Ahad, 31 Disember 2017

Fitnah yang dijaja oleh madet selama puluhan tahun...

Fitnah yang dijaja oleh madet selama puluhan tahun...sampai ke hari ini dia masih menjaja fitnah yang sama....masih berfahaman yg sama....tapi puak2 pan, pkr dan dap sudah amat yakin bahawa madet telah berubah....

Sebenarnya bukan madet yg berubah...tapi puak2 pkr, pan dan dap tu yg berubah....depa seolah2 sudah nampak jawatan2 yg bakal disandang dalam kerajaan apabila menang pilihanraya dgn bantuan madet...apakah ia akan berlaku???....

Bbrp hari lepas, heboh berita mengatakan bahawa madet telah melobi untuk anak kesayangannya bertanding atas tiket bn...tapi bagi aku maklumat itu tidak berapa tepat sebab maklumat yg aku perolehi sedikit berbeza...cuma aku rasa tak perlu aku dedahkan di sini kerana aku nk tengok sejauh mana tingkah puak2 ppbm dan umno ini....

Berbalik kpd fitnah madet ini....tidak habis-habis dia membawa isu yg sama....dia sekarang adalah pembangkang, tapi pernahkah dengar dia serang umno sepertimana dia serang PAS???....dia hanya serang batang tubuh najib semata-mata...dia hanya fokus kpd pentadbiran najib sahaja....

madet cuba utk kaitkan mufti dalam isu ini seolah2nya para mufti yang merupakan penasihat agama kpd para sultan tidak memainkan apa2 peranan....sedarkah bahawa di zaman madet, para mufti telah dinafikan hak depa utk bersuara???...malah dihalang sama sekali menjalankan amanah mengikut peruntukan undang-undang yg telah ditetapkan....

contoh paling aula iaitu kes pemecatan Sohibussamahah almarhum Dato Ishak Baharom telah dipecat gara-gara mengambil tindakan ke atas acara pertandingan ratu cantik yg disertai oleh peserta beragama Islam....kes ini telah mendapat tentangan madet hingga membawa pemecatan almarhum sebagai Mufti Negeri Selangor....almarhum kemudiannya aktif di dalam GERAK yg ditubuhkan oleh almarhum Ust Fadzil Noor dan dilantik sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS, tindakan madet seterusnya mengharamkan almarhum Dato Ishak berceramah di seluruh Selangor....

Di zaman madet, mana2 suara khususnya suara Islam termasuk dari kakitangan kerajaan tidak dibenarkan mengatasi mahupun mengkritik madet dan kerajaan....sudah pasti tindakan bakal dikenakan....

Tidak cukup dgn menafikan hak para mufti, mana2 penceramah bebas yang walaupun tidak bercakap atas pentas politik, tetapi dirasakan menggugat kedudukan madet...semuanya digam dari muncul dlm mana2 siaran tv atau radio....itu semua adalah jasa madet yg turut diwarisi oleh najib pada hari ini....

Nikmat Allah yang manakah kamu dustakan???...

Alfaqir Ilallah Ppk
12 Rabi'ul Akhir 1439H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan