Khamis, 3 Disember 2015

FATWA ULAMAK DUNIA MEWAJIBKAN SOKONG TURKI



'RATIONALE' FATWA ULAMAK DUNIA MEWAJIBKAN SOKONG TURKI

Ramai pembaca yang meminta pandangan kami mengenai isu Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang mengeluarkan ...fatwa wajib sokong Turki semalam. Antaranya termasuk ustaz berprofail tinggi.

Pendapat kami secara umum ialah tindakan itu wajar dan tepat pada masanya. Umat Islam sedunia tiada pilihan melainkan terpaksa bersatu membentuk saf yang padu.

Bila kita teliti mesej tersirat dari surah alKahfi yang diturunkan untuk menjelaskan situasi akhir zaman di mana Dajjal telah menguasai ummat, maka kita akan nampak jalannya.

Surah alKahfi yang duduk di tengah-tengah musyhaf alQuran itu menjelaskan satu fenomena di mana banyak unsur Islam sudah tidak diketahui atau dikenali lagi. Wang Emas sudah jadi wang purba yang tidak laku. Akibatnya umat jadi meraba-raba dan hidup penuh dengan sangka-sangka.

Ramai yang berhujjah menafikan kewibawaan Turki. Antaranya termasuk mengaitkan konflik permusuhan Turki dengan Rusia yang ingin memusnahkan ISIS yang kononnya ingin membunuh SYIAH. Ada juga yang mengajukan Saudi yang berfahaman WAHABI untuk mengepalai Islam Dunia.

Terlalu panjang untuk kami huraikan satu persatu. Buat masa ini kami hanya ingin nasihatkan agar setiap diri ambil inisiatif mengkaji sejarah asal usul SYIAH, ISIS, SAUDI dan WAHABI itu sendiri. Kajilah apa kaitan asal usul mereka dengan barat dan Yahudi agar kita tidak tertipu lagi.

MENGAPA TURKI?

AKP (Adalet Ve Kalkinma Partisi) adalah sebuah parti yang MEMPUNYAI ASAS ISLAM YANG KUAT di Turki. Ia berasal dari Parti Refah yang pernah memerintah Turki di bawah pimpinan Necmetin Erbakan di awal 1980an. Setelah Refah diharamkan, pemimpinnya berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan yang lebih liberal membentuk AKP manakala kumpulan konservatifnya membentuk Saadet.

Parti-parti berhaluan Islam sebelumnya berhadapan halangan dan tekanan yang sangat sengit daripada dua pengaruh yang sangat kuat mencengkam struktur politik awam di Turki iaitu, pemerintah tentera dan kelompok sekular. Namun begitu, AKP berjaya menembusi halangan tersebut.

Kejayaan cemerlang AKP dalam pilihanraya umum dan majlis perbandaran satu dekad yang lalu sukar diganggu-gugat mana-mana parti politik sama ada dari kelompok sekular, seperti Parti Rakyat Republik (Cumhuriyet Halk Partisi - CHP) yang diasaskan sendiri Mustafa Kemal Ataturk dan Parti Gerakan Kebangsaan (Milli Hareket Partisi – MHP), mahupun parti-parti yang beraliran kanan dan kiri yang lain.

Selepas kemenangan AKP dalam pilihanraya, banyak serangan media yang dilihat cuba untuk memburukkan kerajaan di bawah pimpinan Erdogen. Namun begitu beliau berjaya mengharunginya dan terus mendapat mandat yang kukuh dari rakyatnya.

Dari segi sejarahnya, pemerintahan Parti Refah yang menjadi induk Parti AKP ini terkenal dengan akhlak yang baik dalam berpolitik. Mereka juga menyantuni anak-anak yatim, ibu tunggal, mengadakan kelas-kelas al-Quran, perkhidmatan kesihatan percuma dan sebagainya. Asas KEPRIHATINAN AKP yang Islamik ini dapat menarik anak-anak muda yang mahukan kebangkitan Islam yang hak.

