Jumaat, 5 Oktober 2012

JATUHKAN UMNO JIKA TIDAK MAHU ANAK MAHATHIR BOLOT KEKAYAAN NEGARA

NEGARA KITA UNTUK KITA: JATUHKAN UMNO JIKA TIDAK MAHU ANAK MAHATHIR BOLOT KEKAYAAN NEGARA :

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan Putrajaya perlu ditukar sekarang bagi mengelakkan hasil minyak dibolot keluarga pemimpin Umno.


“Ini kerana syarikat yang mengurus carigali telaga minyak sekarang ada dimiliki keluarga pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Misalnya dua telaga minyak di perairan Kelantan dimiliki syarikat anak Tun Dr Mahathir Mohamad.


“Di perairan Kelantan masih ada 23 lagi telaga minyak yang belum lagi beroperasi. Setiap telaga minyak dianggarkan bernilai kira-kira RM3 bilion. Jadi bagi mengelakkan telaga minyak tersebut dibolot keluarga pemimpin Umno, kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang perlu ditukar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan