Isnin, 30 Disember 2013

Larangan Allah duduk bersama orang jahat - Surah al-An'am ayat 68-69


ALLAH berfirman yang bermaksud,“Dan jika engkau dilupakan oleh syaitan.” (Surah al-Aníam: 68) Ertinya jika syaitan menyebabkan kamu lupa untuk menghindarkan diri daripada majlis seumpama itu, kamu dimaafkan kerana sebab lupa. Bagaimanapun Allah berfirman yang bermaksud, “Maka jangan kamu duduk selepas ingat semula bersama kaum yang zalim itu.” (Surah al- An’am: 68)

Selepas kamu ingat akan amaran Allah, maka berkewajipan kepada kamu menghindarkan diri daripada majlis tersebut melainkan mereka tidak lagi bercakap menghina Islam, menghina hukum Allah SWT dan menghina Nabi s.a.w.
Ayat ini mengajar kita umat Islam, menjadi manusia mulia dan sukakan perkara yang mulia. Ia juga termasuk dalam perkara dakwah dan perjuangan.

Bukan sahaja mengajar umat Islam cintakan kemuliaan tetapi mengajar manusia sedar, bahawa orang yangmenghina Islam dan Nabinya s.a.w. adalah manusia yang jahat atau zalim bahkan kufur terhadap Allah SWT

Kemuliaan seseorang terjadi dengan Islam dan iman kepada Allah SWT, satusatunya Tuhan yang sebenar, tidak ada sekutu bagi-Nya.

Walaupun ada manusia menghina ayat-ayat Allah, perjuangan untuk menyampaikannya tetap diteruskan. Sama ada ada atau tidak orang menghina Islam, perjuangan untuk menyampaikan Islam wajib diteruskan di samping menjaga adab-adab pergaulan dengan manusia pelbagai ragam dan majlis mereka yang pelbagai jenis.

Oleh kerana itu Imam Hassan Al-Banna pernah pergi ke kelab malam bertujuan untuk menyampaikan dakwah Islam kepada penghuninya. Ertinya menghadiri kelab seumpama itu untuk tujuan menyampaikan dakwah Islam, suatu yang dipandang mulia dan diizinkan oleh syarak.

Justeru Islam menetapkan cara bersosial yang selamat daripada fitnah, memberi dukungan kepada kebaikan dan menghapuskan majlis mungkar apabila diberi kuasa memerintah. Inilah sikap kita para pejuang Islam di sepanjang zaman.


Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, “Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikit pun atas orang-orang yang bertakwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ngejek) itu. Akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingatkan (larangan Allah itu), supaya mereka bertakwa.” (Surah al-An’am: 69)

Berkata Ibnu Abbas r.a. apabila datang larangan Allah supaya tidak duduk bersama majlis kaum musyrikin dan perintah supaya tinggalkan majlis mereka, maka berkata, orang-orang Islam pada zaman Nabi s.a.w.: “Tidak mungkin kami boleh memasuki masjid dan tawaf di sekeliling Kaabah.”

Maka Allah menurunkan ayat yang bermaksud, “Akan tetapi kewajipan orangorang Islam mengingatkan larangan Allah itu.” (Surah al-An’am: 69) Ertinya jika kamu duduk bersama mereka, kamu hendaklah memberi peringatan tentang amaran Allah tersebut, supaya mereka jangan menghina Islam atau mengejek-ngejek ayat-ayat Allah di dalam al-Quran.

Ertinya jika kamu duduk bersama mereka, kamu hendaklah memberi peringatan tentang amaran Allah tersebut, supaya mereka jangan menghina Islam atau mengejek-ngejek ayat-ayat Allah di dalam al-Quran.

Al-Qurtubi menyebut di dalam tafsirnya bahawa ayat ini dikatakan telah dinasakhkan dengan firman Allah yang bermaksud, “Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepada kamu (perintahnya) di dalam kitab (al- Quran), iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan kaum munafik) maka janganlah kamu duduk (bergaul) bersama-sama mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.

“Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahanam.” (Surah al-Nisa’: 140) Dalam sejarah Islam, Allah SWT telah memberi keringanan kepada umat Islam untuk bergaul dengan golongan musyrikin Makkah sebelum pembukaan kota suci tersebut sebagai “taqiyyah” (takut menzahirkan Islam dalam keadaan tertentu).

Isnin, 23 Disember 2013

Muhammad Yusof Ahmad (TOK KENALI), tokoh pembaharuan pemikiran umat Islam dalam sistem pendidikan nusantara abad 20.

TOK KENALI (duduk kiri) bersama ulamak Kelantan yang lain Pendita Za'aba (memgang tongkat)




Wawancara Dr Ahmad Najib: Di sekitar Tesis M.a dan Phd (Siri 2)

Wawancara Dr Ahmad Najib: Penulisan dan Pengalaman Kerjaya (Siri 3)


Wawancara Dr Ahmad Najib: Taman & Sekolah al-Qari dan Masjid as-Sunnah (4)

Wawancara Dr Ahmad Najib: Mazhab Banyak Membantu Kita Memahami (Siri 5)

Wawancara Dr Ahmad Najib: Penceramah & Ahli Motivasi Gemar  (Siri 6)

Wawancara Dr Ahmad Najib: Taman & Sekolah al-Qari & Masjid as-Sunnah(8)

Wawancara Dr Ahmad Najib: Nasihat Berkaitan Tafsir al-Quran (Siri 9)

Wawancara Dr Ahmad Najib: Keramat Tok Kenali (Siri 10) (Akhir)


TOK KENALI adalah nama cukup gah di Kelantan. Ulama kesayangan semua lapisan rakyat itu dianggap tiada tolok bandingnya dan kisah hidup beliau menjadi legenda hingga kini. Malah, kerana Tok Kenali yang dilahirkan pada 1870 itu juga, Kelantan yang dikenali sebagai tanah rendah sekebun bunga ini mendapat jolokan, Serambi Makkah.

Nama sebenarnya, Muhammad Yusof Ahmad, tetapi dikenali sebagai Tok Kenali kerana dilahirkan di Kampung Kenali (kini Kubang Kerian), adalah tokoh pembaharuan pemikiran umat Islam dalam sistem pendidikan nusantara pada awal abad ke-20.

Waris jauh Tok Kenali yang juga penyelidik sejarah hidup ulama itu, Abdullah al-Qari Salleh, berkata kegigihan mencari ilmu sejak muda, mendorong Tok Kenali ke Makkah dan Mesir meskipun berbekalkan RM22.

Tok Kenali ke Makkah ketika usia 18 pada 1887 dengan kapal layar dari Kuala Besar dan belajar ilmu keduniaan serta akhirat sepanjang tempoh 20 tahun tinggal di tanah suci itu.

Beliau ke Mesir dan berguru dengan muftinya, Syeikh Muhammad Abduh, yang terkenal sebagai ulama pembaharuan, pelopor gerakan Islah yang berjuang mengembalikan umat Islam kepada pegangan agama sebenar.

Pengaruh Sheikh Muhammad Abduh terhadap Tok Kenali yang amat kuat mendorongnya menyebarkan ilmu yang diperoleh kepada anak muridnya apabila kembali mengajar di Masjid Besar Muhammadi Kota Bharu yang ketika itu menjadi pusat pengajian penting di nusantara.

Disebabkan minatnya yang mendalam, Tok Kenali sanggup berjalan kaki sejauh lima kilometer ke Kota Bharu, ketika itu dikenali sebagai Pulau Saba untuk belajar ilmu agama.

Bagi memantapkan sistem pendidikan, Tok Kenali sedar bahawa pendidikan jasmani (PJ) tidak boleh diabaikan dalam sistem pendidikan pondok sebab akal yang sihat seharusnya berada dalam tubuh yang sihat.

Oleh itu, beberapa kegiatan PJ diperkenalkan termasuklah berenang, menunggang kuda dan memanah, manakala kegiatan dalam rumah atau masjid ialah sembahyang sunat dan berjalan kaki ke masjid.

Satu sifat istimewa Tok Kenali ialah beliau tidak pernah memarahi muridnya kerana kebodohan mereka sebab baginya setiap perkara ada penyakitnya dan penyakit ilmu ialah lupa.

Baginya, penyakit lupa itu perlu dicari sebab atau punca, sama ada sifat fizikal (tubuh lemah, kurang tidur atau berpenyakit) , atau disebabkan kesibukan urusan harian dan gangguan syaitan (terutama dalam solat). Ini mampu diatasi dengan ilmu dan memohon bimbingan Allah.

Abdullah berkata, bagi mendapatkan gambar Tok Kenali untuk tatapan generasi kini, bukanlah perkara mudah kerana sepanjang hayatnya, hanya tiga kali gambarnya dirakamkan dan itu pun dikatakan bukan atas kehendaknya.

Tiga keping gambar Tok Kenali yang diabadikan dalam sejarah hidupnya itu, terdiri ketika beliau yang berserban bulat dirakam bersama Sultan Ismail dan pembesar negeri di Masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu.

Gambarnya memakai serban bertingkat diambil bersama Dr Zaba (Zainal Abidin Ahmad - pendita Bahasa Melayu) dan kenamaan lain di perkarangan bangunan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

Gambar ketiganya, diambil bersama keluarga dalam sebuah studio di Kota Bharu. Malah, ada kisah mendakwa seorang Cina ingin menyimpan gambar itu, terpaksa membuat permintaan kepada Tok Kenali.

"Tuan Guru adalah ulama besar di Kelantan. Oleh itu, benarkan saya memiliki gambar Tuan Guru," minta lelaki Cina itu.

Mendengar permintaan itu, Tok Kenali menjawab, "Saya boleh benarkan kamu menyimpan gambar saya tetapi kamu mesti jaga, tidak boleh sembah gambar saya seperti kamu sembah gambar lain".

Walaupun bukan ahli politik, namun Tok Kenali juga mengikuti perkembangan dunia. Malah, secara peribadi, beberapa sifatnya menonjolkan keupayaannya sebagai pentadbir yang bijak berpolitik

Antaranya ialah pada 1900, ketika kerajaan negeri mengadakan perjanjian dengan saudagar Inggeris, Robert William Duff, bagi pemajakan tanah di Hulu Kelantan.

Ketika itu, saudagar terbabit menaikkan bendera 'Union Jack' di merata tempat sekitar Hulu Kelantan, namun hasil nasihat Tok Kenali kepada pemimpin negeri ketika itu, bendera penjajah itu diturunkan.

Sebagai orang alim, ramai anak murid Tok Kenali mendakwa beliau seorang yang masin mulut dan perkara yang pernah diberitahunya akan terjadi seperti penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu.

Beliau memberitahu muridnya, Jepun akan menyerang menerusi Pantai Cahaya Bulan (PCB) dan ia berlaku pada 8 Disember 1941. Selain itu, beliau pernah berkata, bah besar akan melanda negeri ini dan pada 24 Disember 1926, bah Air Merah menenggelamkan Kelantan.

Bandar Kubang Kerian pernah menjadi sebutannya dengan mengatakan bahawa Kampung Kenali akan menjadi besar dan anak cucu penduduk kampung itu akan menjadi orang besar-besar.

Ia terbukti kini apabila Kubang Kerian menjadi bandar baru dengan bangunan tersergam indah termasuklah Masjid As-Sultan Ismail Petra dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Namun, menjelang saat kematiannya, Tok Kenali menderita kesakitan pada kakinya yang berulat itu selama kira-kira dua bulan sebelum menghembus nafasnya terakhir pada 19 November 1933 ketika berusia 65 tahun.

Bagi mengenang jasa beliau dan menghormatinya, banyak nama diabadikan dengan Kenali seperti Jambatan Tok Kenali, Jalan Tok Kenali, Akademi Kenali, Institut Kenali, Dewan Tok Kenali, Seri Kenali dan sebagainya.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau sengaja mengabadikan sebuah jambatan dengan nama Tok Kenali untuk menarik minat generasi muda masa kini untuk menyelidiki kehebatan tokoh itu.

Info

# Nama sebenar, Muhamammad Yusof Ahmad

# Digelar Awang Kenali sebelum dikenali sebagai Tok Kenali.

# Dilahirkan pada 1870 di Kampung Kenali, Kubang Kerian.

# Meninggal dunia 19 November 1933.

# Isteri, Cik Ruqayyah Mahmud

# 4 anak, Ahmad, Muhd Shaalih, Mahmud dan Abdullah Zawaawi.


Jawatan Tok Kenali

1. Ahli Majlis Ulama Islam Kelantan (7 Disember 1951- 19 November 1933)

2. Ketua Pelajaran Agama (Pengarah Bahagian Ilmu Agama. Bertanggungjawab memimpin Madrasah Muhammadiyyah dan penerbitan buku teks.

3. Ketua Pengarang pertama majalah Pengasuh (lidah rasmi Majlis Agama Islam Kelantan dikeluarkan setiap Isnin, dijual 10 sen senaskah)

4. Anggota Majlis Agama Islam Kelantan dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

5. Pengasas Jamiyyah al-Ashriyyah - kumpulan ilmiah membincangkan isu agama dan semasa.

6. Penterjemah kitab dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu

7. Guru agama di Masjid Besar al-Muhammadi, Kota Bahru

8. Penasihat agama kepada Datuk Perdana Kelantan (Menteri Besar)

Selasa, 17 Disember 2013

Bagaimana pandangan kita sebagai Ahlus Sunnah tentang kaum Syiah ini?


Bagaimana pandangan kita sebagai Ahlus Sunnah tentang kaum Syiah ini?

Mari kita bahas secara ringkas dan praktis, dengan memohon pertolongan Allah Al Hadi…

PERTAMA. Kaum Syiah Rafidhah itu terus bekerja keras, agar mereka tetap diakui sebagai Islam, tetap dipandang sebagai Muslim, tetap menjadi bagian dari kaum Muslimin sedunia. Hal ini adalah hakikat siksaan spiritual yang Allah timpakan atas hati-hati mereka, selamanya. Mereka telah sangat berdosa karena mencaci, melecehkan, mengutuk, dan mendoakan keburukan atas isteri-isteri Nabi, para Khalifa ur Rasyidin, dan para Shahabat Radhiyallahu ‘Anhum. Maka Allah pun menjadikan mereka selalu gelisah, takut, dan sangat menginginkan diberi label Islam atau Muslim. Mereka selalu dalam kebingungan seperti ini, layaknya Bani Israil yang kebingungan selama 40 tahun di Padang Tiih, karena telah menghina Musa ‘Alaihissalam dan Allah Ta’ala. Lihatlah manusia-manusia pemeluk agama Persia (Rafidhah) itu…mereka kemana-mana membawa laknat atas doa-doa laknat yang mereka bacakan untuk mengutuki manusia-manusia terbaik dari para Shahabat Radhiyallahu ‘Anhum.

KENAPA ADA PERSAMAAN ANTARA SYIAH DAN YAHUDI

KEDUA. Dalam sejarahnya, sejak zaman Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘Anhu sampai hari ini, ketahuilah bahwa Syiah Rafidhah (agama Persia) ini tidak pernah berjihad melawan kaum kuffar, baik itu Nashrani, Yahudi, musyrikin, dan orang-orang atheis. Syiah tidak punya sejarah jihad menghadapi kaum kuffar. “Jihad” kaum Syiah sebagian besar diarahkan untuk menyerang kaum Sunni, sejak zaman dahulu sampai saat ini.

Mula-mula Syiah di Kufah mengundang Husein Radhiyallahu ‘Anhu datang ke Kufah, katanya mau dibaiat. Karena Husein sudah berangkat ke Kufah, oleh penguasa kala itu (Yazid bin Muawiyah) Husein dianggap bughat, sehingga boleh ditumpas. Waktu tiba di Kufah, tak satu pun kaum Syiah keluar untuk membaiat, menolong dan mendukung Husein. Posisi Husein sangat terjepit, akan kembali ke Madinah, dia sudah dianggap bughat. Meminta bantuan Kufah, tak satu pun Syiah yang akan menolong. Akhirnya, Husein ditumpas di Padang Karbala. Bahkan kala penumpasan itu, tak satu pun hidung Syiah menampakkan diri, walau sekedar untuk menolong korban dari pihak Husein dan keluarganya. Nah, peristiwa pembantaian Husein oleh kaum Syiah itulah yang selalu mereka rayakan dan nikmati dalam momen-momen Asyura. Air mata mereka mengutuk para pembunuh Husein, sedangkan hati mereka berucap: “Alhamdulillah Husein dan keluarganya telah binasa di Karbala.”

“Jihad” kaum Syiah berikutnya ialah membantu Hulagu Khan (penguasa Mongol) untuk menumpas Khilafah Abbasiyah. Kemudian mereka berusaha melenyapkan kaum Sunni di Mesir, tetapi berhasil ditumpas oleh Nuruddin Mahmud Zanki. Mereka terus menikam perjuangan Shalahuddin Al Ayyubi. Mereka juga selalu menjadi musuh Khilafah Turki Utsmani, selalu kerjasama dengan negara-negara Nashrani Eropa untuk melemahkan Khilafah Turki. Di zaman kontemporer, Revolusi Khomeini di Iran telah menumpas Ahlus Sunnah di Iran. Mereka juga menikam perjuangan mujahidin di Afghanistan. Mereka membantai Ahlus Sunnah di Irak, Libanon, Suriah, Yaman, bahkan mereka hampir menguasai Bahrain.

Singkat kata, tidak ada Jihad kaum Syiah dalam sejarah, selain “jihad” yang diarahkan untuk memusnahkan dan menghancur-leburkan kaum Sunni. Sejarah klasik dan modern sudah memaparkan fakta. Bahkan dalam kasus Iran Contra Gate terbongkar skandal besar. Ternyata, di balik gerakan Kontra di Nikaragua, Amerika memasok senjata kepada para gerilyawan itu. Darimana dananya? Dari hasil kerjasama jual-beli minyak dengan Iran. Padahal dalam kampanye dunia, sudah dimaklumkan bahwa Amerika itu sedang konflik dengan Iran. Tetapi di balik itu ada sandiwara “jual-beli minyak” yang menggelikan. Kasus ini sangat terkenal, sehingga seorang kolonel Amerika dikorbankan sebagai tumbalnya.

HUBUNGAN SYIAH DENGAN YAHUDI

KETIGA. Apa sih yang dilakukan Hizbullah (Syiah Rafidhah) di Libanon kepada Israel? Apakah dia terlibat perang terbuka dengan Israel? Apakah dia menduduki wilayah Israel dan berusaha mengusir penduduk Yahudi? Ternyata, aksi-aksi Hizbullah itu hanya melepaskan tembakan mortir ke arah pasukan Israel atau wilayah Israel. Atau mereka melakukan tembakan senapan, atau tembakan rudal anti tank. Hanya itu saja. Mereka tidak pernah terlibat perang terbuka face to face, seperti para pejuang Ahlus Sunnah di Irak, Afghanistan, Chechnya dan lainnya. Jadi singkat kata, aksi-aksi Hizbullah itu hanya semacam “main-main” untuk membuang amunisi-amunisi ringan. Itu saja kok.

KEEMPAT. Dalam sejarah perang Arab-Israel, sejak merdeka tahun 1948 Israel sudah berkali-kali bertempur dengan pasukan Arab. Yang terkenal adalah perang tahun 48, perang tahun 67, dan perang tahun 70-an. Ia kerap disebut perang Arab-Israel. Setelah itu belum ada lagi perang yang significant. Dalam sejarah ini, lagi-lagi tiada peranan Iran sama sekali. Bahkan ketika Ghaza dihancur-leburkan Israel pada tahun 2008-2009 lalu, Iran lagi-lagi tidak terlibat apa-apa. Jadi, apa yang bisa dibanggakan dari manusia-manusia pemeluk agama Persia (Syiah Rafidhah) itu?

KELIMA. Menurut Ustadz Farid Okbah, di Iran itu sangat banyak orang-orang Yahudi. Menurut informasi, jumlahnya bisa mencapai 50.000 jiwa. Mereka bisa hidup aman dan sentosa di Iran, sedangkan Ahlus Sunnah hidupnya sangat menderita di sana. Iran bersikap welcome kepada kaum Yahudi, dan sangat ofensif kepada kaum Muslimin. Ini adalah realitas yang sangat menyedihkan. Makanya tidak salah kalau ada yang mengatakan, Rafidhah lebih sadis dari orang-orang kafir lain.
Contoh yang sangat unik ialah kerjasama antara Hamas dan Iran. Banyak orang menyebutkan, Hamas kerap kerjasama dengan Iran. Hal itu konon berdasarkan sikap Syaikh Al Bana yang dulunya pernah berujar, bahwa Syiah adalah sesama saudara Muslim juga. Mereka sama-sama Ahlul Qiblah. Tetapi realitasnya, Ikhwanul Muslimin di Suriah dibantai puluhan ribu manusia disana oleh regim Hafezh Assad. Ternyata, regim itu dan anaknya (Bashar Assad, red nm), dibantu oleh Iran juga. Nah, ini kan sangat ironis. Hamas kerjasama dengan Iran, sementara Al Ikhwan di Suriah dibantai oleh regim Suriah yang didukung oleh Iran.

Mufti Badr al-Ghazali bunuh wanita dan kanak Sunni


KEENAM. Propaganda bahwa Syiah Rafidhah itu musuh Zionis Israel, semua ini hanya propaganda belaka. Sejatinya mereka itu teman-karib, sahabat dekat, saling tolong-menolong, sebagian menjadi wali atas sebagian yang lain. Mereka ini selamanya tak akan pernah terlibat dalam peperangan. Kaum Yahudi membutuhkan Iran, sebagai seteru Ahlus Sunnah. Sedangkan Iran membutuhkan Yahudi, juga sebagai seteru Ahlus Sunnah. Dalam hadits Nabi Saw juga disebutkan bahwa kelak dajjal akan muncul dari Isfahan (salah satu kota di Iran yang saat ini banyak dihuni Yahudi) dengan 70.000 pasukan. Yahudi membutuhkan Iran, karena darinya akan muncul pemimpin mereka. Dan dalam literatur-literatur Syiah, sosok dajjal itu sebenarnya adalah sosok “Al Mahdi Al Muntazhar” yang selalu mereka tunggu-tunggu. Begitulah, banyak kesamaan kepentingan antara Syiah dan Yahudi.

KETUJUH. Fakta berikutnya yang sangat mencengangkan. Ternyata Syiah Iran juga menjalin kerjasama dengan China dan Rusia, dua negara dedengkotnya Komunis. Mereka ini umumnya kerjasama dalam soal industri, perdagangan, dan jual-beli senjata. Ketika Amerika berniat menjatuhkan sanksi akibat instalasi nuklir Iran, segera China dan Rusia memveto niatan itu. Kedua negara terang-terangan membela Iran. Begitu juga China dan Rusia juga membela regim Bashar Assad (semoga Allah Al Aziz segera memecahkan kepala manusia durjana satu ini, amin ya Mujibas sa’ilin) dari ancaman sanksi internasional. Sedangkan kita tahu, regim Suriah sangat dekat koneksinya dengan Iran. Jadi, kita bisa simpulkan sendiri posisi Iran di mata China, Rusia, dan regim Suriah.
Jadi kalau kemudian kita mendengar propaganda Syiah anti Yahudi, Syiah anti Amerika, Syiah anti Zionis, dan sebagainya…ya sudahlah, saya akan ketawa saja. Tidak usah dianggap serius. Anggaplah semua itu hanya “olah-raga kata-kata” saja (meminjam istilah seorang politisi busuk). Syiah selamanya akan berkawan dengan kaum kufar dan sangat apriori dengan kaum Muslimin (Ahlus Sunnah). Mereka itu lahir dari sejarah kita, tetapi wujud dan hatinya milik orang kafir. Na’udzubillah wa na’udzubillah min dzalik.
Semoga artikel sederhana ini bermanfaat. Semoga kita semakin sadar, bahwa Syiah Rafidhah bukanlah kawan. Mereka membutuhkan istilah kawan selagi masih lemah. Nanti kalau sudah kuat, mereka akan menghancur-leburkan Ahlus Sunnah. Tetapi cukuplah Allah Ta’ala sebagai Wali, Pelindung, dan Penolong kita. Dialah sebaik-baik Pelindung dan Penjaga. Walhamdulillahi Rabbil a’alamiin.


AM. Waskito.

Isnin, 9 Disember 2013

Kekejaman yang disengajakan keatas umat-umat Islam diseluruh dunia.

Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh rejim Assad di Al Latamneh tidak akan sama sekali dilupakan oleh umat Islam seluruh dunia. Kanak-kanak yang disembelih, bayi-bayi yang telah ditanam hidup-hidup sahaja sudah cukup untuk memberi pengajaran kepada kami bahawa peperangan yang berlaku di Syria bukanlah peperangan biasa. Tetapi ianya adalah di antara kekejaman yang disengajakan ke atas umat-umat Islam diseluruh dunia.


Allah telah mengharamkan bagimu, membunuh seseorang melainkan dengan sesuatu sebab yang benar. Maka kita harus berhati-hati dalam memberikan hukuman mati kepada seseorang, walaupun orang tersebut adalah orang kafir. Apalagi jika membunuh orang-orang yang tidak dikenal karena kepentingan tertentu.


Mereka bertanya tentang hukumnya aksi bom bunuh diri?. Katakanlah: “Bagaimana jika ada orang-orang yang beriman disana, apa kamu ingin membunuh mereka juga?”


وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَن يَقْتُلَ مُؤْمِنًا إِلَّا خَطَأً ۚ وَمَن قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَأً فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ إِلَّا أَن يَصَّدَّقُوا ۚ فَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ عَدُوٍّ لَّكُمْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ ۖ وَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُم مِّيثَاقٌ فَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ ۖ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ تَوْبَةً مِّنَ اللَّهِ ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا


Dan tidak layak bagi seorang mukmin membunuh seorang mukmin kecuali karena tersalah (tidak sengaja), dan barangsiapa membunuh seorang mukmin karena tersalah (hendaklah) ia memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman serta membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh itu), kecuali jika mereka (keluarga terbunuh) bersedekah. Jika ia (si terbunuh) dari kaum yang memusuhimu, padahal ia mukmin, maka (hendaklah si pembunuh) memerdekakan hamba-sahaya yang beriman. Dan jika ia (si terbunuh) dari kaum (kafir) yang ada perjanjian (damai) antara mereka dengan kamu, maka (hendaklah si pembunuh) membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh) serta memerdekakan hamba sahaya yang beriman. Barangsiapa yang tidak memperolehnya, maka hendaklah ia (si pembunuh) berpuasa dua bulan berturut-turut untuk penerimaan taubat dari pada Allah. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
QS. an-Nisa’ (4) : 92

وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُّتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا
Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.
QS. an-Nisa’ (4) : 93

Link Video : http://www.youtube.com/watch?v=2YNMK-HX1qY&feature=youtu.be




Kanak-kanak di Bandar Nabek yang telah dibunuh beramai-ramai oleh Syiah Iraq



Pertempuran yang berterusan di Daraa, Syria memberi kesan yang berpanjangan kepada mereka yang bergelar mangsa. Ada di antara mereka yang terpaksa menanggung kecacatan fizikal seumur hidup. Semestinya harus lekat didalam pemikiran kita bahawa mereka yang bergelar mangsa ini adalah saudara-saudara Islam kita!

Link Video : https://www.youtube.com/watch?v=JBlQI6F1u1k



Berita 3 Disember 2013:

Sekitar 100 penduduk awam terbunuh di Syria dan 26 daripadanya terbunuh dalam serangan pesawat tentera regim di bandar Al Bab, Aleppo.

Dilaporkan seramai 600 terbunuh pada minggu ini.

Daraa
Mujahideen berjaya menguasai sepasukan tentera sokongan regim di bandar Baser Al Harer selepas bertempur beberapa hari dan kawasan yang dikuasai sangat penting kerana lokasinya yang strategik iaitu di lebuh raya Daraa.

Mujahideen FSA membunuh 12 mafia-mafia Bashar di bandar Al Minshia.

LINK ASAL :
http://www.aljazeera.net/news/pages/4a33d6b5-7ab0-4927-962d-cdc9d7dc7c8f


awa/-

Sabtu, 30 November 2013

Ciri-ciri Jemaah Islamiah dan sifat-sifat pendokongnya



Ayat-ayat yang disebutkan di bawah tajuk Jamaah Islamiah menjadi sumber utama tentang ciri-ciri Jemaah Islamiah dan sifat-sifat pendokongnya. Antara sifat-sifat pendokong Jemaah Islamiah berdasarkan ayat-ayat di atas ialah :

i)    Benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul dan menjadikan kedua-duanya (Allah dan Rasul) sebagai pemimpin serta tempat rujuk bagi segala perkara

ii)    Melantik orang-orang beriman sebagai pemimpin

iii)    Beriman kepada hari Akhirat

iv)    Mendirikan sembahyang Fardu

v)    Mengeluarkan zakat

vi)    Benar-benar patuh kepada perintah dan hukum Allah

vii)    Tidak berkasih sayang dengan orang yang menentang agama (engkar hukum) Allah

viii)    Tidak bersikap assobiyah qaumiah yakni tidak bertolak ansur dalam menjalankan
kegiatan Islam walaupun dengan ibubapa, anak-anak, saudara mara dan kaum kerabat
sekiranya mereka itu anti-Islam atau melakukan maksiat dan kemungkaran.


Para ulama juga merumuskan beberapa ciri-ciri lain berdasarkan kepada AlQuran tentang ciri-ciri Jemaah Islamiah yang sebenarnya. Antaranya:

i)   
Dapat menegakkan Islam secara syumul didalam Jemaah itu

ii)   
Menzahirkan kebenaran : iaitu mewujudkan sistem hidup Islam seperti sistem keluarga, masyarakat, ekonomi, sosial, kesihatan, kebajikan, media massa, dakwah dan perhubungan serta lain-lain secara Islam. Dengan sistem hidup ini mereka dapat mengisi program hidup harian dan juga dapat menampung hidup, sekaligus dapat memberi khidmat kepada masyarakat. Dari sini masyarakat pula dapat menumpang pelbagai kemudahan itu. Sistem-sistem yang ditegakkan itu bukanlah ditiru dari sistem jahiliah yang bersifat sekular atau bercampur-baur dengan perkara mungkar seperti sistem-sistem hidup tajaan orang-orang Barat. Tetapi ianya benar-benar berbeza dari segala sistem hidup ciptaan manusia. Kemunculan sistem hidup Islam ini memang mencabar sistem sekular dimana seterusnya berlaku pertembungan baik dari segi minda mahupun dari segi amali cara hidupnya. Walaubagaimanapun sistem Islam dalam Jemaah Islamiah itu tetap menang dan hidup lancar, tanpa boleh diganggu-gugat atau dirosakkan kerana ia sentiasa diberi pertolongan oleh Allah SWT.

iii)   
Jemaah yang hakiki ialah bersifat universal, iaitu ianya dianggotai oleh segala jenis bangsa di pelbagai negara. Ianya tidak bersifat lokal di negeri sendiri. Begitu juga dengan pemimpinnya boleh diterima oleh masyarakat sejagat. Pembawaan Jemaah ini dapat mengisi keinginan umat yang menyintai kebenaran dan perpaduan sejagat. Oleh itu Jemaah mampu mengisi fitrah semua manusia tanpa dibatasi oleh bangsa dan agama, juga tidak dibatasi oleh peringkat umur, golongan dan taraf pendidikan. Jemaah ini dapat menjadi model perpaduan sejagat kerana didalamnya ada pelbagai bangsa yang mengamalkan satu sistem hidup yang sama. Yang berlainan agama pula akur dengan sesuatu yang memang selari dengan fitrahnya, kerana agama Islam adalah agama fitrah manusia tanpa ada apa-apa kepentingan yang bernilai rendah (remeh-temeh). Walaupun mereka belum menukar akidah, tetapi dengan kebenaran syariat zahir mereka boleh menerima kebenaran Allah dengan dada terbuka.

iv)   
Jemaah Islamiah tidak bergantung harap kepada musuh dalam sebarang sistem dan keperluan hidup anggota dan juga Jemaahnya.   Bahkan tidak terlibat sama sekali dengan sebarang bentuk mungkar. Ia mempunyai keupayaan tersendiri yang dapat menampung keperluan anggota, sehingga semua masyarakat lain (penganut agama lain) memerlukannya.Contohnya ialah seperti berlaku pada zaman Rasulullah saw dan pada zaman para sahabat. Islam ketika itu menjadi tempat rujukan dan dicontohi dalam semua persoalan.

v)   
Jemaah Islamiah, walaupun ianya belum sampai ketaraf sebuah negara atau sebuah kerajaan besar, namun ianya merangkumi sebuah sistem hidup yang lengkap seolah-olah menyerupai prinsip dalam sesebuah negara atau kerajaan. Bahkan ada sudut-sudut tertentu yang kerajaan besar mencontohinya, hasil daripada kebenaran yang dibawa oleh Jemaah Islamiah.

vi)   
Jemaah Islamiah memang dimusuhi oleh semua jenis taghut, tetapi ia tidak dapat dihancurkan dan dikalahkan oleh musuhnya, kerana Allah sendiri telah berjanji melalui lidah kekasih-Nya (Rasulullah saw) akan sentiasa memelihara Jemaah Islamiah daripada dirosakkan oleh orang yang membencinya. Sabda Rasulullah saw : Sentiasalah ada satu toifah (puak) yang dapat menzahirkan kebenaran ditengah-tengah masyarakat, dia tidak dapat dirosakkan oleh orang-orang yang menentangnya. Ia tetap kekal dan hidup sehinggalah hari Kiamat. (Riwayat Muslim, At-Tirmizi dan Ibnu Majah).

vii)   
Jemaah Islamiah kaya dan pendokongnya miskin. Bukan sebaliknya iaitu Jemaahnya miskin sedangkan para pemimpinnya menjadi kaya raya sehingga ada yang memilik banglo bertingkat-tingkat dan mempunyai beberapa buah kereta mewah sekaligus menonjolkan kekayaan mereka. Kekayaan mereka pula tidak disumbangkan kepada Jemaah yang didokonginya bagi menstabilkan imej perjuangan Islam.Antara sebab Jemaah menjadi kaya ialah kerana pendokongnya termasuk para pemimpinnya kuat berjihad dan banyak berkorban. Mereka berjuang kerana Allah dan bukan kerana mencari kepentingan dalam Jemaah. Jikalaupun ada yang berkhidmat sepenuh masa, mereka cuma mangambil habuan untuk keperluan hidup semata-mata. Kita dapati sesetengah pemimpin Jemaah Islamiah lampau merupakan individu yang kaya sebelum menyertai Jemaah, tetapi setelah berjuang bersama Jemaah mereka menjadi miskin. Ini menepati sejarah Rasulullah saw dan para sahabat seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Osman, Saidina Ab. Rahman bin 'Auf dan sebagainya. Pemimpin-pemimpin tersebut sebelum menyertai Jemaah mereka terdiri daripada tokoh-tokoh korporat dan saudagar. Tetapi setelah berjuang dalam Jemaah mereka telah mengorbankan harta ke jalan Allah sehingga mereka menjadi miskin.


viii)    Jemaah Islamiah dinaungi oleh masyarakat sejagat. Puncanya ialah kerana perjuangan mereka membawa imej sejagat. Sebab itu ia mampu mengembangkan Islam keserata dunia, kadang-kadang tidak perlu melalui peperangan dan penaklukan fizikal. Caranya ialah dengan menyebar dan memautkan hati-hati insan dengan fitrah (tabiat semulajadi) kasih sayang sejagat dan juga aktiviti-aktiviti bercorak kebendaan dan kebenaran yang diperlukan oleh mesyarakat serta sesuai dengan semua fitrah manusia.

ix)   
Kekuatan Jemaah tidak terletak kepada kekuatan kebendaan semata-mata, tetapi kepada kekuatan takwa. Oleh itu, penekanan asas dalam pendidikan pendokongnya ialah iman dan takwa, ukhuwah dan kasih sayang, pengorbanan, syura dan takut kepda Allah.

Jumaat, 8 November 2013

Mufti kerajaan Saudi , Abdulaziz Al Sheikh melarang para pemuda Pergi Jihad Ke Syria

 
Mufti kerajaan Saudi , Abdulaziz Al Sheikh melarang para pemuda

Ulama Thaghut Saudi : Saya Tidak Menyarankan Para Pemuda Pergi Jihad Ke Syria

RIYADH ( Reportase Islam ) - Menurut sebuah laporan pada hari Isnin di surat kabar Saudi Al - Hayat , salah satu Mufti kerajaan Saudi , Abdulaziz Al Sheikh melarang para pemuda untuk berangkat membela para ' pemberontak ' di Syria.
Mufti tersebut menyatakan bahawa perang di Syria adalah perang saudara.

"Saya tidak menyarankan orang untuk pergi ke sana. Anda akan menjadi beban bagi mereka, apa yang mereka inginkan dari anda adalah doa. "

" Muslim harus takut Tuhan dan tidak menipu pemuda Muslim serta mengeksploitasi kelemahan para pemuda dan kurangnya wawasan yang mendorong mereka ke jurang ," kata Abdulaziz Al Sheikh dipetik oleh akhbar tersebut .

Fatwa mufti tersebut telah disepakati oleh kerajaan thaghut Saudi , hal ini dilakukan kerana kerajaan takut jika para pemuda telah pulang ke Saudi akan menggunakan pengalamanya untuk menyerang kerajaan thaghut Saudi.


Hal ini pernah dilakukan oleh para pemuda yang dididik oleh Syeikh Usamah Bin Laden pada perang Afghan- Soviet kemudian para pemuda pulang ke rumah dan menyerang kerajaan pada tahun 2003 sehingga 2006 .


Perlu diperhatikan dari pendapat mufti thoghut tersebut adalah ketakutan mereka terhadap bangkitnya para pemuda Saudi yang sedar akan agamanya.
Thaghut dan Ansarnya telah berdusta mengatakan bahawa perang Syria adalah perang saudara , padahal keimanan dan kekafiran tidak akan pernah boleh bersatu , sampai gajah masuk ke lubang semut.

Mereka tidak sedar , ketika para pemuda Saudi secara diam-diam berangkat ke Syria bergabung dengan Mujahidin .
Jumlah mereka bahkan sampai ribuan pemuda, besar kemungkinan mereka akan paham bagaimana sebenarnya kerosakan kerajaan di negeri mereka Saudi.

Source: Aljazeera / al- mustaqbal.net

Selasa, 22 Oktober 2013

PENIPUAN OLEH SYIAH ... UNTUK MEMPENGARUHI ANAK-ANAK MUDA

Video streaming by Ustream

Penipuan Syiah untuk mengkafirkan umat Islam oleh - Ust Abdullah Din


awa/..

Rahsia Kesesatan Syiah Terbongkar



Rahsia Dunia Terbongkar BAHAGIAN 1

Rahsia Dunia Terbongkar BAHAGIAN 2

Rahsia Dunia Terbongkar BAHAGIAN 3

Sabtu, 12 Oktober 2013

Islam Kembali Dimusuhi



Waraqah bin Naufal berkata kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, " Tidaklah ada seorang pun yang datang membawa ajaran seperti ajaran yang kamu bawa kecuali dia pasti akan dimusuhi . " (HR. Bukhari dalam Kitab Bad'u al- Wahyi [3] dari' Aisyah radhiyallahu'anha )

Permusuhan kepada Islam dan para pembawa panji kebenaran akan selalu berlangsung. Inilah sunnatullah atas hamba -hamba -Nya.  

Allah ta'ala berfirman (yang artinya),

"Dan demikianlah untuk setiap nabi Kami menjadikan musuh, yang terdiri dari syaitan-syaitan manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan yang indah sebagai tipuan . " (QS. Al- An'am : 112)

Permusuhan yang telah mendarah daging dan turun temurun di dalam tubuh setiap pembela kebatilan demi merongrong dan meruntuhkan dakwah kebenaran. Inilah yang terus terjadi dan berulang dalam lembaran sejarah. Allah ta'ala berfirman (yang artinya), " Demikianlah setiap kali seorang rasul yang datang kepada orang -orang sebelum mereka, mereka ( kaumnya ) pasti mengatakan," Dia itu penyihir atau orang gila. " ( QS. Adz -Dzariyat : 52)
Inilah takdir yang Allah gariskan kepada orang-orang beriman. Ujian , fitnah, hambatan, dan godaan dalam mengemban hidayah kepada seluruh alam.

Allah ta'ala berfirman (yang artinya), " Alif lam mim .
Apakah manusia itu mengira dia dibiarkan begitu saja mengucapkan ' Kami beriman ' kemudian mereka tidak diuji? Sungguh , Kami telah menguji orang -orang sebelum mereka , agar Allah benar-benar mengetahui siapakah orang -orang yang jujur ​​dan siapakah orang -orang yang dusta. " (QS. Al -' Ankabut: 1-3)

Kesetiaan Seorang Muslim

Sahabat seakidah , para pemuda muslim yang dirahmati Allah . Sebagai seorang muslim, tentu kita mempunyai rasa cemburu terhadap agama kita. Kita tidak senang jika agama dan ajaran yang hanif ini diinjak -injak serta dilecehkan . Kita juga tidak senang berteman dan berkasih sayang dengan orang -orang yang menginfakkan umur dan hartanya untuk memerangi dakwah Islam dan mencabik- cabik kehormatan kaum muslimin. Tentu kita tidak rela.

Allah ta'ala berfirman (yang artinya),
"Tidak akan kamu jumpai suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhir mereka justru berkasih sayang dengan orang -orang yang memerangi Allah dan Rasul -Nya, walaupun mereka itu adalah bapak - bapak mereka, anak -anak mereka , saudara- saudara mereka, atau sanak keluarga mereka sendiri ... " (QS. Al- Mujadilah: 22)

Allah ta'ala juga berfirman (yang artinya),
"Wahai orang -orang yang beriman ! Janganlah kalian menjadikan musuh- Ku dan musuh kalian sebagai penolong-penolong - untuk kalian -dimana kalian membocorkan kepada mereka- rahsia kaum muslimin - dengan rasa cinta dan kasih sayang ... " (QS. Al- Mumtahanah: 1)

Di dalam tafsirnya , Imam al -Qurthubi rahimahullah menerangkan, " Surat ini [ Al - Mumtahanah ] adalah dalil pokok yang menunjukkan larangan memberikan kesetiaan kepada orang -orang kafir. " (Lihat al -Jami 'li Ahkam al -Qur'an [ 20 / 398] )

Seorang muslim tentu saja lebih cinta kepada Allah dan Rasul- Nya daripada apa pun yang dia punya. Ini merupakan bahagian keimanan yang tak boleh dipisahkan dari hidup dan kehidupannya. Ini adalah nafas dan darah yang mengalir di dalam tubuhnya. Tak akan hidup dan tenang jiwanya tanpa mengabdi dan menuruti kehendak Rabb yang telah menciptakan dirinya. Inilah yang membuahkan rasa manis dan lazat di dalam lubuk hatinya. Sehingga beratnya ketaatan, pedihnya siksaan , jauhnya jarak perjalanan , dan banyaknya musuh yang menghadang , itu semua tidak akan menggoyahkan akidah dan tauhid seorang muslim yang cinta kepada Allah dan Rasul -Nya. Hatinya pun akan tetap merasa tenteram dengan keimanan.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
"Tiga perkara, barangsiapa yang ketiga hal itu ada pada dirinya nescaya dia akan merasakan manisnya iman. Yaitu tatkala Allah dan Rasul- Nya jauh lebih dicintainya daripada segala sesuatu selain keduanya. Kemudian , tidaklah dia mencintai seseorang kecuali karena kecintaannya kepada Allah. Dan dia juga tidak senang kembali kepada kekafiran setelah Allah selamatkan dirinya dari kekafiran itu sebagaimana halnya dia tidak suka apabila dilemparkan ke dalam neraka. "(HR. Bukhari dalam Kitab al -Iman [16] dan Muslim dalam Kitab al -Iman [43] dari Anas bin Malik radhiyallahu'anhu )

Kesetiaan Tidak Mengikis Prinsip Keadilan
 
Sahabat seakidah dan seperjuangan yang dirahmati Allah . Meskipun demikian , itu bukan bererti Islam mengajarkan kepada kita untuk bertindak semena - mena. Islam tegak di atas keadilan . Islam tidak membenarkan segala amalan dan unsur kezaliman. Sekalipun terhadap orang bukan Islam.
Allah ta'ala juga berfirman (yang artinya),

"Dan apabila kamu memutuskan hukum diantara manusia, maka sudah semestinya kamu memutuskan hukum itu dengan keadilan . " ( QS. An -Nisaa ': 58)

Allah ta'ala berfirman (yang artinya),
"Janganlah kebencian kalian kepada suatu kaum membuat kalian tidak berlaku adil kepada mereka. Berlakulah adil , karena hal itu lebih dekat kepada takwa. " (QS. Al- Ma'idah : 8)

Imam Ibnul Jauzi rahimahullah menerangkan, maksud dari perintah ' berlakulah adil ' yaitu baik kepada sesama kawan ataupun kepada lawan / musuh (lihat Zaadul Masiir , hal. 364) . Keterangan sama disampaikan oleh Imam al- Baghawi rahimahullah dalam tafsirnya (lihat Ma'alim at - Tanzil , hal. 364)

Kekafiran dan kemusyrikan memang harus dibenci dan dimusuhi . Namun, bukan berarti segala sesuatunya terputus , sehingga tidak ada lagi komunikasi ataupun bakti. Seorang anak yang muslim kalau seandainya dia mempunyai orang tua yang kafir sekalipun , maka dia tetap wajib berbakti kepadanya selama bukan untuk bermaksiat dan kufur kepada Allah ta'ala.
Imam Bukhari rahimahullah - Amirul mukminin fil hadits- telah membuat bab yang sangat indah di dalam kitabnya Al-Adab Al-Mufrad dengan judul: Bab. Berbakti Kepada Orang Tua Yang Musyrik. Di dalamnya beliau bawakan riwayat dari sahabat Sa'ad bin Abi Waqqash radhiyallahu'anhu . Beliau menceritakan bahawasanya ibunya (yang musyrik ) bersumpah untuk tidak makan dan tidak minum sampai Sa'ad mau berpisah meninggalkan ajaran Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam. Maka, Allah pun menurunkan firman-Nya (yang artinya), "Dan apabila mereka berdua (orang tuamu) memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan apa - apa yang jelas tidak ada ilmu / hujjah bagimu terhadapnya, maka janganlah kamu patuhi mereka berdua, dan tetaplah bersahabat dan bergaul dengan mereka berdua dalam kehidupan dunia ini dengan cara yang baik. " ( QS. Luqman : 15) (lihat Rasyul Barad Syarh al -Adab al- Mufrad, hal. 18 oleh Dr. Muhammad Luqman as -Salafi )


Di dalam Shahih Muslim disebutkan, bahawa ibu Sa'ad berkata, " Engkau mengatakan bahawa Allah memerintahkanmu untuk berbakti kepada kedua orang tuamu , sedangkan aku ini adalah ibumu. Dan aku perintahkan kamu untuk melakukan hal ini. "Iaitu meninggalkan agama Islam. Maka Allah pun menurunkan ayat tersebut, "Dan apabila mereka berdua memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan apa - apa yang jelas tidak ada ilmu / hujjah bagimu terhadapnya dst . " ( QS. Luqman : 15) (lihat Syarh Shahih al -Adab al -Mufrad [ 1 /40 ] oleh Syaikh Husain al-' Awaisyah )


Ayat di atas merupakan dalil yang menunjukkan kewajiban menyambung hubungan dengan kedua orang tua walaupun kafir, baik dengan memberikan harta jika mereka miskin, atau dengan melembutkan ucapan serta mengajak mereka kepada Islam dengan lemah lembut (lihat Syarh Shahih al -Adab al -Mufrad [ 1 / 41] oleh Syaikh Husain al-' Awaisyah )

Keindahan Ajaran Islam

Nabi pembawa rahmat shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda , "Barangsiapa yang membunuh orang kafir mu'ahad -orang kafir yang terikat perjanjian damai dengan umat Islam - maka dia tidak akan mencium harumnya syurga. Sesungguhnya harumnya syurga itu boleh tercium dari jarak perjalanan empat puluh tahun lamanya. " ( HR. Bukhari dalam Kitab al- Jizyah wa al- Muwada'ah [ 3166 ] dari Abdullah bin ' Amr radhiyallahu'anhuma )

Inilah keindahan dan kemuliaan ajaran Islam! Adakah suatu ajaran yang mengajarkan nilai- nilai keadilan dan kehormatan serta menghargai kemanusiaan lebih tinggi daripada apa yang diajarkan oleh Islam? Islam tidak membenarkan amalan-amalan kekerasan yang tidak selaras dengan nilai keadilan dan kemanusiaan.

Lebih daripada itu , Islam pun tetap menjaga hubungan kemanusiaan dan mendudukkan manusia pada tempat serta kedudukan mereka yang semestinya . Allah ta'ala berfirman (yang artinya), " Allah tidaklah melarang kalian untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang -orang yang tidak memerangi kalian dalam hal agama dan tidak mengusir kalian dari negeri- negeri kalian. Sesungguhnya Allah mencintai orang -orang yang berbuat adil. " (QS. Al- Mumtahanah: 8)

Imam al- Baghawi rahimahullah menceritakan di dalam tafsirnya , dari Abdullah bin az - Zubair, suatu ketika ibu Asma ' binti Abi Bakar radhiyallahu'anha datang menemui putrinya di rumahnya. Padahal, ibu Asma 'adalah musyrik. Ibunya datang dengan membawa hadiah dan oleh - oleh darinya untuk sang anak .

Maka Asma 'pun berkata kepada ibunya, " Aku tidak akan menerima hadiah apapun darimu dan janganlah kamu memasuki rumahku sampai aku minta izin kepada Rasulullah shallallahu ' alaihi wa sallam. " Maka Asma 'pun bertanya kepada Nabi lalu turunlah ayat di atas. Kemudian , Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan Asma' membawa masuk ibunya , menerima hadiahnya , berbuat baik kepadanya dan memuliakannya (lihat Ma'alim at - Tanzil , hal. 1304 )

Demikian indahnya Islam mengajarkan kepada kita untuk menghargai dan menghormati manusia.
Bagaimana Sikap Kita?

Sahabat seakidah , para pemuda muslim yang dirahmati Allah ... Sesungguhnya kecintaan kepada Islam, kecemburuan terhadap syari'at Islam , pembelaan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, itu semua hanya akan boleh kita lakukan dengan betul dan sesuai koridor agama jika kita mempunyai bekal ilmu yang benar tentang ajaran Islam itu sendiri.

Kerana bercakap tentang Islam, bertindak dengan mengatasnamakan Allah dan Rasul- Nya adalah sesuatu yang sangat besar dan agung dalam pandangan ulama salaf. Tidakkah kita ingat, ucapan yang diriwayatkan dari Abu Bakar ash -Shiddiq radhiyallahu'anhu , "Langit manakah yang akan menaungi diriku, bumi manakah yang akan aku pijak, kemana aku akan pergi, dan bagaimana yang harus aku perbuat jika aku berbicara tentang satu kata di dalam Kitabullah dengan tafsiran yang tidak dikehendaki oleh Allah tabaraka wa ta'ala. "(lihat al -Jami 'li Ahkam al -Qur'an [ 1/ 60] )

Allah ta'ala pun telah menegaskan dalam ayat- Nya (yang artinya) , "Katakanlah: Inilah jalanku , aku mengajak ( manusia) kepada Allah di atas dasar bashirah / ilmu. Inilah jalanku dan jalan orang -orang yang mengikutiku ... "(QS. Yusuf: 108)

Yang dimaksudkan dengan dakwah ila Allah (mengajak manusia menuju Allah) adalah mengajak mereka untuk mentauhidkan Allah, bukan dalam rangka meraih cita-cita dunia , kepimpinan ( baca: kerusi ), dan tidak juga kepada hizbiyah / fanatik golongan (lihat al- Mulakhash fi Syarh Kitab at -Tauhid, hal. 45).

Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah pun berkata , "Kerana sesungguhnya kebanyakan orang jika mengajak / berdakwah kepada kebenaran maka seringkali - menyimpang - sehingga justru berubah mengajak orang lain untuk mengikuti dirinya sendiri. " (Lihat Kitab at -Tauhid yang dicetak bersama al- Qaul al - Sadid , hal 28).

Syaikh Walid Saifun Nashr hafizhahullah mengatakan, " Tauhid merupakan kewajiban paling besar atas manusia, bahkan keistimewaan al -Firqah an - Najiyah yang paling besar adalah dakwah tauhid ! Tidak boleh berpindah dari tauhid menuju yang lainnya, akan tetapi berpindah ' bersamanya ' menuju yang lainnya. " ( Daurah Shahih Muslim tahun 1430 H di Kaliurang , Yogyakarta ) .

Perlu diingat pula, bahawa yang dimaksudkan dengan dakwah tauhid di sini bukanlah sekadar meyakinkan bahawa Allah adalah satu -satunya pencipta, penguasa dan pengatur alam semesta (tauhid rububiyah ) . Akan tetapi yang dimaksudkan adalah mengajak mereka untuk bertauhid uluhiyah . Syaikh Shalih al -Fauzan hafizhahullah berkata, " ... para rasul tidak diutuskan untuk menetapkan tauhid rububiyah kerana hal itu sudah ada, hanya saja hal itu tidak mencukupi. Akan tetapi Allah mengutus mereka untuk menetapkan tauhid uluhiyah , iaitu mengesakan Allah ta'ala dalam beribadah. Itulah agama para rasul dari sejak yang pertama hingga yang terakhir. "(Lihat Syarh Kitab Kasyfu Syubuhat , hal. 20).

 
"Sesungguhnya perkara yang paling banyak merosakkan dakwah adalah ketiadaan ikhlas atau ketiadaan ilmu. ( Syaikh Utsaimin )

Kemudian, salah satu sebab utama yang menggagalkan dakwah ini adalah kerana kemiskinan ilmu orang yang mendakwahkannya . Syaikh Utsaimin rahimahullah berkata, ".. Sesungguhnya perkara yang paling banyak merosakkan dakwah adalah ketiadaan ikhlas atau ketiadaan ilmu. Dan yang dimaksud 'di atas bashirah ' itu bukan ilmu syari'at saja . Akan tetapi ia juga merangkumi ilmu mengenai syari'at, ilmu tentang keadaan orang yang didakwahi , dan ilmu tentang cara untuk mencapai tujuan dakwahnya ; itulah yang dikenal dengan istilah hikmah "(lihat al- Qaul al- Mufid 'ala Kitab at -Tauhid [ 1 / 82 ] ) .

Syaikh Abdurrazzaq al -Badr hafizhahullah berkata, "Adapun orang yang berdakwah tanpa bashirah / ilmu, maka apa yang dia rusak lebih banyak daripada apa yang dia perbaiki . " (Lihat Syarh al- Manzhumah al- Mimiyah , hal. 111)

Oleh sebab itulah - wahai saudaraku yang sangat bersemangat - , marilah kita bekali diri kita dengan ilmu dari al-Kitab dan as- Sunnah. Bukankah Imam Bukhari rahimahullah telah mengingatkan kita dengan sebuah bab yang beliau tuliskan di dalam Shahihnya, yaitu Bab. Ilmu Sebelum Berkata dan Berbuat ? Bahkan , menimba ilmu dan menyebarkannya pun termasuk bahagian dari jihad .
Salah seorang sahabat nabi, Abud Darda ' radhiyallahu'anhu berkata, "Barangsiapa yang berpandangan bahawa berangkat di awal siang atau di akhir siang untuk menghadiri majlis ilmu bukanlah jihad, maka sungguh akal dan fikirannya sudah tidak beres . " (Lihat al-' Ilmu, Fadhluhu wa Syarafuhu , hal. 6) . Allahu a'lam .

Khamis, 10 Oktober 2013

Banjir di Padang Arafah 9.10.2013

Banjir di Padang Arafah 9.10.2013 Jam 4.00 ptg



Info yang diterima dari jemaah disana:  Alhamdulillah di Kota Mekah, Masjidil Haram semuanya berjalan lancar, hanya sedikit gerimis petang semalam. Seluruh jemaah masih berada di Mekah, kami akan ke Arafah pada hari Ahad ini. Jemaah di sini pun tak dapat mengesahkan kejadian ribut tersebut, namun cuaca pada petang semalam memungkinkan perkara sedemikian boleh berlaku. Sekian



Saya ingin perbetulkan message tersebut bahawa TIADA SAMA SEKALI arahan dari Arab Saudi menutup kemasukan jemaah haji utk berwukuf di Arafah. Peristiwa berlaku adalah hujan lebat dan banjir kilat. Semua dalam keadaan sedia kala sekarang. Khemah ada yang tumbang kerana masih belum dipasang dengan sempurna. Para petugas sedang membaiki hari ni. Tiada kemalangan jiwa dan semua jemaah haji berada di mekah.

Kemasukan jemaah haji memang ditutup seperti tahun tahun lepas dimana seminggu sebelum wukuf semua penerbangan dari seluruh dunia sudah habis.

drp :
Pengarah operasi haji ( kesihatan) Dr Suhazeli Abdullah.