Selasa, 27 Oktober 2020

Tanda-Tanda Hati Kotor

Tidak sukar untuk mengetahui bahawa kita mengidap penyakit hati kotor, jika kita semak atau muhasabah diri sendiri. Yang jadi tak tahu itu biasanya kerana tidak mahu memeriksa diri.

Cara paling mudah ialah dengan melihat rutin harian, yang biasa berlaku dan jarang tak berlaku. Secara ringkas, antaranya:

1. Sukar bangun subuh setiap hari secara konsisten, kalau bangun pun hanya pada hari-hari tertentu, atau atas kepentingan dan urusan tertentu.

2. Sukar menghadirkan diri berjemaah di masjid atau surau setiap hari.

3. Sering berfikiran kotor dan negatif, hati merasa susah dengan kesenangan orang lain, selalu melihat sesuatu perkara dengan pandangan negatif.

Apatah lagi mempunyai hasad dengki dan iri hati yang membuak-buak.

4. Sering teringat-ingat (atau rindu) dengan maksiat yang pernah dilakukan dulu, terasa indah seolah-olah ingin kembali semula.

5. Sentiasa merasa diri betul dan orang lain sentiasa salah.

6. Selalu tak cukup duit, hutang sukar berkurang malah semakin membukit.

Punca Hati Kotor

1. Selalu terlibat dengan maksiat yang dirasakan ‘ringan‘, seperti melihat gambar lucah dalam WhatsApp, melihat awek dalam Facebook, share sesuatu yang tak pasti sehingga menjadi fitnah di Twitter, WeChat keburukan rakan sehingga terjadinya mengumpat tanpa disedari, dan sebagainya.

2. Meng-open-kan maksiat ‘berat‘ seperti menjadi rakan yang supporting bila senyum tengok rakan bawa awek naik motor, membenarkan anak perempuan bawa balik kawan lelaki asal tak mengandung, dan sebagainya.

3. Mengambil ringan tentang dosa yang menjadi kebiasaan seperti budaya bersalaman bukan muhrim, adik tidak bertudung depan abang ipar, bersanding di majlis perkahwinan takut orang kata pelik tak bersanding, dan sebagainya.

4. Ambil ringan tentang pembangunan akhlaq seperti makan atau minum sambil berdiri atau berjalan, bersetubuh tanpa berselimut, dan sebagainya.

5. Tidak menjaga pandangan mata seperti melihat najis, melihat aurat, melihat maksiat dan sebagainya.

6. Tidak memelihara pergaulan dengan masyarakat termasuklah berkawan rapat dengan orang yang sama minat atau hobi tetapi tidak sensitif terhadap agama, ‘merestui’ hubungan bernafsu syahwat (pakwe makse) kononnya open, malah ada juga yang ‘merestui’ nafsu

sejenis dengan merasakan OK atau tidak menjadi masalah bagi diri mereka sendiri. Cara Atasi Hati Kotor

1. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Setiap apa yang dah menjadi tabiat atau budaya, jika dapat tahu ianya salah, walau sesukar mana pun, betulkanlah.

Sebagai contoh, merokok. Dulu tak tahu sekarang dah tahu hukumnya haram. Berat tak berat, sukar tak sukar, betulkanlah. Hentikan tabiat haram itu.

Biasakan membuat perkara yang betul walaupun sukar atau dipandang serong oleh masyarakat sekeliling.

Contoh, mengelak untuk lepak dengan jiran sebab takut akan dosa mengumpat, tapi jiran-jiran pula duk mengumpat dia kata dia sombong dan sebagainya.

Maka biasakanlah yang betul, insya-Allah hati kotor itu akan bersih juga akhirnya.

2. Buat apa yang boleh dahulu.

Gunakan apa yang ada sebagai peluang, jangan tunggu peluang datang. Contoh, pergi umrah nanti nak bersihkan hati kotor yang semakin berkarat ini.

Jangan! Bersihkan hati mulai sekarang, bila dah sampai sana kuatkan usaha yang telah pun disemai, bukan baru nak cuba.

Jangan tunggu sesuatu baru nak mula. Contoh, lepas kahwin nanti aku akan jaga solat 5 waktu.

Jangan! Jangan jaga nanti dah lepas kahwin, tetapi jaga solat mulai sekarang, selepas kahwin nanti dipertingkatkan lagi kualiti solat itu sendiri.

3. Bersungguh dalam beribadat.

Kalau sebelum ini kita sudah pun solat lima waktu sehari semalam tanpa tinggal, tapi penyakit hati kotor masih membelenggu, cuba perbaiki setiap ibadat.

Kalau dulu solat tak tahu makna, lepas ni solatlah dengan kefahaman. Jika dulu bersedekah asyik seringgit jer, lepas ni sentiasa tingkatkan dan buang rasa sayang dan takut duit habis.

4. ‘Wujudkan’ Tuhan di hadapan sedang melihat kita.

Khusyuk adalah rahsia nikmat dalam solat. Untuk mendapat khusyuk hati mesti suci bersih dahulu. Jadi bagaimana bila hati masih kotor?

Cuba ‘wujudkan’ Allah di hadapan kita. Bayangkan Allah s.w.t sedang melihat kita.

Walaupun kita sudah maklum bahawa Allah s.w.t memang ada di hadapan kita tapi kita tidak pernah endahkan, cuba belajar untuk rasai wujudnya Pencipta Agung.

5. Lawan saat nafsu memuncak nak buat maksiat.

Sewaktu hati kotor masih bersama, akan hadir saat di mana kerinduan memuncak, syaitan dan nafsu menyerang tanpa belas kasihan.

Di saat itu pula maksiat ada di depan mata. Cuba lawan untuk sekali ini, anda pasti akan rasai kenikmatannya apabila anda menang melawan syaitan dan nafsu.

Masa itulah anda akan rasai magik yang benar-benar berlaku, dan anda bercita-cita untuk lawan nafsu dan syaitan untuk kali yang kedua.

6. Kepentingan ibadat sunat yang istiqamah, bukan sekali buat tapi panjang/lama.

Ibadat sunat sangat berperanan mengubat hati kotor, termasuk wirid selepas solat, berzikir, bertahmid dan bertasbih, berdoa umum atau khusus, bersolat sunat rawatib selain solat dhuha dan tahajud, serta bersedeqah.

Wirid dalam solat biarlah pendek asal sentiasa buat. Bukannya sekali buat panjang berjela, kemudian bila ada kesibukan tak buat langsung.

Begitu juga solat sunat dhuha sebagai contoh. Biarlah solat itu tak sempurna sangat pun asal dibuat hampir setiap hari sampai bila-bila.

Jika bersedeqah itu seringgit, janganlah terus naikkan RM50 lepas tu langsung tak sedekah. Ingat, yang penting konsisten. Naikkan RM5 dalam suatu jangkamasa, kemudian naik lagi kepada RM10 dalam suatu jangkamasa dengan penuh konsisten.

Lama kelamaan barulah dapat rasai nikmat bersedeqah RM50 setiap hari tanpa rasa sayang dan takut duit habis. Maka bersihlah hati orang yang tidak sayang dalam bersedeqah.

Semoga perkongsian di atas dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada kita semua.

Isnin, 26 Oktober 2020

KHASIAT DAN KELEBIHAN CUKA KURMA

 Surya Cuka Kurma Sider Dengan Madu Asli 450ml, Food & Drink, Health & Lifestyle

KHASIAT DAN KELEBIHAN CUKA KURMA

APA ITU KHAL?

KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)

Baginda SAW ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.

Kandungan Cuka Kurma:-

Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).

