Ahad, 15 Oktober 2017

Resolusi Ijtimak Pondok SeMalaysia 1439H/ 2018M

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما

Resolusi Ijtimak Pondok SeMalaysia 1439H/ 2018M demi mempertahankan dan memperjuangkan *Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah Asya'irah Wal Maturidiyah.* Inilah ketegasan dan keyakinan kami yang tidak berbelah bagi dalam menolak segala fahaman yang menyeleweng lagi menyesatkan.

*Resolusi Oleh Asatizah dan Ulamak Pusat Pengajian Pondok Seluruh Malaysia Di Ijtimak Pondok SeMalaysia 1439H/ 2017M*

1. Memastikan sistem pengajian pondok berteraskan ilmu Turath iaitu *Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah Asyairah wal Maturidiyah dan Fikh as Syafie dan Tasawuf berdasarkan ulamak muktabar seperti Syeikh Junaid al Baghdadi dan Imam al Ghazali.*

2. Memastikan masjid-masjid dan surau-surau di negara ini mengekalkan pengajian turath seperti yg dinyatakan tadi.

3. Mengingatkan rakyat terutama umat Islam supaya *TIDAK MEMILIH* mana-mana calon PRU akan datang dari mana-mana parti politik yang bertanding dalam PRU akan datang mereka yg berpegang dengan ajaran yang menyeleweng daripada *Aliran Ahli Sunnah wal Jamaah Asya'irah wal Maturidiah.*

4. Memastikan silibus atau modul tarbiyah sekolah, pusat pengajian tinggi, parti politik dan NGO seperti dalam usrah dan tamrin di semua peringkat bertepatan dengan ajaran *Ahli Sunnah wal Jamaah Asyairah wal Maturidiyah* demi melahirkan ahli atau pimpinan yg jelas fikrahnya dan tidak keliru dengan fikrah-fikrah yang sesat dan menyeleweng lagi mengelirukan ummah.

5. Memastikan pemimpin di bahagian Dewan Undangan Negeri atau Parlimen berpegang dengan aliran *Ahli Sunnah wal Jamaah as Syairah wal Maturidiyah*. Juga memastikan tiada pimpinan mana-mana parti berpegang dengan aliran Syiah, Wahhabi,  Liberalisme dan Pluralisme.

6. Memastikan pemimpin dan agamawan di semua peringkat *TIDAK* mengeluarkan pendapat atau pandangan yg boleh mengelirukan atau terkeluar dari aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah seperti "Allah duduk atas Arasy, Allah ada tangan, berjisim dan seumpamanya." Pandangan pemimpin dan agamawan ada pengaruhnya. Sekiranya tidak dikawal maka rakyat mudah terpesong dengan fahaman-fahaman yang menyeleweng dari perjalanan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

7. Mengenalpasti mana-mana bekas pelajar pondok yg sudah menyeleweng dan tidak lagi berpegang lagi dengan manhaj ASWJ Asyairah wal Maturidiyah atau yg masih keliru dengan manhaj Islam yg sebenar diberi nasihat, ditarbiyah dan diadakan perjumpaan untuk berdiskusi secara ilmiah dengan ulamak-ulamak muktabar supaya mereka insaf dan kembali ke Manhaj yang sebenar.

Disampaikan semasa:
*IJTIMAK PONDOK SEMALAYSIA*
*DI PONDOK PASIR TUMBUH KELANTAN*
SABTU
23Muharram 439H/
14 Oktober 2017M

*TUAN GURU Hj WAN ROSLI BIN WAN IBRAHIM*
MUDIR MADRASAH FALAHIYYA PASIR PUTIH KELANTAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan