Rabu, 16 Mac 2016

Pengalaman Tuan Guru, menyelesaikan konflik dunia dan kisah pahit manis membawa obor Islam di tanah air.



BILA AYAH CHIK MEMBACA?

1. Alhamdulillah, hari ini dapat berpeluang duduk bersama Tuan Guru Presiden lebih lama dari kebiasaan. Bila bersembang, panggilan ' Ayah Chik' lebih mesra dan lebih dekat. Butir bicara keluar penuh hikmah dengan senyuman yang memukau sangat mengasyikkan walaupun duduk berjam-jam lamanya. Rasa begitu kenyang mendengar ilmu dan pengalaman Tuan Guru, menyelesaikan konflik dunia dan kisah pahit manis membawa obor Islam di tanah air.

2. Pagi ini, Tuan Guru Presiden PAS menerima kunjungan Syeikh Mustafa Nazar Dimarji, Ketua Majlis Yayasan Waqaf Ummah, Masjid Al-Aqsa untuk berbincang bagi membantu rakyat Palestin yang menjadi murabitun. Mereka adalah pemuda Palestin yang menjaga Masjid Al-Aqsa 24 jam sehingga terpaksa meninggalkan pekerjaan mereka. Mereka sentiasa bersedia untuk melawan Israel walaupun hanya menggunakan batu dijalanan.

3. Tuan Guru begitu serius berbincang dan menghubungi beberapa individu penting dalam negara untuk diaturkan pertemuan supaya Syeikh Mustafa dapat bawa balik sesuatu untuk rakyat Palestin. Kos sara hidup yang tinggi ditambah lagi dengan tekanan yang diberikan oleh Israel amat memerlukan pertolongan dari saudara se-Islam di seluruh dunia. Israel berusaha untuk menghalau rakyat Palestin supaya meninggalkan Masjidil Aqsa, oleh sebab itu diwujudkan sekumpulan Murabitun untuk sentiasa menjaga dan melawan sebarang serangan yang dibuat oleh Israel.

4. Selepas selesai pertemuan, saya merapati Tuan Guru untuk berbual dan ini peluang untuk saya bertanya beberapa soalan yang sudah terbuku dalam hati; berkisar politik antarabangsa, politik tanah air dan tentang peribadi Tuan Guru sendiri. Seperti biasa Tuan Guru sangat mesra dan suka berkongsi ilmu dan bercerita dengan anak-anak muda. Lagi terharu hati saya, bila berjumpa dengan Tuan Guru pada hari Isnin atau Khamis, Tuan Guru selalu berpuasa sepertimana hari ini. Mungkin ini kekuatan Tok Guru untuk membawa Islam walaupun dihentam dan dihina segenap penjuru, kata hati saya.

5. Tuan Guru memulakan cerita tentang Ikhwanul Muslimin dan Mesir. Sewaktu Arab Spring berlaku, Tuan Guru menulis sepucuk surat kepada Mursyidul Am IM, Dr Muhammad Badi’ untuk menasihati IM supaya berhati-hati dan mengambil pengajaran apa yang berlaku di Algeria dan beberapa buah negara Islam. Gerakan Islam dipergunakan dan menjadi anak tangga musuh Islam untuk menang, selepas dipergunakan gerakan Islam pula dimusnahkan. 6. Semasa Arab Spring berlaku, IM merebut peluang untuk memimpin kebangkitan rakyat. Dengan kelebihan IM yang mempunyai ramai pemimpin, maka IM memimpin revolusi. Namun setelah polis tidak mampu mengawal keadaan dan kebangkitan rakyat, maka tentera merapati IM dan rakyat seolah-olah berpihak kepada IM, padahal tentera sudah berniat jahat dan berlakulah apa yang berlaku seperti sekarang. Siapa tidak kenal As-Sisi yang merupakan ketua inteligen.

7. Umur Tuan Guru dengan Dr Muhammad Badi’ tak jauh beza. Tuan Guru lebih awal menyertai IM dan mendapat tarbiah IM dahulu. Tuan Guru sempat berjumpa dengan 6 orang Mursyidul Am IM, Syeikh Umar Tilmisani, Syeikh Muhammad Hamid Abu Nasr, Syeikh Mustafa Masyhur, Syeikh Ma'mun al-Hudhaibi, Syeikh Muhammad Mahdi 'Akif dan Dr. Muhammad Badi'. Kalau nak mengaku PAS cawangan IM di Malaysia, Tuan Guru lebih layak berkata sedemikian. Tapi PAS dan IM ibarat adik-beradik dan PAS tak mengaku sebagai cawangan IM di Malaysia. PAS adalah PAS.

9. Tuan Guru melanjutkan bicaranya menceritakan tentang Palestin. Katanya, Palestin boleh menjadi lebih kuat untuk melawan Israel jika Arab Saudi, Iran dan Turki bersatu. Tapi Arab Saudi terikat dengan Amerika, Turki dengan Nato.

10. Dengan pelbagai isu antarabangsa dan negara diceritakan, sesetengah cerita tidak mampu saya kongsikan dalam tulisan ini. Saya selanjutnya menanyakan tentang pahit manis Tuan Guru dalam perjuangan. Tuan Guru cerita, bila ada masalah besar yang rasa berat, Alhamdulillah, Allah bagi rezeki dapat mimpi jumpa Nabi. Allah bagi ketenangan untuk menghadapi ujian dengan rezeki itu.

11. Tuan Guru lanjut menceritakan kisah beliau ditangkap bersama-sama Almarhum Ustaz Fadhil Nor dan Dato' Mustapha Ali di Terengganu, biasanya bila susah hati, susah nak tidur. macam-macam fikir malam tu, masuk ISA atau kena hukuman berat. Tapi Allah bagi ketenangan, malam tu boleh tidur dengan lena di Balai Polis. Dan Tuan Guru ceritakan lagi, Hakim yang membebaskan Tok Guru masa itu sudah masuk PAS dan dia jumpa Tuan Guru di Kelantan menceritakan bahawa dialah hakim yang membebaskan Tuan Guru puluhan tahun dahulu.

12. Di penghujung perbualan, saya tanya Tuan Guru, saya nak tahu apa rahsia beliau, " Orang kagum dengan ilmu Ayah Chik bila dengar Ayah Chik berceramah tapi orang pelik, Ayah Chik sibuk, sempat ke nak membaca. Jadi bila masanya Ayah Chik membaca?".

Tuan Guru jawab, " Sebab kita berjuang agama Allah, Allah tolong bagi kekuatan ingatan. Apa yang dibaca masa sekolah dulu, universiti, Allah bagi kekuatan ingatan. Masih ingat. Alhamdulillah. Kadang-kadang bila nak rujuk sesuatu masalah, Allah permudahkan jumpa dalam kitab. Allah mudahkan bagi ilham. Berkat kita berjuang agama Allah. Kita tengok orang yang masuk UMNO, Allah cabut sekali dengan ilmu. Bila kita ajak berdebat, mereka tak berani, mereka tahu diri mereka sebenar".

Inilah buah istiqamah, Allah kurniakan keizzahan dan pertolongan pada Tuan Guru dalam perjuangan, berkat menjadi orang dekat dengan Allah.

Abdul Malik Ab Razak
14 Mac 2016
Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

3 ulasan:

  1. Selesaikan krisis dalam parti sendiru dulu.

    BalasPadam
  2. Selesaikan krisis dalam parti sendiru dulu.

    BalasPadam
  3. Saya Achmad Halima Saya ingin menyaksikan karya baik ALLAH dalam hidup saya untuk orang-orang saya yang tinggal di sini di Indonesia, Asia dan di beberapa negara di seluruh dunia.
     Saya saat ini tinggal di sini di Indonesia. Saya seorang janda dengan empat anak dan saya terjebak dalam situasi keuangan pada Maret 2017 dan saya harus membiayai kembali dan membayar tagihan saya,
    Saya adalah korban penipuan kredit 3-kredit, saya kehilangan banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Saya hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang yang berutang, saya dibebaskan dari penjara dan saya bertemu dengan seorang teman, yang saya jelaskan situasi saya dan kemudian memperkenalkan saya kepada perusahaan pinjaman bahwa ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM dapat diandalkan.
    Untuk orang-orang yang mencari pinjaman? Jadi Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman di internet penipuan di sini, tetapi mereka masih sangat nyata di perusahaan pinjaman palsu.
     Saya mendapatkan pinjaman dari ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM sebesar Rp900.000.000 dengan sangat mudah dalam waktu 24 jam yang saya lamar, jadi saya memutuskan untuk berbagi pekerjaan baik ALLAH melalui ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya menyarankan jika Anda membutuhkan pinjaman, silakan hubungi ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM. hubungi mereka melalui email:. (alexanderrobertloan@gmail.com)
    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (achmadhalima@gmail.com) jika Anda merasa kesulitan atau ingin prosedur untuk mendapatkan pinjaman.

    BalasPadam