Selasa, 28 Oktober 2014

Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan.

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun.

Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu.


Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik.

Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!

Dari hasil uji kajinya dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.

Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya.

Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Bunyi amat memberi kesan kepada air yang kita minum. Jika anda membaca Al-Quran di atas air, ciri-ciri air akan berubah dan ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.

Kesimpulan hasil uji kaji tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.

Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an. Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman.

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.

Gambar sebenar sel darah yang telah didedahkan kepada bunyi dan mula berubah medan elektromagnet di sekitarnya, bunyi bacaan Al Quran mengubah maklumat sel ini dan menjadikan ia lebih mampu melawan virus dan kecacatan Akibat daripada penyakit malignan. Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, simaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).

Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).

Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, semaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).

*Sumber dari khalifahalhidayah.blogspot.com

awba/=

Isnin, 20 Oktober 2014

Maksiat DiSisih Kesejahteraan Dunia Akhirat DiRaih



السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  41-44 surah Qaf :

وَاسْتَمِعْ يَوْمَ يُنَادِ الْمُنَادِ مِن مَّكَانٍ قَرِيبٍ ﴿٤١﴾ يَوْمَ يَسْمَعُونَ الصَّيْحَةَ بِالْحَقِّ ۚ ذَٰلِكَ يَوْمُ الْخُرُوجِ ﴿٤٢﴾ إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي وَنُمِيتُ وَإِلَيْنَا الْمَصِيرُ ﴿٤٣﴾ يَوْمَ تَشَقَّقُ الْأَرْضُ عَنْهُمْ سِرَاعًا ۚ ذَٰلِكَ حَشْرٌ عَلَيْنَا يَسِيرٌ ﴿٤٤

Maksudnya : Dan dengarlah (apa yang diterangkan kepadamu sekarang ini mengenai hari kiamat), hari (malaikat yang menjadi) penyeru, menyeru (makhluk-makhluk yang telah mati) dari tempat yang dekat yang dapat didengar oleh semuanya),  Iaitu hari mereka mendengar pekikan seruan yang menyatakan perkara yang benar; hari seruan itu ialah hari masing-masing keluar dari kubur.  Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan, dan kepada Kamilah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).  Pada hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar (daripadanya). Perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya.

Alhamdulillah minggu ini 3 kali kita dihimpunkan untuk menunaikan solat kemudian mendengar khutbah dimulai pada pagi Ahad lepas kita sama-sama berkumpul bagi menunaikan solat sunat hari raya korban diikuti dengan khutbah raya. 2 malam yang lepas pula kita berkumpul untuk sama-sama menunaikan solat sunat Gerhana bulan diikuti dengan khutbah gerhana. Pada hari ini kita berkumpul untuk himpunan mingguan bagi sama-sama mendengar khutbah seterusnya menunaikan solat Jumaat. Antara hikmat daripada berkumpulnya kita untuk menunaikan ibadat khusus seterusnya mendengar nasihat dan peringatan daripada khutbah yang disampaikan bagi mengukuhkan tali persaudaraan Islam, menyubur kasih sayang, berkongsi ilmu, menyelesaikan masalah secara bersama dan pelbagai lagi kebaikan dunia akhirat. Malangnya bila peluang untuk berkumpul ini tidak digunakan sebaiknya sehingga ada yang sengaja datang lewat untuk solat Jumaat sehingga tertinggal khutbah, ada yang berbual dan bermain sms ketika khutbah dan pelbagai lagi gelagat yang kurang baik. Apabila amal ibadat dan nasihat dibuat sambil lewa menyebabkan kesan dalam menghidupkan hati yang mati, menyuburkan jasmani dan rohani gagal diraih. Hikmat berkumpulnya kita juga bagi mengingatkan tentang suatu himpunan yang lebih besar dan dahsyat iaitu di padang Mahsyar nanti bagi membalas segala amalan kita di dunia dengan 2 tempat pembalasan yang utama iaitu Syurga dengan segala nikmatnya atau Neraka dengan segala azabnya. Sebelum kita kita dikumpul di padang Mahsyar maka bersungguhlah kita untuk berkumpul di masjid atau surau untuk solat berjemaah dan duduk dalam majlis ilmu kerana di sini kita masih berpeluang untuk memperbetulkan kesilapan, memperbanyakkan amalan sedangkan di akhirat nanti hanya untuk terima balasan tiada lagi peluang untuk membuat apa-apa amalan di mana tiada guna lagi sebarang penyesalan.

Firman Allah dalam ayat  18-20 surah as-Sajadah :

أَفَمَن كَانَ مُؤْمِنًا كَمَن كَانَ فَاسِقًا ۚ لَّا يَسْتَوُونَ ﴿١٨﴾ أَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ جَنَّاتُ الْمَأْوَىٰ نُزُلًا بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١٩﴾ وَأَمَّا الَّذِينَ فَسَقُوا فَمَأْوَاهُمُ النَّارُ ۖ كُلَّمَا أَرَادُوا أَن يَخْرُجُوا مِنْهَا أُعِيدُوا فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا عَذَابَ النَّارِ الَّذِي كُنتُم بِهِ تُكَذِّبُونَ ﴿٢٠

Maksudnya : (Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).  Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: “Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu”.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  120 surah al-An’am :

وَذَرُوا ظَاهِرَ الْإِثْمِ وَبَاطِنَهُ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَكْسِبُونَ الْإِثْمَ سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانُوا يَقْتَرِفُونَ ﴿١٢٠

Maksudnya : Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan.

Al-Quran dan hadis nabi banyak mengingatkan kita tentang bahaya dosa di mana kita jangan sekali-kali cuba berbuat dosa walau pun kecil apatah lagi besar. Dosa adalah suatu yang ketagih di mana sekali sahaja kita buat akan membawa kepada untuk mengulanginya pula untuk kali seterusnya. Oleh itu jauhi dosa maksiat dan bila terlibat maka segeralah bertaubat agar ia tidak mendatangkan ketagihan. Bila kita sebut berkenaan ketagih maka ia sesuatu yang sukar diubati seperti ketagihan dadah, pil kuda yang ada hingga membawa maut. Malah isu masalah penagihan gam yang semakin serius dalam kalangan remaja dan pelajar agak serius sehingga kerajaan sedang merangka undang-undang untuk menyekat penjualan bahan mengkhayalkan itu dengan sewenang-wenangnya. Begitu juga isu  pesta arak Oktoberfest yang sedang berlangsung 24 September sehingga 12 Oktober ini yang dianjurkan oleh Carlsberg Malaysia sejak tahun 2011 di mana perlu kepada usaha bersungguh daripada semua pihak agar ketagihan arak dapat ditangani bukan di promosi secara terbuka. Kita tidak mahu akibat masih bergantung kepada cukai dan hasil arak menyebabkan ketagihan arak yang pernah mencatatkan Malaysia sebagai pengguna ke-10 tertinggi di dunia tidak dapat diubati. Kita tidak mahu bala Allah yang lebih besar akan turun bila masalah serius ini tidak dihiraukan apatah lagi ia dibuat secara terbuka dan besar-besaran. Kita juga wajib pastikan umat Islam tidak terlibat dengan industri arak kerana ia merupakan suatu dosa yang besar. Ingatlah amaran nabi s.a.w melalui suatu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud :

قال الرسول:لَعَنَ اللَّهُ الْخَمْرَ وَشَارِبَهَا وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَمُبْتَاعَهَا وَعَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ

Maksudnya : Allah melaknati arak. (Allah juga melaknati) yang meminumnya, yang menuangnya, yang menjualnya, yang memerah anggur (untuk dijadikan arak), yang membantu memerah anggur itu, pembawanya dan mereka yang menerimanya

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Pada hari kita bercakap berkenaan ketagihan internet samada melalui komputer atau telefon pintar. Ia timbul apabila digunakan berlebihan sehingga tidak tidur malam, tidak menumpukan kepada pekerjaan dan perkara lain sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam, isteri, suami, anak dan kepada majikan. Malah ia boleh diibaratkan seperti orang ketagihan dadah di mana jika tidak mengambilnya akan menjadi tidak keruan dan semakin lama, keinginan menjadi semakin bertambah. Apa yang lebih malang apabila mereka berkongsi suatu yang tidak baik samada kata-kata atau gambar di mana banyak berlaku perasaan bangga atas dosa yang dilakukan dikongsi di laman sosial facebook, twitter dan lainnya. Mereka lupa bagaimana bahayanya bila dosa walau pun kecil tapi dibanggakan

أَبُو هُرَيْرَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ : كُلُّ أَمَّتِى مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً ، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا ، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللهِ عَنْهُ” .- رواه البخاري  ومسلم.

Maksudnya : Setiap umatku akan mendapat ampunan, kecuali mujahirin (orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa). Dan yang termasuk terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang berbuat (dosa) pada malam hari, kemudian pada pagi hari dia menceritakannya, padahal Allah telah menutupi perbuatannya tersebut, di mana dia berkata, ‘Hai Fulan, malam tadi aku telah berbuat begini dan begitu.’ Sebenarnya pada malam, Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi pada pagi harinya dia menyingkap perbuatannya sendiri yang telah Allah tutupinya.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Petang ini ramai bakal menumpukan perhatian kepada Belanjawan 2015 di mana harapan pelbagai pihak mampu memberikan kebaikan untuk setiap lapisan masyarakat. Kita tidak mahu setelah rakyat dikorbankan sebelum  hari raya korban yang baru lalu dengan kenaikan harga minyak  yang sepastinya mendatangkan kesan kepada kos barangan keperluan bakal dikorbankan lagi dengan pelbagai tekanan melalui belanjawan yang baru. Lebih menghairankan, dalam pada minyak dunia jatuh menjunam di pasaran antarabangsa, minyak di negara ini dinaikkan atas nama rasionalisasi subsidi. Sepatutnya cara belanjawan Negara yang boros dan membazir serta banyak berlakunya kebocoran dan ketirisan yang wajib ditangani bukannya dengan cara menarik subsidi. Kita tidak mahu keperitan rakyat bakal bertambah dengan pelaksanaan cukai GST tahun depan. Begitu juga dengan ugutan peminjam PTPTN bakal berdepan dengan cara bayaran balik pinjaman yang lebih menyulit dan membebankan sedangkan hutang kroni ratusan juta banyak dilupuskan begitu sahaja. Kita juga berharap agar belanjawan ini mampu merapatkan jurang antara golongan papa dan kaya. Tumpuan kepada pendidikan dan kesedaran agama mesti diambil berat. Al-Quran dan hadis nabi banyak memberi garisan berguna bagi mewujudkan belanjawan berimbang yang bukan sahaja mencapai kesejahteraan hidup di dunia malah yang lebih utama di akhirat nanti

Kita tidak mahu belanjawan nanti tidak menyelami perit pedih rakyat yang menanggung bebanan ketika pemimpin terus hidup penuh kemewahan. Kita takut belanjawan ini masih hilang rasa belas kasihan kepada rakyat yang tidak mampu untuk membeli makanan seharian bahkan hidup mengemis demi dibawa pulang rezeki kepada anak-anak yang setia menunggu. Kita bimbang belanjawan ini bukan sahaja menerus malah menambah pelbagai derita dan duka rakyat sehingga yang papa semakin papa, yang susah semakin derita

Beringat-ingatlah terhadap doa Nabi Muhammad SAW yang berbunyi :

اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ

Maksudnya : Ya Allah, bagi siapa yang menjadi penguasa umatku, lalu dia menyulitkan mereka, maka timpakanlah kesulitan kepadanya. Dan barang siapa yang menjadi penguasa umatku, lalu dia menyayangi mereka, maka sayangilah dia. [riwayat Muslim]

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ



Ahad, 19 Oktober 2014

Ustaz Asri Daud | Kuliah Jumaat 17 Okt 2014



Rakaman kuliah Jumaat oleh Ustaz Asri Daud, Pegawai Khas Menteri Besar Kelantan.

Khamis, 9 Oktober 2014

Syeikh Ammar kelahiran Amerika Syarikat sejak lahir sudah dlm keadaan cacat


Syeikh Ammar kelahiran Amerika Syarikat sejak lahir sudah dlm keadaan cacat. Tidak ada anggota tubuh yg boleh digerakkan kecuali mulut dan mata. Doktor memberitahu ketika kelahirannya beliau boleh hidup sehingga usia 8 tahun sahaja.

Namun itu atas pertimbangan manusia, tapi Allah yg Maha Berkuasa. Syeikh Ammar masih hidup sehingga sekarang. Cacat tidak menghalangi beliau utk menuntut ilmu sehingga menjadi seorang Professor.

Sejak usia 11 tahun, beliau sudah mula belajar menghafal Quran dan ketika berusia 13 tahun dia sudah menghafal Quran 30 Juz. Ketika di Universiti beliau adalah antara pelajar yg cemerlang dlm jurusan penyiaran dan komunikasi.

Beliau kini bergelar sebagai seorang pensyarah di Universiti di Dubai dan Amerika Syarikat. Tapi yg lebih menarik dari itu Syeikh Ammar juga dikurniakan seorang anak... Subhanallah! Sungguh mulia wanita yg mahu dan redha bersuamikan beliau.


Syeikh Ammar memberitahu pelajarnya, yg sebenar benarnya cacat ialah cacat berpikir (malas berfikir), cacat kemahuan (tiada cita-cita dan kemahuan) dan cacat perjuangan (tiada jiwa perjuangan)...

Sebagai seorang Muslim, cubaan yg dihadapinya, dia lalui penuh kesabaran dan ikhlas kpd Allah. Sebab dia percaya, di balik kekurangannya, Allah pasti memberikan kelebihan yg tidak dimiliki org lain.



Saat beliau menceritakan kesabaran ibunya dlm menguruskannya dari kecil, para mahasiswa yg hadir menangis tersedu-sedu, bahkan ada beberapa pensyarah lain menangis seperti anak2 kecil.

Beliaupun menyarankan kpd Mahasiswa agar giat menghafal Al Quran dan jgn mudah putus asa. “Hafalkan Al Quran, lakukan dgn ayat2 yg pendek terlebih dahulu, saya pun dulu melakukannya demikian, sampai waktunya saya mampu menghafal satu juz dlm sehari,”ujarnya. Subhanallah, alhamdulillah , Allahu Akbar ..

#‎CP‬

Jumaat, 3 Oktober 2014

Dengarlah Rintihan Rakyat - Ustaz Dr Ahmad Jailani


Wukuf di Arafah


Wukuf di Arafah. Pastinya para jemaah haji di sana menanti penuh debaran masuknya waktu yang sangat istimewa ini.
Bagi kita yang tidak mengerjakan haji, melakukan ibadah tertentu seperti berpuasa, berzikir dan berdoa amat dituntut pada waktu ini.

Berdoa pada hari Arafah, terutama selepas masuknya waktu Wukuf hingga menjelang masuk Maghrib, adalah antara amalan yang sangat baik kerana ia antara waktu terbaik dan mustajab untuk memohon keampunan daripada Allah SWT.

Sayidina Usamah bin Zaid meriwayatkan, ketika beliau menunggang bersama Rasulullah SAW pada hari Arafah, beliau melihat baginda mengangkat kedua-dua belah tangannya berdoa kepada Allah SWT, sehinggakan apabila unta Baginda duduk dan terjatuh talinya, Baginda terus mencapainya dengan sebelah tangan, manakala tangan yang sebelah lagi masih tetap diangkat (terus berdoa)."

Nota: Waktu Wukuf di Arafah pada hari ini adalah kira-kira pukul 11.45 pagi (4.45 petang waktu Malaysia).