Khamis, 27 Disember 2018

PAS TIDAK REBAH DENGAN FITNAH.

Buat pembenci PAS sila baca dan hadam

Perjuangan Islam pasti diiringi fitnah, itu adalah sifat wajibnya yang telah dijelaskan oleh Allah swt dan Rasulullah saw. Habuan ruji ini telah mengenyangkan ahli PAS dengan cabaran perjuangan sejak mula ia ditubuhkan.

PAS telah mentarbiyyah ahlinya untuk menyedari hakikat ini, ahli PAS sedar betapa besarnya ujian bila menelusuri perjuangan yang sarat dengan carut marut musuh yang membencinya sehingga keakhir hayat.

Ahli PAS dan pemimpin sentiasa bersama, rasanya tiada parti yang paling kerap menganjurkan program kecuali PAS. Bukan setakat berceramah, didalam majlis ilmu juga program dalaman seperti usrah, Liqa Fikri, Ijtima Tarbawi dan macam-macam lagi.

Ahli sentiasa diTarbiyyah oleh pimpinan, pimpinan pula sentiasa diberikan sokongan oleh ahlinya. Ikat mengikat antara keduanya, menjadikan simpulan ukhuwwah kukuh untuk mengharungi fitnah perjuangan.

Madrasah Tarbiyyah PAS menjadi kilang pengeluar produk amilin yang tegar untuk pertahankan prinsip perjuangan PAS. Ia beroperasi diseluruh negara. Fitnah yang datang akan ditepis bersama, amilin PAS menjadi benteng kukuh pertahankan prinsip dan pimpinan.

Amilin telah diTarbiyyah supaya tidak menelan terus pil fitnah musuh, pimpinan sentiasa bersama, boleh bertanya, Harakah sebagai portal resmi sentiasa ditatap, Al Qur'an yang merupakan dasar PAS menjadi penawar paling mujarab untuk berhadapan dengan penyakit fitnah.

UMNO dah lama siram PAS dengan macam-macam racun fitnah, namum gagal, sebaliknya UMNO yang tertelan fitnah mereka sendiri, kini UMNO bagaikan pokok tersiram racun, makin layu dan condong.

Fitnah keatas pimpinan PAS juga gagal, serangan demi serangan keatas sosok tubuh TGHH, DTITM dan lain-lain, termasuk pimpinan yang sebelum ini gagal, sebab ahli sangat mengenali pimpinannya, ahli boleh menilai sendiri siapa pimpinannya. Tak perlu orang lain, cukup dengan mata telinga ahlinya sahaja.

Ahli PAS tak makan fitnah, pimpinan yang bermasaalah akan dihukum sendiri oleh ahlinya, medan mesyuarat agung dan muktamar adalah gelanggang penyingkiran pimpinan yang bermasaalah melalui kuasa undi yang dimiliki oleh perwakilan.

Kalau nak perebah PAS, bukan dengan fitnah, sebab ahli kenal pemimpinnya, tak perlu orang lain yang singkirkan pemimpin yang bermasaalah, ahli PAS sendiri yang akan singkirkannya, Islam tak pernah ajar kasihkan manusia melebihi kasihkan Allah, Rasul dan perjuangan Islam, ini menjadi pegangan ahli PAS.

Fitnah itu keji, tak mungkin kekejian boleh bercampur dengan kesucian. Yang keji pasti membusuk yang suci pasti mewangi. Al Qur'an adalah AlFurqan iaitu pembeda antara yang haq dan batil, yang keji dan yang mulia, inilah yang menjadi dasar perjuangan PAS, ahli PAS ditarbiyyah dengannya, maka pastinya deria ahli PAS akan dapat menghidunya.

Ustaz Rosli Abdul Jabbar
Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang
ADUN Tanjung Lumpur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan