan Harapan, sedangkan mudarat yang di bawa pimpinan AMANAH sendiri jauh lebih membahayakan.

10. Akal sihat saya lebih memilih pandangan yang di keluarkan Almarhum TG Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor bukan kerana saya ini ahli PAS. Ini kerana pandangan kedua-dua murabbi ummah ini selari dengan apa yang PAS perjuangkan. Belum pernah ada seorang pimpinan PAS pun yang menyokong Pesta Arak, dan menyebelahi golongan Atheis. Dan yang lagi penting belum ada seorang pun pimpinan PAS mengaku mendapat maklumat sulit dengan bantuan jin.

Iman Asyraff
16 Jamadil Akhir 1439H

Sabtu, 3 Mac 2018

Umat Islam tanpa daulah penaung

DR RIDUAN MOHAMAD NOR

AL-QUDS akan merintih kesedihan, apabila 14 Mei ini akan dijadikan ibunegara Israel, entiti haram yang tegak atas tanah Palestin sejak tahun 1948. Syria pula saban hari menyajikan berita pembantaian kepada kita tanpa gagah, darah yang mengalir, kanak-kanak kecil yang tertimbus dalam runtuhan bangunan dan mayat-mayat berserakan tanpa pembelaan masyarakat antarabangsa. 

Muslim Rohingya pula terusir keluar daripada tanah leluhur yang didiami moyang mereka sejak ratusan tahun dahulu. Semua ini terjadi akibat tiada khilafah Islam yang memayungi ummah, tiada penjaga wilayah Islam dan paling sedih ummah bercakaran seperti kerasukan hantu.

Ramai yang tidak menyedari tarikh 3 Mac ialah sejarah pilu ummah, akibat runtuhnya sebuah Kerajaan Islam yang telah memayungi sarwajagat dunia Islam termasuk alam Melayu. Kerajaan Islam yang berpusat di Turki itu melingkar jauh kekuasaannya sehinggalah ke Balkan di Eropah.

Negara Turki terletak di Asia kecil dan di sebelah Tenggara Benua Eropah. Kedudukan Turki memang unik, kerana sebahagian besar wilayahnya terletak di Asia, dan sebahagian kecilnya terletak di Eropah. Kedua-dua wilayah yang terpisah ini dihubungkan dengan jambatan yang merentasi Selat Bosporus.

Turki mempunyai sejarah panjang sebagai pusat pemerintahan Islam yang menaungi sebahagian besar ummat Islam. Khilafah Uthmaniah Turki diasaskan oleh Uthman Orthogol, berada di zaman kemuncak semasa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih yang telah berjaya menawan Kota Konstantinople daripada Byzantin.

Kehebatan Kerajaan Uthmaniah mula semakin lemah diakibatkan oleh perancangan jahat orang-orang Yahudi Dunnama, di mana mereka ini telah memeluk Islam dengan niat untuk menghancurkan Islam daripada dalam (gunting dalam lipatan). Golongan Yahudi juga telah menduduki jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan Turki. 

Kemuncak perancangan mereka golongan Yahudi merancang untuk menghancurkan Khilafah Islam. Golongan Yahudi antarabangsa melalui gerakan Freemason yang menguasai media massa telah menonjolkan Mustafa Kamal. Media massa juga telah memainkan peranan penting memburukkan Kerajaan Uthmaniah Turki terutama kecacatan peribadi Khilafah yang bergelumang dengan keseronokan. 

Di Turki, telah ditubuhkan "The Young Turks" pada tahun 1908 gerakan Yahudi ini digerakkan dengan bantuan Freemason. Golongan ini sangat agresif untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid II. Di negara-negara Arab lain pula semangat Nasionalisme Arab telah ditiupkan dengan menganggap Kerajaan Turki sebagai penjajah. 

Negara Barat berusaha meniupkan semangat negara bangsa kepada negara-negara Arab, melalui semangat Nasionalisme Arab inilah Turki mahu dipisahkan daripada saudara-saudara Islam lainnya di seluruh dunia. Perancangan keji Yahudi ini akhirnya berjaya meruntuhkan khilafah secara rasmi pada 3 Mac 1924. Mustafa Kamal telah naik ke takhta kuasa dan mula menunjukkan kebenciannya kepada Islam dan orang-orang beriman. 

Seluruh dasar kerajaan telah dipisahkan daripada Syariat Islam di antaranya menurut Ahmadi Al-Aziz (1998):

1.     Tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai dasar perlembagaan dan pemerintahan negara.

2.     Golongan pemerintah (atasan) dan konco-konconya hinggalah ke menteri-menteri dan wakil-wakil rakyatnya, adalah perompak-perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka kaya-raya hasil menyertai politik.

3.     Kebanyakan siaran-siaran radio dan televisyen serta isi kandung majalah, 95 peratus adalah maksiat. Memang ada yang baiknya tetapi cuma sekadar 5 peratus sahaja.

4.     Terdapat binaan tugu-tugu dan patung-patung dalam negara, yang mana tugu-tugu dan patung-patung tersebut dibesar-besarkan.

5.     Muzik-muzik haram, tari-menari, bergaul bebas, panggung-panggung wayang lucah, mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain-lain lagi dibenarkan berleluasa.

6.     Waktu-waktu sembahyang, masjid kosong. Majoriti manusia berkeliaran di luar masjid dengan segala bentuk urusan duniawi.

7.     Peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan. 

8.     Banyak projek yang sia-sia atau membazir, dengan menggunakan wang berjuta-juta seperti membesarkan tempat-tempat peleseran yang digunakan untuk orang-orang besar sahaja. 

9.     Polis dan tentera yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak membuat rakyat berasa tidak aman.

10.     Para pemimpin apabila ditegur, mereka melenting dan marah-marah. Maka mereka pun berdendam dan mencari peluang mendedahkan pihak yang menegur untuk diambil tindakan.

11.     Di satu Bandar bernama Balikesir, Mustafa Kamal berucap bahawa agama terpisah dengan urusan harian dan mendakwa Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berbuat demikian. Ini jelas menentang Al-Quran dan Sunnah.

12.     Dalam satu ceramahnya Mustafa Kamal pernah menegaskan bahawa mana mungkin sebuah Negara maju jika orangnya tidak berpakaian secara moden (mendedahkan aurat). Akibatnya ramai yang telah dibunuh hanya kerana enggan berpakaian secara Barat dan mematuhi arahan negara Turki moden.

13.     Mustafa Kamal tidak membenarkan kuasa talak pada suami (seperti yang ada dalam ajaran Islam) kerana mengikut undang-undang sivil dari Sweeden. Ironisnya, undang-undang ini diperkenalkan beberapa bulan selepas dia menceraikan isterinya.

Kejatuhan Islam yang telah memayungi umat selama 600 tahun lebih ini akhirnya telah mewajahkan dunia Islam yang baru, kemunculan negara bangsa akibat pemetaan baru dunia Islam dengan arkitek utamanya ialah empayar Pax Britanica dan Peranchis. 

Negara umat Islam juga telah difaraidkan dan menuju titik kelemahan paling parah dengan pelebaran faham ilmaniah atau sekularisme. Umat Islam dijajah dan mengalami keterpurukan nilai serta tersudut dalam semua sektor sehingga memunculkan faham Pan Islamisme untuk mendobrak hegemoni Barat.

Empat tahun selepas kejatuhan khilafah Uthmaniah juga menyaksikan Imam Hasan Al Banna menubuhkan Ikhwanul Muslimin untuk mengembalikan semula pemerintahan Islam, seterusnya gerakan Islam ditubuhkan di bumi umat Islam yang lain. Jamiat Islami ditubuhkan di Sub Continent, MASYUMI di Indonesia, Hizbul Muslimin di Malaya, an Nur di Turki dan pelbagai gerakan Islam kontemporari yang lain. 

Tarikh 3 Mac 1924 adalah sejarah luka umat Islam dan ianya akan kembali sembuh dengan ummah kembali berjuang untuk mengembalikan ketuanan Islam. Islam yang berdaulat, negara yang mendokong Syariat serta menjadi pembenteng kepada agama Allah sebagaimana yang telah dilakarkan dalam sejarah Khilafah Uthmaniah.

(Penulis ialah AJK PAS Pusat dan Pengerusi LESTARI Pusat) - HARAKAHDAILY 3/3/2018

_AC_

Catatan Dari Tarim: Habib Salim Assyathiri Dalam Kenangan

Jika di dunia ini ada segelintir orang yang begitu haus akan ilmu hingga akhir hayatnya maka Habib Salim adalah salah satu diantaranya. Julukan "Rajanya Ulama" yang disematkan kepada beliau bukanlah julukan yang mengada-ngada.

Pernah ada seorang pelajar Tarim asal Prancis membawa kaset rekaman pengajian Habib Salim ke negaranya. Dalam rekaman itu Habib Salim menjelaskan tentang perang Badar selama 4 jam! Itu "Matan"-nya aja belum termasuk syarahnya! Ketika ia tunjukkan rekaman itu pada salah satu ulama Prancis, ulama itu begitu takjub lantas mengatakan:

"Pasti beliau menyampaikan semua ini dengan bantuan kitab!"

"Tidak.. Apa yang beliau sampaikan murni dari hafalannya. Ia tak memakai kitab.." Jawab pelajar tadi.

"Tidak mungkin.. Bagaimana bisa dia menghafal maklumat sebanyak itu dengan menyebutkan referensi dari puluhan kitab?" Ulama Prancis itu masih tak percaya.

Akhirnya pelajar itu menunjukkan video pengajian Habib Salim, dan betapa terkejutnya Ulama itu setelah ia benar-benar melihat Habib Salim hanya duduk diatas kursi tampa kitab apapun dan mulai menjelaskan sejarah perang Badar selama 4 jam! Ulama Prancis itu hanya bisa tercengang dan berkata :

"Aku tak yakin di zaman ini ada yang lebih alim dari beliau!"

Habib Salim memang terkenal dengan ingatan "Super" yang beliau miliki. Padahal dulu ketika masih kecil beliau juga sering lupa ketika menghafal sesuatu. Hingga suatu hari ketika beliau belajar di Mekkah, saat itu pintu Ka'bah terbuka karena Ka'bah sedang diperbaiki. Beliau masuk ke dalam Ka'bah dan mulai membaca Yasin 41x dengan niat agar Allah memberikan ia ingatan yang kuat. Sejak saat itu ia tak pernah lupa ketika menghafal suatu maklumat.

Pernah ada seorang tamu yang berkunjung ke perpustakaan pribadi Habib Salim. Perpustakaan yang dipenuhi puluhan ribu kitab itu, bisa jadi adalah salah satu yang terbesar di Yaman. Karena takjub akan banyaknya kitab di Perpustakaan itu, ia bertanya pada Habib Salim :

"Habib.. semua kitab ini sudah antum baca ?"

Beliau menjawab :

"Pertanyaanmu salah.. seharusnya kau bertanya apakah semua kitab ini sudah aku hafal?"

Beliau juga dikenal sebagai sosok yang tak pernah berhenti membaca. Beliau memiliki jadwal "wajib" membaca 5 menit sebelum tidur dan juga 5 menit ketika beliau istirahat sejenak di tikungan tangga menuju lantai atas rumahnya. Dengan cara itu beliau sudah berhasil menghatamkan puluhan kitab!

Selama berobat di Jordania beliau tak mau waktunya di rumah sakit terbuang sia-sia. Beliau minta Syaikh Aun Alqudumi menemaninya dan membacakan kitab di samping beliau selama 6 jam tanpa henti!

Beliau juga terkenal sebagai sosok yang tak pernah lelah menulis. Buku catatan beliau saja selama menuntut ilmu berhasil menjadi kitab-kitab 20 Fan dalam bentuk puluhan jilid! Catatan-catatan itu sekarang dicetak dengan nama "Assafiinah Assyatiriyah" atau "Alfawaid Assyatiriyah".  Ketika beliau tunjukkan buku catatan itu kepada sang guru Sayyid Alwi Bin Abbas Al-maliki, Sayyid Alwi terkagum-kagum dan berkata : "Tak ada seorang yang mengambil ilmu dariku melebihi dirimu."

Di sampul salah satu buku catatan itu beliau tuliskan dua buah bait :

"كتبت و أيقنت يوم كتابتي * بأن يدي تفنى و يبقى كتابها

و أعلم أن الله سائلها غدا * فياليت شعري مايكون جوابها

"Aku menulis.. dan ketika itu aku meyakini bahwa tanganku akan sirna sedangkan tulisan-nya akan tetap abadi. Aku juga tahu bahwa kelak Allah akan menanyaiku akan tulisan itu, duh entah bagaimana kelak aku akan menjawabnya."

Bagi kami Pelajar-Pelajar yang ada di Tarim, beliau adalah sosok yang tak kenal bosan dan lelah dalam menyampaikan ilmu. Dalam acara Maulid di Ribat Tarim dan Acara Maulid Masjid Jami' di bulan Rajab, beliau bisa sampai berjam-jam menyampaikan ceramah. Pelajar "payah" seperti diriku hanya bisa mendengar separuh dari ceramah beliau, sisanya "hilang" dalam alam mimpi.. hehe..

Toh padahal ketika kesehatan beliau mulai menurun, para dokter sudah melarang beliau agar tidak berceramah lebih dari 15 menit dalam sehari.

Intinya.. dalam belajar, membaca, mengajar, berdakwah, membagi waktu, beliau adalah "Ayatullah Fil Ardh". Tanda kekuasaan Allah di muka bumi ini.. dan dengan wafatnya beliau sehari yang lalu, aku hanya bisa meratap dan berharap. Berharap hari-hari indah ketika beliau masih di Tarim bisa direplay kembali. Berharap bisa menggali banyak ilmu lagi dari beliau, mendengarkan maklumat-maklumat hebat dari beliau yang tak pernah aku dengar sebelumnya dari siapapun dan tak pernah aku temukan di kitab manapun yang pernah aku baca.

Dan yang juga aku sesali.. aku belum pernah foto bersama beliau, padahal beliau paling "welcome" kalo diajak foto bareng. Konon beliau pernah berkata dengan nada bercanda:

"Sabda Nabi Saw ada dua orang yang gak pernah puas.. orang yang mencari llmu dan orang yang mencari Harta.. ada satu lagi.. orang-orang Indonesia gak pernah puas dari foto-foto" :-)

Saat catatan ini ditulis, masjid-masjid Tarim masih sibuk menggaungkan kabar wafat beliau :

"Assayyid Assyarif Al Habib Al Allamah Salim Bin Abdullah Bin Umar Assyatiri wafat di Jeddah. Takziyah akan diadakan hari ini setelah Ashar di rumah keluarganya di Khailah"

Sekali lagi.. Allah yarhamak Ya Habiib Wa Yuqoddis sirrak. Tak cukup kiranya ratusan tulisan untuk mengenang indahnya sosokmu..😞

* Tarim - Hadhramaut- Yaman. 18 Februari

Al-Habib Abdullah bin Umar Asy-Syathiri (Ayahnda Al Habib Salim Asy-Syathiri) yang mana tatkala berwudhu, Beliau selalu mengamalkan Sunnah-Sunnahnya.

Suatu hari, ketika Beliau sedang Berwudhu di Jabiyah Masjid Ba'alawi, seorang lelaki tua menganggap Wudhunya terlalu lama.

"Was-was apakah ini? Kau membuat kami menunggu terlalu lama", Kata lelaki tua itu. Beliau lalu membuka pintu Jabiyah, dan masuk ke dalamnya.

Mohon cepatlah kalau Berwudhu!". Kata lelaki tua itu seraya membuang pakaian Al-Habib Abdullah bin Umar Asy-Syathiri, sedangkan Al-Habib Abdullah bin Umar Asy-Syathiri belum selesai Berwudhu.

Lalu Al-Habib Abdullah bin Umar Asy-Syathiri segera mengambil pakaiannya dan pulang ke rumah untuk menyempurnakan Wudhunya.
Sesampainya dirumah, Beliau berfikir, "Hari ini aku telah melukai hati seseorang di Tarim...Ini adalah aib bagiku, aku tidak boleh menyusahkan orang".

Al-Habib Abdullah bin Umar Asy-Syathiri terus merenung, "Bagaimana aku bisa melukai hati orang tua itu? Aku tidak sepatutnya dan tidak boleh berbuat demikian. Sekarang aku harus pergi ke rumahnya, merendahkan diriku di hadapannya serta meminta maaf".

Beliau kemudian mengunjungi Lelaki tua itu, mengetuk pintu rumahnya.

"Siapa?" Tanya Lelaki tua itu.

"Abdullah bin Umar Asy-Syathiri" Jawab Beliau.

"Masuklah!" Perintah Lelaki tua.

"Selamat datang wahai Habib...Apa gerangan yang membuatmu datang kemari?". Tanya Lelaki tua itu.

"Wahai Habib, Aku telah beradab buruk kepadamu dengan sikap was-was dan lambat di tempat Wudhu sehingga kau terganggu. Terimalah kekurangaku ini. Aku datang untuk memohon maaf...Insya Allah, aku tidak akan mengulanginya lagi."

Mendengar penjelasan tersebut, orang tua itu menangis seraya berkata,
"Wahai anakku, akulah yang kurang Adab. Akulah yang kurang ajar kepadamu. Kau adalah seorang Alim yang mengamalkan Ilmunya. Kau mengamalkan Sunnah-Sunnah Wudhu dan kau tidak memilki kekurangan."

Orang tua itu akhirnya mendoakan dan mengakui kedudukan Al-Habib Abdullah bin Umar Asy-Syathiri. Dan Beliau keluar dari rumahnya dengan perasaan senang karena hari itu Beliau sudah meminta maaf karena merasa telah melukai perasaan orang lain.

Inilah akhlak dan Adab dari seorang Shalih.