Jumaat, 7 Julai 2017

*PAS : MENDEPANI POLITIK KEMARUK KUASA, MACHIEVELI, LIBERALISME DAN ZIONIS EVANGELIS MENUJU PRU 14*(Bahagian 1)

Oleh : *Ustaz Muhammad Najhan Halim*

Firman Allah swt dalam surah al Maidah ayat 54,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

" _Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya._ "

1. Politik Malaysia selepas pilihanraya umum ke 13 khasnya telah merubah corak serta pola politik yang selama ini dikuasai pihak pemerintah sahaja.

2. Pembangkang daripada pelbagai parti telah berjaya memecah penguasaan dan pendominasian kerajaan Pimpinan UMNO BN yang memerintah negara sejak merdeka.

3. PAS yang menjadi seteru kuat UMNO BN semenjak merdeka mengalami jatuh bangun dalam persaingan politik tanahair ini cukup memahami bahawa politik ini perlu perubahan serius demi kebaikan negara dan rakyat.

4. PAS membawa risalah Islam dan politik yang ingin membawa cita keunggulan Islam sebagai cara hidup kepada Malaysia selagi politik dan cara hidup belum menikmati kesyumulan Islam selama itu PAS akan terus berada di persada ini.

5. Politik Malaysia pada asasnya adalah untuk memulangkan semula hak negara merdeka untuk mencorakkan sendiri hala tujunya selepas ditinggalkan penjajah.

6. Penjajah yang bersilih ganti selama 500 tahun berakhir dengan kuasa British telah mengubah struktur sistem pemerintahan dan cara hidup di tanahair ini yang pada satu ketika berakar umbi keIslaman dan Kemelayuan serta toleransi kaum dan agama.

7. PAS yang memiliki kelebihan dan kekuatan tersendiri sehingga diakui lawan dan kawan, bergerak dan berusaha ke arah itu dengan membawa misi Islam di samping tidak mengabaikan kepentingan negara dan rakyat secara bersabar berdakwah, mendidik, menerang dan bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang memiliki asas dan cita yang sama.

8. Ketika itu, pembangkang yang lain menerima cara PAS, maka PAS bersedia membuka pintunya kepada sesiapa yang menghormati prinsip ini. Namun,  apabila mereka mencapai sikit kemenangan melalui keterbukaan PAS itu, mereka pula membuka pekung mereka sendiri mengkhianati PAS.

9. Maka terpancarlah rupa sebenar penggerak politik di dalam negara ini yang memiliki wajah dan cita yang pelbagai yang bercanggah dan menyalahi hasrat dan kesanggupan kerjasama PAS selama ini.

*POLITIK KEMARUK KUASA*

10. Di sana terdapa politik kemaruk kuasa yang berpolitik semata-mata untuk berpolitiking sahaja. Semuanya politik sehingga tidak ada toleransi dan berkebajikan serta persefahaman.

11. Apakah PAS berpolitik tidak mahu kuasa?  Jawapan ya,  PAS mahu kuasa politik. Kuasa politik mampu merealisasikan cita dan hasrat PAS. Tetapi kuasa bukan matlamat PAS dalam berpolitik. Kuasa hanyalah alat untuk PAS. Matlamat PAS ialah perubahan dan "reform" kearah Islam, fitrah dan ketundukkan kepada Allah. Sekiranya perubahan itu dicapai oleh PAS tanpa melalui kuasa politik, itu adalah bonus.

12. Kerana itu PAS tidak hanya berpolitiking semata-mata, PAS berdakwah dan bertarbiyyah. PAS mampu membina dan membawa misi Islamnya samada dalam politik (kuasa) ataupun tanpa kuasa. Ini dilihat apabila PAS mendidik masyarakat kembali kepada hidup beragama menerusi dakwah, tarbiyyah dan program serta kempennya.

13. PAS lah yang mendidik masyarakat berpolitik secara Islam pada waktu orang Islam memandang jelek terhadap politik. Kononnya politik tiada dalam Islam. Begitu juga ketika PAS dalam kerajaan Perikatan tahun 1970-an. Penerapan Islam berjaya dibawa oleh PAS sehingga mencorak sistem dalam kerajaan dan pegawai kerajaan terarah kepada Islam.

14. PAS  melawan kepincangan bukan baru sekarang iaitu selepas PRU ke 10, ke 11, 12 mahupun ke 13, tetapi sejak merdeka. Kemungkaran paling besar ditentang dan diperbaiki oleh PAS adalah kesyirikan dan sekularisme peninggalan penjajah dalam konteks bernegara dan berpolitik serta cara hidup.

15. PAS tidak memilih dalam melawan kemungkaran, samada kawan atau musuhnya. Setiap yang bercanggah dengan Islam dan undang-undang dan perlembagaan akan ditentang PAS. Isu penyelewangan PKFZ, BMF, PERWAJA, MAIKA dan terbarunya 1MDB ditentang oleh PAS.

16. PAS tidak jadi seperti mereka apabila berkawan dalam politik, kawan mereka itu yang selama inilah punca segala kepincangan, lalu dilupakan dan didiamkan kezaliman dan kemungkarannya sebelum ini semata-mata nak mencapai sokongan untuk berkuasa.

17. PAS tidak gilakan kuasa, tapi PAS ingin menyelamatkan Malaysia daripada  golongan kemaruk dan gila kuasa. Mereka berebut kuasa seperti merebut emas dan loba dunia. Sebelum apa-apa lagi sudah ada calon Perdana Menteri dan Menteri Besarnya, mereka menuntut dan berebut seperti mereka menyerbu makanan kerana lapar tidak makan selama setahun. Itulah sikap mereka. PAS tidak akan jadi seperti mereka.

Maka, perlu setiap orang di luar sana memahami prinsip PAS ini.

*POLITIK MACHIAVELLI*

18. Matlamat menghalalkan cara melanggari prinsip Islam dan prinsip PAS berpolitik. PAS tidak akan mengorbankan hukum Islam dan prinsip asas ini semata-mata ingin berkuasa dan berpolitik.

19. PAS akan berjuang menuju citanya dengan cara yang halal, selari hukum Islam, tanpa mengorbankan rukun negara yang disepakati, mengikut lunas perlembagaan, meletakkan keamanan negara dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan.

20. Walaupun PAS terpaksa mengambil masa bertahun lamanya untuk mencapai cita politik dan hasrat berkuasa, sama sekali PAS tidak akan mengkesampingkannya.

21. PAS menolak cara berkuasa yang menyusahkan rakyat, mengorbankan harta negara, wang rakyat dan dengan menjadikan rakyat sebagai bahan kajian untuk mencapai cita.

22. Meletakkan jawatan sebagai YB semata-mata beri laluan kepada orang lain, atau memfitnah seorang Menteri Besar semata-mata nak menggantikannya dengan yang lain, atau menjemput kuasa asing yang diragui (terutamanya musuh Islam dan umatnya yang tidak pernah membela kepentingan Islam) untuk mencapai cita politik dalam negara walaupun apa sahaja tujuan membaiki kepincangan, atau mengadu domba isu semasa untuk mengelirukan rakyat atau menimbulkan persepsi jahat berkenaan sesuatu tuduhan tanpa pembuktian dan bermacam-macam lagi,  semuanya bukannya cara PAS.

23. PAS konsisten menentang kemungkaran, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, kezaliman tanpa kaedah Machievelli dan dengan cara sendiri berprinsip seperti yang dinyatakan diatas.

" *Sejahtera Bersama Islam* "

Penulis adalah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
6 Julai 2017 / 13 Syawwal 1438H

1 ulasan:

  1. Apakah anda Termasuk dalam Kategori Ini..?

    Di Lilit Hutang

    Selalu kalah Dalam Bermain Togel

    Barang berharga Anda udah Habis Buat Judi Togel

    Anda Sudah ke mana-mana tapi tidak menghasilkan.

    Solusi yang tepat!!! JANGAN PUTUS ASA dan Tanamkan KEYAKINAN dalam Diri Anda karena Anda Sudah Berada di Website Yang Sangat Tepat.
    Saya Akan Membantu Anda. Semua Angka Ritual Kami, Anda Cukup Mengganti Biaya Ritual Angka Nya Saja. Jika Anda Membutuhkan Angka Ghoib Hasil Ritual dari saya 2D 3D 4D 5D 6D Dijamin Tembus 100% Gransi Uang Kembali Kalau Nga Nyata.
    INFO PENTING RITUAL TOGEL KI AGENG JAYA WARSITA 100% TEMBUS!
    KI AGENG JAYA WARSITA Hanya Melayani Member Yang Bersedia Melengkapi Dana Penutupan Ritualnya
    Aki hanya melayani yg serius & bersedia membantu mahar untuk biaya membeli ALAT ritual & sesajen untuk ritual.
    KI AGENG JAYA WARSITA
    DI
    085-342-064-735

    BalasPadam