Antara ciri keIslaman kepimpinan Erdogan juga terlihat jelas di dalam mahupun luar negeri. Antaranya terkait dengan isu kontroversi seperti tudung/jilbab, melarang minuman keras, menyokong Palestin, membantu kesengsaraan umat Islam termasuk pelarian seperti Syria, Rohingya, isu kemiskinan Afrika dan lain-lain. Keprihatinan dan kesederhanaan diri dan keluarganya diperturunkan kepada para pemimpin kerajaannya sehingga Islam sedunia mula nampak cahaya keprihatinannya.

Selepas pemansuhan sistem Khalifah 1924, usaha pemulihan ini dilihat amat bagus sekali dalam menangani dua punca utama kelemahan umat Islam kini, iaitu kurangnya kesedaran pemimpin yang betul-betul mahu memperjuangkan kebangkitan Islam. Kebanyakan pemimpin Islam kini lebih mementingkan diri, hanya berpaksikan harta, takhta dan kuasa semata-mata.

APA KAITAN TURKI DENGAN SURAH AL-KAHFI?

Surah al-Kahfi dikenali dengan fenomena TIDUR yang panjang. Dalam hal ini sila kaitkan tidur itu dengan sistem kekhalifahan Islam yang telah tertidur sekian lama di Turki. Pemansuhan sistem Khalifah pada tahun 1924 itu hanya perasmian lelap tidurnya sahaja. Tetapi kuasa dan sengat kekhalifahan itu telah mamai dan berjalan dalam tidur ratusan tahun sebelum itu lagi.

Tenggelamnya sistem kekhalifahan yang menjadi tunggak kekuatan Islam itu menyebabkan umat dan negara Islam berselerak dan berpecah belah. Fenomena BAIAH yang menjadi tunggak penyatuan Islam yang 'mengikat ketaatan' juga sudah dilupakan sama sekali. Padahal baiah itu diwajibkan dalam al-Quran (QS: Al-Fath ayat 10 & 18). Ia menjadi sunnah besar Rasulullah SAW sebagai ukuran keIslaman seseorang.

Jika kita tidur di suatu tempat, pastinya di situ jugalah kita akan bangun. Begitulah dengan kebangkitan sistem khalifah ini. Jika di Turki mereka terlena, maka wajarlah di sana juga mereka bangkit semula. Pastinya masing-masing akan terpinga-pinga sebaik sahaja terjaga dari tidur yang panjang itu.

Wujudnya Islam di Nusantara ini juga hasil dakwah dan dokongan sistem kekhalifahan Othmaniah sebelum ini. Jelaslah pohon khalifah itu sudah menjalar akarnya sampai ke sini. Jika dahulu mereka telah berjasa kepada kita di Nusantara, maka inilah masanya kita yang sedang tertindas ini bangkit membantu mengukuhkan mereka agar mampu membela kita semula.

Inilah janji Allah bahawa Islam hanya akan tidur, tetapi tidak akan mati. Oleh itu, untuk menghidupkan semula pokok yang telah diracuni itu, ia memerlukan akar yang masih hidup untuk membekalkan air dan mineral seperti kita.

Jika kita ikhlas untuk melihat Islam bangkit semula, ‘lillah billah’ semata-mata, tanpa kepentingan peribadi atau atas dasar gila kuasa, pasti kita anggap ini sebagai berita gembira. Inilah masanya kita hidupkan kembali Islam untuk kembali menguasai bumi. Hidupkan semula amalan baiah antara rakyat dengan pemimpin, juga antara negara-negara Islam dengan negara tunggak selaku Khalifahnya.

Semuga usaha Ulamak Dunia melalui fatwa ini berjaya menyelamatkan umat manusia yang semakin tersiksa oleh angkara Dajjal...”Allahumma salamatan fid dien”.

Tanpa prejudis,

WARGA PRIHATIN

QATAR, Selasa – Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang diketuai oleh Prof Dr Yusof Al-Qaradawi hari ini mengeluarkan fatwa kewajiban menyokong dan membantu produk dan ekonomi Turki.

Umat Islam juga diseru berdiri teguh bersama pendirian Turki dalam isu-isu terkini.

“Kesatuan Ulama menyeru umat Islam sama ada individu, syarikat dan kerajaan, untuk bersama-sama dengan pendirian Turki dalam isu-isu terkini, dan wajib menyokong produk Turki, membantu ekonominya dalam apa jua bentuk, sebagai merealisasikan persaudaraan kemanusiaan dan amal yang sama,” kata pihak kesatuan dalam satu kenyataan, lapor agensi berita Turki, Anatolia.

Kenyataan itu berkata, Kesatuan Ulama mengikuti perkembangan terkini keadaan kekacauan dan huru hara yang berlaku di Syria, dan apa yang dilakukan oleh Zionis Israel di Palestin.

“Kejadian minggu lepas (pencerobohan ruang udara Turki) adalah satu provokasi Syria dan Russia yang memaksa Turki menembak jatuh jet pejuang Russia dan menarik Turki ke medan peperangan, sehingga berlaku pemboikotan Russia ke atas barangan buatan Turki.

“Kesatuan Ulama meminta masalah ini diselesaikan dengan baik dan diplomatik.

“Umat Islam diseru berdiri teguh dengan Turki di atas pendirian tegas Turki dalam isu-isu umat Islam terutama isu Syria yang berdepan dengan pemimpin zalim Bashar Asad yang telah membunuh ribuan rakyat dan menghalau jutaan yang lain.

“Sokongan kepada ekonomi Turki wajib dilakukan atas dasar persaudaraan iman. Umat Islam perlu bersama dalam satu saf seperti yang digalakkan oleh ayat-ayat Al-Quran dan hadis baginda SAW.

“Oleh itu, Kesatuan Ulama menyeru negara-negara Islam, rakyat dan syarikat-syarikat, individu-individu, menyokong barangan Turki dan menguatkan ekonominya dengan semua cara termasuk pelancongan.

“Tidak boleh meninggalkan Turki bersendirian kerana apa yang dihadapi Turki hari ini adalah kerana pendiriannya bersama kebenaran dalam isu-isu umat Islam di Syria dan Palestin dan umat Islam lain di Somalia, Myanmar, Iraq, Mesir dan Libya dan semua yang ditindas seluruh dunia,” kata kenyataan itu.

– Agensi

1 ulasan:

  1. Saya Achmad Halima Saya ingin menyaksikan karya baik ALLAH dalam hidup saya untuk orang-orang saya yang tinggal di sini di Indonesia, Asia dan di beberapa negara di seluruh dunia.
     Saya saat ini tinggal di sini di Indonesia. Saya seorang janda dengan empat anak dan saya terjebak dalam situasi keuangan pada Maret 2017 dan saya harus membiayai kembali dan membayar tagihan saya,
    Saya adalah korban penipuan kredit 3-kredit, saya kehilangan banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Saya hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang yang berutang, saya dibebaskan dari penjara dan saya bertemu dengan seorang teman, yang saya jelaskan situasi saya dan kemudian memperkenalkan saya kepada perusahaan pinjaman bahwa ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM dapat diandalkan.
    Untuk orang-orang yang mencari pinjaman? Jadi Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman di internet penipuan di sini, tetapi mereka masih sangat nyata di perusahaan pinjaman palsu.
     Saya mendapatkan pinjaman dari ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM sebesar Rp900.000.000 dengan sangat mudah dalam waktu 24 jam yang saya lamar, jadi saya memutuskan untuk berbagi pekerjaan baik ALLAH melalui ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya menyarankan jika Anda membutuhkan pinjaman, silakan hubungi ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM. hubungi mereka melalui email:. (alexanderrobertloan@gmail.com)
    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (achmadhalima@gmail.com) jika Anda merasa kesulitan atau ingin prosedur untuk mendapatkan pinjaman.

    BalasPadam