Khasiat Cuka Kurma Menurut Perubatan Islam:-

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-

1: dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser

2 : membuang darah kotor & melancar aliran darah

3 : mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut

4 : melancarkan pergerakan usus

5 : merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan

6 : memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari

7 : menurunkan tahap kolesterol

8 : mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam

9 : membakar kalori dgn cepati

10 : membuang toksin

11 : merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga

12 : penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang

13 : mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut

14 : merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)

15 : mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai

16 : melancarkan pengeluaran susu ibu

17 : melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)

18 : memperbaiki fungsi limpa

19 : menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan

CARA PEMAKANAN :-

Sebelum mengambil atau minum cuka kurma digalakkan agar:

1-Baca Bismilah serta selawat kepada Nabi SAW dan keluarga sebanyak 3x.

2-Di niatkan agar disembuhkan oleh Allah SWT kesemua penyakit yang dihidapi agar dapat beribadah kepada Allah SWT dengan sempurna.

Pelbagai cara boleh digunakan semasa pengambilan produk cuka kurma ini:

1-Satu sudu besar 10ml dicampur terus ke dalam secawan air masak dan diminum terus.

2-Digalakkan cara ini iaitu mencampurkan satu sudu besar 10ml cuka kurma dengan satu sudu besar 10 ml madu ke dalam secawan air masak. Pastikan anda menggunakan sudu plastik kerana madu agak sensitif dengan sudu besi.

3-Kombinasi cuka kurma dengan teh o /kopi pun boleh menghilangkan rasa masam cuka kurma tersebut .

4-Ia juga boleh digunakan sebagai gantian kepada cuka makanan buatan sebagai bahan masakan makanan harian. Cuka makanan buatan agak asidik sifatnya berbeza dengan cuka kurma.

Pengambilan disyorkan sebanyak 2/3 kali sehari.

SUKATAN BAGI KENCING MANIS

Madu boleh dijadikan ubat untuk kencing manis yang berkesan jika di campurkan dengan cuka asli seperti cuka kurma.

Dalam satu gelas sederhana masukan 1 sudu cuka dan 3 sudu madu bersama dengan air mineral.(1 :3).

jika keadaan gula masih tidak turun ,boleh menggunakan nisbah cuka dan madu 1 : 1 dan

jika masih tidak ada perubahan naikan nisbah cuka iaitu 2: 1

 

Sabtu, 17 Oktober 2020

Khasiat Minum Rendaman Air Kacang Bendi Setiap Hari.

 

Ramai antara kita tidak tahu kacang bendi merupakan sayuran semula jadi yang banyak khasiat. Malah, sayur ini mampu merawat kencing manis dan dapat mengekalkan keremajaan kerana ianya mengandungi antioksidan. Kita sering melihat kacang bendi ini dimasukkan dalam masakan gulai dan kari, ini bertujuan untuk memekatkan kuah dan memberi khasiat dalam masakan.

Hapuskan kolesterol dengan kacang bendi

KOLESTEROL anda tinggi? Apa kata anda cuma amalkan kacang bendi yang diyakini mampu menurunkan kadar kolesterol. Caranya mudah:

Bahan-Bahan:

-10 hingga 15 batang kacang bendi

-Satu liter air

Cara membuatnya:

1) Cuci kacang bendi terlebih dahulu sebelum dipotong menjadi bahagian kecil (seperti dalam gambar).

2) Masukkan bendi yang sudah dipotong ke dalam air atau bekas.

3) Simpankan air rendaman kacang bendi di dalam peti sejuk.

4) Air akan berkurangan selepas direndam, apabila semakin kurang air boleh ditambah semula sehingga penuh. Pastikan anda tambah air hanya 3 kali.

#Jangan bimbang jika air rendaman tersebut menjadi lebih pekat atau likat kerana rasanya akan menjadi lebih sedap dan boleh diminum dengan segar.

“Selain membantu menurunkan kadar kolestrol,Kacang Bendi juga mengandungi Asid Folik yang sangat bagus diamalkan untuk ibu mengandung mahupun ibu yang menyusukan bayi.Saya berjaya menyusukan anak sehingga dia berumur 3 tahun!”

Selain itu ia juga bagus untuk:

Mengurangkan kolesterol

Membantu dalam kes diabetes

Memperkuat sistem kekebalan tubuh

Mencegah penyakit buah pinggang

Meredakan asma

Mengurangkan jumlah glukosa yang diserap oleh makanan melalui saluran pencernaan

Petuanya:

Bahan-Bahan:

10 hingga 15 batang kacang bendi

Satu liter air

Cara membuatnya:

Bendi harus dipotong terlbih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas rendaman air.

1. Basuhkan kacang bendi terlebih dahulu sebelum dipotong menjadi bahagian kecil seperti dalam gambar. 

2. Masukkan bendi yang sudah dipotong itu ke dalam air atau bekas yang anda suka. 

3. Simpankan air rendaman kacang bendi di dalam peti sejuk 

4. Air akan berkurangan selepas direndam, apabila semakin kurang air boleh ditambah semula sehingga penuh. Pastikan menambah air hanya 3 kali tambahan sahaja.

Air rendaman bendi yang telah siap dan dimasukkan ke dalam peti ais.

Anda tidak perlu bimbang sekiranya air rendaman tersebut menjadi lebih pekat atau likat kerana rasanya akan menjadi lebih sedap dan boleh diminum dengan segar.

Atau cara ke 2

Cara penyediaannya:

1. Kacang bendi 10 – 15 biji dibasuh dan dipotong. 

2. Air masak 1 liter. 

3. Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam air. 

4. Simpan di dalam peti sejuk. 

5. Minum selalu. 

6. Bila air telah habis, boleh ditambah air semula hingga penuh. Air boleh ditambah sehingga 3 kali sahaja. 

7. Jangan bimbang jika airnya jadi makin likat. Rasanya akan jadi makin sedap diminum segar. Cubalah.

Atau cara ke 3: 

Anda boleh rendam dalam air yang agak banyak supaya tidak kering ( guna bekas yg besar). Kemudian masukkan kedalam Peti ais semalaman. Minum 30 minit sebelum sarapan.

Semoga bermanfaat

Khasiat Kacang Bendi

Selain dibuat sebagai sayur dalam masakan, bendi juga mempunyai banyak khasiat lain untuk kesihatan manusia.

◦ Air rendaman bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes.

◦ Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.

◦ Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.

◦ Mencuci hati.

◦ Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.

◦ Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.

◦ Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.

◦ Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.

◦ Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.

◦ Menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba!


Khamis, 14 Mei 2020

PENDAKWAH RINGANKAN BEBAN RAKYAT KELANTAN



Pendakwah terkenal Malaysia Ustaz Ebit Lew tampil meringankan beban rakyat miskin Kelantan, namun menimbulkan pelbagai respon daripada netizen termasuklah tohmahan kurang baik kepada Kerajaan.

Isnin, 11 Mei 2020

"PECAHKAN PENYATUAN PARTI MELAYU" AGENDA DAP UNTUK KEMBALI BERKUASA


Kupas isu semasa berkaitan politik dan berita terkini mengupas dan mengulas isu terkini panas dan sensasi politik malaysia alaf baharu. #MuafakatNasional #TanpaDap

Sabtu, 9 Mei 2020

Tazkirah Ringkas : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man


 Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official) telah bersiaran langsung. 2 jam · Tazkirah Ringkas

Rabu, 6 Mei 2020

Warga Pendatang Cina dan India Menambah Bilangan Pengundi Untuk Merebut Kuasa Politik...


Video ini Membuktikan Kebenaran Warga Pendatang Cina dan India Menambah Bilangan Pengundi Untuk Merebut Kuasa Politik... Membuktikan System Pemerintahan Negara Telah Tercemar dan Rosak Terus Harus Dirombak dan ditukar Baru.