Selasa, 25 Jun 2013

KESELAMATAN NEGARA DAN PENIPUAN.. KERJA SIAPA ??

Sungguh mengejutkan apabila Kerajaan mengumumkan sejumlah 630,626 Pendatang Asing Tanpa Izin ( PATI ) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah pada Ogos tahun lepas..

Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Timbalan Ketua Setiausaha ( kanan ) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri ( KDN ) Datuk Alwi Ibrahim. Beliau berkata Pendaftaran Program Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin ( Program 6P ) telah dilaksanakan di 206 pejabat Imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah serta 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan 336 syarikat pengurus.

Persoalannya sekarang kenapa begitu ramai PATI boleh masuk ke Malaysia semudah itu, mana perginya Pasukan Imigresen, Polis Marin serta lain lain pihak berwajib yang sepatutnya mengawal keadaan ini?? Difahamkan ramai lagi yang akan berbuat demikian dalam masa terdekat..

Jika ini berlaku, mungkin PATI yang ada di Malaysia sekarang ini boleh mencecah sejuta orang belum termasuk mereka yang masuk dan bekerja di negara ini secara sah. Dari satu segi memang kita nampak Program 6P itu seolah olah berjaya dilaksanakan, namun dari segi yang lain ia membuktikan tahap keselamatan dan kepercayaan rakyat terhadap pihak yang berkenaan semakin membimbangkan sebenarnya. Nampak sangat kawalan keselamatan negara begitu rapuh dan mudah dibolosi. Jika ini keadaannya, apa akan terjadi andai Kumpulan "Subversif" atau Penjenayah Antarabangsa masuk ke negara ini?? Bukankah ianya akan memudaratkan rakyat akhirnya..

Bayangkan yang berada di Pusat Tahanan pun sudah ramai kemudian dicampur dengan PATI yang bebas, bukankah ia cukup menggerunkan dan menakjubkan??

Senario ini membuktikan kerajaan telah gagal melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.. Malah difahamkan juga terdapat begitu ramai PATI mendiami kawasan tertentu dengan dijaga oleh penduduk tempatan termasuk anggota RELA sendiri..
Walhal mereka sepatutnya menangkap PATI yg berkenaan untuk diserahkan kepada Pihak Berkuasa.. Inilah yang berlaku di depan mata kita sekarang ini..

Akhirnya Bumi yang dipijak ini menjadi milik orang buat selama lamanya. Paling mengejutkan ada PATI yg mendaftar itu mengaku sudah lebih sepuluh tahun berada di negara ini. malah mereka boleh mempunyai rumah dan membawa semua ahli keluarga dari negara masing masing masuk ke Malaysia.. bagaimanakah mereka begitu mudah melakukannya?? Mereka juga mengaku ada pihak yang "menjaga" dan "mengawal" keselamatan mereka di sini. Kenapakah ini berlaku?? Bolehkah mereka dipelihara jika tidak dengan izin Pihak Berkuasa itu sendiri sebenarnya??

Bukankah ini juga menunjukkan kegagalan Kementerian Dalam Negeri ( KDN ) dalam menjaga keselamatan negara kita?? Itu belum lagi termasuk yang telah diberi Mykad untuk membolehkan mereka mengundi dalam pilihanraya lepas. Rakyat perlu berbuat sesuatu jika tidak mahu negara ini dijajah dalam diam oleh orang asing.. Apa yang berlaku di Pekan Pahang baru baru ini perlu dijadikan iktibar apabila beribu ribu warga Kemboja dan Myanmar sudah menjadi penduduk tetap ( PR ) di kawasan terbabit.

Rakyat tempatan akhirnya terbiar di bumi sendiri.. Semua ini disedari, namun siapakah yang boleh membantu mengatasi semua ini?? Mahu diharapkan Agensi Agensi yang berkaitan nampaknya tiada tanda tanda kejayaan yang mampu dilihat apabila terbukti dalam masa yang singkat lebih setengah juta PATI didaftarkan.. Itu yang didaftarkan, bagaimana pula dengan mereka yang masih bersembunyi?? Semoga dengan fenomena ini, rakyat sedar dan menginsafi atas segala yang berlaku.

Rakyat perlu bangun melawan penipuan dan pengkhianatan ini !

KESELAMATAN NEGARA DAN PENIPUAN.. KERJA SIAPA ??

Sungguh mengejutkan apabila Kerajaan mengumumkan sejumlah 630,626 Pendatang Asing Tanpa Izin ( PATI ) didaftar...kan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah pada Ogos tahun lepas..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan