Sabtu, 6 Mei 2017

Islam Bukan Agama Perkauman dan Kebangsaan.



Islam bukan agama perkauman dan kebangsaan. Islam tidak dipunyai oleh bangsa arab malahan Islam merupakan agama untuk semua manusia daripada segelap-gelap manusia sehinggalah seputih-putih manusia, daripada timur hingga ke barat. Kenapa Islam, bukan bangsa.

1. Islam agama yang adil dan sejahtera

Islam merupakan agama yang menjamin keselamatan manusia lantaran ia merupakan panduan daripada pencipta kepada manusia yang tidak mempunyai sebarang kepentingan melainkan semua peraturan itu adalah untuk kesejahteraan manusia. Keadilan Islam melepasi sempadan bangsa dan bahasa, malah tidak mengira warna kulit. Peraturan Islam menjamin hak setiap manusia walaupun dalam agama yang berbeza dengan Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa orang bukan Islam telah mendapatkan hak yang sewajarnya di bawah pemerintahan Islam. Maka tiada sebarang alasan untuk menolak Islam.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ . مِنْ مُحَمَّدٍ عَبْدِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى هِرَقْلَ عَظِيمِ الرُّومِ . سَلاَمٌ عَلَى مَنِ اتَّبَعَ الْهُدَى ، أَمَّا بَعْدُ فَإِنِّى أَدْعُوكَ بِدِعَايَةِ الإِسْلاَمِ ، أَسْلِمْ تَسْلَمْ ، يُؤْتِكَ اللَّهُ أَجْرَكَ مَرَّتَيْنِ ، فَإِنْ تَوَلَّيْتَ فَإِنَّ عَلَيْكَ إِثْمَ الأَرِيسِيِّينَ

Maksudnya: Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang. Daripada Muhammad, yang merupakan hamba Allah dan rasulNya; surat ini ditujukan kepada Hercules, pembesar kerajaan Rom. Salam sejahtera kepada mereka yang mengikut petunjuk. Sesungguhnya, Aku mengajak tuan menerima seruan Islam. Peluk lah Islam, nescaya kamu akan selamat, dan Allah akan berikan dua ganjaran kepada kamu. Sebaliknya, sekiranya tuan engkar, tuan turut akan menanggung dosa para petani (di kalangan rakyat tuan). (Muttafaq alayh).

2. Rasulullah tidak pernah bangkitkan isu bangsa

Bangsa arab Quraysh yang dianggap sebagai zaman Jahilillah memiliki akhlak yang sangat bejat dan buruk sekali. Namun, dalam usaha memperbaiki dan mengukuhkan bangsa arab baginda telah mengajak mereka beriman dengan Allah dan menjadi seorang Muslim. Baginda tidak pernah mengungkit tentang isu bangsa arab, sebaliknya mengajak mereka membuangkan segala bentuk syirik dan mentauhidkan diri hanya kepada Allah. Dengan demikian itu, mereka mampu menjadi sebuah bangsa yang kuat dan dapat menjadi kuasa besar. Saidina Omar telah menyebut:

عن طارق بن شهاب قال : لما قدم عمر الشام أتته الجنود وعليه إزار وخفان وعمامة وأخذ برأس بعيره يخوض الماء ، فقالوا له : يا أمير المؤمنين ، تلقاك الجنود وبطارقة الشام وأنت على هذا الحال ، قال : فقال عمر : إنا قوم أعزنا الله بالاسلام ، فلن نلتمس العز بغيره.

Maksudnya: Apabila Saidina Omar sampai ke Syam, beliau telah disambut oleh para tentera sedangkan beliau hanya memiliki satu kain dan dua khuf sambil menuntun tali untanya merentasi air. Mereka berkata kepadanya, Wahai amir al-Mukminin, kenapa engkau berpenampilan begini sedangkan kamu menemui tentera dan pemimpin agama di Syam. Beliau menjawab, sesungguhnya kita merupakan satu kaum yang Allah telah muliakan dengan Islam. Kita tidak akan memperoleh kemuliaan dengan selain dari Islam. (Musannaf Ibn Abi Syaibah)

3. Islam merupakan agama yang memiliki rujukan

Al-Quran dan al-Sunnah merupakan asas kepada Islam yang menjadi sekadar panduan dan sebagai kata pemutus dalam sesuatu perkara. Kehebatan Islam terletak pada panduan ini sehingga tiada agama yang dapat menandingi kehebatan Islam. Manakala, bangsa tidak memiliki sebarang rujukan dan kata pemutus untuk membukti kehebatannya ke atas bangsa yang lain. Melebihkan satu bangsa ke atas bangsa yang lain tanpa memiliki asas yang kuat, mengundang lebih banyak masalah daripada penyelesaian.

4. Bangsa tidak menjadi sebab untuk bermusuh

Allah menciptakan kepelbagaian manusia untuk manusia mengenali antara satu sama lain. Ia bukanlah alasan untuk memusuhi antara satu sama lain. Malahan Allah memerintahkan orang Islam agar mengajak mereka beriman kepada Allah. Sekiranya kita meletakkan bangsa sebagai asas permusuhan, ia menyalahi perintah Allah. Musuh kepada Islam ialah mereka yang menentang dakwah Islam, walaupun di kalangan bangsa sendiri. Melindungi bangsa sendiri yang melakukan kezaliman merupakan perkauman yang ditentang oleh Rasulullah.


لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ

Maksudnya: Bukan daripada ajaran Islam, mereka yang mengajak kepada perkauman dan berperang mempertahankan perkauman. Bukan daripada Islam mereka yang mati di atas perkauman. (Sunan Abi Daud)

5. Matlamat akhir ialah dakwah

Dakwah merupakan tanggungjawab asasi kepada umat Islam. Kita bertanggungjawab menyampaikan mesej Islam kepada semua manusia sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah. Oleh sebab itu, Islam perlu dijadikan matlamat akhir bukan bangsa. Kukuh bangsa tidak beerti kukuh agama. Kukuh Islam beerti kukuh bangsa. Apabila kita meletakkan asas perjuangan itu bangsa, ia akan membawa sengketa dan perasaan tidak puas hati yang tidak berkesudahan.

6. Perkauman membawa kepada kezaliman

يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْعَصَبِيَّةُ قَالَ « أَنْ تُعِينَ قَوْمَكَ عَلَى الظُّلْمِ

Maksudnya; Seorang sahabat bertanya ”Wahai Rasulullah, apa itu perkauman”. Rasulullah menjawab ”Kamu menolong kaum kamu ke atas kezaliman”. (Sunan Abi Daud)

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum wr.wb mohon maaf kepada teman teman jika postingan saya mengganggu anda namun apa yang saya tulis ini adalah kisah nyata dari saya dan kini saya sangat berterimah kasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala atas bantuan pesugihan putihnya tampa tumbal yang sebesar 15m kini kehidupa saya bersama keluarga sudah sangat jauh lebih baik dari sebelumnya,,saya sekaran bisa menjalanka usaha saya lagi seperti dahulu dan mudah mudahan usaha saya ini bisa sukses kembali dan bermanfaat juga bagi orang lain,,ini semua berkat bantuan Mbah Rawa Gumpala dan ucapa beliau tidak bisa diragukan lagi,bagi teman teman yang ingin dibantuh seperti saya dengan pesugihan putih bisa anda hubungi di no 085 316 106 111 jangan anda ragu untuk menghubuni beliau karna saya sudah membuktikannya sendiri,karna Mbah tidak sama seperti dukun yang lain yang menghabiskan uang saja dan tidak ada bukti sedankan kalau beliau semuanya terbukti nyata dan sangat dipercay,,ini unkapan kisah nyata dari saya pak Rudi di semarang.Untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Mbah di 🐣PESUGIHAN PUTIH TANPA TUMBAL🐣

    BalasPadam