Bagaimana mendapatkan rahmat Allah swt. Dan kasih sayang NYA, Al-Quran telah menerangkan dengan terperinci, antara lain ialah:
1) Sentiasa hidup bersama Al-Quran, mempelajari (mendekati) kitab Allah.
Firman Allah swt:
Ertinya:
“Dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka
ikutilah dia dan bertaqwalah agar kamu diberi rahmat” (Surah Al-An’aam
ayat 155)
Erinya: “Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu
yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan
Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain
kerugian” (Surah Al-Israa’ ayat 82)
Dan dari Jabir r.a.
katanya : Bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah oleh mu Al-Quran
kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi
syafaat bagi para pembacanya” (Riwayat Muslim)
2) Sentiasa Bertaqwa kepada Allah swt.
Firman Allah swt:
Ertinya:
“Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul Nya dan takut kepada
Allah dan bertaqwa kepada Nya, maka mereka adalah orang-orang yang
mendapat kemenangan”. (Surah An-Nur ayat 52)
3) Sentiasa meningkatkan iman dan berjihad pada jalan Allah.
Firman Allah swt:
Ertinya:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan
berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Baqarah ayat 218)
Rasulullah
saw bersabda: “Allah menjamin bagi orang-orang yang berjihad fi
sabililllah yang tidak keluar dari rumahnya melainkan hanya untuk
berjihad fi sabilillah dan membenarkan kalimah Nya, bahawa Dia
memasukkannya ke dalam syurga atau mengembalikannya ke tempat tinggalnya
dengan memperolehi pahala dan ghanimah.” (Riwayat Bukhari, Malik dan
An-Nasa’i)
4) Sentiasa berkasih-sayang kerana Allah swt.
Di dalam satu hadith Qudsi disebutkan bahawa Allah swt. Berfirman :
Ertinya:
“Wajib mendapat kasih sayang Ku bagi orang yang saling berkasih-sayang
kerana Ku dan saling duduk-duduk di dalam majlis kerana Ku dan saling
memberi kerana Ku dan saling berziarah kerana Ku.” (Riwayat Ahmad, Hakim
dan Ibn Hibban)
5) Sentiasa berbuat ihsan.
Ihsan
bermakna engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat akan Dia.
Jika engkau tidak dapat melihat Dia, maka sesungguhnya Dia melihat
engkau. Firman Allah swt:
Ertinya: “Dan belanjakanlah (harta
bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri
ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Baqarah ayat 195)
Dan di antara amal orang-orang yang ihsan ialah :
a) Sentiasa berinfak ke jalan Allah.
Firman Allah swt:
Ertinya:
“Perumpamaan (nafkah yang di keluarkan oleh) orang-orang yang
menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih
yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai: seratus biji.
Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan
Allah Maha Luas (kurnia Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah
ayat 261)
b) Sentiasa memperbaiki amalannya.
Firman Allah swt:
Ertinya:
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga
yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang
yang bertaqwa iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di
waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan marahnya dan
memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat
kebajikan.” (Surah Ali Imran ayat 133-134)
c) Sentiasa berbakti kepada ibubapa.
Firman Allah swt:
Ertinya:
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain
Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapa mu dengan
sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya
sampai lanjut umur dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu
mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak
mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan
rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dan penuh kesayangan dan
ucapkanlah :Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka
berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (Surah Al-Israa’ ayat 23-24)
d) Sentiasa berbakti kepada kaum kerabat.
Firman Allah swt:
Ertinya:
“Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di
muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan ?” (Surah Muhammad ayat
22)
Daripada Abdul Rahman bin Auf bahawa Rasulullah saw bersabda
(dalam hadith qudsi): “Berfirman Allah swt: “Akulah Ar Rahman (Maha
Pemurah), dan telah Aku jadikan Ar Rahim (Maha Pengasih) dan aku telah
pecahkan nama ini dari nama Ku, maka barangsiapa yang memperhubungi
kerabatnya nescaya Aku suka berhubung dengannya dan barangsiapa yang
memutuskannya Aku putuskan dengannya.” (Hadith riwayat Tarmizi dan Abu
Daud)
e) Sentiasa berbakti kepada anak yatim dan fakir miskin.
Sabda
Rasulullah saw: “Aku dan orang yang memelihara anak yatim di dalam
syurga seperti ini (diisyaratkan telunjuk dan jari tengah dan diruangi
antara keduanya.” (Hadith riwayat Bukhari, Tarmizi dan Abu Daud)
Imam
Ahmad dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa : Seorang lelaki mengadu
kepada Rasulullah saw tentang hatinya yang keras lalu, baginda bersabda:
“Usapilah kepala anak yatim dan beri makanlah kepada orang-orang yang miskin.”
f) Sentiasa berbakti kepada jiran tetangga.
Dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda :
“Sentiasalah
Jibril menasihatkan aku mengenai tetangga, sehingga aku menyangka
bahawa tetangga itu akan menerima pesaka.” (Riwayat Shaykhan, Abu Daud
dan Tarmizi)
g) Sentiasa berkata dengan perkataan yang ma’aruf.
Firman Allah swt:
Ertinya:
“Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil (iaitu) :
Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada
ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta
ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah solat dan
tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali
sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling.”(Surah
Al-Baqarah ayat 83)
Sabda Rasulullah saw: “Seorang hamba
yang berkata-kata dengan perkataan yang diredhai oleh Allah swt. ia
tidak akan jumpa melainkan diangkat oleh Allah swt dengannya beberapa
darjat dan seseorang hamba yang berkata-kata dengan perkara-perkara yang
dimurkai Allah swt, tidak dijumpai melainkan membawanya ke neraka.”
(Riwayat Bukhari)
h) Sentiasa berdoa kepada Allah swt di antara doanya ialah:
“Wahai
Tuhan kami, kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa kami serta
berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik
Pemberi Rahmat.” (Surah Al-Mu’minuun ayat 109)
Ertinya:
“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau
beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat
dari sisi Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah
pemberianNya.” (Surah Ali Imran ayat 8)
Demikianlah
rahmat dan kasih sayang Allah swt. akan dilimpahkan kepada seorang hamba
yang mengikuti jalan-jalan yang telah disyariatkan oleh Allah swt. ke
atas segenap umat manusia yakni sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad
saw serta meninggalkan dan menjauhi selain dari yang telah disyariatkan
oleh Allah swt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan