Jumaat, 5 April 2013
Inilah Anak Pemimpin UMNO Paling "Ketakutan" Kalau Anuar Jadi PM...
Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji semalam untuk menarik balik kontrak Petronas bernilai jutaan ringgit yang dianugerahkan kepada anak Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah ia adalah salah satu langkah awal Pakatan Rakyat (PR) menghentikan kronisma sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya 2013.
Dalam satu ceramah di Taman Semarak, Ketua Pembangkang (gambar) itu mengkritik hebat musuh ketatnya kerana menguruskan syarikat minyak negara terkaya seperti syarikat keluarga, terutamanya Mokhzani.
“Pertama, dalam masa 24 jam Pakatan bersumpah akan menurunkan harga minyak di seluruh negara,” katanya kepada ribuan orang ramai hadir daripada kawasan sekitar di Hulu Perak.
“Nombor dua, adalah kontrak minyak ini. Adakah anda berfikir di bawah Najib ia akan ditarik balik? No. Tetapi jika kita mengambil alih, saya ingin memberitahu Dr Mahathir — Saya Anwar, bukan seperti Najib.
“Najib takut kepada kamu tetapi saya tidak. Saya tidak mempunyai niat untuk menjadi kejam kepada kamu atau membalas dendam, tetapi kontrak berbilion ringgit yang diberikan kepada anak anda, saya hentikannya, saya mahu memberinya kembali kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negara, “ katanya.
Mokhzani adalah sebahagian pemilik dan naib presiden Sapura Kencana Petroleum Bhd, memiliki kepakaran dalam minyak dan gas (O & G) yang telah dianugerahkan kontrak pengeluaran berisiko yang bernilai RM836 juta daripada syarikat minyak negara Petronas Bhd.
Dengan aset RM11.85 bilion, Sapura Kencana adalah salah satu syarikat yang memiliki perkhidmatan (O & G) terbaik di dunia berasaskan dengan aset. Mereka juga telah mula menjalinkan usaha sama dengan syarikat pengeluar minyak lain seperti Kazakhstan.
Dr Mahathir, perdana menteri yang paling lama berkhidmat, dilihat semakin lantang menjelang pilihan raya terutamanya apabila pengundi Umno yang berkubu di Johor untuk menamatkan karier politik pemimpin PR, khususnya penasihat DAP Lim Kit Siang yang akan bertanding disana.
Kit Siang menggepalai serangan Pakatan di Johor pada pilihan raya umum yang akan diumum tidak lama lagi daripada sekarang.
Walaubagaimanapun, pemimpin PR cepat bertindak balas dengan memusatkan serangan mereka kepada ahli keluarga pemimpin berpengaruh Umno.
“Penasihat Petronas ialah Dr Mahathir, anak Dr Mahathir, Mokhzani Mahathir, adalah antara orang terkaya di Malaysia. Adakah dia fikir anaknya seorang sahaja Melayu?” kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dihadapan kira-kira 2,000 orang ramai pada sebuah ceramah di Johor awal minggu ini.
“Mengapa Dr Mahathir benci Anwar, Lim Kit Siang dan Abdul Hadi? ... kerana mereka adalah harapan baru.
“Mengapa Mahathir marah? Ini bukan masanya lagi, kerana dia tahu jika kita boleh berubah, bukan sahaja Mahathir tetapi juga anak-anaknya juga akan tamat,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada ceramah yang sama.
“Anak Dr Mahathir adalah orang yang ke-13 terkaya di Malaysia,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga anak lelaki Kit Siang.
Ustaz Fazlul Rahimi Maarof (Mac. 2013)
Surau Hayatul Islam, Bukit Sentosa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan