Khamis, 8 November 2012

Jangan Berkawan Dengan 3 Jenis Manusia - Ustaz Zuridan



Kita boleh mengambil manfaat dan duduk berkawan dengan sesiapa pun sehinggalah dia melakukan 5 perkara iaitu :

1. Pertama, mempermainkan/menghina agama sebagaimana perintah Allah ( فَلا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ ) Janganlah kamu duduk dengan mereka [An-Nisa:140]

2. Kedua ialah orang yang menipu, kerana dibimbangi kita akan turut terpengaruh dengan penipuannya sehingga menyebabkan berlakunya perkara yang tak diingini. Lagipun nabi SAW telah bersabda ( كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع) Cukuplah seseorang itu dianggap sebagai berdusta jika dia menyampaikan semua yang dia dengar [riwayat Muslim] Dibimbangi dengan mendengar cerita-cerita dari orang yang suka menipu sedikit sebanyak maka kita akan turut terpengaruh atau menyampaikannya kepada orang lain sesuatu yang tidak benar dan boleh membawa musibah kepada agama.

3. Ketiga, apabila ada orang yang mengumpat tentang orang lain maka hendaklah kita meninggalkan majlis tersebut kerana keberkatannya sudah hilang. Ini kerana orang yang mengumpat itu sentiasa dilaknat oleh Allah SWT seperti firmanNya, "Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela." [Al-Humazah:1] Hendaklah kita menjauhkan diri daripada bergaul atau bersama dengan orang-orang yang suka mengumpat dan mencela.

4. Keempat, apabila wujud perdebatan atau pertengkaran dikalangan orang yang jahil. Sebagaimana firman Allah SWT : "Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil." [Al-Qasos :55]

5. Kelima ialah apabila ada orang mengajar tentang sesuatu yang menyelisihi sunnah. Berkata Fudhail bin Iyad ra, ' لا تجلس مع صاحب بدعة ؛ فإني أخاف أن تنزل عليك اللعنة 'Jangan duduk dengan pembuat bid'ah kerana aku khuatir kamu akan ditimpa laknat. [Kitab al-Shari’ah oleh al-Aajirri]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan